Cara Melukis Pola Lubang Leher

17
CARA MELUKIS POLA LUBANG LEHER/BULAN Assalamualaikum, di atas permintaan pengunjung blog, hari ni saya tunjukkan cara membuat pola bulan/lubang leher. (sama je dua2 gambar) Lukis pola seperti dalam gambar di atas. 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana saya dapat 6.5cm?? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm. maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu, 42/6= 7cm Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang berlorek. Terpulang kepada anda nak

Transcript of Cara Melukis Pola Lubang Leher

CARA MELUKIS POLA LUBANG LEHER/BULAN

Cara Melukis Pola Lubang Leher/Bulan

Assalamualaikum, di atas permintaan pengunjung blog, hari ni saya tunjukkan cara membuat pola bulan/lubang leher. (sama je dua2 gambar)Lukis pola seperti dalam gambar di atas. 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana saya dapat 6.5cm?? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm. maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu,42/6= 7cm

Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang berlorek. Terpulang kepada anda nak buat pola bentuk macam mana.. bulat boleh, nak bersegi pun boleh. ikut citarasa masing2. Kalau tak faham boleh tanya saya.

Tutorial membuat lubang leher baju kurung

Kali ni, saya nak ajar tentang cara membuat lubang leher baju kurung. Ini cara saya buat lubang leher. Perlu diingatkan saya bukan professional tapi saya ikut pengalaman saya yang tak seberapa. Sesiapa yang Pro dan nak tambah atau nak tegur, silakan. Penerangan berserta rajah.Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.Potong ikut bentuk.Akan jadi camni...Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inch/1.25inch.Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.Terbalikkan lapik dan seterikakan.Jadi camni...Cara saya, saya menggunakan kain gam lapik leher. Siapa yang ada soalan atau tak faham boleh tanya saya.. Siapa yang tak tahu buat 'bulan' atau lapik leher, boleh tanya juga. InshaAllah kalau ada kesempatan, saya akan ajar cara buat bulan dan lapik leher bagi mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!

Leher Baju Kurung

Assalamualaikum...Ada sorang mak cik tanya kat saya, "macam mana kamu buat kat bawah leher baju elok je tajamnya? Mak cik buat tak mau tajam". Saya pun bagitau la caranya. Pastu mak cik tu kata "Baiknye budak ni.. kalau tanya tukang jahit lain diorang tak nak bagitau caranya". LOLLL!! Tak sangka pulak beliau cakap sampai camtu sekali. Bagi saya, saya tak kisah untuk berkongsi dengan orang tips dan teknik menjahit baju. Kalau saya tahu, saya akan bagitau.Sebenarnya simple je caranya. Kalau lapik leher, saya lebih suka guna kain gam. Cuba tengok gambar kat bawah ni..Lepas potong lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah dipotong. Sematkan dengan jarum peniti.Sebelum menjelujur, lukiskan dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.Lukis bentuk V kat bawah supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu. Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG.Pastu, jelujurkan.Lepas jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut betul-betul bentuk 'V' yang telah dibuat.Bila dah siap jahit mesin, tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan bahagian leher.***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam waktu alih lapik leher.

Nota Baju Kurung Pesak Gantung

Assalamualaikum,Kali ni saya akan beri nota baju kurung pesak gantung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung pesak gantung daripada nota ni. Sila tinggalkan komen anda =)BAJU KURUNG PESAK GANTUNGUkuran-ukuranParas pinggang belakangParas PunggungLabuh bajuLebar bahuLabuh tangan dari tengkukKeliling pangkal lenganKeliling leherKeliling dadaKeliling punggung

Cara-cara merajah polaBadan0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm2-1 = Ukuran paras punggung3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahuLengan6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-07-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut sukaGariskan untuk mendapat 8 dan 9Pesak atas10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang13-12 = 4cm14-13 = dinaikkan 2cmSambungkan 14-12. Bentukkan 10-14Pesak bawah15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.Leher(seperti membuat leher baju kurung biasa)Cara menjahit baju kurung pesak gantung1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.2. Rujuk di sini untuk lubang leher.3. Cantumkan bahagian-bahagian baju:- Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.- Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.- Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher.*** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas.Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha

Menjahit/mencantum lubang lengan.

Assalamualaikum,

Ramai akak-akak yang bertanya kat saya "Solehah, macam mana nak cantum lubang lengan? kalau akak cantum mesti terlebih, pastu kena potong."

Siapa yang menjahit baju blouse, jubah, kebaya dan lain-lain mesti tahu kesusahan untuk memadankan lubang lengan.

Ok, say no more. Sekarang saya akan bagitau cara saya mencantumkan lubang lengan. Saya tak tahu orang lain pakai kaedah apa. Lebih kelakar lagi, saya tak tahu pun alatan-alatan ni wujud,

rujuk sini ---> http://library.thinkquest.org/05aug/01403/tools_p.html

Tapi, walaupun saya tak tahu menahu tentang segala alatan tu (kecuali seterika) dan cara menggunakannya, Alhamdulillah jadi jugak baju yang saya jahit menggunakan kaedah "tradisional" :-D

Waktu saya belajar menjahit dulu, saya tak di ajar apa kaedah yang digunakan untuk mencantumkan lubang lengan. Saya disuruh peniti dan jelujur cantuman tu. So i guess, ini je la kaedahnya dan saya berpendapat sama macam akak-akak yang bertanya.

Rasa terseksa lah jugak bila tak dapat cari cara mudah dan cepat untuk jahit baju. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya temui cara yang mudah dan cepat juga kemas tapi kena rajin untuk bahagian lubang lengan.

Kalau anda rasa anda takde alat-alat macam dalam website di atas, jangan risau anda masih boleh mendapat hasil jahitan yang memuaskan (bergantung pada skill jugak hehehe)

Ok. Caranya macam ni.

Setelah dijahit bahagian lengan dan tepi badan, hanya tinggal untuk cantumkan lubang lengan. Temukan kedua-dua garisan atas dan bawah. Penitikan bahagian bahu dan ketiak. *Hati-hati supaya bahagian sambungan ketiak tak lari. Pastikan lurus.

Sekarang, kita akan buat alat sendiri. Gulungkan tuala.Imej diambil dari carian google. (Satu tuala cukup :-D)Sekarang ambil kain yang kasar dan keras atau lebih tepat lagi, jarum tak mudah tembus dan gulungkan pada tuala macam ni...(Kat bawah tu saya letak bantal supaya tinggi skit sebab saya buat kerja atas lantai sambil mengepit bantal tu dengan kaki hehehe)Setelah itu, jelujur sikit bahagian sambungan ketiak dan check kat sebelah luar sama ada garisan yang berjahit tu selari atau tidak. Tanggalkan peniti kat bahagian ketiak, peniti kat bahagian bahu jangan tanggal.Sekarang letakkan bahagian lubang lengan yang hendak dicantum kat atas gulungan tuala tadi. Kemudian pinkan di sebelah kanan dan di sebelah kiri supaya kain tetap. (Rujuk pin di kanan, pin di kiri tak nampak)Pin di tengah tu adalah pin yang digunakan untuk peniti bahagian bahu tadi. Lepas dah jelujur boleh buka pin kat bahu tu.Jelujur sampai habis... Jangan lupa jahit dengan mesin dan tanggalkan jelujur.Sekarang saya akan terangkan apa logiknya kaedah yang saya guna ni.1. Penitikan bahagian ketiak dan bahu. ---> Sebabnya, peniti dia bahagian ketiak adalah supaya jahitan kat luar tu selari, dan peniti di bahagian bahu adalah untuk membahagikan keseluruhan lubang lengan tu kepada dua. Bila kita dah jelujur sampai hampir ke tengah dan takde masalah pada bahagian pertama, maka InshaAllah bahagian sebelah lagi tu pun takde masalah.2. Saya balutkan kain yang keras pada tuala ----> Kalau hanya menggunakan tuala, bila kita jelujur tuala tu akan terjahit sekali dan lecehlah setiap kali kena berhati-hati tengok atas bawah bila jelujur. Jadi kain yang keras atau lebih tepat lagi kain yang jarum susah tembus adalah untuk memudahkan kerja menjelujur supaya kain di bawah tak akan terjahit sekali.InshaAllah, dengan izin Allah cara ni 100% berkesan. Saya tahu kalau anda tengok kemungkinan tak faham. Jadi, cuba buat dulu baru tahu apa yang saya maksudkan. Kalau ada soalan boleh tanya. InshaAllah kalau saya tahu saya jawab.Sesiapa yang ada cara yang lebih baik daripada ni, boleh kongsi dengan saya. Sesiapa yang berjaya guna kaedah ni atau sesiapa yang ada soalan, sila tinggalkan komen.** Sesiapa yang nak ambil nota dalam blog ni dan letak dalam blog/web, sila minta kebenaran saya, Solehah. Nota tersebut hendaklah di"link"kan kepada blog www.homesolehah.blogspot.com