Prosa Klasik e

download Prosa Klasik e

of 34

Transcript of Prosa Klasik e

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    1/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

    SINOPSIS

    Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri

    Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri BandarMengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalulaju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidaksedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yangmenggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Mudayang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawameminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagaijurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanyaAwang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya AwangSulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidakmemegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan

    angin.

    Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapaiuntuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagiAwang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelandukputih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulahpenghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikamseekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua danmenyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripadaserangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-katajurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh

    selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akanmengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampaike Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.

    Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulungkepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri.Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung denganmenyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh AwangSulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. AwangSulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuanputeri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

    memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikansisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya TuanPuteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepadaAwang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil olehAwang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi airmanis.

    Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tuamemanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasanLaut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yangdapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan

    dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasatakut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    2/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan PulauSalah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi larimenyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulungmenentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidaklayak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri

    Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagardan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakaipersalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarungpedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.

    Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkannama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan PuteriDayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutankerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutangAwang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah

    menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke BandarMengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambiltindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada disitu. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantundengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan AwangSulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung denganwang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itupergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yangmenyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Diamenunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. TuankuNakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Masmenikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitugeram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahuiperkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yangjuga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri.

    Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaranmerentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu.Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik kedarat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawabersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan AwangSulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabilasegala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung memintakebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan,Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam ituberjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayambarulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyatnegeri itu.

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    3/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    Soalan 2(c) Prosa Klasik

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mulai terfikir hendak menguji kecekapanAwang Sulung lalu disuruhnya Si Kembang Cina mengambilkan buyung suasa danmeminta Awang Sulung mengambil air. Sungguh ganjil, anak-anak geliung itu pergike pulau mencari air, tetapi Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arusyang paling deras untuk mengambil air.

    Setelah itu diberinya pula Awang Sulung sebilah parang, disuruhnya mencarikayu. Orang mengambil kayu bakau dan temu laut, tetapi Awang Sulung mengambilbatang nipah.

    Apa gunanya menyimpan budak hitam ini? Disuruh mengambil air diambilnyaair masin, disuruh mengambil kayu diambilnya batang nipah, bebel jurumudi itu didepan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

    Waktu diadakan kenduri, jurumudi menyuruh Si Kembang Cina memberikansisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu untuk Awang Sulung. Sedang SiKembang Cina membuat kerja itu terpandanglah oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawalalu dimarahinya, Mengapa kau buat begini, hai perempuan celaka? Bapa engkauatau laki engkaukah si jurumudi bedebah itu?

    Kemudian disuruhnya Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewauntuk Awang Sulung dengan talamnya beralaskan kain kuning.

    Sudah itu bawa buyung suasa yang berisi air masin itu ke mari, perintahnyalagi.

    Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung itu sudahbertukar menjadi manis bagai serbat, lalu disuruhnya pula Si Kembang Cina

    merasanya. Si Kembang Cina merasa takjub. Bagaimanakah air masin bolehbertukar menjadi serbat?

    (Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,dalam antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka)

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    4/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    (i) Apakah maksud rangkai kata merasa takjub? [2 markah]Berasa hairan / aneh / peli

    (ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga peristiwa ganjil yang berlaku diPulau Tapai. [3 markah]

    Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menguji Awang Sulung untuk mengambilair, Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling derasuntuk mengambil air sedangkan anak-anak geliung pergi ke pulau mencari air.Ketika disuruh mencari kayu, Orang mengambil kayu bakau dan temu lauttetapi Awang Sulung mengambil batang nipah.Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung yangdiambil oleh Awang Sulung itu sudah bertukar menjadi manis bagai serbat /gula.

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah tindakan Awang sulung berbezaberbanding dengan tindakan orang kebanyakan?

    [3 markah]

    Awang Sulung adalah keturunan diraja.Awang Sulung orang yang mulia.Awang Sulung seorang yang berdaulat.Awang Sulung memiliki ilmu sakti

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    5/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    MERAH SILU

    SINOPSIS

    Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telahdikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya MerahGajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengahkepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabutrambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajahtelah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehinggamenyebabkan kematiannya.

    Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanyaRaja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda MerahGajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehinggaberlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilanganbesar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yangmasih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeriSemerlanga itu. Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itukerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluarmeninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Merekamembuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihatbanyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yangditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusanmembawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telahbertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

    Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya.Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangioleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanyamemalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah memintaMerah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeriitu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan barudengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetapdi situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbauitu memakan tanaman mereka. Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama BuluhTelang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuktinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. MegatIskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbaukerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberikerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya.

    Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadiraja di Rimba Jerun. Sultan Malikul- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu.Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Malikul- Nasar danakhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    6/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Setelah Merah Silu mendengar kata sekalian orang kampung itu, maka MerahSilu berkata kepada mereka, Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-

    tuan dahulu sementara hamba mencari tempat diam yang lain!.Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu

    Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemudengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunyamakan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu, Apa kehendak tuan hambakepada hamba ini?

    Merah Silu berkata, Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendakminta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.

    Kata Megat Iskandar, Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sinidengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.

    Sambut Merah Silu, Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan

    menjadi bapa hamba.Merah Silu pun memohon kepada Megat Iskandar , lalu dia pergilah

    mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke BuluhTelang itu. Merah Silu tinggallah di situ.

    (Dipetik daripada cerita Merah Silu dalam antologiHarga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Nyatakan maksud rangkai kata Jikalau ada kasih tuan. [2 markah]Sekiranya ada belas kasihan/ simpati

    (ii) Nyatakan dua alasan Megat Iskandar untuk meyakinkan Merah Silu tinggal diBuluh Telang?

    (3 markah)- Mempunyai kawasan ladang yang luas- Terdapat banyak kawasan untuk kerbau mendapatkan makanan

    (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menyesuaikan diri ketika berada ditempat orang?

    (3 markah)- Berkelakuan sopan / berbudi bahasa- Ringan tulang / membantu- Menghormati adat / budaya setempat- Mematuhi peraturan / undang-undang setempat

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    7/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    HIKAYAT INDERA NATA

    SINOPSIS

    Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekianlama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanyatentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah InderaNata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segalabinatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeriPattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatangbuas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada

    Indera Jenaka.

    Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukityang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapatsebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Natamemperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atasperintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengankedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yangberlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahumereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila merekadewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencarigajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.

    Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas danputeri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkanmereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergadingemas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulanterserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semuadan membawa balik gajah bergading emas.

    Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasamencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putihsebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih

    bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadiputih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri denganmenaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-duaraksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam,mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteritelah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajahdan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. InderaNata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasasehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakangemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Natadan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawamereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan

    ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengahlaut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    8/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya TuanPuteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Natamenceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang dirimereka kepada Tuan Puteri Cenderawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan PuteriCenderawati.

    HIKAYAT KHOJA MAIMUN

    SINOPSIS

    Bab 1 :

    Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yangcantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekorburung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh

    membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akanmendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungantersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.

    Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah.Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Padaketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati.Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun,tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangandengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempastiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayanberusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.

    Bab 2: Cetera Pertama

    Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isterisaudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telahmembocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayanmenyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isterisaudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati. Isteri saudagar menberitahu kepadasuaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah itu diketahuisuaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergike kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali.Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke

    kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isterisaudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayanmenyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuansuaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yangmembunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali. Bayan menyuruh Bibi Zainabmenemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang lain BibiZainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentangHikayat Taif untuk melalaikannya.

    Bab 3: Cetera Kedua

    Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang

    dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yangmenganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian,

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    9/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkanrajanya murka. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suaraperempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuanitu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, diaharus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut,

    namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan diadianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan BibiZainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malamberikutnya, Bayan bercerita lagi.

    Bab 4 : Cetera Ketiga

    Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindaktanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalumemahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbangterhadapnya.

    Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan olehisterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untukmembawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelakilain. Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawadia setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dansehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akanlayu dan kain itu akan luntur. Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layuwalaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bungaitu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itumenyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seoranghamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk

    menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya rajasendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agartakut akan azab Allah dan segera bertaubat.

    Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaianapabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, BibiZainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.

    BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB

    SOALAN PEMAHAMAN

    BENTUK SOALAN

    1. Soalan prosa tradisional dikemukakan dalam Soalan 2(c)2. Pelajar wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah untuk tiga soalan iaitu

    gabungan 2-3-3.4. Semua soalan berdasarkan salah satu daripada 4 tajuk prosa tradisional

    Tingkatan 4 , iaitu:

    Pelayaran yang Penuh Peristiwa Merah Silu

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    10/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    Hikayat Indera Nata Hikayat Khoja Maimum

    5. Satu petikan daripada salah satu teks di atas akan diberi.6. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:

    Soalan memberikan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat

    Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan ataukeseluruhan cerita.

    Soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKKberdasarkan petikan prosa.

    7. Lazimnya soalan maksud dan pemahaman langsung terhadap kandunganteks berasaskan kata tanya berikut: Apa.. Siapa... Di mana... Mengapa/Kenapa... Bagaimana...

    Ataupun menggunakan arahan berikut:

    Jelaskan... Terangkan... Huraikan secara ringkas... Gambarkan...

    8. Soalan pemahaman/ aplikasi berasaskan KBKK: Pada pendapat anda... Pada pandangan anda...

    Sekiranya anda/ Andaikan anda... Jika anda... Mengikut pemahaman anda...

    9. Soalan (i) menanyakan soalan tentang maksud rangkai kata berdasarkanpetikan yang diberi.Contoh: Apakah maksud supayamemberi asyik hati perempuan?

    10. Soalan (ii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi.Contoh: Nyatakan tiga keistimewaan Bayan.

    11. Soalan (iii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan kemahiranberfikirberdasarkan teks pentikan.Contoh : Pada pendapat anda, mengapakah Khoja Maimun menangguhkanbayaran ketika membeli Bayan?

    Berikan tiga sebab

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    11/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukarmemahami cerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasaklasik. Untuk mengatasi kelemahan semasa menjawab soalan, murid harus:

    1. Baca petikan dari awal hingga akhir

    2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun ia menggunakanbahasa klasik.

    3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK5. Padankan soalan dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah

    boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda baca

    yang digunakan.7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik

    daripada teks.8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman

    atau dialek tempatan.9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam

    baris baru.10. Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan

    sesekali menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atausaranan yang dikemukakan.

    11. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikansebagai jawapan (Kaedah potong tampal)

    12. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam bahagian ini.

    CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad.Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik soraksegala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua belah pihakramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhanitu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

    Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan sakibaki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    12/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu. Tiada beberapa lamakemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, Haisaudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerananenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diamdalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah

    dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.Setelahputus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluarmeninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati.Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengantakdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Merekamembuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.

    (Dipetik daripada prosa klasik Merah Siludalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i). Berikan maksud rangkai kata putus bicaraberdasarkan petikan di atas.[2 markah]

    Tips Menjawab Soalan:

    Untuk menjawab soalan, pelajar hanya perlu memberikan maksud frasaputus bicaraberdasarkan petikan tersebut.Jawapan yang boleh diterima ialah selepas tamatberunding/berbicara/bercakap/berbual.

    Contoh jawapan yang lengkap

    Maksud rangkai kata putus b icaraialah setelah selesai berunding atau bercakap.[2 markah]

    (ii). Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara Raja

    Muhammad dengan Raja Ahmad berdasarkan teks.

    [ 3 markah]

    Tips Menjawab Soalan:

    Pelajar harus memahami cerita dalam teks dan mengenal pasti tiga kesan yangterjadi akibat peperangan di antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad.

    Contoh jawapan lengkap:

    Natijah yang berlaku selepas peperangan itu ialah Raja Muhammad dan RajaAhm ad mati dalam p eperangan [1m]dan mengo rbankan banyak askar[1m]Manakala, Merah Silu dan Merah Hasum mening galkan negeri Semerlanga[1m]

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    13/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    Mereka seterusnya membuka sebuah perkampungan baru di negeri

    Beruana[1m]

    iii Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangandaripada berlaku. [ 3 markah]

    Tips menjawab soalan:

    Soalan berasaskan KBKK ini ada perkaitan dengan peperangan yang berlaku antaraRaja Muhammad dan Raja Ahmad. Oleh itu, pelajar perlu mengemukakan pendapatsendiri langkah/ cara supaya peperangan dapat dielakkan.Calon dinasihatkansupaya mengemukakan sekurang-kurang empat isi penting walaupun hanya tigamarkah yang diperuntukkan.

    Contoh jawapan lengkap:

    Pada pendapat saya, peperangan dapat dielakkan dengan cara mengadakanperunding an antara kedua-dua belah pihak yang b ersengketa[1m]. Selain itu,pihak yang terlibat perlulah berdamai bagi menyelesaikan persengketaan[1m].Kedua-dua pihak juga boleh melant ik orang tengah bagi menyelesaikanmasalah[1m]. Di samping itu, kedua-dua pihak haruslah sal ing bermaafandiantara satu sama lain[1m] dan rela membayar gant i rugikepada pihak yangmenuntut.[1m]

    PRAKTIS TOPIKAL

    PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

    PRAKTIS 1

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    14/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    Geliung panjang kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur lajumeredah lautan dalam bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus talinya. Olehsebab terlalu lajunya, seluruh isi geliung itu habis muntah-muntah dan mabuk.Hanya tiga orang saja yang tidak mabuk, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yangmenjadi jurumudi, Si Kembang Cinanya dan Awang Sulung Merah Muda yang masih

    comot dan hitam itu.Hai Kembang Cina, pergilah kaupanggilkan budak hitam itu suruh gantikan

    tempat beta ini, beta sudah tersangat letih!Si Kembang Cina pergilah mendapatkan Awang Sulung.Eh, gilakah Kakak Kembang ini, minta orang bayar hutang di tengah lautan!

    Apabila sampai ke daratan bolehlah hamba menjadi penghalau ayam, penunggu itikatau menjadi penyapu rumah.

    Si Kembang Cina berlari-lari mendapatkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawamenyampaikan cakap Awang Sulung itu.

    Pergilah kaupujuk dia sekali lagi. Gunakan bahasa yang lembut sedikit!Baiklah, Tuan Puteri.Si Kembang Cina pun bersuara kepada Awang Sulung dengan lemah

    lembutnya. Wahai orang muda, Pak Bongsuku, tolonglah ambil tempat Tuan Puterimenjaga kemudi itu, kerana Tuan Puteri terlalu letih!

    (Dipetik daripada prosa tradisional Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

    (i) Berikan maksud rangkai kata menyampaikan cakap berdasarkan petikan diatas.

    [2 markah]- memberitahu / memaklumkan pesanan/ arahan/ perintah

    (ii) Nyatakan sebab-sebab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si KembangCina memanggil Awang Sulung ataupun budak hitam itu.

    [ 3 markah]

    - menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menjaga kemudi kapal- Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sudah terlalu letih

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bahasa yang

    lemah lembut ketika meminta pertolongan daripada orang lain?[ 3 markah]

    - supaya orang bersimpati/ berasa kasihan.- mencerminkan peribadi mulia seseorang / berbudi bahasa.- supaya mudah mendapatkan kerjasama.

    PRAKTIS 2

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    15/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk taditersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah merekaberada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabutkerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itupergilah dia mendapatkan Tuanku Nahkoda Tua.

    Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amukTuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.

    Tuanku Nahkoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisatmembelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh jugakata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

    Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anakgeliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tuaberkata, Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkanputeriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya.

    (Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Apakah maksud rangkai kata terpisat-pisat membelek-belek keris berdasarkanpetikan di atas?

    [2 markah]

    - kehairanan kerana terkejut / termangu-mangu mengamati senjata tajam

    (ii) Perihalkan tindakan jurumudi sebaik sahaja beliau sedar dari mabuk.

    [3 markah]

    - Jurumudi segera mencabut kerisnya- menikam seekor daripada ayamnya.- membawa kerisnya yang berlumuran darah kepada Tuanku Nahkoda Tua.- memberitahu Tuanku Nahkoda Tua bahawa dialah yang menjaga geliung itu

    daripada serangan Tuan Puteru Dayang Nuramah

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi sanggup berbohong kepadaTuanku Nahkoda Tua?

    [3 markah]

    - Jurumudi ingin mendapatkan ganjaran yang menguntungkannya - wang,berkahwin dengan anakanda Tuanku Nahkoda Tua, harta dll

    - menunjukkan jurumudi seorang yang perkasa / perwira / pahlawan di mataTuanku Nahkoda Tua.

    - ingin dihormati / dipandang tinggi oleh semua isi geliung.- ingin dinaikkan pangkat / diberikan pingat pahlawan / panglima.- Tuanku Nahkoda Tua mudah mempercayai seseorang tanpa banyak soal /

    menyiasat perkara yang sebenar

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    16/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    PRAKTIS 3

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan

    yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mulai terfikir hendak menguji kecekapanAwang Sulung lalu disuruhnya Si Kembang Cina mengambilkan buyung suasa danmeminta Awang Sulung mengambil air. Sungguh ganjil, anak-anak geliung itu pergike pulau mencari air, tetapi Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arusyang paling deras untuk mengambil air.

    Setelah itu diberinya pula Awang Sulung sebilah parang, disuruhnya mencarikayu. Orang mengambil kayu bakau dan temu laut, tetapi Awang Sulung mengambilbatang nipah.

    Apa gunanya menyimpan budak hitam ini? Disuruh mengambil air diambilnya

    air masin, disuruh mengambil kayu diambilnya batang nipah, bebel jurumudi itu didepan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.Waktu diadakan kenduri, jurumudi menyuruh Si Kembang Cina memberikan

    sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu untuk Awang Sulung. Sedang SiKembang Cina membuat kerja itu terpandanglah oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawalalu dimarahinya, Mengapa kau buat begini, hai perempuan celaka? Bapa engkauatau laki engkaukah si jurumudi bedebah itu?

    Kemudian disuruhnya Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewauntuk Awang Sulung dengan talamnya beralaskan kain kuning.

    Sudah itu bawa buyung suasa yang berisi air masin itu ke mari, perintahnyalagi.

    Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung itu sudahbertukar menjadi manis bagai serbat, lalu disuruhnya pula Si Kembang Cinamerasanya. Si Kembang Cina merasa takjub. Bagaimanakah air masin bolehbertukar menjadi serbat?

    (Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,dalam antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (iv) Apakah maksud rangkai kata merasa takjub? [2 markah]- Berasa hairan / aneh / pelik

    (v) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga peristiwa ganjil yang berlaku diPulau Tapai.

    [3 markah]

    - Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menguji Awang Sulung untuk mengambilair, Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling derasuntuk mengambil air sedangkan anak-anak geliung pergi ke pulau mencari air.

    - Ketika disuruh mencari kayu, Orang mengambil kayu bakau dan temu lauttetapi Awang Sulung mengambil batang nipah.

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    17/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung yangdiambil oleh Awang Sulung itu sudah bertukar menjadi manis bagai serbat /gula.

    (vi) Pada pendapat anda, mengapakah tindakan Awang sulung berbeza

    berbanding dengan tindakan orang kebanyakan?[3 markah]

    - Awang Sulung adalah keturunan diraja.- Awang Sulung orang yang mulia.- Awang Sulung seorang yang berdaulat.- Awang Sulung memiliki ilmu sakti

    PRAKTIS 4

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Pada ketika itu empat puluh empat orang lanun sedang mencangkukrombeng geliung panjang dengan besi. Awang Sulung pun berseru, Hai ketualanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara yang berkacak diawan-awan dan bergantung di angin lalu, ambillah Tuan Puteri Dayang Seri Jawajadikan dia penghalau ayam, penyapu rumah atau penggaru belakangmu!

    Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulahsuara Awang Sulung, Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu

    kita sendiri! bisik mereka sesama sendiri.Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliungpanjang ini, sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.

    Beta tidak memberitahu pelayaran beta pada kalian kerana beta menemaniTuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutangkepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untukmelangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.

    (Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata mencangkuk rombengberdasarkan petikan di atas?[2 markah]

    - mengait alat tempat untuk mengikat tali kapal

    (ii) Berdasarkan petikan, mengapakah lanun-lanun berasa gementar sebaik sahajamendengar Awang Sulung berseru?

    [3 markah]

    - mereka kenal suara Awang Sulung iaitu penghulu mereka sendiri.

    - Jika mereka menyerang geliung panjang itu, itu bermaksud merekamenderhaka kepada penghulu mereka sendiri.

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    18/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    (iii) Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya rakyat menderhaka kepada rajadan negara?

    [3 markah]

    - rakyat yang menderhaka akan mendapat tulah.- akan dijatuhkan hukuman contohnya buang negeri / hukum mati- negara akan menjadi huru-hara / berlaku peperangan / pergaduhan

    PRAKTIS 5

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu

    menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah diamenghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkangeliung itu daripada dirampas oleh lanun.

    Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengankata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Masmenikahkan puterinya dengan jurumudi itu.

    Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua,masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, Ya, ayahanda, tuaorang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawanmakin tua makin busuk!

    Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, Hai anakku yang tidak tahu dek untung,mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?

    Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak,sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah didalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?

    (Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, )

    (i) Berikan maksud rangkai kata tua orang tua, berakal; makin tua, makin

    berminyak [2 markah]- Orang tua semakin matang kerana banyak pengalaman /pengetahuan

    (ii) Apakah tindakan jurumudi untuk mendapat kepercayaan Tuanku NahkodaTua?

    [3 markah]- Mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam- Menghadap Tuanku Nahkoda Tua dengan keris yang berdarah- Mengatakan bahawa dia yang telah menyelamatkan geliung itu daripada

    dirampas oleh lanun

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    19/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendakmengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? [3 markah]

    - Jurumudi sudah jatuh hati terhadap Tuan Puteri Dayang Seri Jawa- Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memiliki rupa yang

    menawan/cantik/memukau- Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merupakan golongan bangsawan/ berhart

    MERAH SILU

    PRAKTIS 1

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Setelah Merah Silu mendengar kata sekalian orang kampung itu, maka MerahSilu berkata kepada mereka, Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari tempat diam yang lain!.

    Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke huluSemenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemudengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunyamakan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu, Apa kehendak tuan hambakepada hamba ini?

    Merah Silu berkata, Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendakminta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.

    Kata Megat Iskandar, Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sinidengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.

    Sambut Merah Silu, Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akanmenjadi bapa hamba.

    Merah Silu pun memohon kepada Megat Iskandar , lalu dia pergilahmengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke BuluhTelang itu. Merah Silu tinggallah di situ.

    (Dipetik daripada cerita Merah Silu dalam antologiHarga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (iv) Nyatakan maksud rangkai kata Jikalau ada kasih tuan.

    (2 markah)- Sekiranya ada belas kasihan/ simpati

    (v) Nyatakan dua alasan Megat Iskandar untuk meyakinkan Merah Silu tinggal diBuluh Telang?

    (3 markah)- Mempunyai kawasan ladang yang luas- Terdapat banyak kawasan untuk kerbau mendapatkan makanan

    (vi) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menyesuaikan diri ketika berada ditempat orang?

    (3 markah)

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    20/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Berkelakuan sopan / berbudi bahasa- Ringan tulang / membantu- Menghormati adat / budaya setempat- Mematuhi peraturan / undang-undang setempat

    PRAKTIS 2

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

    Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayamdatang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayartaruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datangbermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silumemberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan

    sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

    Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada SultanMalikul-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan MerahSilu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit.Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, Hai segala tuan-tuan,apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia rajakerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersukakepadanya.

    (Dipetik daripada Merah Silu dalamantologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata orang yang kalah dibayar taruhannya.[2 markah]

    - penyabung ayam yang tewas dikembalikan wang cagarannya.

    (ii) Nyatakan tiga bukti sifat murah hati Merah Silu.[ 3 markah]

    - peyabung yang kalah dikembalikan wang taruhannya- setiap peyabung pulang dengan dihadiahkan seekor kerbau- penonton turut menerima seekor kerbau.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah keburukan amalan berjudi dalam kalanganmasyarakat? [ 3 markah]

    - Kehilangan harta benda / jatuh miskin- Berhutang- Pergaduhan- Keretakan rumah tangga

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    21/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    PRAKTIS 3

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

    Kata Merah Gajah kepada isterinya, Wah adinda, mari hamba bantunkanrambut tuan puteri yang sehelai itu!

    Jawab tuan puteri, Jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba,alamat perceraiantuan hamba dengan hamba.

    Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapitidak dibenarkan oleh isterinya. Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur,Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Bagindamenyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah

    darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong punhilanglah.

    Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda RajaMuhammad. Ujar hamba sahaya itu, Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, PuteriBetong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya ditengah kepalanya! Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu bagindamerasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkanMerah Gajah lalu dibunuhnya.

    (Dipetik daripada Merah Silu, dalam antologiHarga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud alamat perceraian berdasarkan petikan.[2 markah]

    - petanda perpisahan.

    (ii) Apakah peristiwa yang berlaku akibat perbuatan Merah Gajah mencabut

    rambut Puteri Betong. [3 markah]

    - Darah keluar dari liang rambut tersebut- Puteri Betong meninggal dunia- Raja Muhammad menjadi amat marah- Merah Gajah dibunuh

    (iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh RajaMuhammad setelah menerima berita kematian Puteri Betong?

    [3 markah]

    - Menyiasat terlebih dahulu sebelum bertindak- Menitahkan Merah Gajah datang menghadap baginda

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    22/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Mengarahkan hulubalang menangkap Merah Gajah- Menjatuhkan hukuman yang setimpal jika didapati bersalah

    PRAKTIS 4

    Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki-bakirakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepadaanak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

    Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya,Merah Hasum itu, Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya duabersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeriSemerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaatkepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kitadapat diam di sana.

    Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka punkeluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati.Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengantakdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Merekamembuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.

    (Dipetik daripada Merah Silu, dalamantologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata mengikut jalan arah matahari mati?

    [2 markah]- Menuju ke barat / mentari terbenam

    (ii) Mengapakah Merah Silu dan Merah Hasum bersetuju meninggalkan negeriSemerlanga.

    [3 markah]

    - nenek dan ibu bapa mereka telah hilang- merasakan tinggal di negeri Semerlanga tidak memberi faedah kepada mereka- mahu mencari tempat yang baik supaya boleh tinggal di tempat yang baharu.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh apabila kita berhijrah ketempat baharu?

    [ 3 markah]- Menambah pengalaman- Menambahkan kenalan- Membina semangat baru/ jati diri

    - Belajar berdikari

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    23/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    PRAKTIS 5

    Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, Marilah kitamuslihatkan kerbaujalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hambahendak perkenakan kerbau itu.

    Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuatanderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat dua tiga ratus. Setelah siap,disuruh askar gemparkan kerbau itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu punterkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalutersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorangsegumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalamanderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.

    Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain denganbinatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama KerbauKampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya, Pergi engkaukepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada bergunakepada orang yang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia tidak mendengarkataku ini, nyahlah diadari negeri ini; janganlah ia duduk bersama-sama aku.

    (Dipetik daripada Merah Siludalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata nyahlah diadari negeri ini.( 2 markah)

    - Merah Silu diusir keluar dari tempat itu

    (ii) Bagaimanakah caranya Merah Silu mendapatkan kerbau liar itu?( 3 markah)

    - Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak

    - Membuat anderak besar- Menyuruh askar mengemparkan kerbau ke arah muka anderak- Pintu anderak disumbat dengan tanah

    (iii) Pada pendapat anda, apakah manfaatnya kerbau liar itu kepada Merah Silu?(3 markah)

    - Dagingnya dapat dimakan- Dapat digunakan untuk membajak sawah- Dapat digunakan sebagai kenderaan- Dapat menunjukkan kehebatan Merah Silu

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    24/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    HIKAYAT INDERA NATA

    PRAKTIS 1

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Maka katanya, Ke mana gerangan gajah ini hilangnya? Maka lalu dilihattuan puteri sekalian itu pun tiadalah.

    Maka katanya, Bukankah aku kata manusia ada di dalam mahligai ini. Jikademikian sahaja dicurinya akan tuan puteri itu sekalian.

    Maka ia pun terlalulah amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas

    tapak gajah itu dan tiada berapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itudan tuan puteri ketujuh orang ada di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itusangatlah amarahnya. Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteriketujuh itu serta dengan tempik soraknya.

    Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya danIndera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yangdaripada Betara Gangga itu.

    Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka BetaraGangga pun menyuruhkan lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nataseraya katanya, Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkancucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh

    olehmu akan raksasa itu!

    (Dipetik daripada Hikayat Indera Nata dalamantologi harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata mencita gemala[ 2 markah]

    - Mewujudkan sesuatu kuasa batin menggunakan batu bercahaya

    (ii) Apakah reaksi raksasa laki isteri itu apabila mendapati tuan puteri ketujuh dangajahnya hilang?

    [3 markah]- sangat marah- berjalan mengikut bekas tapak gajah- mengusir/mengejar Indera Nata dan tuan puteri ketujuh

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah Betara Gangga menyuruh lembur dan nagamembunuh raksasa itu?

    [3 markah]

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    25/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Ingin menyelamatkan Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang tuan puteri- Raksasa ingin menjadikan ketujuh-tujuh puteri sebagai makanannya- Raksasa telah membunuh banyak rakyat Rom

    PRAKTIS 2

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma, Hai kakanda, adapun namahamba ini Puteri Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak RajaBaghdad dan Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya inianak Raja Kufah dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri CenderaMaha Dewi ini anak Raja Peringgi!

    Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebabhendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalahdan demikianlah hal adinda sekalian ini.

    Maka kata Indera Nata, Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarangini? Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, Adapun jikalau kakanda kasih akanhamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepadakakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan dirikepada kakanda.

    Maka oleh Indera Nata pun terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunungemas rasanya serta ia berpantun:

    Rakit-rakit dari Inderagiri,Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri,

    Nanti esok kakanda bawa.

    (Dipetik daripada prosa tradisonal Hikayat Indera Natadalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata beroleh gunung emas ?[ 2 markah]

    - Mendapat keuntungan/ kekayaan/ rezeki yang lumayan

    (ii) Apakah janji ketujuh-tujuh tuan puteri sekiranya Indera Nata menyelamatkanmereka?

    [3 markah]

    - Menyerahkan diri kepada Indera Nata- Rela dibawa ke Rom- Memperhambakan diri kepada Indera Nata

    (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghargai orang yang berjasakepada kita?

    [3 markah]- Mendoakan kesejahteraan / kebahagiaan hidupnya

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    26/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Memberikan hadiah / penghargaan- Menziarahi ketika dia sakit- Sentiasa menghubungi / bertanya khabar

    PRAKTIS 3

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Hatta maka hari pun petanglah. Maka raksasa itu pun tidurlah ia dua lakiisteri. Apabila hampirlah siang maka ia pun pergilah keduanya ke dalam hutanmencari gajah bergadingkan emas ke sana ke mari tiada juga diperolehnya.

    Maka dengan takdir Allah bertemulah ia dengan seorang raja namanya RajaRom ia pun pergi berburu dengan segala menteri dan hulubalang dan rakyatsekalian.

    Syahadan adapun raja itu naik gajah bergadingkan emas. Setelah dilihat olehraksasa itu pun terlalu sukacitanya. Maka sekalian rakyat itu pun habislahdimakannya, seorang pun tiada tinggal lagi. Maka gajah itu pun diambilnya laludibawanya pulang.

    Setelah itu maka raksasa itu pun kembalilah ke mahligai tuan puteri itu.Maka kata tuan puteri, Hai nenekku, sebenarnya kasih nenekku akan kami

    sekalian ini dan lagi jika ada kasih nenekku akan kami ini carikanlah kami kijangputih bertanduk emas serta kain yang hitam ini nenekku sucikan sampai putih!

    Jikalau belum lagi putih janganlah nenekku kembali.

    (Dipetik daripada Hikayat Indera Natadalam antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata seorang pun tiada tinggal lagi.[ 2 markah]

    - tidak ada sesiapa yang terselamat

    (ii) Bagaimanakah ketujuh-tujuh tuan puteri tersebut menyelamatkan diri daripadadimakan oleh raksasa?

    [ 3 markah]

    - meminta raksasa mencari kijang putih bertanduk emas untuk mereka- meminta raksasa membasuh kain hitam sehingga menjadi putih- selagi kain hitam itu tidak menjadi putih, raksasa tidak dibenarkan pulang

    (iii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga tindakan yang perlu kita lakukan dalammenghadapi sesuatu masalah?

    [ 3 markah]- Bersikap tenang / tidak terburu-buru

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    27/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Berfikir secara rasional- Berbincang dengan orang lain- Mendapatkan khidmat kaunseling / pakar

    PRAKTIS 4

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Hatta maka hari pun petanglah lalu ia tidur dua laki isteri. Setelah keesokanharinya maka raksasa yang laki-laki itu pun pergilah mencari kijang putihbertandukkan emas. Maka raksasa yang perempuan itu pun pergilah ia ke tepi lautmenyuci kain tuan puteri yang hitam itu hendak dijadikannya putih.

    Setelah itu maka Indera Nata dan tuan puteri yang tujuh itu pun turunlah iadari atas mahligai menunggang gajah itu. Maka segala perkakasan di dalammahligai itu pun habislah di bawahnya.

    Setelah sudah maka Indera Nata pun berjalanlah di tanah menghelakan gajahitu. Bermula adapun tuan puteri yang tujuh orang itu duduklah di atas gajah itu dantiada berapa antaranya berjalan itu masuk hutan terbit hutan keluar padang masukpadang maka ia pun sampailah ke tepi laut.

    Sebermula maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu.Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar habislahdijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia punmarahlah tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang

    membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam itu.Mula-mula habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.

    (Dipetik daripada Hikayat Indera Natadalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Apakah maksud rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.[2 markah]

    - kain itu carik namun masih lagi hitam.

    (ii) Apakah yang dilakukan oleh Indera Nata dan tuan puteri semasa ketiadaanraksasa?

    [ 3 markah]- turun dari mahligai- menunggang gajah- membawa segala perkakasan di dalam mahligai

    (iii) Bagaimanakah anda mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan?[3 markah]

    - Berfikir sebelum bertindak/ tidak mengikut emosi

    - Merujuk pakar untuk mendapat nasihat

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    28/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Banyak membaca untuk meluaskan pengetahuan

    - Tidak tamak

    PRAKTIS 5

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Hatta maka beberapa lamanya ia berjalan sampailah ia ke negeri Rom itu lalumasuklah ia ke dalam rumah bondanya Si batu Kembar itu.Setelah dilihat oleh SiBatu Kembar anaknya datang itu terlalulah sukacitanya lalu dipeluknya dandiciumnya itu. Syahadan maka baginda pun bertanya,Hai Indera Jenaka, manatahSi piatu itu sekarang ini?

    Maka sembah Indera Jenaka itu, Ya tuanku. adapun Si Piatu itu bukankah

    anak namanya benar dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalianmergastua yang di dalam hutan menyebut namanya Indera Nata. Arakian makaadalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lemburkehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata ituterlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itunescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang. Maka hamba pun berlalusekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segalabinatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Makahamba pun terlalu takut melihat kelakuannya itu.

    (Dipetik daripada Hikayat Indera Natadalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Apakah maksud rangkai kata dibawa oleh lembur kehendaknya?[2 markah]

    - sejenis ular sakti membawa Indera Nata

    (ii) Nyatakan tiga kelebihan yang ada pada Si Piatu seperti yang diceritakan olehIndera Jenaka.

    [3 markah]- sekalian mergastua menyebut namanya Indera Nata- menyeberang lautan dibawa oleh lembur- mergastua yang buas tidak memberi bahaya akan dirinya- berkata-kata dengan binatang seperti berkata dengan manusia

    (iii) Sekiranya anda ialah raja,apakah tindakan yang mungkin anda ambil untukmenyambut kedatangan Indera Nata? Berikan tiga cadangan.

    [3 markah]

    - meraikan Indera Nata seperti seorang raja/upacara gilang gemilang

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    29/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - memberikan anugerah tertinggi negara kepada Indera Nata- memberikan jawatan penting dalam negeri kepada Indera Nata

    HIKAYAT KHOJA MAIMUN

    PRAKTIS 1

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Syahadan adalah kononnya seorang saudagar di dalam negeri Ajam terlaluamat kayanya. Adapun namanya itu Khoja Maimun. Isterinya bernama Bibi Zainab,terlalu sangat baik parasnya, zaman itu sukar bandingannya. Maka duduklah iaberkasihan laki isteri itu. Ada pada suatu hari, Khoja Maimunlaki isteri pergi bermainke pekan. Maka ada orang datang membawa seekor burung Bayan jantan terlaluamat indah-indah rupanya seraya katanya, Hendakkah tuan hamba membeliBayan?

    Maka sahut Khoja Maimun, Berapa harganya? Maka kata orang itu, Seribudinar Bayan hamba ini harganya. Maka tersenyum Khoja Maimun, katanya,Adakah orang yang mahu membeli burung yang segenggam ini seribu dinar?Layaknya unggas ini makanan kucing juga.

    Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya, Hai KhojaMaimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan

    sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yanglain; tetapi bukan hamba daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat,dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, sentiasa memuji-muji AllahAzzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hambaketahui sebarang halnya.

    (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimundalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud pergi bermain ke pekan.[2 markah]

    - berkunjung ke bandar/kota/pasar/kedai

    (ii) Nyatakan tiga keistimewaan Bayan seperti yang terdapat dalam petikan.

    [3 markah]Keistimewaan Bayan:

    - Bayan itu indah/cantik rupanya- Bayan itu boleh berkata-kata/bercakap- Boleh mengetahui sebarang hal yang akan berlaku dalam sepuluh hari yang

    akan datang.

    (iii) Seandainya anda yang mendapat Bayan itu, bagaimana anda memeliharanya?[3 markah]

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    30/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Membuat tempat khas/sangkar- Menjaga makan dan minumnya- Rawatan kesihatan secara berkala

    PRAKTIS 2

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Sebermula diceterakan orang yang empunya cetera itu, adapun Khoja Maimunlaki isteri selama ia beroleh unggas dua ekor itu, sehari-hari ia mendengar hikayatoleh unggas kedua ekor itu. Sekali peristiwa pada suatu hari Khoja Maimunberkata-kata kepada unggas kedua akan perihal ehwal manfaat perniagaan di lautitu. Maka Khoja Maimun pun terlalu sangat berahinya hendak pergi belayar. Maka iapun pergilah mendapatkan isterinya seraya berkata, Hai kekasihku, ketahuilaholehmu bahawa segala manusia ini tiada dapat berpindah juga dan tiada dicarikanmanfaatnya pun kuranglah, kerana dirham itu menanggung segala pekerjaan!Akansekarang hamba dengar perniagaan laut itu terlalu sangat besar labanya daripadaperniagaan yang di darat ini. Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya akupergi belayar. Maka sahut isterinya, Sebenarnyalah kata tuan hamba itu, tetapisungguhpun perniagaan itu sangat besar labanya, dan balanya pun amat besarnyadan banyak dugaan dalam dunia ini. Sehari berapa upahnya tuan pergi dari keranaharta dunia ini banyak yang mahal dan cemar di dalamnya dirham itu, sayang sekalikalau orang yang tidak tebal imannya dan ia seumpama air yang manis, makin

    diminum mungkin bertambah dahaga. Syahadan warnanya pun kuning seperti mukaorang yang durjana. Jikalau tuan hamba hendak pergi belayar, akan sebaik-baiknyatuan hamba bawa juga hamba kerana hamba perempuan dan kita adalah sepertigusi dengan gigi adanya. Jikalau tiada gusi, gigi pun binasalah, demikianlahadanya.

    (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimundalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud dirham itu menanggung segala pekerjaan!

    [ 2 markah]- Wang menampung semua urusan.

    (ii) Nyatakan tiga sebab isteri Khoja Maimun keberatan melepaskan suaminyapergi belayar.

    [3 markah]

    Tiga sebab isteri Khoja Maimun keberatan melepaskan suaminya pergibelayar:- Balanya sangat besar/ risiko sangat tinggi

    - Banyak dugaan

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    31/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    - Orang yang tidak tebal imannya akan mudah terpedaya / terpengaruh /tergoda

    - Jika suaminya tiada si isteri juga akan menghadapi masalah

    (iii) Pada pendapat anda, wajarkah Khoja Maimun meninggalkan isterinya untuk

    pergi belayar?[3 markah]

    Wajar:- Tujuannya belayar adalah untuk berniaga- memperoleh keuntungan yang banyak- memberi kesenangan kepada keluarganya- tidak mahu isterinya menghadapi kesukaran ketika dalam pelayaran- Khoja Maimun akan balik semula ke pangkuan isterinya

    Tidak wajar:-

    Isterinya kesunyian/tiada berteman- Keselamatan isterinya terancam- Kebajikan isteri terabai

    PRAKTIS 3

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorangperempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Haiibuku, pergilah sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orangitu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akanmeluluskan maksud aku ini! Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergikepada isterinya Khoja Maimun itu. Setelah ia sampai, maka segala pesan anak rajaitu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manismulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahidikatakannya.

    Setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata orang tua itu, maka hatinya punterikatlah akan anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya

    itu. Maka Bibi Zainab pun berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya, Haiibuku, baiklah katakan kepada anak raja itu, hamba punya sembah maka ampunbanyak-banyak kepada anak raja itu! Sekarang malam hamba mendapatkan anakraja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia ini. Bukan sebarang ini,mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati! Setelah orang tuaitu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu, maka ia pun segeralahkembali serta menyampaikan segala pesan Bibi Zainab kepada anak raja itu.

    (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimundalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud barang-barang tipu daya.

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    32/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    [ 2 markah]- Segala muslihat/kebijaksanaan/helah

    (ii) Apakah yang berlaku kepada isteri Khoja Maimun selepas mendengar kataorang tua itu.

    [3 markah]Isteri Khoja Maimun:- Terikat hatinya kepada anak raja itu- Api berahi menyala dalam dadanya- Berkehendaklah akan anak raja itu- Merancang untuk berjumpa anak raja itu pada waktu malam

    (iii) Bersetujukah anda dengan tindakan isteri Khoja Maimun pergi berjumpa anakraja itu?

    [3 markah]

    Tidak setuju:- Suaminya tidak ada di rumah- Bermain kayu tiga adalah perbuatan keji- Seorang isteri tidak boleh berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan

    suaminya- Perbuatannya berjumpa dengan anak raja itu akan menimbulkan fitnah- Sekiranya perbuatannya itu diketahui, dia akan dihukum

    PRAKTIS 4

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalanberikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Setelah mendengar kata Bayan itu maka ia pun menangis seraya katanya,Sekali-kali tiada taksirnya aku membuangkan isteriku tiada dengan dosanya. Makasaudagar itu pun segera turun lalu pergi mendapatkan isterinya pada kubur TuanSyeikh itu, minta ampun akan dosanya serta dipegangnya tangan isterinya laludidukungnya lalu dibawa kembali ke rumahnya. Maka kata Bayan itu, DemikianlahHikayat Bayan dengan isteri saudagar itu. Akan hamba tuan demikianlah berbuatbakti akan tuan. Jika jahat sekalipun dikerjakan oleh tuan hamba, atas hambalah

    menyembunyikan salah tuan hamba. Istimewa pula tiada jahat tuan hamba pun.Akan sekarang pergilah tuan hamba kerana anak raja itu sudah lama menanti tuan.Maka isteri Khoja Maimun turunlah hingga pintu, fajar pun menyingsinglah. Makaisteri Khoja Maimun pun naiklah ke rumahnya. Tiadalah jadi ia pergi. Maka ia punduduk dengan percintaannya.

    Maka datanglah pada hari yang lain. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilahkepada Bayan serta memakai dengan pakaian yang indah-indah seraya berkata,Hai raja segala unggas lagi dengan bijaksana, ketahuilah olehmu apatah bicaramuakan daku supaya aku pergi kepada habibikuitu?

    (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun

    dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    33/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    (i) Berikan maksud supaya aku pergi kepada habibiku.[2 markah]

    - agar dia dapat berjumpa dengan kekasihnya.

    (ii) Nyatakan tindakan saudagar selepas menyedari kesilapan membuang

    isterinya?[3 markah]

    - Segera turun lalu pergi mendapatkan isterinya di kubur Tuan Syeikh- Minta ampun akan dosanya- Memegang tangan isterinya lalu mendukungnya- Membawa isterinya kembali ke rumah

    (iii) Pada pendapat anda, jelaskan tujuan Bayan bercerita kepada isteri KhojaMaimun.

    [3 markah]

    - memberi pengajaran kepada isteri Khoja Maimun- melengahkan niatnya untuk berjumpa anak raja- menghalangnya daripada pergi bertemu dengan anak raja- menyelamatkannya daripada melakukan perbuatan keji

    PRAKTIS 5

    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan

    berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

    Maka kata suaminya, Adalah seorang laki-laki dapat ia menjadikan dirinyagajah, tetapi akan laki-laki itu amat cemburuannya. Apabila ia hendak berjalan makadijadikan dirinya gajah hikmat, diadakannya suatu baluhan di atas belakangnya,dibawanya berjalan ke sana sini akan isterinya itu, daripada ia tiada percaya dansangat cemburuan, takut akan isterinya bermukah.

    Maka pada suatu hari gajah itu pun berjalan pada suatu padang. Makasampai kepada tengah padang itu, ada sepohon kayu terlalu amat rampak. Tatkalaitu hamba berteduh di bawah kayu itu. Maka gajah itu pun datanglah berteduh dibawah kayu itu. Maka hamba pun larilah naik ke atas kayu itu dan isterinya yang

    diikat itu ada di belakangnya itu pun memandang ke atas pohon kayu itu. Makadilihatnya hamba, lalu dipanggilnya dengan isyaratnya. Maka sahut hamba, Haiperempuan, hamba takut kepada gajah itu! Maka jawabnya, Apa yang tuantakutkan, bukankah ia lagi tidur? Setelah sudah hamba mendengar kata perempuanitu maka hamba pun turun dari atas pohon kayu itu lalu bersuka-suka di belakanggajah dengan perempuan itu. Seketika lagi gajah itu pun jagalah, lalulah ia berjalankembali membawa isterinya. Demikianlah cetera orang yang cemburuandiperduakan suaminya, itulah perempuan dimasukkan Allah Taala ke dalam nerakajahanam lima ratus tahun lamanya.

    (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun

    dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

  • 7/22/2019 Prosa Klasik e

    34/34

    Modul KOMSAS Genre Prosa Tradisional

    (i) Berikan maksud sepohon kayu terlalu amat rampak.[2 markah]

    - sebatang pokok yang banyak cabang / dahan dan panjang-panjang

    (ii) Mengapa lelaki itu menjadikan dirinya gajah hikmat?

    [3 markah]- Dia sangat cemburu akan isterinya- Dia tidak percaya akan isterinya- Dia takut isterinya bermukah- Dia ingin membawa isterinya ke mana sahaja ia pergi

    (iii) Pada pendapat anda, cadangkan tiga cara untuk mengelakkan perbalahanantara suami isteri.

    [3 markah]- Saling menghormati

    - Saling mempercayai- Saling menyayangi / mencintai- Sentiasa berbincang / bertolak ansur- Setia pada pasangan masing-masing