kamus pekerjaan.docx

19
SENARAI PEKERJAAN DAN SPESIFIKASI TUGAS 1. Nama Pekerjaan : Tukang Jahit , Am Spesifikasi Tugas: Tukang Jahit adalah individu yang membuat, membaiki atau mengubah pakaian secara professional. 2. Nama Pekerjaan : Tukang Pakaian Siap Spesifikasi Tugas: Tukang Jahit yang kebiasaannya bekerja di kilang- kilang pakaian atau butik untuk membuat pakaian sedia pakai ( Ready To Wear) seperti seluar, t-shirt, skirt dan sebagainya.

Transcript of kamus pekerjaan.docx

Page 1: kamus pekerjaan.docx

SENARAI PEKERJAAN DAN SPESIFIKASI TUGAS

1. Nama Pekerjaan : Tukang Jahit , Am

Spesifikasi Tugas: Tukang Jahit adalah individu yang membuat, membaiki atau mengubah pakaian secara professional.

2. Nama Pekerjaan : Tukang Pakaian Siap

Spesifikasi Tugas: Tukang Jahit yang kebiasaannya bekerja di kilang-kilang pakaian atau butik untuk membuat pakaian sedia pakai ( Ready To Wear) seperti seluar, t-shirt, skirt dan sebagainya.

Page 2: kamus pekerjaan.docx

3. Nama Pekerjaan : Tukang Kasut

Spesifikasi Tugas : Tukang Kasut ialah individu membuat dan membaiki kasut dengan menggunakan tangan dan peralatan seperti tukul, gunting dan gam.

4. Nama Pekerjaan : Tukang Kayu , Kapal

Spesifikasi Tugas: Tukang Kayu Kapal adalah individu yang membuat kapal kayu untuk kegunaan nelayan kecil, mengangkut barang- barang dan penumpang dalam jumlah yang kecil.

Page 3: kamus pekerjaan.docx

5. Nama Pekerjaan : Tukang Kayu Am

Spesifikasi Tugas: Tukang Kayu Am ialah individu yang memotong kayu dan mengukirnya untuk kegunaan biasa seperti membuat perabot, pintu, dan sebagainya.

6. Nama Pekerjaan : Tukang Bawah Tanah

Spesifikasi Tugas: Tukang Bawah Tanah ialah individu yang bekerja dalam projek pembinaan seperti membuat terowong, pembinaan paip, membina jalan raya, dan sebahagian daripada pembinaan bawah tanah atau projek perlombongan .

Page 4: kamus pekerjaan.docx

7. Tukang Kayu, Meja

Spesifikasi Tugas: Tukang Kayu Meja ialah individu yang bertanggungjawab dalam memotong dan mereka bentuk kayu untuk dijadikan meja kayu.

8. Tukang kayu , Pembinaan

Spesifikasi Tugas: Tukang Kayu merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk bangunan, memasang dan membaiki struktur perkakasan rumah, perabot dan barangan lain dengan menggunakan pelbagai jenis bahan termasuk kayu dan besi.

Page 5: kamus pekerjaan.docx

9. Tukang Pentas Dan Studio

Spesifikasi Tugas:  Tukang Pentas Dan Studio merupakan individu yang bekerja di belakang tabir ( belakang pentas) untuk mengawal aspek teknikal dalam sesebuah konsert, teater, teater musical, opera atau persembahan langsung.

10. Tukang Kebun

Spesifikasi Tugas: Tukang Kebun ialah individu yang terlibat menanam pokok seperti bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran atau pekerja tapak semaian ( Plant Nursery).

Page 6: kamus pekerjaan.docx

11. Tukang Kemudi

Spesifikasi Tugas: Tukang Kemudi ialah individu yang bertanggungjawab mengemudikan kapal dengan baik. Beliau membantu kapten kapal menjaga kapal dan penumpangnya dan memastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi oleh anak kapal. Selain itu,beliau juga membantu kapten kapal mengawasi , kekemasan dan kebersihan dalam kapal.

12. Tukang Kunci

Spesifikasi Tugas: Tukang Kunci ialah individu yang membuat, memasang ,dan membaiki kunci, sistem kunci elektronik,kunci bermangga, perkakasan pintu dan peralatan yang berkaitan.

Page 7: kamus pekerjaan.docx

13. Tukang Masak ( Kecuali Perkhidmatan Persendirian)

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak yang mana masak secara professional dalam dapur yang direka bentuk secara profesional.Seorang bertanggung jawab penuh di dalam dapur termasuk bidang pengurusan dapur.Mereka ini menyelia- selia semua staf-staf dapur,Mencipta menu yang sesuai untuk hotel /restoran  melalui berbincang dengan pengurus.

14. Tukang masak ( Perkhidmatan Persendirian)

Spesifikasi Tugas: Tukang masak persendirian menyediakan masakan di rumah untuk majlis keraian seperti makan malam , parti , majlis kecil-kecilan serta mengajar kelas memasak persendirian.

Page 8: kamus pekerjaan.docx

15. Tukang Masak Gula

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Gula ialah individu yang bertanggjawab dalam memasak manisan seperti gula- gula , kek dan sebagainya.

16. Tukang Masak Kapal

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Kapal ialah individu yang bertanggjawab menyediakan makanan bagi penumpang dan krew kapal di laut.

Page 9: kamus pekerjaan.docx

17. Tukang Masak Malt

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Malt ialah individu yang menyediakan masakan berasaskan malt. Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman seperti minuman coklat malt, roti dan biskut.

19. Tukang Masak , Am

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Am ialah individu yang mempunyai kemahiran memasak dalam pelbagai makanan tidak kira makanan tempatan atau barat.

Page 10: kamus pekerjaan.docx

20. Tukang Masak Bijiran

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Bijirin ialah individu yang menggunakan bijirin seperti gandum untuk dijadikan roti atau pastri.

21. Tukang Masak Daging

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Daging ialah individu yang mempunyai kepakaran dalam memasak daging seperti stek, grill dan sebagainya dan bekerja di restoran stek.

Page 11: kamus pekerjaan.docx

22. Tukang Masak , Pengawetan Daging

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Pengawetan Daging ialah individu yang memasak daging yang diawet atau disalai untuk tujuan penyimpanan dalam jangka masa yang panjang.

23. Tukang Masak, Pengawetan Ikan

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak Pengawetan Ikan ialah individu yang mempunyai kemahiran dalam mengawet atau menyalai ikan untuk tujuan penyimpanan dalam jangka masa yang panjang tanpa perlu di sejuk bekukan.

Page 12: kamus pekerjaan.docx

24. Tukang Masak , Pengawetan Sayur- Sayuran

Spesifikasi Tugas: Tukang masak pengawetan sayuran –sayuran ialah individu yang tugasnya mengawet sayur- sayuran seperti timun, bawang, cili dan sebagainya.

24. Tukang Masak , Proses Kimia

Spesifikasi Tugas: Chef Proses Kimia atau Chef gastronomi molekuler ialah tukang masak yang mengabungkan proses sains bagi memahami sifat biologi bahan makanan dan reaksi kimia serta fizikalnya ketika proses memasak berlaku.

Page 13: kamus pekerjaan.docx

25. Tukang Masak , Ulat Sutera

Spesifikasi Tugas: Tukang Masak , Ulat Sutera ialah individu yang memasak dan memproses ulat sutera sebelum dijadikan gentian benang yang menjadi bahan membuat kain sutera.

26. Tukang Nyala , Rumah Asap.

Spesifikasi Tugas: Tukang Nyala Rumah Asap ialah individu yang bertanggjawab mengawal suhu rumah asap semasa proses menyalai( smoke) atau mengawet daging bagi tujuan penyimpanan dalam tempoh yang panjang.

Page 14: kamus pekerjaan.docx

27. Tukang Paip Am,

Spesifikasi Tugas: Tukang Paip Am ialah individu yang memasang , membaiki dan menyelia paip seperti singki dapur, paip air untuk kegunaan domestic seperti rumah, restoran dan pejabat.

28. Tukang Pam, Penapisan Petroleum

Page 15: kamus pekerjaan.docx

Spesifikasi Tugas: Tukang Pam , Penapisan Petroleum ialah individu yang bertanggjawab mengepam minyak mentah dari pelantar minyak sebelum petroleum tersebut di proses.

29. Tukang Pasang Paip

Spesifikasi Tugas: Tukang Pasang Paip ialah individu yang bertanggungjawab memasang paip seperti paip air dan gas untuk kegunaaan memasak.

30. Tukang Pateri Logam

Spesifikasi Tugas: Tukang pateri logam ialah individu yang mempunyai kemahiran dalam mengimpal sesuatu benda . Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam.

Page 16: kamus pekerjaan.docx

31. Tukang Pateri Tangan

Spesifikasi Tugas:Tukang Pateri Tangan ialah individu yang menggunakan alat pateri dalam kerja- kerja memasang atau mencantumkan bahan-bahan elektronik untuk barangan seperti Televisyen, Telefon Bimbit , Komputer dan sebagainya.

32. Tukang Pen

Spesifikasi Tugas: Tukang pen ialah individu yang mempunyai kemahiran dalam membuat pen buatan tangan dengan menggunakan kayu dan logam sebagai bahan asas pembuatannya.