Model Reka Bentuk Pengajaran

5
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN 4.3.1. MODEL ADDIE Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah: Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE Analisis Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangun perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalahtersebut. Dalam fasa analisis inijuga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut: Analisa(Analysis) Reka Bentuk(Design) Pembangunan(Development Perlaksanaan(Implementation) Penilaian(Evaluation) i) Matlamat perisian ii) Objektif perisian iii) Kumpulan sasaran iv) Kandungan perisian v) Pendekatan pedagogi vi) Strategi penggunaan perisian Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya. Reka Bentuk Perisian Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satulakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka bentuk perisian

Transcript of Model Reka Bentuk Pengajaran

Page 1: Model Reka Bentuk Pengajaran

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

4.3.1. MODEL ADDIE

Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE

Analisis

Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangun perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalahtersebut. Dalam fasa analisis inijuga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:

Analisa(Analysis) Reka Bentuk(Design)

Pembangunan(Development

Perlaksanaan(Implementation)

Penilaian(Evaluation)

i) Matlamat perisianii) Objektif perisianiii) Kumpulan sasaraniv) Kandungan perisianv) Pendekatan pedagogivi) Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada

Page 2: Model Reka Bentuk Pengajaran

satulakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangkadalam fasa analisis.ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan PerisianPembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisianperlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakanmasa yang lama.

Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.

Proses kerja dalam fasa ini ialah:i) Membangunkan perisianii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkaniii) Menguji kestabilan perisianiv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkanlagi kualiti perisian.

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

4.3.2. Model ASSURE

Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah:A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)S- Menyatakan Objektif (State Objectives)S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)

Page 3: Model Reka Bentuk Pengajaran

R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)

Menganalisis Pengguna

Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian jugaperlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.

Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:

i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan carapembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan mediadan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciriumum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.

ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia adayang sama.iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan sekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).

Menyatakan objektif pembelajaranPembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisianyang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut:

Page 4: Model Reka Bentuk Pengajaran

i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.

Pemilihan kaedah, media dan bahanDalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahanyang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

i. Memilih kaedahKaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia.Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

ii. Memilih mediaMedia adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televison. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:

a) Media sedia adaMedia sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja.b) Media dibinaMedia yang perlu dibina oleh pembangun perisian.

Media yang dipilih perlulah:a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulumb) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasac) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajard) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkinie) Mempunyai aspek tenikal yang berkualitif) Mempunyai aspek nilai murnig) Dapat merangsangkan daya pemikiran

Menggunakan media dan bahan pembelajaranPenggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan.

Page 5: Model Reka Bentuk Pengajaran

Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.

Penglibatan pelajarPenglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.

Melakukan penilaian dan pengubahsuaianUntuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek:i. Menilai kepuasan penggunaii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaraniii. Menilai media dan kaedah yang digunakan