Definisi iddah

download Definisi iddah

of 28

Transcript of Definisi iddah

Definisi'Iddah ' Id d a h p a d a p e n g e r ti a n i a l a h me mb i l a n g a ta u me n g h i tu n g . Ma ksu d ' Id d a h p a d a S ya r a ' p u l a i a l a h se s e o r a n g w a n i ta ya n g te l a h d i c e r a i k a n o l e h su a mi n ya a t a u p u n ya n g ke ma ti a n su a mi n y a , m a k a w a n i t a te rse b u t d i l a r a n g d a r i b e rk a h w i n d e n g a n l e l a ki l a i n u n tu k t e m p o h b e b e r a p a w a kt u s e h i n g g a l a h t e mp o h w a kt u i tu b e ra k h i r . D e n g a n ca ra i n i d a p a tl a h d i p a st i ka n k e su ci a n w a n i t a te rse b u t , s a m a a d a i a me n g a n d u n g a t a u p u n ti d a k .

IDDAH

Iaitu tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum

dibolehkan berkahwin dengan lelaki lain sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah

; atau berkabung kerana berpisah dengan suami ; atau untuk memastikan isteri tidak

mengandung anak bekas suaminya.

CATATAN :

Bagi seorang suami yang beristeri empat dan telah menceraikan salah seorang

isterinya, dia hendaklah menunggu sehingga tamat tempoh iddah isteri yang

diceraikan sebelum berkahwin lagi.

JENIS IDDAH DAN TEMPOH IDDAH

*Isteri yang masih mempunyai haid

-

3 kali suci: jika ditalaq semasa suci dan tidak disetubuhi,

tempoh iddahnya adalah apabila datang haid yang ketiga. Jika

ditalaq semasa suci dan disetubuhi / semasa haid, tempoh

iddahnya adalah apabila datang haid yang keempat.

*Telah putus haid / belum pernah haid

-

3 bulan

*Sedang hamil

-

Melahirkan kandungan atau keguguran

*Kematian suami

-

4 bulan 10 hari

Masa iddah ini terbagi atas 4 jenis iaitu : 1. Iddah masa mengandong, iaitu waktunya sampai masa kelahiran kandungan yang disebabkan talak bain (perceraian yang mengakibatkan tidak kembali kepada suaminya) atau talak raji (perceraian yang dapat kembali kepada suaminya) dalam keadaan hidup atau mati. Firman Allah SWT maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sampai mereka melahirkan. (Surah Ath-Thalaq ayat 4) 2. Iddah muthlaqah (masa perceraian), Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui

perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid. Firman Allah s.w.t, maksudnya: Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru (suci). (Surah al-Baqarah ayat 228) Bagaimana mengiranya? Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga. Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula. Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat. Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula. 3. Perempuan yang tidak ada haid. Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci) Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya (menopause) . Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalah cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari! Firman Allah SWT maksudnya : Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid. (Surah al-Talaq ayat 4) 4. Isteri yang ditinggal suaminya kerana meninggal dunia. Allah SWT menjelaskan masa iddahnya sebagai berikut : a)Bagi wanita/isteri yang tidak mengandung :

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa bulan di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari. Firman Allah SWT maksudnya : Orang-orang yang meninggal dunia diantaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari. (Surah Al-Baqarah ayat 234) b)Bagi wanita/ isteri yang mengandung. Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir. Firman Allah SWT maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sampai mereka melahirkan. (Surah Ath-Thalaq ayat 4) Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu Rasulullah SAW. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang Sabiah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Sahabat yang dimuliakan, Apakah larangan Islam terhadap wanita yang kematian suaminya? Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga. Terdapat lima larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami: 1. Bertunang (secara berterus-terang) 2. Berkahwin 3. Berhias pada diri atau pakaian 4. Tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami 5. Keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu (jika keluar rumah kerana bekerja diharuskan)

PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita. KEDUA: BERKAHWIN Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah SWT., maksudnya: Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya). Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut. KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah. Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491]. Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin. Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian

berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain. Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haid iaitu digunakan pada faraj. Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang. Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dan lain-lain tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit. KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa. Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Firman Allah SWT, maksudnya: Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas. (Surah al-Talaq: ayat 1) Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika datang kebinasaan yang jelas seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain. Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furaiah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah SAW. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah SAW. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda SAW. maksudnya: Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah).

KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU) Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha. Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah SAW, maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik. Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah]. Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah SAW. dan bertanya, maksudnya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami. Rasulullah SAW menjawab, Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing. Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah. Sahabat yang dikasihi Allah,

Sekarang terserah kepada kalian semua memahami dan mematuhi peraturan yang dinyatakan oleh ajaran Islam. Sama ada kalian sedang dalam iddah, mempunyai ibu yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya. Semua pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling ingatmengingatkan jika ada orang yang kalian kenal telah tersilap langkah semasa berada dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit ini. Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah SWT sentiasa mendahului kemurkaan-Nya, maka janganlah kita memilih kemurkaan-Nya sedangkan azab Allah SWT itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan nikmat melimpah ruah menanti wanita mukminah yang sabar meniti kehidupan tanpa seorang suami! Rujukan untuk nota di atas : 1. Badai al-Sanai, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina. 2. Di ambil daripada Kitab Al-Hadyu An-Nabawi karya Ibnul Qoyyim (5/594-595 ; cetakan Al-Muhaqqaqah) 3. Di ringkas dari kitab Tanbihaat ala Ahkam Takhtashu bil Muminaat karya Syaikh Sholih Al-Fauzan ; edisi terjemah Panduan Fiqh Praktis Bagi Wanita penerbit Pustaka Sumayyah.

PERUBAHAN JENIS-JENIS IDDAH MENURUT PANDANGAN ULAMA Posted on December 31st, 2011 in Uncategorized by adamaris692 Perkahwinan merupakan suatu ikatan suci antara lelaki dan perempuan melalui aqad yang mengharuskan pasangan tersebut melakukan persetubuhan menurut syariat. Namun, apabila terjadinya penceraian, maka ikatan perkahwinan ini akan terlerai dan pihak perempuan perlu menjalani iddah. Iddah adalah merujuk kepada bilangan iaitu bilangan suci daripada haid dan juga bilangan bulan. Dari sudut istilah pula, iddah ialah nama bagi tempoh tertentu bagi seseorang perempuan menunggunya semata-mata mematuhi perintah Allah atau sebagai tanda kesedihan terhadap pemergian suami atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan. Justeru, iddah merupakan suatu tempoh yang perlu dijalani oleh perempuan yang bercerai dan tempoh iddah ini bergantung kepada situasi ketika bercerai sama ada talaq raji mahupun talaq bain serta keadaan perempuan tersebut sama ada hamil atau sebaliknya. Selanjutnya, hukum iddah pada syarak adalah wajib ke atas perempuan yang bercerai dan orang lelaki tidak dikenakan sebarang iddah serta tiada halangan syari bagi lelaki tersebut berkahwin terus dengan perempuan lain. Pensyariatan iddah ke atas permpuan yang bercerai ini telah disebutkan dalam beberapa ayat al-Quran seperti yang dinyatakan pada ayat 228, ayat 234 dalam surah al-Baqarah,

ayat 4 dalam surah at-Talaq dan pada ayat 49 dalam surah al-Ahzab. Manakala, pensyariatan iddah juga disebutkan dalam beberapa hadith Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam-imam terkenal seperti riwayat Bukhari, Muslim, an-Nasai, Ahmad dan Daraqutni. Sementara itu, pensyariatan iddah telah disabitkan dengan ijma ulama dari kalangan fuqaha beserrta dalil-dalil yang digunapakai dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka. Selain iddah ini disyariatkan dalam hukum penceraian, tuntutan iddah ini turut mempunyai hikmahnya tersendiri. Tempoh iddah ini bertujuan untuk mengetahui kebersihan rahim daripada mani suami, atau sebagai pengabdian kepada Allah, atau kerana menandakan kedukaan ke atas suami, atau dapat memberi peluang kepada suami untuk merujuk kembali isterinya yang diceraikan. Oleh itu, iddah merupakan suatu tuntutan yang perlu dijalani oleh perempuan yang bercerai dan tempohnya adalah bergantung kepada keadaannya semasa diceraikan oleh suaminya. Jenis-Jenis Iddah Secara umumnya, iddah dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu iddah quru, iddah kiraan bulan dan iddah bagi wanita yang hamil. Semasa seseorang wanita itu taat menjalani iddah talak raji, maka dia berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman serta segala perbelanjaan daripada bekas suaminya. Sekiranya dia seorang yang derhaka, maka dia tidak berhak mendapat nafkah tersebut[1]. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW : . Maksudnya : Bagi perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya hanyalah nafkah dan tempat kediaman[2]. Manakala seseorang wanita yang hamil dalam iddah bain, maka dia berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman sehingga melahirkan anaknya[3]. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT : Maksudnya : Dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya[4]. Namun begitu, perempuan yang tidah hamil yang dalam iddah talak bain, sama ada dengan talak tebus atau talak tiga tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW : . Maksudnya : Tiada baginya tempat kediaman dan tiada pula nafkah[5]. Iddah Quru Perkataan quru adalah jamak kepada perkataan qur yang bermaksud haid atau suci[6]. Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan maksud perkataan quru tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran iaitu : Maksudnya : Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali quru [7]. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, perkataan quru dalam ayat di atas merujuk kepada haid. Ini bermakna, iddah quru menurut mazhab mereka adalah dengan didatangi tiga kali haid, bukan tiga kali suci. Manakala perkataan quru menurut mazhab Syafie dan Maliki pula ialah suci daripada haid. Hal ini bermakna, di sisi

mazhab mereka, iddah wanita yang biasa didatangi haid ialah tiga kali suci daripada haid[8]. Menurut mazhab Syafie, tempoh minima iddah bagi wanita yang biasa didatangi haid ialah tiga puluh dua hari. Ini kerana tempoh haid yang minima ialah 24 jam iaitu sehari semalam. Manakala tempoh minima suci daripada haid pula ialah selama 15 hari. Contoh kiraan iddah haid bagi mazhab Syafie ialah isteri diceraikan dalam masa suci yang belum dicampuri oleh suami. Walaupun masa suci itu ialah satu jam, ia sudah dikira sebagai satu kali suci. Kemudian, isteri tersebut didatangi haid satu hari (masa haid yang paling singkat) dan suci lima belas hari (suci haid kedua). Selepas itu, isteri tersebut berhaid satu hari lagi dan suci lima belas hari (suci yang ketiga). Kemudian, apabila isteri tersebut berhaid untuk kali ketiga, maka selesailah iddahnya[9]. Menurut Imam Abu Hanifah pula, tempoh minima iddah haid bagi isteri yang diceraikan ialah selama 60 hari[10]. Kiraan iddah menurut Imam Abu Hanifah ialah isteri diceraikan dalam masa suci yang belum disetubuhi oleh suami, kemudian berhaid (haid pertama) selama sepuluh hari (masa haid yang paling lama) dan suci lima belas hari. Kemudian isteri tersebut berhaid (haid yang kedua) selama sepuluh hari dan suci lima belas hari. Selepas itu, isteri tersebut berhaid (yang ketiga) selama sepuluh hari dan suci. Apabila habis masa haid yang ketiga, maka selesailah iddah itu[11]. Iddah dengan Kiraan Bulan Dua jenis golongan yang beriddah dengan iddah kiraan bulan ialah pertama, wanita yang belum didatangi haid seperti kanak-kanak yang belum baligh ataupun yang telah mencapai umur 15 tahun, tetapi masih belum didatangi haid atau wanita yang sudah putus haid serta tidak hamil. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT : Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang putus haid di antara isteri-isteri kamu jika kamu ragu-ragu, maka iddah mereka ialah tiga bulan, begitu juga isteri-isteri yang belum pernah datang haid[12]. Kebiasaannya, umur bagi wanita yang putus haid ialah antara 50 hingga 60 tahun[13]. Kedua, wanita-wanita yang kematian suami dari perkahwinan mereka yang sah. Sekiranya mereka tidak hamil, maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari, walaupun masih belum didatangi haid. Kiraan iddah ini bermula dari tarikh berlakunya kematian tersebut sama ada telah disetubuhi ataupun belum disetubuhi lagi atau isteri itu masih kecil ataupun sudah dewasa[14]. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT : Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari[15]. Iddah Hamil Iddah bagi wanita yang bercerai dengan suaminya sama ada disebabkan talak, fasakh atau kematian suaminya dan dalam keadaan hamil ialah sehingga dia melahirkan anak yang dikandungnya[16]. Hal ini berdasarkan firman Allah Taala : Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya[17].

Bilangan iddah ini tetap sama walaupun kelahiran tersebut berlaku selepas sahaja kematian itu berlaku. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW daripada Ummu Salamah : . Maksudnya : Sabiah telah kematian suaminya sedangkan ketika itu beliau sedang mengandung. Selepas sepuluh hari kematian suaminya, beliau telah melahirkan kandungannya. Kemudian beliau mendatangi Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW pun bersabda : kamu boleh berkahwin. Di dalam satu riwayat lain, Rasulullah SAW telah memberi fatwa kepadaku bahawa aku telah pun menjadi halal ketika aku melahirkan anakku dan Baginda menyuruhku berkahwin sekiranya ada pinangan[18]. Diriwayatkan daripada Ubay bin Kaab, katanya : Maksudnya : Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, ya Rasulullah, apakah ayat dan wanitawanita yang mengandung iddah mereka ialah sampai mereka bersalin itu untuk wanita yang ditalak tiga dan untuk wanita yang kematian suaminya? Baginda bersabda : ia adalah untuk wanita yang ditalak tiga dan juga untuk wanita yang kematian suami[19]. Pendapat ini dipegang oleh kebanyakan ulama. Namun telah diriwayatkan daripada Ali bin Abu Thalib, Ibnu Abbas, asy-Syubi, alQasimiah, al-Muayyidu Billah dan an-Nashir bahawa mereka berpendapat bahawa wanita hamil yang kematian suami, jika ia bersalin sebelum habis tempoh empat bulan sepuluh hari, hendaklah ia beriddah dengan dua iddah iaitu hendaklah ia menunggu sehingga habis empat bulan sepuluh hari. Tetapi jika empat bulan sepuluh hari itu telah habis sebelum ia bersalin, maka hendaklah ia menunggu sehingga ia bersalin[20]. Perubahan-Perubahan Jenis Iddah Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah boleh berubah daripada satu jenis iddah kepada iddah yang lain. Contohnya daripada iddah haid kepada iddah kiraan bulan, daripada iddah kiraan bulan kepada iddah haid, daripada iddah kiraan bulan atau haid kepada iddah hamil atau daripada iddah raji kepada iddah kematian suami[21]. Iddah Quru kepada Iddah Kiraan Bulan Menurut mazhab Syafie, apabila seseorang wanita yang pernah mengalami haid dan bercerai, maka dia mesti beriddah dengan iddah quru iaitu tiga kali suci. Namun, iddah quru ini akan berubah kepada iddah bulan dalam sesuatu keadaan. Hal ini berlaku sekiranya kedatangan haid selepas kali pertama itu terhenti dan tempoh iddahnya akan berterusan sehingga sampai ke peringkat umur putus haid (monopous). [22] Menurut ulama Hanafi, wanita tersebut tidak beriddah dengan kiraan bulan melainkan setelah sampai umur putus haid iaitu 55 tahun. Penentuan umur putus haid ini ialah umur bagi perempuan yang telah baligh tetapi tidak datang haid. Dalam hal ini, para fuqaha tidak bersependapat dalam menentukan kadar umur perempuan yang putus haid. Bagi ulama Hanbali, umur putus haid

ialah 50 tahun manakala ulama Syafie berpendapat bahawa maksimum putus haid ialah 60 tahun. Ulama Maliki pula berpendapat bahawa kadar umur perempuan yang putus haid ialah 70 tahun, maka darah yang didapati ada pada perempuan selepas itu tidak dikira darah haid. Setelah itu, apabila sampai umur putus haid, wanita tersebut perlu memulakan iddah barunya sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas wanita-wanita yang putus haid dengan iddah kiraan bulan selama tiga bulan.[23] Bagi mazhab Maliki dan Hanbali pula, iddah wanita tersebut adalah selama satu tahun bermula tarikh penceraiannya. Hal ini disebabkan tempoh ini adalah kebiasaan tempoh mengandung dan beriddah pula selepas itu dengan iddah bagi wanita yang putus haid iaitu tiga bulan bersesuaian dengan pendapat Saidina Umar r.a. Namun, bagi mazhab Syafie dalam qaul jadid adalah bersependapat dengan mazhab Hanafi iaitu beriddah selama-lamanya sehingga wanita tersebut didatangi haid atau sampai umur putus haid. Oleh itu, wanita yang mengalami keadaan ini tidak diharuskan ke atasnya beriddah dengan kiraan bulan kerana masih mengharapkan kedatangan semula haidnya atau jika wanita tersebut tidak didatangi haid oleh sesuatu sebab yang terjadi. [24] Selain itu, jika haid wanita itu terhenti disebabkan menyusu atau sakit maka wanita yang bercerai itu perlu menunggu sehingga selesai tempoh menyusu atau sembuh dari penyakitnya. Wanita yang mengalami keadaan ini juga perlu berusaha mengubati gangguan yang menyekat perjalanan pusingan haid tersebut. Demikian itu, hukum iddahnya di sisi mazhab Syafie dan Hanafi adalah tetap dengan iddahnya yang asal sehingga wanita tersebut benar-benar pasti tentang keadaan rahimnya. Jika keadaan yang demikian itu berterusan, wanita tersebut juga hendaklah menunggu sehingga sampai ke peringkat umur putus haid kemudian barulah beriddah selama tiga bulan. Hal ini amat bersesuaian dengan firman Allah SWT : Maksudnya :Dan perempuan-perempuan yang putus asa dari haid di antara isteriisteri kamu, jika kamu ragu-ragu tentang iddahnya, maka iddah mereka adalah tiga bulan, dan begitu juga wanita-wanita yang tidak ada haid.[25] Perkara ini disebabkan oleh seseorang wanita yang pernah mengalami haid dikira sebagai wanita mempunyai haid. Menurut pandangan mazhab Maliki dan Hanbali pula, wanita tersebut juga hendaklah menjalani iddah selama tempoh setahun bermula dari tarikh terhenti haid tersebut, iaitu sembilan bulan bagi memastikan sama ada hamil atau tidak, dan tiga bulan lagi itu adalah iddahnya dengan kiraan bulan. Iddah wanita tersebut dianggap selesai setelah menjalani iddah selama setahun. Akan tetapi, jika haidnya terputus kerana menyusukan anak maka iddahnya bermula selepas selesai tempoh menyusukan selepas dua tahun. Dalam tempoh haid itu terhenti, suami wajib menanggung nafkah dan tempat tinggal isteri tersebut sepanjang iddahnya sekalipun ia membebankannya. Oleh kerana keadaan ini boleh mendatangkan kesusahan ke atas bekas suami dan membuka peluang kepada kaum wanita melakukan penipuan ke atas bekas suaminya agar berterusan memperolehi nafkah, maka pihak berkuasa di negeri Mesir telah membuat ketetapan sebagaimana terdapat dalam Undang-Undang Bilangan 25, tahun 1929 iaitu,[26] Tidak diterima dakwaan tuntutan nafkah iddah yang sudah berlalu lebih dari setahun dari tarikh mula berlaku penceraian

Tempoh setahun yang dimaksudkan dalam peruntukan undang-undang tersebut ialah setahun Masihi iaitu genap 365 hari. Hal ini bermakna jika haid wanita terhenti disebabkan penyusuan atau sakit, maka wanita tersebut boleh menuntut nafkah dan tempat tinggal selama setahun dari tarikh penceraian itu berlaku. Iddah Kiraan Bulan kepada Iddah Quru Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya sedangkan dia masih belum mengalami haid disebabkan masih kecil atau telah mencapai umur putus haid, maka dia perlu beriddah selama tiga bulan bermula dari tarikh penceraian.[27] Sebagaimana firman Allah SWT: Maksudnya : Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak berhaid[28] Pada asalnya, iddah quru merupakan iddah asal sekiranya berlaku talaq iaitu talaq raji. Namun, bagi wanita belum mengalami haid atau telah mencapai umur putus haid ini, dia yang perlu beriddah dengan iddah quru akan digantikan sebagai iddah dengan bulan sama seperti orang yang boleh mengambil wudhuk tetapi menggantikan dengan bertayammum apabila mencukupi syarat-syarat sah tayammum. [29] Perubahan iddah berlaku dari iddah kiraan bulan kepada iddah quru sekiranya wanita tersebut didatangi haid sebelum iddahnya selesai, maka iddah yang telah dijalaninya terbatal dan wajib memulakan iddah yang baru. [30] Tempoh iddah barunya dikira tamat dengan tiga kali haid menurut pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali dan dengan tiga kali suci menurut pandangan mazhab Syafie dan Maliki. Oleh hal demikian, apabila wanita yang telah putus haid mendapati ada darah haidnya ternyata sangkaannya adalah salah dan perlu beriddah dengan iddah quru. [31] Hal ini sama juga bagi seseorang wanita yang telah baligh tetapi dia tidak pernah mengalami kedatangan haid dan kedudukannya sama dengan wanita yang telah putus haid. Sekiranya dia bercerai, iddahnya dengan kiraan bulan namun bertukar kepada iddah quru apabila dia didatangi haid dalam tempoh iddah tiga kali suci mengikut mazhab Syafie dan Maliki. Firman Allah SWT, Maksudnya : Dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)[32] Tetapi, apabila seseorang wanita itu bercerai sama ada masih kecil atau telah baligh tetapi masih belum kedatangan haid dan telah selesai menjalani iddahnya iaitu iddah dengan kiraan bulan, maka wanita tersebut tidak lagi diwajibkan memulakan iddah baru iaitu iddah quru sama ada haid mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali atau thur (suci) mengikut mazhab Syafie dan Maliki.[33] Hal ini adalah sama seperti orang yang menunaikan solat dengan menggunakan tayammum dan selepas itu mendapati ada air setelah tamatnya waktu solat, maka tidak diwajibkan ke atasnya berwudhuk dan mengulangi solat.[34] Iddah Kiraan Bulan atau Iddah Quru kepada Iddah Hamil Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah dengan kiraan bulan atau iddah quru tiba-tiba telah nyata wanita tersebut hamil, maka iddahnya bertukar pula

kepada iddah hamil.[35] Tempoh iddah hamil ini akan tamat selepas melahirkan anak yang dikandungnya.[36] Firman Allah SWT : Maksudnya : dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya.[37] Iddah bagi wanita hamil juga tetap dikira selesai dengan melahirkan kandungannya, walaupun wanita tersebut bersalin selepas suaminya baru sahaja meninggal dunia ataupun mengambil masa yang lama.[38] Tempoh iddah kiraan bulan atau iddah quru yang telah dijalaninya juga dikira batal mengikut mazhab Maliki dan Syafie beberapa kerana pada zahirnya beberapa quru adalah dalil bersihnya rahim isteri. Sementara itu, hamil pula merupakan bukti bahawa rahim berfungsi memproses janin secara yakin di samping kelahiran bayi merupakan bukti yang nyata ke atas keadaan rahim yang sebenar. Mengikut hukum fiqh, dalil yang zahir akan gugur dengan wujudnya dalil yang yakin di mana iddah kiraan bulan atau iddah quru akan terbatal dengan wujudnya iddah hamil.[39] Iddah Raji kepada Iddah Mati Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah raji, tetapi suaminya meninggal dunia ketika tempoh iddah tersebut, maka iddah raji yang dijalaninya akan bertukar kepada iddah kematian suami. Ini bermakna, baki iddah raji yang masih tinggal dan hak mendapat nafkah semasa iddah raji akan gugur dengan sendirinya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW : . Maksudnya : Isteri yang hamil yang kematian suaminya, tidak berhak mendapat nafkah[40]. Namun begitu, wanita tersebut masih berhak mendapat pusaka dari harta peninggalan suaminya itu[41]. Iddah kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari akan bermula dari tarikh kematian suaminya itu. Kiraan bulan yang dimaksudkan ialah dengan kiraan bulan Islam (Hilaliyah) bukan bulan Masihi. Sekiranya wanita itu diceraikan dengan talak bain, maka iddahnya kekal seperti asalnya tanpa perubahan[42]. Beberapa Isu dalam Iddah Terdapat beberapa isu berkaitan perubahan jenis iddah yang boleh mengubah tempoh iddah yang dijalani oleh perempuan yang bercerai hidup atau mati. Antaranya ialah kes percampuran iddah, perempuan yang diragui hamil, perempuan yang putus haid disebabkan penyakit yang tidak diketahui, perempuan yang terputus haid dengan sebab penyakit yang diketahui, perempuan mustahadah, perempuan yang diceraikan sebelum dukhul (melakukan persetubuhan), dan iddah bagi perempuan yang kehilangan suami. Isu Pertama : Kes Percampuran Iddah Percampuran dua iddah boleh berlaku dalam beberapa keadaan. Antaranya ialah wanita yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak raji dan semasa dalam iddah, wanita tersebut telah disetubuhi oleh suaminya sebelum berlaku rujuk ke atasnya. Setelah selesai melakukan persetubuhan, wanita tersebut hendaklah menjalani iddah yang baru. Iaitu mengikut keadaannya sama ada sebanyak tiga kali suci atau dengan menunggu tempoh selama tiga bulan. Manakala tempoh iddah

yang telah selesai dijalaninya itu dikira telah gugur. Baki iddah raji yang masih belum ditunaikannya itu termasuk dalam iddahnya yang baru. Di samping itu, apabila seseorang isteri yang diceraikan dalam keadaan tidak hamil dan telah selesai menjalani tempoh sekali suci dalam iddahnya, tiba-tiba dia telah disetubuhi oleh suaminya sebelum dilakukan rujuk ke atasnya, lalu wanita tersebut hamil disebabkan persetubuhan tersebut, maka iddah wanita tersebut akan tamat selepas dia melahirkan anaknya. Manakala baki iddah yang terdahulu iaitu selama dua kali suci dari haid itu tidak lagi dituntut untuk ditunaikan selepas dia bersalin. [43] 4.2 Isu Kedua : Perempuan yang Diragui Hamil Menurut Wahbah al-Zuhaili bahawa, apabila orang yang beriddah disebabkan talaq atau kematian suami, maka boleh dilihat tanda-tanda kehamilan daripada pergerakan dalam perut dan sebagainya. Kemudian jika perempuan tersebut mulai syak setelah selesai iddah quru atau iddah bulan, maka perempuan tersebut hendaklah menunggu sehingga habis tempoh hamil menurut ulama Maliki. Oleh sebab itu, berdasarkan mazhab Syafii dan Hanbali menjelaskan bahawa tidak dihalalkan baginya untuk berkahwin sebelum habis tempoh hamil dan wajib bersabar daripada berkahwin sehingga hilang syak sebagai langkah ihtiyat dengan berdasarkan hadith : Maksudnya : Tinggalkan perkara meragukanmu. yang meragukanmu kepada perkara yang tidak

Maka menurut ulama Maliki bahawa tidak halal bagi suami menyetubuhi isteri sehingga berlalu tempoh maksima mengandung dan jika isterinya berkahwin dengan suami lain setelah tamat iddahnya sebelum hilang syak, maka menurut ulama mazhab Syafie bahawa tidak terbatal perkahwinan kerana telah menghukumkan bahawa isteri tersebut pada zahirnya telah tamat iddahnya. Oleh itu, perkahwinan tidak boleh dibatalkan dengan syak. Jika diketahui perkara yang membawa batal perkahwinan adalah dengan perempuan yang melahirkan anak kurang dari waktu perkahwinan yang kedua, maka dapat dihukumkan bahawa perkahwinan itu terbatal kerana ternyata kefasidannya.[44] Batalnya perkahwinan ini menurut pendapat ulama Hanbali ada dua aspek. Salah satunya adalah sama seperti pendapat ulama Syafie dan yang kedua adalah dihalalkan baginya untuk berkahwin dan sah perkahwinan kerana menghukumkan telah habis iddahnya, dihalalkan berkahwin serta gugur nafkah dan tempat tinggal. Oleh sebab itu, tidak harus untuk menghilangkan atau membatalkan hukum ini dengan sebab rasa syak yang timbul. Maka, hakim tidak boleh membatalkan sesuatu hukum yang telah diputuskannya kerana berlaku perubahan dari segi ijtihad dan dengan sebab saksi rujuk. Isu Ketiga : Perempuan yang Putus Haid disebabkan Penyakit yang Tidak diketahui Menurut pendapat qaul Jadid bagi al-Imam al-Syafie dan Hanafiah bahawa perempuan-perempuan yang terputus haid dengan sebab penyakit yang tidak diketahui sama ada terputus itu sebelum talak atau selepas talak. Perempuan tersebut tidak boleh berkahwin sehinggalah datang haid atau putus asa (putus haid). Sekiranya perempuan tersebut didatangi haid selepas itu, maka iddahnya

dikira sebagai iddah quru dan jika perempuan tersebut putus asa (putus haid), maka iddahnya mengikut kiraan bulan. Manakala menurut qaul qadim bagi al-Imam al-Syafie, Hanbali dan juga alMalikiyah bahawa perempuan tersebut hendaklah menunggu selama sembilan bulan kemudian ditambah pula dengan tiga bulan sebagai iddah kiraan bulan apabila didapati bahawa perempuan tersebut tidak mengetahui waktu terputus haidnya atau pun disebabkan kesakitan yang dihidapi. Isu Keempat : Perempuan yang Terputus Haid dengan Sebab Penyakit yang diketahui Al-Imam al-Syafie berpendapat bahawa perempuan-perempuan yang terputus haidnya disebabkan penyakit yang memang diketahuinya, maka perempuan tersebut tidak boleh berkahwin sehinggalah dia didatangi haid ataupun putus asa (putus haid) sekali pun mengambil masa yang lama. Di samping itu, al-Malikiah pula berpendapat bahawa sekiranya perempuan itu putus haid dengan sebab menyusukan anak, maka iddah bagi perempuan tersebut adalah selepas selesainya setahun dan dilanjutkan pula selama dua tahun menyusu. Maka, jumlah iddah bagi perempuan tersebut adalah selama tiga tahun berturut-turut. Isu Kelima : Perempuan Mustahadah Perempuan yang didatangi haid dapat diklasifikasikan kepada tiga keadaan yang berbeza iaitu mutadah, martabah, dan mustahadah. Perempuan yang mutadah ialah perempuan yang tidak berubah masa haidnya. Maka dikenakan iddah bagi perempuan tersebut sebanyak tiga kali quru. Perempuan yang martabah pula ialah perempuan yang tidak mengalami haid yang tidak diketahui sebabnya (sama ada dengan sebab mengandung, menyusu, ataupun sakit). Maka Hanafiah dan Syafiiyyah menghukumkan bahawa kekal selamalamanya sehingga datang haid atau putus asa (putus haid) kemudian dikenakan iddah dengan tiga bulan. Manakala menurut pendapat al-Malikiah dan al-Hanbalah pula, perempuan tersebut harus menunggu selama tempoh sembilan bulan iaitu waktu adat (kebiasaan) yang dialami oleh perempuan yang hamil. Kemudian, dikenakan pula iddah tiga bulan. Selepas mencukupi tempoh setahun iddah, Maka dihalalkan bagi perempuan tersebut untuk berkahwin. Jika terhenti (terputus) haid yang disebabkan oleh penyusuan maka, iddahnya adalah dengan berlalunya masa setahun dan tempoh menyusu selama dua tahun iaitu genap tiga tahun. Jika perempuan tersebut didatangi haid pada hari yang terakhir dari tahun itu, maka hendaklah perempuan tersebut menunggu sehingga didatangi tiga kali haid. Perempuan mustahadah bermaksud perempuan yang sentiasa keluar darah. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa iddah bagi perempuan tersebut ialah sembilan bulan. Manakala menurut pendapat mazhab Hanbali dan al-Syafie pula bahawa iddah bagi perempuan yang mustahadah ialah sama seperti perempuan yang putus haidnya iaitu selama tiga bulan. Sementara, al-Malikiah pula berpendapat bahawa iddah bagi perempuan yang mustahadah ialah sama dengan perempuan martabah iaitu menunggu sehingga genap tempoh masa setahun. Sebaliknya, dalam situasi yang lain pula dapat dilihat apabila seseorang wanita yang berterusan keluar darah serta tidak dapat diketahui waktu kebiasaan bagi pusingan haidnya. Maka, mengikut pandangan mazhab Hanafi bahawa iddah bagi wanita tersebut adalah selama tujuh bulan. Dua bulan untuk kiraan suci dari haid.

Tiga pusingan haid memakan masa selama enam bulan. Kemudian dilebihkan sebulan selepasnya sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya telah diketahui waktu kebiasaannya bagi haid wanita tersebut, maka iddahnya adalah berdasarkan waktu kebiasaannya dan wanita tersebut hendaklah menjalani iddah selama tiga kali suci mengikut pusingan haid tersebut. Selain mazhab Hanafi, mazhab Syafie dan Hanbali pula berpendapat bahawa iddah bagi wanita yang mustahadah iaitu berdarah penyakit yang keluar darahnya tanpa henti dan lupa tarikh pusingan haidnya, maka dikira iddah bagi wanita tersebut sebagaimana wanita-wanita yang telah putus haid iaitu selama tiga bulan. Manakala, mazhab Maliki berpendapat bahawa jika terdapat wanita yang tidak dapat membezakan antara darah haid dengan darah istihadhah, wanita tersebut hendaklah menjalani iddahnya selama setahun. Sekiranya darah tersebut dapat dibezakan antara haid dan juga istihadah, dan haidnya lewat kerana menyusu, maka hendaklah wanita tersebut beriddah selama tiga kali suci.[45] Isu Keenam : Perempuan Persetubuhan) yang diceraikan sebelum Dukhul (Melakukan

Tidak dikenakan iddah bagi perempuan yang diceraikan oleh suaminya sebelum berlaku persetubuhan. Maka bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam kitab suci Al-Quran yang menyebut bahawa : Maksudnya, Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengahwini perempuanperempuan yang mukmin, kemudian kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyetubuhinya, maka sekali-kali tidak wajib atas mereka iddah bagi kamu yang kamu minta menyempurnakan, maka berilah mereka mutah dan laksanakanlah mereka itu dengan cara yang sebaiknya.[46] Terdapat khilaf ulama sekiranya suami itu berkhulwah dengan isterinya, kemudian menceraikannya. Al-Malikiyyah dan qaul jadid bagi mazhab al-Syafiiyyah berpendapat bahawa berkhulwah sahaja tanpa jima serta melabuhkan tirai, tidak diwajibkan sepenuhnya mahar bagi isterinya bahkan diwajibkan sebahagian mahar yang disebut semasa aqad atau mutah jika tidak disebutkan mahar semasa aqad. Sementara itu, mazhab Hanafi dan Hanbali pula berpendapat bahawa ber khulwah itu hukumnya sama seperti wati (persetubuhan) pada beberapa perkara yang berikut: Pertama, hendaklah disempurnakan maharnya. Kedua, sabit nasab sekiranya dia melahirkan anak selepas enam bulan dari tempoh ber khulwah. Ketiga, wajib beriddah. Keempat, suami diwajibkan memberikan nafkah iddah iaitu membiayai makanan, pakaian dan juga tempat tinggal. Kelima, haram bagi suami yang menceraikan isteri yang telah ber khulwah dengannya itu berkahwin dengan saudaranya, atau berkahwin isteri keempat selain dirinya selama iddahnya masih ada. Keenam, diharuskan bagi suami untuk menceraikan isterinya semasa dalam keadaan suci. Pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali dikuatkan pula dengan dalil daripada AlQuran dan juga hadith Rasulullah S.A.W. sebagaimana berikut Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan jika kamu ingin menggantikan isteri kamu dengan isteri yang lain, sedangkan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil daripadanya barang sedikit pun, apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan

(menanggung) dosa yang nyata. Dan bagaimana kamu akan akan mengambilnya kembali , padahal sebahagian kamu telah bergaul (melakukan persetubuhan) dengan yang lain sebagai suami isteri, dan mereka (isteri-isteri kamu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.[47] Isu Ketujuh : Iddah bagi Perempuan yang Kehilangan Suami Orang yang hilang menurut Wahbah al-Zuhaili ialah orang yang ghaib (tidak hadir), yang tidak diketahui sama ada ia masih hidup atau sudah mati. Contohnya, orang yang hilang daripada keluarganya pada waktu siang ataupun malam, atau dia keluar sembahyang kemudian ia tidak pulang ke rumah, atau hilang dalam satu kemalangan atau hilang dengan sebab berlaku peperangan dan sebagainya. Maka dikenakan hukum iddah bagi isterinya adalah mengikut hukum keadaan dirinya. Ulama Hanafi berpendapat bahawa orang yang hilang itu tetap dikira masih hidup dan masih berhak ke atas dirinya. Oleh sebab itu, harta orang tersebut tidak boleh dipusakai dan isterinya masih kekal sebagai isteri jika isteri tersebut tidak berada dalam keadaan bain. Maka, isteri tersebut tidak dikenakan iddah sehingga benarbenar yakin tentang status kematian suaminya. Hal ini menggunakan kaedah istishab kerana suaminya masih hidup pada masa yang lepas. Di samping itu, berdasarkan pendapat ulama Hanafi terhadap situasi bahawa jika isteri tersebut mengetahui status kematian suaminya atau dimaklumkan oleh orang-orang yang dipercayai bahawa suaminya telah mati atau telah menceraikan isteri tersebut dengan talaq tiga, atau dibawa kepadanya surat talaq daripada suami melalui orang yang dipercayai, maka perempuan tersebut dikenakan iddah dan berkahwin dengan lelaki lain selepas habis tempoh iddahnya. Pendapat ulama Hanafi ini adalah bersamaan dengan pendapat qaul jadid iaitu ulama Syafie yang sahih. Maka, dihukumkan bahawa isteri tersebut terfasakh daripada ikatan perkahwinan kerana tidak harus dihukumkan suami mati dalam kes pembahagian hartanya. Begitu juga tidak diharuskan untuk dihukumkan suami mati dalam kes perkahwinan isteri tersebut. Oleh sebab itu, isteri tersebut dikehendaki untuk menjalani iddah dan tidak boleh bagi lelaki lain untuk mengahwininya sehingga yakin tentang kematian suami atau diceraikan oleh suaminya mengikut kaedah istishab. Ali r.a pula berpendapat bahawa : Hendaklah dia (isteri tersebut) sabar sehingga diketahui tentang kematian suaminya. Sehubungan dengan itu, ulama Maliki dan Hanbali bersepakat bahawa isteri yang kehilangan suami dikehendaki menunggu selama tempoh empat tahun, kemudian dia dikenakan iddah kematian iaitu selama empat bulan sepuluh hari. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan riwayat daripada Umar al-Khattab bahawa seorang isteri yang kehilangan suaminya telah datang kepada Umar dengan menceritakan keadaan dirinya. Lalu Umar berkata, Kamu tunggu empat tahun. Perempuan tersebut mematuhi arahan Umar. Kemudian perempuan tersebut datang lagi kepada Umar, maka Umar berkata, tangguhlah selama empat bulan. sepuluh hari. Maka perempuan tersebut melakukan sebagaimana arahan Umar. Kemudian perempuan tersebut datang lagi kepada Umar buat kali yang ketiga, lalu Umar mengajukan soalan kepada perempuan itu, di manakah wali bagi suami kamu itu? Maka beberapa orang terus membawakan wali yang dimaksudkan kepada Umar lalu Umar berkata kepada wali tersebut, ceraikan perempuan ini. Maka wali tersebut melakukan sebagaimana arahan Umar kepadanya dan Umar

berkata kepada perempuan itu, berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka.[48] Persoalan tuntutan wajib iddah ke atas wanita yang bercerai perlu diketahui oleh setiap wanita Islam kerana pensyariatannya telah dinyatakan secara terang dalam ayat-ayat al-Quran, hadith dan juga melalui ijma para ulama dalam bidang fiqh perkahwinan. Dalam hal ini, bukan sahaja wanita yang biasa didatangi haid perlu beriddah bahkan wanita yang telah putus haid, wanita yang hamil dan juga perempuan yang masih kecil lagi perlu menjalani iddah. Dalam pembahagiaan tiga jenis iddah ini pula iaitu iddah quru, iddah dengan kiraan bulan dan iddah hamil, setiap wanita khususnya yang bercerai sama ada bercerai hidup atau mati mestilah mengetahui tempoh iddah yang perlu mereka menunggunya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Di samping itu, wanita tersebut juga perlu mengetahui setiap perubahan iddah yang terjadi sama ada perubahan iddah quru kepada iddah kiraan bulan, iddah kiraan bulan kepada iddah dan lain-lain bentuk perubahan sekaligus merubah hukum iddah ke atasn mereka agar hak mereka akan terpelihara. Dalam pada itu, sekiranya berlaku penceraian dengan talaq raji, maka suami perlu merujuk terlebih dahulu isteri sebelum melakukan persetubuhan bersama isteri agar tidak terjadinya gangguan pada tempoh iddah yang sedang dijalani oleh isterinya. Dengan kata lainnya, seorang perempuan yang bercerai perlu mengetahui tempoh iddah yang ditentukan ke atas dirinya sekiranya berlaku sebarang gangguan dalam tempoh perjalanan iddah tersebut. Hal ini berpandukan ijma para ulama khususnya para fuqaha sekiranya tidak dinyatakan secara jelas dalam dalil-dalil al-Quran mahupun dalil-dalil hadith. Kesimpulannya, pensyariatan iddah perlu dipatuhi oleh seseorang perempuan yang telah bercerai agar hikmah pensyariatannya dapat dicapai. TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa. Ada benarnya, kerana dalam Islam lafaz talak atau cerai yang keluar dari bibir si isteri tidak diambil kira, walaupun dia melafazkannya berulang kali dengan bersungguh-sungguh, sekali gus menunjukkan kuasa talak hak suami. Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu..." (alQuran, surah al-Talaq-65: 1) Walaupun begitu, seorang suami harus berwaspada. Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak."

Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud) Seorang suami tidak wajar mempermainkan perkataan cerai kerana sekali ia terlepas dari mulut, mereka mungkin menyesal seumur hidup. Rasulullah bersabda: "Tiga perkara menjadi serius walaupun dalam keadaan main-main atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba." Tetapi, sejauh mana lafaz cerai menjadi hak eksklusif suami? Apakah hak untuk berpisah bagi si isteri terkunci rapat? Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddah kematian suami? 24may2009Filed under: Fiqh Kematian, Fiqh WanitaAuthor: Dr Hasanah

Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan pembela wanita yang beriya-iya mahu membebaskan golongan wanita dari cengkaman kezaliman. Mungkin ada yang beranggapan bahawaIslam itu zalim, Islamtidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk menghiburkan hati yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll Apabila kita melihat hukum Allah s.w.t, janganlah kita lihat dari sudut penzahiran hukum semata-mata. Penilaian kita belum tentu dapat menyamai penilaian tuhan

yang Maha Hebat. Penilaian kita mudah didorong oleh akal fikiran yang cetek dan diburukkan lagi dengan kehendak nafsu yang tinggi. Semenjak saya menulis tentang iddah, timbul banyak persoalan tentang apa yang tidak boleh dilakukan oleh isteri yang baru sahaja kematian suami atau dalam erti kata lain, perempuan yang dalam iddah kematian suami. Saya ditanya, boleh tak itu dan ini. bila saya kata tak boleh, respon yang diterima ialah, nak buat juga. Hmmm berlapang dada lah pasti ada hikmahnya. Saya sendiri sudah melalui fasa iddah kematian suami. Saya sangat faham situasi ini. Bila kita berada dalam kedudukan yang sangat sukar, kenalah didik jiwa supaya menyedari bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi. Saya melalui iddah kematian suami dalam keadaan sarat mengandung 8 bulan. Ada 4 orang anak lagi yang semuanya masih kecil. Ada yang masih minta dikendong dan pada masa itu saya tiada pembantu rumah sepenuh masa. Ibubapa saya pula telah meninggal dunia dan saya tinggal di Utara, jauh dari adik-beradik yang rata-rata tinggal di Selangor dan KL. Saya rasa keadaan saya sangat sukar, tapi, saya kena ingat selalu bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi keadaannya. Bila kita sabar, maka Allah akan permudahkan kehidupan. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t yang telah menghadiahkan untukku ujian ini. Terlalu banyak yang dipelajari daripada ujian ini. Kembali kepada topik artikel kali ini. Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga. Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami: 1. 2. 3. 4. 5. bertunang (secara berterus-terang) berkahwin berhias pada diri atau pakaian tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu

PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita.

KEDUA: BERKAHWIN Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya). Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut. KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah. Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491]. Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin. Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain. Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj. Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang. Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada

menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit. KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa. Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Firman Allah s.w.t., maksudnya: Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas. [Surah al-Talaq: ayat 1]. Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika datang kebinasaan yang jelas seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain. Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furaiah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah). KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU) Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha. Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik. Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya

semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah]. Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami. Rasulullah s.a.w. menjawab, Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing. Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah. Untuk pencerahan lanjut, lihat Badai al-Sanai, al-Syarh al-Saghir, Nihayat alMuhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina. =================== Baiklah, sekarang dengan fikiran terbuka, cuba perhalusi hukum-hakam yang telah saya nyatakan yang dipetik daripada wahyu Allah serta fikrah para fuqaha yang tiada tolong tandingnya berbanding kita. Apakah agaknya hikmah di sebalik undang-undang ini? Hmm saya telah melalui fasa ini dan saya telah merasai hikmah peraturan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. ini Sekarang terserah kepada anda sama ada anda sedang dalam iddah, mempunyai ibu yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya. Semua pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling ingat-mengingatkan jika ada orang yang anda kenal telah tersilap langkah semasa berada dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit ini. Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah s.w.t. sentiasa mendahului kemurkaannya, maka janganlah kita memilih kemurkaannya sedangkan azab Allah itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan nimat melimpah ruah menanti wanita muminah yang sabar meniti kehidupan tanpa seorang suami!

Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami) 7aug2008Filed under: Anekdot, Fiqh Keibuan, Fiqh Kematian, Third Class Photo-GraphicAuthor: Dr Hasanah

Gembiranya seorang ayah saat memangku putera puteri yang dikasihi. Tetapi, andainya ketentuan ajal tiba mendahului segalanya... Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah: ((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari)) Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mutah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddahbagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian. Al-Majali menambah bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta

mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup. TEMPOH IDDAH WANITA YANG KEMATIAN SUAMI 1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa bulan di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari. 2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG Keadaan ini adalah menyamai keadaan saya yang kehilangan suami tercinta ketika mengandung 8 bulan. Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.

Hajar saat baru dilahirkan Contoh, dalam kes saya, ketika suami meninggal dunia, saya sedang sarat mengandung 8 bulan. Kira-kira 40 hari selepas itu, saya pun bersalin. Maka tamatlah iddah saya, iaitu hanya kira-kira 40 hari sahaja. Contoh lain, katakanlah jika berlaku kematian ketika si isteri mengandung 2 bulan. Selepas 7 bulan barulah dia bersalin, maka itulah tempoh iddah yang perlu dilaluinya.

Contoh ketiga, katakanlah pasangan suami isteri menaiki kenderaan dan berlaku kemalangan. Akibat hentaman yang kuat, si suami meninggal di tempat kejadian, manakala si isteri bersalin tidak sampai beberapa saat selepas itu, maka dengan serta merta juga iddahnya berakhir. Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut bahawa perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-Talaq, ayat 4). Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu Rasulullah s.a.w. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang Sabiah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalam kes seperti ini. Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini hendaklah si isteri tadi beriddah mengikut abad al-ajalayn, iaitu tempoh yang paling panjang. Maksudnya, jika tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika tarikh bersalin lebih lewat/ terkemudian berbanding 4 bulan 10 hari, maka hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin. Pandangan ini di bawa oleh sebilangan kecil fuqaha. Cukup dulu kot tentang iddah wanita yang kematian suami Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan oleh wanita di luar sana yang senasib dengan saya Al-Fatihah buat para suami yang telah kembali ke rahmatullah