Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

98

Transcript of Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Page 1: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf
Page 2: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI SEDERHANA LANDA SEMENANJUNG MINAHASSA DAN SELATAN LAUT MALUKU DI INDONESIA

Date: 16-01-2012 Author: / MAMA ASHAB NAK ROS GEMPA-INDONESIA KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Gempa bumi sederhana melanda Semenanjung Minahassa dan Selatan Laut Maluku di Indonesia hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, dalam kejadian pertama, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa pada 4.26 petang. Gempa itu berpusat di 283km barat daya Manado, Indonesia, dan 763km tenggara Tawau, Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. Sementara itu, gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Ricther pula melanda Selatan Laut Maluku pada 6.26 petang ini. Kenyataan jabatan itu menyebut gempa itu berpusat di 199km tenggara Manado, Indonesia dan 966km tenggara Tawau, Sabah. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan. -- BERNAMA MAMA ASHAB NAK ROS

1  

Page 3: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

SEMUA PELAJAR MALAYSIA DI ACEH SELAMAT DALAM PERISTIWA GEMPA BUMI

Date: 11-01-2012 Author: Ahmad Fuad Yahya / AFY AFY ROS GEMPA-PELAJAR JAKARTA, 11 Jan (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter awal pagi Rabu yang menggoncang pusat bandar Banda Aceh, turut mengejutkan pelajar-pelajar Malaysia di situ yang sedang nyenyak tidur, namun mereka semua dilaporkan selamat dalam peristiwa itu. Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta yang juga Setiausaha Satu Education Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun, berkata sejurus selepas kejadian, Biro Kebajikan, Keselamatan dan Kediaman Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Aceh telah menghubungi semua pelajar Malaysia terbabit dan meminta mereka menyelamatkan diri. Mereka telah diminta pergi ke tempat tinggi bagi mengelakkan ancaman tsunami, bagaimanapun selepas pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami, mereka kembali ke kediaman masing-masing, katanya dalam kenyataan di sini. Gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.36 pagi itu, berpusat di lautan di 419km Barat Daya Meulaboh, Aceh dan kesan gegarannya dirasai sampai ke Medan, Sumatera Utara. Ia kemudian disusuli dengan beberapa gempa susulan. Sementara itu, Ludinata berkata semua pelajar Malaysia di Medan juga selamat dalam peristiwa gempa bumi itu. Maklumat yang diperoleh daripada seorang anggota jawatankuasa Kelab Umno Medan ialah sebahagian besar pelajar Malaysia di Medan tidak menyedari kejadian gempa bumi itu kerana gegaran yang agak lemah di bandar Medan. Seramai 206 pelajar Malaysia sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Aceh manakala pelajar Malaysia di Medan berjumlah 1,620 orang. Sehingga ini belum ada laporan tentang kerosakan pada harta benda atau korban jiwa daripada peristiwa gempa bumi itu. -- BERNAMA AFY AFY ROS

2  

Page 4: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI 7.1 SR GEGARKAN ACEH, BELUM ADA LAPORAN KEROSAKAN DAN KORBAN JIWA

Date: 11-01-2012 Author: Ahmad Fuad Yahya / AFY AFY ROS ACEH-GEMPA JAKARTA, 11 Jan (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal pagi Rabu, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban jiwa dalam peristiwa ini. Pihak berkuasa juga menarik balik amaran ancaman tsunami tidak beberapa lama selepas mengeluarkannya sejurus selepas kejadian. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mencatatkan bahawa gempa bumi di lautan yang berpusat di 419km Barat Daya Meulaboh, dengan kedalaman 10km itu, berlaku pada 1.36 pagi dan ia diikuti beberapa kejadian gempa susulan. Menurut laporan media tempatan, gegaran kuat gempa bumi itu dirasai penduduk Banda Aceh dan sekitarnya, manakala penduduk di kawasan pesisir Aceh pula merasakan tiupan angin kencang. Penduduk di pesisir pantai yang panik, dilaporkan lari meninggalkan kediaman masing-masing menuju kawasan yang lebih selamat. Di pusat bandar Banda Aceh, penduduk banyak berkumpul di Jambatan Pantai Pirak dan Jambatan Simpang Surabaya untuk memantau pergerakan arus sungai Krueng Aceh kerana ia boleh memberi petanda jika berlaku tsunami. Suasana kembali tenang apabila pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami itu. -- BERNAMA AFY AFY ROS

3  

Page 5: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

PENDUDUK TAWAU TURUT RASAI GEGARAN GEMPA BUMI SULAWESI

Date: 02-12-2011 Author: / NAM NAM HM TAWAU-GEGARAN TAWAU, 2 Dis (Bernama) -- Ramai penduduk di sesetengah kawasan di sini turut merasai gegaran dari gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter yang berlaku di Minahassa, Sulawesi, Indonesia tengah hari tadi. Misalnya penghuni kawasan perumahan Sri Titingan yang terletak berhampiran pantai menjadi panik dan bergegas meninggalkan rumah masing-masing. "Saya dapat merasai gegaran. Pada mulanya saya anggap ia biasa sahaja. Bagaimanapun selepas melihat ramai penghuni lain sudah turun ke bawah meningglkan rumah masing-masing, saya pun tanpa membuang masa terus turun ke bawah," kata Helen Abbas, 32. Beliau berkata ramai penghuni yang panik kerana tidak pernah mengalami gegaran seumpama itu. Mastura S. Ayed, 35, seorang penjawat awam yang pejabatnya terletak di tingkat enam Wisma Persekutuan berkata beliau merasai dua gegaran, namun yang kedua tidak sekuat gegaran yang pertama. "Gegaran saya rasakan selepas sembahyang Jumaat, tetapi saya tidak pasti masaanya. Saya tidak meninggalkan pejabat namun ada kakitangan pejabat saya yangsudahpun turun ke bawah," katanya. Namun ada penduduk yang tidak merasai sebarang gegaran. Pandikal Kupral, 50, yang berada di sekitar bandar ini berkata beliau tidak menyedari kejadian itu malah tidak mengetahui gempa bumi berlaku sehingga pemberita datang menemuramahnya. Rakan wartawan di Lahad Datu, Marlina Macpee turut tidak merasai gegaran berkenaan. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman webnya menyebut bahawa berlaku gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter di garisan 0.09 Utara dan 122.4 Timur kira-kira jam 1.19 tengah hari dan gegaran itu dapat dirasai di Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Pusat gempa terletak 533 kilometer di tenggara Tawau. -- BERNAMA NAM NAM HM

4  

Page 6: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

NAJIB KIRIM TAKZIAH KEPADA PM TURKI EKORAN GEMPA BUMI

Date: 25-10-2011 Author: / YAM KHY RS HK ROS TURKI-NAJIB KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengirim ucapan takziah kepada rakan sejawatannya dari Turki Recep Tayyip Erdogan berikutan gempa bumi yang melanda negara itu dengan teruk pada 23 Okt. "Benarkan saya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, menyampaikan rasa simpati yang mendalam dan takziah ikhlas kepada tuan dan semua keluarga mangsa gempa bumi yang melanda Wilayah Van pada petang 23 Okt," kata Najib dalam surat bertarikh hari ini (25 Okt) kepada Erdogan. "Doa dan ingatan kami bersama anda dan rakyat Republik Turki pada saat-saat yang menyukarkan dan cukup mencabar ini," kata Najib. "Semoga Allah Maha Berkuasa memberikan rahmat dan belas ihsannya ke atas mangsa tragedi ini dan semoga roh mereka mendapat tempat di syurga," kata beliau. Najib, yang kini berada di Riyadh, Arab Saudi, turut menghubungi Erdogan menerusi telefon pada 6.40 petang (waktu tempatan) untuk merakamkan ucapan takziah beliau dan menawarkan bantuan kepada Turki. Beliau berbual kira-kira 10 minit dengan rakan sejawatannya dari Turki itu. Menurut agensi berita Reuters, gempa bumi dengan magnitud 6.6 itu mengorbankan sekurang-kurangnya 279 orang, menyebabkan beratus-ratus masih hilang dan lebih 1,300 cedera di bahagian tenggara Turki yang kebanyakannya didiami masyarakat Kurdish. -- BERNAMA YAM KHY RS HK ROS

5  

Page 7: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

BEBERAPA NEGERI RASAI GEGARAN AKIBAT GEMPA BUMI DI SUMATERA

Date: 06-09-2011 Author: / NNAI RV HM GEMPA-INDONESIA KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 padaskala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak. Gegarannya dilaporkan dirasai di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan. Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Selangor, ketika dihubungi berkata pihaknya tuut menerima panggilan dari orang awam berhubung gegaran tersebut. "Pihak kami menerima beberapa panggilan pada pukul 2 pagi hingga 2.50 pagi tadi dari orang awam yang memaklumkan tentang gegaran yang dirasai di sekitar Shah Alam, Kuala Kubu Bharu, Selayang, pinggiran Batu Caves dan Ulu Bernam," katanya. Jurucakap itu berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang kerosakan yang berlaku akibat gegaran tersebut. -- BERNAMA NNAI RV HM

6  

Page 8: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI DI SUMATERA: RAKYAT MALAYSIA TIDAK TERJEJAS

Date: 06-09-2011 Author: / MCYS NAK SBB GEMPA-SUMATERA KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak terjejas dengan gempa bumi bermagnitud 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah utara Sumatera hari ini, demikian menurut Konsul Besar Malaysia di Medan. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyebut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia melaporkan pusat gempa terletak 59 kilometer timur laut Singkil Baru, di selatan Aceh dengan kedalaman 78 kilometer. Gegaran turut dirasai di Medan yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Singkil Baru. Pejabat Konsul Besar di Medan kini memantau situasi berkenaan dan boleh dihubungi di talian +(62)(61)4531342 untuk pertanyaan mengenai perkembangan terbaru gempa itu. -- BERNAMA MCYS NAK SBB

7  

Page 9: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI 7.1 PADA SKALA RICHTER GEGAR KEPULAUAN ALEUTIAN

Date: 02-09-2011 Author: / IBN HK RS GEMPA-ALEUTIAN KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Gempa bumi sekuat 7.1 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Aleutian di Lautan Pasifik Utara pada pukul 6.56 petang ini. Menurut Jabatan Meteorologi gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia. Bagaimanapun jabatan akan terus memantau perkembangan gempa bumi itu. Sementara itu, satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan Santiago Del Estero di Argentina pada pukul 9.47 malam ini. Menurut Jabatan Meteorologi gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia, dan jabatan terus memantau perkembangannya. -- BERNAMA IBN HK RS

8  

Page 10: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

LEBIH BANYAK BANTUAN KEWANGAN DIPERLUKAN UNTUK MANGSA GEMPA BUMI HAITI - UNICEF

Date: 15-07-2011 Author: / KIK RV RHM UNICEF-HAITI KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Lebih banyak bantuan kemanusiaan daripada segi bantuan kewangan daripada kerajaan tempatan dan antarabangsa masihdiperlukan untuk mangsa gempa bumi di Haiti tahun lepas. Wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) ke Malaysia, Hans Olsen berkata walaupun bantuan diterima daripada pelbagai pihak, mangsa masih memerlukan sokongan berterusan daripada pihak antarabangsa terutamanya kanak-kanak yang menjadi mangsa. "Terdapat kira-kira 680,000 orang yang masih tidak mempunyai tempat tinggal selepas kejadian gempa bumi pada 12 Jan, 2010 di mana lebih 220,000 nyawa terkorban dan begitu ramai keluarga yang terpisah dan 750,000 kanak-kanak yang terjejas secara langsung," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek kepada Unicef untuk kanak-kanak di Haiti, di sini hari ini. Sebanyak RM43,965.65 disumbangkan oleh kedutaan Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Ecuador, Peru, Uruguay dan Venezuela dan Persatuan Wanita Latin di Malaysia. Olsen berkata Unicef bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) relevan di Haiti untuk membina kira-kira 200 buah sekolah separa kekal yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 250,000 kanak-kanak menjelang September. "Setakat ini, kami telah menyiapkan 131 buah sekolah separa kekal untuk kira-kira 32,000 pelajar sekolah, tetapi apa yang kami perlukan ialah lebih daripada itu dan sebab itu kenapa sokongan kewangan amat diperlukan untuk membantu mereka," katanya. Setakat ini, katanya jumlah kes taun di Haiti sejak kejadian gempa bumi itu telah mencecah kira-kira 330,000 kes dengan 5,400 kematian. "Unicef sedang berusaha keras bersama-sama dengan kerajaan Haiti untuk mendapatkan rakan kongsi dalam menyediakan bekalan air bersih dan setakat ini usaha kami telah memberi faedah kepada kira-kira 194,000 orang," katanya. Haiti, pulau yang terletak di barat hemisfera, mempunyai populasi 9.6 juta dan merupakan antara negara termiskin di Caribbean. -- BERNAMA KIK RV RHM

9  

Page 11: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI KUAT LANDA NEGROS, FILIPINA

Date: 12-07-2011 Author: / MYS RV KLS GEMPA-FILIPINA KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Negros, Filipina awal pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa pada 4.47 pagi itu berpusat di 9.5 darjah utara dan 122.0 darjah timur, iaitu kira-kira 595km dari timur laut Sandakan, Sabah. Sehingga kini sebanyak dua gempa bumi susulan berskala sederhana (magnitud 5.0-5.9) dan empat gempa bumi susulan berskala lemah (magnitud 4.9 ke bawah) telah berlaku. Gempa tersebut bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. -- BERNAMA MYS RV KLS

10  

Page 12: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

BEBERAPA KAWASAN DI PANTAI BARAT BERGEGAR EKORAN GEMPA BUMI DI SUMATERA

Date: 14-06-2011 Author: / MAS LES HS GEMPA-GEGARAN KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi. Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran. Kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi. Bernama dihujani panggilan daripada orang awam yang ingin mendapatkan maklumat berhubung gegaran berkenaan. Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihak bomba mendapat panggilan daripada orang ramai menghuni beberapa bangunan tinggi, yang melaporkan merasai gegaran. Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Megan Avenue. Azizan berkata gegaran di dalam bangunan amat dirasai terutama dari tingkat lapan bangunan ke atas. Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku. Penolong Editor Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama, M. Govind Nair, 60, berkata beliau merasai gegaran itu ketika sedang menjalankan tugasnya menyunting berita di mejanya. "Saya rasa gegaran itu kira-kira lima hingga enam saat. Saya juga rasa kerusi tempat duduk saya bergoyang sedikit dan selepas itu saya rasa pening-pening," katanya. Pembantu tadbir Infolib Bernama Mohd Wahid Md Som, 53, berkata beliau merasakan gegaran itu kira-kira 10 saat. "Saya tak terfikir mahu berlari keluar kerana gegaran itu hanya terasa sedikit dan sekejap. Walaupun ada sedikit rasa takut, saya tawakal," katanya, yang bertugas di tingkat lapan Wisma Bernama. Di PUTRAJAYA, gegaran beberapa saat dirasai di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pegawai Perhubungan Awam MOSTI, Noriza Nazri berkata semua petugas di bangunan itu diarahkan meninggalkan premis berkenaan dan diarahkan berada di pekarangan bangunan sementara menunggu dibenarkan kembali memasuki bangunan.

11  

Page 13: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Di KUALA SELANGOR, Meor Anas, 46, seorang Eksekutif Kejuruteraan di loji air Sungai Selangor berkata gegaran kecil terasa semasa beliau berada di pejabatnya kira-kira pukul 11 pagi. "Gegaran beberapa saat itu terasa ketika saya berada di tempat duduk saya. Masa itu saya terlihat air di dalam balang (dispenser air) berkocak sedikit dan fail di atas meja saya sedikit bergerak," katanya. Di SHAH ALAM, petugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini meninggalkan pejabat masing-masing dan berkumpul di dataran dan kawasan lapang berhampiran bangunan setelah merasai gegaran pada kira-kira 8 pagi dan sekali lagi pada pukul 11 pagi. Rahmah Abdul, 45, yang bertugas di tingkat 18 bangunan itu berkata kipas dan mejanya tiba-tiba bergoyang ketika dia baru hendak memulakan tugas. "Saya panik sebab nampak semua bergoyang. Saya dan beberapa kawan terus turun," katanya ketika ditemui di dataran Bangunan SAAS. Abdul Rahman Ahmad, 36, berkata semua petugas dibenarkan naik semula ke pejabat masing-masing selepas pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Namun, kira-kira pukul 11 satu lagi gegaran dirasakan dan semua petugas diarahkan turun semula ke dataran oleh pihak pengurusan Bangunan SAAS. Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Hashimah Che Mat Din, yang kebetulan menghadiri mesyuarat di tingkat 21 bangunan SAAS, turut merasai gegaran itu. "Kami diminta meninggalkan bangunan dan turun segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya. Sehingga pukul 12 tengah hari, tinjauan Bernama mendapati petugas di bangunan itu masih berkumpul di dataran dan kawasan lapang bangunan SAAS. Seorang penduduk di Kampung Meru, Klang, Suziela Che Mat memaklumkan rumahnya mengalami gegaran dalam kejadian itu. "Katil di dalam bilik rasa bergegar, waktu itu saya sedang membaca buku di atas katil. Saya juga nampak air masak dalam botol (terletak di meja bersebelahan) bergoncang," kata suri rumah itu. Suziela, 25, berkata dia berasa pening selepas mengalami gegaran itu. Di PUTRAJAYA, beberapa bangunan yang menempatkan kementerian dan pejabat pentadbiran Kerajaan Persekutuan terpaksa dikosongkan akibat gegaran itu. Timbalan Pengarah Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam, Nik Noraini Nik Ya berkata warga kerja di Kompleks C terpaksa mengosongkan bangunan masing-masingsebanyak dua kali. "Ketika gegaran pertama kami diminta mengosongkan bangunan selama 45 minit dan kedua selama satu jam bagi membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan," katanya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya ketika dihubungi memaklumkan pihaknyamenerima aduan gegaran terutama di Presint 1, 2, 14 dan 18. "Kami telah pergi melakukan pemantauan di kawasan terbabit," kata jurucakap jabatan itu. Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Kamel Othman berkata beliau dapat melihat air di dalam akuarium di pejabatnya berkocak dalam

12  

Page 14: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

beberapa minit. "Sebelum itu saya terkejut apabila botol mineral tiba-tiba bergegar dan jatuh dari atas meja," kata Mohd Kamel, yang pejabatnya terletak di Kompleks B. -- BERNAMA MAS LES HS

13  

Page 15: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI LEMAH MELANDA KALIMANTAN

Date: 14-06-2011 Author: / MAF LES BK GEMPA-KALIMANTAN KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skalaRichter menggegarkan daerah Tongod, Sandakan, Sabah pada pada pukul 5.21 petang. Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa gempa itu berpusat di 5.3 km utara, 117.3 km timur dan 76 km dari barat daya Beluran, Sabah. Tiada gegaran dirasai akibat gempa itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini. Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran pagi ini ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia. Gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Richter di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi. -- BERNAMA MAF LES BK

14  

Page 16: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI KUAT GEGAR NEW ZEALAND

Date: 13-06-2011 Author: / AKT AKT HS GEMPA-NEW ZEALAND KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Gempa bumi kuat bermagnitud 6 pada skala Richter menggegarkan pulau selatan New Zealand pada pukul 10.20 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi itu terletak di 43.4 darjah selatan dan 172.7 darjah timur pulau itu, 7,608 km tenggara Tawau, Sabah. Tiada ancaman tsunami dilaporkan ekoran gempa bumi itu. -- BERNAMA AKT AKT HS

15  

Page 17: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI 11 MAC KUCAR KACIRKAN INDUSTRI AUTOMOTIF JEPUN

Date: 08-06-2011 Author: Laporan khas Amer Hamzah Md Sap / AHM AHM NHD

GEMPA BUMI-AUTOMOTIF

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gempa bumi dahsyat yang melanda wilayah Tohoku, di timur Jepun, yang disusuli tsunami pada 11 Mac serta ancaman radiasi berikutan kerosakan loji nuklear Fukushima No.1, telah mengucar-kacirkan ekonomi Jepun. Bencana alam itu menyebabkan jalan raya, pelabuhan, rumah dan infrastruktur penting yang lain mengalami kerosakan teruk. Malapetaka itu telah menghentikan kebanyakan kemudahan pengeluaran syarikat yang terletak di kebanyakan kawasan yang paling teruk dilanda bencana itu. Kebanyakan syarikat yang terletak di luar kawasan yang mengalami kesan gempa bumi dan tsunami itu juga terpaksa menghentikan pengeluaran berikutan gangguan kuasa serta kesukaran mendapatkan sumber bahan mentah, alat ganti, komponen danbarangan siap. Wilayah Tohoku adalah antara pusat kawasan pengeluar alat ganti dan bahan komponen automotif yang penting. Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (Jama) berkata jualan kenderaan baharu pada April merudum kepada rekod 47.3 peratus berbanding setahun lepas berikutan gangguan pengeluaran yang disebabkan kekurangan alat-alat ganti berikutan gempa bumi dan tsunami 11 Mac. Ini merupakan bulan kedua berturut-turut penurunan mendadak jualan kenderaan, selepas jualan Mac 2011 yang turun 35.1 peratus, katanya. "Toyota mencatatkan penurunan paling teruk sebanyak 68.7 peratus manakala pengeluaran Honda mengecut 48 peratus dan Nissan sebanyak 37.2 peratus." Menurut Jama, pengeluaran tidak dijangka kembali ke paras pra-gempa bumi sehingga lewat tahun ini dan tidak dapat memenuhi permintaan para pelanggan bagi serahan mengikut masa. Katanya, menjelang pertengahan April, kesemua kilang memulakan semula operasi, bagaimanapun, pengeluaran di talian pemasangan dilakukan pada paras rendah antara 50 dan 70 peratus berbanding paras pragempa bumi. Penulis berada di Yokohama, Jepun, bagi menghadiri Pameran Industri Automotif Malaysia (MAIE) yang diadakan serentak dengan Pameran Kejuruteraan Automotif (AEE) dari 18 hingga 20 Mei lepas. Pada akhir Mac, Toyota berkata mereka berhadapan kesukaran mendapatkan kira-kira 500 alat ganti automotif. Unit kawalan engin, alat ganti berkaitan brek dan kepingan keluli adalah antara komponen yang paling teruk menerima kesan. Kira-kira sebulan kemudian, pada 12 Mei, jumlah itu diturunkan kepada 30 jenis alat ganti. Wilayah Tohoku adalah pusat peralatan serta acuan alat ganti jitu automotif dan beberapa pengeluar yang menerima kesan gempa bumi dan tsunami itu, mengalamkemusnahan teruk keseluruhan jentera dan mesin, stok dan malah pekerja serta

16  

Page 18: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

bangunan kilang. Memburukkan lagi keadaan, pada awal Mei, Perdana menteri Jepun Naoto Kan telah meminta Chubu Electric Power Co supaya menghentikan sementara loji nuklear Hamaoka di Prefecture Shizuoka, di kawasan pantai Pasifik, yang telah diberi amaran oleh pakar seismologi akan berlaku gempa bumi yang besar. Kompleks nuklear itu dibina pada "jaluran gempa" dan dikatakan berisiko menerima kesan gempa bumi yang kuat. Pengendali loji itu, Chubu Electric Co, menghentikan operasi loji itu pada Ahad, 15 Mei, yang dijangka ditutup selama kira-kira dua tahun. Pihak industri bimbang ini akan memberi kesan buruk kepada industri pemasangan di wilayah Chubu atau wilayah Tokai, yang merupakan tumpuan kilang pemasangan utama pengeluaran kenderaan seperti Toyota, Honda dan Suzuki. Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Tokyo, Yuslinawati Mohd Yusof berkata kesan selepas gempa bumi itu terhadap perdagangan Malaysia dengan Jepun boleh dilihat dalam pelbagai industri, terutama sekali industri utama Jepun, khususnya automotif, besi dan keluli serta industri elektrik dan elektronik (E&E). Suguru Okubo, Timbalan Pengarah Jabatan Pengiklanan, Daily Automotive News, berkata para pembekal alat ganti dan komponen automotif Malaysia perlu bertindak dengan segera untuk menawarkan perkhidmatan masing-masing kepada pengeluar automotif Jepun selepas bencana di wilayah Tohoku. Semasa membuat seruan itu, beliau berkata pengeluar autotomiotif Jepun kini sedang mencari sumber komponen automotif dan alat ganti dari seluruh dunia. "Ia sememangnya turut terbuka kepada para pembekal Malaysia," katanya semasa memberi ceramah kepada para wakil 11 pengeluar alat ganti dan komponen automotif Malaysia yang menyertai MAIE dan AEE berkenaan. Okubo berkata para pengeluar automotif Jepun sedang mencari syarikat yang telah membangunkan ciri-ciri khas yang menarik. "Mereka menyasarkan pertumbuhan masa depan dan akan bertindak mendapatkan rakan yang kukuh dan mengembangkan jaringan masing-masing di seluruh dunia," kata Okubo, yang pernah melawat pengeluar alat ganti dan komponen Malaysia pada masa-masa yang lepas. Berdasarkan fakta itu, beliau menasihati pembekal Malaysia agar bertemu para pengeluar automotif Jepun dan menunjukkan kepada mereka produk yangboleh mereka keluarkan. Tadashi Mizushima, Wakil Pengarah PNB Asset Management (Japan) Co Ltd, berkata banyak syarikat Jepun kini mula memindahkan pangkalan pengeluaran masing-masing ke tempat yang lebih selamat di luar Jepun. Mizushima, yang berpangkalan di Tokyo, berkata beliau akan mencadangkan Malaysia sebagai salah satu tempat itu kepada mereka, terutama sekali yang agak kecil yang tidak biasa dengan keupayaan pengeluaran Malaysia. Sehubungan itu, katanya agensi Malaysia yang diberi kepercayaan dengan tanggungjawab meningkatkan perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan negara lain, perlu mengadakan banyak pameran atau seminar perdagangan di Jepun. Yuslinawati pula menyeru para pembekal Malaysia yang berminat berdagang

17  

Page 19: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

dengan rakan mereka di Jepun supaya menunjukkan kualiti produk masing-masing dan adalah lebih baik daripada produk dari Amerika Syarikat atau Eropah. "Testimoni produk masing-masing perlu dijelaskan mengikut asas-asas dan sokongan data sebenar," katanya, sambil menyatakan bahawa dari segi harga, pengeluar-pengeluar Malaysia kemungkinan berhadapan dengan kesukaran. Walaupun harga produk Malaysia lebih kompetitif, ia masih mahal berbanding dengan produk yang dikeluarkan oleh China atau Taiwan, katanya. Selain itu, pembekal Malaysia juga perlu bersabar dan sentiasa berhubung dengan pelanggan berpotensi masing-masing di Jepun bagi menunjukkan bahawa mereka serius. "Sebaik mereka (pembeli di Jepun) memutuskan untuk membeli daripada kita, mereka akan menjadi pelanggan yang setia," katanya. -- BERNAMA AHM AHM NHD

18  

Page 20: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

HARD ROCK HOTEL P.PINANG SUMBANG RM25,000 KEPADA MANGSA GEMPA BUMI JEPUN

Date: 11-05-2011 Author: / NFAK AZE AZH SUMBANGAN-TSUNAMI GEORGE TOWN, 11 Mei (Bernama) -- Hard Rock Hotel Pulau Pinang hari ini menyumbang derma RM25,000 kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun. Pengurus Besarnya John Primmer berkata sumbangan itu adalah hasil kutipan yang dikumpul menerusi program 'Hard Rock Bersatu Untuk Jepun' yang dilancarkan bulan lepas. Beliau berkata sasaran awal adalah untuk mengumpul RM10,000, namun ekoran sokongan dan respons baik semua pihak, terutama pelanggan Hard Rock, hasil kutipan melepasi sasaran. Sumbangan itu disampaikan oleh beliau kepada Konsulat Jepun di Pulau Pinang, Tetsuro Kai di sini hari ini. Kai berkata pihaknya amat menghargai sumbangan masyarakat Malaysia dalam membantu mengurangkan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Jepun akibat bencanagempa bumi dan tsunami yang mengakibatkan banyak kemusnahan Mac lepas. -- BERNAMA NFAK AZE AZH

19  

Page 21: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

JAKARTA DIGEGAR GEMPA BUMI BERUKURAN 5.4SR

Date: 05-04-2011 Author: Ahmad Fuad Yahya / AFY MAI JAKARTA-GEMPA JAKARTA, 5 April (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter diUjong Kulon, Banten, semalam menggegarkan kota Jakarta dan dua provinsi yangberjiran dengannya iaitu Banten dan Jawa Barat. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa yang berlaku pada 11.34 pagi itu berpusat di laut, di 83 km sebelah tenggara Ujung Kulon, dengan kedalaman 23 km, namun ia tidak berpotensi mencetuskan tsunami. Kebanyakan pekerja yang berpejabat di bangunan tinggi di sini menyatakan terasa gegaran selama beberapa ketika dan mengalami rasa pening. Keadaan sama dirasakan beberapa penduduk dari Sukabumi dan Bogor di JawaBarat serta Tangerang di Banten. Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda akibat kejadian ini. -- BERNAMA AFY MAI

20  

Page 22: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI DI JEPUN JADI KENANGAN SEPANJANG HAYAT

Date: 10-04-2011 Author: Yong Soo Heong / SHY SHY SP NH GEMPA-PENGALAMAN PERIBADI KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ketika Jepun dilanda gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter sebulan lepas, saya berada di negara itu kerana menunaikan tugas rasmi. Untuk memenuhi permintaan rakan serta kenalan agar saya menceritakan dengan lebih terperinci detik-detik yang saya lalui ketika berlakunya bencana alam yang amat dahsyat itu, berikut adalah catatan pengalaman yang ingin saya kongsi bersama anda sekalian: Selepas menikmati hidangan tengah hari bersama Akira Kojima, seorang ahli akademik dan pakar ekonomi terkemuka Jepun di Otemachi (dareah ini juga dikenali sebagai pusat kewangan dan akhbar Tokyo kerana di situlah terletak semua pejabat institusi kewangan dan pejabat akhbar terkemuka Jepun), saya cuba mentafsir pandangan beliau bahawa Negara Matahari Terbit itu memerlukan suatu krisis untuk membolehkannya mencapai lebih banyak kemajuan dalam segenap bidang. Saya sekali-kali tidak menyangka bahawa apa yang beliau ucapkan itu menjadi kenyataan beberapa jam kemudian. Rancangan saya seterusnya ialah menuju ke Aoyama, sebuah kawasan beli-belah yang popular dalam kalangan wanita muda Jepun yang begitu meminati produk berjenama terkenal seperti Hanae Mori, Prada dan Louis Vuitton. Kemudian, saya perlu menepati janji temu dengan Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som pada pukul 4.30 petang, di pejabat beliau di Nanpeidai yang terletak di daerah Shibuya, satu kawasan yang serba canggih. Sebaik saja keluar dari stesen Omotesando, saya hairan kerana langit kelihatan begitu gelap dan berawan tebal, amat jauh bezanya dengan keadaan cuaca yang begitu cerah sebelumnya. Saya bertanya kepada Junko Tazawa, pegawai Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun(Jetro) yang mengiringi saya untuk mengadakan temu bual dengan duta besar itu, sama ada hari akan hujan. Beliau menjawab dengan berkata ramalan cuaca untuk hari berkenaan tidak menyebut daerah itu akan mengalami hujan. Pelik sungguh, kata saya di dalam hati. Mungkinkah ini merupakan petanda bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku? Kami masuk ke sebuah kedai yang menjual pelbagai barang keperluan pelajar kerana di Aoyama terdapat dua universiti - Aoyama Gakuin University dan United Nations University. Kami naik ke aras satu bangunan lapan tingkat itu. Ketika saya sedang memasukkan beberapa barang ke dalam sebuah bakul, bangunan itu bergoncang dengan kuat selama lebih kurang 10 saat. Saya belum pernah alami kejadian seperti itu. Dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga, saya bertanya kepada Junko sama ada gempa bumi sedang berlaku, tetapi beliau tidak menjawab pertanyaan itu. Apabila berlaku satu lagi gegaran lebih kuat selama kira-kira 20 saat, tahulah saya bahawa gempa bumi sedang berlaku, lebih-lebih lagi apabila saya melihat melalui tingkap kedai itu dua kren gergasi pembinaan berhayun seperti pohon

21  

Page 23: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

kelapa ditiup ribut. Rak yang dipenuhi pelbagai barang di kedai itu mula terbalik dan kami disuruh pergi ke arah belakang kedai berkenaan serta berlindung di bawah meja dan sebagainya. Saya tidak mematuhi arahan itu, sebaliknya berlari turun melalui tangga dan menuju ke kawasan lapang. Apabila gegaran tadi berhenti, dua kren berkenaan kelihatan masih berhayun. Apabila Junko berkata beliau belum pernah mengalami keadaan seperti itu, maka tahulah saya bahawa gempa bumi kuat telah berlaku dan ternyata ia adalah yang paling kuat di Jepun dalam tempoh 100 tahun lepas. Pada awal minggu berkenaan, berlaku dua gegaran -- pertama yang berukuran 6.6 pada skala Richter iaitu pada 7 Mac dan selepas itu, yang berukuran pada 7.2 skala Richter, pada 9 Mac. Saya berkata di dalam hati bahawa memandangkan dua gempa bumi itu berlaku pada waktu yang begitu hampir antara satu dengan lain, 'Sesuatu Yang Dahsyat' pasti akan berlaku. Untuk menyedapkan hati, saya berkata kepada diri sendiri bahawa saya akan terselamat kerana saya akan meninggalkan Jepun pada Sabtu, 12 Mac. Bagaimanapun, dugaan saya itu meleset. Tulisan pewarta AAP di Tokyo Malcolm Foster bertarikh 7 Mac mencerminkan sepenuhnya apa yang saya fikirkan. Beliau menulis: "Jelaslah, gempa bumi itu tidak menjejaskan Jepun, tetapi ia merupakan satu lagi peringatan bahawa ancaman oleh "Sesuatu Yang Dahsyat" akan menjadi kenyataan". Namun demikian, ada juga pihak yang meraguinya dan beberapa pengulas pula mengumpamakan laporan beliau yang tersiar dalam 7News melalui Yahoo itu seperti ramalan akan berlakunya kiamat, sedangkan kata mereka, "satu sudu pun tidak jatuh apabila Jepun dilanda gempa bumi dengan magnitud 7.2". Memandangkan kira-kira 12,700 orang telah maut dan lebih kurang 14,700 yang lain masih hilang, ternyatalah laporan beliau itu bukan daripada jenis laporan mengenai tarikh akan berlakunya kiamat. Sejurus selepas berlakunya gempa bumi itu, orang ramai mula membanjiri jalan raya di Aoyamo-dori, manakala kesesakan lalu lintas pula menjadi semakin teruk. Kemudian, satu gegaran susulan berlaku pada pukul 3.30 petang. Bagi saya, gegaran ini lebih menakutkan berbanding gempa yang berlaku pada pukul 2.46 petang kerana setelah terselamat daripada kejadian pertama, saya bimbang akibatnya akan lebih buruk lagi. Tetapi, mujurlah, ia tidak seperti apa yang saya jangkakan itu. Oleh kerana perkhidmatan kereta api bawah tanah menghentikan operasinya, kami terpaksa berjalan ke kedutaan Malaysia kira-kira empat atau lima kilometer dari situ. Kami bertemu dengan Shaharuddin sejurus selepas beliau mengadakan mesyuarat tergempar dengan petugas di kedutaan itu dan para wakil daripada pelbagai agensi Malaysia yang berpejabat di Tokyo. Beliau memberi taklimat ringkas tentang apa yang telah berlaku. Bangunan kedutaan itu tidak terjejas, kecuali sekeping dinding aluminium berhampiran silingnya lekang dan jatuh. Sebagai diplomat yang cekap dan berpengalaman luas, Shaharuddin tetap mahu diadakan temu bual berhubung hubungan Malaysia-Jepun, walaupun beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon dari tanah air. Beliau boleh memilih

22  

Page 24: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

untuk menjawab soalan saya melalui e-mail, tetapi beliau tidak membatalkan janji temu itu, mungkin kerana menghargai susah payah saya terpaksa saya lalui untuk datang ke pejabatnya. Dalam hal ini, mungkin duta Malaysia yang lain boleh mempelajari sesuatu daripada Shaharuddin tentang hubungan media. Setelah temu bual itu selesai sekitar pukul 6 petang, kami cuba mendapatkan teksi, tetapi gagal. Saya dapati, walaupun ketika itu tidak hujan, awan gelap tadi sudah tiada lagi, tetapi diganti pula dengan awan berwarna kemerah-merahan. Kami berjalan semula ke stesen Shibuya dan bernasib baik kerana dapat menaiki bas untuk melindungi diri kami daripada cuaca sejuk untuk selama lebih kurang setengah jam. Di sini, saya dapat melihat betapa tingginya disiplin rakyat Jepun. Walaupun bas yang kami naiki itu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan tinggal lebih kurang lima meter saja lagi untuk memasuki petak parkirnya, tetapi para penumpang tidak berebut-rebut untuk turun. Manusia berderet panjang di merata tempat -- pondok telefon, stesen bas dan teksi serta restoran. Oleh kerana dipenuhi pelanggan, sebuah restoran menyediakan kerusi khas di luar premisnya dan bakal pelanggan menunggu dengan penuh sabar untuk menikmati makanan. Perbuatan mencuri juga tidak berlaku walaupun keadaan di Tokyo pada mulanya agak kelam-kabut. Kami mengambil kesempatan untuk duduk di restoran itu selama yang mungkin, sebelum diminta beredar menjelang pukul 10 malam. Saya tidak dapat membayangkan betapa seksanya jika kami terpaksa berjalan pulang selama lebih dua jam dalam keadaan cuaca sejuk pada suhu hampir kosong darjah Celsius. Tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan satu ngauman di stesen kereta api bawah tanah itu. Ia sesuatu yang amat kami harapkan kerana ini bermakna perkhidmatan kereta api sudah pulih. Bagaimanapun, ia hanyalah untuk beberapa destinsi tertentu sahaja, termasuklah untuk ke destinasi saya. Apabila menonton televisyen di hotel penginapan saya kemudiannya, barulah saya tahu apa sebenarnya yang telah berlaku, termasuklah tsunami amat dahsyat yang melanda Jepun berikutan gempa bumi itu, terutama di Sendai. Apabila menyebut Sendai, saya rasa saya perlu berterima kasih kepada Hiroki Takahashi, bekas pengarah urusan pejabat Jetro di Kuala Lumpur kerana keengganan beliau memenuhi permintaan saya pada saat-saat akhir untuk pergi ke sana. Kalaulah beliau memenuhi permohonan saya itu, saya percaya saya akan ke sana pada Jumaat iaitu setelah selesai menjalani semua urusan rasmi saya. Beliau berkata kepada saya: "Tak apalah, Sendai taklah terlalu jauh dan tidak juga terlalu dekat". Melalui kata-kata itu, saya dapat menangkap maksud beliau bahawa lebih baiklah saya pergi ke sana pada lain kesempatan. Mujurlah saya tidak ke Sendai, jika tidak, tentu sekali saya akan terperangkap dalam kejadian tsunami yang sungguh dahsyat itu. Keadaan di bandar raya Tokyo pada keesokan harinya agak sunyi dan jauh berbeza dengan keadaan pada hari biasa yang sentisa sibuk. Perkhidmatan bas dan kereta api ke Lapangan Terbang Narita dibatalkan. Apabila mendengar khabar tentang kebocoran radiasi di Fukushima, saya membuat keputusan untuk meninggalkan Jepun, secepat mungkin. Saya dimaklumkan bahawa penerbangan saya ialah pada pukul 9 pagi Ahad.

23  

Page 25: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Oleh kerana perkhidmatan bas dan kereta api masih tidak menentu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan teksi dengan tambang paling mahal dalam hidup saya setakat ini -- hampir 27,000 yen (RM968) -- untuk ke Lapangan Terbang Narita. (Tambang itu kemudiannya dibayar balik kepada saya oleh Jetro). Setelah menghabiskan sepanjang malam dengan melelapkan mata di atas lantai berhampiran sebuah bilik penyelia bangunan di lapangan terbang itu, saya berasa amat lega apabila mendapati pesawat B777 MAS sudah bersedia untuk membawa sayapulang ke tanah air. Apabila dikenangkan kembali, saya rasa saya sungguh bernasib baik dan amat bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa satu gempa bumi dan tsunami yang sungguh dahsyat serta dapat kembali untuk menjalani kehidupan di negara yang sungguh bertuah dan tercinta ini. -- BERNAMA SHY SHY SP NH

24  

Page 26: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

MISI KELAB PUTERA 1MALAYSIA TINJAU KESAN TSUNAMI, GEMPA BUMI ESOK

Date: 29-03-2011 Author: Daripada Mohd Faizal Hassan / FZL AR SBB JEPUN-MISI SENDAI, 29 Mac (Bernama) -- Misi Bantuan Kemanusian Kelab Putera 1Malaysia ke Jepun akan melihat sendiri kesan tsunami dan gempa bumi di kawasan kediaman bandar Ichinomaki dan Noburo di sini, esok. Kedua-dua bandar di daerah Miyagi itu antara kawasan teruk dilanda bencana alam tersebut, yang menyebabkan kehilangan ribuan penduduk dan kerugian jutaan harta benda. Misi berkenaan tiba di wilayah Sendai selepas mengharungi kira-kira 14 jam perjalanan darat dari Tokyo, dan dijangka berada tiga hari di sini bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk. Selain gempa susulan, peserta misi juga berdepan cabaran cuaca sejuk yang dijangka mencecah suhu di bawah 5 darjah Celsius di negeri ini. Selain Sendai, tiga wilayah lain yang mengalami kesan bencana teruk ialah Fukushima, Ibaraki dan Iwate. Misi bantuan badan bukan kerajaan dari Malaysia itu dijangka berakhir pada 6 April, dan bertujuan menghulur kira-kira 200 tan barang keperluan kepada mangsa bencana. Jepun dilanda gempa bumi kuat bermagnitud 9.0 pada skala Richter pada 11 Mac lalu, yang turut mencetuskan fenomena tsunami dan kerosakan loji nuklear. Setakat ini, hampir 10,000 orang dilaporkan terkorban dan 16,000 hilang akibat bencana itu. -- BERNAMA FZL AR SBB

25  

Page 27: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

RAM RATINGS:GEMPA BUMI JEPUN TIDAK MUNGKIN MENGUBAH IMPAK PENARAFAN

Date: 28-03-2011 Author: / HAN VMD AA RAM-IMPAK KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Gempa bumi di Jepun baru-baru ini tidak mungkin mengubah sebarang impak penarafan ke atas kebanyakan korporat Malaysia yang diberikan penarafan, kata RAM Ratings. "Sementara ia masih terlalu awal untuk menilai secara tepatnya akan kemusnahan yang berlaku, bencana di Jepun kemungkinan menjejaskan rantaian bekalan untuk semikonduktor dan elektronik pengguna global," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ia berkata Tan Chong Motors Holdings Bhd (dengan penarafan AA2/stabil/P1) mengimport kira-kira 20 peratus daripada bahagian dan model dipasang sepenuhnya dan komponen terurai sepenuhnya dari syarikat induknya di Jepun, Nissan Motor Co Ltd. "TCMH mempunyai inventori secukupnya untuk sekurang-kurang sebulan lagi pengeluarannya untuk model yang didapatkan dari Jepun. Selain itu, ia turut mempunyai kapasiti kewangan untuk menyerap sebarang kesan hasil daripada gangguan bekalan jangka pendek," katanya. -- BERNAMA HAN VMD AA

26  

Page 28: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

SEMUA RAKYAT M'SIA SELAMAT DALAM KEJADIAN GEMPA BUMI DI MYANMAR

Date: 26-03-2011 Author: / IBN AKT DC MYANMAR-SELAMAT KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Semua warga Malaysia di Myanmar dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter yang melanda bahagian timur utara negara itu, Khamis lepas. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata belum ada sebarang laporan kecederaan membabitkan rakyat Malaysia diterima setakat ini. Katanya Kedutaan Malaysia di Yangon sentiasa memantau situasi di sana dan telah menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan bagi memastikan keselamatan mereka di negara itu. "Pihak kedutaan juga mengadakan hubungan rapat dengan pihak berkuasa Myanmarbagi memperoleh maklumat terkini dan khidmat nasihat mengenai perkembangan di sana. Kementerian Luar telah membuka Bilik Gerakan bagi membolehkan orang awam mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi itu. Nombor telefon yang boleh dihubungi di Wisma Putra di Putrajaya ialah 03-88874570, 03-88874770, 03-88892746 dan 03-88892830 manakala kedutaan Malaysia di Myanmar boleh dihubungi dengan menelefon 00-951-220230/220248/49/51. Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan ratusan lagi hilang tempat tinggal di dua bandar berdekatan dengan pusat gempa di Tarlay dan Kengtung, kira-kira 1,150km dari Yangon. -- BERNAMA IBN AKT DC

27  

Page 29: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

IMPAK GEMPA BUMI JEPUN MUNGKIN JEJAS SEKTOR AUTOMOTIF, LNG DAN E&ES

Date: 17-03-2011 Author: / MI VMD LAT MUKHRIZ-JEPUN KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor automotif, gas asli cecair (LNG) serta elektrik dan elektronik dijangka menerima impak bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun minggu lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Beliau berkata beberapa kilang komponen automotif Jepun terletak di kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu. Mukhriz menjangkakan syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia akan berhadapan kesukaran dalam memperoleh komponen elektrik dan elekronik dari Jepun. "Jepun merupakan ekonomi yang besar, ekonomi ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat dan China, apa yang berlaku di Jepun akan memberi kesan terhadap dunia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada seminar mengenai "Komuniti Ekonomi Asean dan Inisiatif FTA Malaysia," di sini hari ini. Mukhriz berkata sektor LNG dijangka terjejas akibat krisis tenaga nuklear Jepun yang boleh memaksa negara itu menggunakan rizabnya. Kementerian itu kini mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" sebelum memutuskan untuk menyemak semula jumlah dagangan susulan kelembapan dagangandalam jangka pendek dalam bulan-bulan akan datang, katanya. "Masih terlalu awal, kami sedang meneliti implikasinya. Ia diluar kawalan sesiapapun dan ia juga dipacu industri," katanya. -- BERNAMA MI VMD LAT

28  

Page 30: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI, TSUNAMI JEPUN BOLEH BERI KESAN DAGANG MALAYSIA BAGI TEMPOH JANGKA

Date: 16-03-2011 Author: / NAB AS AHM JEPUN-DAGANG KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini boleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pada tempoh jangka pendek. "Sektor elektrik dan elektronik akan merasai kesannya kerana keluaran beberapa komponen utama yang diimport dari Jepun akan berkurangan dengan banyak," kata AmResearch dalam satu nota hari ini. Amresearch menganggarkan bahawa eksport keseluruhan Jepun kemungkinan besar akan turun antara 5.0 dan 10 peratus pada tahun ini, serta ditambah pula dengan pengurangan perdagangan bagi bulan-bulan akan datang. Katanya pelaburan dan pelancongan Jepun akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yang besar, sekaligus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yang besar. "Kami berpandangan pemulihan di Malaysia kemungkinan terlewat, berikutan ketidaktentuan pada separuh pertama. Bagaimana pun, kesan jangka panjang kekal positif," katanya. Sedang Jepun memulakan proses pembinaan semula yang lama, ia akan menyediakan pemangkin yang diperlukan, bagi memulakan pembinaan sektor perumahan yang tertekan. "Ia akan memberi kesan kepada peningkatan permintaan yang mendadak dan berkekalan bagi mendapatkan bahan seperti balak, kayu dan panel struktur," kata syarikat itu. Katanya, dengan mengambil kira perkembangan yang lebih lembap daripada jangkaan pada separuh pertama 2011, ia kemungkinan akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada sekitar 5.2 peratus daripada anggaran awal 5.5 peratus. -- BERNAMA NAB AS AHM

29  

Page 31: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI SEKUAT 6.8 MELANDA PANTAI TIMUR HONSHU

Date: 13-03-2011 Author: / NAK NAK RHM METEOROLOGI-JEPUN KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda pantai timur Honshu di Jepun pada 9.26 pagi Ahad, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia. Menurut kenyataan itu, gegaran berpusat di 181km dari timur laut Tokyo dan 4,092km dari timur laut Kudat, Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi itu berlaku selepas gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 pada tengah hari Jumaat lepas yang menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan timur laut Jepun, mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dalam bencana itu. -- BERNAMA NAK NAK RHM

30  

Page 32: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

RAKYAT M'SIA KEBETULAN BERADA DI JEPUN SEMASA GEMPA BUMI SELAMAT PULANG

Date: 13-03-2011Author: / NSS BK JEPUN-PULANG SEPANG, 13 Mac (Bernama) -- Beberapa rakyat Malaysia yang kebetulan berada di Jepun semasa gempa bumi dan tsunami melanda negara itu Jumaat lepas, selamat pulang ke tanah air petang ini. Mereka yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Narita pada pukul4.15 petang. Antara mereka yang pulang ialah Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong, yang sangat gembira sebaik tiba di KLIA dan melahirkan rasa syukur kerana selamat pulang ke tanah air. Yong yang berada di Tokyo untuk tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) berkata beliau kagum dengan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun meskipun ketika mereka menghadapi malapetaka itu. "Apa yang kita boleh pelajari daripada kejadian ini adalah rakyat Jepun sangat berdisiplin selepas bencana itu berlaku, penduduk di Tokyo sangat berdisiplin. Mereka beratur untuk menaiki bas, teksi dan semuanya," kata beliau ketika ditemui di KLIA hari ini. Jumaat lepas, gempa bumi kuat 8.9 pada skala Richter di timur laut negara itu mengakibatkan tsunami yang menyebabkan lebih 1,700 orang maut, 10,000 lagi hilang, 215,000 orang pindah ke khemah sementara dan kerugian dianggarkan RM52 bilion. Turut pulang dengan penerbangan itu adalah 13 penuntut Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor yang ke Jepun untuk melawat Universiti Meiji serta seorang pensyarah dari UTM yang ke negara "matahari terbit itu" untuk lawatan sambil belajar. Penuntut jurusan kejuruteraan, Syeb Dzulfakar Shukor berkata kunjungan beliau dan rakan-rakan ke Jepun untuk melawat universiti itu disambut dengan salji yang sangat cantik, namun 'dihantar pulang' dengan kejadian gempa bumi yang menakutkan. Ketika kejadian, katanya mereka sedang melawat makmal di tingkat sembilan universiti itu apabila tiba-tiba terasa bangunan tersebut bergoyang dengan kuat sehingga peralatan-peralatan di makmal terjatuh. "Saya sangat cemas kerana ini pengalaman pertama sehingga terfikir mungkin ajal saya sampai di sini. Masa itu memang saya teringat ibu bapa dan keluarga saya," kata beliau. Beliau berkata apabila keadaan mula reda, mereka berkongsi membeli kad prabayaruntuk menghubungi keluarga masing-masing selain memaklumkan keadaan mereka di laman sosial facebook. Sementara itu, Muhammad Izhar Ishak, 23, penuntut Universiti Tokai di Tokyo yang ditemui berkata beliau tetap berhasrat untuk kembali ke negara itu bagi meneruskan pengajian peringkat sarjananya.

31  

Page 33: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Beliau pulang ke Malaysia untuk bercuti sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan. Menceritakan pengalamannya, Muhammad Izhar berkata pada mulanya beliau menganggap ia hanya gempa bumi biasa yang sering berlaku di negara itu. "Tetapi saya tidak sangka ia seteruk ini sehingga mengorbankan banyak nyawa," katanya yang melahirkan rasa syukur kerana terselamat. Katanya rumah yang didiami beliau hanya mengalami keretakan. Pekerja syarikat swasta N.Puvaneswari yang ditemui pula berkata semasa kejadian itu beliau berada di sebuah hotel untuk mengadakan temujanji dengan pelanggan dan sebaik melihat dinding dan meja bergoyang, mereka keluar dari hotel untuk menyelamatkan diri. -- BERNAMA NSS BK

32  

Page 34: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

100 RAKYAT MALAYSIA DI KAWASAN GEMPA BUMI DI JEPUN SELAMAT

Date: 11-03-2011 Author: / MYS LES KLS GEMPA-RAKYAT KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Seratus rakyat Malaysia yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori, iaitu tiga wilayah yang teruk dilanda gempa bumi di Tokyo disahkan selamat, demikian menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo Ahmad Rozian Abdul Ghani. "Pihak kedutaan telah menghubungi rakyat Malaysia di sini dah sahkan mereka selamat. Tidak semua dapat kita hubungi kerana ada antara mereka pulang bercuti ke Malaysia atau wilayah berhampiran ekoran cuti semester ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Daripada jumlah itu, katanya 67 orang adalah pelajar, 43 di universiti di Miyagi, 18 di Iwate dan enam di Aomori. Pelajar dan rakyat Malaysia juga telah sedia maklum langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti hadir ke pusat-pusat evakuasi yang disediakan pihak kerajaan tempatan seperti yang sentiasa dimaklumkan kepada mereka sebelum ini, katanya. Laporan media asing berkata gegaran gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter telah melanda timur laut Jepun menyebabkan bangunan-bangunan di Tokyo bergegar dan bergoncang selama beberapa minit, memaksa orang ramai meninggalkankediaman masing-masing. Berikutan itu amaran tsunami telah dikeluarkan di beberapa buah negara termasuk Filipina, Indonesia, Papua New Guinea dan Fiji. Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong yang berada di Tokyo untuk tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) berkata gempa kuat itu telah menyebabkan beratus-ratus ribu pengguna komuter terkandas di stesen kereta api bawah tanah berikutan perkhidmatan itu ditangguhkan. Restoran berhampiran stesen kereta api sesak dengan kebanjiran penumpang kereta api yang mendapatkan perlindungan daripada cuaca sejuk, katanya. "Orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam selepas talian telefon bimbit mengalami kesesakan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini. Yong berkata kedutaan Malaysia di Tokyo kini bekerja bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di sana. Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som dilaporkan sedang menghadiri seminar ketika gempa itu berlaku dan bergegas pulang ke kedutaan untuk memantau operasi. Banyak gambar dan fail di pejabat kedutaan dilaporkan jatuh ke lantai ketika gempa kuat itu berlaku. Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata kedutaan Malaysia di Tokyo akan meneliti perkembangan bencana itu dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gempa tersebut. "Tiada laporan berhubung kematian di kalangan rakyat Malaysia setakat ini dan semua pegawai kedutaan dan keluarga mereka dilaporkan berada dalam keadaan

33  

Page 35: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

selamat," kata kenyataan itu. -- BERNAMA MYS LES KLS

34  

Page 36: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

KEDUTAAN MALAYSIA DI JEPUN HANYA ALAMI KEROSAKAN KECIL AKIBAT GEMPA BUMI

Date: 11-03-2011 Author: Daripada Yong Soo Heong / SHY AZH GEMPA JEPUN-KEDUTAAN TOKYO, 11 Mac (Bernama) -- Pejabat kedutaan Malaysia di Nanpeidai-Cho di daerah Shibuya hanya mengalami kerosakan kecil apabila beberapa panel siling aluminium di bahagian pintu gerbangnya jatuh semasa gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun. Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Shaharuddin Md Som berkata gempa bumi pada kira-kira pukul 2.46 petang itu hanya mengakibatkan kerosakan kecil, dan beberapa barang cenderahati serta buku-buku yang dipamer di pejabat kedutaan jatuh berselerak. Katanya kejadian berlaku semasa beliau sedang menghadiri satu seminar di Hotel Okura, dan selepas dikejutkan dengan gegaran kuat, beliau terus bergegas kembali ke pejabat kedutaan. "Walaupun saya pernah melalui pengalaman menghadapi beberapa gempa bumi sejak saya ditukarkan ke sini setahun empat bulan lalu, tapi kejadian hari ini memberi kesan yang amat mendalam kepada saya," katanya ketika ditemui Bernama dipejabatnya di sini hari ini. Shaharuddin pada mulanya dijadual merasmikan satu mesyuarat kelab sukan dan rekreasi kedutaan pada pukul 4 petang, namun ia terpaksa dibatalkan apabila beliau terpaksa mempengerusikan mesyuarat kecemasan bagi merangka kemungkinanmelancar gerakan menyelamat rakyat Malaysia di Jepun yang mungkin terperangkap akibat gempa bumi itu. Beliau berkata terdapat 16 pelajar di wilayah Iwate dan 40 lagi di wilayah Miyagi, dua kawasan yang berdekatan dengan Sendai, yang merupakan kawasan pinggir pantai berhampiran dengan tempat kejadian gempa. Shaharuddin juga berkata 50 rakyat Malaysia serta petugas kedutaan selamat, begitu juga kira-kira 20 anggota keluarga mereka dari Malaysia yang berada di sini. Walaupun dalam keadaan kecemasan, Shaharuddin tetap memenuhi temujanji dengan Bernama, untuk memberi penerangan mengenai usaha meningkatkan hubungankerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun. -- BERNAMA SHY AZH

35  

Page 37: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

KEDUTAAN MALAYSIA DI JEPUN HANYA ALAMI KEROSAKAN KECIL AKIBAT GEMPA BUMI

Date: 11-03-2011 Author: Daripada Yong Soo Heong / SHY AZH GEMPA JEPUN-KEDUTAAN TOKYO, 11 Mac (Bernama) -- Pejabat kedutaan Malaysia di Nanpeidai-Cho di daerah Shibuya hanya mengalami kerosakan kecil apabila beberapa panel siling aluminium di bahagian pintu gerbangnya jatuh semasa gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun. Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Shaharuddin Md Som berkata gempa bumi pada kira-kira pukul 2.46 petang itu hanya mengakibatkan kerosakan kecil, dan beberapa barang cenderahati serta buku-buku yang dipamer di pejabat kedutaan jatuh berselerak. Katanya kejadian berlaku semasa beliau sedang menghadiri satu seminar di Hotel Okura, dan selepas dikejutkan dengan gegaran kuat, beliau terus bergegas kembali ke pejabat kedutaan. "Walaupun saya pernah melalui pengalaman menghadapi beberapa gempa bumi sejak saya ditukarkan ke sini setahun empat bulan lalu, tapi kejadian hari ini memberi kesan yang amat mendalam kepada saya," katanya ketika ditemui Bernama dipejabatnya di sini hari ini. Shaharuddin pada mulanya dijadual merasmikan satu mesyuarat kelab sukan dan rekreasi kedutaan pada pukul 4 petang, namun ia terpaksa dibatalkan apabila beliau terpaksa mempengerusikan mesyuarat kecemasan bagi merangka kemungkinanmelancar gerakan menyelamat rakyat Malaysia di Jepun yang mungkin terperangkap akibat gempa bumi itu. Beliau berkata terdapat 16 pelajar di wilayah Iwate dan 40 lagi di wilayah Miyagi, dua kawasan yang berdekatan dengan Sendai, yang merupakan kawasan pinggir pantai berhampiran dengan tempat kejadian gempa. Shaharuddin juga berkata 50 rakyat Malaysia serta petugas kedutaan selamat, begitu juga kira-kira 20 anggota keluarga mereka dari Malaysia yang berada di sini. Walaupun dalam keadaan kecemasan, Shaharuddin tetap memenuhi temujanji dengan Bernama, untuk memberi penerangan mengenai usaha meningkatkan hubungankerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun. -- BERNAMA SHY AZH

36  

Page 38: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ENAM RAKYAT MALAYSIA YANG HILANG KETIKA GEMPA BUMI DI CHRISTCHURCH DITEMUI SELAMAT

Date: 26-02-2011 Author: / CJ ROS DC RIOT-GEMPA SERIAN (Sarawak), 26 Feb (Bernama) -- Enam daripada tujuh rakyat Malaysia yangdilaporkan hilang di Christchurch, New Zealand dalam kejadian gempa bumi Selasa lepas, telah pun ditemui dan berada dalam keadaan selamat, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot hari ini. Beliau berkata berdasarkan email terkini kementeriannya yang diterima pada 1.10 tengah hari, keenam-enam rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Anthony Das, Paulin Joseph, Tan Chin Pih, Celine Wong, Lin Siao Jin dan Chon Siow Lim. "Bagaimanapun, Sandra Hii dari Sibu, Sarawak, seorang petugas di King's Education College, Christchurch dengan taraf penduduk tetap, masih belum ditemui dan warisnya telah pun dimaklumkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pengumuman permohonan bantuan kebajikan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan di sini. Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Krisis kementeriannya di Putrajaya telah mengaktifkan bilik operasi yang dikendalikan oleh 30 pegawai pada satu-satu dalam tempoh beberapa jam selepas gempa berlaku dan bilik operasi yang serupa turut dibuka di Kedutaan Malaysia di Christchurch. Menurut laporan, angka kematian akibat gempa bumi itu meningkat kepada 123 orang hari ini manakala jumlah mangsa yang hilang pula kira-kira 200 orang dengan sebahagian besarnya dipercayai rakyat asing. Riot menasihati rakyat Malaysia yang berhasrat untuk belajar, bekerja atau melancong ke luar negara supaya mendaftarkan nama dan alamat masing-masing dengan Kedutaan atau Konsulat Malaysia di negara yang berkenaan untuk membolehkan kementerian mengesan mereka sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Memandangkan tugas utama Wisma Putra meliputi keselamatan rakyat Malaysia di luar negara tanpa mengira sama ada dari Sarawak, Sabah atau Semenanjung, beliau berkata Kedutaan Malaysia di Christchurch sehingga kini telah menghubungi 70 daripada 246 rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemastautin di negara itu. Beliau berkata Malaysia tidak akan menghantar pasukan penyelamat ke zon bencana memandangkan kerajaan New Zealand menyatakan bahawa pasukan dari Australia, Taiwan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Britain dan China telah pun berada di lapangan. Mengenai krisis di Libya, beliau berkata kesemua 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dibawa keluar dari Tripoli semalam dengan pesawat Tunisia Air ke Rome, dan kini menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia. Beliau berkata semua perbelanjaan ditanggung oleh Ranhill Berhad, iaitu syarikat Malaysia yang beroperasi di Libya, sebahagian besarnya dalam industri minyak dan gas, untuk membolehkan rakyat Malaysia yang terperangkap, di samping warga negara lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina, United Kingdom dan

37  

Page 39: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Tunisia, keluar dari Libya dengan selamat. Mengenai bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Riot berkata Bahagian Samarahan menerima peruntukan bulanan sebanyak RM1.3 jutatermasuk RM636,000 diagihkan kepada 2,577 penerima di daerah Serian. Katanya permohonan bantuan kebajikan itu perlu disaring oleh ketua kampung bagi memastikan hanya kes yang layak sahaja diluluskan untuk menerima bantuan bulanan antara RM100 dan RM300 bagi setiap penerima. -- BERNAMA CJ ROS DC

38  

Page 40: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI SEDERHANA LANDA PANTAI BARAT SUMATERA UTARA

Date: 20-02-2011 Author: / MCYS HK SN GEMPA-SUMATERA KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 10.32 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata gempa itu berlaku di 1.3 darjah utara dan 97.1 darjah timur, kira-kira 56 kilometer di barat Nias, Indonesia dan 505 kilometer barat daya Pulau Pangkor, Perak. Terdahulu hari ini, gempa bumi sederhana berukuran 5 pada skala Richter berlaku di Laluan Molucca, kira-kira 201 kilometer tenggara Manado, Indonesia dan 996 kilometer tenggara Kunak, Sabah. Gempa itu berpusat di 1.3 darjah utara dan 126.6 darjah timur pada pukul 5.15 petang. Kedua-dua gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. -- BERNAMA MCYS HK SN

39  

Page 41: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

TIADA LAPORAN KEMATIAN PELAJAR M'SIA DALAM KEJADIAN GEMPA BUMI DI INDONESIA

Date: 27-10-2010 Author: / MHA AR HM MALAYSIA-MERAPI KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk para pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letupan Gunung Merapi di Indonesia. Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, meskipun tiada laporan yang diterima, Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi dan memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi tersebut. Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi itu. Orang ramai boleh memperolehi maklumat dengan menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-88892746, 03-88874570 atau Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 6221-5224947 atau 6221-52244971. Wisma Putra berkata kerajaan amat terkejut dan sedih di atas kejadian gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai dan Sumatera Barat kelmarin dan diikuiti letupan Gunung Merapi semalam. "Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan serta rakyat Indonesia di atas tragedi yang telah menimpa," kata Wisma Putra. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut bersedih di atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan yang dialami dalam gempa bumi dan tsunami itu. "Sebagai sahabat Indonesia, Amerika Syarikat bersedia untuk menghulur bantuan dalam sebarang cara. Kami turut berdoa untuk rakyat Indonesia dan semua pihak yang terlibat di dalam tragedi ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di sini. -- BERNAMA MHA AR HM

40  

Page 42: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

PENUNTUT MALAYSIA DI NEW ZEALAND MASIH TRAUMA AKIBAT GEMPA BUMI

Date: 07-09-2010 Author: / NUA NAK AZH GEMPA-MANGSA KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Beberapa penuntut Malaysia di dua universiti di South Island, New Zealand, ketika dihubungi memberitahu kebanyakan mereka masih dalam keadaan trauma selepas mengharungi pengalaman menakutkan semasa kawasan itu dilanda gempa bumi kuat, tiga hari lepas. Gempa bumi 7.1 pada skala Richter kira-kira pukul 4.35 pagi waktu tempatan (12.35 tengah malam waktu Malaysia) Sabtu lepas itu mengakibatkan kerosakan serius kepada banyak bangunan dan infrastruktur termasuk jambatan dan jalan raya. Pelajar ijazah falsafah kedoktoran (PhD) dalam bidang pendidikan di University Centerbury, Norshidrah Mat Daud, 39, berkata gegaran itu dirasai ketika beliau dan lima anaknya hendak bangun bersahur. "Kami dapat rasakan gegaran dalam seminit ketika tidur di ruang tamu rumah kami di Bishop Dale dekat Christchurch, kira-kira 12 km dari pusat kejadian gempa. "Waktu itu keadaan jadi kacau bilau, bunyi bising. Saya, suami dan anak berumur lima hingga 15 tahun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengurungkandiri dalam rumah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Norshidrah berkata suaminya yang bertugas sebagai guru di Malaysia dan mengambil cuti untuk mengikutinya menyambung pelajaran ke negara itu, hanya mampu melaungkan azan sementara anak kecilnya mula menangis apabila keadaan menjadi gelap akibat bekalan elektrik terputus beberapa minit kemudian. Beliau bagaimanapun bersyukur apabila rumahnya tidak mengalami kerosakan teruk berbanding rakan-rakan lain yang rumah mereka retak teruk akibat cerobong asap yang jatuh ke dalam rumah. "Hanya almari yang jatuh. Alhamdulillah, kami sekeluarga tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya sambil menambah gegaran kecil turut dirasai malam tadi dengan 5.4 Skala Ritcher. Beliau berkata pengajiannya tergendala apabila pihak universiti menutup universiti sehingga 13 Sept depan bagi kerja-kerja pembaikan. Sementara itu Rojali Osman, 38, suami kepada Nastaein Kamaruzzaman, 33, seorang penuntut PhD Kejuruteraan Sivil di University Centerbury berkata gegaran itu dirasai ketika beliau, isteri dan anaknya berumur dari tiga bulan hingga tujuh tahun sedang tidur kira-kira pukul 4.30 pagi. "Sejurus merasai gegaran kira-kira 3 hingga 4 minit, saya bergegas membawa anak-anak masuk ke dalam kereta, memasang pemanas (heater) untuk anak kecil kamiberusia tiga bulan itu. "Keadaan jadi kelam-kabut. Kami tak tahu nak buat apa, nak pergi mana, kami lihat jiran-jiran lain semua duduk di tepi-tepi jalan sejurus gegaran," katanya yang tinggal di Riccarton, Christchurch," katanya. Beliau seterusnya meminta kerajaan Malaysia menyediakan pelan tindakan keseluruhan bagi membolehkan rakyat Malaysia bersedia menghadapi sebarang

41  

Page 43: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

kemungkinan sekiranya kejadian itu berulang lagi. "Sediakan pelan ini, beritahu kami apa perkara pertama yang patut dilakukan jika terjadi lagi kes-kes begini. Ke mana nak pergi untuk dapatkan perlindungan. Ini penting," katanya. Beliau bekerja di New Zealand sejak 2003, dan isterinya dijangka menamatkan pengajian Disember ini. Sehari selepas kejadian Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata semua 11 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Lincoln University di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat. -- BERNAMA NUA NAK AZH

42  

Page 44: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

M'SIA HARGAI JASA NZ BANTU WARGANYA DALAM KEJADIAN GEMPA BUMI

Date: 08-09-2010 Author: / AZZ AR SP DC MALAYSIA-NZ KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia telah menyampaikan penghargaannya kepada pihak berkuasa New Zealand kerana mengambil berat terhadap keselamatan dan kebajikan rakyatnya dalam kejadian gempa bumi di Christchurch, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Datuk Hasnudin Hamzah. Beliau juga memuji masyarakat setempat kerana sudi menghulurkan bantuan kepada warga Malaysia dalam menghadapi gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Ritcher itu. "Alhamdulillah, tiada sebarang kemalangan jiwa. Kami sentiasa prihatin tentang nasib anda dan mereka yang terjejas oleh kejadian yang amat mencabar itu dan kami berdoa kepada Allah Subhanahuwataala supaya melindungi kita daripada kejadian serupa pada masa akan datang," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-53 di Wellington pada Isnin malam. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Keadilan New Zealand Georgina Te Heuheu, Menteri Perdagangan Tim Gloser dan para wakil Majlis Perniagaan New Zealand-Malaysia dan persatuan pelajar Malaysia di negara itu. Bandar raya di South Island itu dilanda gegaran susulan selepas berlakunya gempa bumi tersebut yang disifatkan paling buruk dalam tempoh hampir 80 tahun lepas di New Zealand. Hasnudin berkata sambutan itu juga menandakan wujudnya hubungan kukuh dan ikatan persahabatan yang erat antara kedua-dua negara sejak 53 tahun lepas memandangkan New Zealand adalah antara negara pertama yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur berikutan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. "Dalam tempoh setahun lepas, hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand terus diperkukuhkan melalui hubungan berterusan antara pemimpin, anggota kerajaan, pegawai kanan dan rakyat kedua-dua negara," katanya. Lawatan Perdana Menteri New Zealand John Key ke Malaysia pada Oktober tahun lepas, yang diringi Groser dan 60 wakil masyarakat perniagaan New Zealand sempena pemeteraian FTA Malaysia-New Zealand, merupakan peristiwa yang amat penting, kata beliau. Hasnudin berkata beliau berharap lebih banyak rakyat New Zealand akan berkunjung ke Malaysia apabila Air Asia X, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka Malaysia, mengadakan perkhidmatan antara kedua-dua negara tidak lama lagi. "Menteri Pelancongan Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang melawat New Zealand baru-baru ini, ingin menarik lebih banyak pelancong New Zealand ke Malaysia, terutama penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang membuat persinggahan dalam perjalanan ke Eropah dan mereka yang dalam perjalanan pulang ke New Zealand," katanya. Kini, MAS mengadakan penerbangan lima kali seminggu bagi laluan itu dan

43  

Page 45: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

bercadang menambah satu lagi penerbangan awal tahun depan. Mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan, beliau berkata setakat Ogos tahun ini, sebanyak 2,316 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di New Zealand. "Saya harap lebih ramai pula pelajar New Zealand yang mengikuti pengajian di Malaysia dalam tempoh terdekat kerana ini boleh membantu memupuk persefahaman tentang nilai dan budaya satu sama lain untuk faedah jangka panjang kedua-dua negara. "Malaysia sedia menawarkan tempat kepada pelajar New Zealand di universiti tempatan, contohnya untuk mempelajari bahasa Malaysia," kata Hasnudin. -- BERNAMA AZZ AR SP DC

44  

Page 46: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI DI SUMATERA, GEGARAN DIRASAI DI PANTAI BARAT SEMENANJUNG

Date: 24-07-2010 Author: / NUA LES RHM GEMPA-SUMATERA KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Gempa bumi pada magnitud 6.1 pada skalaRichter berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Gempa bumi itu berlaku 10.11 pagi, berpusat di 40km tenggara Padang Sidempuan, Indonesia dan 307km tenggara Klang, Selangor. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada pengurus bangunan di sekitar ibu negara yang memaklumkan berlakunya gegaran kecil. Antaranya bangunan yang menempatkan bank, hotel dan beberapa pangsapuri, katanya. Turut merasai gegaran kecil ialah ibu pejabat bomba Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela, katanya dan menurutnya pihaknya menasihatkan pihak pengurusan bangunan membuat pemeriksaan sendiri. Beliau dimaklumkan pengurus bangunan juga tidak meminta penghuni untuk mengosongkan bangunan. Pihak bomba akan memantau perkembangan tersebut melalui maklumat terkini Jabatan Meteorologi, katanya. Sementara itu, bilik gerakan Bomba dan Penyelamat Selangor melaporkan menerima enam panggilan dari orang ramai bertanyakan tentang gegaran tersebut. Jurucakap bilik gerakan itu melaporkan menerima maklumat bahawa kawasan di sekitar Klang dan Petaling Jaya seperti bangunan YTL, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan bangunan MCIS-Zurich mengalami gegaran kecil. Bagaimanapun jurucakap itu berkata tiada kecederaan atau sebarang kerosakan dilaporkan akibat kesan daripada gegaran tersebut. Seorang pekerja swasta, Normala Zakaria, 30, yang tinggal di sebuah flat di Wangsa Maju berkata beliau merasakan gegaran kecil itu kira-kira lima saat ketika bersiap untuk ke tempat kerja. "Saya merasa seperti dibuai-buai, ingatkan kepala saya yang pening, bila di tempat kerja ramai kawan-kawan beritahu ada gempa bumi di Sumatera, Indonesia pagi ini yang turut dirasai di semenanjung," katanya. -- BERNAMA NUA LES RHM

45  

Page 47: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI LANDA SUMATERA UTARA, BEBERAPA NEGERI DI SEMENANJUNG TURUT BERGEGAR

Date: 09-05-2010 Author: / NU AZE KLS NH GEMPA BUMI-PULAU PINANG PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richterberlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 1.59 petang tadi, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan MeteorologiMalaysia. Jurucakap jabatan itu berkata antara negeri-negeri yang merasai gegaran selama dua minit itu ialah Pulau Pinang, Perlis, Lembah Klang, Kedah, dan Langkawi. Bagaimanapun, di Malaysia tiada ancaman tsunami dilaporkan dan Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan. Sementara itu, di Pulau Pinang, ribuan penduduk bangunan tinggi di sekitar George Town dan Bayan Lepas, keluar dari rumah masing-masing setelah mendapati rumah mereka bergoyang selama hampir dua minit. Seorang penghuni di rumah pangsa Nusantara di sini, Hanisah Othman, 40, berkata, beliau terasa pening setelah rumahnya bergoyang tetapi tidak melarikan diri kerana dikhuatiri terperangkap. Beliau yang tinggal di tingkat enam bangunan itu, berkata bagaimanapun ratusan penduduk lain melarikan diri dengan turun ke tingkat bawah. Jabatan Meteorologi melaporkan empat kawasan di Pulau Pinang merasai gegaranitu. "Antara kawasan yang merasai gegaran itu ialah Seberang Jaya, Batu Feringgi, Sg Dua dan Batu Kawan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. -- BERNAMA NU AZE KLS NH

46  

Page 48: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

GEMPA BUMI DI KENYIR MUNGKIN BERKAIT KEJADIAN 1980-AN

Date: 11-03-2010 Author: / MNF TCL KAY GEMPA-KENYIR KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Gempa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin berkait dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lepas atau proses pelepasan gas tektonik. Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980-an sewaktu proses pengisian air empangan tersebut. Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. "Jadi gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lepas, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini "Kes semalam merupakan kes yang pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)untuk mengenal pasti puncasebenar kejadian semalam," katanya lagi. Rosaidi berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah. -- BERNAMA MNF TCL KAY

47  

Page 49: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

MALAYSIA SAMPAIKAN UCAPAN TAKZIAH BUAT MANGSA GEMPA BUMI CHILE

Date: 28-02-2010 Author: / VMP AZH ANIFAH-CHILE KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menyampaikan ucapan takziah dan simpati bagi pihak kerajaan Malaysia kepada mangsa bencana gempa bumi kuat yang melanda Chile semalam. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata pejabat Kedutaan Malaysia di Santiago mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang bertugas di di negara republik itu selamat. Beliau berkata Wisma Putra dan pejabat kedutaan di Santiago akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan kenyataan mengenainya dari semasa ke semasa. Menurutnya orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh menghubungi pegawai bertugas di sini dengan menelefon 03-88874000/03-88874570 atau 03-88892746. Gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter melanda kawasan di 115km timur laut bandaraya Concepcion dan 325km barat daya Santiago, ibu negara Chile. Bencana itu mengakibatkan banyak nyawa terkorban di samping kerosakan harta benda yang serius. -- BERNAMA VMP AZH

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 19 September 2012

48  

Page 50: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Kembalikan kenangan

Publication: BM Date of publication: Aug 5, 2012 Section heading: Kembara Page number: 019 Byline / Author: Oleh Nadia Hamid

Seluruh dunia tumpang bersimpati apabila gempa bumi berskala 8.9 magnitud dan tsunami melanda wilayah utara Jepun hingga bertukar padang jarak padang terkukur, Mac tahun lalu. Hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi dan wilayah Fukushima `porak-peranda' dengan timbunan sisa sampah yang akhirnya turut dihanyutkan ke perairan Pasifik. Dipercayai, bola sepak, motosikal dan boya adalah antara sisa sampah dihanyutkan di sepanjang pantai Alaska dan terdampar di seluruh Tenggara melalui teluk, keluar hingga Aleutians dan berpecah ke Laut Bering. Pengarah Yayasan Bersekutu Pemuliharaan Marin (MCA) di Juneau, Merrick Burden, sisa kemusnahan akibat tsunami seperti storoform mengandungi toksik yang mungkin berbahaya kepada kesihatan manusia dan menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Apatah pula, kira-kira 82 peratus masyarakat di Alaska tidak dapat dihubungi melalui jalan raya dan air adalah pengangkutan utama bagi masyarakat di tepi pantai. Penemuan sisa sampah hasil kerjasama MCA dan Pentadbiran Atmosfera dan Oceanik Kebangsaan (NOAA) kini dihantar kembali kepada pemiliknya dengan kerjasama sukarela syarikat penghantaran ekspres terbesar dunia, FedEx Express. Disempurnakan dua kakitangan iaitu Kapten FedEx, Terry Bull dan juruterbang utama (Anchorage First Officer), John Hillyer, penghantaran khas ini membabitkan empat barangan peribadi iaitu bola sepak, bola keranjang, bola tampar dan boya bulat. Rancang misi Pengurus Kanan Hab Operasi Anchorage, James Brewer menjelaskan pekerja di hab

1  

Page 51: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

FedEx Anchorage memainkan peranan utama merancang misi mengutip barang dan menyusun logistik antarabangsa barangan dipercayai milik rakyat Jepun yang hilang semasa tsunami. "Kami tahu barang ini penting kepada pemiliknya. Kami mempunyai pasukan penghantaran di Jepun bagi membantu menggerakkan komunikasi menghubungi pemilik sekali gus mengatur penghantaran terakhir ini. "Penduduk Alaska menemui tanda coretan kekal ditinggalkan pemilik di Jepun ke atas barang itu namun mengalami kesukaran untuk mengembalikan kepada pemiliknya. "Akhirnya kami secara sukarela membantu sekali gus menghantar barangan berkenaan ke lokasinya dengan selamat," katanya. Rapat hubungan komuniti Sementara itu, Kapten Bull yang berada di sebuah bilik hotel Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo terletak kira-kira 180 batu dari pusat gempa ketika kejadian berlaku berkata, kemusnahan alam kali ini paling dahsyat dan menimbulkan situasi panik berpanjangan berbanding kejadian yang pernah melanda Jepun sebelum ini. Hillyer yang sering melakukan penerbangan ke Jepun pula berkata, kebinasaan negara matahari terbit membuatkannya terpanggil menghulurkan bantuan dan kesan acara ini mampu merapatkan hubungan antara keluarga dan komuniti. "Ramai yang kehilangan barang kesayangan mereka dalam tragedi alam ini. Ia bukan setiap hari anda hilang segala-galanya, dan apabila kami datang membawa sesuatu yang anda percaya hilang selamanya, ia pasti menggembirakan. Harapan yang hilang boleh ditemui dan harapan dimusnahkan boleh dibina kembali. Saya bangga menjadi sebahagian daripada syarikat yang faham hak sejarah dan merawat mereka dengan penghormatan sedemikian,' katanya. Hujung minggu lalu, Juruterbang Hillyer dengan Kapten Bull memulakan kembara khas memulangkan barangan itu dari Anchorage, Alaska ke Narita, Jepun. INFO

2  

Page 52: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Misi menghantar barangan peribadi yang dihanyutkan ke Alaska - Bola sepak: Bola khas ini ditandatangani rakan sekelas sekolah rendah pemilik apabila budak lelaki itu dan keluarganya ditempatkan semula di satu lagi bandar raya sebelum tsunami. - Boya kuning: Boya khas ini tanda luar restoran Miura Sakiko dalam bandar Minamisanriku-cho, yang dimusnahkan dalam malapetaka itu. - Bola tampar: Ditandatangani menggunakan nama pertama pemilik dan stesen TV tempatan Jepun berjaya mengenal pasti wanita muda ini. - Bola keranjang: Milik Kesen Jr. High School dalam Rikuzentakata. Ahli pasukan bola keranjang berhak menerimanya bagi pihak sekolah. - 19,000 TERKORBAN ketika tsunami melanda Jepun pada 11 Mac 2011 - 5,000 PENDUDUK cedera (END)

3  

Page 53: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Gempa bumi saiz sederhana

Publication: HM Date of publication: Sep 19, 2012 Section heading: Main Section Page number: 012

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala Richter dikesan berlaku di barat daya Sumatera, Indonesia pada jam 11.23 pagi, semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berkata, gempa bumi berpusat di 249 kilimeter (km) barat laut Bandar Lampung, Indonesia dan 901km selatan Pontian, Johor itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami. Dalam pada itu, JMM turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama kepada pengguna bot kecil, rekreasi mahupun sukan laut. Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam itu dijangka berterusan hingga hari ini dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Layang-Layang serta Sulu. Berhubung perkembangan jerebu, laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 11 pagi semalam menunjukkan 27 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana antara 51 hingga 100 dan 24 lagi, baik dengan bacaan IPU 50 dan ke bawah. Tiada kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, namun kepekatan habuk halus (PM10) di kebanyakan lokasi didapati meningkat, sekali gus mempengaruhi bacaan IPU di sebelah petang.

4  

Page 54: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Gempa: Pelajar Malaysia selamat

Publication: BM Date of publication: Jun 24, 2012 Section heading: Main Section Page number: 045

KUALA LUMPUR: Semua 1,597 pelajar Malaysia di Medan dan Aceh disahkan selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang menggegarkan Sumatera Barat, Indonesia pagi semalam. Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, ketika dihubungi berkata walaupun keadaan diisytiharkan selamat, langkah berjaga-jaga masih diambil bagi menghadapi sebarang kemungkinan gempa susulan. "Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia - Indonesia (PKPMI) Cawangan Medan, Fadhly Shahriman, melaporkan semua pelajar Malaysia di sana selamat. Ketika gempa pagi tadi, pelajar sedang menduduki peperiksaan," katanya.

5  

Page 55: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Rakyat kita selamat

Publication: HM Date of publication: Jun 21, 2012 Section heading: Main Section Page number: 030

KUALA LUMPUR: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan pelajar Malaysia dalam kejadian gempa bumi yang melanda Melbourne, Australia jam 8.55 malam waktu tempatan kelmarin. Gempa bumi berukuran 5.3 skala ricther turut dirasai di kawasan Dandenong, Bentleigh, dan Pascoe Vale dalam masa kira-kira 30 hingga 40 saat. Menurut kenyataan yang dipetik daripada laman sosial rasmi Majlis Pertubuhan Pelajar Malaysia di Australia (Masca), kejadian gempa bumi itu yang pertama melanda Victoria selepas 109 tahun. Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan serius dilaporkan. "Kami menasihatkan semua warga Malaysia terutama pelajar agar mengambil langkah berjaga-jaga jika berlakunya bencana alam. "Paling penting, kami mengingatkan semua pihak agar menjaga keselamatan mereka," katanya.

6  

Page 56: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: 'Gegaran gempa di Kunak cukup menakutkan'

Publication: BH Date of publication: May 30, 2012 Section heading: Main Section Page number: 001

KOTA KINABALU: "Gegaran berlaku tidak lama, dalam dua atau tiga saat sekitar tengah malam tadi (semalam) tetapi cukup menakutkan kerana kami tidak pernah mengalaminya," kata Rafeah Buang @ Othman, 31, penduduk Kampung Bugaya, Semporna, kira-kira 600 kilometer (km) dari sini. Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, mereka cuma mengetahui gegaran berkenaan adalah kerana gempa bumi di Kunak yang dikesan berlaku pada jam 12.44 tengah malam dan beberapa jam kemudian daripada rakan yang berada di pekan Semporna. Gempa bumi lemah berukuran 4.4 pada skala Richter dikesan berlaku 11 km barat dari Kunak, awal pagi semalam. Keadaan itu menyebabkan gegaran di Kunak, Tawau dan Semporna. "Saya bergegas keluar bilik dan melihat ayah, ibu, adikberadik lain serta bapa saudara keluar dari bilik masing-masing tanpa ada siapa yang mengetahui apa sebenarnya berlaku. Kami segera keluar dari rumah dan melihat jiran lain turut berkumpul di luar," katanya. Ketika kejadian, Rafeah berkata, beliau bersiap-siap untuk tidur sebelum berasa pening secara tiba-tiba. "Oleh kerana rumah kami diperbuat daripada papan dan bertiang, gegaran jelas terasa. Saya berdiri di hujung katil dan sempat berpaut di meja berhampiran kerana berasa terhuyung-hayang. Speaker radio hampir terjatuh manakala lampu juga turut bergoyang," katanya. Beliau yang bekerja sebagai guru komputer di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Semporna, berkata cuaca pada waktu kejadian adalah baik tanpa hujan atau berangin. Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata, gempa bumi lemah itu berlaku

7  

Page 57: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

jam 12.44 pagi di koordinat 4.7 darjah utara dan 118.1 darjah timur. Kunak berada di tenggara pantai timur Sabah dan adalah kawasan pertanian didiami kirakira 44,000 penduduk. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tusin, berkata tiada kerosakan serius dikesan berikutan kejadian gempa bumi itu. "Bagaimanapun, pemeriksaan di kawasan berhampiran pusat gempa di Kunak mendapati enam rumah pekerja di Perumahan Kochin di Ladang Giram mengalami keretakan di luar dinding konkrit. "Gempa lemah itu menyebabkan gegaran dirasai penduduk di Kunak, Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan selama lima hingga 10 saat dan kebanyakan mereka menyedari gegaran berkenaan," katanya. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Pauzi, ketika dihubungi berkata, tiada laporan diterima kesan gempa lemah terbabit tetapi pemantauan dilakukan secara berterusan.

8  

Page 58: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Mangsa gempa bumi pasrah dugaan bencana alam

Publication: BH Date of publication: Apr 21, 2012 Section heading: Main Section Page number: 021 Byline / Author: Oleh Dr Ibrahim Komoo

SAYA baru pulang membuat tinjauan lapangan bersama rakan penyelidik, Prof Masahiro Chigira dari Kyoto Universiti, Jepun. Tinjauan ini untuk meneliti kejadian tanah runtuh yang meluas di daerah Pariaman dan Danau Maninjau, tercetus akibat gegaran gempa bumi pada 2009, yang mengorbankan lebih 2500 nyawa. Perjalanan dari Pariaman ke Danau Meninjau melalui Bukittinggi. Sebelum sampai ke Bukittinggi, kami menyusuri jalan yang diapit oleh gunung berapi Singgalang dan Marapi sebelum sampai di dataran meluas yang ketinggiannya mencapai 1000 meter. Dari Bukittinggi kami melalui jalan berliku menuruni bukit menuju ke Danau Maninjau. Danau atau tasik ini terbentuk daripada letusan gunung berapi besar satu ketika dulu. Danau Maninjau yang terletak pada ketinggian 700 meter dari paras laut dikelilingi puluhan kampung tradisional. Penduduknya berkerja sebagai petani, pesawah dan nelayan. Di belakang perkampungan ini tersergam lingkaran dinding batuan curam yang terbentuk daripada kawah gunung berapi. Landskap budaya dan alam semula jadi di kawasan Danau Maninjau sangat indah dan mengagumkan. Di sinilah, sasterawan nusantara terkenal Hamka dilahir, dibesarkan dan berkarya. Gempa bumi kuat yang melanda kawasan Padang tiga tahun lalu meninggalkan kesan luar biasa terhadap ekonomi dan kesejahteraan masyarakat tempatan. Sehingga saat ini, impaknya masih boleh dirasai. Di Padang dan sepanjang perjalanan ke Bukittinggi, kami dapat melihat rumah, kemudahan awam dan masjid musnah atau rosak teruk dan sebahagiannya terbiar. Kemudahan awam seperti jalan raya dan jambatan ke kawasan perkampungan belum terurus. Penduduk kampung hanya membina jambatan sementara menggunakan batang kelapa. Sementara individu penduduk kampung masih kelihatan memperbaiki jalan dengan bantuan derma daripada komuniti setempat. Ada dua kawasan yang teruk di landa tanah runtuh, yang dicetus oleh gegaran gempa

9  

Page 59: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

bumi iaitu di Pariaman dan Danau Maninjau. Di Pariaman saja, beberapa kampung musnah dilanda tanah runtuh. Lebih 300 penduduk terkorban dan ratusan yang lain hilang. Ketika saya berada di sana, penduduk kampung masih menemui mayat dua beradik yang terperangkap dalam rumah yang tertimbus. Keadaan di kawasan ini masih kelihatan seperti terbiar, penduduk yang bernasib baik rumahnya tidak terbabit menjalankan kehidupan seperti biasa, sementara rumah baru mulai muncul di celah kawasan yang di landa tanah runtuh. Di Danau Meninjau, keadaannya agak berbeza. Walaupun ratusan kawasan di landa batu runtuh, banyak rumah yang musnah atau rosak, jalan utama terputus akibat beberapa jambatannya musnah - tetapi tiada berlaku kehilangan jiwa. Apabila saya tanyakan kepada penduduk kampung di situ, mereka menyatakan apabila terdengar bunyi runtuhan batu yang sangat kuat, mereka segera meninggalkan rumah masing-masing. Ternyata mereka berpengalaman dengan kejadian seumpama ini dan mempunyai sistem melindungi diri daripada bencana. Ada beberapa pengajaran daripada lawatan saya kali ini. Pertama, gempa bumi kuat tidak saja menggegarkan dan memusnahkan bangunan dan infrastruktur awam, tetapi ia boleh menjadi pencetus kepada kejadian tanah runtuh yang meluas. Di Pariaman umpamanya, walaupun ada bangunan rosak atau musnah, kematian yang besar adalah disebabkan oleh tanah runtuh. Oleh itu, dalam proses pengurangan risiko bencana alam, kita harus sedar bahawa suatu bencana alam, gempa bumi umpamanya, boleh mencetus bencana alam lain, dan dalam kes ini tanah runtuh. Peristiwa lampau selalu memberikan kita pengajaran, bencana cetusan inilah yang sukar diramal dan boleh mengundang kehilangan nyawa lebih besar. Kedua, situasi tindak balas selepas bencana di Padang sangat berbeza. Hampir tiada sokongan 'selepas bencana' yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan kerana mereka tidak mempunyai keupayaan berbuat demikian. Tindakan dan semangat bekerjasama penduduk kampung adalah tindakan penting. Dalam kes di Pariaman, penduduk secara individu atau berkumpulan terus berusaha mencari mangsa yang masih hilang, membaiki jalan ke kampungnya dan membaiki rumah apabila mula berkeupayaan. Mereka pasrah dengan dugaan bencana alam dan kehidupan perlu diteruskan. Ketiga, ketika memasuki kawasan Bukittinggi dan melihat landskap budaya - pemandangan sawah padi, masyarakat dan perkampungan - saya terpegun sejenak. Keseluruhannya kelihatan seperti pemandangan yang biasa saya lihat ketika kecil dulu.

10  

Page 60: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Jementah dan puluhan kampung Melayu yang berada di kaki Gunung Ledang mempunyai pemandangan yang hampir sama 50 tahun dulu. Sementara hampir semua perkampungan di Semenanjung berubah wajah, kampung di daerah Bukittinggi dan Danau Meninjau masih mengekalkan keadaan tradisinya. Lawatan pertama saya ke Padang dan Bukittinggi ini benar-benar mencuit hati kecil saya, lantas bertanyakan siapakah kita - rakyat Malaysia dan Indonesia. Hakikatnya, kita adalah rumpun bangsa yang sama dan berpaksikan tradisi serta budaya sama iaitu Melayu. Walaupun kita dari dua negara berbeza, pastinya kita boleh terus bekerjasama, bantu- membantu dan memperkasa keistimewaan asal-usul bersama. * Penulis ialah Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu

11  

Page 61: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Rakyat kita disahkan selamat

Publication: BH Date of publication: Apr 12, 2012 Section heading: Main Section Page number: 010 Byline / Author: Oleh Norfatimah Ahmad; Syuhada Choo Abdullah; Hardi Effendi Yaacob; Nor Fazlina Abdul Rahim

KUALA LUMPUR: Semua 1,774 warga Malaysia termasuk 1,660 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Sumatera, Indonesia dilaporkan selamat walaupun berlaku gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter kira-kira 500 kilometer dari kepulauan itu petang semalam. Konsul Muda Malaysia di Medan, Nor Azhar Hajis, berkata hampir semua rakyat Malaysia sudah dipindahkan ke tempat selamat seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak kedutaan dalam menghadapi bencana, terutama gempa bumi dan tsunami. "SOP kita masih diaktifkan berikutan amaran gempa susulan dan tsunami dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia, malah operasi pemindahan berjalan lancar dengan bantuan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) di dua wilayah iaitu Aceh dan Padang. "Berdasarkan laporan, keadaan di sana agak teruk, malah sistem komunikasi dan perhubungan dikatakan terjejas. "Pihak kedutaan akan berusaha secepat mungkin menghulurkan bantuan kepada warga kita sebaik keadaan beransur pulih," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Katanya, walaupun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, ada warga Malaysia dilaporkan trauma dengan kejadian itu kerana kesan gempa bumi berkenaan yang berpusat di kawasan perairan Aceh dapat dirasakan hingga ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan. "Tempoh 24 jam akan datang disifatkan amat kritikal, terutama di Aceh dan kawasan sekitarnya berikutan amaran gempa susulan yang dikhuatiri menyebabkan tsunami.

12  

Page 62: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Difahamkan, semua pelajar dan warga kita di Aceh sudah dipindahkan ke tempat tinggi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. Di JAKARTA, Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia, Ludinata Misnun berkata, bantuan segera akan disalurkan kepada pelajar terbabit sebaik keadaan beransur pulih. "Bilik gerakan itu boleh dihubungi di +62614531342, +62614535271 atau +62614523992. Ibu bapa dan keluarga pelajar di tanah air diminta bertenang kerana keadaan terkawal, malah mereka boleh menghubungi bilik gerakan kita untuk mendapatkan perkembangan terkini," katanya. Di PEKAN BARU, Konsul Jeneral Malaysia, Zamani Ismail, ketika dihubungi mengesahkan semua 76 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Islam Negeri Syariff Kassim, Riau, selamat. Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, pihaknya sedang membuat persediaan dan tidak menolak kemungkinan akan membawa pulang pelajar Malaysia di Aceh sekiranya keadaan menjadi semakin buruk.

13  

Page 63: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Apabila alam tunjuk kehebatan, tiada kuasa manusia dapat menghalang

Publication: BH Date of publication: Mar 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 017 Byline / Author: Oleh Abdul Latif Abu Bakar

TATKALA gempa bumi paling kuat dan paling hebat dalam sejarah moden manusia melanda perairan Aceh pada 26 Disember 2004, ia dikatakan gempa bumi paling menggerunkan dalam sejarah moden manusia. Dengan kekuatan 9.1 magnitud, gempa di dasar laut itu mencetuskan ombak besar tsunami. Di Indonesia saja, sekitar 220,000 orang maut. Bumi Aceh diranapkan dan sehingga ke hari, masih ada kerja pembangunan semula Aceh dilaksanakan. Gempa berukuran 9 magnitud dan menjadikannya gempa bumi kedua paling hebat dalam sejarah manusia serta kekuatannya dikatakan 1,500 kali lebih hebat daripada kekuatan bom atom yang menjadikan Hiroshima, Jepun bagai padang jarak padang terkukur yang membunuh ratusan ribu manusia dan membawa kepada kekalahan Jepun di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Badai besar atau tsunami dari gempa bumi Aceh bergerak sangat hebat sehingga ke Thailand, membunuh ratusan manusia yang berada di tengah-tengah laluannya. Tsunami itu juga bergerak ke Lautan Hindi dan singgah di kawasan pulau Andaman, India dan meranapkan segala binaan di sana. Badai juga menghentam pinggir pantai Sri Lanka dan menjejaskan teruk ibu negara Colombo. Jumlah maut sebegitu besar dikatakan kerana negara terbabit tidak menyediakan sistem amaran awal bagi menggerakkan mereka yang tinggal di kawasan kritikal meninggalkan kawasan tempat tinggal. Negara terbabit termasuk Indonesia, Thailand, Malaysia, India dan Sri Lanka adalah kelompok negara membangun yang kekuatan ekonomi dan teknologi pastinya tidak setanding Jepun. Tiba-tiba igauan 2004 berlaku lagi dan kali ini di Jepun, ekonomi ketiga terbesar di

14  

Page 64: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

dunia selepas Amerika Syarikat dan China. Gempa bumi berukuran 9 magnitud, hampir sama dengan kekuatan gempa yang melanda Aceh. Gempa mencetuskan tsunami yang tidak pernah dilihat manusia sejak tsunami 2004 di Aceh. Seluruh dunia terkejut dan bersimpati. Pihak berkuasa Jepun dalam kenyataan terbaru menganggarkan lebih 15,000 orang dikhuatiri sama ada terbunuh atau hilang dalam bencana tsunami yang melanda negara itu minggu lalu. Selain itu, 387, 000 orang lagi terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka dan ditempatkan di sekitar 2,000 pusat pemindahan sementara. Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana pula mengumumkan bangunan atau binaan yang sama ada sebahagian atau keseluruhannya terbakar dalam bencana itu sudah mencecah 100,396 buah. Kekuatan dan kehebatan fenomena alam yang berlaku pada 11 Mac 2011 dikatakan sudah merubah kedudukan pulau utama Jepun kira-kira 2.4 meter dan seperti gempa bumi Aceh 2004, gempa di utara Jepun ini juga dikatakan turut merubah kedudukan paksi bumi seperti yang dicatatkan oleh Jabatan Ukur Geologi Amerika Syarikat (USGS). Institut Kebangsaan Geofizik dan Gunung Berapi Itali menganggarkan gempa bumi berukuran 9 magnitud itu mengalih kedudukan paksi bumi kira-kira 10 sentimeter. Nilai sebenar kemusnahan di wilayah utara Jepun itu masih dalam penghitungan tetapi anggaran awal menunjukkan kos pembinaan semula rumah, kilang, jalan raya dan jambatan yang musnah itu mungkin mencecah AS$200 bilion. Ramai khuatir kemusnahan ekonomi akibat gempa bumi kali ini mungkin meninggalkan impak besar dan berlarutan di Jepun. Jika ini berlaku, rantaian kerosakan ekonomi akan berlaku di banyak tempat dunia, termasuk Malaysia. Pemerhati yakin kemusnahan kali ini jauh lebih hebat berbanding gempa bumi Kobe pada 1995. Betapa tidaknya kerana gempa bumi Kobe dicatatkan pada kekuatan 7.2. Jepun antara negara paling bersedia hadapi bencana berdasarkan perkiraan ilmu manusia menggunakan kemudahan teknologi paling canggih. Menurut pakar tsunami di Universiti Southern California AS, Costas Synolakis, Jepun sudah membina sistem amaran awal menghadapi tsunami. Kesilapan utama, kata pakar itu kerana Jepun tidak menjangkakan gempa dan tsunami sehebat itu.

15  

Page 65: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Begitulah, apabila alam menunjukkan kehebatannya tidak ada kuasa manusia dapat menyekatnya. Kalau begitu kehebatan fenomena alam, ini membawa kita untuk menginsafi dan akur dengan kehebatan pencipta-Nya. Manusia mesti menerima hakikat kehebatan alam kerana jika manusia lupa, kehebatan alam tiada tolak ansur. Manusia mesti menerima ketetapan bahawa mereka dan alam wujud sandar menyandar dan mesti saling berkompromi. Jangan mencabar alam dengan pembangunan tidak terancang dan kerakusan sehinggakan manusia ingin menjadi kuasa menentukan ketetapan alam. Kita pernah melihat alam menempiaskan kemarahannya dengan kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa dan keruntuhan Highland Towers. Fenomena alam di Jepun ini banyak mengajar kita dan kita perlu duduk dan banyak-banyak merenung dalam diri. * Penulis ialah pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka

16  

Page 66: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Jepun sedia kemudahan segera

Publication: BH Date of publication: Mar 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 012 Byline / Author: Oleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Jepun menyediakan talian telefon percuma di pusat pemindahan menempatkan mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda wilayah timur laut Honshu sejak 11 Mac lalu. Di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Katahira-Chou di Aoba Ku, Sendai, sekurang-kurangnya enam talian telefon percuma disediakan kepada mangsa yang berlindung di pusat pemindahan itu, termasuk 15 rakyat Malaysia. Seorang mangsa yang juga pelajar kejuruteraan mekanikal angkasa dari Universiti Tohoku, Mohd Syafiq Marzuki, 23, berkata kemudahan itu disediakan sejak hari kedua bencana yang mengorbankan lebih 7,600 mangsa itu berlaku. "Talian telefon itu disediakan selepas talian komunikasi termasuk bekalan elektrik dan air terjejas. Orang ramai boleh hubungi dan maklum keadaan mereka kepada keluarga masing-masing menggunakan telefon percuma ini. "Pihak berkuasa Jepun juga menyediakan dua alat pemanas di dalam dewan sekolah selepas cuaca sejuk melanda kawasan itu," katanya kepada Berita Harian mengenai perkembangan terkini di Jepun selepas gempa bumi berkekuatan 9 skala Ricther dan tsunami setinggi 10 meter melanda negara itu. Pelajar berasal dari Alor Gajah, Melaka itu berada di Tokyo sejak Jumaat lalu selepas dibawa keluar oleh pegawai Kedutaan Malaysia dari Sendai, yang juga bandar terbesar di wilayah Miyagi. Terdapat 293 rakyat Malaysia di empat wilayah terjejas teruk di Jepun iaitu 29 orang di Iwate, Miyagi (60), Ibaraki (165) dan Fukushima (39) yang kini diancam krisis nuklear selepas loji nuklearnya mengalami kebocoran radioaktif. Mengulas pengalamannya selama enam hari berlindung di pusat pemindahan

17  

Page 67: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

berkenaan sejak 11 Mac lalu, Syafiq berkata, beliau sempat membawa tilam dan kelengkapan diri ketika berlindung di situ bersama beberapa rakannya. "Hari pertama di pusat pemindahan sesak dengan ramai orang yang berlindung di situ. Keadaan juga agak teruk sampai nak guna tandas pun susah, sebab tiada air," katanya menambah bekalan air dan elektrik beransur pulih secara berperingkat tetapi dicatu selepas beberapa hari kemudian. Mengenai makan minum di pusat pemindahan itu, beliau berkata ia disediakan oleh pihak berkuasa Jepun selain rakyat Malaysia juga menerima bantuan makanan seperti biskut dan sardin yang dibawa pegawai Kedutaan Malaysia. Syafiq kagum dengan semangat kerjasama ditunjukkan rakyat Jepun termasuk restoran berdekatan yang memberikan makanan percuma kepada mangsa, bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa yang kemusnahan harta benda dan hilang anggota keluarga.

18  

Page 68: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Tidak sesuai rakam gambar mayat

Publication: HM Date of publication: Mar 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 013 Byline / Author: Oleh Yusri Abdul Malek

SELEPAS mengharungi perjalanan lebih 3,000 kilometer ke kawasan gempa bumi dan tsunami di empat wilayah paling teruk iaitu Ibaraki, Fukushima, Miyagi dan Iwate, kini penulis dalam perjalanan pulang ke Tokyo sebelum mengambil penerbangan terawal ke tanah air. Setakat ini, menurut pihak berkuasa Jepun, 7,197 mayat mangsa sudah ditemui manakala 18,950 lagi dilaporkan masih hilang manakala 280,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan. Angka itu yang teramai membabitkan kematian dalam sejarah Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, sepanjang berada di kawasan bencana itu penulis masih tidak melihat satu mayat pun dikeluarkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas mencari dan menyelamat. Difahamkan, berdasarkan perbualan dengan warga tempatan, tidak sesuai atau baik dalam budaya Jepun untuk merakamkan gambar mayat. Oleh itu tiada gambar penemuan mayat dipaparkan dalam media mereka. Paling menarik, penulis sempat merasa pengalaman bermain, mengharung ribut salji ketika membuat liputan. Walaupun suhu mencecah -6 darjah Celsius, keseronokan serta semangat menjalankan tugas digagahkan juga. Bukan mudah merasa pengalaman berharga ini. Selain itu, penulis cukup kagum dengan orang Jepun yang begitu sabar dan suka membantu sekalipun berada dalam musibah. Mereka sanggup beratur panjang berjam-jam membeli makanan dan sepanjang beratur tiada memotong barisan.

19  

Page 69: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Tak mahu pulang Publication: HM Date of publication: Mar 29, 2011 Section heading: Main Section Page number: 015 Byline / Author: Oleh Muhammad Apendy Issahak

TOKYO: Seramai 33 rakyat Malaysia dikesan masih berada di kawasan yang terjejas teruk bencana gempa bumi dan tsunami 11 April lalu, namun semuanya dilaporkan dalam keadaan selamat serta sentiasa dipantau kedutaan Malaysia di sini. Kesemuanya yang berada di Miyagi, Fukushima, Iwate dan Ibaraki, meminta kebenaran pihak kedutaan untuk terus tinggal di kawasan kediaman mereka memandangkan keadaan beransur pulih serta perlu meneruskan pekerjaan masing-masing. Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som berkata, mengikut rekod setakat ini 223 warga Malaysia yang terjejas akibat bencana terburuk di Jepun itu sudah dihantar pulang ke tanah air dan hanya sebilangan kecil mengambil keputusan untuk terus tinggal di kawasan kediaman mereka. "Kesemua 33 orang itu kebanyakan kediaman mereka tidak rosak teruk dan bekalan elektrik serta air juga sudah kembali pulih, mungkin itu yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak pulang ke tanah air sebaliknya meneruskan kehidupan di sini. "Mereka semuanya berdaftar dengan kedutaan dan jumlah itu tidak termasuk ahli keluarga mereka. "Kami hanya mengambil kira yang berdaftar, namun semuanya dilaporkan selamat serta sentiasa dipantau dan berhubung dengan kami," katanya ketika memberi penerangan kepada 50 anggota Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Bencana Jepun di Kedutaan Malaysia di Shibuya, di sini, semalam. Shaharuddin berkata, mengikut laporan dikeluarkan pihak berkuasa Jepun setakat kelmarin, jumlah mangsa korban gempa kuat berukuran 9 skala ricther berserta tsunami itu adalah 10,489 orang, manakala 16,621 lagi dilaporkan masih hilang.

20  

Page 70: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

"Mereka yang ditempatkan di kira-kira 2000 pusat evakuasi pula adalah 243,129 dan selepas hampir 20 hari berlalu, sudah lebih 400 gegaran susulan berlaku antaranya pada kira-kira jam 7.25 pagi tadi (semalam) yang berkekuatan 6.5 skala richter di Timur Laut Miyagi. "Amaran tsunami juga dikeluarkan, tetapi selepas beberapa ketika tsunami tidak berlaku dan amaran itu ditarik semula," katanya. Menurutnya, pihak kedutaan akan memastikan keselamatan kesemua rakyat Malaysia yang berada di sini dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sama ada gempa susulan, tsunami atau radiasi nuklear serta sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk perkembangan terkini. Katanya, bagi krisis nuklear di Fukushima pula, kerja membaik pulih dan pemantauan pakar Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) sedang dilakukan dan langkah evakuasi di sekitar jarak 20 kilometer dari loji yang mengalami kebocoran diteruskan kerajaan Jepun, namun setakat ini tahap pencemaran radiasi dilaporkan masih di paras selamat.

21  

Page 71: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Pesona di sebalik gempa

Publication: BM Date of publication: Mar 27, 2011 Section heading: BM Dua Page number: 023 Byline / Author: Oleh Mohd Ropidi Mohd Noor

PADA 22 Februari lalu, dunia digemparkan dengan berita gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter melanda Christchurch, meragut sekurang-kurangnya 166 nyawa dan ramai lagi hilang. Penulis bersama keluarga berpeluang ke sana akhir tahun lalu, tidak lama selepas gempa pertama melanda pada September 2010. Melihat kemusnahan kesan gempa, mencetuskan rasa insaf dan hiba kami sekeluarga yang menjejakkan kaki di bandar kedua terbesar New Zealand ini akhir Disember lalu. Kami dalam misi jelajah negara Kiwi berkenaan selama 16 hari, bermula di Queenstown di selatan South Island dan berakhir di Auckland, North Island. Christchurch yang terkenal dengan jolokan Kota Taman adalah destinasi kami pada hari kesembilan, iaitu pada 24 Disember 2010. Kami mengembara dengan berkereta dari Geraldine sejauh kira-kira 130 kilometer melalui Lebuhraya 1 sebelum tiba di Christchurch selepas jam 12.30 tengah hari. Oleh kerana hari Jumaat, tumpuan utama sebaik tiba di Christchurch adalah Masjid An-Nur di Deans Ave untuk solat Jumaat. Maha Suci Allah, seronok rasa di hati dapat singgah di masjid ini. Majoriti jemaahnya berketurunan Arab, lalu khutbah juga dibaca dalam bahasa itu diikuti terjemahan dalam bahasa Inggeris. Di Christchurch, kami menginap di Airport Lodge Motel berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch. Pada sebelah petang, kami ke pusat bandar raya dan selepas meninggalkan kereta di Hagley Park & Botanical Garden, kami menyusuri Park Tce ke Worcester Street sebelum ke Cathedral Square. Menariknya di sini, hampir setiap ceruk kelihatan bangunan lama tersergam indah, terpelihara dan masih digunakan, antaranya Canterbury College, Canterbury Museum, Arts Centre, Cathedral dan Old Post Office yang begitu menarik perhatian. Di sebalik itu semua, bangunan baru dengan konsep seni bina moden juga tidak kurang

22  

Page 72: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

cantiknya, termasuk bangunan majlis tempatan dan Art Gallery. Di sesetengah tempat, jelas kelihatan beberapa bangunan rosak akibat gempa kuat yang melanda Christchurch awal September 2010 dan sedang giat dibaikpulih. Ada kala terdetik juga kebimbangan dalam hati kerana bimbang kemungkinan gempa bumi berlaku lagi pada saat kami berada di sini. Telahan itu menjadi nyata, namun kami terselamat kerana bencana susulan pada ukuran 4.3 skala Richter berlaku dua hari selepas kami meninggalkan bandar ini. Laporan akhbar keesokannya memaparkan kerosakan yang dialami beberapa kedai di pusat bandar. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana terselamat daripada tragedi. Sepanjang di Christchurch, tram adalah antara pengangkutan awam yang masih digunakan dan turut menjadi antara daya tarikan pelancongan. Malah sebuah syarikat penerbangan tempatan turut memaparkan iklan perkhidmatannya pada beberapa tram berkenaan. Bagi yang ingin menaiki perahu klasik zaman Edwardian, `Punting on the Avon' adalah perkhidmatan untuk menyusuri Sungai Avon yang mengalir di tengah bandar Christchurch. Saya dan isteri berhajat menaikinya tetapi anak bongsu pula tidak berminat. Pada 25 Disember, Hari Natal adalah cuti umum di New Zealand lalu tidak banyak tempat yang boleh dikunjungi. Suasana sekitar juga lengang dan sunyi. Kami bernasib baik apabila International Antarctic Centre bersebelahan lapangan terbang dibuka sepanjang tahun dan wajar dilawati seperti disyorkan rakan yang pernah mengunjunginya. Antarctic Centre ibarat pusat sehenti segala-galanya berkaitan dunia sejuk di Antartika yang terletak kira-kira 3,825 kilometer ke selatan Christchurch. Lebih tiga jam di pusat ini, tidak sedar masa bergerak begitu pantas lantas begitu banyak aktiviti boleh diikuti, banyak pengalaman boleh dirasai dan banyak ilmu boleh dihayati. Walaupun bayaran masuknya sedikit mahal, lawatan ke pusat ini amat berbaloi dan berpadanan dengan faedah yang diperoleh. Ada kawasan empat musim menggambarkan suasana di Antartika dinamakan NZ Penguin Encounter memaparkan kehidupan 26 ekor spesies penguin terkecil dunia, Blue Penguin yang dapat dilihat secara dekat.

23  

Page 73: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

24  

Tidak ketinggalan, The Antarctic Storm yang amat sejuk dengan suhu bawah 18 darjah Celsius serta tiupan angin 40 km/jam dengan lawatan ke sini turut diiringi persembahan kesan bunyi dan cahaya. Tarikan lain termasuk Snow & Ice Experience, Antarctic Gallery, 3D Extreme, Movie Theatre, Antarctic Campsite dan Aquarium. Bagi anak remaja kami, pengalaman menaiki kenderaan salji iaitu `hagglund' melalui laluan berbukit bukau serta berliku amat menyeronokkan, malah berulang kali mereka menaikinya. Satu lagi yang menarik di Antarctic Centre adalah kemudahan WiFi percuma selama 30 minit untuk setiap empat jam di Antarctic Cafe. Bagi yang mempunyai masa, disaran menggunakannya sebelum masuk dan selepas keluar dari pusat ini sambil makan dan minum di kafe. Kami tidak boleh menunggu lama di sini kerana melewati jam 1 tengah hari, harus meninggalkan Christchurch untuk ke Picton yang berjarak hampir 350 kilometer. Sebenarnya tidak cukup tempoh dua hari satu malam di Christchurch. Masih banyak tempat menarik lain tidak sempat dikunjungi, antaranya Botanical Gardens, Cultural Precinct, Canterbury Museum, Arts Centre, Art Gallery dan Akaroa. Info * Turut dikenali dengan panggilan Kota Taman *Bandar kedua terbesar di New Zealand *Terletak di timur South Island *Kepadatan 350,000 penduduk Christchurch

Sumber : http://emedia.com.my Tarikh Akses : 21 September 2012

Page 74: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 24/09/2012

Gempa bumi sederhana di Mariana dan Mindanao

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Satu gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda selatan kepulauan Mariana pada pukul 7.42 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa itu berpusat di dalam laut pada kedudukan 1,624km timur laut Jayapura, Indonesia dan 2,880km timur laut Kinabatangan, Sabah.

Sementara itu, satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter turut melanda Mindanao di Filipina pada pukul 8.28 pagi ini.

Jabatan itu berkata, gempa bumi itu berpusat di 169km tenggara Davao, Filipina dan 909km timur laut Semporna, Sabah.

Kedua-dua gempa tersebut tidak membawa ancaman tsunami.

1  

Page 75: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 20/09/2012

Pantau gempa, tsunami di Kudat

oleh mabulmaddin shaiddin [email protected]

Maximus Johnity Ongkili (dua dari kiri) diberi taklimat mengenai sistem pengesanan gempa bumi di Pejabat Meteorologi Kudat yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih dan terkini.

KUDAT 19 Sept. - Secara tiba-tiba gemuruh suara pesawat yang mendarat membuatkan sebahagian hadirin di majlis perasmian Pejabat Meteorologi Kudat di sini, berpaling ke arah landasan kecil di sebelah kiri sebelum pesawat ringan milik Syarikat Penerbangan Malaysia itu perlahan-lahan berhenti.

"Tanpa kecanggihan teknologi di pejabat ini, adalah sukar bagi pesawat kecil sebegitu mendarat," ujar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili tersenyum sebagai komen spontan apabila melihat pesawat itu yang hanya berada 500 meter dari tempatnya berucap di sini baru-baru ini.

Petang itu merupakan hari yang bersejarah bagi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) khususnya Pejabat Meteorologi Kudat berikutan perasmian bangunan barunya yang terletak di Jalan Lintas Lapangan Terbang Kudat.

Bangunan baru yang menelan belanja sebanyak RM3.3 juta itu turut menempatkan perkhidmatan pemantauan cuaca sekali gus menandakan JMM telah melangkah ke hadapan dalam usaha meningkatkan kecekapan dan menjamin keselamatan serta keselesaan pegawainya yang menjalankan tugas selama 24 jam sehari.

2  

Page 76: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

"Saya percaya dengan bangunan baru ini, semangat dan kesungguhan warga JMM menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat akan meningkat dan mereka juga dapat mempertingkatkan kesedaran awam tentang hubungan cuaca dengan kehidupan kita," kata Maximus.

Beliau berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10, kerajaan telah membelanjakan lebih RM22.7 juta untuk pembinaan infrastruktur meteorologi di Sabah khususnya untuk pembelian peralatan dan pembinaan infrastruktur fizikal.

Katanya, untuk pemantauan gempa bumi dan tsunami, kerajaan telah membelanjakan lebih RM35.5 juta bagi membangunkan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional dan RM5.5 juta daripadanya telah dibelanjakan bagi pembangunan sistem itu di Sabah.

Pejabat Meteorologi Kudat dipilih sebagai salah satu pejabat pemantau gempa bumi dan tsunami memandangkan utara Pantai Barat Sabah lebih terdedah kepada ancaman tsunami sekiranya berlaku gempa bumi kuat di dasar lautan di Manila Trench, Sulu Trench dan Negros Trench.

Tambah Maximus, sekiranya berlaku tanda-tanda fenomena alam itu, JMM akan menyebarkan maklumat awal melalui agensi-agensi terlibat dengan pengurusan bencana alam termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam masa 10 minit selepas kejadian gempa bumi.

"Sistem yang kita bangunkan adalah mencukupi bagi piawaian antarabangsa, ia juga cukup lengkap dan beroperasi pada tahap optimum untuk memastikan impak bencana adalah minimum bagi Sabah.

"JMM juga telah membenarkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA), salah satu agensi MOSTI menempatkan peralatan mengesan radiasi nuklear dan menyediakan bilik bagi kegunaan kakitangannya di pejabat ini.

"Sebagai contoh, hasil daripada kerjasama ini, semasa terjadinya kebocoran di Loji Nuklear Fukushima Dai-Ichi, Jepun akibat gempa bumi kuat dan tsunami pada Mac 2011, bacaan tahap radiasi di stesen ini telah digunakan sebagai rujukan terhadap tahap ancamannya kepada kita," katanya.

Stesen Meteorologi Kudat yang dibina pada tahun 60-an bersebelahan dengan Lapangan Terbang Kudat hanya merupakan sebuah bangunan kayu pada mulanya sehinggalah ia ditambah baik pada 1979.

3  

Page 77: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 14/09/2012

Gempa bumi kuat berlaku di selatan Sumatera

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia, iaitu 633km Barat Daya dari Pontian, Johor tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada ancaman tsunami, bagaimanapun jabatan itu sedang memantau perkembangan tersebut dan akan memaklumkan maklumat terkini.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 12.15 tengah hari itu berpusat di 194km Barat Laut Bengkulu, Indonesia, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

4  

Page 78: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 10/09/2012

Mangsa gempa perlu bantuan

Pasukan menyelamat mencari penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa bumi di daerah Yiliang, wilayah Yunnan, semalam. - AFP

BEIJING 9 Sept. - Kebanyakan mangsa yang terselamat dalam dua bencana gempa bumi di kawasan pergunungan barat daya China pada Jumaat lalu, kini amat memerlukan bantuan tambahan.

Situasi terdesak itu diburukkan lagi dengan gempa susulan terus berlaku sehingga mencetuskan kebimbangan kepada pasukan penyelamat untuk meneruskan operasi mencari mangsa-mangsa yang terperangkap.

Seorang pegawai di pekan Jiaokui di daerah Yiliang berkata, hampir kesemua 110,000 penduduk di pekan tersebut sudah dipindahkan, namun masih ramai yang tidak mempunyai tempat perlindungan.

Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, lebih 11,000 unit khemah dan 8,500 jaket kulit dihantar ke Yiliang dan dijangka bantuan yang lebih banyak akan disalurkan dalam tempoh terdekat.

Sekurang-kurangnya 89 orang terbunuh dan lebih 820 cedera dalam dua gempa bumi itu di kawasan pergunungan di pedalaman sepanjang sempadan wilayah Guizhou dan Yunnan. – Agensi

5  

Page 79: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 09/09/2012

71 bangunan rosak akibat gempa bumi di Bogor

JAKARTA 9 Sept. - Gempa bumi berkekuatan 4.8 pada skala Richter yang menggegarkan kawasan Bogor pada Ahad mengakibatkan 71 bangunan rosak setakat ini.

Kejadian pada 1.27 pagi itu, yang berpusat di 31 km ke barat daya daerah Bogor mengakibatkan berlaku gegaran kuat sehingga dirasakan sampai ke Taman Nasional Gunung Halimun Salak Sukabumi.

"Daripada data yang diperoleh, sampai sekarang ada 71 unit bangunan yang rosak terdiri daripada rumah penduduk, madrasah dan perkumpulan agama Islam, kesemua bangunan berkenaan rosak ringan," kata jurucakap bahagian penguat kuasa Majlis Daerah Kabandungan, Nurdin Sopiyan kepada wartawan, pada Ahad.

Nurdin berkata data awal mengenai kerosakan itu dilaporkan oleh empat desa iaitu Desa Tugu Badak, Cihamerang, Cipeutey dan Kabandungan.

Sementara itu, Ketua Kampung Cipeutey, Ujang Supriatna berkata kerosakan paling teruk berlaku pada saluran pengairan Sabilulungan, yang boleh menyebabkan aliran air ke 72 hektar tanah pertanian terganggu, lebih-lebih lagi pada musim kemarau sekarang.

"Kami percaya bilangan bangunan rumah yang rosak akan terus bertambah apabila proses pengumpulan data selesai dijalankan," kata Ujang.

Beliau berkata gegaran gempa itu sangat kuat sehingga ramai penduduk keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

"Kami pun sampai sekarang masih bersiaga kerana bimbang ada gempa susulan," katanya. - BERNAMA

6  

Page 80: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 09/09/2012

Korban gempa naik 89 orang

Penduduk yang cedera akibat gemba bumi diberi rawatan di kawasan lapangan di Yiliang, semalam. - AFP

BEIJING 8 Sept. - Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan usaha menyelamat kerana laluan ke kawasan bencana terputus akibat runtuhan batu selepas dua gempa bumi melanda barat daya China, semalam.

Angka korban gempa di wilayah itu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 89 orang dan beratus-ratus lagi cedera, awal hari ini.

Pegawai-pegawai bimbang angka korban akibat gempa yang melanda kawasan pergunungan di pedalaman sepanjang sempadan wilayah Guizhou dan Yunnan itu akan meningkat.

Lebih 100,000 penduduk telah dipindahkan selepas gempa memusnahkan beribu-ribu kediaman dan menyebabkan batu-batu besar yang runtuh menutupi laluan ke kawasan bencana dan turut menjejaskan komunikasi, semalam.

Agensi ramalan cuaca hari ini meramalkan hujan turun sepanjang tiga hari mulai hari ini, sekali gus menyukarkan lagi usaha menyelamat. - REUTERS

7  

Page 81: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 07/09/2012

2 maut gempa di Costa Rica

SAN JOSE 6 Sept. - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan Costa Rica semalam, menyebabkan dua orang terbunuh dan 22 lagi cedera.

Gempa tersebut turut menyebabkan kejadian tanah runtuh, beberapa bangunan roboh dan mencetuskan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Bagaimanapun, amaran tersebut yang dikeluarkan di sepanjang pesisiran pantai Costa Rica, Nicaragua dan Panama ditarik balik.

Pertubuhan Palang Merah berkata, dua orang yang terbunuh di Guanacaste, barat laut Costa Rica merupakan seorang pekerja tapak pembinaan yang ditimpa runtuhan dinding dan seorang lagi wanita yang mengalami serangan jantung.

Gempa bumi kuat itu turut dirasai di Nicaragua serta Panama dan kejadian kali ini merupakan yang terkuat sejak gempa berukuran 7.6 skala Ricther melanda negara itu pada 1991, menyebabkan 47 orang maut.

Polis di bandar Puntarenas berkata, berpuluh-puluh pesakit dibawa keluar dari hospital Monsenor Sanabri yang terletak beberapa meter di pesisiran Laut Pasifik selepas bangunan sembilan tingkat tersebut bergegar akibat gempa.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 218 pesakit ditempatkan di hospital terbabit dan kesemua pesakit dipindahkan ke hospital lain atau dihantar pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Agensi Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan (CNE), Esteban Moreno berkata, kebanyakan bangunan yang runtuh merupakan bangunan lama dan berkualiti rendah.

Katanya, kejadian tanah runtuh menyebabkan beberapa batang jalan terhalang dan beberapa rumah di kawasan Semenanjung Nicoya turut dilaporkan mengalami kerosakan.

Jurucakap Institut Pelancongan Costa Rica, Alcides Mora pula berkata, kira-kira 21 hotel di wilayah Guanacaste dan utara negara ini dilaporkan mengalami kerosakan kecil.

Penyambut tetamu Hotel Curime yang terletak di pekan Nicoya, Selenia Obando berkata, gempa tersebut menyebabkan bekalan elektrik terputus dan lantai hotel terbabit runtuh, namun tiada kecederaan dilaporkan. – REUTERS

8  

Page 82: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 31/08/2012

Gempa bumi 7.9 skala Richter gegar Filipina

MANILA 31 Ogos - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala Richter menggegarkan Filipina hari ini, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan kepada beberapa negara.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku pada pukul 8.47 malam waktu Malaysia dan berpusat di perairan timur negara ini, kira-kira 146 kilometer ke pekan Guiuan di wilayah Samar pada kedalaman 32 kilometer.

Amaran tsunami dikeluarkan kepada Indonesia, Taiwan, Jepun, Papua New Guinea dan Haiwaii. - REUTERS/AFP

9  

Page 83: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 12/08/2012

Gempa bumi di Iran; 50 terkorban, 400 cedera

DUBAI 12 Ogos - Dua gempa bumi sederhana berukuran 6.4 pada skala Ritcher melanda barat laut Iran semalam, menyebabkan 50 orang terkorban manakala 400 yang lain mengalami kecederaan.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa itu berpusat kira-kira 60 kilometer dari timur laut bandar Tabriz.

Sementara itu, kejadian kedua pula berlaku kira-kira 49 kilometer di timur laut Tabriz berdekatan bandar Varzgan, kira-kira 11 minit daripada kejadian pertama. - REUTERS

10  

Page 84: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 13/08/2012

Iran dilanda gempa

PENDUDUK menyelamatkan seorang wanita di dalam runtuhan sebuah rumah di Kampung Sourmah, dekat pekan Varzaqan selepas dua gempa bumi melanda barat laut Iran, kelmarin.

DUBAI 12 Ogos - Dua gempa bumi kuat menggegarkan barat laut Iran semalam menyebabkan 300 orang terbunuh dan 2,600 lagi cedera.

Pasukan penyelamat bergegas menggeledah runtuhan bangunan di berpuluh-puluh perkampungan sepanjang malam tadi hingga ke hari ini dan kakitangan perubatan berusaha menyelamatkan mangsa.

Beribu-ribu orang bersesak-sesak di kem sementara atau tidur di jalanan selepas gempa yang melanda bandar Tabriz di wilayah Azerbaijan Timur itu dikhuatiri menyebabkan banyak gempa susulan dengan 40 gempa direkodkan berlaku.

Angka kematian dijangka meningkat ekoran ramai mangsa berada dalam keadaan kritikal dan ada yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di kawasan yang sukar dihubungi manakala kegelapan malam menghalang kerja-kerja menyelamat.

Enam perkampungan musnah dan kira-kira 60 lagi kampung menghadapi kerosakan sehingga 50 peratus, lapor media.

11  

Page 85: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Gambar-gambar yang disiarkan di laman web berita Iran menunjukkan banyak mayat, termasuk kanak-kanak, terbaring di atas lantai di bilik mayat di pekan Ahasr dan kakitangan perubatan merawat mangsa cedera di kawasan terbuka ketika waktu senja.

Beberapa imej menunjukkan kerosakan besar terjadi akibat gempa bumi itu dan pasukan penyelamat menarik keluar mangsa dari runtuhan bangunan dengan sesetengahnya masih hidup, tetapi ramai yang telah mati.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa pertama yang menggegarkan Iran semalam berukuran 6.4 skala Richter dan berpusat di 60 kilometer ke timur laut bandar Tabriz pada kedalaman 9.9 kilometer.

Gempa kedua pula berlaku 11 minit selepas itu dengan berukuran 6.3 sekala Richter, berpusat di 49 kilometer ke timur laut Tabriz, iaitu berhampiran pekan Varzaghan, pada kedalaman sama.

Beratus-ratus orang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan tetapi malam yang gelap menghalang bantuan kecemasan.

Operasi menyelamat bagaimanapun dihentikan hari ini selepas semua mangsa yang terselamat telah ditemui.

“Tidak ada lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan semua bantuan yang diperlukan sedang diagihkan," kata pegawai Kementerian Dalam Negeri bagi Pengurusan Bencana, Hossein Ghadami kepada televisyen kerajaan.

Beliau turut berharap angka korban tidak meningkat kerana mangsa yang sebelum ini kritikal mula stabil.

- REUTERS/AFP

12  

Page 86: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 13/06/2012

Gempa bumi di utara Afghanistan, 3 terkorban

MAZAR-I-SHARIF 12 Jun - Sekurang-kurangnya tiga orang maut, manakala 22 lagi cedera dalam kejadian dua gempa bumi dalam tempoh kurang 30 minit di utara Afghanistan awal pagi, semalam.

Lebih 80 lagi daripada 22 keluarga dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat (AS) berkata, dua gempa bumi melanda wilayah tersebut dalam tempoh 30 minit.

Katanya, gempa pertama berukuran 5.4 skala Richter dikesan pada pukul 9.32 pagi (1.02 petang waktu Malaysia semalam) 15 kilometer di bawah bumi.

"Gempa kedua yang lebih kuat berukuran 5.7 skala Richter menggegar kawasan yang sama kira-kira 25 minit kemudian.," katanya.

Gegaran turut dirasai di Kabul, walaupun ibu negara Afghanistan itu terletak kira-kira 170 kilometer ke selatan lokasi bencana.

Pasukan penyelamat Afghanistan mengalami kesukaran untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat penduduk kampung yang terperangkap dalam gempa itu.

Ketua pasukan gerak balas bencana, Mohammad Nasir Kohzad berkata, sekurang-kurangnya tiga mayat telah ditemui di daerah Burka, dekat wilayah Baghlan, kawasan yang paling teruk dilanda gempa.

Katanya, lebih banyak pasukan penyelamat dari Kabul dikerah ke perkampungan Mullah Jan.

Kawasan utara Afghanistan dan Pakistan sering dilanda gempa bumi, terutamanya di Hindu Kush yang terletak di kawasan pergeseran kepingan tektonik Eurasia dan India. - AFP/REUTERS

13  

Page 87: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 13/06/2012

Gempa bumi di utara Afghanistan, 3 terkorban

MAZAR-I-SHARIF 12 Jun - Sekurang-kurangnya tiga orang maut, manakala 22 lagi cedera dalam kejadian dua gempa bumi dalam tempoh kurang 30 minit di utara Afghanistan awal pagi, semalam.

Lebih 80 lagi daripada 22 keluarga dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat (AS) berkata, dua gempa bumi melanda wilayah tersebut dalam tempoh 30 minit.

Katanya, gempa pertama berukuran 5.4 skala Richter dikesan pada pukul 9.32 pagi (1.02 petang waktu Malaysia semalam) 15 kilometer di bawah bumi.

"Gempa kedua yang lebih kuat berukuran 5.7 skala Richter menggegar kawasan yang sama kira-kira 25 minit kemudian.," katanya.

Gegaran turut dirasai di Kabul, walaupun ibu negara Afghanistan itu terletak kira-kira 170 kilometer ke selatan lokasi bencana.

Pasukan penyelamat Afghanistan mengalami kesukaran untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat penduduk kampung yang terperangkap dalam gempa itu.

Ketua pasukan gerak balas bencana, Mohammad Nasir Kohzad berkata, sekurang-kurangnya tiga mayat telah ditemui di daerah Burka, dekat wilayah Baghlan, kawasan yang paling teruk dilanda gempa.

Katanya, lebih banyak pasukan penyelamat dari Kabul dikerah ke perkampungan Mullah Jan.

Kawasan utara Afghanistan dan Pakistan sering dilanda gempa bumi, terutamanya di Hindu Kush yang terletak di kawasan pergeseran kepingan tektonik Eurasia dan India. - AFP/REUTERS

14  

Page 88: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 25/07/2012

Gempa di Sumatera: Lelaki mati ketika selamatkan diri

SINABANG 25 Julai - Seorang lelaki dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia akibat terkejut ketika bergegas menyelamatkan diri berikutan kejadian gempa bumi berkekuatan 6.4 pada Skala Richter, pagi ini.

Gempa di kedalaman 22km berlaku pukul 7.30 pagi waktu tempatan, 34km di barat laut Sinabang, ibu kota Simeulue - sebuah pulau kecil dan terpencil di Sumatera Barat menyebabkan para penduduk bertempiaran menyelamatkan diri.

Para penduduk Sinabang berkata, gegaran dirasai selama seminit dan menyebabkan bekalan elektrik terputus. - AGENSI

15  

Page 89: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 27/12/2006

3 negara digegar gempa -- 1 mati, bangunan runtuh di Taiwan

Taipei 26 Dis. – Sebuah negara Asia dan dua di Eropah dilanda gempa bumi hari ini – pada hari beribu-ribu orang menyalakan lilin, menziarahi tanah perkuburan dan bertafakur selama dua minit sempena tahun kedua tsunami luar biasa meranapkan kampung di pesisir Lautan Hindi dan meragut 230,000 nyawa.

Seorang terbunuh dan 29 cedera apabila Taiwan yang ‘terlepas’ daripada tsunami 2004, dilanda gempa kuat dan meruntuhkan bangunan menyebabkan enam terperangkap.

Gegaran juga dirasai di Hong Kong dan selatan China tetapi tiada kemusnahan lain dilaporkan.

Terdahulu Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran mengenai kemungkinan berlaku tsunami setinggi satu meter selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter melanda Taiwan berdasarkan tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Pusat Biro Cuaca Taiwan mencatatkan gegaran sekuat 6.7 pada skala Richter pada pukul 8.34 malam dan tiga gegaran menyusul.

Scotland dan Switzerland masing- masing dilanda gempa pada skala 3.5 dan 3.1, berlaku kira-kira 12 jam selepas negara-negara Asia mengadakan upacara memperingati tsunami 2004.

Di sebuah masjid di Ulee Lheue, Aceh, wilayah paling teruk dilanda ombak raksasa yang muncul dari laut pada suatu pagi Ahad, imam Usman Dodi memberitahu jemaah bahawa “tsunami itu merupakan amaran Tuhan.”

“Ampunilah mereka yang telah meninggalkan kami,” doa imam itu, seraya mengulangi peringatan yang disampaikan oleh para pemimpin agama selepas bencana yang membunuh 169,000 penduduk di utara Sumatera dan menyebabkan setengah juta lagi hilang tempat tinggal.

Masjid tepi pantai di sini menjadi simbol salah satu malapetaka paling dahsyat dalam sejarah dunia.

Ia satu-satunya bangunan yang masih tegak selepas gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter menggerakkan dasar laut dekat utara Sumatera lalu mencetuskan ombak yang merempuh kawasan pantai di 12 negara dengan kelajuan pesawat jet.

Berlainan dengan Aceh, di mana bencana itu membawa kepada perjanjian damai yang menamatkan konflik selama 30 tahun, penduduk di kawasan yang dikuasai pemberontak Tamil di Sri Lanka memperingati tragedi dua tahun lepas dengan hambar.

16  

Page 90: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

Perang saudara yang marak semula memaksa ribuan penduduk Tamil termasuk mangsa tsunami meninggalkan rumah dan khemah buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Genta gereja dan kuil bergema di seluruh selatan Sri Lanka di mana pembangunan semula hampir selesai.

Seperti kawasan tsunami lain di pesisir Lautan Hindi, penduduk Sri Lanka bertafakur dua minit dan menyalakan lilin sebagai memperingati 35,000 mangsa yang terkorban di negara ini.

Di Khao Lak, pusat peranginan pantai selatan di mana kebanyakan 5,395 mangsa tsunami di Thailand terkorban, pelajar dan warga asing berhimpun dekat sebuah bot peronda polis yang dihanyutkan ke pantai dua tahun lalu bagi memperingati ahli keluarga yang sudah pergi.

Di pekan Bang Muang berhampiran, ketua-ketua agama Islam, Buddha dan Kristian menjalankan upacara keagamaan masing-masing pada pembukaan Tanah Perkuburan Mangsa Tidak Dikenali di mana 409 mangsa tsunami yang belum dikenal pasti identiti mereka dikebumikan.

Di pulau Bali yang terselamat daripada tsunami 2004, sekitar 15,000 orang kebanyakannya kanak-kanak sekolah menyertai latihan pemindahan.

– Agensi

17  

Page 91: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 30/04/2007

Indonesia antara 3 negara dilanda gempa bumi

JAKARTA 29 April – Tiga gempa bumi sederhana menggegarkan beberapa bahagian Indonesia awal hari ini, tetapi tidak mengakibatkan kemalangan jiwa, kecederaan dan kemusnahan.

Ketua Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Suharjono berkata, gempa bumi pertama ukuran 5.1 pada skala Richter dengan kedalaman 33 kilometer berlaku di dasar laut, utara Pulau Sumatera.

Dua lagi gempa bumi susulan dengan ukuran 4.3 pada skala Richter dan 4.7 skala Richter berlaku berhampiran Padang di barat Sumatera dan di Kupang, Pulau Timor, kata Suharjono.

Dalam pada itu, gempa bumi sederhana turut menggegarkan Kepulauan Solomon hari ini, berhampiran kawasan kejadian gempa bumi dan tsunami yang membunuh 52 orang awal bulan ini.

Beberapa rumah di Pulau Mono, barat Solomon roboh dan musnah dalam kejadian hari ini.

Dalam pada itu, gegaran ukuran 4.6 skala Richter melanda pantai barat daya Pakistan dan mencetuskan panik di kalangan penduduk kawasan tersebut, tetapi tiada kemalangan jiwa.

– Agensi

18  

Page 92: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 29/04/2007

Tenggara England dilanda gempa

FOLKESTONE, England 28 April – Britain menyaksikan kejadian gempa bumi hari ini – kejadian yang jarang-jarang melanda negara ini.

Gegaran kecil berlaku di kawasan Folkestone, tenggara England, merosakkan tiang-tiang elektrik selain menjejaskan struktur beberapa buah bangunan.

Pegawai di pusat Tinjauan Geologi Britain, Roger Musson berkata, gempa bumi pada pukul 7.18 pagi waktu tempatan (3.18 petang waktu Malaysia) berukuran 4.3 pada skala Richter dan sama dengan kejadian yang pernah berlaku pada tahun 1950 dan 1776.

Gempa bumi terakhir di Britain dialami di Dudley, West Midlands pada tahun 2002.

“Kami agak bernasib baik kerana ia adalah gegaran kecil,” kata Musson.

Bagaimanapun menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, ia adalah gegaran yang berukuran 4.7.

Ketua Polis Kent, Superintenden, Alasdair Hope berkata, tiada penduduk yang mengalami kecederaan yang serius.

Penduduk tempatan telah menghubungi stesen televisyen bagi melaporkan tentang keadaan tanah yang bergoncang dan retakan pada rumah masing-masing.

Sementara itu, jurucakap Eurotunnel yang mengendalikan perkhidmatan berkembar ke Perancis dari terminal berhampiran Folkestonedi memaklumkan semuanya berjalan seperti biasa.

– Agensi

19  

Page 93: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 01/06/2006

Mangsa gempa bumi mula diserang penyakit berjangkit

YOGYAKARTA 31 Mei - Belum habis menanggung kesengsaraan akibat gempa bumi Sabtu lalu, ribuan mangsa bencana tersebut bergelut dengan masalah baru apabila mereka kini berhadapan dengan wabak penyakit yang semakin menular.

Wabak itu merebak di khemah-khemah sementara terutama di kawasan-kawasan pedalaman yang jauh dan terpencil.

Ini disebabkan mereka terpaksa tinggal di kawasan terbuka dan kotor di samping sistem saliran yang tersumbat, air yang tercemar serta pelbagai masalah lagi.

Lebih memburukkan keadaan, masih terdapat mayat yang belum dapat dikeluarkan daripada runtuhan hingga menyebabkan ia semakin busuk dan berulat.

Utusan Malaysia difahamkan, terdapat beratus-ratus lagi kampung yang belum menerima bantuan khususnya bekalan makanan dan air bersih, selimut, ubat-ubatan sehingga keadaan kini menjadi semakin kronik dan sangat menyedihkan.

``Yang mati tetap mati pak tetapi kami yang hidup ini bagaimana? memang sudah banyak bantuan yang masuk tetapi yang untungnya mereka yang tinggal di kawasan pekan dan yang menetap berhampiran dengan jalan-jalan besar.

``Jadi kami yang tinggal jauh di pendalaman ini terus menerus sengsara, dulu kerana gempa kini wabak penyakit pula, ramai yang diserang taun, kepialu dan berbagai lagi.

``Sebenarnya bencana sebegini adalah lebih teruk berbanding gempa bumi, ini kerana gempa bumi hanya mengambil masa kurang daripada satu minit, tetapi wabak penyakit seperti itu akan membuat warganya menderita dalam tempoh yang lama,'' kata seorang petani, Wishnu Adhya ketika ditemui Utusan Malaysia di Imogiri, kira-kira 20 kilometer dari sini.

Sementara itu tinjauan kami di Rumah Sakit Sardjito seoalah-olah mengiyakan perkara tersebut apabila ramai pesakit yang datang tidak mempunyai kesan-kesan luka tetapi tubuh mereka jelas kelihatan letih dan tidak bermaya.

Seorang sukarelawan yang ditemui di hospital berkenaan, Hendra Sutarto mengakui kini terdapat ramai pesakit yang zahirnya kelihatan tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi mereka sebenarnya `sakit'.

``Ramai yang demam kuat, muntah-muntah, cirit-birit dan berbagai lagi, bukankah ini adalah tanda-tanda yang mereka telah diserang wabak penyakit.

20  

Page 94: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

``Saya tidak berani mengesahkannya kerana saya bukanlah seorang doktor tetapi umum memang mengetahui yang simptom-simptom ini adalah kesan daripada penyakit berjangkit.

``Kalau benar, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, kamu boleh lihat dengan mata kepala kamu sendiri betapa daifnya khemah mereka, sedih sekali kerana nasib mereka ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, entah bila derita ini akan berakhir,'' katanya.

21  

Page 95: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 01/06/2006

Tunjung cerita pengalaman terperangkap dalam runtuhan

Yogyakarta 31 Mei - Salah seorang ahli keluarga Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang tinggal di sini turut menjadi mangsa gempa bumi Sabtu lalu apabila sebahagian rumah mereka roboh di Jalan Garuda, di kawasan Tahunan di sini.

Sri Tunjung, 62 berkata, selepas gempa bumi itu berlaku pukul 5.55 pagi dia segera ke ruang tamu di bahagian tengah rumah untuk mematikan televisyen

``Tiba-tiba bumbung dan alang rumah roboh dan saya terperangkap di dalamnya sebelum seorang anggota polis yang tinggal berjiran datang membantu,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat perkemahan di Jalan Garuda, di belakang Makam Pahlawan di sini hari ini.

Tunjung yang pernah berkhidmat dengan anggota tentera nasional semasa zaman konfrontasi Indonesia dengan Malaysia berkata, isterinya, Jastin, 62, berada di laman rumah untuk menyapu sampah ketika gempa bumi itu berlaku.

Anak lelakinya, Bambang, 27 bagaimanapun tiada di rumah ketika gempa berlaku kerana mengikuti konvoi motosikal di luar kota.

Menurutnya, dalam kejadian itu dua penduduk yang tinggal di Jalan Garuda terkorban sementara beberapa buah rumah ranap.

22  

Page 96: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 01/06/2006

650,000 hilang tempat tinggal -- Indonesia pertahan operasi bantuan kemanusiaan JAKARTA 31 Mei - Indonesia mula mengagihkan wang tunai kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Jawa Tengah untuk membeli makanan.

Menteri Kebajikan Indonesia, Aburizal Bakrie hari ini berkata, kerajaan akan menyumbangkan RM1.20 (3,000 rupiah) kepada setiap mangsa yang kehilangan tempat tinggal untuk membeli makanan.

Selain itu, kerajaan juga akan menyumbangkan 12 kilogram beras kepada setiap penduduk setiap bulan.

Kami tidak lagi membekalkan makanan kepada mangsa ini, sebaliknya akan diberi wang tunai agar ekonomi tempatan boleh terus berkembang,” kata Aburizal kepada radio swasta ElShinta.

PENDUDUK Daerah Bantul mendapatkan bekalan makanan yang diagihkan oleh

tentera Indonesia. - AFP.

“Ada mangsa-mangsa yang baik dan tidak kurang juga yang jahat. Pernah terjadi beberapa mangsa merampas makanan yang diberikan kepada mangsa yang lain. Lebih malang lagi, ada yang tidak dapat langsung,” katanya.

Lebih daripada 5,846 orang maut, ribuan pula cedera manakala 650,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan Yogyakarta.

Beliau berkata, wang tunai itu akan memberi pendapatan kepada penjual- penjual makanan dan terbukti lebih praktikal dan lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan helikopter kerajaan untuk mengangkut bahan-bahan makanan yang murah itu.

“Ada kalanya apa yang diangkut oleh helikopter-helikopter itu adalah jauh lebih murah daripada kos pengangkutan itu sendiri, terutamanya apabila dihantar ke kawasan-kawasan yang terpencil,” kata Aburizal sambil menambah, pengangkutan di darat melibatkan perbelanjaan tinggi.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai kerajaan Indonesia hari ini mempertahankan operasi menyelamat gempa bumi di Jawa Tengah meskipun terdapat aduan dari penduduk

23  

Page 97: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

tempatan yang mendakwa, bantuan kemanusiaan masih tidak sampai ke tempat bencana.

Seorang pegawai penyelaras di agensi pengurusan bencana kebangsaan, Mejar Jeneral Bambang Darmono berkata, situasi sebenar di kawasan bencana sudah pulih terutamanya di kawasan pengagihan bantuan.

Bercanggah dengan dakwaan sebelum ini, Bambang menegaskan, semua kawasan bencana kini telah diberikan bantuan kemanusiaan yang diperlukan.

Sementara itu, seorang pegawai teknikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Ibrahim Kome percaya, agensi-agensi bantuan antarabangsa akan mendapat gambaran sebenar mengenai jumlah sebenar bantuan yang dihulurkan dan cara untuk mengagihkannya selewat-lewatnya pagi esok.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyeru pegawai-pegawai tempatan bekerjasama dengan pihak berkuasa serantau dan agensi bantuan antarabangsa bagi mempercepatkan penyaluran bantuan kepada mereka yang memerlukan.

- AFP

24  

Page 98: Gempa Bumi [Sumber Elektronik].pdf

25  

ARKIB : 10/12/2005

Sumatera berisiko berlaku gempa lebih kuat

SAN FRANCISCO 9 Dis. - Kawasan Sumatera menghadapi risiko lebih banyak gempa bumi kuat dan tsunami besar pada masa depan kerana sebahagian daripada gelinciran yang berlaku tahun lepas mengalami tekanan semakin meningkat dan boleh berganjak pada dekad-dekad akan datang.

Situasi itu dilaporkan semalam oleh pakar seismologi Institut Teknologi California, Kerry Sieh yang telah mengkaji gempa bumi di Indonesia selama bertahun-tahun.

Menurut beliau, bahagian selatan gelinciran yang tidak terjejas sebelum ini boleh berganjak pada masa akan datang disebabkan tekanan yang semakin meningkat.

Sieh yang membincangkan hasil penyelidikannya pada mesyuarat Kesatuan Geofizik Amerika di sini minggu ini tidak meramalkan bila perkara tersebut akan berlaku. - AP

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 25 September 2012