M5
Click here to load reader
-
Upload
arissafira -
Category
Documents
-
view
218 -
download
1
description
Transcript of M5
Kesukaran:Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam dengan menggunakan jam analog di kalangan murid Tahun 1.Murid tidak dapat melukis dengan tepat kedudukan jarum jam bagi waktu yang melibatkan setengah jam. Ramai murid yang menganggap kedudukan jarum jam adalah sama antara waktu dalam jam dengan waktu dalam setengah jam.Contoh soalan: Lukiskan jarum jam dan minit bagi waktu yang diberi.
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid.:
Penyelesaian yang sepatutnya:
Langkah penyelesaian:
1. Guru menegaskan bahawa apabila jarum minit bergerak, jarum jam juga bergerak cuma dengan kadar yang lebih perlahan. Pada pukul 2, jarum jam menunjukkan tepat pada angka 2. Namun apabila jarum minit terus bergerak, jarum jam juga akan bergerak menghampiri angka 3. Apabila jarum minit menunjukkan setengah iaitu pada angka 6, jarum jam juga akan berada di tengah-tengah di antara angka 2 dan angka 3.
2. Untuk membantu murid memahaminya secara konkrit, murid diberi peluang meneroka sendiri kedudukan jarum jam dan minit bagi waktu yang dinyatakan dengan memanipulasi jam sebenar yang disediakan oleh guru. Dengan ini murid dapat melihat adanya perkaitan antara pergerakan jarum minit dan jarum jam.
3. Setelah murid dapat menunjukkan kedudukan jarum jam dan minit yang betul bagi setiap waktu yang dinyatakan dengan menggunakan jam sebenar, barulah murid diberikan latih tubi melukis jarum jam dan minit pada muka jam. yang dilukis
LAMPIRAN Lukis jarum jam bagi waktu yang dinyatakan.