Kk

33
1. 0 Pengenalan Penulisan boleh dikatakan sebagai kegiatan merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis untuk disimpan atau digunakan pada masa hadapan.Dilakukan secara spontan atau terancang.Penulisan yang baik dan sempurna akan melibatkan beberapa faktor seperti isi atau fakta, gaya dan laras, pengolahan dan bahasa Komunikasi tanpa lisan juga dikenali sebagai "komunikasi tanpa kata merujuk kepada segala aspek pesanan yang tidak diberikan oleh makna literal perkataan. Komunikasi tanpa lisan merangkumi kedua- dua komunikasi bertulis serta komunikasi isan.Jenis komunikasi tanpa lisan yang utama termasuk, kronemik merujuk kepada cara orang menggunakan dan mentafsirkan masa, kinesik merujuk analisis bahasa gerak-geri yang merangkumi air muka, gerak isyarat, postur dan hubungan mata.Paralinguistik merujuk unsur bunyi bagi komunikasi tanpa lisan, proksemik, semiotik, komunikasi objek, haptik atau sentuha, okulesik dan danolfaktik. Budaya, jantina dan status sosial boleh mempengaruhi komunikasi tanpa lisan. ~ 1 ~

description

 

Transcript of Kk

Page 1: Kk

1. 0 Pengenalan

Penulisan boleh dikatakan sebagai kegiatan merakamkan idea,

pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis untuk

disimpan atau digunakan pada masa hadapan.Dilakukan secara spontan atau

terancang.Penulisan yang baik dan sempurna akan melibatkan beberapa faktor

seperti isi atau fakta, gaya dan laras, pengolahan dan bahasa

Komunikasi tanpa lisan juga dikenali sebagai "komunikasi tanpa kata

merujuk kepada segala aspek pesanan yang tidak diberikan oleh makna literal

perkataan. Komunikasi tanpa lisan merangkumi kedua-dua komunikasi bertulis

serta komunikasi isan.Jenis komunikasi tanpa lisan yang utama termasuk,

kronemik merujuk kepada cara orang menggunakan dan mentafsirkan masa,

kinesik merujuk analisis bahasa gerak-geri yang merangkumi air muka, gerak

isyarat, postur dan hubungan mata.Paralinguistik merujuk unsur bunyi bagi

komunikasi tanpa lisan, proksemik, semiotik, komunikasi objek, haptik atau

sentuha, okulesik dan danolfaktik. Budaya, jantina dan status sosial boleh

mempengaruhi komunikasi tanpa lisan.

~ 1 ~

Page 2: Kk

2.0 Pengenalan Kertas Kerja

Kertas kerja tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Namun

begitu, dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working

paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu

penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan.

Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang

yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau

penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil

penyelidikan orang lain.

Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa.

Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas

kerja. Selain itu, cadangan lebih merujuk kepada penyelidikan atau kajian yang

berbentuk akademik. Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentang

sesuatu falsafah, konsep, atau teori iaitu satu hujah akademik tentang sesuatu

pemikiran ataupun pandangan (biasanya dipanggil kertas konsep).

Berbeza dengan kertas kerja, pada umumnya kertas kerja ditulis dengan

tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh

diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan

kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan

sebagainya

 

~ 2 ~

Page 3: Kk

Mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti tentang sesuatu perkara

2.1 Tujuan Penulisan Kertas Kerja

2.2 Format Penulisan Kertas Kerja

~ 3 ~

TUJUAN Kertas kerja

Mendapatkan kelulusan

untuk menjalankan

sesuatu projek

 

Mendapatkan kelulusan

untuk satu peruntukan

kewangan (funding)

Mencadangkan atau

memohon untuk

melaksanakan sesuatu

program atau aktiviti

Page 4: Kk

2.2.1 Penerangan Tentang Format Penulisan Kertas Kerja

~ 4 ~

Jawatankuasa

Pelaksana atau Pihak

yang Terlibat

Implikasi Kewangan

atau Anggaran

Perbelanjaan

Page 5: Kk

a) Pengenalan dan Latar Belakang

Menceritakan sedikit tentang sejarah, isu dan masalah juga

dikemukakan di dalam bahagian ini.

b) Tinjauan Bacaan

Amat digalakkan dimasukkan untuk membuktikan perkara itu boleh

dilaksanakan serta diberi melalui contoh dan data yang diperolehi

daripada pembacaan.

c) Matlamat

Tujuan atau misi pelaksanaan sesuatu aktiviti, program atau projek.

d) Objektif

Menerangkan berkaitan hasil dan harapan daripada penganjuran

atau pelaksanaan sesuatu program.

e) Tema

Memperkatakan isu-isu menarik atau moto berkaitan penganjuran

sesebuah aktiviti.

f)Proses Pelaksanaan

Biasanya disertakan dalam bentuk kronologi dan tunjukkan skedul

atau jadual pelaksanaan.

Menyatakan perancangan awal program seperti tarikh, masa, tempat

serta jumlah penyertaan.

g) Jawatankuasa Pelaksana atau Pihak yang Terlibat

~ 5 ~

Page 6: Kk

Senarai nama ahli atau jawatankuasa yang terlibat dalam

merancang, mengatur dan mengendalikan program atau projek yang

bakal mendapat kelulusan.

h) Implikasi Kewangan atau Anggaran Perbelanjaan

Menyatakan sumber kewangan.

Menunjukkan berapa banyak kos yang diperlukan dan bagaimana

peruntukan itu hendak dibelanjakan secara terperinci.

Anggaran perbelanjaan memainkan peranan penting bagi

meyakinkan penaja yang menghulurkan sumbangan atau bantuan.

i)Keputusan dan Perbincangan

Menerangkan sumbangan kepada jabatan, negeri dan negara.

Mengemukakan hanya perkara yang positif dan mengelakkan

pernyataan negatif.

j)Penutup atau Kesimpulan

Menegaskan semula tentang tujuan dan matlamat kertas kerja ini

serta kebaikannya.

Merumuskan secara ringkas tentang isu penting yang diketengahkan

dalam kertas kerja ini.

k) Bibliografi dan Lampiran

Menyenaraikan bahan rujukan seperti yang dinyatakan dalam teks

dengan format yang lazimnya diterima pada peringkat antarabangsa.

Menyertakan lampiran atau apendiks sebagai bahan bukti.

2.3 Panduan Menulis Kertas Kerja

~ 6 ~

Page 7: Kk

Menyatakan tajuk atau judul kertas kerja

Mematuhi format lazim sebuah kertas kerja akademikMenggunakan fon Times New Roman / Arial saiz 12

Pengenalan dan latar belakang biasanya dihadkan kepada 1 perenggan sahaja dan mengandungi 120 perkataanKepanjangan kertas kerja biasanya dihadkan kepada 4 halaman A4 dan bercetak langkau sebaris

Menulis dalam Bahasa Melayu, kecuali untuk pihak yang tertentu

~ 7 ~

Panduan menulis kertas kerja

Page 8: Kk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,

KM 7.75 JALAN KLUANG,

83009 BATU PAHAT,JOHOR DARUL TAKZIM

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL,

KUALA LUMPUR

1. LATAR BELAKANG

Lawatan sambil belajar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil adalah merupakan satu

usaha ke arah meningkatkan prestasi murid dari segi kualiti dan kuantiti

secara berterusan dalam bidang kokurikulum dan permainan khususnya bola

jaring.

2. MATLAMAT

Melalui lawatan sambil belajar ini diharapkan dapat membantu dan

menyumbang ke arah kecemerlangan para pelatih Institut Pendidikan Guru

Malaysia Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat dalam permainan bola jaring.

3. OBJEKTIF

1. Melahirkan para pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun

Hussein Onn,Batu Pahat yang mahir dalam permainan bola jaring.

~ 8 ~

Page 9: Kk

2. Memberi kesedaran para pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat kepada betapa pentingnya

melibatkan diri dalam permainan dalam kehidupan harian.

3. Menanam minat terhadap permainan bola jaring dalam kalangan para

pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn,Batu

Pahat

4. TEMA

”MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

5. PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 28 Mac 2009

5.2 Masa : 7 pagi hingga 9 malam

5.3 Tempat : Sekolah Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur

5.4 Jumlah Peserta : 42 Orang

5.5 Fasilitator : Guru- guru Penasihat Bola Jaring

1. Pn. Sarah Bt Yakob

2. Cik Amy Mastura Bt Hj Atan

3. Pn. Norjuma Bt Mohamad

4. Pn.Wardina Bt Ramli

6. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Siti Nurheliza Bt Zainuddin

Timbalan : Erra Fazirah Bt Othman

Setiausaha : Syarifah Aini Bt Syed Mahfuz

~ 9 ~

Page 10: Kk

Bendahari : Ramlah Bt Mohd Ram

AJK : 1. Zarina Bt Andul Halim

2. Dayang Nurfaizah Bt Furmansyah

3. Waheeda Bt Zulkifli

4. Kris Meranti Bt Baharom

7. PERBELANJAAN KEWANGAN

Makanan Peserta : RM 485.00

JUMLAH : RM 485.00

SUMBER KEWANGAN

1. Sumbangan Pengangkutan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat.

2. Yuran Peserta : RM15.00 Seorang

8. ATURCARA

MASA ATURCARA

7.00 PG Bertolak dari IPGM Kampus Tun Hussein

Onn ke Sekolah Sukan Bukit Jalil

10.30 PG Slot 1 - Perkenalan antara guru dan

~ 10 ~

Page 11: Kk

pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil.

11.00 PG Kudapan

11.30 PG Slot 2 - Proses pengajaran tentang teori

dan kemahiran bermain bola jaring.

1.30 TGH HARI Makan Tengah Hari dan bersurai dari

Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bertolak ke

Gunung Ledang

5.00 PTG Tiba di Gunung Ledang

-Beriadah

7.00 MALAM Bersurai dan bertolak balik ke IPGM

Kampus Tun Hussein Onn

9. LAMPIRAN

SYARIFAH AINI BT SYED MAHFUZINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,KM 7.75,JALAN KLUANG,BATU PAHAT,JOHOR DARUL TAKZIM.

SETIAUSAHA SUKAN,SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL,

~ 11 ~

Page 12: Kk

KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL,57000 KUALA LUMPUR 08 FEBRUARI 2009

Tuan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku setiausaha permainan bola jaring Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussien Onn dengan berbesar hati ingin meminta izin untuk membuat lawatan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

2. Tujuan kami ingin melawat ke Sekolah Sukan Bukit Jalil adalah kerana ingin merapatkan hubungan guru pelatih dengan pelajar. Selain itu, kami juga ingin mempelajari dengan lebih mendalam tentang teori pembelajaran dan kemahiran permainan bola jaring.

3. Saya memilih sekolah ini kerana pelajarnya mempunyai kemahiran yang mendalam dalam sukan dan mampu untuk menanamkan minat permainan sukan bola jaring kepada guru pelatih.

Masa dan tempat adalah seperti berikut: -

Tarikh : 28 MAC 2009Masa : 7.00 pagi hingga 2.00 petangTempat : Sekolah Sukan Bukit Jalil

4. Kerjasama dari pihak Tuan saya dahului dengan ucapan penghargaan dan terima kasih.

Sekian.

” MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

________Syarifah Aini________

( SYARIFAH AINI BT SYED MAHFUZ )Setiausaha Exco Pelaksana Kursus Bola Jaring,IPGM Kampus Tun Hussein Onn

~ 12 ~

Page 13: Kk

3.0 Pengenalan Laporan

Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepada prinsip-

prinsip pemikiran kritis, perancangan, dan organisasi yang digunakan dalam

menghasilkan satu dokumen yang kompleks. Anda mungkin bertanya mengapa

laporan perlu ditulis? Ini ialah sebahagian daripada jawapan yang dapat

diutarakan:

Mengenal pasti masalah .

Memberi maklumat dan fakta

Mencadangkan penyelesaian

Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan

Membuat kesimpulan

~ 13 ~

Page 14: Kk

Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti

Membuat rekod sesuatu peristiwa

Menganalisis aktiviti perniagaan

Mensintesis sesuatu pelan tindakan

Mennghuraikan sesuatu peristiwa,prosedur,tindakan dan lain-lain

Persembahan

Sebelum menulis kertas laporan anda perlu sedar bahawa kertas

laporan membentangkan apa yang telah dilakukan. Oleh itu tumpuannya

adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuan asal kertas

cadangan kajian atau kertas kerja diadakan.

Laporan digunakan dengan meluas untuk memaklumkan perkembangan

atau pelaksanaan projek kepada sesuatu pihak serta untuk menyampaikan

maklumat tentang kejayaan dan kegagalan sesuatu perkara. Laporan juga

memberi asas untuk membuat keputusan dan melaksanakan tindakan.

3.1 Jenis-jenis Laporan

~ 14 ~

Jenis – jenis

Laporan

Laporan Mesyuarat

Laporan KajianLaporan Akhbar

Page 15: Kk

a) Laporan mesyuarat adalah laporan yang mengutamakan konsep yang

berkaitan dengan perbincangan atau perbahasan dan proses yang

berkaitan dengannya. Ciri–ciri laporan mesyuarat adalah:

mempunyai format tertentu

mempunyai gaya bahasa tertentu

laras bahasa juga tersendiri

menggunakan frasa-frasa tertentu

b) Laporan tahunan ialah laporan yang mengutamakan konsep waktu dan

perkembangan positif atau negatif melalui peredaran masa. Ciri–ciri

laporan ini :

pihak pengurusan memerlukan laporan tahunan bagi

menentukan perjalanan sesuatu syarikat

jangka masa setahun

mempunyai format tertentu

~ 15 ~

Laporan Tahunan

Page 16: Kk

gaya dan laras bahasa tersendiri

c) Laporan kajian merupakan pentakrifan, perakuan dan penemuan

merupakan konsep penting dalam laporan kajian. Ciri-ciri laporan ini ialah:

laporan kajian tentang sesuatu perkara

mempunyai tujuan khusus

mempunyai fakta dan bahan kajian tertentu

d) Laporan akhbar adalah suatu bentuk laporan yang tidak mementingkan

ungkapan atau konsep khusus menuntut ilmu. Ciri-ciri laporan berbentuk :

menyebarkan berita seluas-luasnya

mempunyai kendala

ruang terhad

waktu terbatas

mempunyai gaya bahasa tersendiri

3.2 Laporan Mesyuarat

Laporan mesyuarat juga dikenali sebagai minit mesyuarat. Selain itu, ia boleh

juga dikatakan sebagai rakaman tentang apa yang berlaku dalam sesuatu

mesyuarat dan mempunyai struktur tertentu.

3.2.1 Format Penulisan Laporan Mesyuarat

a) Tajuk – nama mesyuarat berkenaan

b) Keterangan tajuk- hari, tarikh,waktu dan tempat mesyuarat

c) Kehadiran - ahli yang hadir

a. yang tidak hadir

b. dengan maaf atau tidak

~ 16 ~

Page 17: Kk

d) Perbincangan – apa yang diperkata dalam mesyuarat sama ada

dibahasakan atau hanya dilaporkan

e) Agenda Mesyuarat

i. pengesahan minit mesyuarat

ii. pindaan minit mesyuarat (jika ada)

iii. perkara berbangkit

iv. perkara yang dibincangkan

v. pernyataan tamat mesyuarat

vi. lampiran jika ada

f) Cara penulisan minit mesyuarat

Secara verbatim – mencatatkan setiap sesuatu yang

diperkatakan oleh ahli yang hadir dan diakhiri dengan

persetujuan yang dicapai.

Laporan inti sari – tidak dicatatkan nama orang yang

mengemukakan pendapat dan butir yang dihujahkan.yang

ditulis hanya pokok perbincangan,ringkasan hujah dan

persetujuan sama ada menerima, menolak atau diambil

perhatian

g) Bahasa laporan mesyuarat

gaya bahasa sendiri

struktur ayat dan ungkkapan khusus

h) Gaya bahasa laporan mesyuarat dan kesannya :

gaya formal

tidak bersahaja

tidak peribadi

padat dan jelas

~ 17 ~

Page 18: Kk

3.2.2 Kesimpulan

3.3 Laporan Tahunan

Laporan sesuatu syarikat/jabatan/badan bagi satu tahun :

takwim

tahun kewangan

dirakamkan perjalanan badan berkenaan dari segi maju

mundurnya, keahliannya, kewangannya, kegiatan dan lain-lain

Gaya bahasa

bersifat huraian dan penjelasan

lazimnya dilakukan mengikut kronologi

rujukan dilakukan berdasarkan detik,tempoh atau jangka masa

tertentu

ungkapan waktu adalah penanda khusus laporan tahunan

Contoh ungkapan

~ 18 ~

KESIMPULAN

Oleh sebab, oleh kerana tidak digunakan

sebaliknya menggunakan

memandangkan bahawa

Tidak menggunakan ganti nama

saya,kami,kita sebaliknya

menggunakan beliau dan mereka

Pemilihan kata - tidak bersikap emosi,tidak

ada bahasa kiasan dan simpulan bahasa

Page 19: Kk

(i) dalam laporan tahun 1983

(ii) dalam tahun 1984

(iii) pada tahun 1983

(iv) dalam tempoh yang sama

(v) pada hujung tahun 1984

(vi) pada awal yahun kewangan

3.3.1 Konsep Waktu

Konsep utama dalam perbandingan iaitu perbandingan pencapaian dari tahun ke

tahun :

i. berbanding dengan tahun 2006

ii. seperti tahun 2005

Oleh sebab ada perbandingan kemajuan dan pencapaian terdapat perkataan

yang merujuk konsep tersebut. Antara ungkapan tersebut ialah:

i. kenaikan, kemajuan,,peningkatan modal,meningkat pada kadar

ii. kemerosotan, merosot,kemelesetan,muram,lembap

Contoh Ayat

Kumpulan telah memperuntukkan rosot nilai berjumlah 6.6 juta ke atas

saham-saham tersiar harga

Dalam tahun 1984, kumpulan telah selesai menyusun semula

syarikat tersebut.

Suasana sektor hartanah yang terus mengalami kemelesetan dalam

tahun 2005 turut mempengaruhi prestasi syarikat.

~ 19 ~

Page 20: Kk

Boleh dikatakan bahawa laporan tahunan sangat nyata menggunakan

konsep waktu. Gaya penulisannya adalah deskriptif – bersifat huraian dan

tidak peribadi.

3.4 Laporan Kajian

a) Takrif – laporan yang dibuat oleh sesuatu jawatankuasa atau lembaga

tertentu untuk mengkaji sesuatu dasar,keadaan dan sebagainya.

b) Laporan dibuat dan kemudian akan diperakukan oleh badan yang lebih

besar.

c) Jawatankuasa ini mempunyai bidang tugas tertentu dan kerjanya dibatasi

oleh bidang tugas ini.

3.4.1 Struktur Laporan – dimulakan dengan takrif bidang tugas

Cara kerja jawatankuasa tersebut

Analisis dan huraian (bhg.paling besar dlm laporan )

Biasanya diletakkan dalam perenggan utama

Lampiran

~ 20 ~

Page 21: Kk

3.4.2 Bahasa Laporan Kajian – tidak ada ciri-ciri laras bahasa yang khusus.

Tidak banyak ungkapan khusus seperti dlm. laporan mesyuarat dan

laporan tahunan.

Sama dengan bahasa ilmiah tidak menggunakan banyak istilah.

Ungkapan digunakan secara berulang-ulang.

3.4.3 Ungkapan Penemuan – menyatakan apa yang diperoleh oleh petugas

Perkataan yang sering digunakan ialah didapati/adalah didapati.

Contoh Ayat

a) Kebanyakan sekolah didapati tidak mempunyai guru muzik, malah jika

ada pun ramai yang tidak berkelayakan

b) Didapati hari ini keadaan pengurusan perpustakaan sekolah kurang

memuaskan.

3.4.4 Ungkapan Memperakukan

Kata maka digunakan sebelum adalah diperakukan untuk mengurangkan

suasana senada.

Kata maka juga memberikan penegasan kepada perakuan yang dibuat.

Contoh Ayat

a) untuk meningkatkan mutu kegiatan pasukan pakaian seragam di sekolah

maka adalah diperakukan supaya guru-guru yang memimpin pasukan

tersebut hendaklah terdiri…………..

b) memandangkan penggunaan bahasa kebangsaan masih tidak

diendahkan maka jawatankuasa yang dilantik hendaklah

bertindak……………

3.4.5 Ungkapan Suruhan

~ 21 ~

Page 22: Kk

3.4.6 Gaya Bahasa

3.5 Kemahiran Membuat Laporan

a) Setelah maklumat diperoleh dan diproses,kesimpulan tentang aspek

yang penting hendaklah dibuat.

b) Kesimpulan atau rumusan adalah untuk memberi penekanan kepada

dapatan penting isu utama, atau pandangan penulis tentang tajuk

berkenaan.

3.6 Panduan Cara Penyampaian

~ 22 ~

Kajian hendaklah dibuat

dan tindakan diambil

bagi melengkapkan pedoman sistem

ejaan baharu, istilah dan tatabahasa.

Penyelidikan dan kajian hendaklah

ditugaskan kepada pihak berwibawa

di DBP.

Mempunyai ciri-ciri

keilmiahan

Tidak bersikap

keperibadianTidak ada

subjek/pelakunya

Page 23: Kk

T Topik Nyatakan topik laporan atau penulisan dengan jelas

kepada pembaca

O Objektif Apakah objektif penulisan anda? Perlu dinyatakan

dengan jelas supaya mendapat gambaran awal tentang

penulisan/laporan ynag dibuat

P Paparan Kenal pasti format penulisan, kandungan, penomboran

dan sebagainya.Paparan ini penting supaya penulisan

menarik dan mudah dibaca dan difahami.

I Isi Isi penulisan hendaklah jelas dan tepat

K Kesimpulan Nyatakan kesimpulan laporan pada akhir penulisan. Ini

perlu kerana bahagian inilah letaknya pendirian,

pandangan dan dapatan tentang topik yang dilaporkan

D Definisi Berikan difinisi yang jelas setiap konsep,istilah yang

dibincangkan. Berikan juga contoh yang sesuai bagi

menjelaskan maksud yang disampaikan

E Elakkan perkataan,ayat,konsep yang mengelirukan

isi yang bertindih-tindih

membuat andaian tertentu

~ 23 ~

Kaedah ini akan memberikan panduan semasa menyediakan dan menulis laporan.

Page 24: Kk

kesimpulan yang bercanggah

W Wacana Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan

penanda wacana yang tepat, koherens dan

kesinambungan idea

A Analitis Berikan pendapat anda secara analitis dan kritis – hujah-

hujah anda hendaklah disokong dengan bukti,alasan

dan fakta.

S Saranan Cadangkan saranan atau harapan jika ada pada

bahagian akhir laporan atau penulisan. Saranan ini

penting kepada pembaca, masyarakat atau sesiapa

sahaja.

A Apendiks Jika perlu sediakan apendiks pada bahagian akhir

penulisan. Tujuannya ialah:

maklumat atau data tambahan

Glosari atau senarai istilah,atau konsep yang

berkaitan dengan laporan yang dibuat.

-lampiran yang tidak dimasukkan dalam penulisan

tetapi perlu dijadikan rujukan tambahan.

4.0 Teks syarahan

Sains dan Teknologi Pencetus Perpaduan

Terima kasih pengacara majlis, salam perpaduan saya hulurkan kepada

panel hakim yang adil lagi teguh dipaksi kesaksamaan, dif-dif jemputan yang

budiman, seterusnya hadirin sekalian.Tampilnya saya pada hari ini adalah untuk

menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Sains dan Teknologi pencetus

perpaduan”. Sebelum saya menyambung hujah-hujah, izinkan saya

mendefinisikan tajuk syarahan ini. Sains adalah satu disiplin ilmu, teknologi

ciptaan secara sistematik dan terkini, pencetus diertikan sebagai menerbitkan

~ 24 ~

Page 25: Kk

dan perpaduan bermaksud penggabungan. Maka frasa “Sains dan Teknologi

Pencetus Perpaduan” dapatlah ditakrifkan sebagai ciptaan peralatan yang

moden dan canggih dapat menerbitkan rasa persahabatan yang akrab dan

jitu.Hadirin sekalian,Hari ini dunia menjadi semakin sempit. Jarak bukan lagi

penghalang kepada perhubungan sejagat. Ini kerana terciptanya peralatan yang

berteknologi tinggi, kita boleh berkomunikasi secara lisan atau tulisan.

Antara peralatan komunikasi tersebut ialah komputer dan telefon selular.

Dengan menggunakan ciptaan moden ini perhubungan akan bertambah akrab

tanpa mengambil masa yang lama atau mengira tempat untuk berhubung. Walau

di pelosok mana kita berada, komunikasi dapat diteruskan, terserahlah kepada

kita untuk mengoptimumkannya, tepuk dada, tanya selera. Ciptaan moden

seperti kereta, kapal terbang dan monorel pula dapat membawa kita lebih pantas

ke destinasi tertentu untuk menziarahi kaum keluarga, rakan dan taulan. Jika

dahulu jarak tertentu memakan masa yang lama untuk tiba, tetapi kini jarak yang

sama masa yang singkat diperlukan. Kemudahan berziarah ini boleh melahirkan

perpaduan terutama jika dilakukan pada saat rakan ditimpa musibah. Amalan

berziarah pada musim perayaan akan menjadi lebih rancak dengan adanya

kemudahan ini. Begitulah hebat dan bermanfaatnya sains dan teknologi dalam

memupuk perpaduan.

Melalui komputer juga kita dapat mengetahui tentang adapt, resam,

budaya dan kepercayaan kaum yang lain. Apabila kita sudah mengetahui maka

kita akan menghormatinya pula. Di samping itu, dengan sendiri kita akan

menjauhkan diri daripada bercakap atau menulis tentang sesuatu yang boleh

menyinggung perasaan dan emosi rakan kita daripada kaum yang lain. Dengan

itu, unsur-unsur yang mengganggu gugat perpaduan dapat dihindarkan.Warga

dewan yang dihormati,Dunia hari ini berada di hujung jari anda, bukan sahaja

mencari maklumat, malah membeli belah juga boleh dibuat tanpa bergerak ke

mana-mana. Anda hanya perlu duduk dan melayari laman-laman web yang

tersedia ada. Kini tiada lagi penat berjalan.

~ 25 ~

Page 26: Kk

Hadirin sekalian,Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, saya menyeru

agar semua yang ada di dewan ini menggunakan sains dan teknologi bagi

merapatlan perpaduan sesama warga negara ini.Sekian, terima kasih.

5.0 Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan

Bahasa Melayu Kontekstual saya. Saya Mohd Aidil Bin Othaman sangat

berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya kami sempurnakan.

Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya

tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan

ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak

menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa

rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan

~ 26 ~

Page 27: Kk

dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami

hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari

bahan rujukan tajuk mengenai format kertas kerja dan laporan. Selepas itu, kami

terpaksa pula mencari teks syarahan sebagai simulasi untuk kerja kursus kami.

Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu

paham akan kehendak soalan tetapi setelah di terangkan oleh En. Abd. Latif Bin

Abdullah, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.

Kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan

untuk diisi dalam kerja khusus kami. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada

asas dalam matapelajaran ini. Nota-nota yang telah diberikan oleh En. Abd. Latif

Bin Abdullah telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus kami.

Petikan ilmiah kami telah perolehi daripada perpustakaan dan telah kami cetak

untuk memahami format mengenai kertas kerja dan laporan. Di samping itu kami

juga mengambil kesempatan untuk mencari teks syarahan di dalam majalah

tersebut. Selepas itu kami telah cuba mengambil isi di dalam teks syarahan

tersebut dan membuat satu teks syarahan yang baru. Perkara ini tidak mudah

kerana syarahan memerlukan format dalam mengarangnya.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat

doa dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan

yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya

tugasan Bahasa Melayu Kontekstual yang diberikan telah berjaya kami siapkan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah

membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu

En. Abd. Latif Bin Abdullah.

~ 27 ~

Page 28: Kk

6.0 sumber rujukan

J. lyons. (1995). Jilid satu bahasa natural dan tatabahasa sejagat, esei dalam

teori linguistik. Batu Caves, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar. (1998). The Malay people ang their languages. Kuala Lumpur:

Dewan bahasa dan Pustaka.

J. lyons. (1992). Bahasa dan linguistik satu pengenalan. Ampang, Selangor

Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka

~ 28 ~

Page 29: Kk

Idris Mohd Radzi, Dahlia janan. (2006). Mengajar dan belajar bahasa melayu.

Tanjung Malim: Penerbit upsi

Adnan Akmajian. (1995). Linguistik: pengantar bahasa dan komunikasi. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

~ 29 ~