Muzik perubahan sosial

22
87 Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu Wan Abdul Kadir ABSTRAK Pembangunan industri budaya terutama dalam proses globalisasi budaya telah mambawa kesan menyeluruh kepada masyarakat di negara ini. Bahan- bahan budaya Melayu turut tersebar luas dan popular berikutan dengan pembangunan industri budaya itu. Penawaran bahan-bahan budaya secara komersial itu telah membina fenomenon budaya popular yang kian berkembang pesat kini. Perkembangan ini telah memberikan pulangan ekonomi yang baik dan menjadikan budaya itu amat dinamik. Kata kunci: Perubahan budaya, industri budaya, budaya popular, globalisasi budaya, dan perubahan sosial. Bidang pengajian tentang industri budaya kini didapati semakin penting berikutan dengan pesatnya perkembangan penawaran bahan-bahan budaya yang tersebar luas di peringkat global. Negara-negara maju memainkan peranan penting dalam menawarkan bahan-bahan budaya itu ke peringkat global. Malahan sumbangannya itu adalah berkaitan dengan permintaan yang semakin meningkat kini. Pengajian tentang industri budaya ini meliputi usaha menjadikan unsur-unsur budaya sebagai bahan dagangan yang diberikan nilai-nilai ekonomi. Dengan itu usaha meningkatkan pencapaian ekonomi melibatkan aspek budaya dan seterusnya turut menyatakan masyarakat yang terlibat dalam pembangunan industri itu. Dalam bidang ini turut melibatkan pengurusan dan perancangan budaya, terutama di peringkat nasional. Apabila bahan-bahan budaya itu diberikan nilai-nilai ekonomi, maka itu bermakna melibatkan proses ekonomi sebagaimana kegiatan industri yang lain. Oleh itu latar belakang tentang ilmu yang berkaitan itu turut penting untuk menjadi rujukan dalam pengajian industri budaya ini. Konsep Budaya Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM 87

Transcript of Muzik perubahan sosial

Page 1: Muzik perubahan sosial

87

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Industri Budaya: PembangunanIndustri Budaya Melayu

Wan Abdul Kadir

ABSTRAK

Pembangunan industri budaya terutama dalam proses globalisasi budayatelah mambawa kesan menyeluruh kepada masyarakat di negara ini. Bahan-bahan budaya Melayu turut tersebar luas dan popular berikutan denganpembangunan industri budaya itu. Penawaran bahan-bahan budaya secarakomersial itu telah membina fenomenon budaya popular yang kianberkembang pesat kini. Perkembangan ini telah memberikan pulanganekonomi yang baik dan menjadikan budaya itu amat dinamik.

Kata kunci: Perubahan budaya, industri budaya, budaya popular, globalisasibudaya, dan perubahan sosial.

Bidang pengajian tentang industri budaya kini didapati semakin pentingberikutan dengan pesatnya perkembangan penawaran bahan-bahanbudaya yang tersebar luas di peringkat global. Negara-negara majumemainkan peranan penting dalam menawarkan bahan-bahan budayaitu ke peringkat global. Malahan sumbangannya itu adalah berkaitandengan permintaan yang semakin meningkat kini.

Pengajian tentang industri budaya ini meliputi usaha menjadikanunsur-unsur budaya sebagai bahan dagangan yang diberikan nilai-nilaiekonomi. Dengan itu usaha meningkatkan pencapaian ekonomi melibatkanaspek budaya dan seterusnya turut menyatakan masyarakat yang terlibatdalam pembangunan industri itu. Dalam bidang ini turut melibatkanpengurusan dan perancangan budaya, terutama di peringkat nasional.

Apabila bahan-bahan budaya itu diberikan nilai-nilai ekonomi, makaitu bermakna melibatkan proses ekonomi sebagaimana kegiatan industriyang lain. Oleh itu latar belakang tentang ilmu yang berkaitan itu turutpenting untuk menjadi rujukan dalam pengajian industri budaya ini.

Konsep Budaya

Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidupanggota-anggota masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM87

Page 2: Muzik perubahan sosial

88

Jurnal ASWARA

kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi, pemikiran, nilai, world-viewdan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material dan budayabukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budayaitu dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itumenyatakan secara simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segalaperlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh masyarakatyang mendokong budaya itu.

Kerapkali pula untuk memahami aspek budaya dan bukan budayaitu selalu menimbulkan kekeliruan. Misalnya, penawaran barangan, sepertimakanan di pasaran turut membawa bersamanya aspek budaya. Dalamusaha untuk memahami aspek budaya itu perlulah terlebih dahulumemahami budaya bagi sesuatu masyarakat atau jenis bahan itu dipasaran. Bahan itu sebagai bahan makanan misalnya turut menyatakanaspek budayanya, iaitu tentang makna dan pernyataan nilai sosial bagisesuatu masyarakat itu.

Budaya itu merupakan pernyataan jiwa, emosi, pemikiran dan nilai-nilai sosial bagi sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, budaya itu boleh jugadifahami sebagai budaya ekspresif. Di samping itu unsur-unsur budayaitu juga membawa pengertian dan makna kepada masyarakat yangmenghasilkannya. Oleh itu, budaya itu juga boleh diteliti sebagai budayasimbolik. Walau bagaimanapun budaya itu dinamik, iaitu berubahmenyesuaikan dengan keperluan masyarakat semasa. Unsur-unsurbudaya masa lalu itu merupakan tradisi yang diwarisi dari zaman-berzaman. Dengan berlakunya proses modenisasi dan urbanisasi itu, makabudaya juga turut menyesuaikan dengan perubahan itu.

Budaya itu merupakan pernyataan yang diterima dan diberikanpengesahan oleh masyarakat. Sesuatu yang tidak dapat diterima dandiberikan pengesahan oleh anggota-anggota masyarakat maka itu tidakdapat dianggap budaya. Misalnya, perlakuan devian atau bercanggahdengan nilai-nilai sosial tidak dapat dianggap sebagai unsur budaya. Dalamkeadaan ini maka terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakatdengan satu masyarakat yang lain. Agama dan kepercayaan, tradisi danpersekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhipembinaan budaya bagi sesuatu masyarakat itu.

Konsep Industri

Industri boleh difahami sebagai kegiatan ekonomi yang dilakukan, dalamproses ekonomi itu, dengan matlamat pengeluaran, baik kebendaan

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM88

Page 3: Muzik perubahan sosial

89

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

mahupun perkhidmatan untuk dipasarkan. Kegiatan dalam sesuatu industriitu dapat dikatakan sebagai pengeluaran dan penawaran bahan ataukomoditi untuk pasaran, yang juga merupakan kegiatan komersial. Olehitu, dalam industri itu melibatkan proses pengeluaran, panawaran ataupasaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat penambahan nilai-nilai ekonomi.

Dalam industri itu adakala dilakukan pengeluaran secara besar-besaran, yang melibatkan pengurusan, teknologi dan sistem pasaran yangkompleks. Kedudukan sesuatu industri itu boleh juga dinilai kepadapenawaran bahan-bahan pengeluaran itu, misalnya tersebar luas keperingkat global. Dalam pengeluaran secara besar-besaran itu melibatkanmodal yang besar, tenaga kerja yang ramai, teknologi moden, pasarandan promosi yang meluas hingga ke peringkat global dan pengiktirafanmutu yang tinggi.

Terdapat juga industri yang dilakukan secara kecil-kecilan, iaitumelibatkan rangkaian proses ekonomi yang sederhana, penyebaran danpasaran yang terbatas, teknologi yang sederhana dan modal yang kecil.Industri kecilan dan sederhana ini turut diberikan penggalakan danpertolongan daripada kerajaan. Industri peringkat ini juga dikenali sebagaikotej industri, yang mungkin dilakukan di belakang rumah.

Perkembangan industri merupakan fenomenon moden yangberkembang pesat berikutan dengan perkembangan ekonomi kapitalis.Kegiatan ini mulai tersebar luas apabila berlaku revolusi industri di Eropah,kemudian pemerintah kolonial membawanya pula ke kawasan-kawasanbaru di tanah jajahan mereka. Perkembangan industri itu telah memainkanperanan penting dalam menggerakkan ekonomi. Kini denganperkembangan ekonomi global, peranan industri itu didapati semakinpenting dan mendapat kedudukan yang semakin baik. Perkembanganekonomi moden sangat bergantung kepada pembangunan industri itu.

Industri Budaya

Pengertian industri budaya hendaklah dibezakan daripada pengertianbudaya industri. Kegiatan ekonomi yang menjadikan unsur-unsur budayaitu sebagai bahan komersial atau dikatakan komoditi budaya adalahbersesuain dengan keperluan masyarakat moden dan bandaran yangpesat mengalami perubahan.

Perkembangan industri budaya di negara ini boleh dikesan bermulasejak kedatangan kolonial di negara ini. Penawaran bahan-bahan budaya

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM89

Page 4: Muzik perubahan sosial

90

Jurnal ASWARA

yang dihasilkan daripada industri budaya itu adalah selaras denganpermintaan orang ramai, terutama penduduk bandar yang mengalamiperubahan yang pesat. Penawaran bahan-bahan budaya itu umumnyaadalah untuk memenuhi atau mengisi keperluan yang lebih tinggisebagaimana yang dialami penduduk bandar. Jadi, proses modenisasidan urbanisasi memainkan peranan penting dalam pembangunan industribudaya itu. Misalnya, keperluan bahan-bahan budaya keluaran industriitu adalah untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi.

Perkembangan industri budaya itu adalah berasaskan atau berkaitandengan perkembangan ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalis itu yangmementingkan nilai-nilai tambahan atau keuntungan, mengeksploitkeinginan manusia yang lebih tinggi. Kegiatan ekonomi yang berupaintensif modal dan tenaga serta teknologi mampu menghasilkan produksecara besar-besaran dan dengan ini dapat menyebarkan bahan-bahanbudaya itu secara meluas, bagi mendapatkan pengguna yang ramai.

Masyarakat dan Budaya Melayu Moden

Perubahan masyarakat dan budaya memainkan peranan penting dalammenggalakkan pertumbuhan industri budaya. Masyarakat Melayutradisional amat kuat terikat kepada tradisi, iaitu tradisi budaya itudipertahankan sebagai budaya warisan yang dipeturunkan dari satugenerasi kepada satu generasi. Dalam suasana itu, masyarakat berusahamempertahankan tradisi dan tidak dapat menerima perubahan yangberlaku secara mendadak.

Apabila pemerintah kolonial British membawa berbagai perubahandi negara ini, maka orang Melayu juga turut menerima kesan perubahanitu. Pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah colonial di bandar-bandar kolonial, maka itu turut membawa perubahan budaya. Prosesmodenisasi dan urbanisasi turut dilalui orang Melayu, khususnya merekayang tinggal di bandar-bandar kolonial itu. Dengan itu juga bermaknamasyarakat dan budaya Melayu turut mengalami proses urbanisasi danmodenisasi. Tetapi kampung Melayu tetap mempertahankan tradisiwarisan.

Di bandar-bandar kolonial itu mulai terdapat penawaran bahan-bahan budaya dikeluarkan oleh industri budaya. Bahan-bahan budayayang ditawarkan itu dengan jelas menerangkan nilai-nilai kemodenandan perbandaran. Masyarakat bandaran mulai menyatakan keperluanbahan-bahan budaya moden yang berbeza daripada budaya tradisional

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM90

Page 5: Muzik perubahan sosial

91

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

yang masih dipertahankan di peringkat kampung. Namun bahan-bahanbudaya yang didatangkan dari barat didapati mendapat minat dan perhatianramai. Penawaran bahan-bahan budaya barat atau kolonial itu dianggapmoden dan maju, tidak sebagaimana budaya Melayu yang dianggap tradisiyang tidak menyatakan kemajuan.

Perkembangan budaya bandaran dan budaya moden itu telahmemainkan peranan penting dalam mendorongkan perkembangan industribudaya. Dengan ini juga menyatakan bahawa keluaran industri budayaitu menawarkan bahan-bahan budaya yang bersesuaian dengan perubahannilai masyarakat bandaran dan moden itu. Walau bagaimanapun terdapatusaha menawarkan bahan-bahan budaya Melayu yang disesuaikandengan keperluan industri budaya yang sedang pesat berkembang itu.Misalnya muzik dan filem Melayu turut dihasilkan berlandaskanperkembangan industri budaya moden itu.

Struktur Industri Budaya

Penghasilan dan penawaran bahan-bahan budaya dari industri budayaitu adalah berasaskan kepada proses ekonomi sebagaimana industri ataukegiatan komersial bahan-bahan pengguna yang lain.

Pengusaha industri budaya mempunyai kepentingan ekonomi, iaitumenanam modal dengan harapan untuk mendapat keuntungan. Pengusahadengan kerjasama berbagai pihak, seperti artis, orang yang berkebolehandalam lapangan tertentu berusaha menghasilkan sesuatu untuk ditawarkankepada orang ramai. Orang ramai sebagai pengguna keluaran industriitu mempunyai cita rasa budaya yang berasaskan keperluan kemodenan,terutama sebagaimana yang dipupuk melalui media massa. Pihakpengusaha menggunakan berbagai kaedah dalam penawaran bahan-bahan budaya itu untuk menarik minat ramai sebagai pengguna. Berbagaiusaha dapat dilakukan, misalnya dengan iklan, promosi, publisiti danseumpamanya untuk memberi maklumat kepada pengguna tentang bahan-bahan budaya yang dikeluarkan itu.

Industri budaya itu juga melibatkan kepakaran dalam pengurusanbudaya, pengurusan industri, keahlian atau kepakaran dalam bidang-bidang tertentu, kebolehan dalam pemasaran dan kemampuan kreativiti.Bahan-bahan budaya yang ditawarkan itu juga perlu menentukan mutuyang sebaiknya untuk menarik para pengguna. Pembaharuan danperubahan perlu dilakukan dari masa ke masa agar selaras denganperubahan cita rasa budaya para pengguna. Penawaran bahan-bahan

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM91

Page 6: Muzik perubahan sosial

92

Jurnal ASWARA

budaya itu juga berhadapan dengan persaingan di pasaran. Dengan inipihak pengusaha perlu menyesuaikan dengan perubahan itu yang berlakudi pasaran itu.

Unsur-unsur Budaya Tradisi

Penghasilan unsur-unsur budaya tradisional adalah berasaskan kepadakeperluan mereka yang terlibat atau sedikit untuk pasaran apabila terdapatlebihan. Pengusaha, tukang, artis dan mereka yang ahli dalam bidangtertentu menghasilkan unsur-unsur budaya secara manual berasaskankemampuan tenaga keluarga, Mereka tidak memberikan perhatian secaraserius untuk menawarkan unsur-unsur budaya itu bagi tujuan komersial.

Unsur-unsur budaya tradisional itu mempertahankan tradisi. Merekayang terlibat tidak mampu untuk mengubahnya, kerana itu akan dipandangrendah oleh masyarakat. Misalnya dalam bidang kegiatan seni dan mainan,mereka yang terlibat mengutamakan nilai-nilai sosial, peranan dankepentingan sosial, bukannya untuk menawarkan secara komersial.Walaupun terdapat usaha kreatif dalam penghasilan itu, tetapi perluberasaskan kepada struktur tradisi sebagaimana yang telah ditetapkandalam budaya tradisi itu.

Penawaran unsur-unsur budaya tradisional dilakukan secarasederhana di semua peringkat penghasilannya. Mereka yang terlibat dalamkegiatan budaya itu selalunya secara sambilan. Mereka bergantung hidupkepada kegiatan ekonomi tani yang dilakukan secara sederhana. Merekayang terlibat dalam kegiatan seni dan mainan sebagai contoh, adalahberasaskan kepada kepentingan minat, pengisian jiwa dan merupakankeperluan yang lebih tinggi.

Perancangan Industri Budaya

Di peringkat kebangsaan atau nasional, pembangunan industri budayaitu perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi menjagakeharmonian dan kestabilan sosial di peringkat yang luas. Kepentingankepada perancangan budaya di peringkat kebangsaan turut melibatkanperancangan dalam industri budaya. Kepentingan dalam perancanganindustri budaya ini melibatkan berbagai-bagai aspek yang memerlukanstrategi sewajarnya.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM92

Page 7: Muzik perubahan sosial

93

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Penawaran bahan-bahan budaya boleh mempengaruhi kestabilanpolitik. Terdapat bahan-bahan budaya yang mempunyai nilai-nilai politikyang bertentangan dengan dasar politik negara yang boleh mempengaruhiramai atau para pengguna. Pengaruh ideologi yang bercanggah dengandasar politik negara boleh membawa keadaan politik yang tidak stabil.Oleh itu, pengawasan dan pengawalan terhadap bahan-bahan budayaitu perlu dilakukan sepanjang masa bagi menjaga kestabilan politik negara.

Perancangan perkembangan industri budaya itu sangat perludiberikan perhatian atas kepentingan pembangunan ekonomi. Industribudaya sebagai kegiatan ekonomi dapat memberikan sumbangan ekonomiyang penting kepada negara di samping memberikan peluang-peluangpekerjaan kepada ramai orang. Usaha menggalakkan perkembanganindustri budaya itu diberikan tumpuan oleh kerajaan dan pihak-pihak yangterlibat dengan pembangunan ekonomi. Pembangunan industri budayatempatan perlu ditingkatkan bagi mengimbangi penawaran bahan-bahanbudaya yang dibawa dari luar negara.

Penawaran bahan-bahan budaya hasil pengeluaran industri budayaperlu diawasi dan dikawal memandangkan bahan-bahan itu bolehmembawa kesan-kesan keburukan sosial. Terdapat bahan-bahan budayayang didatangkan dari negara-negara asing yang tidak sesuai denganhasrat pembangunan sosial di negara ini. Penawaran bahan-bahan budaya,terutama budaya popular dari negara-negara maju sangat berpengaruhdi kalangan muda-mudi negara ini.

Di kalangan orang-orang Melayu, terdapat pula bahan-bahanbudaya yang ditawarkan atas kepentingan ekonomi kurang memberikanperhatian terhadap nilai-nilai Islam. Misalnya, terdapat bahan-bahanbudaya yang kurang moral dan bercanggah dengan ajaran Islam yangdisebarkan di pasaran. Penyebaran bahan-bahan budaya secara bebas,tanpa perancangan boleh menjejaskan kepentingan nilai-nilai Islam dankeperluan tempatan.

Perkembangan bahan-bahan budaya yang dihasilkan dari industribudaya itu boleh membawa kesan buruk terhadap pembangunan danpembinaan budaya kebangsaan dalam usaha untuk memperkukuhkanidentiti nasional. Dalam kepentingan ini, perancangan pembangunanindustri budaya amat penting diberikan perhatian agar perkembanganbahan-bahan budaya itu, terutama yang datang dari negara-negara majutidak membawa kesan-kesan buruk terhadap pembangunan budayakebangsaan.

Perancangan industri budaya itu amat penting dilakukan di peringkatnasional bagi menjamin pembangunan budaya yang seimbang di negara

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM93

Page 8: Muzik perubahan sosial

94

Jurnal ASWARA

ini. Perancangan itu sebenarnya tidak terpisah daripada perancanganpembangunan negara umumnya. Dengan perancangan pembangunanyang teratur dan sistematis dapat menjamin keharmonian, kestabilan dankeselamatan bagi masyarakat di negara ini.

Budaya Kebangsaan dan Industri Budaya

Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, perancangan industribudaya tidak boleh dipisahkan daripada kepentingan atau strategipembangunan budaya kebangsaan. Budaya kebangsaan ialah suatukonsep yang berasaskan kepada pembinaan budaya yang dapatmenyatakan identiti kebangsaan. Orang Melayu menyedari tentangkeperluan pembinaan budaya kebangsaan semasa pemerintahan kolonialBritish dahulu lagi, berikutan dengan kemunculan semangat nasionalismeyang semakin meningkat. Pembinaan budaya kebangsaan kepada orangMelayu adalah keperluan untuk mengembalikan kekuatan kemelayuandi negara ini berikutan pengaruh budaya kolonial yang semakin meluasdi bandar-bandar kolonial itu.

Perjuangan orang Melayu untuk membina budaya kebangsaanhanya mendapat perhatian kerajaan pada tahun 1970, berikutanperlaksanaan DEB. Pembinaan budaya kebangsaan itu adalah ataskepentingan atau keperluan untuk menyatakan identiti kebangsaan atauMalaysia. Budaya kebangsaan itu juga diharapkan dapat memainkanperanan dalam membina intergrasi kaum di negara ini. Dan seterusnyabudaya kebangsaan juga merupakan saluran dalam memupuk nilai-nilaitaat setia kepada negara dan mengenali sejarah negara dengan lebihdekat.

Pembinaan budaya kebangsaan itu adalah berasaskan prinsip-prinsipyang telah dipersetujui bersama. Pertama, budaya kebangsaan ituberasaskan kepada budaya penduduk asal di negara ini. Kedua, budayakebangsaan itu tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ketiga, unsur-unsur budaya lain yang dapat diterima bersama tetapi tidak bercanggahdengan nilai-nilai Islam juga boleh diterima sebagai budaya kebangsaan.Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip yang telah ditetapkan itu menghadapiberbagai masalah dalam perlaksanaannya. Perkara tentang kebudayaanini tidak semudah sebagaimana bahasa kebangsaan dalamperlaksanaannya. Terdapat berbagai masalah dalam usaha perlaksanaanbudaya kebangsaan itu di peringkat nasional, terutama apabila berhadapandengan penduduk negara ini yang terdiri daripada berbagai kaum.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM94

Page 9: Muzik perubahan sosial

95

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Satu daripada usaha membangunkan budaya kebangsaan ialahmenggalakkan perkembangan budaya tradisi penduduk asal negara iniatau lebih khusus ialah budaya Melayu tradisional. KementerianKebudayaan yang ditubuhkan oleh kerajaan salah satu daripadamatlamatnya ialah untuk menggalakkan perkembangan budaya Melayutradisonal, misalnya dengan memberikan pertolongan dalam berbagaibentuk supaya kegiatan kesenian dan mainan tradisional itu dapatdiperkembangkan dan mendapat perhatian orang ramai.

Kedudukan Budaya Melayu Tradisional

Dalam bidang seni dan mainan sebagai bahagian daripada kebudayaanMelayu tradisional kini kurang mendapat perhatian dan minat ramai,terutama di kalangan golongan muda-mudi. Permasalahan ini berkaitandengan perkembangan pesat penawaran bahan-bahan budaya yangdianggap moden dari industri budaya. Unsur-unsur budaya tradisionalselalu dianggap ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dengan kemajuanyang dilalui masyarakat hari ini. Penawaran bahan-bahan budaya popularyang dianggap maju dan moden diutamakan oleh orang ramai. Malahanmedia massa memainkan peranan penting dalam mempopularkan bahan-bahan budaya itu.

Generasi muda kurang didedahkan dengan unsur-unsur budayatradisional yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan menghayatiunsur-unsur budaya tradisional itu. Mereka tidak dapat mengenali tradisibudaya Melayu, oleh itu mereka tidak meminatinya.

Mereka yang ahli dan berkebolehan dalam kegiatan budayatradisional itu didapati kian berkurangan. Golongan muda pula tidakmenunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam kegiatan itu. Keadaanini telah menimbulkan permasalahan dalam usaha pihak yang mahumenggalakkan perkembangan budaya tradisional itu, walaupun berbagaiusaha telah dilakukan.

Memandangkan berbagai masalah yang dihadapi dalammembangunkan budaya Melayu tradisional itu, maka terdapat juga usahauntuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada penghasilan budayatradisional itu, iaitu dengan menggabungkan Kementerian Kebudayaandengan Pelancongan. Dalam strategi ini bahan-bahan budaya itudigalakkan perkembangan secara komersial, iaitu berusaha menawarkanbahan-bahan budaya kepada para pengguna, terutama pelancong-pelancong dari luar negara dan dalam negara.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM95

Page 10: Muzik perubahan sosial

96

Jurnal ASWARA

Sebagaimana telah dinyatakan di atas bahawa permasalahan utamadalam perkembangan budaya tradisional itu ialah persaingan denganperkembangan pesat budaya popular yang membawa nilai-nilai kemodenandan kemajuan.

Industri Budaya: Bahan-bahan BudayaTradisional

Penghasilan unsur-unsur budaya tradisional sangat terikat kepada peranandan kepentingan masyarakat masa itu, iaitu unsur-unsur budaya itudihasilkan atas keperluan peranan dan kepentingan unsur-unsur budayaitu yang dipertahankan tradisi sebagaimana yang diwarisi. Anggota-anggota masyarakat membina cita rasa budaya berasaskan tradisi yangdiwarisi. Perubahan yang berlaku agak perlahan, tetapi teras kepadatradisi itu dipertahankan dalam usaha mereka mempertahankan identiti.

Unsur-unsur budaya tradisional yang dihasilkan tidak menekankankepada nilai-nilai tambahan, iaitu dari segi ekonomi. Misalnya, dalambidang seni dan mainan, mereka terlibat atas kepentingan minat. Merekaterlibat dalam kegiatan-kegiatan seni dan mainan misalnya, adalahberasaskan kepada keperluan yang lebih tinggi. Walaupun, adakala hasilitu dipasarkan tetapi sekadar usaha tambahan, tanpa memberikanperhatian khusus untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada hasilanmereka itu.

Berasaskan pandangan seperti di atas itu, maka penghasilan budayaMelayu tradisional itu tidak mampu disebarkan secara meluas. Malahanpenghsilan bahan-bahan budaya tradisional itu dilakukan secara manualyang tidak mampu dihasilkan secara banyak. Apabila bahan-bahanbudaya tradisional itu berhadapan dengan perkembangan budaya moden,terutama budaya popular maka kedudukan budaya Melayu tradisionalitu sentiasa ketinggalan dan tidak diberikan perhatian, terutama orang-orang muda.

Untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada kegiatan danpenghasilan unsur-unsur budaya tradisional, kerajaan melalui KementerianKebudayaan dan Pelancongan pernah berusaha menggalakkanperkembangan budaya tradisional untuk diberikan nilai-nilai ekonomi agardapat ditingkatkan perkembangan budaya warisan, sebagaimana telahdinyatakan bagi kepentingan pembangunan budaya nasional.

Bagi kepentingan mengembangkan kegiatan budaya tradisional ituberbagai usaha pernah dilakukan, terutama oleh pihak kerajaan dan

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM96

Page 11: Muzik perubahan sosial

97

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

badan-badan kebudayaan. Namun sambutan yang diberikan orang ramaimasih tidak menggalakkan. Banyak usaha menghasilkan bahan-bahanbudaya tradisional yang dilakukan secara komersial kesan daripadadorongan yang diberikan oleh kerajaan. Tetapi kemudian didapati tidakbanyak daripada kegiatan itu yang berjaya dalam konteks sebagai kegiatanindustri budaya.

Antara kegiatan menghasilkan bahan-bahan budaya tradisionalsecara komersial termasuk kraftangan, batik, pertukangan, ukir-mengukir,membuat pasu, dan berbagai jenis makanan dan minuman. Walaupunterdapat industri itu yang diberikan sokongan dan galakan dari pihakkerajaan, tetapi tidak banyak yang berjaya dari segi ekonomi.Industribudaya Melayu tradisional menghadapi berbagai permasalahan, yangbukan sahaja tentang kurang permintaan ramai, malahan turut melibatkanberbagai aspek tentang bahan-bahan budaya yang dihasilkan itu.

Budaya Tradisional dan Budaya Moden

Perkembangan industri budaya moden membawa ciri-ciri yang berbezadaripada penghasilan budaya Melayu tradisional. Suatu aspek yangmenimbulkan permasalahan ialah sejauh mana budaya tradisional itu bolehdisesuaikan dengan pembangunan budaya moden. Dalam perkembanganindustri budaya moden, penekanan ekonomi atau nilai-nilai tambahandiberikan keutamaan. Oleh itu pengusaha industri budaya moden amatpeka kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Sejauh manabudaya tradisional itu dapat disesuaikan dengan perubahan bagi menjaminpenerimaan orang ramai, iaitu dalam usaha menarik ramai para penggunaadalah ditentukan oleh orang ramai..

Terdapat pandangan atau pendapat dari kalangan yang berpegangkuat kepada tradisi menyatakan bahawa segala unsur budaya tradisionalitu tidak patut diubahsuaikan dengan kemodenan. Mereka berpendapatsegala unsur budaya tradisional itu perlu mengekalkan ciri-ciri tradisionalagar tidak akan hilang identitinya kemudian.Segala unsur budayatradisional yang diwarisi itu dikatakan patut dikekalkan keasliannya. Usahamempertahankan kemurnian tradisi itu merupakan perjuangan bagigolongan yang ingin mempertahankan tradisi yang diwarisi itu.

Golongan yang lebih liberal berpendapat budaya itu perlu berubahmenyesuaikan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, golongan inimenyatakan bahawa segala unsur budaya tradisi itu perlu diubah suai

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM97

Page 12: Muzik perubahan sosial

98

Jurnal ASWARA

mengikut keperluan masyarakat semasa,. Dengan itu budaya Melayudapat berkembang selaras dengan kemajuan yang dilalui masyarakatMelayu hari ini.Berasaskan pandangan ini industri budaya Melayutradisional boleh ditingkatkan dengan cara melakukan perubahan selarasdengan cita rasa budaya para pengguna, sebagaimana pengalaman dalampembangunan budaya popular.

Walau bagaimanapun, perkembangan industri budaya tradisionaltidak mampu bersaing dengan perkembangan budaya popular semasa.Dalam pembangunan industri budaya popular atau budaya moden, bahan-bahan budaya yang ditawarkan di pasaran sentiasa mengambil kirakeperluan atau permintaan ramai. Nilai-nilai sosial yang diberikan terhadapbudaya tradisional itu adalah berbeza daripada budaya popular moden.Budaya tradisional membawa nilai-nilai sosial yang menekankankepentingan warisan, identiti, dan keperibadian nasional.

Permasalahan Industri Budaya Tradisional

Dalam pembangunan industri budaya Melayu tradisional yang pernahdiusahakan oleh pengusaha-pengusaha Melayu menghadapi berbagaimasalah. Pengusaha-pengusaha Melayu yang pernah terlibat dalamindustri budaya tradisional selalunya merupakan kegiatan secara kecil-kecilan, yang mempunyai keupayaan yang terbatas dari segi modal, tenagadan teknologi serta pasaran Oleh itu kegiatan komersial itu tidak mampuberkembang dengan baik.

Pengusaha industri itu umumnya kurang pengalaman dalam bidangpengurusan walaupun pengusaha itu mempunyai pengalaman dankepakaran dalam bidang menghasilkan bahan-bahan budaya itu.

Sebagai contoh kita teliti kes pengusaha seni persembahanmakyung. Pengusaha itu ialah pemain utama kumpulan makyung itu.Beliau sebagai pengusaha melakukan pengurusan kumpulan, meliputiberbagai aspek persembahan, pemasaran, dan promosi di samping beliausebagai pelakon utama dalam kumpulan itu. Beliau menguruskankewangan secara sendirian tanpa mempunyai kaedah perkiraan yangsistematis, beliau juga menguruskan tenaga sokongan dalam kumpulannyasecara amalan tradisi seperti kerjasama dan tolong-menolong, dan beliaujuga menguruskan tentang peralatan dan persembahan yang perludilakukan. Umumnya, pengusaha dalam kes ini sebagaimana juga ketuakumpulan persembahan mak yong masa lalu umumnya tidak mempunyaipengetahuan atau pengalaman dalam kaedah pengurusan moden

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM98

Page 13: Muzik perubahan sosial

99

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

sebagaimana pengurusan budaya dalam industri budaya moden hari ini.Seorang pengusaha yang melakukan berbagai urusan dan kegiatan secarasendirian tanpa mempunyai sistem atau kaedah bermakna beliau tidakmampu untuk meningkatkan industri itu sebagai suatu industri dalamkonteks perniagaan moden, walaupun harapannya untuk menjadikan senipersembahan itu sebagai kegiatan komersial.

Dalam penawaran bahan-bahan budaya tradisional tidak pernahdilakukan secara sistematis mengikut perkembangan industri moden,melainkan berasaskan kepada kaedah atau amalan tradisi yang diwarisisejak zaman berzaman. Industri budaya tradisional itu biasanya dilakukansecara kecil-kecilan, sebagai kegiatan dalam jangka pendek. Misalnya,dalam pertukangan besi membuat parang, kapak, dan sebagainya, tukangitu menghasilkan barangan itu mengikut kemampuannya. Tukang ituselalunya tidak berhajat untuk memperbesarkan kegiatan itu denganmengupah pekerja-pekerja tambahan. Begitu juga kurang usahanya untukmeningkatkan penggunaan teknologi yang lebih tinggi didapati di luarkemampuan tukang-tukang tradisional itu. Malahan apabila melibatkanteknologi yang lebih tinggi itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran.Ini didapati tidak mampu diikuti oleh mereka itu.

Industri budaya tradisional itu berhadapan dengan persaingandengan penawaran bahan-bahan budaya moden yang membawa nilai-nilai kemajuan dan pembangunan. Mereka yang terlibat dalam industribudaya tradisional itu tidak mampu untuk mengikuti arus perkembangankemodenan, misalnya dari segi membawa perubahan kepada bahan-bahan budaya tradisional itu mengikuti arus kemajuan dan perkembangankemodenan. Misalnya, orang Melayu telah lama terlibat dalam kegiatanmenghasilkan berbagai herba yang boleh memberikan sumbangan dalampenjagaan kesihatan. Penawaran bahan-bahan itu dilakukan secaratradisional, misalnya dari segi kaedah membuatnya, dan caramengedarkan bahan-bahan itu di pasaran. Tidak banyak perubahan yangdilakukan dari generasi ke generasi, perusahaan itu dilakukan secarakecil-kecilan dengan menggunakan teknologi sederhana. Walaupun kinipenawaran bahan-bahan itu dilakukan secara komersial tetapi tidakbanyak perubahan yang dilakukan bagi menyesuaikan denganperkembangan moden. Tiada penyelidikan yang dilakukan bagi tujuanmemahami khasiat bahan yang ditawarkan itu. Dalam penggunaan bahan-bahan itu tiada ukuran jelas yang digunakan, malahan tempohpenggunaannya juga tidak dapat ditentukan.

Perkembangan industri budaya moden kini mengambil kira berbagai-bagai aspek dalam pemasaran. Kaedah pemasaran tradisional tidak

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM99

Page 14: Muzik perubahan sosial

100

Jurnal ASWARA

mampu diteruskan lagi dalam perkembangan ekonomi moden kini.Penawaran bahan-bahan budaya secara kecil-kecilan terbatas kepadapara pengguna dalam kawasan tertentu. Malahan tidak didapati usahauntuk menyebarkan pengeluaran atau bahan-bahan budaya secepatmungkin. Penyebarannya dilakukan dari mulut ke mulut secara sederhanaberasaskan kepada kemampuan pengeluaran.

Pembangunan Industri Budaya Moden

Sebagaimana yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa perkembanganekonomi kapitalis memainkan peranan penting dalam pembangunanindustri budaya. Atas kepentingan ekonomi, kemudahan teknologi modendan perubahan sosial telah memainkan peranan penting dalam membawaperkembangan industri budaya. Proses modenisasi dan urbanisasi yangdilalui masyarakat turut mendorongkan penawaran bahan-bahan budayaitu. Bahan-bahan budaya mulai menjadi suatu keperluan dalam perubahanitu. Penduduk bandar memerlukan sesuatu untuk mengisi masa, misalnyasemasa cuti, masa lapang waktu petang dan malam. Bahan-bahan budayaitu juga sebagai keperluan yang lebih tinggi yang dapat memberikankepuasan, hiburan dan melayan perasaan. Keinginan manusia yang tidakterbatas itu telah memberikan peluang kepada pihak pengusaha industribudaya menghasilkan sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai.

Proses modenisasi dan urbanisasi telah membawa perubahankepada cita rasa budaya penduduk bandar. Mereka tidak lagi terikatkepada nilai-nilai tradisi, tetapi berusaha melakukan pembaharuan, mencarisesuatu yang dianggap moden dan maju sesuai dengan perubahan. Olehitu pihak pengusaha industri budaya sentiasa berusaha melakukanperubahan bersesuaian dengan perubahan selera atau cita rasa budayaorang ramai. Atas kepentingan itu juga industri budaya memainkanperanan penting untuk melakukan perubahan dari masa ke masa, makaseterusnya menjadikan kedudukan budaya itu amat dinamik.

Perkembangan teknologi moden telah memberikan kekuatan kepadapembangunan industri budaya. Malahan, dalam perkembangan teknologimoden itu sentiasa memberikan perhatian terhadap kepentingan nilai-nilai tambahan. Dengan nilai-nilai ekonomi yang diberikan kepadaperkembangan teknologi moden telah mendorongkan pesatnyaperkembangan teknologi itu. Dengan kemudahan teknologi moden itudapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia yang banyak, dapatmengeluarkan bahan-bahan budaya secara banyak dengan mutunya dapat

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM100

Page 15: Muzik perubahan sosial

101

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

dikawal. Selain itu kemudahan teknologi itu juga membolehkan penyebaranbahan-bahan budaya itu dilakukan dengan meluas dalam jangka masayang singkat. Penyebarannya dapat dilakukan secara berkesan.Kemudahan teknologi moden itu juga menyokong kepada kekuatan sistempemasaran yang lebih berkesan.

Bahan-bahan budaya dapat ditingkatkan publisiti, promosi dan iklanmelalui teknologi moden itu. Misalnya, iklan dan penyebaran maklumatdapat dilakukan secara meluas dan berkesan melalui media massa sepertimedia elektronik. Selain itu, dengan kemudahan teknologi moden itu jugameningkatkan kaedah pemasaran, seperti menyediakan pembungkusandan analisis konteks bahan budaya yang dihasilkan itu.

Pembangunan industri budaya menawarkan bahan-bahan budayasecara komersial, pihak pengusaha industri sentiasa memberikanperhatian kepada nilai-nilai tambahan, iaitu pulangan ekonomi yang lebihbaik. Pengusaha berusaha memahami keperluan atau permintaan parapengguna dan dengan itu pengusaha berusaha menawarkan bahan-bahanbudaya selaras dengan cita rasa budaya para pengguna atau orang ramaiitu. Walau bagaimanapun pihak pengusaha mempunyai sasaran penggunayang akan menggunakan bahan-bahan budaya keluarannya itu. Misalnya,pengguna itu boleh terdiri daripada kumpulan wanita, orang muda, kanak-kanak atau muda-mudi. Selain itu pengusaha juga menimbangkankelompok berasaskan kelas sebagai penggunanya. Bagi bahan-bahanbudaya untuk golongan berada atau kelas atasan, mutu dan harga ataukos bahan itu menjadi pertimbangan utama. Golongan itu pula berusahamempertahankan kedudukan mutu bahan-bahan budaya yang diaggapeksklusif untuk kelompok mereka. Tetapi rata-rata pengusaha industribudaya itu mahukan bahan-bahan budaya keluaran mereka itu mendapattempat sebagai budaya popular, iaitu yang diminati ramai. Malahan,dengan itu produknya dapat ditingkatkan kuantiti, yang mempengaruhiharga di pasaran lebih rendah yang mampu dibeli atau dimiliki orangramai. Walau bagaimanapun cita rasa budaya para pengguna memainkanperanan penting dalam mempengaruhi industri budaya itu.

Industri Budaya dan Budaya Popular

Budaya popular secara mudah bermaksud unsur-unsur budaya yangdiminati ramai atau majoriti anggota-anggota masyarakat. Fenomenonbudaya popular diminati semua kelompok dalam masyarakat tanpamengira kelas atau kelompok sosial. Perkembangan budaya popular yang

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM101

Page 16: Muzik perubahan sosial

102

Jurnal ASWARA

amat pesat dalam masyarakat moden kini didorongkan oleh beberapafaktor yang menyokong perkembangan budaya itu. Pertama, perubahanmasyarakat, iaitu proses modenisasi dan urbanisasi masyarakat itumembawa perubahan kepada minat unsur-unsur budaya moden itu.Kedua, perkembangan teknologi moden membolehkan pengelurandilakukan secara banyak dan penawaran bahan-bahan budaya dapatdisebarkan secara berkesan. Ketiga, perkembangan ekonomi kapitalistelah memainkan peranan penting dalam pembinaan industri budaya.Bahan-bahan budaya ditawarkan secara komersial. Nilai-nilai tambahansentiasa diberikan tumpuan oleh pengusaha industri budaya.

Industri budaya yang mementingkan pulangan ekonomi menjadikanbahan-bahan budaya sebagai komoditi, iaitu bahan-bahan budaya yangditawarkan secara komersial. Sebagai kegiatan industri, pihak pengusahaberusaha menawarkan sebanyak mungkin bahan budaya, dan inibermakna mereka memerlukan para pengguna yang ramai. Dalamkonteks ini pihak pengusaha berusaha menjadikan bahan budaya itupopular, iaitu diminati ramai. Dengan ini juga bermakna industri budayaitu mendorongkan perkembangan budaya popular.

Atas kepentingan mendapatkan pengguna yang ramai itu, industribudaya selalu menggunakan berbagai kaedah untuk mendapat perhatianorang ramai, terutama dengan mengeksploit keinginan semula jadimanusia. Misalnya, perkara-perkara sensasi, keinginan seks dan sesuatuyang glamour selalu diberikan perhatian oleh pengusaha industri budaya.Berkaitan dengan ini kerapkali pengkritik sosial selalu menganggappenawaran bahan budaya itu kurang memberikan perhatian tentang mutudan nilai seni, tetapi mengutamakan keperluan orang ramai. Juga selaludiperkatakan industri budaya itu kurang menimbangkan tentangkepentingan sosial, misalnya masalah sosial di kalangan muda-mudi selaludikaitkan dengan penawaran bahan-bahan budaya yang kurangmenimbangkan kepentingan sosial. Dalam industri muzik sebagai contoh,kerapkali pertimbangan seni kurang diberikan perhatian, tetapi lebihmenekankan minat ramai, terutama golongan muda-mudi. Penawaranbahan seperti filem dan bahan bercetak kerapkali pengusaha memberikanperhatian terhadap perkara-perkara sensasi dan keinginan seks.

Terdapat berbagai kritik terhadap perkembangan industri budayadan budaya popular. Sejak awal perkembangan ekonomi kapitalis di Eropahyang mendorongkan perkembangan industri budaya telah mendapat kritikdari kalangan sarjana waktu itu. Mereka menganggap perkembanganbudaya popular itu adalah agenda kapitalis dan politik yang berkaitan dengantujuan untuk melekakan orang ramai daripada menumpukan perhatian

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM102

Page 17: Muzik perubahan sosial

103

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

terhadap perkembangan politik dan ekonomi kapitalis. Fenomenon inidianggap sebagai penindasan dan eksploitasi kapitalis.

Perkembangan industri budaya moden dan penawaran bahan-bahanbudaya popular di negara ini juga selalu dikaitkan dengan permasalahansosial, iaitu kesan-kesan yang dibawa oleh fenomenon itu. Misalnya,muzik, filem, bahan-bahan bercetak, fesyen, penjagaan kecantikan danperhiasan diri di kalangan muda-mudi yang dianggap menjejaskan moraldan akhlak golongan muda-mudi adalah kesan daripada perkembanganbahan-bahan budaya popular, terutama yang dibawa dari barat.Permasalahan ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat Melayu yangmengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Isu tentang bahan-bahanbudaya popular atau bahan-bahan industri budaya yang datang dari baratsemasa pemerintahan kolonial dahulu telah menimbulkan perbincangandi kalangan bijak pandai Melayu.

Bahan-bahan industri budaya popular selalu dianggap bermuturendah, tiada nilai seni, dan dianggap seperti sampah yang boleh membawakesan buruk kepada orang ramai. Sedangkan budaya tinggi selalu dianggapbermutu tinggi dan membawa kesan yang baik kepada orang ramai.

Kritik dan komen tentang budaya popular yang dibawa oleh industribudaya itu datangnya dari kalangan golongan elit atau dari kelas sosialyang tinggi. Sedangkan bahan-bahan budaya popular itu terus mendapatminat ramai.

Sumbangan Industri Budaya

Bahan-bahan budaya keluaran industri budaya disebarkan secara meluasdapat mengisi berbagai keperluan orang ramai. Misalnya, penawaranbahan-bahan hiburan dengan jelas dapat memberikan kepuasan kepadapara pengguna. Industri budaya dapat menawarkan bahan-bahan budayayang mampu dibeli oleh orang ramai. Bahan-bahan budaya yang berupabudaya popular dapat mengurangkan kos kepada para pengguna berikutandengan penawaran bahan-bahan budaya yang dikeluarkan dengan banyak.

Di samping peranan industri budaya dalam pembangunan ekonomi,iaitu dari segi peluang-peluang pekerjaan dan sumbangan ekonomi kepadanegara, pembangunan industri budaya itu juga dapat mendorongkandinamiknya perubahan budaya. Proses penciptaan dan kreatif yang pesatberlaku itu menjadikan budaya itu amat pesat mengalami perubahan danpembangunan. Misalnya dalam industri muzik, filem, bahan-bahanperhiasan, penjagaan kesihatan dan sebagainya.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM103

Page 18: Muzik perubahan sosial

104

Jurnal ASWARA

Industri budaya mendorongkan perkembangan bahan-bahan budayapopular, iaitu penawaran bahan-bahan budaya dapat dilakukan denganmeluas, merintasi kelompok-kelompok sosial. Dengan ini juga bahan-bahan budaya itu memainkan peranan dalam membawa pembinaan nilai-nilai sosial yang standard, yang juga bermakna dapat membina perpaduansosial dan memperkukuhkan hubungan sosial di kalangan anggota-anggotamasyarakat. Melaluinya juga dapat memupuk nilai-nilai kemodenan danpembangunan serta pembandaran di kalangan orang ramai sebagai parapengguna. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan kepada ramai itu selarasdengan perubahan dan perkembangan cita rasa budaya orang ramai.

Perkembangan industri budaya memberikan peluang orang ramaimengisi keperluan hidup yang lebih tinggi, mengisi masa lapang, hiburandan keperluan mengisi keinginan dan kepuasan emosi. Industri budayamelahirkan budaya ekspresif yang membolehkan anggota-anggotamasyarakat melaluinya melahirkan perasaan, pemikiran, kreativiti, ataumenyatakan aspek kejiwaan.

Perkembangan industri budaya itu memainkan peranan pentingdalam membawa perubahan dan pembangunan masyarakat dan budayadalam konteks yang lebih luas. Penawaran bahan-bahan budaya itu dapatmeningkatkan kualiti hidup anggota-anggota masyarakat.

Dalam pembangunan industri budaya itu, terutama dalammendorongkan perkembangan budaya popular, boleh dilihat dan dianalisiskesan-kesan baik dan juga kesan-kesan buruknya. Walaupun pengusahaindustri budaya itu berusaha mengeksploit keinginan orang ramai, tetapimereka juga tertakluk kepada peraturan sosial, undang-undang dan nilai-nilai sosial serta agama. Pihak berkuasa dan orang ramai sentiasamemainkan peranan penting dalam menentukan penyebaran bahan-bahanbudaya itu sesuai tidak menimbulkan kesan-kesan buruk kepada orangramai.

Globalisasi Industri Budaya

Kini penyebaran bahan-bahan budaya yang dikeluarkan oleh industribudaya itu berlaku begitu meluas, meliputi seluruh dunia secara global.Negara-negara maju, terutama barat telah memainkan peranan pentingdalam pembangunan industri budaya. Penawaran bahan-bahan industribudaya dari negara-negara maju itu tersebar secara global. Merekamenguasai ekonomi dan turut memainkan peranan dalam menyebarkanpengaruh budayanya ke negara-negara lain secara global.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM104

Page 19: Muzik perubahan sosial

105

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Negara-negara maju menguasai ekonomi dan teknologi mampumenguasai ekonomi global. Pembangunan industri budaya dari negara-negara maju itu amat pesat kerana mereka menguasai pasaran yangmeluas atau global. Kemajuan teknologinya juga turut memainkan peranandalam menawarkan bahan-bahan budaya yang dianggap moden dan majuyang dengan mudah dapat mempengaruhi penduduk di negara-negarasedang membangun. Dengan ini bermakna negara-negara maju, sejakzaman colonial dahulu terus menguasai ekonomi, mempengaruhi budayanyakepada negara-negara yang sedang membangun, seperti Malaysia.

Penyebaran bahan-bahan budaya negara-negara maju secara globalitu juga turut mempengaruhi penyebaran ideologi politiknya. Misalnya,melalui filem mereka dapat memupuk nilai-nilai politik mereka secaraglobal.

Sebagai contoh, penyebaran bahan-bahan budaya dari barat telahberkembang pesat sejak zaman pemerintahan colonial dahulu lagi. Bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu dipandang tinggi dan dihormatioleh penduduk tempatan. Bahan-bahan budaya itu dianggap moden danmaju, sesuai dengan perubahan yang dilalui masyarakat. Penduduk negaraini menerimanya dengan baik, malahan penyebaran bahan-bahan budayabarat itu juga mempengaruhi perkembangan budaya Melayu, iaitupenawaran bahan-bahan budaya Melayu turut disesuaikan denganperubahan yang berasaskan budaya barat itu. Dengan kata lainperkembangan budaya barat yang sangat berpengaruh itu turutmempengaruhi perkembangan industri budaya Melayu, seperti filem,muzik, bahan-bahan bercetak dan perhiasan diri.

Pengaruh perkembangan industri budaya barat itu terus berlakuhingga kini. Masyarakat Melayu terus memandang tinggi danmenghormati bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu, yangdianggap perkembangan budaya global itu. Malahan penyebaran bahan-bahan budaya barat itu terus mempengaruhi perkembangan industribudaya tempatan. Walau bagaimanapun bijak pandai tempatan tetapmemainkan peranan penting dalam mengolah dan menyesuaikanpenawaran bahan-bahan budaya Melayu dalam menyatakan identitiMelayu itu. Proses kreativiti mampu mempertingkat perkembanganbudaya Melayu dalam usaha mereka menyesuaikan denganperkembangan industri budaya di peringkat global itu.

Sejak awal penyebaran bahan-bahan budaya dari barat telahmenimbulkan krisis identiti di kalangan orang-orang Melayu. Golongantua melihat pengaruh barat itu membawa kesan buruk kepada orangMelayu, misalnya terdapat bahan-bahan budaya yang dianggap moden

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM105

Page 20: Muzik perubahan sosial

106

Jurnal ASWARA

dan maju itu bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tradisi budayaMelayu. Di kalangan orang muda pula, terutama yang terpengaruh dengankemodenan dan kemajuan barat itu menerima dengan baik bahan-bahanbudaya yang dibawa dari barat itu.

Perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan, seperti pendidikanmoden merupakan sokongan kuat terhadap perkembangan budaya baratitu. Berasaskan nilai-nilai sosial yang sama mendorongkan bahan-bahanbudaya barat terus mendapat tempat yang baik di kalangan penduduktempatan hingga kini. Walau bagaimanapun usaha memilih danmenyesuaikan bahan-bahan budaya global itu dengan keperluan dankepentingan tempatan sentiasa diberikan pertimbangan. Bahan-bahanbudaya yang berkembang secara global itu diberikan pertimbangan darisegi kesan-kesan sosialnya, terutama apabila bahan-bahan itu bercanggahdengan ajaran Islam, orang Melayu tidak dapat menerimanya.

Dalam penyebaran bahan-bahan budaya global itu, adakala tidakdapat dikawal atau di luar daripada kemampuan mengawalnya, misalnyabahan-bahan budaya yang disalurkan melalui internat terdapat bahan-bahan yang amat tidak sesuai dengan budaya Melayu dan ajaran Islam.Dalam keadaan ini, anggota-anggota masyarakat perlu diberikanpendidikan atau dipupuk dengan nilai-nilai yang sewajarnya, agar merekadapat melakukan pemilihan atau membezakan antara bahan-bahan yangbaik dan yang tidak baik.

Perkembangan bahan-bahan budaya yang dibawa dari negara-negara maju itu, seperti barat adakala bahan-bahan budaya itu tidak sesuaidengan tradisi budaya Melayu, misalnya dalam fesyen pakaian, makananatau perhiasan diri terdapat bahan-bahan yang bercanggah dengan nilai-nilai budaya dan Islam, menyebabkan orang Melayu terpaksa melakukanpenyesuaian dalam proses penerimaan peubahan budaya untukmenyatakan pembangunan dan perubahan yang sewajarnya.

Kesan Industri Budaya Global

Perkembangan industri budaya dan penyebaran bahan-bahan budayadari negara-negara maju di negara ini tidak dapat dinafikan telahmempengaruhi perkembangan industri budaya Melayu itu sendiri.Pengusaha-pengusaha industri budaya Melayu turut mempelajariperjalanan atau corak industri budaya negara maju yang telah berjaya.Kesannya, pengusaha tempatan berusaha mempelajari dan memahamibudaya industri budaya telah berjaya.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM106

Page 21: Muzik perubahan sosial

107

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Industri budaya di negara-negara maju telah membuktikan kejayaanberasaskan pengalaman pengusaha-pengusaha dalam bidang-bidangpenting dalam pengurusan industri. Mereka berjaya menggabungkanberbagai kaedah dalam menguruskan teknologi, tenaga kepakaran, modal,pemasaran dan kewangan yang berkesan. Mereka menguasai ilmupengetahuan yang mendalam dan meluas dalam bidang industri budayayang menjadi tumpuan itu. Di samping itu mereka sentiasa meningkatkanpeyelidikan dan pembangunan dalam bidangnya bagi menentukanpenghasilan bahan-bahan budaya yang bermutu tinggi untuk dapat diterimaoleh orang ramai.

Pada peringkat awal perkembangan industri moden di negara inisemasa pemerintahan kolonial British dahulu, orang Melayu tidakberkebolehan dalam kegiatan industri. Misalnya, apabila industri filemdan muzik mula berkembang di negara ini orang Melayu tidakberkebolehan menguasai teknologi moden, tidak mempunyai pengalamandalam pengurusan budaya moden, tetapi mereka hanya mampumenawarkan tenaga untuk berlakon dan menyanyi. Hanya akhir-akhirini orang Melayu mampu menguasai ilmu teknologi moden dan turutberpengalaman dalam pengurusan industri budaya. Namun pencapaianorang Melayu dalam indusrti budaya masih di peringkat awal. Merekamemerlukan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Perkembangan dan kejayaan industri budaya global dalam berbagai-bagai bidang telah turut mendorongkan orang Melayu mempelajarinyadan berusaha mencari pengisian industri berasaskan bahan-bahan budayatempatan, terutama yang telah menjadi amalan orang Melayu sejak lamadahulu. Orang Melayu menyedari bahawa mereka mempunyai banyakwarisan tradisi yang boleh diterokai untuk pembangunan industri. Tetapimereka memerlukan bantuan kepakaran dari berbagai pihak, terutamauntuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitandengan bahan-bahan budaya tradisional.

Perkembangan dan penyebaran bahan-bahan budaya di peringkatglobal itu juga memberikan pengajaran kepada pengusaha-pengusahaindustri tempatan mempelajari tentang strategi dan kaedah pemasaranyang berkesan, bukan sahaja pemasaran di peringkat lokal, malahanberusaha untuk menerokai pasaran yang lebih luas.

Perkembangan industri budaya global itu melibatkan penggunaanteknologi tinggi yang sentiasa menyesuaikan dengan perkembanganteknologi dan ilmu moden hasil penyelidikan yang berterusan. PengusahaMelayu berusaha mempelajari dan menguasai teknologi moden, serta

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM107

Page 22: Muzik perubahan sosial

108

Jurnal ASWARA

ilmu pengetahuan moden yang sewajarnya menyesuaikan dengankegiatan menghasilkan bahan-bahan budaya.

Bidang pengurusan yang berkesan juga adalah sebahagian pentingdalam bidang industri budaya.

Rujukan

Bigsby, C.W.S. (ed.) (1977). Approaches to popular culture, BowlingGreen, Ohio Popular Press.

Brandon, James K. (ed.) (1971). The performing arts in Asia, UNESCO.Browne, Ray (ed) (1973). Popular culture and expanding

consciousness, Bowling Green.Butcher, John G. (1979). The British in Malaya 1880-1941, Kuala

Lumpur: Oxford University Press.Gullick, J.M. (1987). Malay society in the late 19th century, the

beginning of change, Singapore: Oxford University Press.

WAN ABDUL KADIR, Akademi Pengajian Melayu.

Bab 3.pmd 10/6/2009, 3:06 PM108