CADANGAN PENYELIDIKAN

8
CADANGAN PENYELIDIKAN 1.TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN PERUSAHAAN TANAMAN SAYUR-SAYURAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT PEKAN BERIS KUBOR BESAR PADA TAHUN 1980AN HINGGA TAHUN 2000. 2.PENGENALAN Perusahaan tanaman sayur-sayuran adalah merupakan kegiatan ekonomi penting bagi golongan petani di Pekan Beris Kubor Besar . Perusahaan tanaman sayur-sayuran giat dijalankan dan menjadi salah satu sumber pendapatan golongan petani di Pekan ini. Perusahaan pertanian sayuran ini dijalankan secara kecil-kecilan hanya untuk sara diri. Oleh sebab tanaman dijalankan secara kecil-kecilan menyebabkan penggunaan modal adalah sedikit tidak lebih daripada RM 100.00 pada permulaannya. Tanaman sayuran ditanam di tanah persendirian atau disewa oleh masyarakat petani bagi mereka yang tidak mempunyai tanah .

Transcript of CADANGAN PENYELIDIKAN

Page 1: CADANGAN   PENYELIDIKAN

CADANGAN PENYELIDIKAN

1.TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN PERUSAHAAN TANAMAN SAYUR-

SAYURAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT PEKAN BERIS KUBOR BESAR

PADA TAHUN 1980AN HINGGA TAHUN 2000.

2.PENGENALAN

Perusahaan tanaman sayur-sayuran adalah merupakan kegiatan ekonomi penting

bagi golongan petani di Pekan Beris Kubor Besar . Perusahaan tanaman sayur-sayuran giat

dijalankan dan menjadi salah satu sumber pendapatan golongan petani di Pekan ini.

Perusahaan pertanian sayuran ini dijalankan secara kecil-kecilan hanya untuk sara diri.

Oleh sebab tanaman dijalankan secara kecil-kecilan menyebabkan penggunaan modal

adalah sedikit tidak lebih daripada RM 100.00 pada permulaannya. Tanaman sayuran

ditanam di tanah persendirian atau disewa oleh masyarakat petani bagi mereka yang tidak

mempunyai tanah .

Kegiatan pertanian sayuran giat dijalankan di kawasan Pekan Beris Kubor Besar

kerana tanahnya yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian sayuran dijalankan dan

diusahakan. Masyarakat petani di Pekan ini menanam sayur- sayuran seperti timun, kacang

panjang , lada , kubis ,cili dan lain-lain . Keluasan kawasan penanaman adalah dalam

lingkungan 1 atau 2 hektar sahaja. Tanaman sayuran yang dijalankan oleh petani

berdekatan dengan kawasan tempat tinggal iaitu tidak lebih dari 7 kilometer bagi

menjimatkan kos pengangkutan .

Page 2: CADANGAN   PENYELIDIKAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji:

3.1 Perkembangan perusahaan tanaman sayuran dalam kalangan masyarakat di Pekan

Beris Kubor Besar dari tahun 1980an-2000.

3.2 Teknologi yang digunakan dalam tempoh tersebut

3.3 Modal yang digunakan untuk menjalankan perusahaan tanaman sayur-sayuran .

3.4 Jumlah Pengeluaran tanaman sayuran oleh petani pada tahun 1980an-2000.

3.5 Keuntungan yang diperolehi oleh petani pada tahun 1980an -2000.

3.6 Pihak yang memberi bantuan atau sokongan kepada petani dalam tempoh tersebut

4.PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini cuba mengkaji tentang perkembangan Perusahaan tanaman sayuran dalam

kalangan masyarakat petani di Pekan Beris Kubor Besar. Penyelidikan ini dilakukan kerana

terdapat ahli keluarga terdekat pengkaji yang terlibat dalam aktiviti pertanian sayur-

sayuran. . Kajian ini juga dilakukan kerana pengkaji mendapati bahawa penanam sayur

menghadapi cabaran daripada lambakan sayuran dari Negara jiran dan Cameron Highland

yang menjadi saingan daripada sayur tempatan. Oleh hal yang demikian, secara tidak

langsung pengkaji dapat mengetahui serba sedikit tentang pertanian sayuran. Selain itu,

keadaan ini juga dapat memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian tentang tanaman

sayuran kerana pengkaji dapat bertemu dengan respondan bagi mendapatkan maklumat

tentang pertanian sayur-sayuran

Page 3: CADANGAN   PENYELIDIKAN

Oleh sebab tanah di Pekan Beris Kubor Besar sesuai untuk pertanian , petani telah

menjalankan tanaman sayuran salah satu tanaman yang ditanam bagi menambah sumber

pendapatan. Selain itu, penduduk di pekan ini yang ramai menyebabkan permintaan

terhadap sayuran meningkat kerana sayuran juga merupakan salah satu makanan

keperluan. Disini timbulnya hasrat untuk mengetahui tentang perusahaan tanaman sayur-

sayuran.

5.SKOP KAJIAN

Kajian ini mengkaji perkembangan tanaman sayuran di Pekan Beris Kubor Besar , Bachok

Kelantan . Memandangkan perusahaan tanaman sayuran semakin berkurang, tanah

pertanian semakin mengecil, pengkaji ingin melihat dari awal lagi mengapa ini berlaku.

Tempoh kajian adalah dari tahun 1980an hingga 2000. Pengkaji melihat perkembangan

perusahaan tanaman sayuran ini dalam dua tahap iaitu dalam tahun 1980an dan 1990an.

Kerana dari masa ini pengkaji dapat membuat perbandingan pula dalam tahun 2000.

6.SOROTAN KAJIAN LEPAS

Memandangkan kajian ini diambil dari tahun 1980an hingga 2000 , sumber diambil daripada

masyarakat petani yang sudah berumur 45 tahun ke atas yang terlibat dalam perusahaan

tanaman sayuran. Tanaman sayuran dijalankan oleh masyarakat petani adalah kawasan

Kampung Pauh Sembilan , Kampung Pauh Sabit dan Kampung Padang Bual. Menurut

Kamus Dewan maksud tanaman ialah tumbuh-tumbuhan yang biasa ditanam atau apa

yang ditanam dan diusahakan dalam sesuatu kawasan. Tanaman yang dijalankan juga

kerana untuk mendapatkan hasil.

Page 4: CADANGAN   PENYELIDIKAN

7.KAEDAH KAJIAN / METODOLOGI

Kaedah kajian yang digunakan ialah:

1. Kaedah Temubual

Dalam kajian ini kaedah temubual digunakan dengan 3 orang petani yang terlibat

dalam pertanian sayuran di Pekan Beris Kubor Besar .Oleh hal yang demikian ,hasil

daripada temubual dengan respondan dapat mengetahui sejarah bermulanya perusahaan

tanaman sayur-sayuran dalam kalangan masyarakat petani di pekan ini.

2. Kaedah Merujuk Perpustakaan

Maklumat berkenaan perusahaan tanaman sayur-sayuran juga menggunakan kaedah

merujuk perpustakaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus.Hal ini demikian

kerana dapat mencari maklumat dengan mudah melalui merujuk Kamus Dewan.

3. Kaedah ICT

Kaedah ICT juga telah digunakan dalam penyelidikan ini dengan mendapatkan

maklumat menerusi internet (laman-laman web) dan lain-lain bagi menyiapkan kerja kursus

pada masa yang telah ditetapkan oleh guru.

Page 5: CADANGAN   PENYELIDIKAN

8. PENUTUP

Hasil kajian menunjukkan bahawa kegiatan pertanian menjadi salah satu aktiviti

ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat petani di pekan ini bagi mendapatkan sumber

pendapatan untuk menyara keluarga. Malahan di sini dapat dilihat bahawa pertanian yang

dijalankan oleh masyarakat petani hanya secara kecil-kecilan dan sekirannya dimanfaatkan

dengan baik tanaman tersebut berpotensi untuk dikembangkan menjadi perusahaan

tanaman sayuran yang lebih besar iaitu tanaman komersil (sektor estet) dan boleh

dipasarkan ke luar negeri. Malahan sayuran tersebut juga dapat bersaing dengan bekalan

sayuran dari Thailand.

9.BIBLIOGRAFI: akan di buat kemudian

10. ORGANISASI ESEI : Pengenalan, isi, Penutup