Lemak Berkrim

4
 PENGENALAN Is ti lah le mak lazi mnya di tu karganti kan dengan isti lah li pi d, menggambarkan kumpul an hetero gen sebati an-sebat ian yang dikait kan kepada asid lemak. Lemak mempunyai sifat-sifat umum : i. T a k larut air  ii. larut di dalam pelarut organik seperti eter dan kl or of or m iii. boleh di gunakan ol eh organisma hidup. Kumpulan tersebut terdiri daripada miny ak biasa, lilin dan sebati an yang berkaitan. Makanan utama yang menyumbangkan lemak kepada diet ialah : i. Mentega ii. Marjerin iii. Minyak khinzir  i. Minyak sayuran . Kulit ayam i. Keluaran tenusu ii. !jirin iii. Minyak zaitun

description

kandungan lemak

Transcript of Lemak Berkrim

PENGENALAN

PENGENALAN

Istilah lemak lazimnya ditukargantikan dengan istilah lipid, menggambarkan kumpulan heterogen sebatian-sebatian yang dikaitkan kepada asid lemak. Lemak mempunyai sifat-sifat umum :

i. Tak larut air

ii. larut di dalam pelarut organik seperti eter dan kloroform

iii. boleh digunakan oleh organisma hidup. Kumpulan tersebut terdiri daripada minyak biasa, lilin dan sebatian yang berkaitan.

Makanan utama yang menyumbangkan lemak kepada diet ialah :

i. Mentega

ii. Marjerin

iii. Minyak khinzir

iv. Minyak sayuran

v. Kulit ayam

vi. Keluaran tenusu

vii. Bjirin

viii. Minyak zaitun

ix. Avokado dan sebagainya.

Lemak merupakan salah satu daripada komponen diet kita. Ia penting kerana ia adalah komponen utama di dalam semua membran sel kita. Selain itu, ia juga penting untuk sintesis beberapa jenis hormon di dalam badan, seperti hormon seks dan hormon adrenokortikol. Selain itu, ia penting untuk menyerap vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Dari segi simpanan tenaga, lemak membekalkan tenaga yang lebih tinggi daripada karbohidrat (2 kali ganda bagi jisim yang sama). Akhir sekali, lemak berfungsi sebagai penebat haba dan berfungsi menyokong dan melindingi organ dalam badan.

Lemak terdiri daripada 2 jenis .Kedua-dua ini berlainan dari segi struktur :

i. Lemak Tepu (Saturated)

Semua karbon di dalam lemak tepu terdapat atom hidrogen terikat padanya (tiada ikatan kembar). Maka, struktur rantai ini lurus dan molekul ini disusun secara padat dan memberi kurang ciri kecairan. Lemak tepu wujud dalam bentuk pepejal pada suhu bilik. Contoh lemak tepu ialah lemak haiwan.

ii. Lemak Tak Tepu (Unsaturated).

Lemak tak tepu pula mempunyai ikatan kembar kerana bukan semua karbonnya dipenuhi dengan hydrogen. Keadaan ini menyebabkan struktur asid lemak tak tepu boleh membengkok dan ini menyebabkan strukturnya disusun tidak padat. Ini memberikan sifat cair minyak tak tepu. Ia wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Minyak tak tepu kebanyakkanya datang dari sumber tumbuhan (kecuali minyak kelapa). Minyak tak tepu dikatakan baik untuk kesihatan kerana ia membantu menyokong kesihatan jantung dan membantu dalam fungsi sel.

Lemak tak tepu mempunyai 2 jenis, mono tak tepu (monounsaturated) dan poli tak tepu (polyunsaturated). Mono tak tepu mempunyai 1 ikatan kembar manakala poli tak tepu mempunyai lebih daripada satu ikatan kembar. Minyak poli tak tepu (minyak jagung) lebih cair daripada minyak mono tak tepu (minyak zaitun). Asid lemak perlu (essential fatty acid) tergolong dalam lemak polyunsaturated.

Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu.

Lemak TepuLemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilikCecair pada suhu bilik

Takat lebur tinggiTakat lebur rendah

Mempunyai ikatan tunggal antara atom karbonMempunyai ikatan ganda dua antara atom karbon

ataupun,

Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu ialah; i.Pada suhu bilik, lemak tepu dalam keadaan pepejal manakala lemak tak tepu cecair. ii. Lemak tepu mempunyai takat lebur yang tinggi berbanding lemak tak tepu; iii. Lemak tepu mempunyai ikatan tunggal dalam molekulnya, manakala lemak tak tepu mempunyai ikatan ganda dua.