Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya (Sklh Dn Kurikulum Tersirat)

21
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO- BUDAYA SEKOLAH KURIKULUM TERSIRAT Disediakan oleh: Gan Jia Huan PISMP RBT 2 SJKC

description

sssdad

Transcript of Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya (Sklh Dn Kurikulum Tersirat)

PowerPoint Presentation

IMPLIKASI KEPELBAGAIANSOSIO- BUDAYASEKOLAHKURIKULUM TERSIRATDisediakan oleh:Gan Jia HuanPISMP RBT 2 SJKCSekolah Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat.Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Dalam kalangan sekolah ini pula terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Premier.KPM turut mengadakan sekolah khas untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan menengah.Selain itu, terdapat juga sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.

SEKOLAH PREMIERMerupakan sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejah penubuhannya.Sekolah ini mempunyai seni bina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan negara.

Sekolah ini telah melahirkan tokoh negara dan korporat seperti Victoria Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan), dan Sekolah Menengah St. John (Kuala Lumpur).

Sekolah BestariMerupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.Sekolah Model KhasContohnya SMK Meru Model Khas menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).SEKOLAH PENDIDIKAN KHASSekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia.

Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.Sekolah Menengah Teknik (SMT)Memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional.Matlamat: menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi.Memberi peluang pendidikan kepada murid bermasalah dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Wujud bagi menyediakan Pendidikan Islam kepada murid.Pembinaan sekolah aliran agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)Matlamat: memberi peluang kepada murid cemerlang khususnya dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan juga ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.Kurikulum TersiratAusbrooks (2000), menjelaskan bahawa Kurikulum tersirat; is composed of the implicit messages in the schools social climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child is absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a schools so called Learning Environment.Melalui Kurikulum Tersirat, Kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti Ko-Kurikulum. Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti Berpersatuan, Kegiatan Panitia dan aktiviti Kokurikulum. Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial.Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid.Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum.Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.Pelajar belajar melalui kurikulum tersirat daripada dua aspek:Struktur organisasi sekolahTermasuk jadual waktu pembelajaran dan aktiviti lain di sekolah, penyediaan kemudahan dan kelengkapan sekolah, bentuk penaksiran dan penilaian dan sebagainya.Budaya sekolah Termasuk peraturan sekolah, keceriaan sekolah, budaya pelajar dan sebagainya.Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat Merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid di mana mereka belajar.Hasil pembelajarannya adalah bersifat relatif dan sukar diukur secara kuantitatif.Nilai-nilai yang dibentuk bersama pelaksana kurikulum sendiri(murid-guru/pengajar).Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum(murid-guru/pelajar).Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulum berkenaan mahupun dalam penilaian. Jenis dan pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.Terima kasih