Majalah ILTIZAM Edisi 6
-
Upload
khairulakmalrosli -
Category
Documents
-
view
105 -
download
0
description
Transcript of Majalah ILTIZAM Edisi 6
-
___________________________________________________________________________________________________________
060606 I ltizam
Detik
BAKAT TERUS
DISERLAH
STRESS ALAM
KALANGAN
PELAJAR
PBSM, BUDAYA
ATAU KEWAJIPAN
ROKOK? BOLEH
SELESAI KE?
BENGKEL
KEWARTAWANAN &
MULTIMEDIA
KELEBIHAN
MAKANAN BERLEMAK
JILID
APL IKASI I LMIAH CETUS INOVASI
-
2
___________________________________________________________________________________________________________
PENASIHAT EN. MOHD FAUDZI BIN ZAINAL ABIDIN Pengarah Pembangunan & Hal Ehwal Pelajar PN. SITI JUNAITA BINTI SYED ALI Pengurus Pembangunan & Hal Ehwal Pelajar ________________________________________________________________________________
KETUA EDITOR KHAIRUL AKMAL BIN ROSLI EDITOR NORAFARIZA BINTI MOHD SAINI AIZA ROSNIDA BINTI ROSDIN NOOR NADIA BINTI MOHAMAD ________________________________________________________________________________
KEWARTAWANAN DAN PENGARANG AZIRA ROSNIDA BINTI ROSDIN HATIJAH BINTI MOHD FAUDZI LAURENA ANAK SELI NURAZMIRA BINTI MISRAN NOORSHARMILA BINTI SHAHRIN NURUL IZIANA BINTI MISROON NURUL SHAZWANIE BINTI ZULKEFLY UMMI FAHADA BINTI MOHD YAZID NURUL HIDAYAH BINTI BAHARUDDIN ________________________________________________________________________________ MULTIMEDIA DAN GRAFIK MOHD SAIFUL ZIL IKRAM BIN ROSLI NUR HADIDRAH BINTI AHMAD MUHMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN SITRONI WAN MUHAMAD SYAFIQ BIN WAN OMAR
-
3
___________________________________________________________________________________________________________
SATU HARAPAN
Di sini bermula satu harapan
Mengejar cita menuju wawasan
Dengan semangat ilmu dan iman
Menjulang panji kejayaan
Di sini bermula satu harapan
Mengejar cita menuju wawasan
Dengan semangat ilmu dan iman
Menjulang panji kejayaan
Langkahku gagah ikhlas berbudi
Terus mara terus berbakti
Untuk agama bangsa negara
Di sini bermula segalanya
Kolej Pengurusan Astin
Sumber risalah khazanah ilmu
Lahirlah peribadi ilmuan berkualiti
Berkat kepimpinan dari semua
Langkahku gagah ikhlas berbudi
Terus mara terus berbakti
Untuk agama bangsa negara
Di sini bermula segalanya
Kolej Pengurusan Astin
Sumber risalah khazanah ilmu
Lahirlah peribadi ilmuan berkualiti
Berkat kepimpinan dari semua
Assalammualaikum dan Salam Satu Astin
Syukur ke hadrat illahi kerana diberi pelu-
ang memikul sebagai Ketua Editor Majalah
ILTIZAM. Banyak perubahan yang saya cuba
ketengahan demi membawa perubahan baru
kepada majalah ILTIZAM. Pelbagai jenis ilmu
dan pengalaman saya timba sepanjang mereka
bentuk majalah ILTIZAM agar seiring dengan
citarasa pembaca dalam kalangan pelajar hari
ini. Terima Kasih kepada pihak PHEP kerana
memberi ruang kepada saya untuk mereka ben-
tuk majalah. Selain itu, Terima kasih diucapkan
Puan Siti Junaita Binti Syed Ali kerana banyak
membimbing, menegur dan mendidik saya demi
menghasilkan karya yang lebih baik.
Khairul Akmal Rosli
-
4
___________________________________________________________________________________________________________
Hidup ini merupakan satu corakan seni yang mempunyai pelbagai elemen. Seharian kita
menempuh kehidupan tanpa disangka setiap rutin
yang dilakukan merupakan satu sketsa hidup. Suka
dan duka menjadi sebatian dalam hidup. Setiap per-
istiwa yang berlaku merupakan saat-saat penting
yang dijadikan memori kehidupan.
Zaman kian kreatif dengan kepelbagaian
teknologi begitu juga pemikiran manusia yang me-
merlukan lebih kreatif dan maju demi kualiti hidup
pada masa akan datang. Selangkah demi selangkah
kita mengaturkan usaha untuk mencapai kejayaan
yang perlu dikecapi. Itu merupakan wakttu-waktu
berharga kerana usaha-usaha yang kita bentuk
merupakan hasil seni sebenar.
DETIK DIGAMBAR MELALUI LAGU
Ketawa, riang, suka, duka dan sedih adalah
detik-detik yang mewarnai kita dengan warna-
warna hati sebagai motivasi diri kerana manusia
dijadikan dengan pelbagai karenah dan watak.
Umpama lagu dendangan Hazama iaitu Penglipur
Lara yang sering dimainkan menceritakan tentang
keadaan era globalisasi hari ini. Begitu juga lagu
dendangan Hafiz iaitu Watak menceritakan perwa-
takan dan kriteria manusia.
Ungkapan Instakan Harimu yang menjadi
tajuk perbincangan membawa erti merakam detik-
detik indah tentang lokasi kita berada, persekitaran
dan perbuatan kita seharian. Ini menjadi deretan
memori hidup. Insta diambil sempena nama Insta-
gram iaitu aplikasi di android yang berfungsi khas
untuk mengambil gambar detik-detik berharga yang
boleh dikongsi ramai. Sememangnya hidup ini ada
pemulaan dan pengakhiran. Merakam detik-detik
indah bukan satu pembaziran tetapi menjadi pen-
inggalan indah kepada generasi akan datang. Realiti
dunia tidak seindah yang disangka walaupun keba-
hagiaan itu ada. Jika hidup banyak perbezaan begitu
juga kebahagiaan dan saat indah yang dimilki juga
berbeza kerana setiap perbezaan itu adalah hasil
likuan hidup yang penuh pancaroba.
DETIK Setiap detik yang dirakam menjadi warna kenangan hidup
Oleh :Khairul Akmal Rosli
Detik bersama mewujudkan seribu makna
-
5
___________________________________________________________________________________________________________
DETIK DIUKIR BERSAMA TERSAYANG
Detik yang dirakam indah adalah detik bersama
orang tersayang. Saat bersama keluarga keluar bersa-
ma-sama, makan bersama-sama, ketawa dan me-
nangis bersama menjadi saat berharga. Begitu juga
bersama sahabat-sahabat yang banyak waktu bersama
dan setiap perkara yang dilakukan bersama merupa-
kan memori indah.
Selain itu, detik-detik pernikahan dan
perkahwinan merupakan saat berharga bagi raja dan
ratu sehari kerana itu merupakan upacara yang baha-
gia dalam kehidupan bagi pasangan yang akan hidup
bersama hingga akhir hayat. Itu juga merupakan detik
mekarnya cinta yang amat mendalam bagi pasangan
tersebut.
Sukar untuk difahami oleh beberapa pihak ten-
tang saat-saat begini. Tidak boleh disalahkan ter-
hadap pihak tersebut kerana mereka telah menempuh
hidup yang sukar dan penuh keperitan serta sukar un-
tuk mereka menerima sebagai sebahagian kehidupan
mereka.
Secara kesimpulannya, setiap detik kehidupan
merupakan saat-saat berharga untuk dikenang dan
dijadikan peninggalan kepada generasi akan datang
kerana setiap detik beribu-ribu perkara dapat dic-
eritakan dan dikongsikan.
Detik bersama sahabat
MUTIARA KATA
Orang yang bercita-cita
dan berazam besar, selalu bertemu halangan
dan rintangan yang be-sar. Kebesaran halangan
dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar
sesuatu cita-cita. HAMKA
Orang yang berfikir dan
merenungkan diri dan menilai hidup, mudah
memperbaiki tujuan hidupnya sendiri.
HAMKA
-
6
___________________________________________________________________________________________________________
1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang ber-fungsi sebagai anti bacteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan li-sozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri,a hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh diband-ing air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari me-nangis emosional adalah mengandungi racun. keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stress? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan pro-lactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal makna sosial
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat. Biasanya seseorang menangis
setelah menceritakan masalahnya dengan rakan-rakannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun anda di dera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dan menangis, jangan dipendam lama-
lama perasaan itu.
Fakta TENTANG...
Menangis
-
7
___________________________________________________________________________________________________________
AKTIVITI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KELAB PENGGERAK KELAB SAHABAT
-
8
___________________________________________________________________________________________________________
KOMUNIKASI
TERAS WARTAWAN & MULTIMEDIA
KOLEJ ASTIN - Pada tarikh 9 dan 10 November 2013, Biro Penerbitan dan Publisiti dari Kelab Sa-habat telah menganjurkan sebuah bengkel iaitu Bengkel Kewartawanan dan Multimedia yang ber-langsung selama dua hari. Bengkel yang diadakan di Dewan Besar 2, Kolej Astin itu dihadiri seramai 41 orang pelajar dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM5 seorang.
Ketua Biro Penerbitan dan Publisiti, Norafariza binti Mohd Saini berkata, matlamat program ini dijalan-kan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengetahui, mengenali dan melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang kewartawanan dan mul-timedia serta memupuk pelajar agar lebih berkeya-kinan.
Bengkel kewartawanan yang diadakan pada hari Sab-
tu, Puan Siti Junaita binti Syed Ali dijemput bagi memberi ceramah kepada peserta bengkel. Puan Siti Junaita merupakan seorang bekas wartawan Unit Penyiaran Radio di Radio Malaysia Negeri Perak (RMNPK). Dengan pengalaman yang diperoleh, be-liau dipilih untuk berkongsi ilmu tentang dunia kewartawanan dan penulisan berita kepada peserta. Segmen yang dipelajari adalah cara berkomunikasi, cara penulisan berita dan mengetahui perbezaan anta-ra headline, deadline serta dateline. Peserta bengkel diberi pendedahan dalam penulisan ayat berita dan membentangkannya dengan gaya seorang pembaca berita. Saudara Mohammad Hisyamudin bin Mustopha dari Ijazah UNITEN telah meraih menjadi pemenang untuk penulisan berita dan gaya baca beri-ta terbaik yang diadili oleh Norafariza, Khairul Akmal dan Puan Siti Junaita.
WARTAWAN : NURUL SYAFIKAH MD SHAKIRIN PENGARANG : NOVA WIRDA WATI EDI
EMAIL : [email protected]
Para peserta menumpu perhatian sepenuhnya kepada Puan Siti Junaita
Sesi perbentangan oleh Ja-
milah Annisah
-
9
___________________________________________________________________________________________________________
Menerusi bengkel multimedia yang diadakan, peserta yang hadir diberi pengenalan tentang multimedia dan ADOBE secara keseluruhan. Peserta telah diberikan satu software dengan tujuan di dalam komputer dengan pengisian Adobe Photoshop. Program sebe-lah pagi dikendalikan oleh dua orang pensyarah yang cukup berpengalaman iaitu Encik Nor Izzudin bin Norrahman dan Cik Nurhilleny bt Rosly. Manakala pada sesi petang, saudara Azizan A. Aziz telah mengambil alih program itu dengan segmen latihan perseorangan dengan melatih peserta mereka cipta sebuah poster multimedia. Poster paling kreatif un-tuk bengkel multimedia ini telah dimenangi oleh saudari Nurulainisha Ani dari Diploma Pengurusan.
Biro Penerbitan dan Publisiti telah mengedar-kan risalah iklan di sekitar kolej dan juga menampal poster bagi tujuan pemberitahuan mengenai bengkel yang dijalankan. Selain itu juga telah diadakan pro-mosi dari rumah ke rumah untuk menarik minat pela-
jar juga menggunakan facebook sebagai medium promosi bengkel ini, kata Norafariza Mohd Saini ketika ditemu ramah. Sambutan pelajar juga amat memberangsangkan sehingga hampir 70 orang pela-jar membuat pendaftaran namun disebabkan kekan-gan masa penyertaan awal pelajar yang terlibat di-batalkan. Beliau juga menyatakan bahawa fokus uta-ma untuk bengkel ini ialah mereka yang mempunyai minat yang mendalam supaya bakatnya boleh diasah pada masa akan datang selain daripada AJK beliau sendiri.
Norafariza Mohd Saini selaku Pengarah pro-gram, berpuas hati dengan kejayaan bengkel yang dijalankan selama dua hari yang lalu. Beliau juga berharap para pelajar Kolej Astin tidak akan melepaskan peluang dengan setiap aktiviti yang di-jalankan di kolej pada masa akan datang. Hal ini kerana setiap penyertaan pelajar akan memberi manfaat dan faedah kepada pelajar itu sendiri.
MUTIARA KATA
Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaan
jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta benda
dan kedudukan yang tinggi. - HAMKA
Antara urusetia yang bekerjasama menjayakan Bengkel ini
-
10
___________________________________________________________________________________________________________
Kolej Astin - Pada 18 hingga 20 November 2013
bertempat di Dewan Besar 2 telah diadakan Program
Kursus Kepimpinan yang dianjurkan oleh Encik
Faudzi dan Pembangunan Hal-Ehwal Pelajar. Pro-
gram yang berlangsung selama dua hari tersebut ber-
tujuan untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa,
mengenal erti ketepatan masa dan berdisiplin. Selain
itu, program ini memberi fokus kepada ahli baru dan
ahli lama Kelab Sahabat, Kelab Penggerak dan juga
Majlis Perwakilan Pelajar.
Program Kursus Kepimpinan telah memberi
faedah kepada peserta supaya dapat memperolehi
maklumat supaya setiap peserta yang mengikuti-
nya menjadi imun dengan persekitaran pekerjaan
kelak. Dalam masa yang sama, ia dapat
mempelajari bagaimana untuk mengurus sesuatu
situasi atau masalah yang dihadapi oleh individu.
Melalui program ini, setiap pemimpin dapat
dapat merasa kesusahan yang bermula daripada
bawah dan apabila sudah berada di atas ataupun
diberi peluang untuk dinaikkan pangkat, tidak akan
adanya sifat sombong atau suka mengarah pekerja
bawahan. Selain sifat simpati yang perlu diterapkan
dalam setiap individu itu, sifat empati juga perlu dit-
erapkan di dalam diri masing-masing di mana kita
meletakkan diri sendiri berada di tempat atau situasi
orang lain. Harapan yang dinyatakan oleh Majlis Per-
wakilan Pelajar, Ng Zhun Ye, supaya semua pem-
impin yang bakal memimpin pelajar-pelajar Astin
yang lain kelak, supaya dapat memimpin dengan baik
dan penuh rasa tanggungjawab.
TERUS DIASAH KEPIMPINAN
Antara aktiviti disediakan
Oleh : Noor Nadia Mohammad
En. Faudzi turut turun padang untuk menjayakan
program ini
-
11
___________________________________________________________________________________________________________
Kolej Astin - Program Minggu Interaksi Pelajar
(MIP) bagi sesi 2013/2014 telah dijalankan pada 27
29/09/2013 (MIP Group A) dan 4 6/10/2013
(MIP Group B) yang membabitkan seramai 120
orang pelajar baru bagi setiap kumpulan. Program
Minggu Interaksi Pelajar ini diadakan di Kolej
Astin, Bandar Puchong Jaya, dan Kem Mega Kristal,
Kuala Selangor. Pelajar pelajar telah menginap
semalaman di Kolej Astin untuk diberi penerangan
terlebih dahulu mengenai aktiviti sebelum bergerak
ke Kem Mega Kristal di Kuala Selangor selama 2
hari 1 malam.
Sepanjang program ini berlangsung, pelajar diba-
hagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan
diterajui oleh seorang fasilitator yang dilantik oleh
pihak kolej sendiri. 30 orang fasilitator yang terlibat
dalam program ini.
Pemilihan fasilitator ini akan melalui proses pena-
pisan terlebih dahulu oleh En. Mohd Faudzi Zainal
Abidi selaku Pengarah Hal-Ehwal Pelajar (PHEP)
dan mereka dipilih dari segi akademik yang baik,
berdisiplin dan aktif dalam Kelab Penggerak atau
Kelab Sahabat.
Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenal-
kan pelajar baru mengenali pensyarah, pelajar senior,
dan latar belakang Kolej Astin secara terperinci.
Selain itu, tujuan Program Minggu Interaksi Pelajar
ini diadakan untuk memotivasikan pelajar di
samping meningkatkan mutu disiplin pelajar.
Fasilitator turut dibahagikan tugas dari segi aktiviti,
sosial dan kebajikan pelajar. Pihak kolej juga men-
jemput beberapa orang Fasilitator dari Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengendalikan
program ini. MIP ini juga memberi kebaikan kepada
pelajar supaya dapat hidup berdikari, dapat mendi-
siplinkan diri, hormat-menghormati sesama insan,
menepati masa, mengeratkan hubungan silaturrahim,
menimba pengalaman baru dan dapat mengenali an-
tara satu sama lain agar bersedia menghadapi caba-
ran baru di alam Institut Pengajian Tinggi.
Sepanjang program ini berlangsung, terdapat bebera-
pa aktiviti yang menguji pelajar dari segi mental,
fizikal dan rohani serta tingkah laku pelajar dalam
kehidupan seharian sama ada di dalam Institut
Pengajian mahupun di alam pekerjaan.
Aktiviti yang pelbagai dapat mendorong pelajar un-
tuk mencabar diri mereka dalam pelbagai bentuk
rintangan bagi mencapai matlamat hidup yang
sebenar sebagai seorang pelajar yang mampu me-
nyumbang jasa kepada masyarakat dan negara.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama pelajar-prlajar yang terlibat
MINGGU INTERAKSI PELAJAR PENERAJU
PELAJAR BERDISIPLIN
Wartawan: NURUL ANNISAH JAMILAH BT MOHD RASHID Pengarang: NUR IZZATUL HANI BT MULTAZAM E-mail: [email protected]
-
12
___________________________________________________________________________________________________________
Puchong Jaya - Kenduri doa selamat Kolej Astin
berlangsung pada 30 Jun 2013 bertempat di Hostel
Bayan. Kenduri doa selamat ini dianjurkan oleh Ke-
lab Penggerak Astin. Kenduri ini diadakan ber-
tujuan untuk mendapatkan keredhaan sebelum men-
jelang peperiksaan bagi pelajar-pelajar Diploma dan
Ijazah Kolej Astin.
Kenduri ini juga bertujuan untuk mengeratkan
lagi silaturrahim antara pelajar-pelajar tidak kira
senior mahu pun junior serta bersama-sama dengan
pensyarah. Kelebihan yang diperolehi pelajar-
pelajar Kolej Astin dapat mengeratkan lagi sila-
turrahim antara seluruh pelajar dan pensyarah Kolej
Astin.
Selain itu, dapat menanam sifat tolong meno-
long dan sikap bekerjasama di antara pelajar di da-
lam mahu pun di luar kolej. Antara tujuan utama
program ini dibuat adalah untuk merapatkan dan
memperkenalkan Kelab Penggerak Astin bukan
hanya sekadar nama dan tiada fungsi atau program
yang dilakukan tetapi untuk melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang bermotifkan kemasyarakatan di dalam
kalangan warga Kolej Astin serta juga di luar Kolej
Astin.
SILATURAHIM DIERAT MESRA DALAM PROGRAM DOA SELAMAT
Berita oleh :
Azira Rosnida Rosdin
Tambun Satu program ke Tambun telah diadakan
pada 2 Jun 2013 oleh Kelab Penggerak Astin yang
diketuai oleh Wan Nur Hassyiyatie. Pada mulanya
lawatan ini hanya terbuka kepada ahli-ahli Peng-
gerak Astin. Oleh kerana ingin mencapai satu pro-
gram yang menarik, program ini terbuka kepada
pelajar-pelajar Astin, pensyarah serta orang luar.
Program lawatan ke Tambun hanya sekadar
untuk mengisi masa lapang dan aktiviti santai yang
dilakukan oleh ahli-ahli Kelab Penggerak Astin itu
sendiri. Program ini telah dirancang dua minggu
sebelum Peperiksaan Akhir. Walaupun ramai yang
tidak dapat menyertai program ini, tetapi kami ber-
puas hati dengan sambutan, sebelum dan semasa
program ini dijalankan. Kerjasama dari semua ahli
penggerak Astin dan bantuan kelab lain membuat
mesyuarat, melakukan promosi dan sebagainya se-
hingga program ini berjalan dengan lancar. kata
Shahira Anuar selaku Setiausaha kelab Penggerak
Astin. Semasa lawatan itu dijalankan, kami dapat
mengeratkan ikatan silaturrahim di antara pelajar-
pelajar baru dan pelajar-pelajar lama.
Bergambar di pintu masuk
MANDI MANDA DI TAMBUN, PERAK
-
13
___________________________________________________________________________________________________________
Kuala Lumpur - Exco Disiplin Imej Koporat dan
Publisiti telah mengadakan program lawatan ke
Gempakstarz pada tanggal 22 April 2013 yang
merupakan syarikat yang berjaya dalam bidang
kartunis dan hiburan dan menjadi kegilaan anak
muda. Program yang dianjurkan ini adalah ber-
tujuan mendekatkan diri dengan mengenali industri
percetakan dan melihat lebih dekat cara lukisan
yang terbaik. Program ini turut memberi peluang
kepada para pelajar bertemu dengan kartunis-
kartunis kesayangan mereka, seperti keith, yang
merupakan pelukis kartunis Lawak Kampus.
Bergambar di Galeri Lawak Kampus,
JEJAK KE LAWAK KAMPUS, ART CREATION SDN BHD
Babak yang menarik semasa program dijalankan.
Berita oleh :
Khairul Akmal Rosli
Puchong Jaya - Minggu Siswazah telah diadakan pada
7 hingga 10 Mei 2013 bertujuan untuk menerangkan
kepada pelajar tentang komunikasi secara langsung. Di
samping itu, Pelajar dilatih agar berani berhadapan seba-
rang masalah dalam menguji personalitI, psikologi dan
kemahiran komunikasi. Ini sebahagian daripada latihan
persediaan secara tidak rasmi kepada pelajar dalam mel-
atih diri memantapkan personaliti dengan keyakinan
dan persediaan mental serta fizikal.
MINGGU SISWAZAH MENJADI RIADAH
SEMASA
Antara peserta yang mengikuti Challenge Your Person-
ality
-
14
___________________________________________________________________________________________________________
Puchong Jaya - Mengukir sejarah apabila buat per-
tama kalinya Kolej Astin telah mengadakan pro-
gram realiti mencari bakat nyanyian ASTIN IDOL
2013 Konsert akhir yang telah berlangsung pada 16
Mei 2013 bertempat di Dewan Utama, Kolej Astin.
Program ini telah mendapat sambutan hangat dalam
kalangan pelajar yang menjadi acara tahunan kolej.
Menurut Suria Chantru A/L K Vengataraman,
Pengarah Program juga Exco Kebudayaan, Kese-
nian, sosial dan Kebajikan. Astin Idol merupakan
sebuah pertandingan nyanyian solo pelajar-pelajar
Kolej Astin. Astin Idol telah dirancang dari semester
lepas lagi. Pada mulanya, pertandingan ini di-
namakan Challenge Your Talent walaubagaimana-
pun, pihak atasan mahukan pertandingan ini lebih
spesifik. Ini bermakna, hanya nyanyian sahaja yang
perlu diketengahkan.
Menurut beliau juga ramai pihak yang terlibat khususnya ahli Jawatankuasa Exco Kesenian dan Kebudayaan, Kelab Sahabat, Exco-exco lain dalam Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab Penggerak Astin,
PHEP, PHEA dan barisan pensyarah.
Tambahnya lagi, pada mulanya, kami hanya test market dan menjalankan survey selama 2 hingga 3 hari. Akhirnya kami sepakat mendapatkan
kata putus bahawa Astin Idol akan diadakan. Wa-laubagaimanapun, kami ketika itu tidak pasti kate-gori apa yang patut diketengahkan. Kami membuat lagi survey untuk mendapat kata putus. Sekali lagi, kata putus dapat dicapai. Kategori solo menjadi agenda utama dengan empat fasa mencari tiga peser-ta terbaik. Ujibakat, separuh akhir I, separuh akhir II dan finale. Terdapat juga fasa wild-cut round, di ma-na Astin Idol memberi peluang kepada peserta yang tersingkir untuk menonjolkan diri mereka kembali untuk berentap di dalam gelanggang finale. Da-ripada 33 orang peserta, akhirnya gelaran juara jatuh
ke tangan Kharul Nazlie.
Dari sudut promosi, selain banting, kami juga membuat promosi dari rumah ke rumah. Boleh dikatakan promosi Astin Idol dilakukan secara besar-besaran. Malah, speaker digunakan bagi menarik perhatian pelajar sepanjang mereka berada di kelas masing-masing untuk hadirkan diri di acara gilang-
gemilang ini bagi memeriahkan majlis.
Tambahnya lagi, Mengikut perancangan awal, terdapat dua pelan. Pelan A ialah Astin Idol diada-kan di kolej. Manakala pelan B, Astin Idol diadakan di luar kolej. Memandangkan tidak terdapat dewan yang berhampiran dengan peserta dan mengambil kira peruntukan, kami memutuskan untuk mengada-
kan Astin Idol di dalam kolej sahaja.
Berita oleh :
Sharmila Shahrin
Keberanian peserta-peserta telah menjulang gemerlapan
-
15
___________________________________________________________________________________________________________
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga Acara penyampaian hadiah
Pihak Kolej Astin telah menjemput seorang
motivator yang mempunyai sifat pemikiran yang
luas iaitu Dr. Zainal Program ini adalah bertujuan
untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar
Kolej Astin. Ceramah seumpama ini dapat memban-
tu pelajar serba sedikit pengetahuan tentang persedi-
aan sebelum menghadapi peperiksaan. Ianya juga
memberikan kesan yang positif dan sangat member-
angsangkan. Topik yang dibincangkan adalah perse-
diaan sebelum menghadapi peperiksaan, topik yang
diulaskan merupakan topik yang sangat biasa diba-
haskan, tetapi ia sangat berguna dan bermakna.
Menurutnya, program seperti ini dapat membantu
pelajar untuk meningkatkan semangat serta motivasi
diri pelajar sendiri. Ini juga dapat membantu pelajar
untuk persediaan semasa peperiksaan nanti.
Jelasnya lagi, semangat yang kuat haruslah diterap-
kan terhadap pelajar. Disiplin yang di uruskan
dengan betul dapat memberikan pelajar ke arah
kecemerlangan. Persediaan awal sebelum
menghadapi peperiksaan merupakan langkah yang
terbaik perlu dilakukan untuk mendapatkan kepu-
tusan yang cemerlang.
Selain itu, turut ditemubual salah seorang peserta As-
tin Idol 2013 Fizah. Katanya Pada mulanya saya tid-
ak endahkan sangat anjuran ini kerana saya tahu ba-
kat saya tidaklah sehebat mana pun. Tapi saya terfikir
semula ada baik juga saya mengikuti anjuran tersebut
kerana saya ingin mencungkil bakat terpendam dan
ingin membiasakan diri apabila berhadapan depan
orang ramai. Saya ingin melihat tahap disiplin saya
di tahap mana. Saya kena bijak membahagikan masa
antara latihan nyanyian dan pelajaran.
Dari sudut sokongan pula, antara yang banyak
memberi sokongan kepada saya ialah Suria Chantru,
Para juri, peserta-peserta Astin Idol, tidak lupa juga
rakan-rakan rapat.
Berita oleh :
Norafariza Mohd Saini AMANAT MOTIVASI
Dr. Zainal adalah motivatori
-
16
___________________________________________________________________________________________________________
LIB
UR
KA
N
LIB
UR
KA
N
MIN
DA
MIN
DA
-
17
___________________________________________________________________________________________________________
1. Membuat keputusan yang anda ingin ber-
henti merokok
Dapatkan dorongan dan sokongan orang
yang dekat dengan anda untuk sentiasa
mengingatkan anda tentang target anda
berhenti. Juga mintalah teman dan keluarga
untuk tidak merokok di depan anda dan tidak
meninggalkan rokok di sekitar anda.
2. Tetapkan target waktu
Tetapkan target waktu selama 2-3 minggu un-
tuk berhenti merokok. Pastikan bahawa tem-
poh ini tidak membuat anda stress yang
mungkin dialami agar usaha anda berhenti
merokok lebih mudah untuk dijalani.
3. Buat jadual
Cubalah untuk menetapkan masa yang ter-
had untuk menghisap rokok, supaya anda ter-
biasa dengan mengurangkan rasa ingin
merokok. Aturkan jadual yang tidak terlalu
ketat atau terlalu pendek waktunya, jangan
kecewa jika anda tidak berhasil melakukann-
ya dalam tempoh tiga hari pertama, teruskan
berusaha.
4. Mulai dengan cara yang mudah
Buatlah sesuatu yang membuat anda rasa
lebih banyak aktiviti yang ingin dilakukan.
Supaya anda tidak merasa begitu bosan,
kecemasan, kelaparan, dan kesepian.
5. Hindari kebiasaan yang membuat anda
merokok
Hindari punca yang menyebabkan keinginan
anda untuk merokok seperti kopi, alkohol, par-
ti malam atau berdebat. Jika anda tidak
boleh melawan godaan, cubalah untuk
mengamalkan pemakanan yang sihat seperti
susu, buah-buahan dan sayuran. Elakkan beri-
adah sambil merokok.
6. Carilah kesibukan
Carilah kesibukan dengan hal-hal yang anda
sukai dan cubalah untuk tidak membuang
masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
7. Tidur lebih banyak
Cubalah untuk tidur lebih masa dari yang bi-
asa anda lakukan. Tubuh dan jiwa menjadi
lebih lelah karana upaya untuk berhenti
merokok sehingga memerlukan istirehat lebih
banyak. Di samping itu, masa tidur adalah
saat di mana anda tidak berfikir untuk mero-
kok.
8. Minum lebih banyak air
Minum lebih banyak air, air membantu dalam
menghilangkan racun dari merokok yang te-
lah terakumulasi dalam tubuh anda lebih ce-
pat, sekaligus mengurangi keinginan anda
untuk merokok.
9. Kunjungi tempat tanpa asap rokok
Habiskan masa anda di tempat yang tidak
dibenarkan merokok selama berjam-jam sep-
erti pejabat, perpustakaan atau kedai buku.
10. Buatlah tangan anda sibuk
Buatlah tangan anda menjadi sibuk. Telah ter-
bukti bahawa salah satu alasan orang-orang
tetap merokok adalah karana kebiasaan
merokok berkait dengan apa yang mereka
lakukan pada tangan mereka. Buatlah tan-
gan anda memegang apa saja, kecuali rokok
seperti memegang pen, kertas atau apapun
yang dapat melupakan anda daripada me-
megang rokok.
ALTERNATIF UNTUK BERHENTI MEROKOK
-
18
___________________________________________________________________________________________________________
Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh
dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaima-
na untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu
mempunyai semangat yang tinggi walau dalam
keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan
semangat ketika melalui situasi yang sukar akan
berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya
belum pun berakhir.
Tahu Tujuan
Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda
berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda
adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang
dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia
akan dapat membantu anda melakukan perkara-
perkara yang dilihat mustahil pada pandangan
manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada se-
mangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik
tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan
kembali kepada anda serta merta.
Tetapkan Impian atau Matlamat.
Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber moti-
vasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk mere-
alisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada
impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa
yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya
mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat pent-
ing sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda
tiada matlamat yang khusus. Bayangkan pemain bo-
la sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada
pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan
matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian
yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk
menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan men-
cabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang
anda duduki sekarang ini.
Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu,
anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan
membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang
sulit dan memastikan anda berusaha untuk
melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua
keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keingi-
nan anda semakin pudar, apa yang perlu anda
lakukan ialah untuk melihat kembali kepada impian
dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi
kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keingi-
nan anda.
IMPIAN YANG DILUKIS SUKAR TERBENTUK TANPA SULAMAN MOTIVASI
oleh :
Noor Nadia Mohamad
-
19
___________________________________________________________________________________________________________
Tetapkan Haluan Sendiri
Membandingkan diri anda dengan
orang lain biasanya akan mengu-
rangkan keyakinan anda. Walau-
pun anda pada mulanya berseman-
gat, lama-kelamaan anda mula
terasa kekurangan diri jika
dibandingkan dengan orang lain.
Elakkan ini terjadi kepada anda.
Anda mempunyai matlamat sendiri
dan apa yang orang lain kecapi
tidak perlu dibandingkan dengan
diri anda. Setiap orang mempunyai
perjalanan hidup dan keadaan
yang berbeza. Membandingkan
diri anda dengan orang lain adalah
seperti membandingkan prestasi
seorang perenang dengan seorang
pelari menggunakan standard ma-
sa yang
Mereka berdua dalam situasi
yang berbeza jadi ianya adalah tid-
ak relevan untuk membandingkan
kedua-dua orang ini.
Berani Meneruskan Perjalanan
Apabila anda bertemu dengan
cabaran dalam perjalanan anda
untuk berjaya, anda mungkin
cenderung untuk menghentikan
perjalanan itu. Anda mungkin ber-
fikiran bahawa ia terlalu sukar un-
tuk diteruskan. Tetapi, ini
sebenarnya adalah saat di mana
anda boleh melihat perbezaan an-
tara seorang yang menang ataupun
seorang yang kalah. Meskipun
kedua-duanya menghadapi kesu-
litan yang sama, tetapi satu perka-
ra yang membezakan adalah
keberanian untuk meneruskan per-
jalanan itu. Jika berhadapan dalam
situasi yang sukar, fokuskan
pemikiran anda untuk meneruskan
langkah kehadapan. Jangan ber-
fikir bagaimana untuk me-
nyelesaikan perlumbaan atau be-
rapa banyak lagi cabaran yang
akan ditempuhi. Tetapi, hanya
fokus untuk mengambil langkah
yang seterusnya.
Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu
pemusnah motivasi diri anda ada-
lah masa silam anda sendiri. Ia
boleh memberi beban yang berat
diatas bahu yang perlu anda pikul.
Walaupun begitu, ia adalah sesua-
tu yang boleh anda tinggalkan.
Anda mungkin membuat kesala-
han pada masa lalu. Anda mung-
kin telah mengecewakan orang
lain dengan apa yang anda
lakukan. Tapi itu semua sudah ber-
lalu. Ia adalah sesuatu yang tidak
dapat anda ubah lagi hakikatnya.
Hari ini adalah hari yang baru dan
anda sentiasa mempunyai peluang
untuk memulakan semula hari an-
da. Tidak kira seteruk mana masa
silam anda, masih ada masa depan
yang cerah menanti jika anda
berani meneruskan perjalanan.
MUTIARA KATA Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk
sementara saja. - HAMKA
Sekadar gambar hiasan
-
20
___________________________________________________________________________________________________________
Perkembangan teknologi yang kian rakus memper-
lihatkan dunia kian mengejar kemajuan hidup.
Kemudahan teknologi telah mengubah cara hidup
manusia kepada lebih fleksibel. Dalam meningkat-
kan rangkaian teknologi negara, kerajaan telah me-
nyediakan pelbagai peluang kepada komuniti dalam
memiliki sebarang jenis gajet atau kemudahan
teknologi seperti telefon yang mengandungi seba-
rang bentuk aplikasi Internet seperti Facebook,
Wechat, Whatsapp, Skype dan seumpaman-
ya.
Namun begitu, apabila diperhatikan, golongan
remaja bermaharajalela menggunakan teknologi ap-
likasi tersebut berbanding golongan dewasa yang
berkerjaya. Kebebasan penggunaan teknologi ini da-
lam kalangan remaja menjadi budaya sehingga me-
nyebabkan penyalahgunaan yang ketara. Merujuk
akhbar-akhbar tempatan, pelbagai kes yang melibat-
kan remaja dan teknologi sering dipaparkan dan ini
menyebabkan sebarang persepsi negatif dilemparkan
kepada remaja. Lanjutan itu, implikasi terhadap
penggunaan teknologi ini dalam kalangan remaja
perlu dikawal atau dibendung secara profesional.
Pemikiran mereka yang kian kreatif amat di-
perlukan di era globalisasi ini. Wujudnya kemudahan
aplikasi teknologi tersebut menyebabkan mereka
lebih tertumpu kepada penggunaan tersebut daripada
bersosial. Erti sosial sering disalahertikan oleh go-
longan belia. Erti sosial adalah pergaulan yang meli-
batkan komunikasi, perbuatan atau budaya yang
memberi impak yang positif. Namun, definisi sosial
dalam kalangan belia hari ini adalah berseronok dan
mengamal gaya hidup barat. Istilah sosial dalam Is-
lam meletakkan pergaulan antara manusia dengan
masyarakat. Sosial hanya bukan keluar bersama ka-
wan dan berseronok malah urusan-urusan penting
bersama pihak-pihak lain juga merupakan sosial
kerana wujudnya komunikasi.
Umpama katak bawah tempurung ungkapan
khas bagi remaja yang mula kurang bersosial dan
hanya sibuk memanfaat masa dengan laman sosial.
Lebih mudarat lagi, apabila golongan remaja enggan
menghadiri ke majlis formal atau keraian atas alasan
malas untuk berdepan dengan orang ramai atau tidak
suka akan keadaan sesak.
Ungkapan komunikasi dan interaksi dalam
istilah remaja generasi Y hari ini adalah hanya di
laman sosial yang terdiri ribuan kenalan. Sekadar
keluar makan bersama kawan-kawan menjadi kebia-
saan belia, tetapi komunikasi hanya berlaku diantara
dua orang sahaja manakala yang lain lebih
menumpukan telefon pintar di tangan. Sudah terang
lagi bersuluh bahawa senario
BERSOSIAL BUKAN
BEBANAN
Oleh : Khairul Akmal Rosli
-
21
___________________________________________________________________________________________________________
komunikasi kenalan di alam maya lebih selesa ber-
banding interaksi bersama rakan disebelah.
Interaksi sememangnya penting bagi belia
kerana perlu dipraktikkan dalam rutin kehidupan
agar mudah masyarakat untuk berurusan. Kemahiran
komunikasi amat diperlukan di dunia pekerja hatta
kepada komuniti. Dalam konteks komuniti pula,
remaja yang kurang melibatkan diri dalam kerja
komuniti menyebabkan sikap berkerjasama dan ama-
lan penyayang terhakis dengan sendirinya menjadi-
kan belia terus menjadi antisosial.
Kemudahan aplikasi di telefon pintar telah
mengurangkan sosialisasi anak muda dari terus ber-
hadapan orang ramai. Menariknya permainan atau
aplikasi yang dimuat turun didalam telefon pintar
telah menjadi hobi mereka daripada hobi-hobi yang
lain. Muat turun aplikasi tersebut secara percuma
membuka peluang mereka untuk bermain tanpa ha-
langan. Ada juga sehingga melibatkan gangguan
mental dan psikologi yang mampu meragut nyawa
orang lain. Oleh sebab itu, fenomena ini dialami dari
semasa ke semasa perlu dicegah.
Mengupas perkara ini sememangnya banyak
masalah ditemui. Namun begitu, ibu bapa merupakan
kunci kepada permasalahan mereka. Peranan ibu
bapa perlu melihat implikasi ke atas anak-anak da-
lam penggunaan aplikasi di telefon pintar. Ibu bapa
perlu mengawal penggunaan teknologi tersebut da-
ripada terus menjadi rutin aktiviti mereka. Selain itu,
libatkan mereka dengan aktiviti sosial atau khidmat
masyarakat yang membantu mereka mengenali dunia
luar. Seterusnya, sentiasa berinteraksi bersama anak-
anak dengan memperbincangkan hal-hal pelajaran
atau minat mereka disamping dapat mengurangkan
tumpuan mereka terhadap budaya beraplikasi terse-
but.
Bukan hanya ibu bapa sahaja berperanan da-
lam menangani hal ini tetapi juga komuniti yang
menjadi harapan terakhir. Komuniti berperanan se-
bagai sokongan selain ibu bapa dengan mengadakan
pelbagai bentuk pendekatan dan budaya sihat. Oleh
sebab itu, wujudnya badan-badan bukan kerajaan
mengadakan pelbagai program sebagai pengisian
untuk belia. Antaranya, sukan-sukan lasak seperti
bola sepak, badminton, dan lain-lain. Selain itu,
menarik minat belia dan anak muda dengan program
komuniti seperti penglibatan IM4U agar melatih
mereka berinteraksi dengan orang ramai.
Konklusinya, semua pihak mempunyai peranan
yang berbeza tetapi objektif yang sama. Fenomena
ini mampu dikurangkan dengan usaha kerjasama
semua pihak menangani secara profesional dan ra-
sional agar mampu diteruskan ke masa hadapan dan
generasi akan datang.
-
22
___________________________________________________________________________________________________________
Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita, tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka
tertarik
Senyum mengubah mood kita. Ketika kita me-rasa jatuh atau down cubalah untuk tersenyum. Mungkin sahaja mood kita akan
berubah menjadi lebih baik
Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana men-jadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum
maka anda akan disukai oleh banyak orang.
Senyum dapat mengurangi stress. Stress secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa down. Jika anda sedang stress cubalah untuk tersenyum, maka stress anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membu-
at langkah selanjutnya.
Tahukah Anda tersenyum ternyata mempunyai banyak fakta yang mungkin beberapa dari kita tidak menyedarinya. Berikut ada sembilan fakta tentang
tersenyum :
Senyum membuat anda nampak yakin. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani kehidupann-ya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang
berbeza.
Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika an-da ingin sesuatu yang berbeza, maka beri-kan senyum anda sepanjang hari, maka an-da akan terlihat lebih muda dan merasa
lebih baik.
Senyum mengeluarkan endorphins (tahan rasa sakit secara alami) dan serotonin. Be-berapa kajian telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran en-dorphin, penahan rasa sakit yang alami, ser-
ta serotonin. Senyum memang penawar.
Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di
rumah anda
-
23
___________________________________________________________________________________________________________
PERSATUAN BALIK SETIAP MINGGU... Isu terkini yang hangat berlaku di Kolej Astin
juga Institut Pengajian Tinggi lain-lain ialah
PBSM. Ungkapan ini dicetuskan oleh Ng Zhun
Ye, selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Astin. Pulang setiap minggu sudah menjadi
budaya dalam kalangan pelajar. Ini merupakan
satu penyakit yang diamalkan oleh pelajar lama?
atau kehendak diri yang mahu pulang setiap
minggu?
Majlis Perwakilan Pelajar di sesebuah Insti-
tut Pengajian Tinggi merasa rimas dengan situasi
ini. Ketidakhadiran pelajar-pelajar ini memberi
implikasi sehingga sesebuah program itu terpaksa
ditunda atau dibatalkan. Gejala ini telah menjadi
virus kronik sehingga diikuti pelajar-pelajar baru.
Terdapat juga balik ke kampung sehingga hari
pembelajaran dan mengganggu kelas
Perkara ini perlu dibendung dan diatasi
dengan pelbagai bentuk pendekatan kesedaran.
Senario ini merupakan salah satu budaya yang ser-
ing diperbincangkan oleh pihak kolej. Justeru,
langkah-langkah tertentu perlu dijalankan.
Antaranya, Penyediaan program-program
yang menarik dan disukai ramai. Contohnya, Per-
lawanan Bola Sepak, Program-program lawatan
dan program berdasarkan kemahiran pelajar seperti
fotografi. Ini akan mengurangkan masalah pelajar
pulang ke kampung. Mereka akan mengisi waktu
hujung minggu mereka dengan program-program
tersebut.
Selain itu, budaya Study Group perlu dit-
erapkan dengan menyediakan tempat belajar khas
di hostel. Ini akan menggalakkan pelajar me-
manfaatkan tempat tersebut daripada mengingati
pulang ke kampung.
Di samping itu, mengadakan aktiviti-aktiviti
hostel seperti gotong royong perdana secara berka-
la yang melibatkan semua pelajar. Langkah ini
menjadikan pelajar tidak mudah balik kampung
kerana terdapat tanggungjawab di hostel.
Mengadakan sesi pendedahan dan kaunsel-
ing kepada pelajar-pelajar yang gemar pulang ke
kampung. Ini akan memberi kesedaran kepada
pelajar agar hobi pulang ke kampung setiap
minggu dapat dikurangkan agar pihak kolej dan
Majlis Perwakilan Pelajar dapat mengadakan pro-
gram dan tidak mengganggu waktu kelas pada hari
pembelajaran.
Oleh itu, gejala ini perlu diatasi walau apa
jua keadaan bagi menghalang dan mengurangkan
kadar kenaikan pelajar pulang setiap minggu.
-
24
___________________________________________________________________________________________________________
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 inci halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa
Bahan Dimakan Bersama
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - dihiris dadu
Roti - dibakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis
KACANG POL
CARA-CARA PENYEDIAAN
-
25
___________________________________________________________________________________________________________
Kentang dikupas dan dibersihkan. Potong memanjang 8 bahagian.
Panaskan minyak. Masukkan kentang tadi dan digoreng deep-fry sehingga empuk. Angkat
kentang dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang bersama lada hijau. Setelah agak
layu, masukkan kentang tadi.
Tambahkan lada hitam dan garam secukup rasa.
Boleh juga ditambah dengan daging atau ayam.
3 biji ubi kentang
1 batang lada hijau - dipotong serong
1 labu bawang besar - dimayang bulat
1 lada hitam - ditumbuk
Garam
Minyak - untuk menggoreng
KENTANG LADA HITAM
CARA-CARA PENYEDIAAN
-
26
___________________________________________________________________________________________________________
1) Yes it may be painful if you keep going and keep pushing yourself, but it will hurt a lot more if you quit. 2) Before you "ASSUME" why not you try this crazy method called "ASKING". 3) Don't look for motivation, be motiva-tion for others 4) I see your desperation, to achieve your aspirations, for higher education. Hopeful-ly I can be motivation, rather than get in the way of it.
5) Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who pre-pare for it today. 6) A bestfriend is someone who support you and not talking behind you.
7) Sometimes, the strongest people in the morning, are the ones that cry themselves to sleep at night.
By : Bethrace Annia
BETHRACE ANNIA SAID STEVE JOBS SAID
Remembering that you are going to die is the
best way I know to avoid the trap of thinking
you have something to lose. You are already
naked. There is no reason not to follow your
heart.
When youre a carpenter making a beautiful
chest of drawers, youre not going to use a piece
of plywood on the back, even though it faces the
wall and nobody will see it. Youll know its
there, so youre going to use a beautiful piece of
wood on the back. For you to sleep well at
night, the aesthetic, the quality, has to be carried
all the way through.
If you havent found it yet, keep looking. Dont
settle. As with all matters of the heart, youll
know when you find it. And like any great rela-
tionship, it just gets better and better as the years
roll on.
You cant connect the dots looking forward; you
can only connect them looking backwards. So
you have to trust that the dots will somehow
connect in your future. You have to trust in
something your gut, destiny, life, karma,
whatever. This approach has never let me down,
and it has made all the difference in my life.
-
27
___________________________________________________________________________________________________________
Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai Hiperten-
si adalah suatu keadaan di mana terjadi peningkatan
tekanan darah secara kronik (dalam jangka waktu
lama). Pada pemeriksaan tekanan darah akan di-
peroleh dua angka. Tekanan darah tinggi adalah sa-
lah satu faktor risiko untuk stroke, serangan jantung,
gagal jantung dan aneurisma arterial, dan merupa-
kan penyebab utama jantung kronik. Selain faktor
genetik, usia, dan jenis kelamin, terdapat beberapa
punca darah tinggi adalah stres atau perasaan ter-
tekan. Selain itu, kegemukan (obesiti) atau kurang
bersukan serta berterusan merokok.
Disamping itu, Antara punca mengalami darah
tinggi adalah kerosakan otak, jantung, ginjal dan ma-
ta serta kelainan kadar lemak dalam darah
(Dislipidemia). Berlebihan garam, alkohol dan ma-
kanan yang berlemak tinggi. Stress juga disebabkan
oleh kurang mengambil makanan yang berserat dan
diet yang tidak seimbang. Oleh sebab itu akan timbul
implikasi penyakit yang ketara dan kronik antaranya
sakit kepala saat bangun tidur iaitu pitam. Sentiasa
rasa sengal dan tidak nyaman pada tengkuk. Mudah
lelah, lesu berserta telinga berdenggung. Selain itu,
degupan jantung tidak laju. Pandangan agak kabur,
susah tidur, sakit pinggang dan mudah menjadi
marah. Apabila anda merasakan beberapa gejala di
atas, segera cari bantuan untuk mengatasi tekanan
darah tinggi.
Seterusnya, pencegahan darah tinggi dapat di
lakukan dengan melakukan beberapa langkah an-
taranya mengambil makanan yang kaya serat seperti
sayuran dan buah-buahan. Pengambilan garam, alko-
hol dan makanan yang berlemak tinggi. Mengurangi
berat badan, istirahat yang cukup dan olahraga yang
teratur. Selain itu, membuat pemeriksaan tekanan
darah secara rutin.
Secara kesimpulannya, penyakit darah tinggi
bukan penyakit yang boleh dipandang remeh tetapi
mampu membawa kerosakan organ yang kronik dan
memudaratkan diri sehingga menyebabkan kematian.
Elakkan diri dari tekanan
-
28
___________________________________________________________________________________________________________
-
29
___________________________________________________________________________________________________________
Fakta Unik Makanan Berlemak yang
Menjadikan Anda Kurus Coklat Hitam Ternyata coklat hitam boleh menurunkan berat badan. Sebuah
penelitian menemukan orang yang memakan coklat hitam ( Dark
Chocolate ) sebanyak 3,5 0ns 2 jam sebelum makan nasi dapat
menyerap 17% kalori lebih sedikit apabila seseorang memakan
coklat susu. Hal ini disebabkan karana kandungan chocoa Butter
Murni yang dimiliki Dark Chocolate dapat memperlambatkan
proses pencernaan, sedangkan coklat susu lebih banyak kan-
dungan minyak menteganya sehingga lebih cepat diproses dek
saluran pencernaan. Dari sinilah fakta para peneliti yang me-
nyebutkan bahawa Dark chocolate bisa membantu menurunkan
berat badan
Kelapa Minyak kelapa dapat mengempiskan perut yang buncit.
Almond Meskipun kandungan lemak yang dimiliki Almond sangat tinggi
namun ternyata boleh menurunkan berat badan lebih banyak.
Hal ini serupa dengan ungkapan para pengkaji yang berhasil
dimuat Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders yang
menemukan bahawa pemakan almond berhasil mengempiskan
pinggangnya sebesar 50% lebih besar dibandingkan dengan ber-
diet
Minyak Zaitun Minyak zaitun banyak mengandung polifenol yang dapat mela-
wan kanser. Minyak zaitun boleh menurunkan berat badan.
Pengkaji yang telah dimuat oleh jurnal Obesity menemukan ba-
hawa minyak zaitun mengandung lebih tinggi adiponektinnya
dibandingkan karbohidrat dan protein lainnya. Adiponektin ada-
lah hormon yang dapat memecah belahkan lemak dalam tubuh
dan mendorong indeks masa tubuh agar tetap rendah lemak.
-
30
___________________________________________________________________________________________________________
Pn. Nik Zuriati Ratnadewi Binti Nik Mohd Noor
Pn. Farah Nabilla Binti Nadzri
Dalam Kenangan
Sesi memotong kek oleh Pn. Nik Zuriati
Pn. Ema Izati turut memeriahkan majlis ini Kenangan bersamanya masih di dalam ingatan
Pn. Farah meruoakan seorang yang sangat penyayang Terlalu banyak kenangan manis
-
31
___________________________________________________________________________________________________________
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi keracunan. 2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunk-an tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jan-tung.
4. Penderita anemia (masalah berat ba-dan). Anemia dikesan apabila kadar he-moglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe. 5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengan-dungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oli-gosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Ji-
ka anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkai-tan.
9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam kata lain, tempe bagus untuk tu-lang. Jika anda kurang gemar minum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.
10 FAKTA MENARIK TENTANG TEMPE
-
32
___________________________________________________________________________________________________________