CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA
description
Transcript of CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA
CERPEN “SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA
Genre: Prosa ModenPenulis: Zainal Rashid Ahmad
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 73 - 78
Watak utama: "kami" (pencerita / sudut pandangan orang pertama)Watak lain: Haji Saad Panglima : Haji Salleh Pumpong : Bidan Mak Besah : Hajah Tom (guru Quran)
Latar tempat: 1) Di Kampung penulis 2) Di Rumah Hajah Tom 3) Di surau
4) Di Gubir
Surau
Ringkasan cerpen
Akibat kemiskinan, penduduk kampung harus berikhtiar menemukan ramuan herba sebagai penawar penyakit. Peluang berjumpa doktor seperti berjumpa raja. Petua tentang bacaan doa dan jampi serapah juga diamalkan agar bahan rawatan tradisional itu mujarab. Segala sumber alam seperti daun, rumput, ubi, pucuk dan minyak digunakan untuk proses penyembuhan.
Hajah Tom yang tinggal bersendirian sejak kematian suaminya Sarjan Omar yang ditembak oleh komunis. Banyak petua hafalan surah al-Quran diturunkan kepada "kami" untuk bacaan sebelum tidur, atau bagi menghadapi gangguan binatang (anjing). Ketika mengajar al-Quran, jika Hajah Tom mendapati ada murid yang lesu (kerana kelaparan), dia segera menanak nasi. Hajah Tom hanya meminta kami membantunya dalam kerja ringan seperti mengupas kelapa atau membelah kayu api. Dia membahagikan tombong kelapa secara adil sambil memberi nasihat.
Surau kampung dijaga oleh Haji Salleh Pumpong yang juga bertindak sebagai imam. Surau sentiasa dibersihkan dan "kami selalu membantu. "Kami" juga berebut-rebut untuk azan. Suatu hari, selepas musim air pasang, Haji Salleh Pumpong meminta "kami" datang membasuh segala kotoran. Pintalan empulur sabut menjadi ganti berus dan sabun. Hajah Tom datang menjamu nasi berlaukkan cencaru belah belakang. Hajah Tom mencadangkan supaya "kami" diajar solat jenazah. Tiga bulan berselang, "kami" menyertai solat jenazah untuk hajah Tom dan menyusul tidak lama untuk jenazah Haji Salleh Pumpong.
Melaungkan azan
Tema Hubungan erat orang tua kampung dengan
kanak-kanak, serta petua rawatan tradisional.
Perwatakan baik hati, pemurah, penyayang, menghormati
orang tua, memuliakan kanak-kanak, rajin, kreatif, peramah, prihatin
Nilai Murni murah hati, kasih sayang, hormat-
menghormati, kerajinan, kreativiti, keramahan / kemesraan, keprihatinan / kepekaan, tidak mudah putus asa