PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul...
Transcript of PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul...
PPEEMMBBIINNAAAANN DDAANN PPEENNIILLAAIIAANN KKEESSEESSUUAAIIAANN MMOODDUULL PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN
KKEENNDDIIRRII ((MMPPKK)) BBEERRTTAAJJUUKK DDAAYYAA DDAANN GGEERRAAKKAANN BBAAGGII MMAATTAA
PPEELLAAJJAARRAANN FFIIZZIIKK TTIINNGGKKAATTAANN 44
NNOORRMMAAHH IISSMMAAIILL
LLaappoorraann pprroojjeekk iinnii ddiikkeemmuukkaakkaann sseebbaaggaaii mmeemmeennuuhhii sseebbaahhaaggiiaann ddaarriippaaddaa ssyyaarraatt
ppeennggaannuuggeerraahhaann iijjaazzaahh Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ......................................
Nama penulis : NORMAH ISMAIL
Tarikh : 24 SEPTEMBER 2004
iii
Untuk ayah yang disanjungi
Hanya doaku untukmu
Untuk ibu yang dihormati
Jasamu sumber kejayaanku
Untuk kakanda yang diingati
Kejayaanku ini cabaran buat kalian
Untuk semua keluarga , sanak saudara dan rakan taulan
Segala jasa,doa dan sokongan kalian
Akan kuabadikan dalam ingatan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Setinggi –tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Dengan izin dan limpah
kurniaNYA dapat saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
Setinggi –tinggi perhargaan ikhlas dirakamkan kepada Prof.Madya Dr.Seth
Sulaiman selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah memberi
panduan,kerjasama serta iltizam sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau
segala kerumitan dapat diatasi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru
fizik di sekitar Sekolah Menengah Kuala Terengganu yang terlibat dalam kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada ayah dan ibu tersayang iaitu Ismail Che
Min dan Meriam Mohd yang telah memberi dorongan dan nasihat serta pengorbananmu
tidak dapat dibalas dengan wang ringgit serta kesabaran mereka menanti kejayaan
ini.Tidak lupa juga kepada kakak dan abang serta sahabat handai yang telah banyak
membantu sepanjang saya berada di universiti.
Akhir kata,semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah
menyumbangkan kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Pemilihan dan penggunaan bahan yang bermutu mempunyai kesan yang besar
terhadap tahap kefahaman dan penguasaan para pelajar tentang ilmu pengetahuan yang
disampaikan oleh guru. Modul Pembelajaran Kendiri ( MPK ) yang dibina secara
sistematik dan empiris merupakan bahan pilihan yang dapat memenuhi keperluan ini
kerana ia mengambil kira perbezaan individu dan memberi penekanan kepada
penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status
kesesuaian tiga buah MPK Daya dan Gerakan (MPK 1: Inersia ,MPK 2: Momentum
Linear dan MPK 3: Kesan Daya & Impuls) bagi mata pelajaran fizik pada peringkat
Tingkatan empat menggunakan Model Teras-Cabang Shaharom (Shaharom, 1994).
MPK ini dinilai kesesuaiannya oleh 12 orang guru Fizik sebagai responden kajian
melalui dua peringkat penilaian formatif iaitu penilaian formatif satu dengan satu dan
penilaian formatif kelompok kecil.Satu set borang Soal Selidik Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (Guru)(Shaharom, 1994) dijadikan alat kajian. Analisis statistik
deskriptif berbentuk maksimum, minimum, min dan sisihan min digunakan untuk
menerangkan hasil dapatan kajian. Keputusan menunjukkan bahawa MPK yang
dihasilkan adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Fizik. Hasil daripada data juga didapati bahawa tiada perbezaan
status kesesuaian terhadap pemboleh ubah bebas merentas tempoh mengajar dan jantina
dalam PFSS dan PFKK bagi kesemua tiga MPK Daya dan Gerakan yang dibina.
Penggunaan MPK banyak membawa implikasi yang positif kepada pelajar, guru dan
seterusnya penggubal kurikulum dalam penggunaan bahan yang bermutu.
vi
ABSTRACT
The selection use of quality materials has great effect on student’s level of
understanding on the knowledge delivered by the teachers. The Self Instructional
Module ( SIM ) which was designed systematically and empirically is also an
alternative that can fulfill the needs because it takes into consideration the individual
differences and give’s emphasis on students involvements. The aim of study is to design
and evaluate the suitability status of three SIMs ‘Daya & Gerakan (MPK 1: Inersia
,MPK 2: Momentum Linear Dan MPK 3: Kesan Daya & Impuls) for Form four Physic
subject using the Teras- Cabang Model ( Shaharom, 1994 ). These self instructional
modules were evaluated by 12 physics teachers who were the respondents in the study
through two stage of formative evaluation: one to one formative evaluation and small
group formative evaluation. As an evaluation instrument "Soal Selidik Kesesuaian
Modul Pengajaran Kendiri (Guru)(Shaharom, 1994)" was used. Survey results are
presented using maximum score, minimum score, mean and mean deviation. Results
show that the self instruction module developed is suitable to be used as a teaching
learning material for Physics. The findings also showed that there were no significant
differences in status of suitability towards independent variable teaching experience and
teachers' gender us evaluated by PFSS and PFKK techniques for each of the three
“MPK Daya dan Gerakan ” which was developed.The use of SIM brought positive
implications and benefits to students, teachers and Ministry Of Eduacation in terms of
the quality of materials used.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.1.1 Bahasa Melayu Merentas Kurikulum 3
1.1.2 Teks 4
1.1.3 Gambarajah 5
1.1.4 Ringkasan Bab 5
1.1.5 Aktiviti 6
1.1.6 Objektif Pembelajaran 7
viii
1.2 Pernyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Rangka Kerja Konsep Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.6.1 Pelajar 13
1.6.2 Guru 14
1.6.3 Pusat Perkembangan Kurikulum 15
1.6.4 Institusi Pendidikan 15
1.7 Skop Kajian 16
1.8 Definisi Istilah 16
1.8.1 Kesesuaian 17
1.8.2 Modul Pengajaran Kendiri 17
1.8.3 Pembinaan 17
1.8.4 Penilaian Formatif 17
1.8.5 Bahan Pengajaran 18
1.8.6 Guru Pakar 18
1.8.7 Tempoh mengajar 18
BAB II SOROTAN PENULISAN 19
2.0 Pengenalan 19
2.1 Model-Model Modul Pengajaran Kendiri 20
2.1.1 Model Burns 20
2.1.2 Model Klingstedt 21
2.1.3 Model Eijil 22
2.1.4 Model De Vito 23
2.1.5 Model Teras-Cabang Shaharom 24
2.2 Rasional Penggunaan Model Teras – Cabang 27
Shaharom
2.3 Penilaian Formatif 29
2.3.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 30
ix
2.3.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 30
2.3.3 Penilaian Formatif Kelompok Percubaan 31
2.4 Kajian-Kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan 32
Dan Penilaian MPK Dalam Mata Pelajaran Fizik
Di Malaysia.
2.5 Kajian-Kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan 36
Dan Penilaian MPK Dalam Mata Pelajaran Fizik
Di Luar Negara.
BAB III PENGKAEDAHAN 39
3.0 Pengenalan 39
3.1 Reka Bentuk Kajian 39
3.1.1 MPK 1: Konsep Inersia 40
3.1.2 MPK 2 : Konsep Momentum Linear 40
3.1.3 MPK 3 : Kesan Daya 40
3.2 Subjek Kajian 41
3.3 Alat Kajian 41
3.4 Tatacara Kajian 42
3.4.1 Kajian Tahap 1: Pembinaan MPK 43
3.4.2 Kajian Tahap 2: Kajian Rintis Dan 46
Penilaian Formatif
3.4.2.1 Kajian Rintis 46
3.4.2.2 Penilaian Formatif 47
3.4.3 Kajian Tahap Ketiga: Analisis Data Dan 48
Maklumat
3.5 Andaian Kajian 50
3.6 Batasan Kajian 50
BAB IV DAPATAN KAJIAN 51
4.0 Pengenalan 51
4.1 Kajian Rintis 52
x
4.2 Penilaian Formatif Terhadap MPK oleh Guru. 53
4.2.1 Persoalan Kajian 1 53
4.2.2 Persoalan Kajian 2 55
4.2.3 Persoalan Kajian 3 56
4.2.4 Persoalan Kajian 4 58
4.2.5 Persoalan Kajian 5 59
4.2.6 Persoalan Kajian 6 61
4.3 Kesimpulan 62
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 63
CADANGAN
5.0 Pengenalan 63
5.1 Perbincangan 64
5.2 Kesimpulan 68
5.3 Implikasi Kajian 69
5.4 Cadangan Kajian 70
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 72
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 73
LAMPIRAN 79
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Ke Atas 54
Guru Fizik
2 Penilaian Formatif Kelompak Kecil Ke Atas 55
Guru Fizik
3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Ke Atas 57
Guru Fizik Merentasi Tempoh Mengajar
4 Penilaian Formatif Kelompak Kecil Ke Atas 58
Guru Fizik Merentasi Tempoh Mengajar
5 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Ke Atas 59
Guru Fizik Merentasi Jantina
6 Penilaian Formatif Kelompak Kecil Ke Atas 61
Guru Fizik Merentasi Jantina
7 Analisis PFSS Dan PFKK Pengkaji Dengan 65
Pembolehubah Bebas
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1 Rangka Kerja Konsep Kajian 12
Rajah 2 Model Teras – Cabang Shaharom (1994) 27
Rajah 3 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 43
(Ubahsuai:Salohi ,1999)
Rajah 4 Rangka Kerja Tahap Satu ( Ubahsuai Sam,1999) 44
Rajah 5 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK 45
(Shaharom,1994)
Rajah 6 Rangka Kerja Kajian Rintis (Ubahsuai:Hilmi,1995) 46
Rajah 7 Rangka Kerja Penilaian Formatif ( Ubahsuai Abdul 47
Razak,1999)
xiii
SENARAI SINGKATAN
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
BMKK - Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
P& P - Pengajaran Dan Pembelajaran
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal selidik kesesuaian modul pengajaran 79
kendiri (MPK)
B Jadual Pemeringkatan Kesesuaian Modul 84
Pengajaran Kendiri.
C Pengesahan MPK 85
D Pengesahan Pakar Bidang 86
E Surat Jawapan Kebenaran Menjalankan Kajian 87
Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
F Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian 89
Di Bawah Jabatan Pendidikan Terengganu
G Surat Jawapan Kebenaran Menjalankan Kajian 90
Oleh Jabatan Pendidikan Terengganu
H Surat Pengesahan Pelajar 91
I Kebolehpercayaan Kajian Rintis 92
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ”
( Wawasan Pendidikan, 1994)
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan merupakan
satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan negara kini telah
memasuki era global dengan pelbagai anjakan paradigma untuk menjadikan pendidikan
2
di negara ini lebih relevan dengan tuntutan dan keperluan semasa. Seiring dengan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak pelbagai langkah untuk mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Kini, pelbagai pihak cuba memainkan peranan
seperti memajukan sumber maklumat yang digunakan oleh generasi sekarang bagi
menyumbangkan ke arah pembinaan insan yang diharapkan. Justeru itu, pelbagai jenis
sumber bahan mudah diperolehi di pasaran.
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
gaya pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan pengajaran yang bermutu merujuk
kepada bahan-bahan yang dibina berdasarkan kurikulum yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran
tersebut. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu bersesuaian dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran baru. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan
kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya mereka
lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.
Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK ) merupakan satu pilihan
bahan pengajaran yang sesuai digunakan dalam sistem pendidikan hari ini dibina secara
terancang dan sistematik pada peringkat pembinaannya ( Salomah,1997). Justeru itu,
penyelidik memikirkan betapa perlunya pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
dalam usaha menyediakan bahan pengajaran yang bermutu.
1.1 Latar Belakang Masalah
Penghasilan bahan pengajaran yang sistematik dan terancang amatlah diperlukan
supaya dapat memaksimumkan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan rujukan yang kurang bermutu akan menyebabkan pelajar gagal dan
3
tidak minat dalam pembelajaran. Antara faktor –faktor yang mempengaruhi mutu
bahan rujukan ialah bahasa ,teks,gambarajah, ringkasan bab, aktiviti dan objektif
pengajaran .
1.1.1 Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum(BMKK)
Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMKK) telah diperkenalkan di
sekolah-sekolah di Malaysia dan perlaksanaannya adalah selaras dengan perlaksanaan
KBSM. Konsep BMKK di Malaysia berusaha untuk meningkatkan mutu Bahasa
Melayu khasnya dalam metodologi pengajaran dan penggunaannya sebagai penghantar
kurikulum sekolah. Oleh itu, BMKK adalah satu proses yang merangkumi pengajaran
bahasa yang bermutu dan penggunaannya secara meluas dan berkesan sebagai
penghantar kandungan mata pelajaran keseluruhan sekolah( Kamarudin Hj. Husin.1989)
Penggunaan Bahasa Melayu yang betul dari segi laras bahasa, tatabahasa, istilah
dan sebutan baku harus digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu.
James (1991) menyatakan bahawa istilah yang tidak seragam antara buku-buku rujukan
di pasaran merupakan masalah yang berlaku dalam aspek bahasa. Masalah seperti ini
boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar. Sebagai contoh,Buku Kursus
Peperiksaan SPM Fizik (Yuet&Hong Kee,1996) menerangkan Hukum Hooke dengan
simbol “F = kx ”, dengan k sebagai pemalar spring manakala Buku Fokus Indigo SPM
Fizik ( Chai,Choy & Yong,2000) menyatakan Hukum Hooke sebagai “F = kx ”, dengan
k sebagai pemalar daya. Ini berbeza pula dengan Buku Fizik Tingkatan 4 (Yong &
Sabtu,2001) yang menyatakan “ k ” sebagai pemalar daya bagi spring. Walaupun
perkara ini dianggap remeh pada pihak yang sudah tahu,tanpa disedari ia boleh
menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar terutama pelajar yang lemah.
4
1.1.2 Teks
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu perlu menggunakan teks
untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan
penyiasatan. Contohnya teks yang digunakan untuk kenyataan yang memerlukan
pelajar merumuskan kesimpulan sendiri,arahan yang memberitahu pelajar supaya
melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti atau kenyataan yang berbentuk masalah
yang akan diselesaikan oleh pelajar,soalan yang dikemukakan untuk menaikkan
minat pelajar tetapi tidak terdapat jawapan segera dan soalan yang memerlukan pelajar
menganalisis data.
Analisis yang telah dilakukan oleh Marlina Binti Ali ( 2001) terhadap
buku teks fizik KBSM Tingkatan 4( Tho Lai Hoong & Abdul Kariem Hj.Mohd
Arof,2000 ) mendapati indeks penglibatan pelajar keatas teks, It ialah 0.18. Indeks ini
mengimplikasikan bahawa teks yang terdapat dalam buku itu adalah autoritarian dan
kurang mencabar bagi pelajar. Kebanyakan teks yang diberikan hanya menggalakan
pelajar menghafal fakta dalam buku itu dan jalan kerja diberikan untuk menyelesaikan
masalah. Pelajar juga kurang menjalankan aktiviti hands on untuk membentuk konsep
fizik. Pelajar juga kurang didedahkan dengan pemikiran yang kreatif dan kritis kerana
kebanyakan jawapan serta fakta diberikan secara bulat-bulat kepada pelajar dalam
bentuk teks. Hasil analisis yang dilakukan oleh Nor Rahimah (2002) juga mendapati
bahawa tahap penglibatan pelajar dalam teks adalah di tahap satu hala dan kurang
mencabar ( Romey,1968).
5
1.1.3 Gambarajah
Gambarajah dapat membantu pelajar melihat idea-idea umum pelajaran dengan
lebih ringkas( Cyrs,1997 ). Kepentingan gambarajah kurang diberi penekanan oleh
penulis buku-buku rujukan. Aspek penglibatan pelajar juga perlu ditekankan dalam
unsur gambarajah. Gambarajah yang memerlukan pelajar melakukan aktiviti
terhadapnya dan menggunakan data daripada gambarajah secara tidak langsung telah
melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Hasil analisis yang telah dilakukan oleh Muhamad Sam Bin Nordin(2001)
terhadap Buku Bantuan Studi Lengkap Fizik SPM terbitan Sasbadi Sdn Bhd (Tho Thai
Loong ,2000) mendapati indeks penglibatan pelajar terhadap gambarajah ialah 0.08.
Tahap penglibatan pelajar dalam unsur gambarajah ini adalah lemah iaitu bersifat satu
hala. Dari segi gambarajah, ianya hanya menekankan kepada memberi maklumat
sahaja. Pelajar hanya meneliti gambarajah yang ada untuk cuba memahaminya dengan
cara menghafal dan seterusnya mengingatinya. Pelajar tidak diberi peluang untuk
terlibat sama dalam gambarajah yang dikemukakan. Akibatnya pelajar hanya menerima
dan pengetahuan baru mereka adalah terasing daripada pengetahuan sedia ada. Unsur
gambarajah yang terdapat dalam buku rujukan sepatutnya dapat melibatkan pelajar
seperti melakukan sesuatu aktiviti berdasarkan gambarajah atau menggunakan data yang
diperolehi daripada gambarajah (Romey,1968).
1.1.4 Ringkasan Bab
Ringkasan bab yang bermutu merangkumi dua kategori iaitu mengulang
kesimpulan bab dan mengemukakan soalan-soalan yang baru dimana jawapannya tidak
6
terdapat dalam teks atau tertakluk pada kajian semasa.(Romey,1968). Justeru itu,
ringkasan bab perlu seimbang di antara kedua-dua aspek serta tidak hanya mengulang
isi-isi penting tanpa melibatkan penglibatan pelajar.
Hasil analisis yang dilakukan oleh Phang Fui Choo(2002) terhadap Buku Siri
Sumber dan Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh Liong Yong) Terbitan Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn .Bhd mendapati indeks penglibatan pelajar terhadap ringkasan
bab bernilai sifar. Ini jelas menunjukkan bahawa ringkasan bab dalam buku ini tidak
melibatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
secara pasifnya menerima semua ringkasan yang telah dibuat oleh pengarang tanpa
menilai sendiri daripada teks atau soalan.
1.1.5 Aktiviti
Hasil analisis kuantitatif buku teks fizik oleh Rashidah Binti Othman(2000)
terhadap Buku Bantuan Studi Lengkap SPM Formula Bestari Fizik Tingkatan 4 dan 5
menunjukkan indeks penglibatan pelajar terhadap aktiviti adalah bernilai 0.08. Indeks
ini menunjukkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran adalah kurang. Lebih
banyak hafalan dalam buku ini dan kekurangan aktiviti hands-on mungkin menjadi satu
penghalang kepada pelajar untuk memahami konsep fizik yang abstrak. Pelajar susah
untuk mendapatkan gambaran sesuatu konsep fizik itu tanpa aktiviti hands-on yang
boleh meningkatkan serta mengukuhkan kefahaman pelajar tentang konsep fizik.
Muhamad Sam Nordin (2001) juga mendapati bahawa tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti pembelajaran kurang mencabar dan kurang menggalakkan pelajar
berfikirbagi mengukuhkan lagi sesuatu konsep. Aktiviti yang disediakan lebih kepada
mentafsir data. Justeru itu,didapati aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
7
kurang bilangan dan kurang memberangsangkan tetapi perlukan sedikit olahan untuk
mendapatkan hasil yang baik.(Sylvia, 2001)
Maka aktiviti pembelajaran perlu melibatkan penglibatan pelajar bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran & pembelajaran. Aktiviti berorientasikan
penyiasatan dan penemuan membolehkan pelajar menggabungkan pengetahuan,
kemahiran saintifik dan pemikiran yang kritis membolehkan mereka memahami konsep
fizik.
1.1.6 Objektif Pembelajaran
Objektif pembelajaran perlu ditulis lebih awal sebelum isi pembelajaran
disampaikan agar pelajar sedar tahap yang hendak dicapai dan sekaligus boleh bertindak
untuk mencapai objektif tersebut ( Abdul Rahim,1989). Penulisan objektif tidak boleh
dipandang remeh kerana ianya penting bagi menunjukkan keberkesanan pembelajaran
yang dibuat. Hasil analisis Abu Ani (2000) terhadap Buku Formula Lengkap Fizik SPM
2000(Hoong, 2000) mendapati bahawa tiada langsung objektif yang ditulis sebelum isi
pengajaran disampaikan.
Analisis Norhafiza (2002) terhadap Buku Rujukan Fokus Indigo SPM
Fizik(Chai,Choy& Yong,2000) juga mendapati tiada langsung objektif pembelajaran
ditulis. Perkara ini secara tidak langsung telah mengurangkan usaha pelajar untuk
mencapai objektif kerana mereka masih kabur tentang perkara yang perlu mereka capai
dari segi pembelajaran tersebut. Keberkesanan pembelajaran akan berkurang sekiranya
pelajar kurang terlibat dalam sesi pembelajaran. Ini kerana pembelajaran merupakan
proses aktif dan pelajar yang baik adalah pelajar yang boleh melibatkan diri dalam
proses pembelajaran( Kadhana,1994).
8
Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan tersebut,maka pembinaan MPK yang
menekankan pengajaran individu dimana perbezaan individu seperti minat, kematangan
serta latar belakang pelajar adalah perlu sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks masih
boleh diperbaiki. Sememangnya penghasilan sesuatu bahan pengajaran sesuatu yang
mencabar( Altbach,1987 ). Walaubagaimanapun, penghasilan bahan pengajaran adalah
perlu bagi meningkatkan mutu bahan pengajaran memandangkan ianya merupakan
bahan yang penting dalam pengajaran untuk beberapa dekad akan datang. Maka, atas
kesedaran ini MPK Daya & Gerakan ( Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya )
bagi matapelajaran Fizik KBSM Tingkatan 4 dibina.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui status kesesuaian MPK Daya & Gerakan
( Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya & Impuls) bagi matapelajaran Fizik
KBSM sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat Tingkatan 4
berdasarkan Penilaian Formatif yang dijalankan.
9
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah bertujuan untuk :
1.3.1 Membina tiga MPK Daya & Gerakan ( Inersia , Momentum Linear dan
Kesan Daya &Impuls ) yang memenuhi keperluan huraian sukatan
pelajaran Fizik ( PPK 2001) Tingkatan 4 dan menekankan penglibatan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu digunakan oleh
pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Fizik.
1.3.2 Menilai kesesuaian MPK Daya & Gerakan ( Inersia , Momentum Linear
dan Kesan Daya &Impuls) yang dibina dari segi memenuhi kurikulum
sukatan pelajaran Fizik(KPM,2001) serta menekankan penglibatan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan untuk
digunakan oleh pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran
Fizik.
1.3.3 Menilai tahap kesesuaian MPK Daya & Gerakan (Inersia , Momentum
Linear dan Kesan Daya &Impuls) yang dibina dari segi memenuhi
kurikulum sukatan pelajaran Fizik merentasi tempoh pengalaman
mengajar pada para guru Fizik.
1.3.4 Menilai sama ada wujudnya perbezaan status kesesuaian MPK Daya &
Gerakan (Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya &Impuls) yang
dibina merentasi jantina para guru fizik.
10
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, persoalan-persoalan yang dapat dipertimbangkan adalah
seperti berikut:
1.4.1 Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh para Guru
mata pelajaran Fizik ke atas MPK Daya & Gerakan (Inersia ,Momentum
Linear dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina menunjukkan ia sesuai
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik
Tingkatan 4?
1.4.2 Adakah Penilaian Formatif kelompak kecil (PFKK) oleh para guru ke
atas MPK Daya & Gerakan (Inersia ,Momentum Linear dan Kesan Daya
& Impuls) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 ?
1.4.3 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian atas MPK Daya & Gerakan
(Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina
dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS)oleh para Guru
mata pelajaran Fizik merentasi tempoh pengalaman mengajar di
kalangan guru Fizik ?
1.4.4 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian atas MPK Daya & Gerakan
(Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina
dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh para Guru mata
11
pelajaran Fizik merentasi tempoh pengalaman mengajar di kalangan guru
Fizik ?
1.4.5 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian atas MPK Daya & Gerakan
(Inersia , Momentum Linear Dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina
dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS)oleh para Guru mata
pelajaran Fizik merentasi jantina?
1.4.6 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian atas MPK Daya & Gerakan
(Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina
dalam Penilaian Formatif kelompok kecil (PFKK) oleh para Guru mata
pelajaran Fizik merentasi jantina ?