HSP Science Form 3

48
TEMA : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP BIDANG PEMBELAJARAN : 1. RESPIRASI

description

NOTA PDP SAINS TINGKATAN 3

Transcript of HSP Science Form 3

Page 1: HSP Science Form 3

TEMA : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUPBIDANG PEMBELAJARAN : 1. RESPIRASI

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1 1.1Menganalisamekanismapernafasanmanusia.

Murid boleh: mengenal pasti struktur

sistem respirasi manusia. mengenal pasti struktur paru

paru. memerihalkan proses

menarik dan menghembus nafas.

menghubung kait perubahan tekanan udara dalam rongga toraks dengan tarikan dan hembusan nafas.

memerihalkan mekanisma pernafasan.

Memerhatikan model atau perisiankomputer untuk mengenalpastistruktur sistem respirasi manusiayang terdiri daripada ronggahidung, trakea, bronkus paru-paru,tulang rusuk, diafragma dan ototinterkosta.

Mengkaji model paru-paru bagimengenal pasti bronkus, bronkioldan alveolus.

Membina model sistem respirasimanusia yang berfungsi untukmenunjukkan hubungan antaratekanan udara dalam ronggatoraks dengan proses tarikan danhembusan nafas.

Membincangkan mekanismapernafasan.

breathing mechanism –mekanisme pernafasan

exhalation – hembusannafas

inhalation – tarikan nafas

intercostal muscle – ototinterkosta

nasal cavity – rongganasal

rib – tulang rusuk

thoracic cavity – ronggatoraks

Pengecutan danpengenduran ototinterkosta dalamdan luar tidakperlu diterangkan.

1.2Memahamipengangkutanoksigen dalambadanmanusia.

Murid boleh: memerihalkan resapan

oksigen daripada alveoli ke dalam kapilari darah.

memerihalkan pengangkutan oksigen oleh darah.

memerihalkan resapan oksigen daripada kapilari darah ke dalam sel.

Menayangkan video atau perisiankomputer dan mengumpulmaklumat serta mentafsir datatentang perkara berikut:

a) Resapan oksigen daripadaalveoli ke dalam kapilari darahdan daripada kapilari darah kedalam sel.

b) Pengangkutan oksigen oleh seldarah merah dalam bentukoksihemoglobin.

diffusion – peresapan

Page 2: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.3Menyedarikepentingansistemrespirasi yangsihat.

Murid boleh: menyenaraikan pelbagai

bahan yang memudaratkan sistem respirasi.

menerangkan kesan bahan cemar kepada sistem respirasi.

menyenaraikan pelbagai penyakit yang mempengaruhi sistem respirasi.

mempraktikkan amalan baik untuk meningkatkan kualiti udara.

Mengumpul dan mentafsir datatentang perkara berikut:a) Bahan yang memudaratkansystem respirasi seperti nikotindan tar (daripada asap rokok),sulfur dioksida (daripadakilang), dan karbon monoksida(daripada asap kenderaan)serta jerebu.

b) Kesan pelbagai bahan yangmemudaratkan sistem respirasiseperti toksin dan karsinogen.

c) Pelbagai penyakit sistemrespirasi.

Menjalankan aktiviti untukmenunjukan kesan merokokkepada paru-paru.

Mengadakan atau membuatlawatan ke pameran tentang kesan merokok dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan paru-paru.

Sumbangsaran pelbagai ideatentang cara untuk menperbaikikualiti udara dan mengamalkannya.

carcinogen – karsinogentoxin – bahan beracun

Page 3: HSP Science Form 3

BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.1Memahamisistempengangkutandalammanusia.

Murid boleh: memerihalkan sistem

peredaran sebagai satu sistem saluran yang mempunyai satu pam dan berinjap untuk memastikan pengaliran darah dalam satu arah.

menyatakan fungsi jantung. mengenal pasti struktur

jantung manusia. membanding dan

membezakan struktur arteri, vena dan kapilari.

menghubungkaitkan ciri salur darah dengan fungsinya.

membanding dan membezakan darah beroksigen dengan darah terdeoksigen.

mengilustrasikan laluan aliran darah dalam sistem peredaran.

memerihalkan peranan sistem peredaran darah dalam pengangkutan bahan.

menerangkan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat.

Memerhati dan mengkaji model,perisian komputer atau video tentangstruktur jantung dan jenis salur darah(seperti: arteri, vena dan kapilari)dalam sistem peredaran darah.

Mengkaji satu spesimen hidupjantung untuk mengenal pastistrukturnya.

Membincangkan perkara berikut:a) fungsi jantung.b) ciri salur darah dan fungsinya.

Menjalankan aktiviti untukmembanding dan membezakandarah beroksigen dengan darahterdeoksigen.

Menjalankan simulasi pengalirandarah dalam sistem peredaran.Membincangkan peranan sistemperedaran darah dalampengangkutan bahan.

Menjemput pegawai perubatan untukmemberi ceramah tentang ‘MenjagaKesihatan Jantung Anda’.

blood vessel – salur darahdeoxygenated blood –darah terdeoksigenheart – jantungoxygenated blood – darahberoksigenvein – venaartery – arteri

Page 4: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.2Menganalisadarahmanusia.

Murid boleh: menyatakan komponen darah

dan fungsinya. menyatakan kumpulan darah. memadankan kumpulan darah

penderma kepada penerima. mewajarkan kepentingan

menderma darah. memerihalkan bagaimana

darah yang didermakan disimpan dan dikendalikan.

Menjemput seorang pegawaiperubatan untuk membericeramah mengenai:

a) komponen darah iaitu plasmadarah, sel darah merah, sel darah putih, platlet dan fungsinya.

b) Kumpulan darah iaitu A, B, ABand O.

c) Kesesuaian antara kumpulandarah penderma dengan penerima.

d) Kepentingan menderma darah.

e) Penyimpanan dan pengendalian darah yang didermakan.

blood donation – dermadarahblood group – kumpulandarahphysician – doktoruniversal donor –penderma universaluniversal recipient - penerima universal

Pendermauniversal danpenerima universalharusdiperkenalkan.

Page 5: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.3Menganalisasistempengangkutandalamtumbuhan.

Murid boleh: memerihalkan bagaimana

tumbuhan menjadi layu. memerihalkan transpirasi. memerihalkan fungsi stomata. mengenal pasti faktor yang

mempengaruhi kadar transpirasi.

memerihalkan bagaimana faktor ini mempengaruhi kadar transpirasi.

memerihalkan peranan transpirasi.

mengkaji laluan air di dalam keratan batang menggunakan pewarna yang sesuai.

mengenal pasti lokasi xilem dan floem.

memerihalkan fungsi xilem dan floem.

Memerhatikan tumbuhan yanglayu dan membincangkanbagaimana ia berlaku.

Mengkaji epidermis sehelai daundi bawah mikroskop untukmengenal pasti stomata danmembincangkan fungsinya.

Menjalankan eksperimen untukmengkaji faktor yangmempengaruhi kadar transpirasi.

Menjalankan aktiviti untukmengkaji yang berikut:a) Pengangkutan bahanmakanan yang disintesiskanmelalui floem.b) Pengangkutan air dari akar kedaun melalui xilem.

Mengkaji keratan rentas akar,batang dan daun untuk mengesanlokasi xilem dan floem.

Membincangkan peranantranspirasi dalam pengangkutanair dan mineral.

transport – pengangkutantranspiration - transpirasi

Pengangkutan airdan mineral dalamtranspirasi harusdiberi penekanan.

Page 6: HSP Science Form 3

BIDANG PEMBELAJARAN : 3. PERKUMUHAN

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

3.1Memahamiperkumuhanmanusia.

Murid boleh: menerangkan maksud

perkumuhan. mengenal pasti organ

perkumuhan manusia. menyatakankan hasil

perkumuhan bagi setiap organ perkumuhan.

menerangkan kepentinganperkumuhan.

Membincangkan maksudperkumuhan.

Mengkaji model, carta ataumemerhati perisian komputeruntuk mengenalpasti organperkumuhan iaitu kulit, paru-parudan ginjal.

Membincangkan hasil perkumuhan bagi setiap organperkumuhan seperti air, karbondioksida, mineral, garam dan urea.

Membincangkan kepentinganperkumuhan.

excretion – perkumuhan

3.2Menganalisasistem urinaridalammanusia.

Murid boleh: mengenal pasti lokasi ginjal

dan bahagian sistem urinari yang lain.

memerihalkan bentuk ginjal, mengenal pasti struktur

ginjal.

Mengkaji model, carta ataumemerhati perisian komputersistem urinari untuk mengenalpasti lokasi ginjal, ureter, pundikencing dan uretra.

kidney – ginjalurinary bladder – pundi kencing

Struktur dan fungsinefron tidak perludiberi penekanan.

Page 7: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

memerihalkan fungsi ginjal. menerangkan kepentingan

untuk mengekalkan kesihatan ginjal.

Mengumpul dan mentafsir datatentang fungsi ginjal.

Mengkaji spesimen hidup ginjaluntuk:a) memerihalkan bentuk ginjal.

b) mengenalpasti komponen ginjaliaitu korteks, medula dan pelvis.

Membincangkan perkara berikut:a) Kepentingan ginjal.

b) Kehidupan dengan ginjal yangrosak.

Fungsi mesindialisis harusdiperihalkan secararingkas.

3.3Menganalisaperkumuhandalamtumbuhan.

Murid boleh: memerihalkan cara tumbuhan

menyingkirkan hasil perkumuhan.

mengenal pasti hasil perkumuhan tumbuhan.

Mengumpul dan mentafsir databerikut:

a) Cara tumbuhan menyingkirkanhasil perkumuhan.

b) Hasil perkumuhan tumbuhanialah karbon dioksida, air danhasil perkumuhan yang kompleks.

Page 8: HSP Science Form 3

BIDANG PEMBELAJARAN : 4. PEMBIAKAN

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.1Memahamipembiakanseks danaseks.

Murid boleh: menyatakan kepentingan

pembiakan. menyatakan jenis pembiakan. menyatakan maksud

persenyawaan. Memerihalkan persenyawaan

dalam dan luar. membanding dan

membezakan pembiakan seks dengan aseks.

mengelaskan haiwan dan tumbuhan mengikut cara pembiakannya.

Membincangkan perkara berikut:

a) Kepentingan dan jenis pembiakan.b) Persamaan dan perbezaan antara pembiakan seksdengan aseks

Menggunakan carta, gambar rajah, video atau perisian komputer untuk mengkaji perkaraberikut:

a) Persenyawaan.b) Persenyawaan dalam dan luar.c) Pelbagai cara pembiakan aseks iaitu belahan dedua, penunasan, pembentukan spora dan pembiakan vegetatif serta penjanaan semula.

Membincang dan mengelaskanhaiwan dan tumbuhanberdasarkan cara pembiakannya.

asexual reproduction –pembiakan aseksbinary fission – belahandeduabudding – pertunasanexternal fertilisation –persenyawaan luarinternal fertilisation –persenyawaan dalamsexual reproduction –pembiakan seksspore formation –pembentukan sporavegetative reproduction –pembiakan vegetatifrejuvenation –penjanaan semulaseks

Page 9: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.2Menganalisasistempembiakanlelaki.

Murid boleh: mengenal pasti bahagian

sistem pembiakan lelaki. memerihalkan fungsi setiap

bahagian sistem pembiakan lelaki.

menyatakan peranan sperma dalam pembiakan.

memerihalkan perubahan yang berlaku pada lelaki semasa baligh.

Mengenal pasti bahagian sistempembiakan lelaki denganmenggunakan carta, model, videoatau perisian komputer:

a) Organ seks iaitu testis danzakar.b) Bahagian lain yang berkaitaniaitu skrotum, uretra, salursperma dan kelenjar prostat.

Membincangkan perkara berikut:a) Fungsi setiap bahagian sistempembiakan lelaki.b) Peranan sperma dalampembiakan.c) Perubahan fizikal, fisiologi danemosi lelaki semasa baligh.

emotional changes –perubahan emosipenis – zakarpuberty – balighsperm – spermasperm duct – duktus sperma

Page 10: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.3Menganalisasistempembiakanwanita.

Murid boleh:

mengenal pasti bahagian sistem pembiakan wanita.

memerihalkan fungsi setiap bahagian sistem pembiakan wanita.

menyatakan peranan ovum dalam pembiakan.

memerihalkan perubahan yang berlaku pada wanita semasa baligh.

membanding dan membezakan antara gamet lelaki dengan wanita berdasarkan saiz, bilangan dan pergerakan.

Mengenal pasti bahagian sistempembiakan wanita denganmenggunakan carta, model, videoatau perisian komputer:

a) Organ seks iaitu ovari danuterus.b) Bahagian lain yang berkaitaniaitu salur falopia, faraj danserviks.

Membincangkan perkara berikut:

a) Fungsi setiap bahagian sistempembiakan wanita.b) Peranan ovum dalampembiakan.c) Perubahan fizikal, psikologidan emosi wanita semasabaligh.

Menjalankan simulasi untukmenunjukkan perbezaan antaragamet lelaki dengan wanitaberdasarkan saiz, bilangan danpergerakan.

cervix - servikvagina – faraj

Page 11: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.4Menganalisakitar haid.

Murid boleh:

memerihalkan maksud haid. memerihalkan maksud kitar

haid. memerihalkan perubahan

dinding uterus semasa kitar haid.

menghubungkait fasa subur kitar haid dengan persenyawaan.

menerangkan kepentingan menjaga kebersihan diri semasa haid.

Membincangkan perkara berikut:

a) Haid dan kitar haid.b) Perubahan dinding uterussemasa kitar haid.c) Hubungan antara fasa suburdalam kitar haid denganpersenyawaaan.d) Kepentingan menjagakebersihan diri semasa haid.

fertile phase – fasa suburmenstrual cycle – kitarhaidpersonal hygiene –kebersihan diri

Hormon tidakperlu diberipenekanan semasamemberipenjelasanmengenai kitarhaid.

4.5Menganalisapersenyawaandan kehamilan.

Murid boleh:

memerihalkan persenyawaan dalam manusia.

mengenal pasti lokasi penempelan embrio.

memerihalkan perkembangan zigot kepada embrio seterusnya menjadi fetus hingga kelahiran.

Membincangkan perkara berikutdengan menggunakan gambarrajah, carta, model, video atauperisian komputer:

a) Lokasi penempelan embrio.b) Perkembangan zigot kepadaembrio seterusnya menjadifetus hingga kelahiran

fertilisation –persenyawaanimplantation – penempelan

Konseppersenyawaanmanusia perlumelibatkan laluansperma dan ovumsehinggaberlakunyapertemuan danpercantuman.

Page 12: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.6Memahamikepentinganpenjagaan pranatal.

Murid boleh:

menghubungkait kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan.

menerangkan pentingnya mengelak daripada

mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus.

Mengaturkan pameran ataupersembahan multimedia tentangperkara berikut:

a) Kepentingan pengambilanmakanan yang berkhasiatsemasa kehamilan.b) Kesan merokok danpengambilan bahan tertentuseperti dadah dan alkohol keatas embrio dan fetus.

deformity – kecacatannutritious food – makananberkhasiat

4.7Menilaikepentinganpenyelidikandalampembiakanmanusia.

Murid boleh: menyatakan maksud

kemandulan. memerihalkan cara mengatasi

kemandulan. memerihalkan kaedah

kawalan kehamilan. membahaskan salah guna

kawalan kehamilan dan kesannya kepada masyarakat.

menerangkan kepentingan penyelidikan pembiakan manusia.

Mengumpul dan mentafsir databerikut:

a) Maksud kemandulan.b) Cara mengatasi kemandulaniaitu nutrisi, rawatan hormon,pembedahan, persenyawaanin vitro (IVF).c) Kawalan kehamilan iaitukaedah ritma, penggunaankondom, pil perancangkeluarga, intra-uterinecontraceptive device (IUCD),spermisid, vasektomi dan ligasi.

Membahaskan isu kawalankehamilan dan kesannya padamasyarakat.

Membincangkan kepentinganpenyelidikan pembiakan manusia.

ligation – ligasisterility – kemandulanvasectomy – vasektomi

Kaedah kawalankehamilan secarasemula jadi, kimia,mekanikal, hormondan pembedahanperlu diberipenekanan.

Page 13: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.8Menganalisasistempembiakanseks tumbuhanberbunga.

Murid boleh:

mengenal pasti bahagian berlainan pada bunga.

mengenal pasti bahagian pembiakan jantan dan betina bunga.

mengenal pasti gamet jantan dan betina.

memerihalkan fungsi bahagian pembiakan jantan dan betina bunga dalam pembiakan seks.

Meneliti bunga untuk mengenalpasti bahagian berikut:

a) Ranggi dan sepal.b) Bahagian jantan iaitu stamenyang terdiri daripada filamen,anter dan butir debunga.c) Bahagian betina iaitu pistilyang terdiri daripada stigma,stil, ovari dan ovul.

Menggunakan mikroskop ataukanta tangan untuk memerhatiberikut:

a) Keratan rentas dan keratanmelintang ovari untukmengenal pasti ovul.b) Butir debunga.

Membincangkan fungsi berikut:

a) Bunga dalam pembiakan.b) Bahagian pembiakan jantanbunga.c) Bahagian pembiakan betinabunga.

petal – ranggipollen grain – butirdebunga

Page 14: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.9Menganalisapendebungaan.

Murid boleh:

memerihalkan maksud pendebungaan.

menghubungkait ciri bunga dengan agen pendebungaannya.

menyatakan jenis pendebungaan.

membanding dan membezakan antara pendebungaan sendiri dengan pendebungaan kacuk.

menerangkan kelebihan pendebungaan kacuk.

menerangkan melalui contoh kegunaan pendebungaan kacuk dalam pertanian.

Membincangkan perkara berikutdengan menggunakan carta,model, video atau perisiankomputer:

a) Pendebungaan.b) Jenis pendebungaan.c) Persamaan dan perbezaanantara pendebungaan sendiri dengan pendebungaan kacuk.d) Kelebihan pendebungaankacuk.e) Kegunaan pendebungaankacuk dalam pertanian.

Menjalankan aktiviti untukmengkaji pelbagai jenis bungadan mengenal pasti agenpendebungaannya.

agriculture – pertaniancross-pollination –pendebungaan kacukself-pollination –pendebungaan sendiri

Page 15: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.10Memahamiperkembanganbuah dan bijibenih padatumbuhan.

Murid boleh: mengenal pasti lokasi di

mana berlakunya persenyawaan dalam bunga.

memerihalkan persenyawaan dalam tumbuhan.

memerihalkan pembentukan buah dan biji benih.

Menggunakan mikroskop untukmemerhati perkembangan salurbutir debunga dalam larutansukrosa pada peratusan yangberbeza (5% - 10%).

Melukis gambar rajah bersertanota penerangannya mengenaiperkara berikut:

a) Proses persenyawaan padatumbuhan.b) Pembentukan buah dan bijibenih.Membincangkan perkara berikut:a) Tempat berlakunyapersenyawaan dalam bunga.b) Persenyawaan padatumbuhan.c) Pembentukan buah dan bijibenih.

germination –percambahansucrose solution – larutansukrosa

Page 16: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.11Mensintesiskonseppercambahanbiji benih.

Murid boleh:

mengenal pasti struktur biji benih.

menerangkan fungsi bahagian biji benih yang berbeza.

memerihalkan perubahan fizikal biji benih semasa percambahan.

membuat hipotesis tentang keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

merekabentuk eksperimen untuk mengkaji keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

menjalankan eksperimen untuk mengkaji keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

membuat kesimpulan tentang keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

Membelah biji benih secaramemanjang dan mengenalpasti strukturnya denganmenggunakan kanta tangan ataumikroskop.

Mengumpul dan mentafsir datatentang perkara berikut:

a) Fungsi pelbagai bahagian bijibenih iaitu embrio (radikal,plumul dan kotiledon) dantesta yang dilindungi perikarpa(kulit buah).b) Perubahan fizikal biji benihberdasarkan pembentukanradikal, plumul dan kotiledon.Menjalankan perbincangan dalamkumpulan kecil untuk:a) mengenal pasti pembolehubah yang berkaitan denganpercambahan biji benih.b) membina hipotesis mengenaikeadaan yang diperlukanuntuk percambahan biji benih.

Merekabentuk dan menjalankaneksperimen bagi menentukankeadaan yang diperlukan untukpercambahan biji benih.

cotyledon – kotiledonplumule – plumulradicle – radikelseedling – anak benihgermination -percambahan

Page 17: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

4.12Mengaplikasipembiakanvegetatif dalamtumbuhanberbunga.

Murid boleh: menerangkan melalui contoh

maksud pembiakan vegetatif. menyatakan bahagian

tumbuhan yang boleh membiak secara vegetatif.

mengelaskan tumbuhan berbunga berdasarkan bahagian yang boleh membiak secara vegetatif.

memerihalkan aplikasi penyelidikan pembiakan vegetatif yang dijalankan dalam pertanian.

Menjalankan kajian pembiakanvegetatif pelbagai tumbuhan ditapak semaian untuk mengenalpasti jenis pembiakan vegetatif.

Membincangkan maksudpembiakan vegetatif.

Membincangkan aplikasipenyelidikan pembiakan vegetatifyang dijalankan dalam pertanian.

Bioteknologi bolehdiperkenalkan.

Contoh pembiakanvegetatif ialahpengkulturan tisu tumbuhan.

Pengkulturan tisu tumbuhan tidak perlu diberi secaraterperinci.

Page 18: HSP Science Form 3

BIDANG PEMBELAJARAN : 5. PERTUMBUHAN

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

5.1Menganalisapolapertumbuhanmanusia.

Murid boleh: memerihalkan maksud

pertumbuhan. mengenal pasti ciri yang

digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan.

menganalisa lengkuk pertumbuhan lelaki dan wanita.

membanding dan membezakan lengkuk pertumbuhan lelaki dengan wanita.

memerihalkan kesan pengambilan nutrisi ke atas pertumbuhan kanak-kanak.

Membincangkan perkara berikut:

a) Ciri yang digunakan untukmengukur kadar pertumbuhanseperti tinggi dan berat.b) Maksud pertumbuhan.c) Pola pertumbuhan bagi lelakidan wanita.d) Kesan pengambilan nutrisikepada perkembangan fizikaldan kesejahteraan mentalkanak-kanak.

Menjalankan aktiviti untukmentafsir lengkuk pertumbuhanlelaki dan wanita daripada bayi kealam dewasa.

growth - pertumbuhan

Page 19: HSP Science Form 3

TEMA : JIRIM DALAM ALAMBIDANG PEMBELAJARAN : 1. TANAH DAN SUMBERNYA

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.1Menganalisakepelbagaianmineral dalamkerak Bumi.

Murid boleh: memerihalkan maksud

mineral. menerangkan melalui contoh

mineral yang wujud dalam bentuk unsur semula jadi atau sebatian semula jadi.

mengenal pasti unsur dalam sebatian semula jadi.

memerihalkan sifat mineral. menulis persamaan dalam

perkataan untuk menunjukkan kesan haba ke atas mineral.

Membincangkan maksud mineral.

Mengumpul dan mentafsir datamengenai pelbagai jenis mineralyang wujud di dalam kerak Bumi:

a) Unsur semula jadi iaitu emasdan perak,b) Sebatian semula jadi iaituoksida, karbonat, sulfida dansilikat.

Membincang dan mengenal pastiunsur dalam beberapa sebatiansemula jadi.

Menjalankan aktiviti untukmempelajari perkara berikut:

a) Kekerasan mineral.b) Kelarutan mineral dalam air.c) Kesan haba ke atas beberapakarbonat, oksida dan sulfidalogam.

compound – sebatianearth crust – kerak bumielement – unsurgold – emashardness – kekerasansilver (argentum) – perak

Page 20: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.2Memahamitindak balasantara logamdengan bukanlogam.

Murid boleh: menyatakan contoh logam

dan bukan logam. memerihalkan tindak balas

antara logan dan bukan logam.

menulis persamaan dalam perkataan bagi menunjukkan tindak balas antara logam dengan bukan logam.

menyatakan logam bertindak balas dengan bukan logam pada kadar yang berbeza.

Menjalankan sumbangsaran danmembincangkan perkara berikut:

a) contoh logam.b) contoh bukan logam.

Menjalankan aktiviti untukmengkaji tindak balas antarabeberapa logam iaitu magnesium,aluminium, zink dan besi denganbukan logam berikut:

a) oksigen.b) sulfur.

non-metal – bukan logammetal – logam

Siri kereaktifanlogam tidak perludiperkenalkan.

1.3Memahamisebatiansilikon.

Murid boleh: menyatakan pelbagai bentuk

sebatian silikon. menyatakan contoh silica. menyatakan contoh silikat. menghubungkait sifat

sebatian silikon dengan kestabilannya.

menerangkan melalui contoh kegunaan sebatian silikon dalam kehidupan harian.

Mengumpul dan mentafsir datatentang sebatian silikon yang wujud dalam bentuk silika dan silikat.

Menjalankan aktiviti untukmengkaji sifat silika dan silikatseperti berikut:a) Kelarutan dalam air.b) Tindak balas dengan asidhidroklorik.c) Kesan haba.

Mengadakan lawatan ke kilanguntuk mempelajari prosespembuatan kaca, seramik, cipelektronik dan gentian optik.

Membincangkan kegunaan sebatian silikon dalam kehidupan harian.

silicon compound –sebatian silikon

Page 21: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.4Menganalisasebatiankalsium.

Murid boleh:

menyatakan unsur dalam kalsium karbonat.

mengenal pasti pelbagai bentuk kalsium karbonat.

memerihalkan sifat kalsium karbonat.

menulis persamaan dalam perkataan bagi tindak balas kalsium karbonat.

memerihalkan pembentukan kalsium oksida dan kalsium hidroksida.

menghubungkait sifat sebatian kalsium dengan kegunaannya.

Mengumpul dan mentafsir datatentang kalsium karbonat.

Menjalankan aktiviti untukmengkaji berikut:

a) Sifat kalsium karbonatberdasarkan tindak balasnyadengan asid, kelarutannyadalam air dan kesan haba.b) Pembentukan kalsium oksida(kapur tohor) dan kalsiumhidroksida (kapur mati).

Membincangkan perkara berikut:

a) Penggunaan sebatian kalsiumiaitu kalsium karbonat, kalsiumoksida dan kalsium hidroksida.b) Sifat sebatian kalsium denganmerujuk kepada kegunaannya.

calcium carbonate –kalsium karbonatslaked lime - kapur matiquicklime – kapur tohorsolubility – kelarutan

Page 22: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.5Menganalisasumber bahanapi semula jadidankepentingannya

Murid boleh: menyenaraikan sumber bahan

api semula jadi. menerangkan pembentukan

sumber bahan api semula jadi.

memerihalkan penyulingan berperingkat petroleum.

memerihalkan sifat pelbagai pecahan daripada penyulingan berperingkat petroleum.

memerihalkan kegunaan pelbagai pecahan petroleum.

menerangkan sumbangan petroleum dan industri gas asli kepada pembangunan ekonomi negara.

menjanakan idea tentang cara penggunaan secara cekap sumber bahan api semula jadi.

Melayari laman sesawang ataumembuat lawatan kePETROSAINS, Pusat SainsNegara atau logi penapisanminyak untuk mengumpulmaklumat mengenaipembentukan sumber bahan apisemula jadi di Malaysia.

Menjalankan aktiviti untukmengkaji penyulinganberperingkat petroleum.

Membincangkan perkara berikut:a) Sifat dan kegunaan pelbagaipecahan petroleum.b) Sumbangan petroleum dangas asli kepadapembangunan ekonominegara.c) Penggunaan yang cekappetroleum dan sumber bahanapi semula jadi yang lain.

fraction – pecahanfractional distillation –penyulingan berperingkatnatural fuel resource –sumber bahan api semulajadipetroleum – minyakmentah

Page 23: HSP Science Form 3

TEMA : TENAGA DALAM KEHIDUPANBIDANG PEMBELAJARAN : 1. KEELEKTRIKAN

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.1Memahamielektrostatik

Murid boleh:

memerihalkan maksud elektostatik.

menyatakan jenis cas elektrik statik.

menyatakan sifat cas elektrik statik.

memerihalkan bagaimana cas elektrik statik dihasilkan dalam bahan tertentu.

memerihalkan cara mengesan cas elektrik statik.

memerihalkan fenomena harian yang disebabkan oleh cas elektrik statik.

menyatakan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa pengendalian cas elektrik.

Menjalankan aktiviti berikut:

a) Menghasilkan cas elektrik statikdalam bahan melalui geseran.b) Mengesan cas elektrik statikmenggunakan elektroskop.c) Memerhati apa yang berlakuapabila dua objek yang sama atauberlainan cas diletakkanberdekatan dan membuatkesimpulan mengenai caselektrostatik.

Membincangkan perkara berikut:

a) Maksud elektrostatik.b) Jenis cas elektrik statik.c) Sifat cas elektrik statik.d) Contoh bahan yang mudah dicas iaitu asetat dan politena.e) Fenomena harian yang berkaitan dengan cas elektrik statik seperti kilat.f) Langkah keselamatan yang perlu diambil semasa mengendalikan cas elektrik seperti penggunaan pengalir kilat.

polythene – politenacharge - cas

Page 24: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.2Memahamikeelektrikan

Murid boleh:

memberikan contoh sumber tenaga elektrik dalam kehidupan harian.

menyatakan maksud keelektrikan.

menyatakan maksud voltan. menyatakan maksud

rintangan. memerihalkan arah arus dan

pengaliran elektron dalam litar elektrik.

Mengumpul dan mentafsir datamengenai sumber tenaga elektrikyang digunakan dalam kehidupanharian

Menjalankan aktiviti untuk memerhati pengaliran arus elektrik menggunakan janakuasa Van de Graff dan galvanometer

Membincangkan perkara berikut:

a) Keelektrikan.b) Arus elektrik.c) Voltan.d) Rintangan.e) Arah arus dan pengaliran elektron dalam litar elektrik.

current – arusresistance – rintangan

1.3Mengaplikasikefahamancara mengukurkeelektrikan

Murid boleh:

mengenal pasti alat pengukur arus.

mengenal pasti alat pengukur voltan.

menyatakan unit arus. menyatakan unit voltan. menyatakan unit rintangan. mengukur arus dalam litar

elektrik. mengukur voltan dalam litar

elektrik.

Mengumpul maklumat danmenjalankan persembahanmultimedia mengenai penemuan unit bagi:a) arus iaitu ampere.b) voltan iaitu volt.c) rintangan iaitu ohm.

Memeriksa alat dan membincangkan kegunaanya dalam pengukuran:a) Arus.b) Voltan.

Membina litar elektrik serta mengukur arus dan voltannya.

Page 25: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.4Mensintesishubunganantara arus,voltan danrintangan.

Murid boleh: merekabentuk eksperiman

untuk mengkaji hubungan antara rintangan dan arus.

menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara rintangan dan arus.

memerihalkan kesan perubahan rintangan ke atas arus.

merekabentuk eksperimen untuk mengkaji hubungan antara voltan dan arus.

menjalankan eksperiman untuk mengkaji hubungan antara voltan dan arus.

memerihalkan kesan perubahan voltan ke atas arus.

menyatakan Hukum Ohm.

Merekabentuk dan menjalankaneksperimen untuk mengkaji perkara berikut:

a) Kesan perubahan rintangan keatas arus.b) Kesan perubahan voltan ke atas arus.

Membincangkan perkara berikut:

a) Hubungan antara voltan, arus dan rintangan.b) Hukum Ohm.

Interpretasi grafperlu diberikanpenekanan.

Page 26: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.5Mensintesiskonsep litarselari dan litarbersiri

Murid boleh:

mengenal pasti komponen litar elektrik dan simbolnya.

melukiskan satu gambar rajah litar yang lengkap.

membinakan satu litar yang lengkap.

membinakan satu litar bersiri. membinakan satu litar selari. membanding dan

membezakan susunan komponen dalam litar bersiridengan litar selari.

Memadankan simbol pada litarelektrik dengan komponennya.

Melukis gambarajah dan membinalitar berikut:

a) Litar yang lengkap.b) Litar bersiri.c) Litar selari.

Membincangkan persamaan danperbezaan antara litar bersiri dan litarselari dengan ilustrasi.

complete circuit – litarlengkapparallel circuit – litar selariseries circuit – litar bersiri

1.6Menganalisaarus, voltandan rintangandalam satu litarbersiri

Murid boleh: memerihalkan pengaliran arus

melalui komponen dalam litar bersiri.

memerihalkan voltan yang merentasi komponen dalam litar bersiri.

memerihalkan rintangan dalam litar bersiri.

menerangkan kelebihan dankelemahan litar bersiri.

Menjalankan aktiviti untuk mengkajiarus, voltan dan rintangan dalam satulitar bersiri.

Membincangkan kelebihan dankelemahan litar bersiri.

Pengiraan yangmudah bolehdiperkenalkan

Page 27: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.7Menganalisaarus, voltandan rintangandalam satu litarselari.

Murid boleh:

memerihalkan pengaliran arus melalui komponen dalam litar selari.

memerihalkan voltan yang merentasi komponen dalam litar selari.

memerihalkan rintangan dalam litar selari.

menerangkan kelebihan dan kelemahan litar selari.

membanding dan membezakan antara litar bersiri dengan litar selari berdasarkan arus, voltan dan rintangan

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji arus, voltan dan rintangan dalam satu litar selari.

Membincangkan perkara berikut:

a) Kelebihan dan kelemahan litarselari.b) Persamaan dan perbezaan antara litar bersiri dengan litar selari berdasarkan arus, voltan dan rintangan.

Pengiraan yangmudah bolehdiperkenalkan

Perbezaan antaralitar bersiridengan litar selariharus ditunjukkanmelaluipenggunaanmeter dankecerahanmentol.

Page 28: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.8Memahamikemagnetan.

Murid boleh:

memerihalkan maksud medan magnet.

melukiskan medan magnet satu magnet bar.

melukiskan arah medan magnet.

menghubungkaitkan garisan medan magnet dengan kekuatan medan magnet.

menerangkan kegunaanmagnet dalam kompas.

Menjalankan aktiviti berikut:

a) Menggunakan serbuk besi untuk mengkaji medan magnet satu magnet bar.b) Menggunakan kompas untukmenunjukan arah medan magnet.

Membincangkan perkara berikut:

a) Medan magnet.b) Hubungkait antara garisanmedan magnet dan kekuatanmedan magnet.

Mengkaji dan membincangkankegunaan magnet dalam kompas.

magnetic field – medanmagnet

1.9Memahamikeelektromagnetan.

Murid boleh: menghubungkaitkan arus

elektrik yang mengalir melalui konduktor dengan kemagnetan.

memerihalkan maksudelectromagnet.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji medan magnet yang terhasil oleh arus elektrik yang mengalir melalui wayar lurus.

Membincangkan maksud:

a) Keelektromagnetan.b) Elektromagnet.

electromagnetism –keelektromagnetan

Page 29: HSP Science Form 3

BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PENJANAAN ELEKTRIK

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.1Memahamipenjanaantenaga elektrik.

Murid boleh: menyenaraikan pelbagai jenis

generator. memerihalkan penjanaan

tenaga elektrik daripada pelbagai jenis stesen jana kuasa.

membanding dan membezakan penjanaan tenaga elektrik antara pelbagai jenis stesen jana kuasa.

memberi contoh sumber tenaga altenatif.

Meneroka laman sesawang ataumengadakan lawatan ke stesenjana kuasa untuk mengumpul danmentafsir data berikut:

a) Pelbagai jenis generator iaitutermal, hidroelektrik,disel,nuklear dan turbin gas.b) Penjanaan tenaga elektrikdalam pelbagai jenis stesenjana kuasa.c) Sumber tenaga alternatif,contoh: tenaga solar dan biojisim.

Membincangkan persamaan danperbezaan dalam penjanaantenaga elektrik pelbagai jenisstesen jana kuasa.

Menjalankan aktiviti tentangpenggunaan tenaga solarmenggunakan alat seperti kotaksolar atau sel solar (sel fotovolta).

biomass – biojisimphotovoltaic – fotovolta

Page 30: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.2Memahamitransfomer.

Murid boleh: mengenal pasti pelbagai

bahagian transfomer. memerihalkan bagaimana

transfomer berkerja. membanding dan

membezakan transfomer injak naik dengan transfomer injak turun.

memerihalkan peranan transfomer dalam penghantaran dan pengagihan elektrik.

Membina sebuah transfomer ringkas dan mengkaji struktur fizikalnya.

Menjalankan aktiviti untukmenunjukkan fungsi transfomerringkas.

Mengumpul dan mentafsir datamengenai prinsip kerja transfomerinjak naik dan transfomer injak turun.

Membincangkan transfomer injak naik dan injak turun dari aspek:

a) Persamaan dan perbezaan.b) Kegunaan dalam penghantarandan pengagihan elektrik.

step-down transformer –transformer injak turun

step-up transformer –transformer injak naik

distribution -pengagihan

transmission - penghantaran

2.3Menganalisapenghantaranelektrik dansistempengagihan.

Murid boleh: menyusun mengikut urutan

komponen dalam sistem penghantaran dan pengagihan elektrik.

memerihalkan fungsi komponen sistem penghantaran dan pengagihan elektrik.

memerihalkan bagaimana tenaga elektrik dihantar dan diagihkan dari stesen jana kuasa kepada pengguna.

Memerhati model atau carta danmembincangkan sistem penghantaran dan pengagihan elektrik termasuk Rangkaian Grid Nasional, stesen transformer, lapangan suis, pencawang masuk utama dan pencawang bahagian.

Mengumpul dan mentafsir datatentang Rangkaian Grid NasionalMalaysia.

national grid network –rangkaian grid nasional

switch zone –lapangansuis

Page 31: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.4Memahamibekalanelektrik dansistempendawaian dirumah.

Murid boleh: menyatakan nilai voltan

utama. menyatakan jenis arus

elektrik. mengenal pasti jenis arus

elektrik yang dibekalkan ke rumah.

menyatakan jenis pendawaian elektrik.

mengenal pasti pelbagai bahagian sistem pendawaian elektrik.

memerihalkan fungsi pelbagai bahagian sistem pendawaian elektrik.

memerihalkan pendawaian plug 3-pin.

Mengumpul dan mentafsir datamengenai bekalan tenaga elektrikdi rumah.

Mengkaji dan membincangkanperkara berikut:

a) Sistem pendawaian elektrik dirumah termasuk kotak fius, suis utama, pemutus litar, wayar hidup, wayar neutral, wayar bumi dan meter elektrik.b) Kod warna antarabangsa.

Menjalankan aktiviti untuk:

a) mengkaji struktur dan rekabentuk plug 3 pin,b) melengkapkan pendawaianplug 3-pin.

circuit breaker – pemutuslitar

earth wire – dawai bumi

mains switch – suissesalur

Jenis pendawaiantermasuklahpendawaian fasa tunggal dan pendawaian tiga fasa.

Pendawaian tiga fasa diterangkansecara ringkas.

Page 32: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.5Menganalisakospenggunaantenaga elektrik.

Murid boleh:

menyatakan kadar kuasa dan voltan peralatan elektrik di rumah.

mengirakan jumlah arus yang mengalir melalui peralatan elektrik.

mengingatkan kembali hubungan antara penggunaan tenaga elektrik, kuasa dan masa.

menyelesaikan masalah dengan mengira kos penggunaan elektrik.

Memeriksa pelbagai peralatan elektik rumah untuk mengumpul dan mentafsir data tentang kuasa, voltan dan kadar arus.

Mengira jumlah pengaliran arus yang mengalir melalui peralatan elektrik di rumah.

Membincangkan hubung kait antara penggunaan tenaga elektrik, kuasa dan masa.

Menjalankan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah untuk mengenal pasti kos penggunaan tenaga elektrik dalam sebulan.

appliance – peralatanpower – kuasa

Formula berikutdiperkenalkan:

Kuasa=Voltan x Arus

P = V x I

Tenaga (kWh) =Kuasa (kW) xMasa (j)

2.6Memahamifungsi fius danwayar bumi.

Murid boleh: mengenal pasti pelbagai jenis

fius. menyatakan nilai fius. memerihalkan fungsi fius

dalam sistem pendawaianelektrik.

menentukan nilai fius yang sesuai bagi peralatanelektrik.

memerihalkan peranan dawai bumi dalam sistem pendawaian elektrik

Membincangkan perkara berikut:

a) Jenis fius.b) Nilai fius.c) Fungsi fius dalam sistem pendawaian elektrik.d) Peranan dawai bumi dalam sistem pendawaian elektrik.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji kejadian litar pintas.

Menjalankan aktiviti untuk menentukan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik yang berbeza.

short circuit – litarpintas

Page 33: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.7Menilaikepentinganlangkahberjaga-jagadalampenggunaanelektrik.

Murid boleh: menyatakan langkah

keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan elektrik.

memerihalkan langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik,

mewajarkan keperluan adanya langkah keselamatan dan ciri keselamatan di rumah bagi mengelakkan kemalangan elektrik.

Mengumpul dan mentafsir datatentang perkara berikut:

a) Punca kemalangan elektrik.b) Langkah yang perlu diambilsekiranya berlaku kemalanganelektrik.c) Ciri keselamatan di rumahuntuk mengelak berlakunyakemalangan elektrik.

Membincangkan keperluanlangkah berjaga-jaga dalampenggunaan elektrik.

safety precautions –langkah-langkahkeselamatan

Ciri keselamatanberikut perludinyatakan:

i. Miniature Circuit Breaker (MCB),

ii. Earth LeakageCircuit Breaker(ELCB).

2.8Menilaikepentinganmemuliharaelektrik.

Murid boleh:

mengenal pasti aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik.

memerihalkan cara memulihara elektrik.

mewajarkan keperluan memulihara elektrik.

meramalkan masalah yang akan dihadapi oleh negara jika berlakunya ekurangan elektrik.

Mengumpul dan mentafsir datatentang aktiviti yangmenyebabkan pembaziranelektrik.Membincangkan cara memuliharaelektrik.Menjalankan projek tentangkecekapan tenaga.Membincang dan mewajarkankeperluan memulihara elektrik.Menjalankan sumbangsaranmengenai masalah yang akandihadapi oleh negara jikaberlakunya kekurangan elektrik.

Pelabelan jumlahpenggunaantenaga padaperalatan untukmempertingkat-kan penggunaantenaga secaracekap harusdiperkenalkan.

Page 34: HSP Science Form 3

TEMA : ASTRONOMI DAN PENEROKAAN ANGKASA LEPASBIDANG PEMBELAJARAN : 1. BINTANG DAN GALAKSI

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.1MenganalisaMatahari

Murid boleh:

memerihalkan ciri Matahari. mengenal pasti struktur

Matahari. mengenal pasti fenomena

yang berlaku di permukaan Matahari.

menerangkan kesan fenomena di permukaan Matahari ke atas Bumi.

menyatakan bagaimana tenaga dijanakan oleh Matahari.

Mengumpul dan mentafsir datatentang perkara berikut:

a) Ciri Matahari iaitu saiz, jisim,ketumpatan relatif dengan Bumi dan suhu permukaan.b) Struktur Matahari iaitu korona,kromosfera dan fotosfera.c) Fenomena yang berlaku dipermukaan Matahari iaitu prominen, nyala suria and tompok matahari.d) Kesan fenomena di permukaan Matahari ke atas Bumi.e) Penjanaan tenaga oleh Matahari.

aurorae – aurora

chromosphere –kromosfera

corona – korona

density – ketumpatan

flare – nyala

photosphere – fotosfera

prominence – prominensunspot – tompok matahari

Aurora yang seringdikaitkan dengannyala suria harusdiperkenalkan.

Page 35: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.2Memahamibintang dangalaksi dalamalam semesta.

Murid boleh: mendefinisikan bintang. mengenal pasti Matahari

sebagai suatu bintang. mengenal pasti bintang-

bintang cerah di langit. membanding dan

membezakan bintang berdasarkan kepada ciri tertentu.

memerihalkan pembentukan bintang.

memerihalkan kematian bintang.

menyatakan jenis galaksi. memerihalkan Galaksi Bima

Sakti. memerihalkan alam semesta. menyatakan kedudukan

Sistem Suria dalam alam semesta.

Membincangkan perkara berikut:a) Definisi bintang.b) Matahari sebagai bintang.

Melawat Planetarium Negaraatau Pusat Sains Negara untukmengumpul dan mentafsir datatentang berikut:a) Bintang cerah seperti Siriusdan Rigel.b) Matahari sebagai satu bintang.c) Pelbagai jenis bintangberdasarkan suhu, saiz dankecerahan.d) Pembentukan bintang.e) Kematian bintang yangmeninggalkan kerdil putih, bintang neutron dan lohong hitam.f) Jenis galaksi iaitu elips, berpilin dan tidak seragam.g) Galaksi Bima Sakti.h) Alam semesta.

Mengambil bahagian dalamaktiviti memerhati bintang.

Menonton perisian komputer atauvideo untuk mengumpul maklumat mengenai topik dalam objektif pembelajaran ini

black hole – lohong hitambrightness – kecerahanconstellation – burujstar – bintangelliptical – bujurirregular – tak teraturlight year – tahun cahayaMilky Way – Bima Saktisolar system – sistem suriaspiral – lingkaranuniverse – alam semestawhite dwarf – kerdil putih

Page 36: HSP Science Form 3

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

1.3Mensyukurikewujudanalam semestasebagaianugerahTuhan.

Murid boleh:

menghargai keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan.

memerihalkan luasnya alam semesta berbanding Bumi.

menyatakan semua yang wujud di alam semesta adalah tidak kekal.

menerangkan kepentingan Matahari dan Bulan kepada hidupan di Bumi.

Menulis sajak or Haiku tentangkeunikan, ketertiban, keindahandan keharmonian alam semestasebagai satu tanda keagunganTuhan.

Membincangkan perkara berikut:a) Keluasan alam semesta.b) Semua yang wujud di alamsemesta adalah tidak kekal.c) Kepentingan Matahari dan Bulan kepada hidupan di Bumi.

Haiku ialah sajakJepun yang terdiridaripada tiga baris.Baris pertama danketiga terdiri daripadalima suku katamanakala baris keduateridiri daripada tujuhsuku kata. Tema danmesej sajak selalunyaberkaitan denganalam semula jadi.

Contoh:Up the sky I stare,I look up and wish I’mthere,Beautiful and rare.

Objektif pembelajaran(1.3) sepatutnyadisepadukan denganobjektif pembelajaranyang lain bila manarelevan.

Page 37: HSP Science Form 3

BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

Minggu Objektif Pembelajaran

HasilPembelajaran

Cadangan AktivitiPembelajaran

PembendaharaanKata

Nota

2.1Memahamiperkembangandalam bidangastronomi danpenerokaanangkasa lepas.

Murid boleh:

memerihalkan perkembangan dalam bidang astronomi.

memerihalkan pembangunan dalam penerokaan angkasa lepas.

menerangkan dengan contoh aplikasi teknologi yang berkaitan penerokaan angkasa lepas dan astronomi.

mewajarkan keperluan meneruskan penerokaan angkasa lepas.

Melayari internet, mengadakanlawatan ke Planetarium atau Pusat Sains Negara untuk mengumpul dan mentafsir data tentang berikut:

a) Perkembangan dalam bidangastronomi.b) Aplikasi teknologi berkaitanpenerokaan angkasa lepas danastronomi, contohnya remotesensing.c) Perkembangan dalampenerokaan angkasa lepas,contohnya pelancaran roket,satelit, prob termasuk pendaratan manusia dipermukaan Bulan.

Membahaskan mengenaikeperluan untuk meneruskanpenerokaan angkasa lepas.

Menjalankan persembahanmultimedia tentang pembangunan dalam bidang astronomi dan penerokaan angkasa lepas.

exploration – penerokaanspace – angkasa lepas

Aplikasi remotesensing perludimasukkan,contohnya dalamgeologi, pertanian,perhutanan,pengurusanbencana,pengurusankeselamatannasional, dsb.

Malaysian Centrefor RemoteSensing (MACRES)bertanggungjawabke atas projekremote sensingnegara.