Penyakit kusta

37
HARI KUSTA SEDUNIA 27 JANUARI 2011 ( Leprosy or Hansen's disease ) 1 UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Transcript of Penyakit kusta

Page 1: Penyakit kusta

HARI KUSTA SEDUNIA

27 JANUARI 2011

( Leprosy or Hansen's disease )

1UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Page 2: Penyakit kusta

PENGENALAN

2UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Penyakit Kusta adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium leprae yang berjangkit secara

perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata,

tekak dan hidung. Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen.

Page 3: Penyakit kusta

CARA REBAKAN PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 3

Cara rebakannya tidak diketahui secara tepat tetapi difahamkan ia merebak dari seorang ke seseorang melalui percikan air liur. Faktor-faktor persekitaran yang tidak bersih dan keadaan tempat tinggal yang sesak adalah penyumbang kepada merebaknya penyakit ini. Di samping itu kekurangan zat makanan dan daya tahan badan yang lemah juga adalah faktor penggalak bagi rebakan penyakit ini.

Page 4: Penyakit kusta

TEMPOH PENGERAMAN BAKTERIA PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 4

Tempoh pengeraman adalah terlalu lama bagi bakteria ini iaitu di antara 1 hingga 40 tahun. Mereka yang kerap dijangkiti adalah golongan muda berumur di antara 10 hingga 20 tahun di mana lelaki lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan.Penyakit Kusta adalah endemik di Malaysia, walau bagaimanapun kadar jangkitan adalah rendah.

Page 5: Penyakit kusta

TANDA GEJALA PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 5

Terdapat 2 jenis Penyakit Kusta:

Paucibacillary (calitan kulit smear negative)

Satu atau beberapa tompok samada putih atau merah yang tidak gatal atau sakit. Kulit menjadi kering dan kasar serta tidak berpeluh dan tidak berbulu. Ianya tidak berjangkit tetapi jika tidak dirawat ia akan menyebabkan kecacatan.

Penyakit Kusta Pausibakilari adalah serdahana dan bercirikan satu atau lebih makules kulit hipopigment.

Page 6: Penyakit kusta

TANDA GEJALA PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 6

Multibacillary (calitan kulit smear positif)

Tompokan putih kemerah-merahan yang boleh merebak keseluruh kulit. Tanda-tanda awal boleh dilihat pada muka dan telinga. Jenis ini boleh merebak jika tidak dirawat.

Multibakilari pula dikaitkan dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).

Page 7: Penyakit kusta

TANDA GEJALA PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 7

Di kawasan wabak , jika ujian calitan seseorang menunjukkan positif bakteria AFB (Acid Fast Bacilli) atau jika ada luka pada kulit yang mempunyai ciri-ciri tertentu, seseorang itu boleh dikatakan mendapat Penyakit Kusta. Selalunya, sedikit perubahan warna kulit terjadi dan ia akan hilang deria rasa. Saraf menjadi tebal serta otot menjadi lemah adalah antara akibat dari penyakit ini. Salah satu dari ciri klinikal yang terjadi adalah kaki pesakit akan menjadi keras dan tidak boleh dibengkokkan serta kesukaran untuk berjalan.

Page 8: Penyakit kusta

INFOMASI PENYAKIT• Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit

Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae.

• Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen.

8UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta

Page 9: Penyakit kusta

MASALAH PENYAKIT KUSTA

• Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan.

• Pesakit kusta pada masa dahulu akan disingkir dan dikurung di penempatan kusta.

• Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 9

Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah (armadilo) Sejenis binatang dari spesis tengiling.

Page 10: Penyakit kusta

SEJARAH PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 10

Di dalam Kitab peradapan manusia banyak mengandungi bahan rujukan kepada "pesakit kusta", yang tidak semestinya berkaitan dengan penyakit Hansen. Perkataan ini telah digunakan bagi merangkumi pelbagai masalah kulit yang berlainan etiologi dan keparahan.

Penyakit kusta telah dikenali sebagai masalah semenjak permulaan sejarah bertulis. Pesakit kusta sering tinggal dipinggir masyarakat, dan penyakit sering dipercayai disebabkan oleh sumpahan tuhan (atau syaitan) atau hukuman.

Page 11: Penyakit kusta

SEJARAH PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 11

• Penyakit kusta telah menyerang manusia sepanjang sejarah. Banyak para ahli percaya bahwa tulisan pertama tentang kusta muncul dalam sebuah dokumen Papirus Mesir ditulis sekitar tahun 1550 SM dan sekitar tahun 600 SM, ditemukan sebuah tulisan berbahasa India menggambarkan penyakit yang menyerupai kusta.

• Di Eropah, penyakit kusta pertama kali muncul dalam catatan Yunani kuno setelah tentara Alexander Agung kembali dari India. Kemudian di Rome pada 62 SM bertepatan dengan kembalinya pasukan askar Pompei dari Asia Kecil.

Page 12: Penyakit kusta

SEJARAH PENEMUAN PENYAKIT KUSTA

• Pada tahun 1873, Dr Gerhard Armauer Henrik Hansen dari Norwegia adalah orang pertama yang mengidentifikasi kuman, penyebab penyakit kusta di bawah mikroskop.

• Dengan penemuan Mycobacterium leprae, Hansen telah membuktikan bahawa penyakit kusta adalah disebabkan oleh kuman.

• Menutup spekulasi bahawa penyakit ini diperolehi turun-temurun, dari kutukan, atau dari dosa.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 12

Page 13: Penyakit kusta

SEJARAH PERUBATAN PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 13

• Tahun 1921, US Public Health Service telah menubuhkan W. Gillis Long Hansen's Disease Center di Carville, Louisiana, yang dikenal sebagai "Carville“. Tempat ini telah dijadikan pusat penyelidikan dan kemajuan bagi menemukan ubat untuk penyakit kusta dan juga penyediaan tempat tinggal untuk merawat pesakit kusta .

Page 14: Penyakit kusta

SEJARAH PERUBATAN PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 14

• Sehingga akhir 1940-an, para doktor penyakit kusta di seluruh dunia telah mengubati pesakit yang terkena kusta dengan menyuntik minyak dari kacang chaulmoogra. Cara perubatan ini cukup menyakitkan, dan walaupun beberapa pesakit nampak dapat memanafaat dari cara perubatan ini, namun dari segi jangka masa panjang cara perubatan ini masih diragukan.

Page 15: Penyakit kusta

SEJARAH PERUBATAN PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 15

• Berikutnya pada tahun 1941,Promin, sejenis ubat sebatian , diperkenalkan sebagai ubat untuk kusta. Pertama kali di identifikasi dan digunakan di Carville. Promin berhasil merawat kusta tapi sayangnya Promin menimbulkan kesan sampingan yang menyakitkan ketika disuntikkan kepada pesakit.

Page 16: Penyakit kusta

16UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTA

Pengesanan Awal Adalah Penting.

Rawatan awal dapat mengelakkan kecacatan. Dengan ini pesakit dapat menghalang jangkitan kepada orang lain.

Kecacatan di muka termasuk batang hidung rata, alis dan bulu mata gugur.

Kecacatan pada tangan termasuk otot tapak tangan mengecut, jari-jari membengkok, tangan menjadi lemah dan hilang fungsi tangan.

Kecacatan pada kaki termasuk hilang deria rasa tumit dan di peringkat akhir tapak kaki dan jari kaki menjadi berkudis.

Page 17: Penyakit kusta

17UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTA

Kecacatan pada kaki Hilang penglihatan

Page 18: Penyakit kusta

Title

18UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTA

Kecacatan di muka termasuk batang hidung rata, alis dan bulu mata gugur.

Page 19: Penyakit kusta

Title

19UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTAKecacatan pada tangan termasuk otot tapak tangan mengecut, jari-jari membengkok, tangan menjadi lemah dan hilang fungsi tangan.

Page 20: Penyakit kusta

Title

20UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTAKecacatan pada kaki termasuk hilang deria rasatumit dan diperingkat akhir tapak kaki dan jari kaki menjadi berkudis.

Page 21: Penyakit kusta

21UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

RAWATAN PENYAKIT KUSTA

Page 22: Penyakit kusta

22UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

RAWATAN DARI W.H.O

Penyakit Kusta boleh disembuhkan, dan rawatan di peringkat awal dapat menhindarkan kecacatan. Semua pesakit mesti patuh pada aturan rawatan WHO bagi mengelakkan kecacatan.

WHO mengesyorkan MDT. MDT merangkumi 3 jenis ubat iaitu Dapsone, Rifampicin dan Clofazimine. Kombinasi ubat ini boleh membunuh pathogen dan menyembuhkan pesakit.

Page 23: Penyakit kusta

23UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Pencegahan berterusan dapat mengelakkan hubungan rapat secara fizikal dengan mereka yang tidak dirawat. . Mereka yang mempunyai pertalian dengan pesakit kusta dikehendaki menjalani ujian pengesanan kusta. Pemeriksaan tahunan hendaklah dilakukan ke atas saudara mara sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun bermula dari pendedahan dengan pesakit kusta.

Pencegahan

Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang dijangkiti, dapat mengawal Penyakit Kusta.

Page 24: Penyakit kusta

24UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Kecacatan dan kerosakan saraf disebabkan penyakit Kusta selalunya kekal. Pencegahan atau pemulihan akibat penyakit ini adalah sebahagian daripada tindakan yang perlu dilakukan. Pembedahan rekonstraktif adalah bertujuan untuk mengelak dan membetulkan kecacatan.

Pemulihan

Penjagaan komprehensif melibatkan pengajaran kepada pesakit untuk menjaga diri sendiri. Pesakit yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf yang jelas dan berisiko mendapat kecacatan perlu di ajar kaedah penjagaan anggota yang tidak sensitif sama seperti pesakit diabetes yang mengalami kerosakan saraf pada kaki. Keadaan ini memerlukan mereka sentiasa memeriksa diri sendiri bagi mengelak dari sebarang luka dan kecederaan lain.

Page 25: Penyakit kusta

25UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Hubungi doktor anda jika terdapat tanda-tanda dan gejala seperti di atas, untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Kumpulan Sokongan

MALRA - Malaysian Leprosy Relief Association Lot 339 & 340, 3rd Floor, Wisma HLA, Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur Tel: 03 2488163, 2424552

Page 26: Penyakit kusta

26UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Kawalan Penyakit Kusta di Malaysia

Untuk tahun 2008, sebanyak 13 kes Kusta baru dikesan dan jenisnya terdiri daripada 7 kes multibaucillary dan 6 kes paucibacillary. Kadar kejadian adalah sebanyak 0.56 per 100,000 penduduk. Pada masa sekarang seramai 36 kes kusta berdaftar masih dalam rawatan. Sebanyak 79 kes masih ada di bawah pengawasan untuk mengesan sekiranya ada relapse. Kes-kes baru dimulakan rawatan di klinik kulit Hospital Ipoh dan Taiping. Namun demikian hospital / klinik - klinik berdekatan meneruskan susulan rawatan. Pasukan Begerak Kusta masih dikekalkan di Hospital Ipoh, Manjung, Teluk Intan, Tapah dan Taiping.

Bagi meneruskan kesedaran terhadap penyakit kusta, pada 11 Sept 2008 satu Seminar Penyakit Hansen diadakan untuk pegawai perubatan dan paramedik di Hospital Ipoh. WHO (WPRO) dalam usaha menghapuskan penyakit kusta dari kawasan Western Pacific sebelum tahun 2015 dan bengkel ini bertambah matlumat pada pengamal perubatan supaya pengesanan awal dibuat dan penyakit kusta perlu disyaki jika merawat penyakit kulit.

Page 27: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 27

Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

84 tahun yang lalu, di lembah Bukit Lagong, Sungai Buloh, Selangor , sekumpulan masyarakat Melayu, Cina, India dan Eurasians telah menjadi sebahagian daripada penghuni di sini.

`Valley of Hope’

`Valley of Hope’ atau penempatan pesakit kusta ini mula ditubuhkan pada tahun 1926 di atas tanah seluas 500 ekar. Tujuannya adalah untuk mengasingkan pesakit-pesakit kusta daripada masyarakat sepanjang mereka mendapat rawatan di sini.

Page 28: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 28

Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Penyakit Kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium Leprae, G. A. Hansen.

Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan dikurung di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadillo.

Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.

Page 29: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 29

Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Penyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakkannya menjejaskan kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam media bakteriologi atau kultur sel, tetapi telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus.

Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan penyiasat beranggapan bahawa M. leprae disebarkan dari seseorang kepada seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang diketahui, kadar penularan adalah amat perlahan.

Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir tetapi mempunyai manifastasi klinikal yang luas. Pesakit dikelaskan sebagai mempunyai penyakit kusta pausibakilari atau multibakilari. Penyakit pausibakilari adalah serdehana dan bercirikan satu atau lebih makules kulit hipopigment. Penyakit kusta multibakilari dikaitkan dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).

Page 30: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 30

Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Sg Buloh merupakan pusat penempatan pesakit kusta atau Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang terbesar di tanah jajahan British sejak penubuhannya pada tahun 1926, dan yang kedua besarnya di dunia. Pusat ini dilengkapi kemudahan asas yang terancang berdasarkan 'garden city', yang merupakan projek 'pioneer' bagi memulihkan pesakit kusta dan melatih mereka berdikari...

Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)

Dengan penemuan ubatan dan perawatan penyakit ini, pesakit-pesakit kini tidak lagi perlu terasing daripada masyarakat. Lalu fungsi pusat rawatan ini telah dinaiktarafkan menjadi Hospital Daerah pada tahun 1971, dengan panggilan Hospital Daerah Sungai Buloh.

Page 31: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 31

Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Semenjak tahun 1971 sehingga awal 2000, penambahbaikan telah dilaksanakan terhadap wad-wad utama di bahagian barat Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ini. Namun begitu, wad-wad di bahagian timur masih kekal wujud sebagaimana awal penubuhannya. Selepas pembukaan Hospital Sungai Buloh yang baru pada September 2006, PKKN sudah tidak berfungsi sebagai Hospital Daerah lagi. Yang tinggal di wad-wad PKKN sekarang hanyalah pesakit HIV / AIDS, pesakit kusta dan bekas pesakit kusta.

Hari ini, PKKN sudah berfungsi sebagai `step down hospital’ untuk membantu Hospital Sungai Buloh yang baru, iaitu bagi rawatan pesakit selepas fasa acute. Demi menjayakan fungsi ini sebagai `step down hospital’ atau `extended care facility’, Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan bersetuju untuk melaksanakan pembangunan secara terancang ini dalam Rancangan Malaysia Ke9. Antara komponen-komponen projek RMK-9 yang dirancangkan ialah: merekabentuk, membina dan menyiapkan kompleks kediaman bekas pesakit kusta.

Page 32: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 32

Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

PKKN ini merupakan warisan sejarah negara. Meskipun pembangunan akan dilaksanakan, pihak Kementerian akan berusaha sedaya mungkin mengekalkan keunikan pusat ini kerana Pusat Kawalan Kusta Negara Malaysia di sini merupakan satu-satunya Pusat Kawalan Kusta di rantau ini.

Sehingga tahun 2009, bilangan penghuni pesakit dan bekas pesakit kusta di sini semakin berkurangan, iaitu daripada 398 orang pada tahun 2002 kepada 268 orang sekarang. Daripada bilangan 268 ini, seramai 129 orang di tempatkan di chalet PKKN, dan selebihnya dirawat di wad PKKN. Dari sudut pecahan bangsa, terdapat seramai 28 orang berbangsa Melayu, 233 orang berbangsa cina dan hanya 7 orang berbangsa India. Antara kemudahan yang disediakan untuk pesakit ialah plot-plot tanah di laman chalet pesakit untuk menjalankan aktiviti rehabilitasi, iaitu `Nursery Flower Growing’ untuk sumber pendapatan mereka.

Page 33: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 33

Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Mereka yang berada di sini sebenarnya sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit kusta. Mereka sebenarnya sudah boleh pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat, tetapi dek stigma yang ada pada masyarakat dan diri pesakit yang merasa inferior, maka mereka terus kekal di sini sehingga akhir hayat mereka.

Sejak penubuhannya pada 1926, Sg Buloh merupakan pusat penempatan pesakit kusta yang terbesar di tanah jajahan British dan ramai yang tidak tahu bahawa pusat ini adalah satu-satunya kawasan yang mempunyai mata wang sendiri pada sekitar 1930-an, setelah wujud kebimbangan orang ramai bahawa akan berlaku jangkitan akibat sentuhan penghidap kusta.

Kini, Sungai Buloh lebih dikenali sebagai tempat bekalan pokok bunga dan pokok hiasan berbanding dengan pusat kawalan kusta pada suatu ketika dahulu.

Page 34: Penyakit kusta

34UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Page 35: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 35

Page 36: Penyakit kusta

36UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS

Page 37: Penyakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 37