pilihan abah

download pilihan abah

If you can't read please download the document

  • date post

    27-Sep-2015
  • Category

    Documents

  • view

    232
  • download

    8

Embed Size (px)

Transcript of pilihan abah

Part 1

Part 1

Aku duduk termenung sendirian di tepi tasik..burung swan berenang-renang di tasik.. Entah kenapa aku tergerak hati hendak ke situ harini.. Rasa-rasanya sepanjang hampir 5 tahun aku di sini, di bumi Ireland ini..itu baru kali kedua aku pergi berjalan ke situ.. Kali pertama masa aku tahun satu dulu..Itu pun kakak senior yang bawakkan..saja nak tunjuk keindahan Bandar kecil itu.. Selepas tu..aku agak sibuk dengan pelajaran..Tak sempat lagi nak berjalan-jalan mengambil angin di situ..Aku bertekad nak menjadi doktorsejak kecil lagi..itulah harapan abahku Akan aku usahakan.. meskipun aku rasa aku ini tidak lah sebijak mana jika nak dibandingkan dengan sahabat aku yang lain..

Aku duduk di atas bangku..merenung jauh ke arah rumpunan di tengah tasik itu..Tapi fikiran ku sedikit pun tidak memikirkan tentang swan tadi atau pun rumpunan itu.. Hati aku keresahan..Kepalaku kerunsingan..Peperiksaan akhir akan menjelang tak lama lagi..Kini sudah bulan Mac sebulan lagi aku perlu bertarung di medan peperiksaan.. Dan kemudian..aku akan pulang bercuti ke Malaysia..menemui keluargakudan menemui semula segala masalah yang menghantui fikiranku selama ini..

Aku mengenakan zip di baju sejukku..Tidak tahan rasanya kesejukan angin Irish ini.. Sudah masuk bulan Mac..Sepatutnya semakin kurang sejuk kerana musim bunga sudah mula mahu menjengukHairan pula akuTahun inilain pulak jadinyaSejuk sungguh sejak dua tiga minggu ini.. Aku menarik nafas panjang dan menghembus dengan pantasTerhibur pula aku melihat asap wap panas yang keluar dari mulutku.. Aku tergelak sendiri bila mengenang hampir 5 tahun laluAku baru sampai ke sini..Bukan main jakun lagi aku melihat asap ituehehehComel aku masa tu..baru berumur 19 tahunsekarang usia aku dah merangkak masuk angka 24.. Hari yang dijanji-janjikan itu sudah hampir tiba..Aku buntuTidak tahu apa harus aku fikirkan..Apa harus aku lakukanAku melihat jam tangan..sudah hampir pukul 6.30 petang. Sekejap lagi masuk waktu maghrib..Aku segera bangun dan berjalan dengan agak pantas pulang ke rumah..

Tiba sahaja di rumah, aku terus masuk ke bilikku dan segera bersolat.. Setelah selesai berdoa, aku menuju ke meja study ku.

kak Ana!! Jom makan!! Izzah dah siap masak!!, teriak adik serumahku, Nurul Izzah. Hari ini giliran Izzah memasak..Giliran aku hari Jumaat. Kami berlima tinggal di rumah sewa itu, aku, Izzah, Zizi, Semah dan Intan. Izzah dan Zizi dalam tahun 4 pengajian, manakala Semah dan Intan adalah pelajar tahun 2. Aku lah yang paling tua di rumah itu..Aku dalam tahun akhir..Kami semua bakal doctor ! Insya-Allah.

Aku segera turun ke bawah dan menuju ke dapur. Adik-adikku semuanya telahpun sibuk menyedok lauk..Masing-masing lapar agaknyaLetih seharian di hospital dan kuliah.

Kak Ana diam aje harini..kenapa? Tak sihat ke?? Aii..teringatkan sapa pulak tu kak.. soal Intan dengan nada menyindirku. Aku Cuma tersengih melihatnya.. Ada laaa, jawabku dengan nada penuh berahsia.. Alah akak nisuka sangat berahsiakita kan serumahkalau apa-apa masalah,bagitau la kami.... Sampuk Semah. Sekali lagi aku tersengeh. Seronok pulak aku tengok gelagat adik-adik ni..Muncung aje muka.. Aku sempat mengerling Izzah. Cuma dia saja yang tahu masalah yang melandaku sejak tahun lepas.

Selesai saja makan, aku terus naik semula ke bilik untuk meneruskan proses mengulang kaji pelajaranku. Maklum lah..aku di tahun akhir, tak ada masa untuk tengok tv atau bersenang-lenang berborak-borak di bawah. Sayup-sayup aku terdengar suara Zizi, Semah dan Intan bergelak ketawa menonton siri Friends di bawah. Tiba-tiba, pintu aku diketuk dan Izzah masuk sambil tersenyum. Study ke kak..Petang tadi akak pegi mana? Dekat maghrib baru balik..Ada orang call akak tau tadi, kata Izzah sambil menyengetkan mulutnya. Aku tahu siapa yang dimaksudkan.

Dia lagi ke Izzah? Izzahakak pening lah fikir masalah ni..Izzah pun tau kan..akak sukakan Hisham tu sejak akak mula-mula datang sini lagi..tapi nak buat macam mana..Dah takdir akak begini agaknya, balasku. Izzah merenungku. Di wajahnya ada rasa simpati terhadapku. Emm..Okla kak..Izzah tak nak kacau akak study..Jangan fikir sangat pasal tu tauIngat, akak ada exam final tak lama lagi Izzah keluar meninggalkan aku yang kononnya study..

Ingatanku melayang ke peristiwa tahun lepas, sewaktu aku pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas.

Ana..Abah nak cakap sesuatu dengan Ana ni.. kata abah suatu malam setelah hampir sebulan aku duduk di rumah.

Gini Ana..2 bulan lepas, ada orang masuk meminang Ana. Jadi..abah dah terima pinangan tu untuk Ana. Abah percaya dia tu lelaki yang baik untuk jadi suami ana. Abah berhenti untuk melihat riak wajahku ketika itu. Mata aku bulat memandang abah tak berkelip. Aku kelu. Betulkah apa yang abah cakap kan ini?

Abah terus menyambung Dia bukan orang lain ana..saudara kita jugak.. Ana ingat lagi tak Abang Deris dan Kak Ilya? Anak depa yang sulung lah yang depa pinang untuk Ana. Abah harap ana tak da halangan. Ana kan anak manja abah.. Abah tersenyum memandangku.

Tiba-tiba emak muncul di ruang tamu itu dan duduk di sebelah aku yang masih terkejut dengan berita yang baru sahaja abah sampaikan..Emak memegang tanganku erat. Anak mak ni dah besar..Cantik dan manis pulak tu..Lagi manis kalau Ana sarungkan cincin ni ke jari Ana tu..

Aku memandang kotak baldu merah yang emak hulurkan. Apakah semuanya ini!!!!!jeritku di dalam hati..Sampai hati mak dan abah buat begini kepada aku. Kenapa mesti buat keputusan tentang masa depanku, tentang hidupku tanpa meminta persetujuan ku???kenapa?? Tangan dan bibirku terketar-ketar menahan sebak dan geram sekaligus. Tiba-tiba aku teringatkan Hisham, jejaka yang menjadi pujaan hatiku sejak aku mula-mula belajar di Ireland. Mataku mula berkaca-kaca dan setitik air mata jatuh di pipi ku.

Sampai hati mak dan abah.. kataku perlahan-lahan tanpa memandang wajah emak atau abah. Aku terus berlari masuk ke bilikku..Aku menangis semahu-mahunyaDari dalam bilik aku terdengar suara emak dan abah.

Itulah abang..Yah dah cakap..Ana mesti tak suka abang terima lamaran tu..Patutnya abang tanya lah dia dulu..

Yah..Abang dah dah fikir lama pasal lamaran tu..Abang tahu apa yang terbaik untuk Ana..Insya-Allah si Azmi tu boleh jaga Ana baik-baik..

Aku menekup telingaku dengan bantal..Tak sanggup lagi aku dengar kata-kata abah itu. Sungguh tak munasabah keputusan abah! Sampai hati abah.. Aku benci Abah!!! Part 2

Kak Ana!!!!! Telefon!!! Suara Intan dari bawah menghentikan lamunanku. Segera aku bangun dan turun ke bawah.

Eh kak..Akak nangis ke? soal Intan ketika bertembung dengan ku di tangga.

Takda lah..mata akak letih sangat..tengok buku lama sangat kot, jawabku sambil tersenyum dan mengesat air mata yang bertakung di mataku. Tak sedar pulak aku menangis tadi.

Helloujarku dengan loghat Irishku..manalah tau, kalau kawan-kawan sekelasku yang menelefon.

Helo. INCLUDEPICTURE "http://www.ukhwah.com/images/forum/smilies/icon_salam.gif" \* MERGEFORMATINET

Ana. Ni Hisham lah..Tak cam ke suara aku yang lemak merdu ni?

Oh..Sham..Aku ingatkan mat saleh mana tadi..jawabku sambil tergelak kecil. Ada apa kau telefon aku malam-malam buta ni?

Takde lah..saja je..aku dah letih la baca buku..Tu yang aku telefon kau tu..Tak boleh ke?

Memangla tak boleh..Kalau takde hal,aku malas la nak cakap dengan kau.. jawabku tegas.

Ish..jangan la gitu Ana..Sebenarnya gini..tadi ada junior kata dia nampak kau kat Tasik Lough tu, kau tengah termenung. Aku pun naik risau la pulak. Ye la kan..sebagai classmate kau..aku concern lah, exam dah nak dekat ni..Kau tension study ke?

Emm..tak ada lah..saja je aku ambil-ambil angin. Hari-hari tengok muka orang sakit, letih jugak aku..Kau jangan la risau. Okla Sham, aku dah mengantuk la..dah pukul 11 malam ni..Aku letih harini.. Takpe lah kalau macam tu..Jumpa kau kat hospital esok ye! Bye..

Sham, Thanks coz ambil berat.

Aku terus meletakkan gagang. Aku merenung telefon beberapa ketika. Baik si Hisham ni..Selalu ambil berat tentang aku. Tunang ku? Di mana dia? Siapa dia? Aku terasa geram memikirkan tentang dia. Aku benci abah! Aku menarik nafas panjang.

Kak! Oo Kak! Terkejut aku mendengar suara Semah memanggil. Aku memandang Semah dan Zizi yang masih bertenggek di depan tv. Kedua-duanya memandang aku sambil tersengeh-sengeh.

Berangan ke kak..Hisham dah letak telefon tu..Akak ni..asyik termenung aje kami tengok..Hisham dah melamar akak keSempat lagi dia ye..Bukan dah nak exam final ke.. Kata Zizi sambil tersenyum lebar.

Malas aku nak layan budak-budak ni. Aku mencekak pinggang dan menjelirkan lidah kepada adik-adikku itu. Padan muka. Aku tersenyum sendiri ketika memanjat tangga menuju semula ke bilik. Terus saja aku menghempas badanku ke katil. Buku-buku bersepah di atas meja. Perasaanku sungguh tak tenteram hari ini. Apa yang aku fikirkan entah lah..Aku mengambil diariku dan pen untuk mencoret sesuatu bagi melegakan sedikit beban perasaanku ini. Aku menyelak-nyelak halaman-halaman lepas. Aku mencapai pula diari tahun lepas. Kubuka helaian bulan Julai. Cuti Musim panas di Malaysia. Helaian-helaian itu agak pudar kertasnya dan terkeronyok sedikit kerana kesan-kesan air mataku ketika itu.

2 Julai 2003 Aku telah ditunangkan dengan seseorang. Baru semalam abah memberitahu kepadaku. Aku bertunang?? Aku? Sampai hati abah..buat macam ni kat aku..Sampai hati.. Aku akan hidup dengan orang yang aku tak kenali! Aku benciiiii!! Benci abah! Benci abah! Benci abah! Hisham!! Aku rindu kan kau! Aku tak boleh terima orang lain! Kenapa kau diam? Kau tak pernah perasan kah yang aku sukakan kau selama ini..Kau dah terlambat Sham!! Aku benci hidup ini! Kenapa????? Kenapa aku?

3 Julai 2003 Aku telah cuba memberontak dengan abah. Aku katakan aku tak mahu terim