Professional ethics

12
FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY MEI 2014 PROFESSIONAL ETHICS 1.0 Difinisi Etika Etika didifenisikan sebagai prinsip tingkahlaku individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Etika individu sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap individu. Etika (Yunani Kuno: "ethikos", berarti "timbul dari kebiasaan") adalah sebuah sesuatu dimana dan bagaimana cabang utama filsafat yang mempelajari nilai atau kualitas yang menjadi studi mengenai standar dan penilaian moral.Etika mencakup analisis dan penerapan konsep seperti benar, salah, baik, buruk, dan tanggungjawab. St. John of Damascus (abad ke-7 Masehi) menempatkan etika di dalam kajian filsafat praktis (practical philosophy). Etika dimulai bila manusia merefleksikan unsur-unsur etis dalam pendapat-pendapat spontan kita.Kebutuhan akan refleksi itu akan kita rasakan, antara 1

Transcript of Professional ethics

Page 1: Professional ethics

FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MEI 2014

PROFESSIONAL ETHICS

1.0 Difinisi Etika

Etika didifenisikan sebagai prinsip tingkahlaku individu-individu yang boleh diterima

dari segi akhlak. Etika individu sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak

serupa untuk setiap individu.

Etika (Yunani Kuno: "ethikos", berarti "timbul dari kebiasaan") adalah sebuah sesuatu

dimana dan bagaimana cabang utama filsafat yang mempelajari nilai atau kualitas yang

menjadi studi mengenai standar dan penilaian moral.Etika mencakup analisis dan penerapan

konsep seperti benar, salah, baik, buruk, dan tanggungjawab.

St. John of Damascus (abad ke-7 Masehi) menempatkan etika di dalam kajian filsafat

praktis (practical philosophy). Etika dimulai bila manusia merefleksikan unsur-unsur etis

dalam pendapat-pendapat spontan kita.Kebutuhan akan refleksi itu akan kita rasakan, antara

1

Page 2: Professional ethics

lain karena pendapat etis kita tidak jarang berbeda dengan pendapat orang lain. Untuk itulah

diperlukan etika, yaitu untuk mencari tahu apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia.

Secara metodologis, tidak setiap hal menilai perbuatan dapat dikatakan sebagai etika.

Etika memerlukan sikap kritis, metodis, dan sistematis dalam melakukan refleksi.Karena

itulah etika merupakan suatu ilmu. Sebagai suatu ilmu, objek dari etika adalah tingkah laku

manusia. Akan tetapi berbeda dengan ilmu-ilmu lain yang meneliti juga tingkah laku

manusia, etika memiliki sudut pandang normatif. Maksudnya etika melihat dari sudut baik

dan buruk terhadap perbuatan manusia.

Etika terbagi menjadi tiga bagian utama: meta-etika (studi konsep etika), etika

normatif (study penentuan nilai etika), dan etika terapan (study penggunaan nilai-nilai etika).

Menurut Bertens : Nilai- nilai atau norma – norma yang menjadi pegangan seseorang

atau suatu kelompok dalam mengatur tingkah lakunya.

Menurut KBBI : Etika dirumuskan dalam 3 arti yaitu tentang apa yang baik dan apa

yang buruk, nilai yang berkenaan dengan akhlak, dan nilai mengenai benar dan salah yang

dianut suatu golongan atau masyarakat.

Menurut Sumaryono (1995) : Etika berkembang menjadi studi tentang manusia

berdasarkan kesepakatan menurut ruang dan waktu yang berbeda, yang menggambarkan

perangai manusia dalam kehidupan manusia pada umumnya. Selain itu etika juga

berkembang menjadi studi tentang kebenaran dan ketidakbenaran berdasarkan kodrat

manusia yang diwujudkan melalui kehendak manusia.

Drs. O.P. SIMORANGKIR : Etika atau etik sebagai pandangan manusia dalam tingkahlaku

menurut ukuran dan nilai yang baik.

Drs. Sidi Gajalba dalam sistematika filsafat : Etika adalah teori tentang tingkah laku

perbuatan manusiadipandang dari segi baik dan buruk, sejauh yang dapat ditentukan oleh

akal.

Drs. H. Burhanudin Salam : Etika adalah cabang filsafat yang berbicara mengenai nilai

dan norma moral yang menentukan prilaku manusia dalam hidupnya. Di sisi lain etika dapat

dibagi menjadi etika umum dan etika khusus. Etika khusus selanjutnya dibezakan lagi

menjadi etika individual dan etika sosial. Pembezaan etika menjadi etika umum dan etika 2

Page 3: Professional ethics

khusus ini dipopularkan oleh Magnis Suseno dengan istilah etika deskriptif. Lebih lanjut

Magnis Suseno menjelaskan bahwa etika umum membahas tentang prinsip-prinsip dasar dari

moral, seperti tentang pengertian etika, fungsi etika, masalah kebebasan, tanggung jawab,

dan peranan suara hati. Di lain pihak, etika khusus menerapkan prinsip prinsip dasar dari

moral itu pada masing masing bidang kehidupan manusia. Adapun etika khusus yang

individual memuat kewajiban manusia terhadap diri sendiri sedangkan etika sosial

membincangkan tentang kewajiban manusia sebagai anggota umat manusia.

Telah jelas,

Etika professional digunakan untuk menilai prinsip moral sesuatu kumpulan yang

dicipta untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau

penggunaan sumber yang mereka ada. Manusia mendalami peraturan dan nilai milik budaya

professional sama seperti mereka membuatnya untuk golongan mereka. Golongan ini

berpegang teguh kepada peraturan professional dan nilai semasa membuat keputusan di atas

bagaimana bertingkahlaku ataupun bertindak mengikut etuka tertentu.

Terdapat beberapa factor yang membentuk etika individu:

• Pengaruh keluarga

Kanak-kanak seringkali mencontohi atau mengikut etika dari tingkahlaku ibu bapa mereka.

Jika ibu bapa beretika, maka kanak-kanak juga akan beretika. Begitu juga sebaliknya.

• Pengaruh rakan

Faktor ini merupakan satu factor yang kuat mempengaruhi etika seseorang. Untuk melihat

keperibadian seseorang, kita hanya perlu melihat keperibadian rakan mereka. Jika kita

berkawan dengan ulama, maka kita akan beretika dan bermoral. Begitu juga sebaliknya.

• Pengalaman hidup

Pengalaman hidup seseorang yang positif atau negative. Sekiranya perbuatan mencuri yang

dilakukan tidak mendapat tentangan atau hukuman, maka seseorang akan beranggapan

kegiatan mencuri tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi sekiranya seseorang dihukum kerana

mencuri, maka dia akan mengetahui mencuri itu adalah satu kesalahan.

• Nilai peribadi dan prinsip moral

3

Page 4: Professional ethics

Nilai peribadi dan prinsip moral juga dipengaruhi oleh kedudukan seseorang. Seseorang yang

mementingkan pangkat dan kewangan bertindak berdasarkan keuntungan tanpa mengira

kesannya terhadap orang lain .

• Faktor situasi

Faktor situasi juga boleh mempengaruhi perlakuan seseorang. Walaupun sesuatu perlakuan

diketahui tidak berstika tetapi factor situasi boleh menyebabkan seseorang melanggar etika

tersebut. Contohnya seseorang ahli perniagaan boleh bertindak mengubahsuai keuntungan

perniagaan untuk menggurangkan cukai yang akan dikenakan.

2.0 PENILAIAN FAKTOR PERTAMA

Pengaruh Keluarga

Peribahasa Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” peribahasa ini member satu

pengertian iaitu sesuatu etika seseorang individu itu perlu dipupuk sejak awal proses

pertumbuhan dan perkembangan dirinya bermula dari zaman bayi, kanak-kanak, remaja

sehingga ke peringkat dewasa. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mempastikan proses

pendidikan dan pelajaran adalah berterusan.

Pembentukan etika perlu dilakukan mengikut batasan yang betul sejak zaman kanak-

kanak lagi, sekiranya etika individu itu tidak mengikut batasan nilai murni maka ini akan

terjadi seperti yang dipaparkan oleh seniman agung allahyarham P. Ramli dalam cerita atau

filem “Anak Ku Sazali” sebagaimana yang terdapat dalam dialognya “Ayah

bertanggungjawab di atas segala perbuatan Sazali selama ini, kerana jika ayah menampar

Sazali dua puluh tahun dahulu, Sazali tidak mungkin jadi begini” Oleh iyu adalah penting

setiap ibu bapa melakukan pencegahan awal agar delikuensi tidak berlaku. Delikuensi ialah

salah laku kecil yang dilakukan oleh golongan muda. Salah laku ini termasuk vandalisme,

ketagih alcohol, lari dari rumah, melawan ibu bapa, peras ugut dan terlibat dalam kumpulan

liar.

Ibu bapa perlulah mempastikan anak-anak mereka dipupuk satu keyakinan bahawa

kasih saying dan perhatian yang diberikan ada batasan. Ibu bapa yang terlalu melindungi

anak mereka (overprotection) boleh membawa kesan negative terhadap perlakuan anak. Ada

ibu bapa yang tidak pernah hukuman kepada anak-anak mereka walaupun mereka melakukan

kesalahan, malahan ibu bapa tersebut membiarkan anaknya tanpa teguran dengan alas an

4

Page 5: Professional ethics

anak-anak mereka masih kecil dan tidak faham adat dan kesopanan nanti kononnya jika besar

ia akan faham sendiri.

Misalnya berlaku kes di mana seorang anak yang bermain basikal bersama kawan-

kawan, ketika mereka leka bermain kejar mengejar, salah seorang daripada kanak-kanak itu

telah terjatuh. Akibat daripada insiden itu kanak-kanak tersebut tercedera sedikit pada

kakinya lalu menangis kesakitan dan pergi mengadu kepada ibunya yang berada disitu. Tanpa

soal siasat ibu tersebut telah memarahi kawan-kawan anaknya dengan tuduhan merekalah

penyebab kepada kecederaan anaknya. Kesan berterusan sikap ibunya melindungi perbuatan

sebegitu akan menyebabkan terbentuknya sikap tidak bertanggungjawab pada diri anak itu

apabila meningkat remaja dan dewasa kelak apabila anak itu melakukan perbuatan yang

melanggar norma social, ini akan menjadi faktor kepada anak itu tidak mengendahkan etika

sosial masyarakat.

Pengaruh keluarga dalam pembentukan etika seseorang itu perlu mempunyai

komunikasi yang baik dan berkesan. Komunikasi dalam keluarga menjadi pengukur dan

penentu etika setiap ahli keluarga. Melalui komunikasi, segala maklumat dapat disalurkan

dan difahami dengan baik sesama ahli keluarga. Gejala kurang komunikasi di antara ibu bapa

dan anak-anak boleh menimbulkan kesan yang negative kepada anak-anak terutamanya

apabila anak-anak merasakan mereka kurang diberikan perhatian oleh ibu bapa. Di antara

kesan negative yang akan timbul ialah penderhakaan, terlibat dengan jenayah, terjerumus ke

lembah maksiat dan sebagainya.

Ibu bapa yang kreatif akan mengenalpasti bakat dan kehebatan yang ada dalam diri

setiap anak dan terus menyuburkan bakat supaya bakat dan kehebatan tadi tidak terpendam

begitu sahaja. Sebagai contoh, sekiranya seorang anak menunjukkan kecenderungannya

dalam permainan bola sepak, ibu bapa seharusnya memberikan galakkan yang sewajarnya

seperti membelikan kasut bola yang terbaik, buku-buku atau majalah mengenai bola sepak,

menghantar anak untuk mengikuti latihan professional dan sebagainya.

Ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam pembentukkan etika anak-anak,

peranan ahli-ahli keluarga lain seperti kakak dan abang juga dapat membentuk etika individu

itu secara sokongan daripada nilai-nilai yang telah dipupuk oleh ibu bapa mereka. Ahli-ahli

keluarga lain boleh bertindak sebagai rakan sebaya.

5

Page 6: Professional ethics

Ahli-ahli keluarga merupakan sekumpulan individu yang paling hampir dengan

kanak-kanak semasa mereka membesar. Ibu bapa dalam sesebuah keluarga mempunyai

pengaruh yang besar terhadap pembentukan etika kanak-kanak. Segala kelakuan dan

perbuatan yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga terutamanya ibu bapa akan ditiru dan

diamalkan oleh kanak-kanak. Oleh itu, sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang

positif, maka kanak-kanak tersebut akan meniru dan mengamalkan etika positif tersebut

dalam kehidupan mereka. Ibu bapa yang mengamalkan gaya hidup yang bersih, sihat serta

menghormati orang lain akan turut mempengaruhi etika anak-anaknya. Kanak-kanak yang

mempunyai ibu bapa seperti ini akan membesar menjadi individu yang beretika,

menghormati orang lain dan menjadi seorang warganegara yang berguna.

Tetapi sekiranya ibu bapa kanak-kanak tersebut menunjukkan etika yang negatif,

maka kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan membesar dengan perilaku dan etika

yang negatif. Contohnya, seorang bapa yang melakukan penderaan fizikal terhadap anak-

anaknya boleh mendatangkan kesan negatif ke atas fizikal dan psikologi mereka. Isu

penderaan ialah suatu isu yang berkaitan dengan salah laku jenayah yang boleh menyebabkan

seseorang menerima akibat atau kesan buruk daripada penderaan. Kanak-kanak yang

menjadi mangsa penderaan akan mengalami trauma yang berpanjangan dan akan

mempengaruhi hidupnya sehingga dewasa. Apabila individu tersebut berkeluarga dan

mempunyai anak, besar kemungkinan dia juga akan menjadi seorang pendera. Oleh itu, ibu

bapa sepatutnya menjadi seorang idola dan contoh terbaik kepada anak-anaknya dengan

mengamalkan perilaku yang beretika.

Asuhan dan cara didikan ibu bapa terhadap kanak-kanak juga mempengaruhi

pembentukan etika mereka. Ibu bapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan

mewujudkan individu yang begitu taat kepada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku

mereka. Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-

anaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari. Ibu bapa

yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak

mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan

penting, akan mendapati anak-anak mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-

kanak yang membesar dalam suasana yang kondusif akan menjadi seorang individu yang

aktif, cerdas dan lebih bersopan santun.

3.0 PENILAIAN FAKTOR KEDUA

6

Page 7: Professional ethics

Pengaruh Rakan

Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses pembentukan

etika dalam diri individu. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak

meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan rakan sebaya

menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan sikap atau etika mereka.

Untuk diterima oleh kumpulan rakan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan

menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpuan tertentu. Ini boleh membawa sama

ada kesan positif ataupun negatif. Contohnya, sekiranya rakan-rakan dalam sesebuah

kumpulan rakan sebaya tersebut mempunyai standard etika yang tinggi seperti mementingkan

disiplin diri dan pelajaran maka besar kemungkinan individu-individu dalam kumpulan

tersebut juga akan menerima standard etika tersebut.

Tetapi pengaruh negatif rakan sebaya juga kadang-kadang mewujudkan keadaan yang

tidak menyenangkan seperti vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan

terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan

tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.

Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam

kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul maka timbullah pelbagai

idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga bermasalah mudah dipengaruhi

oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri.

Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu

di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain. Kemunculan golongan rendah moral

dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme dalam kalangan remaja seperti

Black Metal sudah cukup memberi cabaran kepada ibu bapa, guru-guru, kerajaan dan

masyarakat untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya

sihat. Kesimpulannya, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap, tingkah laku dan etika

individu terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga bermasalah dan tercicir dalam

pelajaran.

4.0 PENILAIAN FAKTOR KETIGA

Pengalaman Hidup

Setiap memori serta pengalaman yang dialami oleh individu sebenarnya menjadi satu

pedoman dan pengajaran untuk meneruskan kehidupan. Setiap pengalaman yang diperoleh

7

Page 8: Professional ethics

hasil daripada tindakan yang diambil oleh individu sama ada beretika atau tidak akan

mendorongnya untuk meneruskan perbuatan tersebut atau meninggalkannya. Ini sebenarnya

menjadi salah satu faktor pembentukan etika dalam diri individu. Contohnya, seorang pelajar

yang suka meniru dalam peperiksaan tetapi tidak pernah mendapat teguran atau hukuman,

maka perbuatan meniru itu dianggapnya bukan satu kesalahan. Tetapi sekiranya pelajar itu

didapati bersalah meniru dalam peperiksaan dan dihukum, maka dia akan mengetahui

perbuatan tersebut adalah satu kesalahan dan akan berhenti melakukannya.

Seseorang yang menyara hidupnya dengan meragut akan terus menjalankan aktiviti

tidak beretika tersebut sekiranya tidak mendapat tentangan atau hukuman. Selagi dia belum

ditangkap dan dijatuhkan hukuman, dia akan terus melakukan kegiatan tersebut kerana

merasakan perbuatannya itu bukanlah satu kesalahan besar. Tetapi sekiranya individu

tersebut dihukum kerana meragut, maka dia akan mengetahui bahawa perbuatan tersebut

merupakan satu kesalahan besar.

Sekiranya seseorang individu itu melakukan kebaikan, seperti memulangkan dompet

pelancong yang tercicir dalam bas dan diberikan ganjaran di atas perbuatannya itu akan terus

melakukan kebaikan. Ganjaran dan penghargaan yang diberikan kepadanya atas perbuatan

baiknya itu akan menjadi satu motivasi kepada dirinya untuk terus mengamalkan etika dan

perilaku yang positif.

5.0 Undang-undang Sebagai Panduan untuk Pilihan Moral

Undang-undang merupakan satu set peraturan yang sistematik dan konsisten serta

digubal oleh masyarakat untuk mengawal perilaku masyarakat dan telah diterbitkan, diterima

umum dan dikuatkuasakan. Semua keputusan yang akan diambil perlu ditentukan oleh

undang-undang kerana masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat secara

kolektif oleh anggota masyarakat tersebut mengenai tindakan dan perilaku yang harus dibuat

apabila berlaku dilema moral.

Undang-undang berperanan penting dalam kehidupan manusia. Antara kepentingan

undang-undang ialah menjadi panduan pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira

pangkat, warna kulit, agama, ideologi politik dan sebagainya. Ini terbukti apabila undang-

undang itu sendiri menguruskan dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam

sesebuah negara. Selain daripada itu, undang-undang juga berperanan sebagai ejen

keamanan dan kesejahteraaan. Undang-undang digunakan untuk mengawal ahli-ahli

masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan

8

Page 9: Professional ethics

orang ramai. Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman

yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi

pengajaran kepada si pelaku dan orang ramai. Oleh yang demikian, hak-hak dan kebebasan

setiap individu akan terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan poitik yang

stabil dapat diwujudkan.

Apa yang paling penting ialah, undang-undang dapat dijadikan sebagai panduan untuk

pilihan etika dan nilai-nilai moral. Ini bermakna seseorang individu di dalam sesebuah

masyarakat perlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan dengan dilema etika

sama ada di dalam atau di luar organisasi. Setiap individu yang tinggal di dalam negara

Malaysia tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang bertujuan untuk

melindungi rahsia keselamatan negara. Akta ini boleh dijadikan panduan untuk bertindak

apabila berlaku situasi seperti berikut. Stanley seorang pegawai kastam yang bertugas di

sebuah pelabuhan. Stanley mempunyai ramai kawan ahli perniagaan yang besar. Seorang

kawan rapat Stanley mengimport produk daripada luar negara, dia hendak mengelak daripada

duti import, dia meminta kontena barangannya dilepaskan daripada diperiksa oleh pegawai

kastam.

Stanley dalam dilema kerana kawan rapatnya telah menyeludup barangan dari luar

negara, sekiranya Stanley melepaskan barangan seludup tersebut maka dia akan membenar

aktiviti penyelupan barangan seludup dan dia juga akan melanggar aku janjinya pada

kerajaan. Oleh kerana kawan rapat Stanley telah memberitahu secara terperinci perjalanan

barangannya itu, dengan tujuan supaya Stanley dapat mengatur jadual bertugasnya dan dapat

melepaskan kontena barangannya itu. Stanley sedar bahawa kawan rapatnya itu tidak

memberitahu jenis barangan seludupnya dengan betul, walaupun kawannya itu hanya

memberitahu bahawa barangan ’import’ itu hanyalah pakaian dan makanan kering sahaja.

Stanley tidak boleh mempercayai penuh maklumat daripada kawannya untuk mengelak

bahan-bahan terlarang dan berbahaya yang boleh memudaratkan orang lain dan masyarakat.

Oleh kerana tidak mahu melanggar undang-undang kastam maka Stanley hendaklah

mengelakkan bertugas pada waktu kontena barangan kawannya itu tiba di pelabuahan ini

supaya tidak ketara berlaku penolakkan daripada Stanley akan aktiviti kawannya itu. Stanley

sedar bahawa peraturan kastam hendaklah dipatuhi sekiranya peraturan dilanggar maka

kemungkinan besar Stanley akan berhadapan dengan undang-undang kerana telah melanggar

etika kerjanya.

9

Page 10: Professional ethics

Undang-undang juga boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila berhadapan

dengan dilema etika di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya, seorang pembantu

jurutera telah menemui bukti bahawa seorang jurutera awam di sebuah jabatan kerajaan telah

menerima rasuah untuk memberikan kelulusan sijil layak menduduki bangunan apartmen kos

sederhana yang telah siap dibina. Setelah membuat pemeriksaan, pembantu jurutera tersebut

telah mendapati banyak spesifikasi yang tidak dipatuhi dan berkemungkinan menimbulkan

masalah keselamatan pada masa akan datang. Dia ingin membuat aduan kepada pihak-pihak

berwajib mengenai perkara tersebut tetapi bimbang tindakannya itu boleh menjejaskan

kerjaya dan keselamatan dirinya. Atas nasihat rakan-rakan serta nilai etika yang tinggi,

akhirnya dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak berwajib kerana yakin dia akan

dilindungi oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang dikuatkuasakan

pada 15 Disember 2010. Akta yang baru digubal ini memperuntukan perlindungan terhadap

pemberi maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar. Perlindungan

yang diberikan merangkumi, perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil

atau jenayah yang cuba dikenakan terhadap pemberi makumat dan juga perlindungan

terhadap tindakan yang memudaratkan.

PENUTUP

Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Berdasarkan

kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, ternyata etika membantu

membentuk keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup. Daripada sudut

individu, seseorang yang beretika sentiasa menjaga perilaku dirinya agar tidak bertentangan

dengan nilai dan kehendak moral sesebuah masyarakat.

Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunya membentuk

sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya. Dari segi mental pula,

orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Individu seperti ini akan sentiasa membuat pertimbangan daripada sudut baik dan buruk

sesuatu perkara sebelum mengambil sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang sentiasa

mengamalkan etika yang baik mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul

walau di mana sahaja dia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya

berfikir dan tindak- tanduknya.

10

Page 11: Professional ethics

Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang mempunyai

nilai etika yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan masyarakat yang lebih

progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga akan turut aman, damai, maju dan

mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat

mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan

berkembang. Sejarah telah membuktikan perkara ini di mana beberapa tamadun agung yang

pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir,

Rome, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya

sudah tidak bermoral dan beretika lagi.

RUJUKAN

Ahmad Khamis. (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk Institusi Pengajian Tinggi. Selangor: Budiman Sdn Bhd.

Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). Professional Ethics. Selangor Darul Ehsan: OUM.

Mohd Jabib ohari. (2001). Etika Profesional. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Prof Dr Ansary Ahmed et. Al. (2007). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor Darul Ehsan: OUM

Rahmad Shukor. (2009). Pendidikan Moral: Tahun 3. Selangor Darul Ehsan: OUM.

Sahakin et.al. (1993). Ideas of the Great Philosophers. Pg31. Barnes and Noble Books.

White, T.I (1993). Busines Ethics: A philosophical Readar. New York: MacMiller Pub. Co.

11

Page 12: Professional ethics

www. Agc.gov.my/Akta/vol.2/Akta 88.pdf (Diakses 7 Mac 2013)

www. Bheauu.gov.my/pdf/Akta/Akta 711.pdf (Diakses 7 Mac 2013)

12