Travelog Hamka - Kembara Akal Budi

download Travelog Hamka  - Kembara Akal Budi

of 20

  • date post

    15-Dec-2014
  • Category

    Documents

  • view

    73
  • download

    11

Embed Size (px)

description

Catatan travelog oleh para aktivis Grup Hamka GPTD semasa mengikuti Kembara Akal Budi pada awal Mac 2013 ke Jakarta. Menjejak dan meneladani ketokohan Hamka dengan menziarahi ke makam beliau, pertemuan bersama anak dan cucu beliau. Semoga ada manfaat pada pembaca. Sempat bertemu dengan jaringan PEPIAT iaitu PII, HMI

Transcript of Travelog Hamka - Kembara Akal Budi

Saat kau dilahirkan, engkau menangis tetapi orang lain ketawa, tetapi BERJUANGLAH sampai disaat engkau mati, orang lain menangisi pemergianmu tetapi engkau tertawa dalam senyuman. - HAMKA

KEMBARA AKAL BUDIHAMKA (8 MAC 2013 HINGGA 11 MAC 2013)

Page 2

Catatan Pengalaman sendiri dan "Merantau ke Deli" oleh Hamka - Sarrah Membaca "Merantau ke Deli" pasti akan mengingatkan anak-anak dari kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Jika "Merantau ke Deli" menceritakan bagaimana anak-anak desa dan kebanyakkannya bangsa Jawa telah di tipu untuk mendapat pekerjaan baik-baik di Deli, begitu juga hal yang nyata terjadi pada anak-anak "mendatang" Kuala Lumpur. Seperti pengalaman aku sendiri bila ramai kawankawan telah berhijrah ke KL dan sekaligus menjadi warga KL dengan tujuan untuk bekerja. Zaman aku ini (2010), pekerjaan memang berlambak tetapi di sektor swasta dan kebanyakkannya adalah kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan (tukang menjawab telefon/membuat panggilan telefon) dari syarikat-syarikat seperti Celcom,Digi,Maxis, TM dan sebagainya. Pekerjaan inilah yang paling banyak dan pendapatan boleh tahan lumayan berbanding gaji jika bekerja sebagai juruwang 7eleven. Masih sama juga seperti "Merantau ke Deli", taraf pekerjaannya adalah sebagai pekerja kontrak.Aku sendiri juga pada mula datang ke KL hanya bekerja taraf kontrak, dimana jika syarikat memerlukan khidmat, kontrak aku akan disambung dalam tempoh 3 bulan sekali. Tapi nasib aku agak baik kerana bekerja kerajaan (orang kerajaan memang tak banyak kerja). Tidak seperti kawan-kawan aku yang bekerja sebagai tukang jawab telefon sebagai contoh, taraf kontrak mereka memerlukan terma dan syarat. Jika sudah bekerja jangan haraplah mudah mendapat cuti, waktu bekerja juga tidak konsisten. Dan yang aku tahu gaji mereka setiap bulan tidak dibayar penuh, mungkin sedikit akan ditahan oleh majikan sehingga kontrak mereka habis barulah bayaran sepenuhnya akan diberikan. Inilah terma dan syaratnya bekerja kontrak. Jadi jika ada pekerja kontrak yang tidak menghabiskan tempoh khidmatnya, alamat rugilah sebahagian gaji yang tidak dibayar lagi oleh majikan. Namun, beza peredaran zaman membezakan waktu-waktu di Deli dan KL. Didalam novel ini, Hamka menceritakan bagaimana Poniem telah ditipu dan terjebak dalam pekerjaan di Deli sekaligus memusnahkan hidupnya sebagai seorang perempuan "suci". Aku percaya zaman sekarang jika berhijrah ke KL tidak mendatangkan masalah sosial yang teruk jika kita pandai membawa diri. Bandar KL bukanlah lubuk maksiat atau segala yang teruk, bahkan di KL lah gelandangan boleh hidup tanpa perlu memikirkan hal kelaparan. Bertambah pula dengan zaman sekarang kerajaan atau NGO ada menyediakan rumah persinggahan untuk para pencari kerja berehat dan menumpang sebelum mendapat pekerjaan di KL. Yalah itu pengalaman aku, boleh jadi juga ada orang yang berpengalaman buruk semasa baru dengan suasana KL. Tapi kalau bernasib baik, di bandar KL inilah status sosial seseorang bisa berubah bila status ekonomi juga berubah menjadi lebih baik seperti yang aku tahu dalam kisah hidup Siti Nurhaliza (artis popular Malaysia). Disamping hal-hal penindasan, Hamka juga telah menyusun dengan menarik sekali jalan cerita tentang cinta disisi jelek manusia.Didalam kisah ini, jalan percintaan antara Poniem, Leman dan Mariatun menjadi nadi utama penggerak cerita.Antara perkara menarik perhatian aku adalah apabila Hamka menjelaskan disini tentang perhubungan antara suami isteri itu sudah bukan hubungan gurauan manja bahkan hubungan itu akan berubah menjadi sahabat yang sehidup semati malah berkomitmen pula antara satu sama lain apabila usia meningkat kelak (m/s 97). Haha aku juga sedang berfikir-fikir tentang hubungan perkahwinanku. Di sisi lain, aku fikir jalan percintaan cerita ini juga mempengaruhi adat-adat dan budaya sesuatu bangsa. Konflik dalam cerita berlaku apabila hubungan perkahwinan Poniem dan Leman yang berusia hampir 10 tahun itu musnah disebabkan pihak ketiga iaitu Mariatun. Hamka memberikan watak Leman yang lemah dan tidak pandai menahan "ombak". Begitulah perumpamaan yang diberikan Hamka kepada susuk perempuan di dalam cerita, " Perempuan adalah lautan, bila kita tidak kuat merenangi, kita akan ditelannya" (m/s 117). Kejatuhan Poniem di akhir-akhir muka novel bukanlah penyudah bagi cerita ini. Hamka sekali lagi menyusun kenaikan jalan cerita dengan menyelitkan nasihat dan petua-petua secara tersirat didalam cerita. Aku boleh melihat disini dimana watak Poniem dan bekas pembantunya Suyono yang "hidup" semula setelah

KEMBARA AKAL BUDIHAMKA (8 MAC 2013 HINGGA 11 MAC 2013)

Page 3

dibuang sehelai sepinggang, cuba bangun dari kejatuhan dan meneruskan hidup. Berbeza dengan Leman, perniagaannya menuju kejatuhan setelah pemergian isterinya Poniem dan pembantunya Soyono. Sebagai pengakhiran, aku ingin memetik satu perenggan dari novel "Merantau ke Deli", sebagai kekuatan yang akan aku pegang sampai bila-bila dalam menjalani kehidupan sebagai seorang SAUDAGAR. Kerana aku juga sedang dan akan berpengalaman sebagai peniaga pada masa akan datang. "Janganlah dipercaya orang-orang yang demikian tidak menyimpan wang. Kerapkali kita tertipu dengan orang-orang yang membawa rambutan beberapa ikat pagi-pagi dari kampungnya yang jauh, mengayuh basikal berpayah-payah. Janganlah kita sangka bahawa mereka itu golongan yang miskin. Kadang-kadang kerana hematnya, dan kerana cita-citanya itu, bergulung-gulung wang kertas yang asalnya dari ketip, ketip menjadi wang tengahan, tengahan menjadi rupiah, dan bila cukup rupiah itu sepuluh buah, ditukarkan kepada wang kertas. Bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar dari penaruhan, kadang-kadang untuk belanja ke Mekah, dan kadang-kadang untuk belanja kenduri kematiannya. Meskipun mereka menderita payah, tetapi mata mereka hidup. Tidak ada debar dan goncang jantung melainkan berjalan menuju maksud."- (m/s 146) Merantau ke Deli, Hamka. (Sarrah adalah alumni UiTM Shah Alam dan isteri kepada Riza Aidil, aktivis Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD Unisel). Buku Merantau ke Deli telah dibincang, dibedah dan dikongsikan pada Jumaat, 1 Mac 2013 di Pusat Pelajar Unisel bersempena mengambil semangat aktivis-aktivis yang akan menjejak ketokohan Buya Hamka di Indonesia pada 8-11 Mac 2011. )

Page 4

KEMBARA AKAL BUDIHAMKA (8 MAC 2013 HINGGA 11 MAC 2013)

Hamka tetap hidup!. Bagi mahasiswa seperti saya, sekiranya diajukan pertanyaan oleh rakan Sudah berapa kali kamu keluar negara?. Sudah tentu dengan penuh bangga saya akan menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan 1 kali, dan 1 kali itu adalah ke Indonesia!. Saya berpergian ke Indonesia itu bukanlah seperti orang yang sentiasa berduit, jalan ke sana atas tujuan bercuti, membeli-belah, bergambar sambil membuat isyarat V di jari . Bagi mahasiswa seperti saya kemampuan untuk bercuti ke Indonesia itu amat terbatas bahkan hampir tidak ada. Apatah lagi atas faktor saya yang masih belajar (sudah berkahwin pula), tujuan untuk pergi ke Indonesia untuk sekadar berjalan-jalan tentu terlalu absurd kedengarannya. Kesempatan yang disediakan oleh GPTD Unisel untuk menjalankan Kembara Akal Budi XPDC Hamka digunakan sepenuhnya peluang untuk saya ke sana. Proses untuk ke Indonesia hakikatnya tidaklah mudah. Bagi orang yang sentiasa berduit, sekadar ke Indonesia sahaja boleh dikatakan seperti mengupas kacang di jari ; mudah dan boleh dilakukan sambil menutup mata. Bagi saya, pengalaman menempuh perjalanan ke Indonesia merupakan sebuah jalan cerita yang cukup berharga dalam mematangkan fikrah saya. Proses yang di hadapi untuk ke sana penuh dengan cabaran, sejak mula sehinggalah ke penghujungnya. Pengalaman mengutip dana daripada pensyarah yang menyokong usaha mengkaji keperibadian Hamka, pengalaman berkejaran ke setiap masjid untuk meletakkan tabung dalam usaha meminta dana dan berbagai-bagai lagi usaha akan kekal segar dalam ingatan mungkin sehingga ke hujung usia. Bagi manusia yang masih belajar seperti saya, catitan ini mungkin bukanlah apa-apa sebenarnya. Hanya catitan picisan orang yang tidak berduit pertama kali ke Indonesia. Ya, catitan seorang mahasiswa yang baru belajar untuk mengenal dunia luarnya. Berbekalkan semangat Hamka yang merantau ke luar negara sejak di usia muda, saya juga mahu mencubacuba untuk memahami semangat yang melingkari dan sentiasa hidup di tanah Jakarta, Indonesia ; tanah wafatnya Hamka. Niat di hati tidak sesekali mahu mengecewakan sumbangan yang diberikan, maka catitan demi catitan telah dilakukan untuk membuktikan bahawa saya ke Indonesia itu bukanlah untuk sekadar bergambar di Tugu Monas, atau membeli-belah pakaian batik yang tersohor di bumi Indonesia. Hampir keseluruhan masa di Indonesia dilakukan demi mengkaji keperibadian Hamka di samping membina jaringan bersama mahasiswa di sana. Mungkin mahasiswa di Malaysia tidak tahu, bahawasanya mahasiswa Unisel di bawah platform Grup Penjejak Tamadun Dunia ini sudah beberapa kali mengharumkan nama mahasiswa di Malaysia dengan saling menjalinkan hubungan bersama mahasiswa di sana. Di sana juga diskusi ilmiah telah dijalankan bagi menghidupkan semangat mahasiswa yang sepatutnya berjalan iaitu mewujudkan budaya saling berwacana, sekaligus cuba menafikan trend mahasiswa Malaysia yang semakin tenggelam dalam dunia statik iaitu hanya berfokuskan kepada peperiksaan semata-mata. Mungkin ini berita baik untuk rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa kita. Sekiranya ada seseorang yang mengajukan pertanyaan, Adakah kamu mengenali keperibadian Hamka? manakala jawapan kita adalah Tidak tahu!, sebenarnya ia bukanlah apa-apa. Pada masa kini, seseorang yang tidak mengenali ketokohan Prof. Hamka itu adalah suatu perkara yang biasa. Sedangkan rakyat di Indonesia juga semakin melupakan beliau, apatah pula kita ; mahasiswa yang segan-segan untuk membaca. Mahasiswa kita mungkin tidak tahu betapa besarnya jasa Tafsir Al-Azhar karya Prof. Dr. Hamka ini kepada masyarakat Islam di Nusantar