Pembelajaran Regulasi Kendiri (Presentation)

download Pembelajaran Regulasi Kendiri (Presentation)

of 14

description

GKB

Transcript of Pembelajaran Regulasi Kendiri (Presentation)

Pembelajaran Regulasi Kendiri

Pembelajaran Regulasi Kendiri Disediakan oleh: Yoo Chen Chen (TESL PPISMP JUN 2014)

DefinisiProses pembelajaran yang memberi autonomi sepenuhnya kepada pelajar secara individu untuk memantau secara terus dengan terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran atau menentukan matlamat pembelajaran dengan mengawal segala proses pembelajaran mereka.Contoh:Pelajar X pernah menghadapi masalah dalam pelajarannya. Pelajar X kemudiannya terdedah kepada pembelajaran regulasi kendiri dan dia dapat berprestasi dengan baik. Dia mendapati pembelajaran regulasi kendiri dapat meningkatkan kemahiran belajar.

Motivasi KendiriPelajar mempunyai keinginan untuk menyiapkan tugasan yang diberi dengan efisien.Motivasi tersebut hendaklah datang dari dalam diri individu berbanding pengaruh luaran seperti ganjaran atau peneguhan.Pelajar akan bermotivasi kendiri hanya jika mereka mempunyai kualiti kendiri (self-efficacy)yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya.Menetapkan matlamat

Mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri tahu tentang yang perlu diselesaikan apabila mereka belajar atau membaca iaitu mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik, mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah.Merancangmengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi tugas pembelajaran.Pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan pembelajaran dan menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk mencapai matlamat mereka.Pengawalan TumpuanMemaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri cuba memokuskan tumpuan mereka pada isi-isi pelajaran yang ada dan menghindarkan fikiran dan emosi mereka daripada tersasar atau tidak fokus.Aplikasi strategi pembelajaranmemilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang dipelajari. Pelajar regulasi kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi; contohnya, cara mereka membaca artikel majalah berbeza mengikut keadaan iaitu membaca untuk hiburan atau untuk peperiksaan.Pemantauan kendiridari semasa ke semasa menyemak untuk melihat sama ada perkembangan berlaku untuk mencapai matlamat.Pelajar regulasi kendiri sentiasa memantau perkembangan mereka semasa aktiviti pembelajaran dan mereka mengubah strategi pembelajaran atau memodifikasi matlamat mereka jika perlu.Penilaian kendirimenilai hasil terakhir daripada usaha seseorang. Pelajar regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang mereka sendiri tetapkan .Kitaran fasa yang menentukan keberkesanan dalam proses pembelajaran kawalan kendiri menentukan matlamat, menyusun strategi dan mencari pendorong matlamatmengawasi dan mengawal diri mereka untuk memastikan pencapaian yang cemerlang.aspek motivasi dan strategi pembelajaran, di mana pelajar menilai kembali apa yang telah dan akan lakukan.Ciri-ciri Pembelajaran Regulasi KendiriSuasana pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekananbahan pembelajaran dan bantuan fasilitatoryang mudah diaksesPilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luasBelajar secara bersendirian / kumpulanBelajar mengikut kadar dan kemampuan individuKemudahan mentaksir pencapaian sendiri

Sumber Rujukanhttp://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/metakognisi.htmlhttp://cikgusemasa.blogspot.com/2012/08/pembelajaran-akses-kendiri_4645.htmlhttp://www.docstoc.com/docs/163039742/Self-Regulated-Learning---College-Reading-_-Learning-Association