Kertas Kerja Kembara Ilmu Ke Republik Cina

download Kertas Kerja Kembara Ilmu Ke Republik Cina

of 16

description

Contoh kertas kerja lawatan ilmiah ke Republik Cina.

Transcript of Kertas Kerja Kembara Ilmu Ke Republik Cina

Pendidikan Islam IPGKKB

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU16109 PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN

TARIKH:

NOVEMBER 2014ANJURAN:

PISMP PENDIDIKAN ISLAM 1 SEM 1

AMBILAN JANUARI 2013

PROGRAM BERSAMA MENTOR

JABATAN AGAMA ISLAM DAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

KELANTAN1.0 PENGENALAN

Usaha untuk mengadakan lawatan ke Beijing, China ini merupakan satu inisiatif yang telah dibuat oleh kami pelajar Pendidikan Islam Semester Satu Ambilan Januari 2013, bertujuan untuk menjejaki kaki ke negara tembok besar China dalam usaha dan langkah untuk melihat sejauh mana perkembangan pesat agama islam disana serta langkah dan keadah pengajaran dan penyebaran dakwah khususnya kepada anak-anak muda.Lawatan ini merupakan aktiviti julung kalinya dianjurkan oleh pihak IPG KKB khususnya ke luar negara iaitu china. Kini dalam tempoh masa kami masih di bumi IPGKKB kami berhasrat untuk sedaya upaya menuntut ilmu sebagai bekalan kami pada masa hadapan untuk bersama-sama anak pelajar kelak. Oleh yang demikian, kami memikirkan satu inisaitif yang belum terfikir oleh guru pelatih lain untuk menjadi seorang pencetus evolusi penggerak keilmuan kepada bangsa, agama dan negara.

Pada awalnya kami sangat tertarik dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : tuntut lah ilmu sampai ke negara cina. Dengan hadis inilah para sahabt Rasulullah S.A.W bertebaran menyebarkan dakwah islam ke serata dunia. Oleh itu, kami telah bersepakat untuk sama-sama berusaha untuk menggapai hasrat kami itu iaitu menuntut ilmu seberapa mungkin. Melalui program ilmu dan jelajah tembok besar china diharap dapat mencetuskan satu revolusi baru dalam pengurusan ilmu pengetahuan yang lebih sistematik serta penambahbaikan dalam kualiti pendidikan dan persediaan sebagai bakal guru.

Segala ilmu pengetahuan yang diperoleh diharapkan dapat memberi satu pengalaman baru serta membuka minda guru pelatih IPGKKB. Dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak Insya-Allah program ini akan mencapai matlamatnya.

2.0 MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat membuka minda dan menjana pemikiran guru pelatih IPGKKB yang lain dalam pengelolaan dan pengurusan program kami untuk menjejak kaki ke negara tembok besar China. Di samping itu program ini bermatlamat untuk mencetus perkongsian ilmiah antara pensyarah dengan tenaga pengajar serta mendedahkan guru pelatih akan situasi sebenar sistem pendidikan yang telah digunakan di sana dan merasai sendiri perbezaan persekitaran di China yang berbeza budaya dan pemikiran dengan rakyat Malaysia. 3.0 OBJEKTIF

3.1 Berkongsi idea dan pendapat antara pengajar dan pelajar IPGKKB dengan pengajar dan pelajar di china mengenai penguasaan Ilmu Pendidikan Islam.3.2 Membuka ruang dan peluang kepada guru pelatih untuk memahami sistem pembelajaran pendidikan Islam dengan berkesan. 3.3 Membuka ruang lingkup pemikiran dalam melihat dan menilai sistem pendidikan di china yang mampu melahirkan individu yang hebat dan terkenal sebagai negara yang mempunyai penganut agama Islam yang terbesar.3.4 Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang kehidupan di china yang sangat berdisiplin dalam pelbagai aspek terutama dalam pengurusan masa.

3.5 Membina hubungan dan mengenali susur galur keturunan para anbia yang berada di china.

3.6 Memupuk semangat muhibah serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan guru pelatih dan memupuk sikap kerjasama yang lebih baik bagi menjayakan program jelajah & ilmu ke tembok besar china.

4.0 RASIONAL

4.1 Melahirkan guru pelatih yang mempunyai penguasaan Ilmu Islam yang optimum.

4.2 Melahirkan guru pelatih yang memahami sistem pembelajaran pendidikan Islam di negara china dengan berkesan.

4.3 Melahirkan guru pelatih yang mempunyai ruang lingkup pemikiran terbuka dalam melihat dan menilai sistem pendidikan di china yang mampu melahirkan individu yang hebat.

4.4 Melahirkan guru pelatih yang berdisiplin dalam pelbagai aspek terutama dalam pengurusan masa.

4.5 Melahirkan guru pelatih yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w, sahabat dan keluarga baginda.4.6 Merapatkan ukhuwah guru pelatih yang bertungkus-lumus memastikan agenda program ini berjaya.

5. 0 TEMA PROGRAM SEMARAKKAN UKHUWAH PENCETUS EVOLUSI PENGGERAK KEILMUAN 6.0 TarikhCadangan Awal :

7 Hari 6 Malam

November 2014 Disember 2014

* tertakluk pada perubahan

7.0 Tempat

Beijing, China

8.0 Organisasi

(Rujuk Lampiran A)9.0 Penyertaan

22 orang peserta

i. 2 Pensyarah Pengiring

ii. 9 Guru Pelatih Lelaki

iii. 11 Guru Pelatih Wanita

(Rujuk Lampiran B)

10.0 Tentatif programRujuk Lampiran C

11.0 Belanjawan

Rujuk Lampiran D

12.0 Penutup

Diharapkan dengan terlaksananya program yang bermanfaat sebegini, ianya dapat bukan sahaja memberikan latihan praktikal kepada guru pelatih yang terlibat dengan berterusan tetapi ianya juga mampu memberikan nilai tambah khususnya dalam aspek ilmu pengetahuan pengajaran, kemahiran, jiwa keguruan dan menjadi modal insan kelas pertama yang diinspirasikan oleh negara. Selain itu juga diharapkan program ini akan memberikan impak yang positif kepada semua guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu melalui medium peserta terlibat yang mana merupakan pelajar pendidikan Islam di kampus sebagai contoh teladan dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat berharga ini.

Akhir kata pihak kami ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir IPG Kampus Kota baharu khususnya serta pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung kerana memberikan kerjasama dan peluang kepada kami untuk menganjurkan Program Ilmu & Jelajah Tembok Besar China ini. Sokongan dan bantuan yang diberikan ini diharapkan akan membantu kami dalam menjayakan projek ini serta mencapai objektif program dengan jayanya.

Sekian.

Disediakan oleh :

...........................................

(Muhammad Akmal Bin Mohd Taher)

Setiausaha Projek,

Program Ilmu & Jelajah Tembok Besar ChinaDisemak Oleh:...........................................(Mohd Amin Bin Yaakob)Pengerusi Projek,Program Ilmu & Jelajah Tembok Besar ChinaDisokong oleh :

...........................................

(Encik Mohamed Bin Ayob)

Mentor

Pendidikan Islam 1

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota BharuDiluluskan oleh :

...........................................

( )

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Lampiran A

Jawatankuasa Induk

Penaung

Tuan Haji Hashim Bin Deraman

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Pengerusi

Dr.Mohd Aziz Bin Mohd Din

Timbalan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Penasihat

Encik Mohamed Bin Ayob

Mentor

Pendidikan Islam 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Jawatankuasa PenggerakPengerusi

Mohd Amin Bin YaakobNaib Pengerusi

Nur Amirah Binti Abdul RazakSetiausaha

Muhammad Akmal Bin Mohd TaherFarhana Binti IbrahimBendahari

Nazrin Bin Mohamad Isa

Nurul Hasanah Binti ZainudinAhli Jawatankuasa Penaja

Ahmad Tajul Arisy Bin Mat NorShahriah Binti AbdullahAhli Jawatankuasa Urusan Pasport& Urusan PenerbanganMohd Firdaus Bin SharuddinRosnani Binti HamidJawatankuasa PenginapanMohamad Faizal Bin HussinNur Fatihah Binti Mohd ShukriAhli Jawatankuasa PerhubunganMuhamad Zahiruddin Bin ZulpabliNur Syahida Binti ShukriAhli Jawatankuasa Publisiti & DokumentasiHasmizee Bin MukhtarMuntiah Sholehah Binti Mohd ShahJawatankuasa Peralatan & Kelengkapan

Muhamad Hanif Bin MazlanAhli Jawatankuasa Pengisian & AktivitiNorhidayah Binti Md JelaniJawatankuasa Tugas-Tugas KhasNurul Fateahah Binti Mohd LazimSiti Nur Syuhada Binti IbrahimBILNAMANO TELEFONNO IC

1AHMAD TAJUL ARISY BIN MAT NOR0192026098930608035705

2HASMIZEE BIN MUKHTAR0192928520930215115181

3MOHD AMIN BIN YAAKOB0134992710931018025229

4MOHD FIRDAUS BIN SHARUDDIN0125454143930516065587

5MOHAMAD FAIZAL BIN HUSSIN0145233810930506036299

6MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD TAHER0195130731930520025123

7MUHAMAD HANIF BIN MAZLAN0194746217930502025867

8MUHAMAD ZAHIRUDDIN BIN ZULPABLI0145010966930303036109

9NAZRIN BIN MOHAMMAD ISA0134428723930602086341

10FARHANA BINTI IBRAHIM0105709409930813035528

11MUNTIAH SHOLEHAH BINTI MOHD SHAH0193753860931115035998

12NORHIDAYAH BINTI MD JELANI0135109171930914025118

13NUR AMIRAH BINTI ABDUL RAZAK0136610059930905145388

14NUR FATIHAH BINTI MOHD SHUKRI0135387513930824035080

15NUR SYAHIDA BINTI SHUKRI013-9134954930312065390

16NURUL FATEAHAH BINTI MOHD LAZIM0133843545931008147222

17NURUL HASANAH BINTI ZAINUDIN0134479468930529085704

18ROSNANI BINTI HAMID0132819774930517045326

19SHAHRIAH BINTI ABDULLAH0193772635930421035676

20SITI NUR SYUHADA BINTI IBRAHIM0145032107920407035742

Lampiran B

Senarai Nama Peserta Program Ilmu & Jelajah Tembok Besar China 2014Lampiran C

Perangkaan Awal Tentatif Program

Hari Pertama Perjalanan Dari IPG Kampus Kota Bharu Ke LCCT Kuala Lumpur

Hari Kedua - Penerbangan dari LCCT ke China

- Pendaftaran Masuk Di Hotel

- Sesi Taklimat perjalanan program bersama pemandu arah

Hari Ketiga

Aktiviti Jelajah Akademik

i) Kota Larangan (The Forbidden City)

ii) Tembok Besar China (The Great Wall)

iii) Istana Musim Panas

iv) Dataran Tiannamen

Hari Keempat

Lawatan Terapi Sosial

i) Halal Peking Duck

ii) Ski Resort

iii) Zoo Panda

iv) Louhu Commercial Cityv) Stadium Biejing

vi) Pertunjukan Akreobatik

Hari Kelima

Lawatan Penanda Aras

i. Diskusi ilmiah bersama Penuntut Malaysia di Universiti Peking, Beijing China

ii. Lawatan ke Pusat Pengajian Tinggi di Universiti Bahasa dan Budaya Beijing

iii. Melaksanakan program bersama Yayasan Islam di Beijing China

Hari Keenam

Bertolak Pulang Ke LCCT Kuala Lumpur

Hari Ketujuh

Dijangka Sampai Di IPG Kampus Kota Bharu

* tertakluk pada sebarang perubahan

Lampiran D

1) Anggaran Belanjawan

BilPerkaraAnggaranJumlah

1Pakej lawatan ilmiah

- Tiket penerbangan dua hala- penginapan

- makanan

- lawatan akademik

- lawatan sosial

- lawatan penanda aras- pengangkutan dan pemandu arah di China RM 2000 x 22 (peserta)RM 44000

2Passport dan visa

RM 150 x 22 (peserta)RM 3300

3Sumbangan berprogram bersama Yayasan Islam dan Universiti di BeijingRM 100 X 22RM 2200

3Insurans

RM 50 x 22 (peserta)RM 1100

4KecemasanRM 4400RM 4400

Jumlah RM 55000

PERKARABAYARAN

Kutipan seorang peserta (1x RM 1200)RM 26400

Pencarian dana (selama 17 bulan)RM 28600

JumlahRM 55000

2) Keperluan Kemudahan Dan Peralatan

i) Dari IPG KKB

- Bas dari IPGKKB ke LCCT Kuala Lumpur

- Bas dari LCCT Kuala Lumpur ke IPGKKB

- Alatan daripada stor

- Kemudahan percetakan bahan

3) Sumbangan Dan Tajaan

i) Faedah kepada pihak penajaan dan penyumbang :

Publisiti nama penaja akan disebut dan diperkenalkan sepanjang program berlangsung

Temu bual bersama dengan pihak akhbar Berita Harian dan Sinar Harian , nama penaja akan dinyatakan

Logo pihak / syarikat penaja diletakkan pada baju program sebagai promosi secara tidak langsung.

Logo pihak/syarikat penaja dalam banner program sepanjang program berlangsung

Senarai nama penaja/syarikat akan dinyatakan dalam buku program/publisiti

Mendapat surat penghargaan daripada kami sebagai bukti sumbangan dan terima kasih.

* Surat Pelepasan Cukai Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 Dalam Proses Kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

KEMBARA ILMU KE

REPUBLIK CHINA

SEMARAKKAN UKHUWAH

PENCETUS EVOLUSI PENGGERAK KEILMUAN