Konsep-konsep Asas Perakaunan

12

Click here to load reader

description

stpm matriks akaun

Transcript of Konsep-konsep Asas Perakaunan

Page 1: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

11

BAB 2

KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

OBJEKTIF

Selepas mempelajari tajuk ini, pelajar akan dapat:

Menjelaskan prinsip perakaunan diterima umum dan kepentingannya.

Menjelaskan konsep-konsep asas perakaunan.

Menganalisis urusniaga perniagaan berdasarkan kepada persamaanperakaunan.

Menjelaskan maksud urusniaga dan kesannya ke atas persamaanperakaunan

Menyediakan catatan bergu mengikut hukum debit dan kredit

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 2: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

12

2.1 PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN DITERIMA UMUN (GENERALLY ACCEPTEDACCOUNTING PRINCIPLE @ GAAP)

Amalan perakaunan adalah berdasarkan kepada peraturan tertentu. Peraturan yang menentukanbagaimana akauntan mengukur, memproses, dan menyampaikan maklumat kewangan dikenalisebagai prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

Prinsip perakaunan ialah peraturan asas yang perlu diamalkan oleh akauntan dalam melakukankerja-kerja perakaunan. Oleh kerana perkembangan dunia perniagaan yang sentiasa berubah,akauntan menghadapi masalah dalam menentukan peraturan-peraturan yang tetap. Perselisihanpendapat para akauntan dapat diselesaikan dengan merujuk kepada Prinsip-prinsip PerakaunanDiterima Umum atau GAAP ini. Ia merupakan standard atau peraturan perakaunan yangdigunakan dalam profesion perakaunan dan perniagaan sebagai panduan untuk menyediakanlaporan kewangan. Undang-undang dan peraturan ini wujud dari pengalaman biasa, peraturanbadan-badan ikhtisas dan juga agensi-agensi kerajaan.

Prinsip ini memberi panduan bagaimana untuk membuat pengukuran dan merekod aktiviti ekonomidan seterusnya cara untuk melaporkannya. Ianya merangkumi konvensyen, konsep, peraturan,prosedur dan garis panduan perakaunan bertujuan untuk menyediakan satu rangka rujukan dalampraktis perakaunan. Dengan berpandukan prinsip ini, situasi yang sama akan diukur, direkod dandilapor dengan cara yang sama oleh semua akauntan.

Prinsip ini perlu supaya maklumat yang dilaporkan dalam penyata kewangan lengkap, bolehdipercayai, boleh difahami serta membolehkan perbandingan dibuat antara penyata kewangantahun semasa dengan penyata kewangan syarikat yang lain bagi tahun yang sama.

2.2 KONSEP-KONSEP PERAKAUNAN

Semua perekodan urusniaga dalam perakaunan adalahh berdasarkan kepada prinsip atau konseptertentu. Konsep-konsep, prinsip-prinsip, andaian-andaian dan kekangan perakaunan yang pentingmenurut GAAP akan dibincangkan di bawah ini.

2.2.1 Kos Sejarah (Historical Cost)

Semua aset tetap perniagaan perlu direkodkan pada harga belian atau harga kos aset tersebutketika diperolehi. Konsep ini merupakan asas untuk menilai aset kerana nilai kos adalah lebihobjektif dan boleh dibuktikan dengan dokumen yang tertentu. Aset tidak direkodkan pada nilaisemasa atau nilai pasaran kerana ia adalah subjektif dan berubah-ubah mengikut pasaran.

Contoh:Perniagaan Laila membeli sebuah bangunan dengan harga RM 50,000 pada 8 Ogos 2001. Hargapasaran bangunan tersebut telah meningkat kepada RM 65,000 pada keesokan hari. Pada bila-bilamasa pun Perniagaan Laila perlu melaporkan bangunan tersebut pada harga belian iaituRM 50,000.

2.2.2 Pengukuran Wang Stabil (Monetary Unit)

Peristiwa perakaunan atau urusniaga perakaunan perlu diukur dalam ukuran nilai matawangnegara berkenaan. Oleh yang demikian, hanya urusniaga yang boleh diukur dengan wang sahajayang akan direkodkan dalam buku rekod perniagaan. Konsep ini turut mengandaikan wangmempunyai nilai yang stabil.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 3: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

13

Contoh:Suatu urusniaga telah berlaku dalam sebuah perniagaan tetapi nilainya dalam wang tidak dapatdipastikan. Akauntan perniagaan tersebut telah membuat keputusan untuk tidak merekodurusniaga tersebut sehingga nilai dalam wang dapat dipastikan. Adakah tindakan akauntantersebut betul? Kenapa?

Penyelesaian:Tindakan akauntan itu betul kerana pelaporan urusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalambentuk nilai wang yang tepat.

2.2.3 Entiti Berasingan (Separate / Business Entity)

Konsep ini mengandaikan perniagaan dengan pemiliknya adalah dua entitiyang berbeza tidak kirasamada perniagaan berbentuk perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat. Perakaunanmenganggap bahawa setiap entity perniagaan memiliki aset sendiri dan menanggung hutangdalam perniagaan secara berasingan dari pemiliknya. Begitu juga hasil dan belanja. Oleh yangdemikian, proses perakaunan hanya berkenaan dengan perekodan urusniaga yang dialami olehfirma sahaja. Dengan ini hasil operasi dan kedudukan kewangan entiti dapat ditentukan.

Bagi perniagaan tunggal dan perkongsian, dari segi perakaunan, kedua-dua jenis pemilikanperniagaan ini adalah berasingan daripada perniagaan. Tetapi dari pada segi perundangan,pengasingan sebegini tidak wujud iaitu pemilik bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segalahutang yang ditanggung oleh perniagaan. Ini bermakna, jika perniagaan tidak mampu menjelaskanhutang, pemilik bertanggungjawab menjelaskan hutang tersebut dengan aset peribadinya.

Contoh:Encik Hassan membeli sebuah kenderaan untuk kegunaan peribadi isterinya. Beliau telahmerekodkan pembelian ini ke dalam buku rekod perniagaannya. Selain itu semua perbelanjaanpetrol untuk kereta tersebut turut direkodkan dalam buku perniagaan. Adakah tindakan EncikHassan menepati mana-mana konsep perniagaan.

Penyelesaian:Encik Hassan tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian aset dan perbelanjaan atasaset tersebut bukan untuk kegunaan perniagaan dan tidak boleh dilaporkan dalam bukuperniagaan.

2.2.4 Usaha Berterusan (Going Concern)

Konsep ini mengandaikan perniagaan terus beroperasi untuk satu tempoh yang panjang dan tidakdapat ditentukan hadnya. Ini bermakna perniagaan akan dapat berniaga dan membuat untuk untuktempoh yang lama. Andaian ini penting untuk menilai aset dan melaporkan kedudukan kewangansesebuah perniagaan di mana perekodan dibuat pada nilai kos dan bukan pada nilai pasaran. Iniadalah kerana aset tetap terutamanya diandaikan akan digunakan secara berterusan dalamoperasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan. Perubahan dalam harga pasaran tidak akanmempengaruhi kegunaan aset.

Contoh:Abu Enterprise membeli sebuah mesin pada harga kos RM 40,000 dengan anggaran jangka hayatmesin tersebut adalah selama 10 tahun. Harga pasaran mesin tersebut adalah RM 44,000. adalahdicadangkan aset ini disusutnilaikan untuk tempoh lima tahun kerana perniagaan dijangkakan akandibubarkan dalam jangkamasa tersebut.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 4: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

14

Penyelesaian:Cadangan tersebut bertentangan dengan konsep usaha berterusan. Mesin perlu direkodkan padanilai RM 40,000 dengan susutnilai selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan beroperasipada satu jangka masa yang tidak boleh ditentukan.

2.2.5 Ketekalan (Consistency)

Konsep ini memerlukan perniagaan mengekalkan semua kaedah yang digunakan. Tujuannyasupaya pelaporan yang adil dan saksama dapat dipersembahkan dan memudahkan perbandinganprestasi kewangan.

Contoh:Syarikat Abadi Berhad menggunakan kaedah garis lurus dalam menilai susutnilai semua aset tetapsyarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian tersebut kepada kaedah bakiberkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan?

Penyelesaian:Syarikat tidak mematuhi konsep ketekalan kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perluditeruskan penggunaan di tahun-tahun berikutnya.

2.2.6 Tempoh Perakaunan (Accounting Period)

Penyata kewangan sesebuah perniagaan disediakan untuk satu tempoh yang tertentu, biasanyasetiap 12 bulan (1 tahun). Namun begitu ada perniagaan yang menyediakan penyata kewanganuntuk setiap enam bulan, empat bulan, dan sebagainya. Konsep ini membolehkan prestasi entitidiukur.

Contoh:Perniagaan Dian telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000. perniagaan ini menutup akaun perniagaansetiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap bulan. Beri komen berkaitan tindakan syarikat inidengan melihat kepada konsep perakaunan yang berkaitan.

Penyelesaian:Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ianya memenuhi konsep tempoh perakaunaniaitu penyata kewangan disediakan yang berkaitan.

2.2.7 Kematerialan (Materiality)

Konsep ini adalah berkaitan dengan prosedur pengkelasan dan persembahan semua maklumatperakaunan dan amaunnya. Sesuatu amaun yang dilaporkan itu mestilah signifikan di mana nilaiyang tidak material seperti nilai sen boleh diabaikan. Penentuan sama ada sesuatu nilai adalahsignifikan atau tidak, bergantung kepada pertimbangan pihak pengurusan. Penentuan nilai adalahdilihat dari segi firma, jenis perniagaan atau saiz perniagaan. Tujuan konsep ini supayapersembahan penyata kewangan perniagaan itu adalah lebih kemas dan teratur.

Contoh:Syarikat Untung Selalu membeli dua buah peralatan. Harga peralatan A ialah RM 10 manakalaperalatan B ialah RM 10,000. usia guna kedua-dua peralatan ini dijangkakan selama 10 tahun.Syarikat bercadang kedua-dua peralatan ini disusutnilaikan selama 10 tahun. Beri komen terhadapcadangan tersebut dengan berpandukan kepada konsep perakaunan yang berkaitan.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 5: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

15

Penyelesaian:Mengikut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan yangberharga RM 10. Oleh itu peralatan bernilai RM 10 lebih baik dilaporkan sebagai belanja untuktahun berkenaan. Sementara peralatan bernilai RM 10,000 adalah material untuk disusutnilaikanselama 10 tahun.

2.2.8 Realisasi (Realisation)

Konsep ini menyatakan hasil hanya akan diiktiraf jika ianya benar-benar diperolehi. Untukmemastikan bahwa sesuatu hasil itu berlaku ianya hendaklah mematuhi kriteria berikut:

1. barang atau perkhidmatan diberi (berlaku urusniaga)2. pembeli sanggup membayar harga barang atau perkhidmatan3. pembeli pada situasi berupaya untuk membayar4. kestabilan nilai mata wang

Oleh yang demikian, realisasi tidak berlaku apabila pesanan diterima atau apabila menerimapendahuluan daripada pelanggan atas barang atau perkhidmatan yang diberikan.

Contoh:Encik Shamu adalah seorang pengedar buah tembikai. Beliau telah menerima tempahan untukmembeli 100 biji buah tembikai daripada seorang pelanggan. Beliau telah merekod tempahantersebut dan mengiktiraf hasil tersebut pada tarikh tempahan dibuat oleh pelanggan. Beri komenanda dengan berpandukan kepada konsep yang berkaitan.

Penyelesaian:Encik Shamu tidak boleh mengiktiraf tempahan tembikai itu sebagai hasil kerana urusniaga belumberlaku. Tindakan beliau bercanggah dengan konsep realisasi.

2.2.9 Pemadanan (Matching Principle)

Konsep ini memerlukan belanja direkodkan dalam tempoh perakaunan di mana ianya telahdilibatkan bagi memperolehi sesuatu hasil perniagaan. Tujuannya adalah untuk membolehkanperniagaan mengetahui jumlah sebenar hasil dan belanja untuk sesuatu tempoh perakaunan.Dengan itu untung atau rugi untuk tempoh tersebut dapat ditentukan.

Contoh:Pemilik sebuah perniagaan mendapati bahawa perniagaan tersebut akan mengalami kerugian.Beliau telah mengarahkan akauntan syarikat mengurangkan pelaporan belanja elektrik dan tidakmelaporkan belanja susutnilai tahun berkenaan. Pada pendapat anda, adakah akauntanberkenaan patut mengikut kehendak pemilik perniagaan dengan berpandukan konsep perakaunanyang berkaitan.

Penyelesaian:Akauntan tersebut tidak patut mengikut kehendak pemilik perniagaan kerana ianya bertentangandengan konsep pemadanan. Perbelanjaan tersebut perlu dilaporkan bagi menunjukkan kedudukankewangan yang sebenar dan ianya berkait dengan hasil yang diperolehi pada tahun berkenaan.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 6: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

16

2.2.10 Konservatisma (conservatism)

Konsep ini menekan kepada sikap cuba mengambilkira kemungkinan kerugian berlaku. Oleh ituakauntan akan sentiasa memastikan bahawa aset, hasil dan keuntungan tidak terlebih nyata danliabiliti, belanja serta kerugian tidak terkurang nyata. Doktrin ini biasa diamalkan dalam:-

- menilai inventori (pada harga kos atau pasaran mana yang lebih rendah)- memperuntukkan hutang lapuk- memperuntukkan susutnilai

2.2.11 Pendedahan Penuh (Fully Disclosure)

Konsep ini memerlukan penyata kewangan dilaporkan secara jujur dengan mendedahkan semuafakta penting yang berlaku dengan organisasi. Ini bermakna penyata kewangan yang disediakanperlu memuatkan semua maklumat yang diperlukan. Penyata kewangan perlu menunjukkansemua asas perakaunan yang digunakan dalam memperolehi nilai item-item yangdipersembahkan. Jika terdapat sebarang perubahan dalam menggunakan polisi perakaunan, ianyaperlu dinyatakan dengan jelas dan diberikan alasan kepada perubahan tersebut. Ini bolehditunjukkan sebagai nota kepada akaun. Tujuan konsep ini supaya tidak wujud penyembunyianfakta-fakta penting.

Contoh:Syarikat Takrugi telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikattidak mendedahkan perkara tersebut dalam penyata kewangan bagi tempoh berkenaan.

Penyelesaian:Tindakan mengubah kaedah penilaian stok tanpa mendedahkan dalam penyata kewangan adalahtidak memenuhi konsep pendedahan penuh. Tujuan konsep ini supaya pengguna maklumat tahuakan sebarang perubahan yang dalam penyata kewangan.

2.2.12 Keobjektifan (Objectivity)

Konsep ini menekan kepada keobjektifan sesuatu rekod dan penyata yang disediakan. Ianyabermaksud semua data perakaunan haruslah mempunyai bukti yang sah untuk menyokongurusniaga. Bukti-bukti ini terdiri daripada kontrak sah, invois, cek, resit, kad jaminan pekerja dandokumen-dokumen lain.

Tujuan konsep ini adalah untuk:1. mengelak daripada akauntan memberikan pendapat berdasarkan kepada perkara

yang subjektif dan tidak tepat.2. memastikan semua perekodan dibuat adalah tepat dan sentiasa disokong oleh bukti

dan tidak boleh dipertikaikan lagi.3. menyakinkan pengguna bahawa perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang

disediakan adalah boleh dipercayai, sahih, tepat, benar dan saksama.

Contoh:Syarikat Awal Maju mempraktik satu dasar di mana hanya urusniaga secara kredit dikeluarkaninvois manakala urusniaga tunai tiada sebarang dokumen dikeluarkan. Adakah tindakan syarikatini boleh diterima?

Penyelesaian:Syarikat tidak mematuhi konsep keobjektifan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disokongdengan dokumen yang berkaitan. Pengeluaran dokumen memudahkan perekodan dibuat.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 7: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

17

2.3 PERSAMAAN PERAKAUNAN (ACCOUNTING EQUATION)

Sistem perakaunan secara keseluruhan dibentuk berdasarkan satu persamaan perakaunan yangringkas dan mudah. Persamaan perakaunan adalah perimbangan antara bahagian aset dan ekuiti.Aset merupakan sumber yang dimiliki oleh perniagaan. Ekuiti merupakan hak atau tuntutan ke atassumber tersebut. Hubungan ini digambarkan seperti di bawah:

Tuntutan ke atas sumber atau aset boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu tuntutan olehkreditor dan tuntutan oleh pemilik-pemilik dikenali ekuiti pemilik. Persamaan di atas bolehdipecahkan seperti di bawah:

Persamaan ini dikenali sebagai persamaan perakaunan. Persamaan ini membawa maksud asetmerupakan sumber yang dimiliki oleh perniagaan untuk digunakan bagi tujuan perniagaan tertentu.Aset ini dibiayai oleh pemiutang dan pemilik perniagaan itu sendiri. Persamaan perakaunan iniadalah asas utama kepada penyediaan semua rekod-rekod perakaunan. Semua catatanperakaunan untuk urusniaga perlu mengekalkan keseimbangan persamaan perakaunan.Persamaan ini jika mengambil kira hasil, belanja dan ambilan adalah seperti di bawah:

ASET LIABILITI EKUITI PEMILIKAset semasaAsset tetap

= Liabiliti semasaLiabiliti jangka panjang

+ Modal- Ambilan+ Untung (Hasil – Belanja)

2.3.1 Pengkelasan akaun (Accounts Classification)

Akaun-akaun boleh dijelaskan kepada lima kumpulan iaitu :-

2.3.1.1 Aset (Asset)

Aset ialah sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah entiti perniagaan. Sumber ini bolehmemberi faedah bagi mengendalikan aktiviti entiti pada masa hadapan atau dijual kepada pihakketiga. Aset boleh berbentuk fizikal seperti wang tunai, barangniaga, tanah dan mesin atau bukanfizikal seperti hak cipta, paten dan muhibah. Aset berbentuk fizikal (nyata) terbahagi kepada duaiaitu aset tetap dan aset semasa. Aset tetap tidak berubah dalam jangkamasa yang pendek sepertiperabot, kenderaan dan tanah, manakala aset semasa boleh berubah dalam jangkamasa yangpendek seperti tunai, akaun belum terima dan inventori. Kumpulan aset yang perlu diketahuidiperingkat matrikulasi ialah.

ASET SEMASA (Current Asset) ASET NYATA (Tangible Asset)

ASET TETAP (Fixed Asset)

ASET TIDAK NYATA (Intangible Asset)

ASET = EKUITI

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 8: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

18

2.3.1.2 Liabiliti (Liability)

Liabiliti ialah jumlah hutang atau tanggungan oleh perniagaan kepada pemiutang yang perludijelaskan sama ada dengan wang, barangniaga ataupun perkhidmatan. Liabiliti terbahagi kepadadua iaitu liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang. Liabiliti semasa adalah hutang yang bolehdijelaskan dalam jangkamasa yang pendek seperti akaun belum bayar, belanja-belanaja belumbayar dan hasil belum terperoleh. Liabiliti jangka panjang merupakan hutang yang besar dan bolehdijelaskan dalam jangkamasa yang panjang iaitu melebihi setahun dan melewati 5 hingga 10 tahunseperti gadaijanji, pinjaman jangka panjang dsb.

LIABILITI SEMASA (Current Liability) LIABILITI JANGKA PANJANG (Long- term Liability)

2.3.1.3 Ekuiti (Equity)

Ekuiti merupakan hak milik pemilik perniagaan yang digunakan oleh sesebuah perniagaan dalammelaksanakan operasinya. Penjanaan HASIL serta UNTUNG akan menyebabkan ekuiti meningkatdan BELANJA yang berlaku ketika menjalankan hasil tersebut, RUGI serta AMBILAN akanmengurangkan ekuiti.

Kompenen EKUITI terdiri daripada.

MODAL + UNTUNG – AMBILAN = dipanggil Modal AkhirAtau MODAL – RUGI – AMBILAN

Dan jika UNTUNG atau RUGI ialah = HASIL – BELANJA

MakaEKUITI juga boleh digambarkan seperti berikut:-

2.3.1.4 Hasil (Revenue)

Hasil ialah penambahan nilai ekuiti, yang merupakan objektif utama operasi sesebuah perniagaanSpesifikasi HASIL mengikut jenis firma adalah seperti berikut:

Firma HASILPERKHIDMATAN Hasil perkhidmatanPERDAGANGAN JualanPERKILANGAN Jualan

Bagi mana-mana jenis firma, kadangkala terdapat juga aktiviti sampingan yang menjanakan hasil-hasil sampingan contohnya HASIL SEWA, HASIL FAEDAH, dan lain-lain. Jika sesuatu hasil itubelum diterima wangnya tetapi perkhidmatan telah diberi atau barangan telah dijual, ianyadiletakkan di bawah kumpulan ASET dalam Akaun Belum terima. Jika wang bagi sesuatu hasiltelah diterima, sedangkan perkhidmatan belum diberi atau barangan belum dijual, ianya diletakkandibawah kumpulan LIABILITI dalam bentuk Akaun Belum Terperoleh.

EKUITI = MODAL + (HASIL – BELANJA) - AMBILAN

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 9: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

19

2.3.1.5 Belanja (Expense)

BELANJA merupakan segala pembayaran yang berlaku dalam proses menjanakan HASIL dalamsesuatu tempoh perakaunan. BELANJA merupakan pengurangan kepada nilai ekuiti danseharusnya dikawal supaya pengurangan tersebut tidak terlalu besar sehingga melebihi HASIL.Jika sesuatu BELANJA itu belum berlaku, tetapi wang untuk tujuan tersebut telah dibayar, iadiletakkan di bawah kumpulan ASET dalam bentuk PRABAYAR, contohnya, Belanja InsuranPrabayar, Belanja Sewa Prabayar dsb.

Jika sesuatu BELANJA itu telah berlaku dan wangnya belum dibayar, ia diletakkan di bawahkumpulan LIABILITI dalam bentuk BELUM BAYAR atau terakru, contohnya Belanja Sewa Bayar,Belanja Faedah Belum Bayar dll.

2.3.2 Analisa Urusniaga (Transaction Analysist)

Sebelum urusniaga direkodkan, ia perlu dianalisa terlebih dahulu bagi menentukan bentuk rekodperakaunan yang bersesuaian. Analisa urusniaga dibuat berdasarkan kepada persamaanperakaunan. Terdapat tiga langkah yang harus diikuti iaitu:

Langkah 1 Baca dan teliti urusniagaLangkah 2 Tentukan akaun, pengkelasan dan kesan urusniagaLangkah 3 Periksa persamaan perkaunan untuk imbangan.

Jika tidak seimbang, kesilapan mungkin berlaku pada langkah 1atau 2

Urusniaga-urusniaga perniagaan akan mempengaruhi elemen-elemen dalam persamaanperniagaan, namun ia masih mematuhi konsep persamaan perakaunan. Setiap urusniaga bolehdianalisa secara pemerhatian ataupun dengan menggunakan jadual analisa urusniaga.

Contoh analisa urusniaga bagi situasi berikut:-

Situasi : Pelaburan oleh pemilikUrusniaga : Adam telah melabur RM 15,000 tunai ke dalam sebuah perniagaan.Analisa : Urusniaga ini menyebabkan pertambahan kepada jumlah aset dan

pertambahan kepada jumlah ekuiti pemilik sebanyak RM 15,000Jadual Analisa Urusniaga :

Bil Aset = Liabiliti + Ekuiti PemilikTunai Modal, Adam15,000 15,000

Pelaburan

Melalui analisa ini, selepas urusniaga berlaku, terbukti konsep persamaan perakaunan tetapdipatuhi

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 10: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

20

2.3.2.1 Analisa Urusniaga Melalui Penyediaan Jadual Analisa Urusniaga

Contoh:Berikut adalah aktiviti Adam sepanjang bulan Oktober 2002

1. Adam telah melabur RM 15,000 tunai bagi memulakan perniagaan memberi tusyenpersendirian dengan nama Tutor Elit Ent.

2. Membeli peralatan komputer secara kredit berjumlah RM 7,000.3. Membeli kertas komputer dan bekalan pejabat lain secara tunai berjumlah RM 1,6004. Adam menerima RM 1,200 tunai daripada pelanggan bagi perkhidmatan diberi.5. Adam membayar kepada syarikat pengiklanan sebanyak RM 500 setelah syarikat

tersebut menyediakan brosur mengenai Tutor Elit Ent.6. Menghantar bil kepada pelanggan bagi perkhidmatan yang telah diberikan bernilai

RM 1,500.7. Menerima bil sewa pejabat bagi bulan semasa sebanyak RM400.8. Membayar gaji kerani bagi bulan semasa sebanyak RM800.9. Adam telah mengeluarkan RM1,200 bagi kegunaan peribadi.

Dikehendaki:-

1. Sediakan Jadual Analisa Urusniaga bagi semua urusniaga di atas dan buktikanbahawa persamaan perakaunan dipatuhi selepas urusniaag terakhir.

2. Bagi bulan berakhir 31 Oktober 2002, sediakan:-a. Penyata Pendapatanb. Penyata Ekuiti Pemilikc. Kunci Kira-kira

TUTOR ELIT ENT.JADUAL ANALISA URUSNIAGA

Bagi bulan berakhir 31 Oktober 2002Bil Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tunai Peralatan Bekalan Akaun BelumTerima

Akaun BelumBayar

Modal, Adam

1 15,000 15,000pelaburan

2 7,000 7,0003 (1,600) 1,6004 1,200 1,200

hasil perkhidmatan5 (500) (500)

belanja iklan6 1,500 1,500

hasil perkhidmatan7 400 (400)

belanja sewa8 (800) (800)

belanja gaji9 (1,200) (1,200)

ambilanBakiakhir 12,100 7,000 1,600 1,500 7,400 14,800

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 11: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

21

RM22,200 = RM22,200

2. a) Penyata PendapatanTUTOR ELIT ENT.

PENYATA PENDAPATANBagi bulan berakhir 31 Oktober 2002

Pendapatan :Hasil perkhidmatan RM2,700

Perbelanjaan :Belanja Iklan RM500Belanja Sewa 400Belanja Gaji 800

Jumlah perbelanjaan ( 1,700 )Pendapatan Bersih RM1,000

b) Penyata Ekuitit PemilikTUTOR ELIT ENT.

PENYATA EKUITI PEMILIKBagi bulan berakhir 31 Oktober 2002

Modal awal RM –0—Pelaburan RM 15,000+ pendapatan Bersih 1,000

16,000- Ambilan (1,200)Modal Akhir RM14,800

c) Kunci Kira-kiraTUTOR ELIT ENT.KUNCI KIRA-KIRA

Pada 31 Oktober 2002ASET

Aset Semasa:Tunai RM12,100Bekalan 1,600Akaun Belum Terima 1,500

Jumlah Aset Semasa RM15,200

Aset TetapPeralatan 7,000

JUMLAH ASET RM22,200

LIABILITI DAN EKUITI

Liabiliti SemasaAkaun Belum Bayar RM7,400

EkuitiModal Akhir 14,800

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 12: Konsep-konsep Asas Perakaunan

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

22

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI RM22,200

2.4 SISTEM CATATAN BERGU (DOUBLE ENTRY SYSTEM)

Sistem catatan bergu adalah satu sistem yang melibatkan catatan debit dan kredit dalam akaunperniagaan. Perkataan debit dan kredit berasal daripada bahasa Latin yang disebut debito dankredito yang bermakna kiri (debit) dan kanan (kredit).

Debit -catatan sebelah kiri akaun TKredit -catatan sebelah kanan akaun T

2.4.1 Akaun T

Debit NAMA AKAUN Kredittarikh butiran amaun tarikh Butiran amaun

2.4.2 Hukum Debit dan Kredit (Debits and Credits)

Peraturan merekod dalam sistem catatan bergu adalah seperti berikut:

Akaun Merekod CatatanPeningkatan DebitAset Pengurangan KreditPeningkatan KreditLiabiliti Pengurangan DebitPeningkatan KreditEkuiti Pengurangan DebitPeningkatan KreditHasil Pengurangan DebitPeningkatan DebitBelanja Pengurangan Kredit

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online