Karangan 3 Kepentuingan Perayaan
-
Upload
siti-nur-alifah -
Category
Documents
-
view
110 -
download
6
Transcript of Karangan 3 Kepentuingan Perayaan
Karangan 3Anda diminta untuk menulis satu karangan bertajuk "Kepentingan sambutan hari perayaan di negara ini" untuk bacaan kelas anda.
Huraikan.
Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat
orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang
India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan
sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan
dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak
kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.
Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku
interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini
mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis
melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang
diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh
itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.
Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan
pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini
menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang
berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah
faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman
tentang budaya kaum yang lain.
Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia
terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman
jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa.
Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada
keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh
kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif
kepada negara dengan begitu mudah.
Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di
negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan
kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak
manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud
menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.