Kata sendi nama

29
KATA SENDI NAMA Pengenalan 1. Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak sebelum atau di hadapan frasa nama. 2. Setiap kata sendi nama berbeza dari segi penggunaan, fungsi dan peraturannya. 3. Antara contoh kata sendi nama yang kerap digunakan dalam bahasa Melayu adalah sebagaimana berikut: a) akan b) antara c) bagai/laksana/seperti/umpama d) bagi/untuk e) dalam f) dari g) daripada h) demi i) dengan j) di k) hingga/sampai l) ke m) kepada n) oleh o) pada p) tentang q) terhadap Kata Sendi Nama “akan” 1. Kata sendi nama akan digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif (perasaan) dan sebelum kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia. Contoh i : Semua orang sayang akan ibu bapa. Salah jika : Semua orang sayangkan ibu bapa. Contoh ii : Saya benci benar akan perangainya yang jahat itu. Salah jika :

Transcript of Kata sendi nama

KATA SENDI NAMA

Pengenalan

1. Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak sebelum atau di hadapan frasa nama.

2. Setiap kata sendi nama berbeza dari segi penggunaan, fungsi dan peraturannya.

3. Antara contoh kata sendi nama yang kerap digunakan dalam bahasa Melayu adalah sebagaimana berikut:

a) akanb) antarac) bagai/laksana/seperti/umpamad) bagi/untuke) dalamf) dari g) daripadah) demii) denganj) dik) hingga/sampail) ke m) kepadan) oleho) padap) tentangq) terhadap

Kata Sendi Nama “akan”

1. Kata sendi nama akan digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif (perasaan) dan sebelum kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia.

Contoh i:Semua orang sayang akan ibu bapa.Salah jika:Semua orang sayangkan ibu bapa.

Contoh ii:Saya benci benar akan perangainya yang jahat itu.Salah jika:Saya benci benar dengan perangainya yang jahat itu.

Contoh iii:Faizal rindu akan ibunya di kampung.Salah jika:Faizal rindu pada ibunya di kampung.

2. Tip Zoom A

Kata sendi nama akan digunakan jika :

Kata adjektif (perasaan) + akan + frasa nama (merujuk manusia).Ringkasnya:Perasaan + akan + berkaitan (manusia).

Kata Sendi Nama Kata “antara”

1. Kata sendi nama antara terletak sebelum kata nama atau frasa nama. Penggunaan kata antara adalah untuk:

i. merujuk masa.Contoh:Hassan menunggu anaknya di stesen bas itu antara jam 3.00 hingga 4.00 petang.Salah jika:Hassan menunggu anaknya di stesen bas itu di antara pukul 3.00 hingga 4.00 petang. ii. merujuk keadaan.Contoh:Dinding bangunan itu antara warna kuning dan hijau.Salah jika:Dinding bangunan itu di antara warna kuning dan hijau. iii. merujuk pilihan.Contoh:Antara mereka, Najihah yang lebih bijak.Salah jika:Di antara mereka, Najihah yang lebih bijak. iv. merujuk perbandingan atau perbezaan.Contoh:Tidak banyak perbezaan dari segi strategi permainan antara kedua-dua pasukan bola sepak itu. Salah jika:Tidak banyak perbezaan dari segi strategi permainan di antara kedua-dua pasukan bola sepak itu.

v. merujuk perhubungan, berkaitan atau yang melibatkan.Contoh:Perhubungan antara kedua-dua negara jiran itu sentiasa baik.Salah jika:Perhubungan di antara kedua-dua negara jiran itu sentiasa baik.

vi. dalam lingkungan.Contoh:Kanak-kanak yang berumur antara lima hingga enam tahun layak belajar di tadika itu. Salah jika:

Kanak-kanak yang berumur di antara lima hingga enam tahun layak belajar di tadika itu.

vii. dalam kalangan atau setiap orang.Contoh:Semua harta itu dibahagi-bahagikan sama rata antara mereka.Salah jika:Semua harta itu dibahagi-bahagikan sama rata di antara mereka.

viii. lebih kurang atau kira-kira.Contoh:Barang-barang seludup yang berjaya dirampas bernilai antara RM20,000 hingga RM25,000.Salah jika:Barang-barang seludup yang berjaya dirampas bernilai di antara RM20,000 hingga RM25,000.

2. Tip Zoom A

i. Antara + keterangan merujuk masa.ii. Antara + keterangan merujuk keadaan.iii. Antara + keterangan merujuk pilihan.iv. Antara + keterangan merujuk perbandingan atau perbezaan. v. Antara + keterangan merujuk perhubungan, berkaitan atau yang melibatkan.vi. Antara + keterangan yang merujuk dalam lingkungan.vii. Antara + keterangan merujuk dalam kalangan atau setiap orang.viii. Antara + keterangan merujuk lebih kurang atau kira-kira.

Kata Sendi Nama “bagai”, “laksana”, “seperti”, “umpama”

1. Kata sendi nama ini digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang membawa makna perbandingan.

Contoh i:Gadis itu cantik bagai bidadari.

Contoh ii:Badan pemuda itu besar laksana gajah.

Contoh iii:Persahabatan mereka seperti isi dengan kuku.

Contoh iv:Sorakan para penonton di stadium itu sungguh kuat umpama guruh.

2. Tip Zoom A

i. Kata sendi nama bagai, laksana, seperti, umpama merujuk makna perbandingan. ii. Kata sendi nama bagai, laksana, seperti, umpama boleh bertukar ganti.

Contoh:

Kelincahan pendekar itu bagai kilat.Kelincahan pendekar itu laksana kilat.Kelincahan pendekar itu seperti kilat.Kelincahan pendekar itu umpama kilat.

Kata Sendi Nama “bagi” dan “untuk”

1. Kata sendi nama ini digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Kata sendi nama bagi dan untuk mempunyai fungsi adalah sebagaimana yang berikut:

a) menerangkan kegunaan sesuatu.

Contoh i:i. Bangunan bagi para belia di daerah itu baharu sahaja siap dibina.ii. Bangunan untuk para belia di daerah itu baharu sahaja siap dibina.Kata sendi nama bagi dan untuk dalam kedua-dua ayat di atas adalah tepat kerana kedua-dua ayat itu menerangkan kegunaan (para belia di daerah itu).

Contoh ii:i. Buku teks bagi semua murid sekolah itu sudah diagih.ii. Buku teks untuk semua murid sekolah itu sudah diagih.Kata sendi nama bagi dan untuk dalam kedua-dua ayat di atas adalah tepat kerana kedua-dua ayat itu menerangkan kegunaan (murid sekolah itu).

Contoh iii:i. Jadual itu bagi rujukan Guru Besar sahaja. ii. Jadual itu untuk rujukan Guru Besar sahaja.Kata sendi nama bagi dan untuk dalam kedua-dua ayat di atas adalah tepat kerana kedua-dua ayat itu menerangkan kegunaan (rujukan Guru Besar sahaja).

b) menerangkan maksud yang diperuntukkan atau bahagian ditentukan.

Contoh i:i. Surat berdaftar itu adalah untuk ibu.Salah jika: Surat berdaftar itu adalah bagi ibu.Hal ini demikian kerana ayat di atas menerangkan maksud yang diperuntukkan (untuk ibu). Contoh ii:ii. Ayah membeli baju baharu itu untuk adik.Salah jika:Ayah membeli baju baharu itu bagi adik.Hal ini demikian kerana ayat di atas menerangkan maksud yang diperuntukkan (untuk adik)

Contoh iii:iii. Untuk siapakah hadiah di atas meja itu?Salah jika:Bagi siapakah hadiah di atas meja itu?

Hal ini demikian kerana ayat di atas menerangkan maksud yang diperuntukkan (untuk siapakah).

2. Tip Zoom A

i. Kata sendi nama bagi dan untuk boleh bertukar ganti jika menerangkan kegunaan sesuatu. ii. Kata sendi nama bagi dan untuk tidak boleh bertukar ganti jika menerangkan maksud yang diperuntukkan atau bahagian yang ditentukan.

Penggunaan Kata Sendi Nama “dalam”

1. Kata sendi nama dalam digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada unsur abstrak atau mujarad. Contoh penggunaan kata sendi nama dalam adalah sebagaimana berikut:

Contoh i:Murid-murid itu belajar bertutur dalam bahasa Inggeris.Salah jika:Murid-murid itu belajar bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Contoh ii:Hasaan begitu gembira apabila menjadi juara dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Salah jika:Hasaan begitu gembira apabila menjadi juara di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.

Contoh iii:Peningkatan pencapaian semua murid termasuk dalam rancangan akademik sekolah itu. Salah jika:Peningkatan pencapaian semua murid termasuk di dalam rancangan akademik sekolah itu.

Contoh iv:Mereka tekun belajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.Salah jika:Mereka tekun belajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Contoh v:Mahiran berdoa semoga keluarganya sentiasa dalam keadaan sihat. Salah jika:Mahiran berdoa semoga keluarganya sentiasa di dalam keadaan sihat.

2. Tip Zoom A

Kata sendi nama dalam + unsur abstrak atau mujarad.* Unsur unsur abstrak atau mujarad ialah unsur yang tidak boleh:

i. disentuhii. dipegang

Kata Sendi Nama “dari”

1. Kata sendi nama dari hanya boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contoh Penggunaan Kata Sendi Nama "dari"

a) Menunjukkan Masa.

i. Negara itu telah maju dari abad ke-20 lagi.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + abad ke-20 (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari abad ke-20 menunjukkan masa.Ringkasnya dari abad ke-20.Salah jika:Negara itu telah maju daripada abad ke-20 lagi.

ii. Mereka berkumpul di situ dari waktu asar lagi.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + waktu Asar (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari waktu Asar menunjukkan masa.Ringkasnya dari waktu Asar.Salah jika:Mereka berkumpul di situ daripada waktu Asar lagi. iii. Para pemimpin persatuan itu bermesyuarat dari pukul lapan pagi hingga pukul tiga petang.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + pukul lapan (frasa nama). Hal ini demikian kerana dari pukul lapan pagi menunjukkan masa.Ringkasnya dari pukul lapan pagi.Salah jika:Para pemimpin persatuan itu bermesyuarat daripada pukul lapan pagi hingga pukul tiga petang. b) Menunjukkan Arah.

i. Sekawan burung itu terbang dari arah tenggara.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + arah tenggara (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari arah tenggara (menunjukkan arah).Ringkasnya dari arah tenggara.Salah jika:Sekawan burung itu terbang daripada arah tenggara. ii. Puan Halimah memulakan kerja menyapu bilik itu dari sudut kanan.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + sudut kanan (frasa nama).

Hal ini demikian kerana dari sudut kanan (menunjukkan arah).Ringkasnya dari sudut kanan.Salah jika:Puan Halimah memulakan kerja menyapu bilik itu daripada sudut kanan.

iii. Mereka bercanggah pendapat tentang tajuk itu dari segi moral.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + segi moral (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari segi moral (menunjukkan arah). Ringkasnya dari segi moral.Salah jika:Mereka bercanggah pendapat tentang tajuk itu daripada segi moral.

c) Menunjukkan Tempat.

i. Pemuda itu mengembara dari Jerantut ke Tampin.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + Jerantut (kata nama). Hal ini demikian kerana dari Jerantut (menunjukkan tempat).Ringkasnya dari Jerantut.Salah jika:Pemuda itu mengembara daripada Jerantut ke Tampin.

ii. Pelancong itu dari Singapura.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + Singapura (kata nama). Hal ini demikian kerana dari Singapura (menunjukkan tempat).Ringkasnya dari Singapura.Salah jika:Pelancong itu daripada Singapura.

iii. Kereta mewah itu diimport dari Jerman.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + Jerman (kata nama). Hal ini demikian kerana dari Jerman (menunjukkan tempat).Ringkasnya dari Jerman.Salah jika:Kereta mewah itu diimport daripada Jerman.

2. Tip Zoom A

i. Kata sendi nama dari hanya boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan masa, arah dan tempat.ii. Untuk mudah mengingatinya, murid-murid boleh menggunakan akronim sebagaiamana berikut: masa = (m) dari arah = (a) tempat = (t)iii. Ringkasnya kata sendi nama dari = mat (masa, arah dan tempat)

Kata Sendi Nama “daripada”

1. Kata sendi nama daripada hanya boleh digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh Penggunaan Kata Sendi Nama "daripada"

a) Menunjukkan Perbandingan atau Perbezaan.

i. Lutpi lebih tinggi daripada Zain.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang membawa makna perbandingan antara Lutpi dengan Zain.Salah jika:Lutpi lebih tinggi dari Zain.

ii. Kain yang dibelinya lebih halus daripada kain itu.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang membawa makna perbandingan antara kain yang dibelinya dengan kain itu.Salah jika:Kain yang dibelinya lebih halus dari kain itu.

iii. Kelakuan Ain berbeza daripada kelakuan kakaknya.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang membawa makna perbezaan antara kelakuan Ain dengan kelakuan kakaknya.Salah jika:Kelakuan Ain berbeza dari kelakuan kakaknya.

iv. Pendapatan bulananannya kini meningkat daripada RM2 000 kepada RM3 000.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang membawa makna perbezaan pendapatan bulanannya.Salah jika:Pendapatan bulananannya kini meningkat dari RM2 000 kepada RM3 000.

b) Menunjukkan Asal Kejadian atau Sumber Sesuatu Benda.

i. Kuih bingka itu diperbuat daripada ubi kayu.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang menunjukkan sumber kuih itu diperbuat, iaitu ubi kayu.Salah jika:Kuih bingka itu diperbuat dari ubi kayu.

ii. Permata itu berasal daripada batu di kawasan pedalaman.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang menunjukkan asal kejadian batu permata itu, iaitu batu di kawasan pedalaman.Salah jika:Permata itu berasal dari batu di kawasan pedalaman.

iii. Semua perabot itu daripada rotan.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang menunjukkan sumber perabot itu diperbuat, iaitu rotan.Salah jika:Semua perabot itu dari rotan.

c) Menunjukkan punca.

i. Siti baharu sahaja menerima surat daripada abangnya.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang menunjukkan punca bagi orang, iaitu abangnya.Salah jika:Siti baharu sahaja menerima surat dari abangnya.

ii. Ahli silap mata itu menerima bola pingpong daripada burung merpatinya.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang menunjukkan punca bagi binatang, iaitu burung merpatinya.Salah jika:Ahli silap mata itu menerima bola pingpong dari burung merpatinya.

iii. Semua manusia perlu menjauhkan diri daripada bahaya arak dan dadah.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang menunjukkan punca bagi unsur abstrak, iaitu bahaya arak dan dadah.Salah jika:Semua manusia perlu menjauhkan diri dari bahaya arak dan dadah.

iv. Arahan itu daripada Pejabat Pelajaran Daerah.

Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama daripada yang menunjukkan punca bagi institusi, iaitu Pejabat Pelajaran Daerah.Salah jika:Arahan itu dari Pejabat Pelajaran Daerah.

2. Tip Zoom A

Kata sendi nama daripada hanya boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan:

i. perbandingan atau perbezaanii. asal kejadian atau sumber iii. punca sesuatu

Untuk mudah mengingatinya, anda boleh menggunakan akronim perasap.

per = perbandingan atau perbezaanasa = asal kejadian atau sumberp = punca sesuatu

Kata Sendi Nama “demi”

1. Kata sendi nama demi digunakan sebagai unsur penegas dalam ayat.

Contoh i:"Demi Allah, aku sudah insaf sekarang," kata Jamal.Salah jika:i. "Untuk Allah, aku sudah insaf sekarang," kata Jamal.ii. "Bagi Allah, aku sudah insaf sekarang," kata Jamal.

Contoh ii:Demi Tuhan, aku akan berubah sikap sekarang juga.Salah jika:i. Kepada Tuhan, aku akan berubah sikap sekarang juga.ii. Untuk Tuhan, aku akan berubah sikap sekarang juga.

2. Kata sendi nama demi digunakan sebagai membawa maksud sekumpulan atau satu.

Contoh i:Murid-murid itu masuk ke bilik itu seorang demi seorang.Salah jika:i. Murid-murid masuk ke bilik itu seorang untuk seorang.ii. Murid-murid masuk ke bilik itu seorang bagi seorang.

Contoh ii:Dia membelek buku itu sehelai demi sehelai.Salah jika:i. Dia membelek buku itu sehelai kepada sehelai.ii. Dia membelek buku itu sehelai bagi sehelai.

Contoh iii:Guli itu dimasukkan ke dalam uncang satu demi satu oleh adik.Salah jika:i. Guli itu dimasukkan ke dalam uncang satu untuk satu oleh adik.ii. Guli itu dimasukkan ke dalam uncang satu bagi satu oleh adik.

3. Kata sendi nama demi digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang bermaksud tujuan.

Contoh i:Kakak belajar besungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang cemerlang.Salah jika:i. Kakak belajar besungguh-sungguh demi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.ii. Kakak belajar besungguh-sungguh demi bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.

Contoh ii:Semua pekerja mesti bekerjasama demi kemajuan syarikat.Salah jika:i. Semua pekerja mesti bekerjasama demi untuk kemajuan syarikat.ii. Semua pekerja mesti bekerjasama demi bagi kemajuan syarikat.

Contoh iii:Mereka memungut derma demi membantu anak-anak yatim itu.Salah jika:i. Mereka memungut derma demi untuk membantu anak-anak yatim itu. ii. Mereka memungut derma demi bagi membantu anak-anak yatim itu.

4. Tip Zoom A

Kata sendi nama demi:

i. sebagai unsur penegas dalam ayat.ii. membawa maksud sekumpulan atau satu.iii. membawa maksud tujuan.iv. tidak boleh + untuk atau bagi.

Kata Sendi Nama “dengan”

1. Kata sendi nama dengan hadir sebelum frasa nama yang bermaksud sebagaimana berikut:

a) bermaksud menggunakan, memakai sesuatu sebagai alat.

Contoh:

i. Nabila menulis surat itu dengan pen.Salah jika:Nabila menulis surat itu oleh pen.

ii. Dia menebang pokok rambai itu dengan sebilah kapak.Salah jika:Dia menebang pokok rambai itu akan sebilah kapak.

iii. Pak Mud memukul ular tedung itu dengan sebatang kayu.Salah jika:Pak Mud memukul ular tedung itu terhadap sebatang kayu.

b) bermaksud cara sesuatu itu dilaksanakan atau dilakukan.

Contoh:

i. Nasuha bercakap dengan sopan sekali.Salah jika:Nasuha bercakap sampai sopan sekali.

ii. Mereka menyambut kedatangan kami dengan senang hati.Salah jika:Mereka menyambut kedatangan kami bagai senang hati.

iii. Murid-murid itu memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.Salah jika:Murid-murid itu memulakan pembelajaran umpama bacaan doa.

c) bermaksud keadaan perbandingan yang sama atau serupa.

i. Adakah sama lalat dengan langau?Salah jika:Adakah sama lalat antara langau?

ii. Najihah sentiasa sependapat dengan ibunya.Salah jika:Najihah sentiasa sependapat tentang ibunya.

iii. Hukuman terhadap pesalah itu setimpal dengan kesalahannya.Salah jika:Hukuman terhadap pesalah itu setimpal kepada kesalahannya.

d) bermaksud bersama-sama atau beserta.

i. Nailie pergi ke sekolah dengan Fatinie.Salah jika:Nailie pergi ke sekolah demi Fatinie.

ii. Guru Besar sedang bermesyuarat dengan guru-gurunya.Salah jika:Guru Besar sedang bermesyuarat laksana guru-gurunya.

iii. Faiz sentiasa menelaah pelajaran sekolahnya dengan Faris.Salah jika:Faiz sentiasa menelaah pelajaran sekolahnya untuk Faris.

2. Tip Zoom A

Kata sendi nama dengan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud: i. menggunakan sesuatu sebagai alat.ii. cara sesuatu itu dilakukan.iii. keadaan perbandingan yang serupa.iv. bersama-sama.

Anda boleh menggunakan akronim ACBS untuk mudah mengingangatnya.A = alatC = caraB = bandingS = sama-sama

Kata Sendi Nama “di”

1. Kata sendi nama di hanya boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.Contoh Penggunaan Kata Sendi Nama "di"

a) Menunjukkan Tempat Berada.

Anis membeli dua kilogram gula di kedai itu.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama di + kedai (kata nama). Ringkasnya di kedai. Hal ini bermakna di kedai menunjukkan tempat Anis berada untuk membeli gula.

Salah jika:i. Anis membeli dua kilogram gula kedai itu.ii. Anis membeli dua kilogram gula ke kedai itu.

b) Menunjukkan Tempat Tiba.

Nasuha telah tiba di kampung Rawa pagi tadi.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama di + kampung Rawa (frasa nama).Hal ini demikian kerana di kampung Rawa menunjukkan tempat Nasuha telah tiba pagi tadi.Ringkasnya di kampung Rawa. Salah jika:i. Nasuha telah tiba kampung Rawa pagi tadi.ii. Nasuha telah tiba ke kampung Rawa pagi tadi.

c) Kata sendi nama di juga tidak boleh digunakan di hadapan atau sebelum kata nama atau frasa nama yang membawa makna masa, waktu atau zaman.

Contohnya sebagaimana berikut:

i. Banyak negara Asia dijajah oleh bangsa Eropah di abad itu.Sepatutnya:Banyak negara Asia dijajah oleh bangsa Eropah pada abad itu.

ii. Gua merupakan tempat tinggal manusia di zaman dahulu. Sepatutnya:Gua merupakan tempat tinggal manusia pada zaman dahulu.

iii. Mereka sedang melayari internet di ketika itu.Sepatutnya:Mereka sedang melayari internet pada ketika itu.

iv. Nelayan itu sentiasa pulang di waktu senja. Sepatutnya:Nelayan itu sentiasa pulang pada waktu senja.

v.Suasana pasar borong itu tidak begitu bising terutama di awal pagi.Sepatutnya:Suasana pasar borong itu tidak begitu bising terutama pada awal pagi.

2. Tip Zoom A

i. Kata sendi nama di hanya boleh digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang membawa makna:a) tempat berada b) tempat tiba

ii. Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa makna masa.iii. Kata sendi nama di mesti dipisahkan daripada kata nama atau frasa nama apabila menulis.

Kata Sendi Nama “hingga” dan “sampai”

1. Kata sendi nama hingga dan sampai digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Kata sendi nama ini bermaksud peringkat atau had untuk masa atau waktu dan tempat.

Contoh i:Dia berlari hingga hujung padang itu.atauDia berlari sampai hujung padang itu.

Contoh ii:Mereka bebual-bual hingga larut malam.atauMereka bebual-bual sampai larut malam.

Contoh iii:Petani itu bekerja di sawahnya hingga petang.atauPetani itu bekerja di sawahnya sampai petang.

2. Tip Zoom AKata sendi nama hingga dan sampai digunakan sebagaimana berikut:

i. Kata sendi nama hingga dan sampai boleh bertukar ganti.ii. Menyatakan makna perihal peringkat:a) masab) waktuc) tempat

Kata Sendi Nama “ke”

1. Kata sendi nama ke hanya boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.Contoh Penggunaan Kata Sendi Nama "ke"

a) Menunjukkan Tempat Yang Dituju.

i. Encik Zahari dan keluarganya telah pulang ke Kuantan.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama ke + Kuantan (kata nama).Hal ini demikian kerana ke Kuantan menunjukkan tempat yang Encik Zahari dan keluarganya tuju.Ringkasnya ke Kuantan.

Salah jika:a) Encik Zahari dan keluarganya telah pulang Kuantan.b) Encik Zahari dan keluarganya telah pulang di Kuantan.

ii. Mereka beratur sebelum masuk ke bilik darjah masing-masing.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama ke + bilik darjah (frasa nama). Ringkasnya ke bilik darjah.Hal ini demikian kerana ke bilik darjah masing-masing menunjukkan tempat yang dituju oleh mereka.

Salah jika:a) Mereka beratur sebelum masuk bilik darjah masing-masing.b) Mereka beratur sebelum masuk di bilik darjah masing-masing.

b) Menunjukkan Arah Yang Dituju.

i. Kereta api itu menuju ke utara.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama ke + utara (kata nama).Hal ini demikian kerana ke utara menunjukkan arah yang kereta api itu tuju.Ringkasnya ke utara.

Salah jika:

a) Kereta api itu menuju utara. b) Kereta api itu menuju di utara.

ii. Mereka sedang berakit menuju ke hilir Sungai Lemal.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama ke + hilir Sungai Lemal (frasa nama).Hal ini demikian kerana ke hilir Sungai Lemal menunjukkan arah yang mereka tuju.Ringkasnya ke hilir Sungai Lemal.

Salah jika:a) Mereka sedang berakit menuju hilir Sungai Lemal.b) Mereka sedang berakit menuju di hilir Sungai Lemal.

c) Menunjukkan Masa atau Waktu.

i. Sempadan negara dikawalan dengan rapi dari semasa ke semasa.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama ke + semasa (kata nama).Hal ini demikian kerana dari semasa ke semasa menunjukkan masa atau waktu.Ringkasnya dari semasa ke semasa.

Salah jika:Sempadan negara dikawalan dengan rapi dari semasa.

ii. Suzi menunggu sahabatnya dari pukul 4.00 petang ke pukul 5.00 petang.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama ke + pukul 5.00 petang (frasa nama).Ringkasnya ke pukul 5.00 petang.Hal ini kerana ke pukul 5.00 petang menunjukkan masa atau waktu.

Salah jika:Suzi menunggu sahabatnya dari pukul 4.00 petang kepada pukul 5.00 petang.

2. Tip Zoom A

i. Kata sendi nama ke hanya boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan:a) Tempat yang dituju. b) Arah yang dituju. c) Masa atau waktu.

ii. Penggunaan kata sendi nama ke + kata sendi nama ke.Ringkasnya: (ke + ke)

Contoh:ke kiri dan ke kanan.Contoh penggunaan (ke + ke) dalam ayat:Sebelum melintas jalan raya itu, Madihah menoleh ke kiri dan ke kanan.

Salah jika: a) Sebelum melintas jalan raya itu, Madihah menoleh ke kiri dan kanan.b) Sebelum melintas jalan raya itu, Madihah menoleh kiri dan ke kanan.c) Sebelum melintas jalan raya itu, Madihah menoleh kiri dan kanan.d) Sebelum melintas jalan raya itu, Madihah menoleh kiri kanan.

iii. Penggunaan kata sendi nama dari + ke

Contoh: dari semasa ke semasa.ataudari masa ke masa.

Contoh penggunaan (dari + ke) dalam ayat:Sempadan negara dikawalan dengan rapi dari semasa ke semasa.atau Sempadan negara dikawalan dengan rapi dari masa ke masa.

Salah jika:a) Sempadan negara dikawalan dengan rapi dari semasa ke masa.b) Sempadan negara dikawalan dengan rapi dari masa ke semasa.

Kata Sendi Nama “kepada”

1. Digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan sasaran manusia atau binatang.

Contoh i:Beberapa pucuk surat diberikannya kepada kerani sekolah itu.Salah jika:Beberapa pucuk surat diberikannya ke kerani sekolah itu.

Hal ini demikian kerana kerani sekolah itu ialah frasa nama yang menunjukkan sasaran manusia.

Contoh ii:Nabila mengirim poskad kepada sepupunya di Seremban.Salah jika:Nabila mengirim poskad pada sepupunya di Seremban.

Hal ini demikian kerana sepupunya ialah frasa nama yang menunjukkan sasaran manusia.

Contoh iii:Melukut di dalam guni itu diberikan kepada anak-anak ayamnya.Salah jika:i. Melukut di dalam guni itu diberikan ke anak-anak ayamnya.ii. Melukut di dalam guni itu diberikan pada anak-anak ayamnya.

Hal ini demikian kerana anak-anak ayamnya ialah frasa nama yang menunjukkan sasaran binatang.

2. Digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan unsur abstrak (mujarad).

Contoh i: Rakyat negara itu makin terdedah kepada dunia luar.Salah jika:i. Rakyat negara itu makin terdedah pada dunia luar.ii. Rakyat negara itu makin terdedah dengan dunia luar.

Hal ini demikian kerana dunia luar ialah frasa nama yang menunjukkan unsur abstrak.

Contoh ii:Cegahlah para remaja agar tidak terdedah kepada bahaya dadah.Salah jika:i. Cegahlah para remaja agar tidak terdedah pada bahaya dadah.ii. Cegahlah para remaja agar tidak terdedah dengan bahaya dadah.

Hal ini demikian kerana bahaya dadah ialah frasa nama yang menunjukkan unsur abstrak.

3. Digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan pecahan.

Contoh i:Dalam bidang sukan, murid-murid sekolah itu dibahagikan kepada empat pasukan.Salah jika:Dalam bidang sukan, murid-murid sekolah itu dibahagikan pada empat pasukan.

Hal ini demikian kerana empat pasukan ialah frasa nama yang menunjukkan pecahan.

Contoh ii:Waktu pengajian di universiti itu dipecahkan kepada dua semester.Salah jika:Waktu pengajian di universiti itu dipecahkan ke dua semester.

Hal ini demikian kerana dua semester ialah frasa nama yang menunjukkan pecahan.

Contoh iii:Para belia yang menyertai kursus itu dibahagikan kepada lima kumpulan.Salah jika:Para belia yang menyertai kursus itu dibahagikan pada lima kumpulan.

Hal ini demikian kerana lima kumpulan ialah frasa nama yang menunjukkan pecahan.

4. Digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan perubahan situasi atau keadaan.

Contoh i:

Pada musim sejuk suhu negara itu menurun kepada 2 ºC.Salah jika:i. Pada musim sejuk suhu negara itu menurun ke 2 ºC.ii. Pada musim sejuk suhu negara itu menurun pada 2 ºC.

Hal ini demikian kerana ayat di atas terdapat perkataan "menurun" menunjukkan perubahan situasi.

Contoh ii:Pendapatannya berubah kepada tahap yang lebih baik sejak perniagaanya semakin maju.Salah jika:i. Pendapatannya berubah ke tahap yang lebih baik sejak perniagaanya semakin maju.ii. Pendapatannya berubah pada tahap yang lebih baik sejak perniagaanya semakin maju.

Hal ini demikian kerana ayat di atas terdapat perkataan "berubah" menunjukkan perubahan situasi.

Contoh iii:Banjir di beberapa kawasan di negeri itu telah meningkat kepada tahap yang membahayakan.Salah jika:i. Banjir di beberapa kawasan di negeri itu telah meningkat ke tahap yang membahayakan.ii. Banjir di beberapa kawasan di negeri itu telah meningkat pada tahap yang membahayakan.

Hal ini demikian kerana ayat di atas terdapat perkataan "meningkat" menunjukkan perubahan situasi.

5. Tip Zoom A

Kata sendi nama kepada hanya boleh digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menerangkan:

i. sasaran manusia atau binatang.ii. unsur abstrak (mujarad).iii. pecahan.iv. perubahan situasi atau keadaan.

Kata Sendi Nama “oleh”

1. Kata sendi nama oleh digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang membawa makna sebagaimana yang berikut:

a. Menjelaskan perbuatan pelaku dalam ayat pasif yang menggunakan imbuhan di- dan ter- serta perkataan kena.

Contoh i:Baju batik itu dibeli oleh ayah semalam.Salah jika:

Baju batik itu dibeli akan ayah semalam.

Contoh ii:Novel itu terkarang oleh Mahiran.Salah jika:Novel itu terkarang kepada Mahiran.

Contoh iii:Penyeludup itu kena tangkap oleh kastam.Salah jika:Penyeludup itu kena tangkap pada kastam.

b. Menerangkan hubungan yang membawa makna sebab.

Contoh i:Dia demam selesema oleh sebab kehujanan petang kelmarin.atauDia demam selesema lantaran kehujanan petang kelmarin.Salah jika:Dia demam selesema oleh kerana kehujanan petang kelmarin.

Contoh ii:Penjenayah itu mati oleh sebab senjatanya sendiri.atauPenjenayah itu mati lantaran senjatanya sendiri.Salah jika:Penjenayah itu mati oleh akan senjatanya sendiri.

Contoh iii:Oleh sebab jarang-jarang hadir ke sekolah, dia gagal dalam peperiksaan.atau* Kerana jarang-jarang hadir ke sekolah, dia gagal dalam peperiksaan.Salah jika:Oleh lantaran jarang-jarang hadir ke sekolah, dia gagal dalam peperiksaan.

2. Tip Zoom A

Kata sendi nama oleh hanya digunakan jika:

i. pelaku dalam ayat pasif + imbuhan di- dan ter-.ii. pelaku dalam ayat pasif yang menggunakan perkataan kena.iii. keterangan yang bermaksud sebab. (atau)iv. oleh + sebab.v. bertukar ganti dengan lantaran.

* Harus diingat bahawa kerana bukan kata sendi nama tetapi kata hubung keterangan.

Kata Sendi Nama “pada”

1. Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan masa.

Contoh i:Kami sekeluarga bersarapan pada pukul tujuh pagi.Salah jika:Kami sekeluarga bersarapan di pukul tujuh pagi.

Hal ini demikian kerana pukul tujuh pagi ialah frasa nama yang menunjukkan keterangan masa.

Contoh ii:Pada ketika itu Norizan berada di Johor Bahru. Salah jika:Di ketika itu Norizan berada di Johor Bahru.

Hal ini demikian kerana ketika itu ialah frasa nama yang menunjukkan keterangan masa.

Contoh iii:Mereka akan berpindah ke Melaka pada akhir tahun ini.Salah jika:Mereka akan berpindah ke Melaka di akhir tahun ini.

Hal ini demikian kerana akhir tahun ini ialah frasa nama yang menunjukkan keterangan masa.

2. Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang menerangkan tindakan atau perlakuan sesuatu kata kerja.

Contoh i:Jadual perlawanan bola sepak itu ditampal pada papan kenyataan sekolah.Salah jika:Jadual perlawanan bola sepak itu ditampal di papan kenyataan sekolah.

Hal ini demikian kerana papan kenyataan sekolah ialah frasa nama yang menunjukkan tempat bagi ditampal yang merujuk kepada perlakuan bagi kata kerja.

Contoh ii:Layang-layang adik tersangkut pada dahan pokok rambutan itu.Salah jika:Layang-layang adik tersangkut di dahan pokok rambutan itu.

Hal ini demikian kerana dahan pokok ialah frasa nama yang menunjukkan tempat bagi tersangkut yang merujuk kepada perlakuan bagi kata kerja.

Contoh iii:Mereka tekun mengecat pada dinding bangunan yang baharu dibina itu.Salah jika:Mereka tekun mengecat di dinding bangunan yang baharu dibina itu.

Hal ini demikian kerana dinding bangunan ialah frasa nama yang menunjukkan tempat bagi mengecat yang merujuk kepada perlakuan bagi kata kerja.

3. Digunakan di hadapan atau sebelum perkataan ada. (ada + pada)

Contoh i:Buku cerita itu ada pada Zainun. Salah jika:Buku cerita itu ada dengan Zainun.

Hal ini demikian kerana ada + pada bukan ada + dengan.

Contoh ii:Sifat gigih dan cekal ada padanya.Salah jika:Sifat gigih dan cekal ada kepadanya.

Hal ini demikian kerana ada + pada bukan ada + kepada.

Contoh iii:Deria bau yang kuat ada pada sesetengah binatang.Salah jika:Deria bau yang kuat ada bagi sesetengah binatang.

Hal ini demikian kerana ada + pada bukan ada + bagi.

4. Tip Zoom A

Kata sendi nama pada hanya boleh digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menerangkan:

i. masa atau waktu.ii. tempat bagi perbuatan kata kerja.iii. manusia atau binatang yang didahului perkataan ada (ada + pada)

Kata Sendi Nama "tentang"

1. Kata sendi nama tentang digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada unsur-unsur abstrak atau mujarad, rujukan umum atau tidak tentu. Contoh i:Mereka berbual tentang kejadian tsunami.Salah jika:Mereka berbual terhadap kejadian tsunami.

Contoh ii:Pegawai itu mengumumkan tentang kenaikan harga petroleum.Salah jika:

Pegawai itu mengumumkan terhadap kenaikan harga petroleum.

Contoh iii:Guru-guru sedang bermesyuarat tentang masalah disiplin sekolah.Salah jika:Guru-guru sedang bermesyuarat terhadap masalah disiplin sekolah.

2. Tip Zoom A

Kata sendi nama tentang + frasa nama (unsur-unsur abstrak atau mujarad, rujukan umum atau tidak tentu).

Kata Sendi Nama "terhadap"

1. Kata sendi nama terhadap digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia, haiwan atau benda.

Contoh i:Janganlah mengkhiati terhadap harta benda awam.Salah jika:Janganlah mengkhiati tentang harta benda awam.

Contoh ii:Perasaan kasihan terhadap haiwan ialah amalan yang mulia.Salah jika:Perasaan kasihan tentang haiwan ialah amalan yang mulia.

Contoh iii:Setiap guru hendaklah bersikap adil terhadap murid-muridnya.Salah jika:Setiap guru hendaklah bersikap adil tentang murid-muridnya.

2. Tip Zoom A

Kata sendi nama terhadap + frasa nama (manusia, haiwan atau benda).