Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

12
PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL (Adaptasi: Prof. Dr. Chang Lee Hoon) Pendahuluan Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara ekeltik. Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah: 1. Pemupukan Nilai 2. Perkembangan Moral Kognitif 3. Analisis Nilai 4. Penjelasan Nilai 5. Pendekatan Penyayang (Caring) 6. Pendekatan Pembelajaran Kooperatif Pendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral. 1. Pendekatan Pemupukan Nilai Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain. Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut: 1

description

MORAL

Transcript of Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

Page 1: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

(Adaptasi: Prof. Dr. Chang Lee Hoon)

Pendahuluan

Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai

program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur,

termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua

pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara

kita. Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa

pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara ekeltik.

Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral yang

mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah:

1. Pemupukan Nilai

2. Perkembangan Moral Kognitif

3. Analisis Nilai

4. Penjelasan Nilai

5. Pendekatan Penyayang (Caring)

6. Pendekatan Pembelajaran Kooperatif

Pendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/pemikiran

moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral.

1. Pendekatan Pemupukan Nilai

Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam

diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai inti

dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut diamalkan dalam kehidupan harian,

sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.

Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:

(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.

(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila

berlakunya tingkah laku negatif.

(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh

pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki.

1

Page 2: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi atau

propaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kira

pemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar

memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang

berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan, ialah lebih

cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada

pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

2. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral

kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan

Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang

pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan

moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di

mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan.

Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan

memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas

keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka,

kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life)berlaku

dalam kehidupan seseorang tersebut.

Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:

(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang

beberapa alternative dalam dilemma tersebut.

(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.

(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan

moral

(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan

fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka.

Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan

(kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada

aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi

moral dan perlakuan moral diberikan penekanan

yang setara.

2

Page 3: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

3. Pendekatan Analisis Nilai

Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan

sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam

(seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini

memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat

sesuatu keputusan.

Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.

(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai

(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai

(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif

(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke dalam situasi

sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat

Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara

objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan

kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses

analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan

lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

4. Pendekatan Penjelasan Nilai

Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti tentang perasaan

dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang

lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan

orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya.

Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan nilai

kendiri seseorang individu seperti yang berikut:

I Proses memilih:

(i) memilih secara bebas

(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada

(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan

II Proses menghargai

(iv) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil

(v) menyatakan secara terbuka

3

Page 4: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

III Proses bertindak

(vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil

(vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupannya.

Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang fasilitator

atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa

memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya keputusan pelajar

bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu

peka dan menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai)

supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi

masyarakat dan negara.

5. Pendekatan Penyayang (Caring)

Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan

pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan prihatin dalam

sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan

untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja

seorang individu itu mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan

penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman.

Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut.

(a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang

memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui teladan, maka konsep

penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.

(b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar

membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat

memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared

for).

(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model

dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.

(d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam perhubungan antara

individu.

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan

prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregivingbukan caretaking. Oleh kerana

pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru disarankan supaya

4

Page 5: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidian moral.

6. Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif

Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang

saling pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk

mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif mempunyai ciri-ciri

yang tertentu yang membezakan daripada aktiviti di mana murid berkumpul untuk melakukan

sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut:

Pembelajaran berkumpulan secara koperatif:

Saling pengantungan positif

Akauntabiliti individu

Kumpulan yang heterogenous

Bersama-sama memimpin

Bersama-sama bertanggungjawab

Penekanan kepada tugas dan proses

Kemahiran sosial diajar secara langsung

Guru memerhati dan membimbing

Kumpulan menilai keberkesanan kendiri

(Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.

Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon)

Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang

berikut:

berfikir-berpasangan-berkongsi

permainan

main peranan

projek

jigsaw

Pendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat mewujudkan kepekaan terhadap perasaaan

dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman dan saling hormat antara satu

sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan juga akan

dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan

bahawa kumpulan berjaya. Pendekatan ini amat digalakkan dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan moral.

5

Page 6: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

Kesimpulan

Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai

teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan

menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu

pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus

mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian

moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan

pelajar dan guru sendiri.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang:

University Putra Malaysia.

Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan

pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan kualitatif: pengalaman

kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and women’s

development. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota Department of

Children, Families & Learning and University of Minnesota.

Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education. Berkeley:

University of California Press.

Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.

Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of caring: education as

nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.

Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral thinkihg: A neo-

Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.

1.0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

1.1 STRATEGI

            Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur

untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang

6

Page 7: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai

matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu

set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk

kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan

sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik

yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam

proses pembelajaran.

            Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik

pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil

pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi

pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan, persediaan

dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah.

            Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih

pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain,

strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik

mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan

berkesan.

            Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi

pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran,

pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan

kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.

Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah

mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk

setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi

yang sesuai dipilih.

            Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan

dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh seperti

strategi penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis.

Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan

nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam

berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan

kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas

bercantum.

7

Page 8: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

            Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori

pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan strategi

yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

1.2   PENDEKATAN

            Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran

seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan

merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan

sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati

sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk

mencapai objektifnya.

            Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang

saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan

mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh kriteria sejauh mana murid-murid

terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin ( 2004)

mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan

andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap

pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M.

Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses

pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

            Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu

perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari elemen-

elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka kita

boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.

1.2.1   PENDEKATAN DEDUKTIF

            Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada

sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya

ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari daripada

kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus, prinsip-prinsip, teorem-

teorem atau hukum-hukum yang baru.

            Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai

contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan

8

Page 9: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan menjelaskan bagaimana proses hujan

itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid menyenaraikan unsur-unsur yang

terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang konsep hujan

yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid menjawab soalan

latihan daripada buku teks dan memberikan contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan.

Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah

berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta.

1.2.2   PENDEKATAN INDUKTIF

            Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan

contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti

maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah seterusnya, guru perlu memberi

contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan daripada contoh-

contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta

membuat generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan

serta membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui

aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat.

            Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan dan penilaian

sendiri. Mengikut laman webhttp//www.potralpendidikan.com (1998), pendekatan induktif dapat

dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan contoh-contoh khusus dan

murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk

pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik

1.2.3   PENDEKATAN ELEKTIF

            Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah

bahasa Inggeris “elective” bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan induktif

dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep

dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti

kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam

strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan).

            Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid

pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif

dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh.

Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid-

9

Page 10: Pendekatan Dalam Pendidikan Moral

murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri

dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan

murid. Kebiasaannya, pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan

matematik. 

1.2.4   PENDEKATAN KOMUNIKATIF

            Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan

kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni

penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama

membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej

kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan

bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

            Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan

sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur (1998)

mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini dan murid-

murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan

mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan pengajaran ini lebih bepusatkan

murid.

10