EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

21
1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Dalam sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Sewaktu negara Islam Madinah al-Munawwarah berkembang, masjid dijadikan pusat utama pendidikan. MenurutIshak Ramly (2005), asuhan budaya pendidikan bermula dari rumah, masjid, dan berkembang pesat melalui sistem lebih terancang. Sekolah formal menjadi institusi siginfikan di mana-mana negara seluruh dunia. Produk - produk dari sekolah ialah aset terpenting yang mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor, antaranya peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid. Bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua pihak. Kelas secara harfiahnya dapat ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang menjadi tempat belajar murid-murid bagi menerima seberapa banyak input berguna sebagai persediaan untuk cemerlang darisemua aspek kehidupan. Pembelajaran yang diterima berlaku secara formal tetapi secara tidak langsung, terdapat juga nilai diterima melalui cara tidak formal melalui kurikulum tersembunyi. Kelas mesra budaya perlu diaplikasikan dengan berkesan supaya impaknya membawa kesan terbaik. Guru sepatutnya meneliti latar belakang murid-murid dan meraikan budaya yang berbeza dalam kalangan semua pihak termasuklah 1

description

 

Transcript of EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Page 1: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang

memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Dalam

sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah

atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Sewaktu negara

Islam Madinah al-Munawwarah berkembang, masjid dijadikan pusat utama pendidikan.

MenurutIshak Ramly (2005), asuhan budaya pendidikan bermula dari rumah, masjid, dan

berkembang pesat melalui sistem lebih terancang. Sekolah formal menjadi institusi siginfikan di

mana-mana negara seluruh dunia. Produk - produk dari sekolah ialah aset terpenting yang

mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor,

antaranya peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang

terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid.

Bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua pihak. Kelas

secara harfiahnya dapat ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang menjadi tempat belajar murid-

murid bagi menerima seberapa banyak input berguna sebagai persediaan untuk cemerlang

darisemua aspek kehidupan. Pembelajaran yang diterima berlaku secara formal tetapi secara

tidak langsung, terdapat juga nilai diterima melalui cara tidak formal melalui kurikulum

tersembunyi. Kelas mesra budaya perlu diaplikasikan dengan berkesan supaya impaknya

membawa kesan terbaik. Guru sepatutnya meneliti latar belakang murid-murid dan meraikan

budaya yang berbeza dalam kalangan semua pihak termasuklah kepelbagaian sosiobudaya,

ekonomi, tahap intelek, dan latar keluarga. Proses pembelajaran yang mesra budaya

memberikan natijah yang besar dalam diri murid khususnya. Sesungguhnya, terdapat implikasi

positif dan negatif kepada murid, sekolah, termasuk masyarakat sekiranya kelas mesra budaya

berjaya dilaksanakan atau hal sebaliknya berlaku. Sebagai guru, langkah-langkah dan tindakan

yang sesuai amat diperlukan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku supaya

kelas mesra budaya dapat diwujudkan.

1

Page 2: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

2.0 KELAS MESRA BUDAYA

Merangkumi aspek

2

Perkataan sosioemosi terdiri daripada da perkataan iaitu sosial dan emosi. Perkataan sosial merujuk ciri – ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat.

PERSEKITARAN SOSIOEMOSI

Suasana bilik darjah yang bukan sahaja melibatkan unsur – unsur fizikal tetapi juga

persekitaran bilik yang melibatkan unsur emosi dan hubungan kemanusiaan.

Pembinaan persekitaran kelas mesra budaya mencakupi unsur – unsur berikut:

Ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Guru dan murid yang melalui proses pengajaran yang berkesan.

Amalan nilai – nilai murni sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Peraturan bilik darjah yang ditetapkan dan diamalkan.

Hubungan kemanusiaan antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru dan murid dengan komuniti sekolah.

Kelas Mesra Budaya

UNSUR – UNSUR

DEFINISI/KONSEP

Pelan lantai Kebersihan, pencahayaan, pengudaraan Susunan kerusi dan meja murid Sudut dan ruang bacaan

PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL

Kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakanperantaraan sesuatu budaya.

SOSIOLINGUISTIK

guru memastikan murid mencapai hasil pembelajaran dalam domain kognitif dan insaniah.

PENGURUSAN P&P

Page 3: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Rajah 1: Kelas Mesra Budaya

3

Pengurusan kelas

Persekitaran kelas

Bahasa

Aktiviti

P & P

Pelan Tindakan

Persekitaran sekolah

Perayaan

Akademik

Ko-kurikulum

KHUSUS UMUM

Page 4: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

3.0 IMPLIKASI POSITIF DAN NEGATIF JIKA GURU BERJAYA ATAU GAGAL

MELAKSANAKAN KELAS MESRA BUDAYA

Pelaksanaan kelas mesra budaya meningkatkan kualiti keguruan. Menurut Mok Soon Sang

(2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga

menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.

Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang

datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat kelas

sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang

sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa

ataupun jenis bangsa seseorang. Di sini, guru secara tidak langsung bersikap rasional dan adil

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya guru perlu bijak

menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan.

          Kedua, hubungan interpersonal yang baik di antara guru dan murid dapat dikecapi.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengenepikan perbezaan kelas sosial dan kaum

mampu menggalakkan interaksi serta pergaulan yang sihat. Suasana sekolah yang positif

mampu mempengaruhi emosi dan perlakuan warga sekolah. Contohnya, guru dan pelajar akan

bertambah mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya

khabar. Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan

pengetahuan dan profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar

pula, semangat sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan

dan jiwa mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk

membentuk pelajar yang berjaya.

Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar kerana

suasana kelas yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

pembelajaran. Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Dengan mengamalkan kelas mesra budaya yang positif dan berkesan guru akan dapat

menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat

kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan,

4

Page 5: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

kekaburan dan salah faham. Menurut Hamidin (2003), pengajaran berkesan ialah proses

mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang

menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan

mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah, pelajar

berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran

dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan

dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam

peperiksaan yang dijalani.

Seterusnya, kelas mesra budaya ini mampu membentuk pemikiran yang terbuka

dalam kalangan muridnya. Lahir daripada latar belakang dan pengaruh persekitaran yang

berbeza, pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara.

Sebagai contoh, murid yang beragama Islam dan murid beragama Buddha pastinya

mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian,

guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea

yang murid sampaikan. Guru perlu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh

menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka.

Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan

perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa

dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai

murni yang dinyatakan dalam konsep 1 Malaysia.

Pengukuhan penggunaan bahasa standard juga merupakan salah satu implikasi

kelas mesra budaya diwujudkan. Malah kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan

murid juga dapat ditingkatkan. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini

menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran

dan pembelajaran. Penggunaan bahasa dialek di dalam kelas seharusnya dikawal bagi

memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Penggunaan laras bahasa yang

betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah

faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid

mencapai kematangan sosial. Di sini, tugas gurulah untuk memberi penekanan penggunaan

5

Page 6: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti

pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.

Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat mengurangkan

stereotaip dan prasangka dalam kalangan guru dan murid. Ada guru yang mempunyai

prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka.

Pelaksanaan kelas mesra budaya memberi peluang kelompok yang berasa tersisih,

meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi

kejayaan. Persekitaran yang mesra budaya dapat meningkatkan peluang untuk berjaya dan

menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan murid. Seperti yang dinyatakan

sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam

bilik darjah. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lemah dan datang

dari keluarga yang miskin mempunyai gaya belajar yang berbeza. Mereka memerlukan

bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik berbanding dengan murid yang lebih berupaya

yang hanya memerlukan bimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.

Implikasi negatif jika guru gagal melaksanakan kelas mesra budaya ialah timbulnya

masalah perkauman. Contoh terdekat yang boleh kita nampak pada hari ini, di sekolah

kebangsaan, kaum Melayu dengan kelompoknya, yang Cina dengan kelompoknya sendiri dan

selebihnya. Murid – murid memandang kepada kepentingan kaumnya sendiri. Hal ini bukanlah

suatu perkara kecil dan tidak patut dipandang dengan sebelah mata sahaja. Guru yang tidak

peka dengan masalah ini mampu menyebabkan segolongan pelajar tercicir dari proses

pengajarannya. Agama dan kepercayaan merupakan suatu isu yang amat sensitif. Oleh yang

demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Murid – murid patut

didedahkan proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama agar proses

pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan

sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang dirangka mestilah

berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat

kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung

perpaduan antara kaum akan terjalin.

6

Page 7: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Seterusnya, masalah disiplin juga semakin berleluasa dalam kalangan murid. Keadaan bilik

yang tidak kondusif seperti kekurangan meja dan kerusi mampu membuka ruamng kepada

murid untuk ponteng. Penglibatan rakan sebaya memberi pengaruh yang besar dalam diri

murid. “Oregon Youth Study” (Dishion, et al, 1991) menunjukkan bahawa penolakan daripada

rakan sebaya sebab utama remaja terlibat dengan rakan sebaya yang bertingkah laku negatif.

Rakan sebaya merupakan insan yang paling dekat dengan golongan murid ini. Contoh

masalah disiplin yang biasa berlaku di sekolah ialah ponteng. Hal ini akan menjejaskan

kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Banyak masa terpaksa

dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah displin di dalam bilik darjah sehingga

menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada proses

pembelajaran dan pengajaran. Kekangan masa atau waktu yang diberi contohnya 30 minit

untuk satu waktu menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk menghabiskan

sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap

subjek mata pelajaran tersebut.

Selain itu pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang dan tidak

aman kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa terancam kerana rakan – rakan

mereka menunjukkan perilaku yang negatif seperti berlawan dengan guru dan pelajar tidak

membuat kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir

pelajar yang membuat biasing, menyanyi, dan mungkin juga berlari – lari di dalam kelas.

Implikasinya semua pelajar tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan diajar

oleh guru tersebut. Perasaan marah atau kecewa guru terhadap segelintir murid yang tidak

berdisiplin mampu menimbulkan keresahan kepada mereka yang berdisiplin. Guru dan pihak

sekolah patut sentiasa memantau aktiviti dan pergaulan murid – muridnya di sekolah. Murid –

murid patut didedahkan dengan interaksi yang sihat bersama rakan sebaya mereka seperti

belajar secara berkumpulan. Dengan ini, mereka banyak menghabiskan waktu untuk melihat

kepada sesuatu yang lebih jelas dalam proses pembelajaran. Dalam masa yang sama, batas

pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan

agama.

Masalah komunikasi di dalam kelas juga merupakan isu yang timbul jika persekitaran

bilik darjah yang mesra budaya tidak dapat dilaksanakan. Bilik darjah yang terdiri daripada

7

Page 8: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

murid yang pelbagai kaum mempunyai bahasa interaksi yang berbeza. Perkara ini memberi

cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya kepada guru.

Guru tidak berjaya menyampaikan objektif pengajaran dengan lancar apabila adanya batas

untuk berkomunikasi di dalam bilik darjah. Contohnya, seorang guru luar yang tidak pandai

bahasa dialek Kelantan akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengajarannya.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri

daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan

memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat

daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard

akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti

pembelajaran di dalam bilik darjah.

8

Page 9: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

4.0 CADANGAN MELAKSANAKAN KELAS MESRA BUDAYA DAN

PERSEKITARAN SEKOLAH MESRA BUDAYA

Berdasarkan pengalaman semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), banyak

yang dapat saya lihat dan rasai sendiri melalui pemerhatian dan pengalaman saya. Memang

tidak dinafikan, setiap sekolah mempunyai persekitaran atau suasana persekolahan yang

berbeza dari segi budaya warga sekolah, cara pengurusan sekolah dan sebagainya. Terdapat

banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati. Budaya dan

iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam kesihatan,

perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-pelajar. Peranan

budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat memberikan

sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan sekolah

tersebut.

Pada pandangan saya pengurusan bilik darjah itu merupakan tunggak utama dalam

mewujudkan kelas mesra budaya. Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan

penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau

kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan

mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,

merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan

utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan

yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai

pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor).

Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan

keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang

sihat. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkan

cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah serta

menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim bilik

darjah (persekitaran pembelajaran). Selain itu, ia juga memutuskan bagaimana guru akan

9

Page 10: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dan

bagaimana guru akan menstrukturkan semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membetulkan

tingkah laku negatif murid.

Kedua, susun atur suasana fizikal kelas adalah penting untuk menambahbaikkan daya

tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat

diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara

sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan. Susun atur bilik darjah yang baik mestilah

mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja

dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan

bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan

dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi

kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan

aktiviti berkumpulan.

Contohnya, melalui pemerhatian saya semasa PBS, susun atur meja dan kerusi yang

teratur dan berdekatan dengan meja guru akan memudahkan murid berinteraksi dengan guru

dan berinteraksi dengan murid lain. Selain itu, cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap

yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Murid juga suka akan

budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi, di samping meningkatkan

kecergasan mental, kreatif, dan inovatif. Oleh itu, guru perlu membentuk budaya bilik darjah

yang dinamis, dan mementingkan aspek nilai-nilai murni serta hubungan yang mesra sesama

murid dan murid dengan guru. Guru boleh menggunakan ruang aktiviti dan permainan seperti

dalam pelan untuk menggalakkan murid bergiat aktif dalam pembelajaran sambil berseronok

dengan permainan yang di ajar oleh guru. Ini dapat mengeratkan hubungan diantara guru dan

murid kerana guru berjaya membuatkan murid berasa gembira ketika belajar dan akan

menaikkan semangat mereka untuk datang ke kelas dan belajar.

Ketiga, penglibatan dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

mampu melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. 

Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan

10

Page 11: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Keperluan pendidikan berbilang budaya ini amat

meruncing di Malaysia. Murid-murid datang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza.

Oleh itu, guru perlu peka kepada kepelbagaian yang terdapat di dalam bilik darjahnya supaya

tiada kelompok yang mersakan diri tersisih. Pendekatan ini turut menjadikan guru lebih peka

kepada amalan-amalan sekolah yang selama ini diterima tanpa dipersoal. Ada amalan-amalan

sekolah secara tidak langsung mendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh, sistem

pengaliran, pengisian kurikulum dan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan

pengertiannya bagi murid-murid yang berbilang latar belakang, mungkin menyebabkan murid

tertentu berasa tersisih dan ketinggalan. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat

membantu guru dalam mengenali murid dengan lebih dekat lagi.

Guru juga memainkan peranan penting dalam menjalankan kelas dan sekolah mesra

budaya. Di pedalaman mahupun di bandar, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar

belakang murid - murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa

setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang

berbeza - beza. Implikasinya ialah, guru – guru yang mengajar di dalam kelas harus

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus

membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Murid

dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama

supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid

hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan

dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak

seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi

renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab

membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus

bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak

berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana

pembelajaran lebih menyeronokkan.

11

Page 12: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio - budaya.

Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti - aktiviti yang

tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan

meniupkan api perkauman dikalangan murid. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan

kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima

seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus

dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua

kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.

Bagi peringkat sekolah pula, beberapa pelan tindakan akan saya lakukan. Gotong

royong perdana patut dijalankan sebagai aktiviti tahunan sekolah. Aktiviti ini melibatkan

penyertaan semua warga sekolah, tidak kira guru ataupun murid. Malah, ia mampu

mewujudkan hubungan erat dalam kalangan warga sekolah tanpa mengira perbezaan agama,

budaya dan sebagainya. Pertandingan kelas tercantik juga mampu menimbulkan semangat

bekerjasama dalam setiap kelas. Persaingan sihat seperti ini membuka minda kepada murid –

murid di sekolah kepada realiti kehidupan nanti. Sudut ilmu atau mutiara kata patut disediakan

di sudut – sudut sekolah bagi mewujudkan budaya sekolah yang positif.  

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam

kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah

masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai - nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti

gotong - royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-

royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat. Aktiviti gotong-royong

juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sesungguhnya, dengan wujudnya

perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. Aktiviti gotong-

royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian

dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa Berkat’.

               

12

Page 13: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

Manakala sambutan di peringkat sekolah pula, dipanggil sambutan Bulan Kemerdekan yang

diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua warga sekolah iaitu, para pentadir, guru,

murid - murid dan juga kakitangan sokongan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan

Kemerdekaan ini haruslah menjurus pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam

kalangan pelajar, antaranya pelbagai pertandingan dijalankan seperti, melukis poster, menulis

esei , mendeklamasi puisi patriotik, nyanyian lagu – lagu patrotik oleh badan-badan beruniform,

dan sebagainya.  Setiap kelas pula dihiasi dengan kibaran bendera jalur gemilang dan pelajar-

pelajar berlumba - lumba menghias kelas dengan jalur gemilang untuk merebut anugerah

hiasan kelas paling cantik. Oleh itu, sambutan hari tersebut terutama dalam kalangan pelajar di

sekolah hendaklah diteruskan kerana terdapat banyak kebaikannya dalam usaha melahirkan

generasi muda yang mampu mengerti dan menghayati erti kemerdekaan tanah air tercinta.

          Sememangnya,  antara kebaikan program sambutan hari  kemerdekaan ini adalah

dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara dalam kalangan pelajar.  Di

peringkat sekolah, biasanya antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah

seperti ceramah , pertandingan nyanyian lagu patriotik, menulis esei dan sebagainya yang

menjurus kapada sejarah kemerdekaan tanah air atau tokoh - tokoh pemimpin negara kita.

Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman

itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini

demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari

kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam

sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara

langsung.  Justeru, diharap sambutan hari kemerdekaan di sekolah dapat menyemai semangat

patriotik yang kian luntur dalam sanubari generasi muda di negara kita.

13

Page 14: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, konsep bilik mesra budaya bukan sahaja bergantung kepada pewujudan

persekitaran fizikalnya, tetapi juga melibatkan penyediaan ruang dan emosi. Malah pengurusan

persekitaran nsosioemosi murid mempengaruhi perkembangan murid dalam aspek sosioemosi

dan persekitaran kehidupan murid. Keupayaan guru dalam menguruskan bilik darjah

merupakan satu tugas yang besar dalam mendidik anak bangsa yang bakal memimpin dan

meneraju negara kita pada masa hadapan. Disiplin diri patut dilatih di bangku sekolah dan

tanggungjawab guru amat besar dalam pembentuk insan yang berakhlak. Pengurusan bilik

darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin

keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira

akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin

yang dilaksanakan.

Persekitaran kelas mesra budaya mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan

semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada

suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah

mencapai matlamat pembelajaran. Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai

enam fungsi, iaitu keselamatan dan perlindungan, konteks sosial, identifikasi simbolik,

penyempurnaan tugas, keseronokan dan pertumbuhan dan perkembangan . Selain itu,

keberkesanan peraturan yang dilakukan akan menjadi latihan kepada diri murid – murid agar

sedar akan apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Justeru itu,

pengurusan tingkah laku di sesebuah sekolah berjaya dengan tidak mengabaikan aspek hak

asasi murid dan juga tanggungjawab guru. Hal ini kerana peraturan yang wujud adalah

disokong oelh pihak pentadbiran dan ibu bapa di mana pertimbangan yang dilakukan mampu

mengekalkan persekitaran pembelajaran di sekolah secara optimum.

14

Page 15: EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)

RUJUKAN

Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill.

Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.

Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW:

Dcroom Helm.

Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed) Bell&Howell, Columbus, Ohio.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.

Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley.

Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.

Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon

15