HBAE4303 topik 4

14
PENGENALAN Kita telah pun memahami konsep estetika melalui topik sebelum ini. Sekarang mari kita dalami pula konsep seni visual dan apresiasinya. Seni merupakan satu bentuk perluahan yang tinggi nilai estetikanya. Malahan, menurut bidang psikologi seni merupakan Âsantapan jiwaÊ. Sejak dahulu lagi seni berfungsi sebagai satu sumber interaksi dan berhubung sesama manusia. Hasil dan produk seni adalah hasil pengumpulan idea, perluahan emosi dan perasaan sehingga terhasilnya karya seni yang mampu dibanggakan. Keperluan seni sebenarnya merangkumi kehidupan kita. Penggunaan peralatan di dalam rumah, susunan perabot, pemilihan warna pakaian, perhiasan diri merupakan contoh apresiasi seni di sekeliling kita. Setiap hasil seni yang terhasil mempunyai kaitan dengan falsafah masyarakat. T T o o p p i i k k 4 4 Seni Visual dan Apresiasi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep apresiasi seni visual; 2. Membezakan cabang-cabang seni visual; dan 3. Mengadaptasi seni kegunaan.

description

Apresiasi dan Kritikan SEni

Transcript of HBAE4303 topik 4

  • PENGENALAN Kita telah pun memahami konsep estetika melalui topik sebelum ini. Sekarang mari kita dalami pula konsep seni visual dan apresiasinya. Seni merupakan satu bentuk perluahan yang tinggi nilai estetikanya. Malahan, menurut bidang psikologi seni merupakan santapan jiwa. Sejak dahulu lagi seni berfungsi sebagai satu sumber interaksi dan berhubung sesama manusia. Hasil dan produk seni adalah hasil pengumpulan idea, perluahan emosi dan perasaan sehingga terhasilnya karya seni yang mampu dibanggakan. Keperluan seni sebenarnya merangkumi kehidupan kita. Penggunaan peralatan di dalam rumah, susunan perabot, pemilihan warna pakaian, perhiasan diri merupakan contoh apresiasi seni di sekeliling kita. Setiap hasil seni yang terhasil mempunyai kaitan dengan falsafah masyarakat.

    TTooppiikk44 Seni Visual dan Apresiasi

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep apresiasi seni visual; 2. Membezakan cabang-cabang seni visual; dan 3. Mengadaptasi seni kegunaan.

  • TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 47

    Rajah 4.1: Balai Seni Lukis Negara sebagai sumber seni lukis yang utama di Malaysia

    Sumber : www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=46

    4.1 KARYA SENI DAN APRESIASI (a) SSeni Visual Apakah yang anda faham mengenai seni visual? Seni visual atau seni tampak adalah karya yang dapat dinilai dengan mata. Seni visual kian mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Setiap karya seni tempatan mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah masyarakat malahan mempunyai nilai estetika Melayu yang begitu tinggi.

    Menurut Muliyadi Mahmood:

    Seni mempunyai hubungan dengan masyarakat dan biasanya ia memiliki tujuan serta arah tertentu. Dalam memahami seni, kita perlu memahami kedudukan seni dalam masyarakat serta perkembangan masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri luaran dan dalaman seni saling berhubungan serta sama-sama penting dalam mengetengahkan perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar untuk dipisahkan.

    Sumber : Petikan dari buku Falsafah dan Kritikan Seni

    Apakah keperluan apresiasi seni dalam penghasilan produk penggunaan seperti perabot, lanskap dan sebagainya? Bincangkan.

    AKTIVITI 4.1

  • 48 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI

    Simbol yang dipaparkan dalam karya seni pelukis-pelukis tempatan adalah fakta kepada bangsa Melayu. Menurut Mohd Johari Ab. Hamid, sirih dan pinang misalnya menjadi inti pati kepada nilai istiadat masyarakat Melayu. Keduanya merupakan elemen yang lazim digunakan dalam pelbagai istiadat Melayu seperti majlis perkahwinan, majlis melenggang perut, upacara menyambut bayi, menyambut tetamu orang kenamaan dan sebagainya. Sirih dan pinang begitu akrab dalam budaya dan masyarakat Melayu. Di antara pelukis yang banyak menghasilkan karya yang berkaitan dengan sirih ialah Kusyerie Abdul Jabar dan Anita Abdul Aziz. Karya Kusyerie Abdul Jabar bertajuk Pinang Dibelah 2 di olah warna cat akrilik. Objek-objek pinang terletak dengan baik dan menarik. Walaupun ianya karya abstrak, namun imejnya masih terserlah dan dapat dikenal pasti. Kusyerie memberi gambaran mempertahankan adat budaya dan aturan masyarakat yang menjadi rukun dalam nilai budaya Melayu. Mari kita amati karya ini melalui Rajah 4.2 di bawah.

    Rajah 4.2: Karya Pinang dibelah Dua oleh Kusyerie Jabar. 2003 . Akrilik. Manakala Bertemu Kasih karya Anita Abdul Aziz mendekatkan penghayat seni kepada nilai kesopanan dan jati diri wanita Melayu. Elemen yang halus, lemah lembut serta sopan santun amat nyata dalam karya-karyanya. Pengawalan dan pengolahan warna kelihatan segar menggambarkan kesabaran pelukis sendiri. Sila lihat Rajah 4.3.

  • TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 49

    Rajah 4.3: Karya Bertemu Kasih oleh Anita Abdul Aziz. 2003 . Akrilik.

    Karya seni dihasilkan untuk dihayati masyarakat. Feldman (1981) menyatakan bahawa, seni itu berfungsi untuk masyarakatnya.

    Seni merupakan karya yang berperanan menyampaikan perkara yang berkaitan dengan aspek-aspek di dalam sesebuah masyarakat. Seni ialah pernyataan perasaan masyarakat dan penghayat seni adalah sasaran seniman untuk berkomunikasi tentang idea, falsafah dan pandangannya sendiri.

    Menurut Syed Ahmad Jamal:

    Pada asasnya seni ialah suatu bentuk pengantaraan yang diwujudkan khusus untuk diamati melalui deria dan daya gambaran. Kalau dilihat kesan ekspresionisme yang utama ialah nilai-nilai emosi dan mistik yang melahirkan perasaan dan deria sebagai suatu bentuk perantaraan yang menyampaikan perasaan yang tegas.

    Sumber : Petikan dari buku Falsafah dan Kritikan Seni Penglibatan masyarakat yang bertindak sebagai agen perubahan dalam kelompok mereka sendiri menjurus kepada perkembangan seni yang baik.

    (b) PProduk Industri

    Bagaimana harus kita kaitkan seni visual dengan produk industri? Pengiklanan produk industri amat penting untuk tujuan pemasaran kerana ia melibatkan produk penggunaan dalam kehidupan seharian. Masyarakat harus percaya dengan apa yang mereka lihat untuk menjamin keberkesanan iklan produk industri. Produk Industri terdiri dari barang makanan, pakaian, peralatan rumah

  • 50 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI

    dan sebagainya. Setiap produk industri yang dipasarkan mestilah mampu memenuhi kehendak-kehendak pengguna.

    Setiap hasil produk yang dipasarkan perlu membentuk sikap positif orang ramai terhadapnya juga perlu mempunyai daya tarikan yang dinamik serta mempunyai khalayak sasarannya sendiri. Setiap produk baru yang terhasil memerlukan satu bentuk promosi melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar, majalah, risalah dan sebagainya.

    Rajah 4.4: Contoh produk industri

    Sumber : http://web7.bernama.com/bernama/newspic/re/KL05_130608_AGROMAS (c) KKraf Di antara contoh seni kraf tradisional adalah seperti labu sayong, seni batik, anyaman, seni tenunan, ukiran kayu dan sebagainya. Kemahiran untuk menghasilkan karya seni ini adalah satu kebanggaan dan keistimewaan yang harus dipertahankan. Lihat sahaja seni keris yang dihasilkan sebagai simbolik kekuatan kaum lelaki Melayu. Namun, seni warisan yang menjadi tunggak dan pusaka warisan ini telah hilang ditelan zaman. Keris hanya digunakan di dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

    Selain keris, seni tembikar seperti labu sayong sangat terkenal di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar. Seni warisan labu sayong dikatakan bermula dari zaman Pra Sejarah. Tembikar tanah berbentuk labu, geluk dan buyung ini juga dijadikan bahan keperluan harian. Ia berfungsi sebagai tempat menyimpan air dan digunakan oleh semua kelompok masyarakat termasuk golongan bangsawan.

  • TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 51

    Rajah 4.5: Contoh kraf Melayu Labu sayong dan tekat benang emas. Sumber : infokualakangsar.com/produk-k-kangsar.php.

    4.2 SENI VISUAL DAN APRESIASI

    (a) SSeni Pementasan Tradisional Seni pementasan yang merangkumi bidang tarian, muzik dan teater turut meliputi bidang ritual dan perubatan. Persembahan ritual berbentuk tarian dan teater, memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli suku kaum. Di perkampungan orang asli puak Temiar di Semenanjung, terdapat tiga jenis tarian untuk upacara tertentu. Tarian tersebut membawa makna tersirat seperti tanda kesyukuran selepas menuai padi, membuka tanah baru dan menandakan selesai waktu berkabung. Setiap tarian dinyanyikan oleh Halak atau bomoh yang berbeza mengikut keperluan upacara. Bagi masyarakat

    Berdasarkan karya Siri Tari oleh Yusof Ghani ini, bincangkan apresiasi seni yang hendak disampaikan kepada masyarakat.

    AKTIVITI 4.2

  • 52 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI

    Melayu Kelantan, tarian makyong berfungsi mengubati pesakit dalam upacara yang dikenali sebagai main puteri. Tarian Menora pula dikaitkan dengan agama Buddha yang kebiasaannya dipersembahkan untuk upacara keagamaan, contohnya ketika merayakan sebuah berhala.

    (b) SSeni Filem Penghasilan filem di Malaysia banyak dipengaruhi Hollywood. Secara tidak langsung, seni Barat ini telah menjejaskan seni persembahan tradisi di Malaysia. Filem yang dihasilkan di Malaysia seharusnya mempunyai gambaran masyarakat Malaysia sendiri bagi memberikan gambaran semangat bersatu padu di kalangan bangsa. Anda pasti ingat, suatu ketika dahulu, cogan kata Filem Kita Wajah Kita telah dipraktikkan di kalangan penggiat seni. Namun mampukah ia terus bertahan? Persoalan demi persoalan timbul apabila filem Malaysia terikut-ikut gaya Barat.

    Rajah 4.6: Contoh seni filem poster daripada filem Cinta Sumber : http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=

    130845489 (c) SSeni Fotografi Fotografi adalah satu proses merakam imej pergerakan dalam bentuk filem. Ia banyak digunakan dalam pelbagai tujuan sama ada perniagaan, sains, seni mahupun hobi. Fokus fotografi dan seni lukis adalah sama kerana ia memerlukan satu bentuk imaginasi untuk menghasilkan karya yang unik. Cuma bidang fotografi memerlukan seorang jurukamera yang mampu menilai dan merakam imej dengan tajam dan penuh kesempurnaan.

  • TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 53

    Jurukamera yang baik akan menghasilkan imej dengan pantas kerana mereka tahu akan teknik komposisi yang menarik. Jurukamera banyak menggunakan imaginasi walaupun kini banyak dibantu oleh perisian komputer seperti Photoshop untuk mendapat hasil kerja yang lebih baik.

    Rajah 4.7: Contoh seni fotografi - lanskap Sumber : http://www.fotografi.com.my/photo.php?id=26

    4.3 SENI KEGUNAAN DAN APRESIASI (a) SSeni Bina Kamus Longman mendefinasikan seni bina sebagai sesuatu struktur reka bentuk, contohnya seni bina bangunan. Seni bina di Malaysia bermula dari rumah-rumah pokok, kemudiannya terletak di paras bumi. Kelong, rumah-rumah rakit dan rumah bertiang di gigi air adalah seni bina air. Bangunan di darat pula terdiri daripada balai, wakaf, salai-kelapa, kepok padi dan juga rumah-rumah berkolong tinggi hinggalah sampai ke "rumah bawah". Namun begitu evolusi seni bina tradisional sukar ditentukan kerana bahan binaannya mudah hancur dan tidak meninggalkan kesan-kesan untuk sebarang kajian arkeologi.

    Seni pementasan yang melibatkan seni tari, muzik dan sebagainya telah dihasilkan untuk tujuan-tujuan tertentu sama ada sebagai tujuan ritual atau hiburan sahaja. Daripada penyataan tersebut, bincangkan tujuan dan apresiasi seni tarian Dabus yang terkenal di negeri Perak.

    AKTIVITI 4.3

  • 54 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI

    Kehalusan seni bina tradisional di Malaysia terdapat pada rumah Melayu, yang mempunyai prinsip tersirat dan bukan hanya pada ukiran-ukiran atau kerawang-kerawangnya. Seni bina Melayu ini kelihatan konsisten dan tidak banyak berubah kerana ia berdasarkan daripada persekitaran hidup masyarakat sendiri.

    Rajah 4.8: Contoh seni bina rumah Melayu Sumber: http://jps.melaka.gov.my/Daerah/jasin/tradisional.gif

    (b) SSeni Taman Seni Taman merupakan perancangan dan penyusunan untuk menghiasi ruang persekitaran melibatkan alam sekitar. Perancangan seni taman ini melibatkan penyusunan unsur alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tanah dan batu dengan objek buatan manusia seperti kerusi, arca dan sebagainya. Kesesuaian susunan ini adalah untuk menimbulkan gambaran yang cantik, selesa, bersih dan kemas bagi tujuan istirahat. Malahan penyusunan seni taman ini juga akan membantu untuk mengurangkan hakisan tanah dan juga pencemaran.

    Setiap seni taman mempunyai imej gambaran estetika kerana ia mampu menimbulkan suasana dan gambaran yang diingini. Gambaran seni taman yang bergunung-ganang dikatakan akan menimbulkan perasaan gagah berani, ghairah, gembira serta sunyi dan sepi. Manakala seni taman yang rata dan luas akan menimbulkan perasaan bebas, terbuka dan tidak berkeputusan malahan menimbulkan rasa bosan dan tidak ada perubahan. Sila rujuk Rajah 4.9 untuk contoh seni taman.

  • TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 55

    Rajah 4.9: Contoh seni taman Sumber: www.bharian.com.my/.../20080518135356/Article/

    www.hmetro.com.my/.../indexv_html?query_start=1 (c) SSeni Hiasan Dalaman Seni hiasan dalaman merupakan satu proses perancangan menyusun dan menghiasi sesuatu ruang. Dalam menghasilkan penyusunan ruang dalaman beberapa aspek perlu diambil kira seperti fungsi, cita rasa dan tabiat pengguna. Selain daripada itu, ruang juga merupakan faktor penting untuk mewujudkan suasana selesa dan ceria. Pemilihan warna dan perabot memainkan peranan penting. Warna cerah membantu memberikan gambaran keadaan bilik yang luas, manakala warna yang gelap menjadikan bilik kelihatan padat dan kecil. Dikatakan bahawa warna seperti kelabu, putih, kuning air dan putih susu akan menimbulkan lagi keadaan bilik yang damai, sepi, sunyi dan tenang. Setiap ruang akan mempunyai perbezaan dari segi penggunaan perabot dan warna yang sesuai. Warna yang lembut lebih sesuai digunakan dalam ruang bilik tidur kerana suasana ketenangan diperlukan untuk beristirahat. Mari kita rujuk Rajah 4.10.

  • 56 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI

    Rajah 4.10: Contoh seni hiasan dalaman Sumber: inspirasidekorasi.blogspot.com/2008/08/kids-b...

    blog.interiorkantor.com/.../

    Anda perlu mencari 1 karya seni Barat dan 1 karya seni tempatan. Hasilkan satu apresiasi seni mengikut sudut pandangan masyarakat itu sendiri. Apabila sudah selesai menghasilkannya anda perlu mengadakan perbincangan dengan rakan anda dan perdengarkan apresiasi yang telah anda hasilkan.

    AKTIVITI 4.4

  • TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 57

    Seni visual seperti yang pernah kita bincangkan di topik-topik sebelum ini, merupakan karya seni yang hanya dapat dinilai oleh pandangan mata. Sesuatu benda yang dilihat melalui mata akan menerbitkan perasaan. Jika yang dilihat itu indah, maka keindahan itu akan diterjemahkan dengan perasaan. Begitu juga dengan apresiasi seni visual. Ia merupakan satu penghargaan terhadap karya seni yang indah contohnya, lukisan, alat perabut, produk industri dan kraftangan.

    Seni visual juga boleh dihargai melalui cabang-cabang seni lain seperti:

    (a) Seni pementasan; (b) Seni perfileman; dan (c) Seni fotografi.

    Seni visual juga boleh dikategorikan sebagai karya yang mempunyai kegunaan. Antara karya atau hasil seni yang mempunyai kegunaan adalah seperti senibina, seni taman dan seni hiasan dalaman. Seni bina contohnya rumah atau pejabat kebiasaannya digunakan untuk tujuan tempat tinggal atau tempat bekerja. Seni taman, berfungsi sebagai hiasan dan pemeliharaan flora. Seni hiasan dalaman pula berfungsi sebagai kaedah perhiasan rumah agar kelihatan lebih menarik.

    Apresiasi Seni visual Masyarakat Seniman Produk industri Seni Pementasan Fotografi

    Seni taman Seni bina Seni hiasan dalaman Kraf

    RUMUSAN

  • 58 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI

    RUJUKAN

    Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan

    Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).

    Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran

    Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    Muliyadi Mahmood. (2007). Modern Malaysian Art from the Ppioneering Era to Pluralist Era (19430s -1990s). Utuisan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007

    Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

    Senibina Tradisional: Adakah Mungkin Satu Arkitektur Darinya? Dari Perantara, Jun 1984, ms-20-22. http://www .hbp. usm. my/wburhan/arkitektursbina.htm

    What is Photography? 2007 http://www.kenrockwell. com/tech/ what-is-photography. htm

    Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

    Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    Muliyadi Mahmood. (2007). Modern Malaysian Art from the Ppioneering Era to Pluralist Era (19430s -1990s). Utuisan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007

    RUJUKAN

  • TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 59

    Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

    Senibina Tradisional: Adakah Mungkin Satu Arkitektur Darinya? Dari Perantara, Jun 1984, ms-20-22. http://www.hbp. usm.my/ wburhan/arkitektursbina.htm

    What is Photography? 2007 http://www.kenrockwell.com/tech/what-is-photography.htm