LAPORAN MEDITASI

19
1 1.0 PENDAHULUAN Sang Buddha merupakan ikon dari meditasi di dunia. Pada awalnya sebelum mencapai pencerahan sebagai Buddha, ia dikenali sebagai Siddharta Gautama, dan apa yang sebenarnya membuatnya menjadi Buddha adalah eksperimennya sendiri dalam bermeditasi. Siddharta menguasai teknik meditasi dengan cepat. Ia mengembangkan Jhaana dan keterampilan supranormal berdasarkan pengalamannya. Keterampilan ini memungkinkan seseorang untuk menenangkan fikiran batin dan mengembangkan daya konsentrasi. 1.1 Sejarah Meditasi Siddharta berasal dari bangsa Sakya golongan Kshatriya dan bapanya seorang raja. Beliau dibesarkan dalam istana dan diberi asuhan pendidikan yang sewajarnya sebagai pengganti kepada raja. Setelah mencapai umur remaja, Siddharta berkahwin dengan seorang puteri raja bernama Yasodhara dan mendapat anak bernama Rahula dan menjalani kehidupan dengan serba kemewahan di istana. Dikisahkan bahawa Siddharta memang sejak kecil lagi dilarang oleh orang tuanya bergaul dengan masyarakat luar kerana ditakuti terpengaruh dengan kehidupan kerohanian kerana ia boleh menjejaskan pewarisan takhta. Namun, pada suatu hari beliau diberi izin keluar untuk menikmati udara luar. Pada waktu tersebutlah beliau menyaksikan empat peristiwa yang kemudian mempengaruhinya membuat keputusan meninggalkan istana. Empat perkara tersebut ialah :

description

membincangkan tentang meditasi dalam agama Buddha

Transcript of LAPORAN MEDITASI

7

1.0 PENDAHULUAN Sang Buddha merupakan ikon dari meditasi di dunia. Pada awalnya sebelum mencapai pencerahan sebagai Buddha, ia dikenali sebagai Siddharta Gautama, dan apa yang sebenarnya membuatnya menjadi Buddha adalah eksperimennya sendiri dalam bermeditasi. Siddharta menguasai teknik meditasi dengan cepat. Ia mengembangkan Jhaana dan keterampilan supranormal berdasarkan pengalamannya. Keterampilan ini memungkinkan seseorang untuk menenangkan fikiran batin dan mengembangkan daya konsentrasi. 1.1Sejarah Meditasi Siddharta berasal dari bangsa Sakya golongan Kshatriya dan bapanya seorang raja. Beliau dibesarkan dalam istana dan diberi asuhan pendidikan yang sewajarnya sebagai pengganti kepada raja. Setelah mencapai umur remaja, Siddharta berkahwin dengan seorang puteri raja bernama Yasodhara dan mendapat anak bernama Rahula dan menjalani kehidupan dengan serba kemewahan di istana. Dikisahkan bahawa Siddharta memang sejak kecil lagi dilarang oleh orang tuanya bergaul dengan masyarakat luar kerana ditakuti terpengaruh dengan kehidupan kerohanian kerana ia boleh menjejaskan pewarisan takhta. Namun, pada suatu hari beliau diberi izin keluar untuk menikmati udara luar. Pada waktu tersebutlah beliau menyaksikan empat peristiwa yang kemudian mempengaruhinya membuat keputusan meninggalkan istana. Empat perkara tersebut ialah :1. Seorang yang sangat tua, bertongkat, bongkok dan kepalanya hampir mencecah dada.2. Seorang yang sedang sakit meraung-raung menahan kesakitannya.3. Mayat yang diusung dan dibawa ke tempat pembakaran.4. Seorang sami dalam keadaan riang dan gembira walaupun berkeadaan fakir sedang mendapatkan sesuatu dari pemberian orang.Setelah kembali ke istana, bermalam-malam beliau memikirkan tentang peristiwa yang di lihatnya, mencari sebab dan punca kepada penderitaan dan bagaimana untuk mengatasinya.Akhirnya, Siddharta membuat keputusan untuk meninggalkan kehidupan istana. Pada suatu malam, ketika semua orang nyenyak tidur, beliau keluar meninggalkan anak isteri ditemani pemandu kereta kudanya hingga tiba ke suatu hutan. Di sana Siddharta berhenti, mencukur rambutnya serta memakai jubah yang sederhana kualitinya dan menyuruh pemandunya pulang ke istana. Maka bermulalah pengembaraannya dengan berjalan kaki mengharung hutan belantara, pamah dan bukit untuk mencari kebenaran.Pelbagai pengalaman ditempuhnya. Beliau pernah menjalani meditasi yoga, namun tidak dapat memuaskan citarasanya. Beliau juga pernah menjalani puasa tidak berbuka sehingga mengancam nyawanya sendiri. Hal itu juga tidak memberikan jawapan terhadap apa yang dicarinya. Oleh kerana menghentikan puasanya dengan berbuka, menyebabkan lima orang pemuda yang menjadi pengikutnya menyisihkan diri daripadanya. Pernah juga Siddharta dipelawa oleh seorang raja di negeri lain untuk menjadi penasihatnya, tetapi ditolak kerana bukan itu yang dicari selama ini. Akhirnya, tibalah ke sebuah biara (kuil) Hindu di satu tempat bernama Gaya, wilayah Gangga dan di sana ada sebuah pohon kayu besar dan rendang lalu beliau membuat keputusan untuk berteduh di bawahnya. Siddharta mendapati keadaannya menyenangkan. Oleh itu, beliau berjanji pada dirinya tidak akan bergerak lagi sebelum mendapat ilham.Diriwayatkan Siddharta bermeditasi di bawah pohon ini selama 49 hari. Setelah duduk sehari semalam bermeditasi, maka datanglah cahaya kepadanya serta menyebabkan jiwanya mengerti dengan jelas makna dan asal-usul penderitaan dan cara-cara mengatasinya. Dengan peristiwa ini dikatakan bahawa Siddharta menjadi seorang Buddha yang bermaksud orang yang mendapat ilmu dan penerangan. Iaitu penerangan ke atas segala persoalan yang selama ini belum terjawab. Gambar hiasan.2.0 KONSEP MEDITASIDalam menghadapi hidup yang semakin kompleks, kita sering mengalami situasi yang tidak menggembirakan. Sering kali kita berada di dalam keadaan tekanan mental yang berlarutan. Tekanan yang berpanjangan ini merupakan virus bahaya yang perlu dirawat kerana dapat menimbulkan pelbagai penyakit yang cukup serius. Mereka yang kerap berfikir atau menghadapi tekanan, amat mudah untuk mendapat darah tinggi, sakit jantung, migrain, menjadi pemarah, cepat penat dan terganggu emosinya. Oleh itu meditasi adalah salah satu cara untuk menangani masalah ini.Perkataan meditasi seringkali dikaitkan dengan aliran agama tertentu. Tetapi sebenarnya meditasi adalah bersifat universal dan umum untuk semua masyarakat. Meditasi merupakan satu cara untuk mengimbangi emosi negatif dan positif. Meditasi mempunyai pelbagai definisi yang berkait rapat dengan ketenangan jiwa. Ia adalah peningkatan dari relaksasi dalam usaha manusia untuk melepaskan diri mereka dari terbelenggu segala masalah yang membebankan diri mereka. Dalam pengertian singkatnya, ia adalah latihan fokus atau konsentrasi untuk mendapatkan relaksasi yang lebih tinggi atau lebih dalam. Hal ini dapat disimpulkan bahawa ia bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah ke otak dan seluruh tubuh.Meditasi boleh dikatakan seperti latihan konsentrasi yang dilakukan oleh banyak agama, penganut kepercayaan animisme-dinamisme dan seangkatan dengannya yang telah di lakukan sejak zaman dahulu. Ia adalah satu teknik yang menjadi amalan sejak beribu-beribu tahun dahulu, dan masih popular sehingga kini bagi mereka yang mengalami tekanan sindrom. Ia merupakan satu teknik apabila seseorang memberikan sesuatu tumpuan atau fokus perhatian kepada sesuatu perkara atau benda, pada satu-satu masa atau keadaan. Pengertian meditasi dalam makna yang luas, justeru ia tidak menekankan kepada unsur keagamaan tetapi aktiviti meditasi berasal dari banyak agama dan kepercayaan.Dengan kata lain, meditasi adalah melepaskan diri kita dari penderitaan pemikiran baik dan buruk yang sangat subjektif di mana ia berhubung secara langsung dengan kepekaan kita terhadap fikiran dan penilaian tertentu. Kehidupan merupakan rangkaian pemikiran, penilaian, dan pelepasan subjektif yang hanya akan berakhir apabila kehidupan sudah terhenti. Dalam keadaan fikiran yang bebas dari aktiviti berfikir, ternyata manusia tidak pengsan atau mati, melainkan tetap dalam keadaan sedar. Meditasi sering difahami sebagai salah satu cara untuk merawat tekanan, cara untuk meraih ketenangan batin, cara untuk mendapat kesembuhan jiwa dan raga, cara untuk masuk ke dalam kesedaran jiwa, cara untuk introspeksi diri iaitu pengamatan terhadap diri sendiri, cara untuk semakin mendekatkan diri dengan Sang Pencipta, cara untuk meraih pencerahan diri, cara untuk memahami erti sebuah kehidupan, cara untuk menemukan jati diri dan seterusnya cara untuk mengubah hidup menjadi yang lebih baik. 2.1Waktu dan Tempat Melakukan MeditasiWaktu untuk melakukan meditasi adalah tidak ditetapkan. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua tempat yang dirasakan memberi keselesaan kepada kita untuk mendapat konsentrasi yang tinggi dan mudah untuk kita menumpukan perhatian. Tetapi sebaiknya ia di lakukan secara rutin. Walaupun masa yang diperuntukkan hanyalah sebentar sahaja dan tidak mengambil masa yang lama, asalkan ia menjadi rutin bagi kehidupan kita. Namun, kebiasaannya waktu yang dianggap terbaik untuk bermeditasi adalah pada waktu pagi iaitu antara pukul 4 pagi sehingga pukul 7 pagi atau pada waktu petang di antara pukul 5 petang sehingga pukul 10 malam.Kebiasaannya, bagi individu yang tidak pernah melakukan meditasi sebelum ini akan merasakan sukar untuk melakukannya kerana pada mulanya ia sukar untuk menumpukan perhatian. Tetapi jika dilakukan setiap hari maka ia akan merasa lebih mudah dan menjadi kebiasaan. Meditasi yang dilakukan secara rutin akan menyebabkan kita lebih mudah mengawal perasaan, tidak mudah beremosi, mengurangkan tekanan darah dan tidak mudah mempunyai tekanan dengan masalah yang dihadapi. Maka, hendaklah kita jadikan ia sebagai rutin dalam kehidupan kita. Misalnya, ia boleh dilakukan 5 minit setiap hari dan lama-kelamaan waktu tersebut dengan sendirinya akan bertambah menjadi 10 minit, 20 minit dan seterusnya masa tersebut akan menjadi lebih lama.Sekiranya kita telah menetapkan waktu untuk kita bermeditasi, kita hendaklah menggunakan dengan sebaik mungkin masa tersebut. Selama waktu tersebut, kita hendaklah berusaha untuk menumpukan perhatian supaya meditasi yang dilakukan berjaya. Segala perkara yang berkaitan dengan duniawi hendaklah ditinggalkan. Hal ini bagi memastikan fikiran kita pada ketika itu adalah dalam keadaan fokus dan di dalam keadaan yang tenang. Apabila meditasi yang dilakukan bertambah maju, maka setiap waktu adalah waktu yang terbaik untuk berlatih bermeditasi dan dengan kata lain, bermeditasi adalah menjadi rutin di dalam kehidupan kita.Aktiviti meditasi ini seharusnya dilakukan pada waktu dan tempat yang sesuai. Iaitu sebaiknya meditasi dilakukan pada tempat yang sunyi dan tenang. Hal ini supaya kita lebih mudah untuk menumpukan perhatian dan mempunyai fikiran yang tenang. Contohnya, dengan tidak menggunakan lampu atau meredupkan lampu ia akan lebih membantu kita untuk menumpukan perhatian terhadap meditasi yang dilakukan. Misalnya, meditasi boleh dilakukan di bilik, berdekatan dengan sungai, di dalam hutan dan sebagainya. Secara psikologinya, tempat yang sunyi lebih mudah memberi ketenangan kepada kita dalam membuat apa jua aktiviti. Contohnya sungai atau air terjun. Kita mudah untuk mendapat ketenangan dengan mendekatkan diri kepada ciptaan alam semula jadi sekiranya kita menghayati dan menumpukan perhatian dengan aktiviti yang dilakukan. 2.2Peringkat Umur Untuk BermeditasiPeringkat umur bagi bermeditasi adalah tidak ditetapkan. Di mana, ia sesuai dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak kira muda ataupun tua. Ia juga bergantung kepada diri individu tersebut dan pengalaman yang dimilikinya. Hal ini adalah kerana, untuk menumpukan perhatian sepenuhnya semasa bermeditasi adalah agak sukar. Oleh itu, ia bergantung pada ketahanan dan keupayaan seseorang individu tersebut.

3.0 JENIS- JENIS MEDITASI YANG TERDAPAT DALAM AGAMA BUDDHAMeditasi merupakan salah satu praktikal yang menjadi amalan sejak beribu-ribu tahun dahulu dan sehingga sekarang praktikal ini masih diamalkan oleh segolongan masyarakat khususnya bagi mereka yang mengalami tekanan. Terdapat banyak jenis meditasi yang dipraktikkan, berdasarkan prinsip-prinsip yoga. Ia adalah gabungan antara faktor stimulasi dan kesedaran seperti tenaga, siasatan dan kepercayaan. Tumpuan, ketenangan, dan ketenteraman adalah perlu bagi mengimbangi gabungan tersebut. Tambahan pula meditasi ini mempunyai pelbagai teknik dan kaedah yang boleh dipilih mengikut kesesuaian. Teknik yang berbeza dalam bermeditasi dapat dikelaskan mengikut pemfokusan yang tertentu. Sesetengah pemfokusan berlatarbelakangkan pengalaman dan persepsi tertentu yang disebut sebagai mindfulness meditation. Pemfokusan yang lain juga diarahkan kepada suatu objek yang spesifik yang disebut sebagai concetrative meditation.

3.1Meditasi penumpuan Meditasi ini juga dikenali sebagai meditasi pernafasan. Meditasi ini adalah berlandaskan penumpuan dan pemusatan sepenuhnya kepada pernafasan, imej dan bunyi (mantra) dalam usaha menstabilkan minda dan fikiran untuk memberikan kesedaran serta kejelasan kepada diri. Ia juga merujuk kepada tumpuan pergerakan pernafasan, iaitu konsep penarikan dan penghembusan nafas melalui rongga hidung, seterusnya ke paru-paru serta pergerakan turun dan naik tulang rusuk ketika pernafasan berlaku.Dalam meditasi penumpuan, teknik duduk diam dalam kedudukan bersila dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pernafasan adalah praktikal yang paling mudah diamalkan. Meditasi seperti ini dipercayai merupakan satu fungsi hubungan yang terus menerus di antara sesuatu pernafasan dengan minda atau fikiran.Misalnya, jika seseorang yang berada dalam kebimbangan, ketakutan, kebingungan, maka pernafasan seseorang itu akan menjadi tidak stabil, cepat dan tidak teratur. Tetapi apabila individu tersebut kembali tenang dan damai, maka cara pernafasan mereka kembali stabil. Penumpuan terhadap irama dan rentak dalam setiap sedutan dan hembusan nafas juga akan melengkapkan praktikal-praktikal meditasi yang dapat membangkitkan ketenangan dan kedamaian.3.2 Meditasi sepenuh perhatian Meditasi sepenuh perhatian atau meditasi renungan yang digunakan adalah untuk membuka fikiran atau perhatian sepenuhnya dalam keadaan sedar secara berterusan dan dipenuhi dengan perasaan, bayangan, bunyi, bau tanpa memikirkan sesuatu atau objek.Contohnya, seseorang yang duduk secara senyap dan tidak mengendahkan apa-apa yang terlintas di fikiran, tidak melibatkan sama ada dalam bentuk tindakan memikirkan, mengingat, kebimbangan atau membayangkan sesuatu atau objek. Tindakan ini akan dapat membantu untuk mendapatkan ketenangan yang lebih, kedamaian yang jelas serta dapat mengosongkan fikiran.

4.0 TUJUAN MEDITASI Tujuan akhir atau tujuan meditasi yang paling utama adalah sama dengan tujuan utama Buddha Dharma, iaitu untuk mencapai Nirwana. Untuk mencapai tahap yang tertinggi iaitu Nirwana, seseorang itu perlu melaksanakan dua perkara penting iaitu memelihara serta mengembangkan perasaan yang positif dan mulia seperti cinta, kasih sayang, kesucian dan perasaan simpati terhadap orang lain. Untuk mengembangkan perasaan kasih sayang, maka seseorang itu haruslah melatih kesabaran terlebih dahulu untuk membuang sifat kebencian terhadap orang lain. Langkah pertama adalah untuk mengembangkan perasaan kasih sayang kepada diri sendiri terlebih dahulu. Setelah diri sendiri telah dipenuhi dengan perasaan kasih sayang, barulah mengembangkannya kepada orang lain seperti ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga, guru, rakan serta akhir sekali ialah musuh.Perkara yang kedua ialah membuang perasaan negatif seperti tamak, benci, kegelapan hati, sombong, nafsu dan semua perkara yang buruk. Untuk mengatasi sikap buruk ini, salah satu caranya ialah dengan mengembangkan perasaan kasih sayang serta mengharapkan kesejahteraan dan keselamatan kepada orang lain, barulah perasaan serta sikap buruk ini dapat diatasi. Lebih pada itu, meditasi juga dapat mencabut dan menghilangkan perasaan buruk dari dalam hati hingga ke akarnya dan perasaan itu menjelma menjadi perasaan kasih sayang yang mulia dan penuh dengan kebijaksanaan.Antara lain tujuan utama meditasi adalah untuk mencapai konsentrasi seperti yang terdapat pada lapan ajaran mulia Buddha. Ketika minda dan fikiran berada dalam keadaan diam, maka fikiran seseorang itu akan menjadi tenang dan fokus terhadap sesuatu perkara. Pada saat inilah seseorang itu akan dapat menghentikan kecenderungan fikiran yang negatif kerana fikiran telah terpusat ke dalam objek meditasi. Pada masa inilah fikiran manusia akan menjadi tenang dan damai serta telah mencapai matlamat utama meditasi.

5.0 PERSEDIAAN DAN CARA MELAKUKAN MEDITASIMeditasi Samatha atau mengambangkan ketenangan batin merupakan pengembangan batin yang bertujuan untuk mencapai ketenangan. Dalam meditasi ini, spiritual terutamanya fikiran akan fokus pada suatu objek. Jadi fikiran orang yang melakukan meditasi tidak akan menerewang dan mengelamun terhadap perkara lain tanpa sebarang tujuan. Walau bagaimana pun, halangan-halangan batin ini tidak dapat dihilangkan secara menyeluruh. Meditasi ini hanya akan dapat mencapai peringkat konsentrasi yang disebut jhana dan mencapai kekuatan batin. Meditasi Vippasana atau mengambangkan pandangan terang pula ialah fikiran yang tenang bukanlah tujuan atau matlamat utama meditasi tetapi ianya adalah salah satu keadaan yang mana diperlukan untuk mengembangkan pandangan terang. Selain itu, meditasi ini merupakan pengembangan batin yang bertujuan untuk mencapai pandangan terang. Dengan melaksanakan meditasi ini, kekotoran batin dapat disedari dan kemudiannya dibasmi dengan mendalam, sehingga orang yang melakukan meditasi ini akan dapat melihat kehidupan ini dengan sewajarnya bahawa hidup ini diselubungi oleh ketidak kekalan dan penderitaan. Dengan itu, meditasi ini dapat menuju ke arah pembersihan batin, pembebasan yang sempurna dan pencapaian menuju kepada Nirwana.

5.1Persediaan MeditasiTerdapat beberapa persediaan yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan meditasi. Antaranya ialah :1. Tempat.Pemilihan tempat yang sesuai untuk berlatih meditasi adalah sangat penting bagi sesiapa yang ingin melakukan meditasi. Tempat yang terlalu ramai dan penuh dengan kesibukan dunia sebaiknya dielakkan. Antara tempat yang sesuai ialah seperti bilik, kebun atau tempat yang terang. Sebaiknya berlatih meditasi di tempat yang sama dan tidak sering berpindah tempat. Jika seseorang itu sudah maju atau mahir, dia sudah boleh melakukan meditasi di mana sahaja bahkan di tempat kerja.

2. Waktu.Tiada waktu yang khusus untuk melakukan meditasi. Malah seseorang itu boleh memilih waktu untuk bermeditasi mengikut kelapangan dan kesukaan masing-masing. Namun, waktu yang terbaik untuk bermeditasi adalah di pagi hari antara jam 04.00 hingga 07.00 pagi. Waktu petang juga boleh dikatakan sesuai antara jam 05.00 hingga 10.00 malam. Jika seseorang itu sudah menentukan waktu untuk bermeditasi, maka waktu itu hendaklah digunakan dengan sebaiknya. Selama waktu itu, seseorang itu harus menggunakan kekuatan dan keinginan untuk meninggalkan sementara segala kesibukan seharian seperti pekerjaan, kesenangan, kesedihan dan kegelisahan. Sewaktu bermeditasi, seseorang itu hendaklah menjauhkan segala bentuk fikiran duniawi. Apabila seseorang itu telah mahir, setiap waktu adalah baik untuknya melakukan meditasi. Apabila seseorang itu sudah mencapai tahap ini, maka meditasi sudah menjadi sebahagian dan kebiasaan dalam hidupnya.

3. Guru.Guru juga diperlukan untuk memimpin dan melatih melakukan meditasi. Namun mencari guru yang sesuai dan pandai untuk mengajarkan meditasi bukanlah mudah. Jika sudah ada rakan yang berpengalaman dalam meditasi, sebaiknya cubalah berbincang dahulu dengannya. Jika mempunyai buku tentang meditasi, rujuklah buku itu terlebih dahulu. Selepas itu, jika sudah mempunyai guru, seseorang itu harus percaya bahawa guru tersebut hanyalah teman dan pembimbing sahaja. Guru tersebut tidak dapat melakukan meditasi bagi pihak orang lain dan tidak dapat membebaskan diri seseorang. Jika seseorang itu sudah boleh mengatur dan memfokuskan fikiran serta dapat mengembangkan kesedaran, itulah yang akan menjadi guru yang sebenar dan guru itu telah berada dalam diri seseorang itu sendiri.

4. Sikap duduk.Dalam melakukan meditasi, seseorang itu bebas memilih cara duduk mengikut keselesaan masing-masing. Seseorang itu boleh bersila dengan menyilangkan kaki atau melipat kaki ke tepi. Yang paling penting ialah kaki tidak boleh kaku dan seharusnya kendur dan dalam keaadan santai. Sebaiknya ambillah posisi duduk yang selesa dan mudah. Duduk juga mestilah dengan santai, tidak bersandar, punggung haruslah tegak dan lurus tetapi tidak kaku, badan mestilah lurus dan seimbang, leher dalam keadaan tegak dan lurus serta mata dan mulut yang tertutup. Sikap dan cara duduk semasa bermeditasi haruslah dijaga supaya tidak mengantuk.

5.2Cara Melaksanakan MeditasiMeditasi dapat dilakukan dengan empat cara iaitu:1. Meditasi dengan cara duduk.Meditasi dengan cara ini biasanya dilakukan bagi peringkat permulaan. Caranya ialah dengan duduk bersila dengan keadaan badan tegak tetapi senang diri. Cara yang lebih baik ialah dengan tidak bersandar pada dinding atau apa-apa sandaran dengan mata dipejamkan dan fikiran difokuskan pada objek yang dipilih.

2. Meditasi dengan cara berdiri.Meditasi dengan berdiri dilakukan dengan kaki sedikit renggang, kedua-dua tangan diletakkan di depan dada, sementara tangan kanan memegang tangan kiri. Seseorang itu perlu berusaha menjaga keseimbangan tubuh badan supaya spiritual dan batin tenang serta fikiran dapat difokuskan pada objek yang dipilih.

3. Meditasi dengan cara berjalan.Meditasi dengan cara berjalan ini dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti berjalan dan mengira langkah kaki. Meditasi dengan cara berjalan ini juga boleh dilakukan dengan berjalan ke hadapan, belakang, kiri atau kanan dengan mengira langkah kaki atau berjalan dengan menggunakan objek meditasi atau bayangan tubuh sendiri.

4. Meditasi dengan cara berbaring.Meditasi dengan berbaring dapat dilakukan dengan posisi tubuh mengiring ke kanan atau kiri seperti posisi tubuh Buddha ketika meninggal dunia. Kaki hendaklah diluruskan dengan kepala ditongkat dengan tangan kanan atau kiri, dengan batin dan dalaman tenang serta fikiran difokuskan pada objek meditasi yang dipilih.

6.0 KEPENTINGAN MEDITASI Hari ini ramai orang dari seluruh dunia, tanpa mengira agama mereka telah menyedari manfaat yang akan diperolehi melalui meditasi. Tujuan meditasi adalah untuk melatih minda dan menggunakannya secara berkesan dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, tujuan mutlak meditasi adalah untuk mendapatkan pembebasan dari roda Samsara iaitu mengenai kitaran kelahiran dan kematian. Melalui meditasi, seseorang itu boleh mendapat pelbagai manfaat fizikal dan mental. Antaranya ialah dapat:1) Mengawal tekanan darah.2) Mengurangkan proses penuaan.3) Mengimbangi sistem endokrin.4) Melegakan sistem saraf.5) Menghasilkan perubahan jangka panjang dan memberi manfaat kepada gelombang otak.6) Membantu untuk berhenti merokok dan minum-minuman keras.7) Membantu dengan tidur, bermanfaat dalam merawat insomnia.8) Dapat meningkatkan refleksi diri dan membolehkan seseorang untuk lebih cekap dalam menangani perkara-perkara yang memberi tekanan kepadanya.9) Membantu mengawal pemikiran seseorang.10) Membantu menumpukan minda.11) Dapat meningkatkan kreativiti.12) Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan ingatan.13) Meningkatkan kestabilan emosi.14) Membolehkan seseorang untuk lebih mudah menghapuskan tabiat negatif.15) Dapat meningkatkan keupayaan seseorang untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dengan baik.

7.0 RUMUSANKesimpulannya, melalui meditasi kita boleh belajar bagaimana untuk merehatkan badan dan menenangkan minda, iaitu kita boleh belajar untuk menjadi tenang dan bahagia. Meditasi juga menguatkan minda dan membolehkan ia untuk mengawal emosi manusia apabila diganggu oleh fikiran-fikiran yang negatif dan perasaan seperti iri hati, marah, sombong dan iri hati. Suasana yang sunyi dan tenang, kedudukan badan yang selesa, menggunakan rangsangan mental yang diulang-ulang, sabar serta tidak tergesa-gesa boleh membantu untuk mencapai meditasi yang baik. Maka bolehlah disimpulkan bahawa jika seseorang itu adalah orang yang sibuk, meditasi boleh membantunya menghilangkan ketegangan dan untuk mencari kelonggaran. Manakala jika seseorang itu adalah orang yang bimbang, meditasi boleh menenangkannya dan membantunya mencari ketenangan fikiran. Selain itu, jika seseorang itu adalah orang yang mempunyai masalah yang tidak berkesudahan, meditasi boleh membantu mereka untuk membangunkan keberanian dan kekuatan untuk menghadapi dan mengatasinya seterusnya membantu mereka untuk mendapatkan keyakinan diri yang mana merupakan rahsia kejayaan dalam sesebuah kehidupan.

LAMPIRAN