Dasar Pembangunan Nasional

11
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

description

Dasar Pembangunan Nasional

Transcript of Dasar Pembangunan Nasional

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(DPN)

Definisi

Dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang

Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990

Fokusnya hampir serupa dengan DEB

Fokus Dasar Pembangunan Nasional

Membasmi golongan miskin

Menyusun semula masyarakat

Membantu golongan yang susah

Objektif

Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar

Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi

Strategi pelaksanaan

terus mengekalkan strategi asas DEB

bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek aspek kritikal seperti :

a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan

pengagihan yang saksama

b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi

c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara

d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar

e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi

f) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan

kebolehan dalam teknologi strategik

g) Memastikan usaha dalam mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang

sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi

Dimensi-dimensi baru DPN

Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat

Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama

Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah meningkatkan dan mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi

Program Pelaksanaan dijalankan untuk

Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat

Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek

Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi

Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar

Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

Meningkatkan kerohanian diri

Penutup

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah.