HUKUM EKONOMI INTERNASIONAL - core.ac.uk fileHUKUM EKONOMI INTERNASIONAL - core.ac.uk
Kembara Internasional 2015 Vol 1
-
Upload
aziz-sidek-ab -
Category
Art & Photos
-
view
184 -
download
3
Transcript of Kembara Internasional 2015 Vol 1
Ciptaan-Nya yang indah menyejukkan mata yang memandang,
menenangkan sanubari
I N T E R N A S I O N A L
Rekabentuk unik masjid Bdi Kashmir, India, pada musim panas
Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untukTuhari Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini". (Surah Maryam : 26)
Shibam adalah sebuah bandar di Yaman di Wilayah Hadharamaut, yang
kini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan terkenal dengan seni binanya.Kesemua rumah-rumah di Shibam diperbuat daripada bata lumpur, dan
mempunyai beberapa bangunan lumpur tertinggi di dunia
Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia berkembang-biak pada harta manusia, maka riba itu tidak sekali-kali menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan pahalanya berganda-ganda. (Surah Ar-Ruum: 39)
Pemandangan musim bunga di tasik Lucern. Ia merupakan
sebuah kawasan yang popularbagi pelancong yang mengunjungi Switzerland
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan Tuhan kamu, lalu la perkenankan bagimu (firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. (Surah Al-Anfaal : 9)
Seni reka dalaman yang halus dengan ilustrasi yang terperinci serta hiasan lampu ^Masjid Biru (Blue Mosque) diTurki
Wahai hamba-hamba Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan di akhirat. Dan burni Allah ini luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar: 10)
Penginapan di tepi tasik yang biru serta berlatar belakangkan perumahan di atas
pergunungan yang hijau di Eropah
Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan. (Surah At-Tahrim : 5)
Ulu Cami, masjid terbesar di Bursa, Turki dan mercu tanda senibina awal Othmaniah yang menggunakan banyak unsur-unsur dari seni bina Seljuk.
Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat Kami itu bagi kaum yang maha mengetahui. (Surah At-Taubah : 11)
Rabat adalah pusat pentadbiran dan bandar kedua terbesar di Maghribi selepas Casablanca. Ia terletak di persisiran pantai Lautan Atlantik yang menakjubkan.
Bandar ini terbahagi kepada Madinah (kota lama) dan Nouvelle Ville (bandar baru) yang direka bentuk dan dibina oleh Perancis
Sesiapa yang beroleh petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk itu untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu atasnya. Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan Kami tidak mengazab sebelum Kami utuskan seorang Rasul. (Surah Al-lsraa : 15)
Nanga Parbat, gunung ke-9 tertinggi di dunia terletak di Utara Pakistan
dan dianggap gunung yang paling merbahaya untuk didaki. Ia disejubungi salji sepanjang tahun.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Surah Al-Baqarah : 277)
Masjid Sultan Ahmed merupakan masjid bersejarah di Istanbul.
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru yang menghiasi hiasan dalamannya.
Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku amatlah keras. (Surah Ibrahim : 7)
Muslimin berbangsa Hui sedang berehat di kaki lima masjid
Bandar Xining, Wilayah Qinghai, China.
Dan (Ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang miskin dan katakanlah kepada sesama perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu; dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setia. (Surah Al-Baqarah : 83)
Ciptaan-Nya yang indah menyejukkan mata yang
memandang, menenangkan sanubari
laitu hari mereka keluar dari kubur; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun darihal keadaan mereka. Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya! (Surah AI-MuKmin : 16)
Masjid di Daerah Linxia, Wilayah Gansu, China pada musim bunga berlatar belakangkan pergunungan tinggi diselaputi salji sepanjang tahun.
Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah : 110)