pemeliharaan

4
 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula  jadi tersebut adalah kitar karbon, kitar nitrogen, dan kitar air. Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tu mbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haian. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haian. Air yang tersejat ini membentuk aan dan turun semula ke bumi sebagai hujan. Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi kemarau yang boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat. Antara kesannya ialah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, menganggu kitar semula jadi, merosakkan habitat haiwan. !encemaran alam sekitar juga berlaku disebabkan penggunaan kenderaan yang menggunakan  bahan api fosil. "asil pembakaran api fosil telah menghasilkan gas#gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. !engusaha kilang#kilang juga tidak mempunyai sikap  prihatin terhadap alam sekitar kerana kebanyakan kilang telah membuang sisa#sisa toksik ke dalam sungai yang menyebabkan hidupan akuatik teranca m. LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITA R Penghutanan semula

description

sains

Transcript of pemeliharaan

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah kitar karbon, kitar nitrogen, dan kitar air.Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi kemarau yang boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat. Antara kesannya ialah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, menganggu kitar semula jadi, merosakkan habitat haiwan.Pencemaran alam sekitar juga berlaku disebabkan penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan api fosil. Hasil pembakaran api fosil telah menghasilkan gas-gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Pengusaha kilang-kilang juga tidak mempunyai sikap prihatin terhadap alam sekitar kerana kebanyakan kilang telah membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai yang menyebabkan hidupan akuatik terancam.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Penghutanan semula

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.Penggunaan baja organik

Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapatmenambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.Kaedah biologi

Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

Pertanian tetapKerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.Kaedah perundanganKaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:Akta kualiti alam sekitar(1974)akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.Penilaian impak alam sekitar(EIA)penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.