Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi

3
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan Intervensi : Pastoral care Pastoral Care merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-murid. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yg luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid. Pastoral Care ialah elemen sokongan selain daripada tugas guru dalam bidang akademik dan membantu guru untuk menghasilkan modal insan yang menyeluruh dan harmonis dalam semua aspek pembangunan insan. Manakala dalam konteks pendidikan pula, pastoral care bermaksud amalan guru dari segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial muris-murid bawah tanggungjawabnya. Ianya merangkumi skop yang agak luas termasuk isu-isu kesihatan, sosial dan pendidikan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi. Dengan kata lain, ia merupakan satu himpunan sistem, prosedur dan program yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid secara menyeluruh agar mereka berpeluang mencapai potensi masing-masing serta melengkapi diri dengan kemahiran-kemahiran penting bagi mengharungi liku-liku dalam kehidupan nanti. Menurut Hornby, Hall dan Hall (2003), pastoral care merujuk kepada proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional. Justeru, pastoral care dianggap sebagai cirri utama pendidikan yang ditawarkan kepada semua murid. Secara keseluruhannya, terdapat tiga jenis strategi pastoral, iaitu kaunseling, bimbingan dan pendidikan peribadi dan sosial. Kaunseling bermaksud membantu murid-murid secara individu atau kelompok untuk menangani masalah yang sedang dihadapi serta mengurus kehidupan dengan lebih berkesan. Bimbingan pula adalah untuk membantu muird-murid secara individu atau kelompok membuat keputusan berhubung dengan hal-hal peribadi, akademik atau kerjaya. Bantuan yang diberikan oleh guru kelas, tutor peribadi, guru bimbingan dan kaunseling, dan agensi luar biasanya berbentuk maklumat penting yang berkaitan.

Transcript of Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi

Page 1: Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi

Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan Intervensi : Pastoral care

Pastoral Care merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru

untuk menjaga kebajikan murid-murid. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu

yg luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah

laku dan sokongan emosi murid. Pastoral Care ialah elemen sokongan selain

daripada tugas guru dalam bidang akademik dan membantu guru untuk

menghasilkan modal insan yang menyeluruh dan harmonis dalam semua aspek

pembangunan insan.

Manakala dalam konteks pendidikan pula, pastoral care bermaksud amalan

guru dari segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial muris-murid bawah

tanggungjawabnya. Ianya merangkumi skop yang agak luas termasuk isu-isu

kesihatan, sosial dan pendidikan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan

emosi. Dengan kata lain, ia merupakan satu himpunan sistem, prosedur dan

program yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid secara menyeluruh agar

mereka berpeluang mencapai potensi masing-masing serta melengkapi diri dengan

kemahiran-kemahiran penting bagi mengharungi liku-liku dalam kehidupan nanti.

Menurut Hornby, Hall dan Hall (2003), pastoral care merujuk kepada proses

pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid

dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan

vokasional. Justeru, pastoral care dianggap sebagai cirri utama pendidikan yang

ditawarkan kepada semua murid.

Secara keseluruhannya, terdapat tiga jenis strategi pastoral, iaitu kaunseling,

bimbingan dan pendidikan peribadi dan sosial. Kaunseling bermaksud membantu

murid-murid secara individu atau kelompok untuk menangani masalah yang sedang

dihadapi serta mengurus kehidupan dengan lebih berkesan.

Bimbingan pula adalah untuk membantu muird-murid secara individu atau

kelompok membuat keputusan berhubung dengan hal-hal peribadi, akademik atau

kerjaya. Bantuan yang diberikan oleh guru kelas, tutor peribadi, guru bimbingan dan

kaunseling, dan agensi luar biasanya berbentuk maklumat penting yang berkaitan.

Page 2: Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi

Selain daripada itu, bagi pendidikan peribadi dan sosial pula isu-isu penting

boleh diserapkan merentasi kurikulum oleh guru mata pelajaran yang berkeaan,

diintegrasikan dalam tutorial oleh tutor, atau disampaikan sebagai satu mata

pelajaran yang berasingan oleh guru bimbingan, guru bimbingan dan kaunseling dan

sebagainya.

Menurut ahli teoris, kualiti perkhidmatan pastoral care yang ditawarkan

mempengaruhi etos dan iklim sekolah secara keseluruhan. Perkhidmatan yang

positif akan mewujudkan suasana yang sihat dan prihatin di mana murid-murid

berasa selamat, dihargai dan digalakkan untuk berkembang dari segi akademik,

emosi dan sosial. Di samping itu, ia juga berasaskan prinsip-prinsip hubungan guru-

murid dan murid-murid yang baik dan saling menghormati.

Oleh itu, terdapat satu jawatankuasa khas diwujudkan di sekolah yang

dikenali sebagai jawatankuasa pastoral care dan bimbingan (Wettasinghe, dalam

Myint Swe Khine et al.. 2004). Ahli-ahli jawatankuasa tersebut bekerjasama dengan

ahli-ahli jawatankuasa tersebut berkerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa disiplin

di peringkat sekolah. Mengikut kebiasaan, guru disiplin adalah pengerusi

jawatankuasa tersebut. pendekatan yang digunakan adalah soft approach seperti

kaunseling bertujuan membantu murid-murid menyelesaikan masalah mereka. kes-

kes tertentu seperti mereka yang menghadapi masalah pembelajaran, sosial, emosi

dan tingkah laku akan dirujuk oleh guru-guru untuk menjalani sesi kaunseling.

Bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu cara intervensi yang

berkesan untuk membantu murid autistik, disleksia, pintar cerdas dan lewat

perkembangan (ADHD) semasa menghadapi kesulitan dan masalah. Bimbingan

merupakan suatu proses yang berlanjutan dan berterusan. Cara ini dirancang dan

digunakan oleh guru untuk membantu golongan ini mengetahui dan menyedari

tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantunya membuat penyesuaian

dengan persekitaran. Guru yang bertindak sebagai pembimbing akan membimbing

murid memahami dirinya serta menyedari kekuatan dan kelemahan murid. Guru

yang membimbing perlu mengenali murid dari segi sahsiah, tingkah laku dan

pencapaian supaya dapat membantunya tersebut menetapkan matlamat yang

selaras dengan sahsiah dan kebolehan dirinya.

Page 3: Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi

Manakala kaunseling pula adalah satu bentuk perkhidmatan yang

professional, dilakukan oleh guru kaunselor yang bertauliah atau guru-guru yang

telah menerima latihan khusus dalam khidmat kaunseling. Kaunseling suatu proses

di mana guru membantu murid untuk memahami dirinya yang sebenar, mengenal

kekuatan dan kelemahan diri supaya murid tersebut dapat membuat keputusan-

keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan yang ada dalam hidupnya. Seorang

guru kaunselor akan cuba membantu murid untuk mencapai matlamat yang realistik

supaya golongan ini dapat mengembangkan potensi diri secara optimum dan dapat

menyesuaikan diri dalam masyarakat dengan baik.

Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan

satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan .

Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar

memberikan perhatian kepadanya dan ianya memberikan impak kepada mereka.

Segala tingkah laku bermasalah berpunca daripada empat motif, iaitu

mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan

mempamerkan ketidak puasan hati. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan

yang dilakukan oleh kanak-kanak dan jangan mendorong mereka untuk

melakukannya. Sebaliknya guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya agar

guru boleh mengawal kelas yang mempunyai murid berkeperluan khas dengan baik

dan berkesan.