Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

download Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

of 16

Transcript of Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    1/16

    (PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS)JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)

    KPS 4043SEKOLAH DAN MASYARAKAT

    MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

    DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    2/16

    DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA

    SEKOLAH DAN MASYARAKAT - KPS 4043 |2013

    ISI KANDUNGAN

    BIL TOPIK M/S

    1.0 PENGENALAN 1

    2.0 MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN 2

    3.0 PUNCA-PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK

    TAMBAHAN DARI SUDUT SOSIOLOGI 7

    3.1 Teori Fungsionalisme di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama 7

    3.2 Pengaruh Sekolah dan Masyarakat 8

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    3/16

    KPS 4043 |2013

    MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

    DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA

    1.0 PENGENALAN

    Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebihdaripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama

    ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan

    kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna.

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), terdapat beberapa masalah

    yang wujud diantara pelajar mahupun guru itu sendiri semasa pengajaran dan

    pembelajaran dijalankan. Permasalahan yang wujud ini boleh disebabkan oleh banyak

    faktor seperti masalah kognitif, behaviorisme, persekitaran yang akan membentuk

    tingkah laku, pemikiran, emosi dan sosial yang tidak seimbang dikalangan pelajar.

    Situasi ini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya tidak

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    4/16

    KPS 4043 |2013

    2.0 MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

    Matapelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran penting dalam

    sistem pendidikan di negara ini. Elemen mengira juga tergolong dalam asas 3M

    (menulis, mengira dan membaca) yang menjadi tunjang kepada Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan (FPK). Kelemahan pelajar dalam matapelajaran matematik sering

    menjadi tumpuan terutama ketika negara sedang mengejar kemajuan dalam duniayang semakin berkembang di mana matapelajaran matematik merupakan asas kepada

    pengukuran tahap kognitif individu. Kemahiran penyelesaian masalah dalam

    matapelajaran matematik ini dapat memupuk kemahiran berfikir, dan pelajar dapat

    menggunakannya untuk kegunaan harian serta untuk masa hadapan.

    Sebagai satu kajian sosial, matematik bukan sahaja membincangkan alat-alat dan

    tatacara berkaitan dengan sistem-sitem nombor tetapi matematik itu juga

    membicarakan masalah-masalah yang dialami oleh orang semasa cuba memahami

    dan membuat penyelarasan yang sesuai dengan semua jenis pengalaman yang

    bersabit dengan kuantiti (Frank J. Swetz dalam Liew Su Tim, 1983)

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    5/16

    KPS 4043 |2013

    Perbezaan jurang antara kedua-dua matapelajaran ini juga semakin ketara

    kerana pola GPMP bermula dari tahun 2008 hingga tahun 2012 bagi kedua-duamatapelajaran adalah berbeza. Matapelajaran matematik teras mengalami peningkatan

    yang berterusan sejak tahun 2008 manakala matapelajaran matematik tambahan pula

    mengalami penurunan yang berturut bermula pada tahun 2009 sehingga tahun 2012.

    Hingga ke hari ini, mata pelajaran matematik tambahan masih dianggap sukaroleh kebanyakan pelajar tingkatan 4 dan 5. Bilangan calon SPM yang memperoleh

    gred A+ dalam kertas berkenaan dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus berbanding

    dengan matematik teras. Malah, terdapat calon SPM cemerlang dalam matematik

    teras, tetapi kecundang dalam matematik tambahan.

    Pelajar-pelajar yang mengikuti pelajaran matematik tambahan ini merupakan

    pelajar dari kelas aliran sains dan juga perakaunan. Jadi matapelajaran matematik

    tambahan ini merupakan matapelajaran yang wajib walaupun ramai diantara pelajar

    mengambil matapelajaran matematik tambahan ini secara terpaksa tanpa minat yang

    mendalam dalam matematik.

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    6/16

    KPS 4043 |2013

    Pelajar -pelajar yang tidak cenderung kepada kecerdasan logik matematik

    sentiasa ketinggalan ketika mengikuti kelas untuk matapelajaran matematik tambahan.Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad (2007) mengatakan, murid-

    murid yang berpencapaian rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam

    mendapat dan menggunakan pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai

    keupayaan yang terhad dalam pencapaian jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang

    sebaya dengan mereka.

    Montague (1993) melaporkan bahawa pelajar yang berpencapaian rendah

    menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam

    penyelesaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan pelajar

    untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian

    (multi-step). Selain itu, pelajar yang berpencapaian rendah dalam matematik juga

    menghadapi kesukaran mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan pelajar dalam

    menguruskan maklumat untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat menghalang

    pelajar daripada menyimpan fakta dengan lama.

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    7/16

    KPS 4043 |2013

    Belajar matematik tambahan sepatutnya menarik dan menyeronokkan dan

    bukan suatu penyeksaan. Malangnya, sebahagian besar pelajar terkial-kial untukmenguasai kecekapan matematik tambahan yang banyak menggunakan simbol aksara

    (x,y) sebagai ganti angka biasa (numerik). Pelajar mesti cekap dalam penggunaan

    simbol kalkulus supaya tumpuan untuk hitungan abstrak (bukan angka) dapat

    diselesaikan. Dalam mempelajari simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah

    matematik, seseorang pelajar seolah-olah menghadapi sesuatu situasi pembelajaranbahasa asing. Sebahagian tatatanda matematik tambahan telah menimbulkan

    kesukaran intrinsik. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami kehendak soalan.

    Situasi sedemikian mengakibatkan mereka menggunakan peraturan-peraturan

    atau strategi penyelesaian yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan tersebut.

    Tidak dapat di nafikan bahawa matapelajaran matematik tambahan memerlukan kuasa

    pemikiran kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh pelajar.

    Penguasaan kemahiran matematik adalah penting bagi pelajar menunjukkan

    inisiatif sendiri untuk membuat latihan dan menyelesaikan masalah matematik

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    8/16

    KPS 4043 |2013

    Oleh sebab itu, pelajar menjadi semakin takut untuk menghadapapi

    matapelajaran matematik tambahan ini. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , DatukAbdul Rafie Mahat mengatakan bahawa, pengajaran dan pembelajaran matematik di

    sekolah memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di

    dalam diri pelajar .

    Persepsi pelajar tentang tahap kesukaran belajar matematik banyakdipengaruhi oleh gaya penyampaian guru. Guru matematik tambahan harus kelihatan

    bersungguh-sungguh untuk menolong pelajar dan bersabar atas kelambatan mereka

    yang seperti terpinga-pinga dengan penggunaan simbol sebagai ganti numerik.

    Walaupun peruntukan jadual waktu hanya 3 masa (1 jam 45 minit) sahaja dalam

    seminggu, guru matematik tambahan wajib memberi pendedahan tentang kemahiran

    generik pembelajaran kuantitif yang bersifat abstrak di samping menggalakkan

    proses pengajaran sebaya dalam kalangan pelajar.

    Oleh itu, guru perlu bijak menggunakan kreativiti serta inovatifnya dalam

    menyampaikan isi pengajaran terutamanya tentang penyelesaian masalah agar dapat

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    9/16

    KPS 4043 |2013

    3.0 PUNCA-PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK

    TAMBAHAN DARI SUDUT SOSIOLOGI

    3.1 Teori Fungsionalisme di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama

    Situasi di sekolah pada masa kini telah mengalami perubahan yang begitu

    ketara jika dilihat dari aspek fungsi seorang guru dan pelajar. Jika dilihat pada suatu

    ketika, guru hanya bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang berkaitan sahaja

    manakala pelajar hanya tertumpu kepada pembelajaran matapelajaran yang berkaitan

    sahaja dan matapelajaran yang terlibat pula hanya tertumpu kepada kemahiran asas

    3M (membaca, menulis, mengira). Seiring dengan peredaran zaman, fungsi guru dan

    pelajar juga telah menjadi semakin kompleks terutama sekali fungsi ketara dan fungsi

    tersembunyi.

    Merton (1957) menerusi Amir Hasan Dawi (2009) telah membezakan antara

    apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah

    sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti sosial tertentu. Fungsi

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    10/16

    KPS 4043 |2013

    3.2 Pengaruh Sekolah dan Masyarakat

    Isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan ini mempunyai hubungkait yang

    rapat antara sekolah dan juga masyarakat. Hubungan antara sekolah dan masyarakat

    merupakan suatu bentuk jaringan interaksi yang kompleks. Di sekolah, terdapat tiga

    pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi iaitu pihak pentadbiran,

    guru dan juga murid. Tiga dimensi pihak luar pula merangkumi sekolah, ibu bapa dan

    juga komuniti dalam masyarakat. Faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor

    dalaman sekolah ini mempunyai pengaruh yang besar dalam menangani isu

    pembelajaran matematik tamabahan ini walaupun matapelajaran ini tidak diambil oleh

    keseluruhan pelajar di sekolah.

    Di peringkat pentadbiran pula, seorang pengetua boleh menentukan kejayaan

    atau kegagalan sesebuah sekolah berdasarkan gaya kepimpinan masing-masing.

    Konsep kerjasama dalam interaksi antara pihak-pihak yang terbabit dalam komuniti

    sekolah amat perlu untuk mengatasi masalah ini. Pengetua harus mempunyai interaksi

    yang positif dengan guru-guru yang mengajar matapelajaran matematik tambahan.

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    11/16

    KPS 4043 |2013

    Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anaka ke sekolah agama ini lebih

    mengharapkan kecemerlangan dalam bidang agama dan pencapaian akademikterutama berkaitan isu ini juga tidak berapa dipandang. Jika masalah pembelajaran

    matematik tambahan ini hendak diatasi dengan berkesan, sokongan dari pihak luar

    terutama ibu bapa juga adalah penting. Untuk itu, PIBG misalnya perlu membantu

    pihak sekolah mewujudkan program-program untuk mengatasi masalah ini.

    Keseluruhannya jalinan interaksi adalah semakin penting. Pihak sekolah tidak

    boleh mengasingkan diri daripada masyarakat sekitar. Pada hari ini, pelbagai masalah

    sosial yang melanda para pelajar tidak mungkin dapat diselesaikan secara persendirian

    oleh pihak sekolah.

    3.3 Kelas Sosial, Etnik dan Gender

    Kelas sosial para pelajar selalu dikaitkan dengan kelakuan dan

    pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Dengan kata lain latar belakang sosioekonomi

    mempunyai korelasi terhadap masalah ini. Ramai ahli sosiologi pendidikan Barat

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    12/16

    KPS 4043 |2013

    Namun dalam masyarakat Malaysia, setakat ini masalah perkauman tidak

    dilihat sebagai faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik dan bukanfaktor utama yang mengganggu pengajaran-pembelajaran bilik darjah. Setakat ini

    tidak pemah ditimbulkan sesebuah sekolah mendiskriminasikan mana-mana etnik

    ataupun tidak banyak bukti yang menunjukkan terdapat guru secara aktif mempunyai

    sikap etnosentrik dan memandang rendah etnik lain.

    Akan tetapi, pelajar-pelajar di sekolah agama ini boleh dikatakan semuanya

    adalah dari kaum melayu. Tidak wujud persaingan yang sihat diantara kaum yang

    lain. Matematik amat sinonim dengan kaum cina dan situasi di sekolah menengah

    harian biasa bnyak menunjukkan kecemerlangan pelajar lain mampu meningkatkan

    daya saing di kalangan pelajar melayu. Akan tetapi, situasi seperti ini jarang dilihat di

    kalangan pelajar sekolah agama

    Seterusnya ialah isu perbezaan dan sudut gender. Diskriminasi gender

    melibatkan penafian peluang, peranan atau ganjaran berasaskan jantina. Ia mungkin

    diamalkan oleh individu, institusi, undang-undang, peraturan-peraturan dan

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    13/16

    KPS 4043 |2013

    4.0 PENUTUP

    Masalah pembelajaran matematik tambahan di kalangan pelajar sekolah

    agama ini memerlukan perhatian dari seluruh pihak dan tidak hanya bergantung pada

    guru matapelajaran semata-mata. Perhatian yang serius daripada pihak pentadbiran

    sekolah dan juga sokongan dari masyarakat setempat amat diperlukan bagi mengatasi

    masalah ini. Ini kerana, kegagalan dalam matapelajaran ini akan memberi kesan yang

    serius kerana matapelajran ini menjadi penentu ukur untuk melanjutkan pelajaran ke

    peringkat yang lebih tinggi dalam bidang sains. Selain itu, pelajar itu sendiri perlu

    mempunyai motivasi dan usaha yang lebih untuk memperbaiki diri.

    Elemen terpenting dalam isu masalah pembelajran matematik tambahan ini

    adalah pelajar itu sendiri. Tambahan pula, dengan sistem pembelajaran matematik

    tambahan yang menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak

    difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya

    membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali

    membuat pelbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    14/16

    KPS 4043 |2013

    Dewey (1859) melalui bukunya The School and Society (1899) dan The

    Child and The Curriculum (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaranberbentuk pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa

    kini baik dari segi teori mahupun dari segi praktiknya. Oleh yang demikian, pedagogi

    yang betul ialah dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan

    bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang

    pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang. Pengaruh guru terhadap

    pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan guru dalam merancang

    strategi pengajaran dengan baik amat perlu. Begitu juga dengan perhatian yang serius

    daripada pihak pentadbiran sekolah dan juga sokongan dari masyarakat setempat amat

    diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    15/16

    KPS 4043 |2013

    5.0 RUJUKAN

    Liew Su Tim (1983), Pengajaran matematik disekolah Malaysia, Shah Alam:

    Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

    Salhah Abdullah (2009), Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

    Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad (2007), Trend Pengajaran

    Dan Pembelajaran Matematik, Kuala Lumpur : Utusan Publications and

    Distributors Sdn. Bhd

    Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukur (2008), Siri

    Pendidikan Guru : Psikologi Pendidikan, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Diane H. Tracey, Lesley Mandel Morrow (2012),Lenses on Reading, Second Edition:

    An Introduction to Theories and Models, New york: Guilford Press

    Roslina bt. Razali (2007), Thesis Masters : Kepemimpinan pengetua dalam

    pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan ICT

    Amir Hasan Dawi (2009). Sekolah dan Masyarakat, Tanjong Malim: Quantum Book

    John Dewey (1859), The Child and the Curriculum: Including the School and Society,

  • 7/23/2019 Kps 4043 - Masalah Pembelajaran Matematik Tambahan

    16/16

    Lampiran 1

    BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %

    2012 100 100 4 4.0 13 13.0 14 14.0 13 13.0 16 16.0 14 14.0 5 5.0 13 13.0 7 7.0 1 1.0 99 99.0 4.00 +0.10

    2011 93 93 0 0.0 19 20.4 9 9.7 11 11.8 17 18.3 6 6.5 10 10.8 16 17.2 4 4.3 1 1.1 92 98.9 4.10 +0.68

    2010 92 92 0 0.0 6 6.5 11 12.0 13 14.1 14 15.2 13 14.1 6 6.5 18 20.0 9 9.8 2 2.2 90 97.8 4.78 +0.72

    2009 104 104 2 1.9 9 8.7 5 4.8 9 8.7 9 8.7 9 8.7 13 12.5 29 27.9 12 11.5 7 6.7 97 93.3 5.50 -0.90

    2008 76 76 10 13.2 5 6.6 0 0.0 10 13.2 9 11.8 8 10.5 10 13.2 15 19.7 7 9.2 2 2.6 74 97.4 4.60

    2012 48 48 0 0.0 0 0.0 1 2.1 1 2.1 2 5.0 2 5.0 4 8.3 6 12.5 10 20.8 22 45.8 26 54.2 7.65 -0.06

    2011 70 70 0 0.0 0 0.0 0 0.0 0 0.0 2 5.0 5 7.1 7 10.0 15 21.4 18 25.7 23 32.9 47 67.1 7.59 -0.98

    2010 28 28 0 0.0 0 0.0 0 0.0 3 10.7 2 7.1 3 10.7 3 10.7 5 18.0 8 28.6 4 14.3 24 85.7 6.61 +0.09

    2009 28 28 0 0.0 1 3.6 0 0.0 2 7.1 0 0.0 2 7.1 4 1 4.3 7 25.0 10 35.7 2 7.1 2 6 92.9 6.70 -0.10

    2008 23 23 0 0.0 0 0.0 0 0.0 2 8.7 1 4.3 1 4.4 7 30.4 4 17.4 5 21.7 3 13.0 20 87.9 6.60

    MATEMATIK

    TERAS

    MATEMATIK

    TAMBAHAN

    E G9 1-8GPMP

    A- B+ B C+ DMATA PELAJARAN TAHUN

    JUMLAH

    CALON

    A+ A

    Jadual 1.1 :Analisis matapelajaran matematik & matematik tambahan bagi tahun 2008-20012

    Sumber : Majalah an-Nur SMA al-Maidah Addiniah Padang Tengku Edisi 24-27

    SMA AL-MAIDAH ADDINIAH PADANG TENGKU

    KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

    ANALISIS GRED PURATA MATAPELAJARAN

    +/-JUMLAH

    AMBIL

    C