Buletin AURA - Kolej Siswa

40
MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI www.umt.edu.my Buletin KOLEJ SISWA 2016

Transcript of Buletin AURA - Kolej Siswa

Page 1: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA

CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

ww

w.u

mt.e

du.m

y

Buletin KOLEJ SISWA

2016

Page 2: Buletin AURA - Kolej Siswa

Dari meja EDITOR...

“Kelmarin adalah sejarah, Esok adalah sebuah misteri dan Hari ini adalah sebuah hadiah”

ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA

Pertamanya saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas peluang dan kesempatan yang telah diberikan untuk menerbitkan Buletin AURA ini. Sidang Pengarang ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kolej Siswa yang menaruh kepercayaan kepada Jawatankuasa Penerbitan Kolej Siswa untuk menerbitkan Buletin AURA ini. Sidang Pengarang juga ingin merakamkan penghargaan kepada Staf Kolej Siswa Pembelajaran Kedua yang bertanggungjawab sepenuhnya memanifestasikan kejayaan penerbitan buletin ini.

Insyaallah Buletin ini bakal dijadikan sarana untuk mempromosi fungsi dan struktur organisasi baru Kolej Siswa, UMT. Akhir kata, Sidang Pengarang ingin menyeru kepada semua warga UMT agar memanfaatkan buletin ini bagi berkongsi pandangan, bual bicara atau resolusi demi kebaikan bersama. Semoga ia menjadi wadah bernilai dalam memperkukuhkan integrasi sosial sesama kita.

DR. CHE WAN IDA RAHIMAH BINTI CHE WAN IBRAHIM

Penaung :YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ANUAR BIN HASSAN

Penasihat :TUAN HAJI AWANG KODING BIN CHE TOM

Ketua Pengarang :DR. CHE WAN IDA RAHIMAH BT. CHE WAN IBRAHIM

Editor :EN. AHMAD FADHLI BIN HAMZAHCIK CHAI MUI NYUKPN. NUR MAISARAH BT. ALICIK RADIAH BT. ALICIK ENGKU SITI ZAHARAH BT. ENGKU ABDULLAH

Penyumbang Bahan :DR. CHE MOHD IMRAN BIN CHE TAIBEN. WAN ADZMANI BIN WAN OTHMANEN. MOHAMAD JAMIL RASHIDI BIN MOHAMAD RAMLAN CIK ZAIZULHIZMA BT. SALLEH

EN. MOHD HAFIZ BIN ABDUL KADIRCIK NORBAKYAH BT. JABAREN. WAN AMAL ATIQ BIN WAN HASSANCIK NOR AMIRA BT. OTHMANCIK NOOR FADILAH BT. YUSUFCIK NURUL FARIHA BT. YUSOFEN. MOHD ASLAH BIN MOHAMADCIK IZYAN NAZIRAH BT. WAHID

Rekabentuk:DeezStudioSi

dang

reda

ksi

Hak Cipta Terpelihara © 2016. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Page 3: Buletin AURA - Kolej Siswa

BICARA TNC (HEPA)

Kolej Siswa Pembelajaran Kedua

Majlis Kolej Siswa (MKS)

Kolej Siswa Luar Kampus

Kenali Kolej Siswa Anda

BICARA TIMBALAN

PENGETUA PEMBELAJARAN

KEDUA

BICARA PENGETUA KOLEJ SISWA

Mantan Felo Kolej Siswa

Warna warni aktiviti

Tahunan Kolej Siswa

BICARA TIMBALAN PENGETUA LUAR KAMPUS

Felo Kolej Siswa (FKS)

Kolej Siswa Dalam Kampus

04 06

17

21

14

07

19

22

08

2012

CORETAN NAIB

CANSELOR

1009

Kandungan

Page 4: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

Coretan NAIB CANSELOR

BERMULA TAHUN 2014, KITA TELAH BERJAYA MEMULAKAN AGENDA TRANSFORMASI PELAJAR KE ARAH

MEMBENTUK PELAJAR BERMINDA KELAS PERTAMA DAN BERKETERAMPILAN HOLISTIK. HASILNYA, KERANGKA

TRANSFORMASI PELAJAR UMT TELAH TERBENTUK DENGAN MENEKANKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT,

PEMERKASAAN KEPIMPINAN PELAJAR DAN MEMUPUK ALUMNI UNGGUL.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kita sama-sama

menyaksikan perkembangan Kolej Siswa selari dengan pembangunan Universiti

Malaysia Terengganu. Syabas dan tahniah kepada barisan

pentadbiran Kolej Siswa!

ASSALAMUALAIKUM WBT. dan SALAM SATU MALAYSIA.

Page 5: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

Salah satu fokus utama UMT adalah meningkatkan peratus kebolehpasaran graduan melalui keberkesanan program pembangunan pelajar serta kualiti program pengajiannya. Langkah yang paling berkesan adalah dengan mengadakan lebih banyak program kerjasama dan kolaborasi dengan industri. Ia bertujuan memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa UMT berkaitan kemahiran dan pengetahuan dalam industri. Oleh itu, Kolej Siswa diharapkan berfungsi dalam membangunkan kemahiran insaniah para mahasiswa UMT terutamanya menggilap kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran holistik.

Buat semua rakan di institusi kerajaan, industri dan awam, berilah kepercayaan anda kepada potensi yang ada di Kolej Siswa UMT. Kepada ahli akademik, staf profesional dan sokongan di Kolej Siswa, buktikan kepada semua, anda mampu menerajui masyarakat dan zamannya. Khususnya bagi pelajar, rebutlah peluang menimba ilmu di UMT tercinta ini termasuklah di Kolej Siswa, dan jadilah pemimpin masa hadapan yang berkaliber.

PROF. DATO’ DR. NOR AIENIBINTI HAJI MOKHTAR

Naib CanselorUniversiti Malaysia Terengganu

BEGIN TO BE NOW WHAT YOU WILL BE HEREAFTER...

Page 6: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

Bicara TNC (HEPA)

SEPERTI YANG DIKETAHUI, MEMANGLAH MENJADI AZAM KITA UNTUK MENJADIKAN KOLEJ SISWA INI SEBAGAI TEMPAT PEMBELAJARAN KEDUA YANG PALING KONDUSIF UNTUK PARA MAHASISWA. MENYEDARI AKAN HAL INI, KOLEJ SISWA TERUTAMANYA KOLEJ SISWA PEMBELAJARAN KEDUA TELAH BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH INI DIPIKUL DENGAN SEBAIKNYA. MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN MAHASISWA MENGHABISKAN KEBANYAKAN MASA MEREKA DI KOLEJ SISWA. Justeru, amatlah wajar kebajikan dan keselamatan mereka di Kolej Siswa dijaga dengan sebaiknya. Begitu juga dengan mahasiswa luar kampus yang menetap di rumah sewa. Cabaran mengurus mahasiswa di Kolej Siswa dan Luar Kampus mungkin berbeza. Dengan ini, saya amatlah berharap kerjasama erat dan efektif antara pihak Kolej Siswa Dalam Kampus, Kolej Siswa Pembelajaran Kedua dan Kolej Siswa Luar Kampus demi kesejahteraan mahasiswa UMT.

Apapun cabaran yang mendatang, Insha-Allah kita semua mampu menanganinya dengan bijak dan berhemah. Semoga Allah SWT memudahkan kita dalam mendidik sahsiah mahasiswa dan segala susah payah kita ini bakal mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Terima kasih.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan

ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jualah saya

berpeluang untuk menitipkan ucapan di dalam Buletin AURA

ini. Pertama sekali, tahniah kepada Pengetua Kolej Siswa

dan sidang redaksi di atas usaha menerbitkan buletin yang berinformasi ini untuk

dijadikan sebagai bahan tatapan warga UMT.

PROF. DR. ANUAR BIN HASSANTimbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Universiti Malaysia Terengganu

ASSALAMUALAIKUM WBT. dan SALAM SATU MALAYSIA.

Page 7: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

BicaraPENGETUABersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan ruang dan kesempatan untuk mengabadikan kata alu-aluan dalam Buletin AURA Kolej Siswa ini. Tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi kerana berjaya menerbitkan buletin ini sebagai satu saluran maklumat yang penting bagi warga UMT untuk mengenali dan mendekati Kolej Siswa. Hal ini terutamanya bagi mempromosi fungsi serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kolej Siswa.

Berbekalkan aspirasi utama UMT, Kolej Siswa Pembelajaran Kedua telah memulakan langkah pertama dengan menerbitkan Buletin Kolej Siswa untuk warga UMT. Idea utama buletin ini adalah mewarkahkan komponen-komponen Kolej Siswa yang menjadi penggerak utama dalam merealisasikan kejayaan UMT. Di samping itu, buletin Kolej Siswa juga memuatkan laporan aktiviti yang berlaku di sekitar Kolej Siswa dan perkongsian maklumat berkaitan Kolej Siswa. Semoga penerbitan Buletin AURA ini dapat menjadi wadah penyampai maklumat dan input yang bermaslahat kepada para pembaca.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Kolej Siswa (MKS) 2014/15 kerana berjaya melaksanakan pelbagai program untuk mahasiswa UMT dengan jayanya. Banyak program telah dilaksanakan pada semester lepas dan saya berharap agar MKS akan terus memberi komitmen tinggi kepada Kolej Siswa.

TN. HAJI AWANG KODING BIN CHE TOMPengetua Kolej SiswaUniversiti Malaysia Terengganu

ASSALAMUALAIKUM WBT. dan SALAM SEJAHTERA.

MULAKAN HARI INI UNTUKPERMULAAN KEMUDIAN HARI...

Page 8: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

Bicara TIMBALAN PENGETUA LUAR KAMPUS

PERTAMA SEKALI, TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA SIDANG REDAKSI KERANA BERJAYA MENERBITKAN BULETIN AURA KOLEJ SISWA. SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KERANA TURUT MEMBERIKAN SAYA PELUANG UNTUK MENCORETKAN KATA-KATA DALAM BULETIN YANG BERPRESTIJ INI.

Tahun 2015 telah berlalu pergi, meninggalkan kita sepi dengan rakaman memori indah yang terpahat di sanubari. Terbukti, Kolej Siswa berfungsi dengan cemerlang sewaktu menerima kepulangan pelajar lama ke asrama pada Februari 2015 dan menerima pelajar baharu pada September yang lalu. Penyediaan penempatan pelajar UMT untuk kira-kira 3000 pelajar telah diuruskan dengan baik dan hampir sempurna. Inilah hasil kerjasama kesemua staf Kolej Siswa dibantu oleh felo dan adik-adik MKS. Tahniah saya ucapkan kepada semua!

Tahun 2015 juga melakar sejarah buat Kolej Siswa apabila menerima seorang Pengetua dan dua orang Timbalan Pengetua baharu. Pengetua Tn. Hj. Awang Koding dibantu oleh Timb. Pengetua Pembelajaran Kedua, Dr. Che Wan Ida Rahimah dan juga saya yang bertanggungjawab menjaga urusan pelajar luar kampus. Kolej Siswa Luar Kampus, atau singkatannya KSLK menjadi sebahagian daripada fungsi Kolej Siswa dengan kekuatan tiga orang staf. Walaupun bilangannya nampak kecil tetapi komitmen staf KSLK adalah berada pada tahap yang cemerlang. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada Pengurus En. Mohamad Jamil Rasyidi bin Mohamad Ramlan dan Penyelia Cik Siti Rabiatul Adawiyah Bt. Mohd Zin.

Tahun baharu 2016 akan memberi lebih banyak cabaran kepada pihak Kolej Siswa. Walaupun tidak secara langsung terpalit dengan kurangan bajet mengurus UMT, tetapi cabaran menguruskan penempatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan adalah cukup kuat. Dengan demikian, saya menyeru kepada semua staf Kolej Siswa, felo, MKS dan MPLK supaya berganding bahu dalam menjayakan visi dan misi Kolej Siswa selaras dengan hasrat untuk menjadikan Kolej Siswa sebagai rumah kedua pelajar.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEMUA.

ASSALAMUALAIKUM WBT. dan SALAM SEJAHTERA.

MENDEPANI CABARAN, MENCARI PENYELESAIAN.

DR. CHE MOHD IMRAN BIN CHE TAIBTimbalan Pengetua Luar Kampus

Page 9: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

Bicara TIMBALAN PENGETUA

PEMBELAJARAN KEDUA

ALHAMDULILAH DENGAN WUJUDNYA KOLEJ SISWA PEMBELAJARAN KEDUA, BERMULALAH EPISOD BARU BAGI KOLEJ SISWA UMT. BERSAMA-SAMA DENGAN KOLEJ SISWA DALAM KAMPUS DAN KOLEJ SISWA LUAR KAMPUS, MISI DAN VISI BAGI MEMBANGUNKAN PELAJAR PASTI AKAN BERHASIL. ADALAH MENJADI ASPIRASI UTAMA KOLEJ SISWA PEMBELAJARAN KEDUA UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA KONDUKSIF BAGI PEMBELAJARAN KEDUA PELAJAR DI KOLEJ SISWA.

Dengan bantuan Penolong Pengurus Asrama, En. Ahmad Fadhli Bin Hamzah dan Pembantu Tadbir, Pn. Nur Maisarah Bt. Ali, Kolej Siswa Pembelajaran Kedua ini bertanggungjawab merancang pembangunan nilai tambah pelajar di UMT melalui aktiviti pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan oleh KSPK ini adalah Program Pemerkasaan Bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan bahasa asing), Program Komunikasi dan Kepimpinan, Kerohanian serta Keusahawanan. Dengan ini, diharapkan Kolej Siswa mampu menjana kemahiran komunikasi, kepimpinan dan sosial dalam kalangan mahasiswa. Bukan sahaja cemerlang akademik, malahan kecemerlangan sahsiah turut menjadi agenda Kolej Siswa Pembelajaran Kedua.

Besar harapan kami agar Kolej Siswa Pembelajaran Kedua akan terus berfungsi dan berkembang dengan sinergi pihak pentadbiran Kolej Siswa, Kolej Siswa Luar Kampus, pusat pengajian dan seluruh warga UMT.

ASSALAMUALAIKUM WBT. dan SALAM SEJAHTERA.

MENJANA ILMU, SAHSIAH TERBILANG

DR. CHE WAN IDA RAHIMAH BT. CHE WAN IBRAHIMTimbalan Pengetua Kolej Siswa Pembelajaran Kedua

Lemah Gemalai Tari Si Puteri,Manis Senyum Tautan Bersemi,Kolej Siswa Pembelajaran Kedua Kukuh Berdiri, Ke arah Misi Sokonglah Kami.

Page 10: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

KenaliKOLEJ SISWA ANDA

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

VISI

MENJADI SEBUAH PUSAT TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN PENEMPATAN DAN PEMBELAJARAN

KEDUA YANG TERUNGGUL.MISI

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENGINAPAN, PRASARANA DAN PEMBELAJARAN KEDUA YANG KONDUSIF KE

ARAH PEMBANGUNAN SAHSIAH MAHASISWA SECARA HOLISTIK.

Page 11: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

Carta Organisasi KOLEJSISWA

PENGETUAHAJI AWANG KODING B. CHE TOM

SETIAUSAHA PEJABAT (N27)SRI MARDIANA BT. SALLEH@MUHAIMI (K)

KOLEJ SISWADALAM KAMPUS

KOLEJ SISWA ABDUL RAHMAN LIMBONG

SEKSYEN PENTADBIRAN& KEWANGAN

KOLEJ SISWA SHEIKH ABDUL MALIK

KOLEJ SISWALUAR KAMPUS

UNIT LUAR KAMPUS

KOLEJ SISWAPEMBELAJARAN KEDUA

KOLEJ ANTARABANGSA

Timbalan Pengetua Belum di isi

Timbalan Pengetua DR. CHE MOHD IMRAN

CHE TAIB

Timbalan Pengetua DR. CHE WAN IDA RAHIMAH

BT. CHE WAN IBRAHIM

Pegawai Tadbir (N41)ZAIZULHIZMA BT. SALLEH (K)

Penolong Pengurus Asrama (NN27)

NOORHAFIZA HASNI BT. AB MANAF (K)

Penyelia Asrama (N17)

NUR AKMAL HAKIM BT. EYA

MOHD FAIRUS B. ALIAS

MUHAMAD HAFIZ B. ABD KADIR

AHMAD FADZIL B. ABD JALIL (K)

MASITOH BT. MOKHTAR (K)

Pembantu Awam (H11)

Pegawai Tadbir (N41)MOHAMAD JAMIL RASYIDI B.

MOHAMAD RAMLAN (K)

Penolong Pengurus Asrama (NN27)

BELUM DIISI

Penyelia Asrama (N17)SITI RABIATUL ADAWIYAH

BT. MOHD ZIN (K)

Pengurus asrama (N41)BELUM DIISI

Penolong Pengurus Asrama (NN27)

AHMAD FADHLI B. HAMZAH

Pembantu Tadbir (P/O) (NN17)

NURMAISARAH BT. ALI (K)

Penolong Pengurus Asrama (NN27)

WAN NUSRAHIZWAH BT. WAN AWANG

Pembantu Tadbir(P/O) (NN17)

MOHD NAZRIN B. ABDULLAH

Pembantu Kemahiran (H17)MOHD FAZRIL B. AYI@AWI

(K)

Pemandu (H11)MOHD FAUZI B. BAHARI

Tukang K3 (R9)MOHD SUKRI B. ABDULLAH

Pembantu Operasi (N11)

MOHD SYAIFU B. SAID

SUHAIDA BT. ISMAIL (K)

Pegawai Tadbir (N44)WAN ADZMANI B. WAN

OTHMAN

Page 12: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

KOLEJ SISWASEKSYEN PENTADBIRAN

Seksyen Pentadbiran merupakan Syeksen Pengurusan Pentadbiran Kolej Siswa, Universiti Malaysia Terengganu. Kakitangan seksyen pentadbiran terdiri daripada lapan orang iaitu, Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama, pembantu tadbir, Pembantu Operasi, Tukang, Pembantu Kemahiran dan Pemandu.

FUNGSI

• Memastikan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Kolej Siswa dapat dirancang dan dilaksana dengan berkesan.

• Menyediakan kemudahan perkhidmatan pengambilan bungkusan/poslaju kepada pelajar UMT.

• Menyelaras hal ehwal penempatan dan kebajikan pelajar luar kampus.

• Menyelaras maklumat penempatan luar untuk disalurkan kepada pelajar luar kampus yang berminat.

• Mengurus pelarasan Tabung Kolej Siswa dan Tabung Majlis Kolej Siswa.

• Membantu menyedia, memproses dan merekod bajet tahunan Tabung Kolej Siswa dan menjalankan tugas-tugas kewangan yang berkaitan.

• Mengurus rekod aset dan perolehan yang dilakukan di peringkat Kolej Siswa.

• Mengawal selia kenderaan Kolej Siswa dari segi tempahan dan penyelenggaraan kenderaan.

• Menyelaras dan memantau segala kerja-kerja pembaikian kecil di Kolej Siswa.

• Mengurus dan menyelia penyelenggaraan Kolej Siswa.

Page 13: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

KOLEJ SISWA DALAM KAMPUS

Fungsi• Mengurus penempatan pelajar di Kolej Siswa.• Menyelaras pembangunan kebajikan pelajar di Kolej Siswa.• Mengurus dan mengemaskini rekod pelajar di Kolej Siswa .• Menyelaras, merancang, menyelia aktiviti pelajar di Kolej

Siswa.• Menyelaras peraturan bagi setiap pengusaha kafeteria agar

mengikut peraturan yang ditetapkan.• Memastikan masalah pelajar yang berkaitan dengan kolej

diselesaikan segera.• Memastikan prasarana kemudahan kolej sentiasa berkeadaan

baik.• Memastikan keselamatan pelajar kolej sentiasa terjamin.• Memastikan felo sentiasa proaktif kepada pelajar.

BLOK-BLOK KOLEJ SISWA

Kolej Siswa Sheikh Abdul Malek (KSSAM)- Blok B1- Blok B2Kolej Siswa Abdul Rahman Limbong (KSARL)- Ibnu Jarir- An-Nasa’i- At-Thabrani- At-Tamidzi- Ibnu Abbas- Ibnu Majah

* Nama-nama kolej tersebut diambil sempena nama para Ulama Hadith yang terkenal.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KOLEJ SISWA UMT:

Kafeteria, surau, gelenggang sukan seperti futsal, badminton dan bola jaring outdoor gym, perkarangan blok untuk pelaksanaan aktiviti, bilik menonton, bilik penginapan agensi luar, bilik penginapan OKU, tempat letak kenderaan untuk warga OKU, tempat letak motosikal dan basikal pelajar, tempat letak kenderaan pelawat, ruang rekreasi dan wakaf, berbumbung susur gajah, pondok pegawai keselamatan, Vending Machine, dobi.

Page 14: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

KOLEJ SISWA LUAR KAMPUS

Kolej Siswa Luar Kampus (KSLK) merupakan salah satu unit di bawah pengurusan Kolej Siswa, Universiti Malaysia Terengganu. Kakitangan UPLK terdiri daripada tiga orang iaitu Timbalan Pengetua, Pengurus Asrama, dan Penyelia Asrama. KSLK turut dibantu oleh Majlis Pelajar Luar Kampus (KSLK) yang terdiri daripada 21 orang pelajar yang tinggal di luar kampus.

Page 15: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PELAJAR LUAR KAMPUS (MPLK)

Yang Dipertua Mohd Hamizan Bin Mohd Sunhaji

Naib Yang Dipertua 1 Simon Tiew Hung Liang

Naib Yang Dipertua 2 Liyana Bt. Yamin

Setiausaha Nur Iman Farhana Bt. Baharuddin

Bendahari Noor Amira Bt. Mohamad Rokhi

Exco Publisiti dan Hubungan Luar I. Erra Natasya Bt. Azman II. Muhammad Iezharuddin Bin Faharul Azman III. Wan Nur Madihah Bt. Wan Mohd Zulkefli

Exco Kebajikan dan Kesihatan I. Fatin Nadhirah Bt. Abu Bakar II. Nur Aishazwanie Bt. Shahrrulazhar III. Siti Noor Liana Bt. Ibrahim

Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah I. Ashana Bt. Abdul Rashid II. Nik Muhammad Khaidir Bin Sukri

Exco Keselamatan dan Penempatan I. Aminudin Bin Abdul Jalil II. Kumar A/L Suparmaim III. Nuraina Aqilah Bt. Zilli

Exco Keusahawanan I. Farah Farhanah Bt. Mohd Arifin II. Khairul Azhar bin Abdul Aziz III. Nur Hidayu Bt. Ahmad Kozi

Exco Sukan dan Kebudayaan I. Muhammad Rashidi bin Samsir II. Nor Shahira Bt. Mohd Kamil III. Vasithen A/L Letchumanan

Page 16: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

Penubuhan KSLK bertujuan untuk membantu pelajar dalam urusan mencari rumah sewa di sekitar Kuala Terengganu. Selain itu, KSLK dengan kerjasama KSLK turut bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar. KSLK juga berperanan menyedia dan mengemaskini Sistem Maklumat Pelajar Luar Kampus bagi memastikan maklumat yang tepat serta menyediakan direktori rumah sewa bagi memudahkan pelajar mendapatkan rumah sewa.

KSLK bertanggungjawab membantu mahasiswa menjalankan aktiviti dan program bersama masyarakat serta komuniti setempat. Selain itu, KSLK turut menjalankan pemantauan serta membantu memelihara kesejahteraan mahasiswa luar kampus. Antaranya bagi kes kemalangan, kecurian, jenayah (sivil/syariah), serta masalah kesihatan yang dihadapi mereka.

FUNGSI

• Mengurus penempatan pelajar luar kampus termasuk pelajar antarabangsa.

• Memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan pelajar berada dalam keadaan yang optimum.

• Menyediakan maklumat kediaman luar terkini.

• Memainkan peranan sebagai perantara pemilik dan penyewa kediaman luar.

• Mengurus dan mengemaskini rekod pelajar luar kampus.

• Menyelaras, merancang dan menyelia aktiviti kepada pelajar luar kampus.

• Menyediakan garis panduan dan kontrak sewaan rumah sewa.

• Membantu menyalurkan maklumat luar kampus kepada pihak bertanggungjawab mengikut keperluan.

• Memastikan prasarana kemudahan Kolej Antarabangsa sentiasa berkeadaan baik.

• Mengalakkan pelajar luar kampus untuk terlibat dalam program bersama komuniti setempat.

Page 17: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

KOLEJ SISWA PEMBELAJARAN KEDUA

Kolej Siswa Pembelajaran Kedua bertanggungjawab mengendalikan semua aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran kedua pelajar terutamanya di Kolej Siswa. Pembelajaran Kedua merupakan pembelajaran yang berlaku secara tidak formal atau tidak langsung, yang kebanyakannya berlaku melalui aktiviti serta pengalaman seharian seseorang. Ia boleh diperolehi secara berseorangan atau berkolaborasi dengan orang lain. Pembelajaran bentuk ini tidak melibatkan kurikulum atau konteks yang formal. Malah, hasil pembelajaran sebegini juga dinilai melalui penilaian secara tidak formal.

FUNGSI

• Mengurus aktiviti pelajar untuk pembelajaran tidak formal.• Melaksana, menyelaras dan memantau aktiviti pembelajaran

kedua di UMT.• Mengurus dan mengemaskini rekod aktiviti pembelajaran

kedua pelajar di UMT.• Menyelaras peraturan aktiviti pembelajaran kedua pelajar.• Menyediakan kemudahan untuk pelaksanaan aktiviti

pembelajaran kedua.• Menyediakan tenaga pengajar bagi pelaksanaan aktiviti

pembelajaran kedua di Kolej Siswa.

SASARAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN KEDUA

Kolej Siswa mensasarkan kira-kira 13 program besar sepanjang tahun 2016. Ini termasuklah Program Pemerkasaan Pelbagai Bahasa, Komunikasi, Kerohanian, Sukan, Kebudayaaan, Keusahawanaan, Kemasyarakatan dan Kesukarelawanan. Di samping itu, Kolej Siswa Pembelajaran kedua akan turut menganjurkan aktiviti yang berbentuk kepimpinan, penerbitan dan “Outdoor program”.

MARILAH BERKENALAN DENGAN DUA FELO AKADEMIK BARU

Selaras dengan transformasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi UMT, Kolej Siswa Pembelajaran kedua yang baru ditubuhkan ini bakal menerima dua orang Felo yang bertanggungjawab membantu Timbalan Pengetua Pembelajaran Kedua merancang semua aktiviti pelajar Pembelajaran Kedua di Kolej Siswa. Felo tersebut ialah:

I) DR. ISMAIL BIN MUHAMMAD – DS52 PENSYARAH BAHASA ARABII) (Akan di Isi) – DG44 FELO BAHASA INGGERIS

Page 18: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

Berita Baik !!KOLEJ SISWA PEMBELAJARAN KEDUA BAKAL MENYEDIAKAN PUSAT PEMBELAJARAN KEDUA YANG LENGKAP KHUSUS BUAT PELAJAR UMT. PUSAT BERKENAAN DILENGKAPI DENGAN DEWAN BERHAWA DINGIN DENGAN KAPASITI 200 ORANG. UNTUK MAKLUMAN IA MASIH DALAM PROSES PEMBINAAN DAN BAKAL DI SIAPKAN TIDAK LAMA LAGI.

PELBAGAI KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PEMBELAJARAN KEDUA DI KOLEJ SISWA.

Page 19: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

MANTAN KETUA FELO KOLEJ SISWA

ASSALAMUALAIKUM WBT. dan SALAM SATU KOLEJ SISWA.

DR. NIK AZIZ BIN NIK ALIPensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan

SYABAS DAN TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA SIDANG BULETIN AURA KOLEJ SISWA UMT KHUSUSNYA KEPADA DR. CHE WAN IDA RAHIMAH SELAKU TIMBALAN PENGETUA PEMBELAJARAN KEDUA. KEJAYAAN INI TERUTAMANYA BAGI USAHA MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PENERBITAN MAJALAH KOLEJ SISWA YANG EDISI SULUNGNYA PADA TAHUN 2014.

TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN RUANG KEPADA SAYA UNTUK BERKONGSI KATA-KATA PERANGSANG KHUSUS BUAT FELO BARU DI KOLEJ SISWA.

Kenangan menjadi Felo Kolej Siswa (FKS) selama empat tahun adalah begitu indah dan bermakna dalam hidup saya. Amanah yang digalas cukup besar dan berat bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga di samping tugas hakiki sebagai pelajar Doktor Falsafah tidak terabai. Sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai FKS, banyak kenangan pahit manis, suka duka yang telah saya lalui yang pastinya akan sentiasa tersemat di sanubari. Segala pengalaman yang ditimba di kolej siswa akan saya jadikan sebagai motivasi untuk menggerakkan diri agar dapat membina keyakinan diri ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Kini, era globalisasi memberi cabaran getir buat generasi muda khususnya mahasiswa. Mereka bakal diuji dari segi kematangan dan keupayaan berfikir serta membuat

keputusan yang tepat untuk diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Justeru, mahasiswa perlu diasuh, dibentuk dan dididik dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan kepandaian sebagai pelengkap diri di masa depan.

Dalam hal ini, idea untuk menyediakan pembelajaran kedua secara sistematik di Kolej Siswa merupakan medium terbaik dalam membentuk, mendidik dan

memperlengkapkan diri mahasiswa dengan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran.

Hasilnya, mereka bakal berdaya saing, sekaligus menjadi aset berharga untuk memacu kemajuan dan pembangunan negara. Pembangunan diri mahasiswa yang seimbang dari aspek emosi, rohani,

jasmani dan intelek perlu ditekankan agar selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Ingatlah mahasiswa sekalian, anda merupakan generasi baru yang bakal mencorak kemakmuran dan kemajuan negara. Manfaatkan masa yang masih ada ini untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyaknya di alam universiti ini. Janganlah sia-siakan usia muda dengan agenda yang tidak menguntungkan, kerana masa depan anda masih lagi jauh untuk digapai. Akhir kata saya mendoakan agar semua berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang diceburi dan selamat maju jaya.

Belajar memang melelahkan, namun lebih lelah kelak jikalau saat ini tidak belajar.

Page 20: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

FELO KOLEJ SISWA (FKS) Mari berkenalan dengan

ORGANISASI FELO KOLEJ SISWA Universiti Malaysia Terengganu.

KETUA FELO: CIK SITI NORBAKYAH BT. JABAR (IJ)

TIMBALAN KETUA FELO/ SETIAUSAHA: CIK RADIAH BT. ALI (IM)

PORTFOLIO:

1. Sukan dan Rekreasi : EN. WAN AKMAL ATIQ BIN WAN HASSAN (B1)2. Kelestarian dan Keceriaan : CIK NOR AMIRA BT. OTHMAN (ATB)3. Pengantarabangsaan dan Hubungan Luar : CIK NOOR FADILAH BT. YUSOF (ANN)4. Kebudayaan dan Warisan : CIK NUR FADZLUNNISAA BT. WAKIMIN (IJ)5. Keselamatan dan Kesihatan : CIK NURUL FARIHA BT. YUSOF (IA)6. Publisiti, Penerbitan dan Multimedia : TAN SIAN HUI (B2)7. Keusahawanan dan Penajaan : EN. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ALI (B1)8. Aduan dan Kebajikan : EN. HAIRUL ASYRAF BIN AHMAD (ATT)9. Pembelajaran Kedua : CIK CHAI MUI NYUK (B2)10. Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah : EN. AHMAD ZUBAIR BIN MOHAMAD ZAHID11. Akademik dan Kerjaya : CIK CHAI MUI NYUK (B2)

BIDANG TUGAS FELO:

• Menjaga kebajikan pelajar terutama di blok masing-masing.• Bertindak selaku penasihat Majlis Kolej Siswa (MKS) dalam

membantu dan memberi tunjuk ajar mengikut portfolio dan bidang tugas masing-masing.

• Perancangan dan penyusunan awal aktiviti-aktiviti Kolej Siswa.• Berperanan sebagai perantara mahasiswa dengan pengurusan

Kolej Siswa• Pemantau disiplin dan salahlaku di asrama

KRITERIA MENJADI FELO:

• Pascasiswazah, pensyarah ataupun staf Universiti Malaysia Terengganu.

• Memiliki sifat sukarelawan yang tinggi.• Mempunyai sifat penyayang dan protektif.• Kreatif dan kritis.• Bertanggungjawab.• Menyemai budaya hormat-menghormati dan berkasih sayang.

Page 21: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

MAJLIS KOLEJ SISWA (MKS) MAJLIS KOLEJ SISWA ADALAH SEBUAH NAMA DAN GELARAN YANG

DIANUGERAHKAN KEPADA PARA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU YANG TELAH MEMILIH UNTUK MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA MEREKA UNTUK BERKHIDMAT KEPADA KOLEJ SISWA ATAS NAMA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PARA MAHASISWA YANG MENETAP DI KOLEJ SISWA. BADAN ORGANISASI INI DIKETUAI OLEH 5 ORANG MAJLIS TERTINGGI DAN 10 ORANG EXCO PORTFOLIO YANG DIBANTU OLEH 5 ORANG RAKAN MKS BAGI SETIAP PORTFOLIO.

SENARAI PORTFOLIO MKS

• Pembelajaran Kedua• Keselamatan dan Kesihatan• Pengantarabangsaan dan Hubungan Luar• Sukan dan Rekreasi

• Kebudayaan• Akademik dan Kerjaya• Kerohanian dan Pembangunan

Sahsiah

• Aduan dan Kebajikan• Keceriaan dan Kelestarian• Publisiti dan Multimedia

Misi MKS

MEMBERIKAN SUMBANGAN BERMAKNA KEPADA PEMBENTUKAN DAN PEMBANGUNAN KOLEJ SISWA SERTA KEMAJUAN MAHASISWA DAN MAHASISWI SEIRING DENGAN ASPIRASI TRANSFORMASI KOLEJ SISWA SEBAGAI PUSAT UTAMA PEMBELAJARAN KEDUA.

Visi MKS

MELAHIRKAN SEBUAH KEPIMPINAN YANG CAKNA

PERANAN MKS

• MKS adalah medium perhubungan antara pihak pentadbiran Kolej Siswa dengan pelajar

• Berperanan sebagai perantara antara pelajar dan pengurusan

• Membantu FKS menjaga kebajikan pelajar

MKS CAKNA, MERCU REVOLUSI MAHASISWA

Page 22: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

Page 23: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

BENGKEL PENGURUSAN ACARA KOLEJ SISWA 2015

PADA 17 HINGGA 18 JANUARI 2015, KOLEJ SISWA TELAH MENGANJURKAN BENGKEL PENGURUSAN ACARA BERTEMPAT DI BILIK SEMINAR EKSEKUTIF, JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT).

BENGKEL INI TELAH DISERTAI OLEH 42 ORANG PESERTA YANG TERDIRI DARIPADA 10 ORANG FELO KOLEJ SISWA DAN 32 ORANG MAJLIS KOLEJ SISWA (MKS).

PROGRAM INI BERTUJUAN MEMBERI PENDEDAHAN KEMAHIRAN ASAS KEPADA PESERTA MENGENAI PENGENDALIAN DAN PENGURUSAN ACARA. PELBAGAI AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) TELAH DIJALANKAN.

Melalui program ini, para peserta telah mempelajari teknik pengendalian sesebuah program. Di samping itu, para peserta juga diterapkan sifat kepimpinan melalui tugasan yang diberi dengan cara pengagihan ahli jawatankuasa, perancangan perjalanan majlis, persiapan tempat dan sebagainya. Sekalung tahniah kepada para peserta kerana berjaya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang dua hari tersebut.

1. Bengkel dijalankan dengan penggunaan multimedia, pendekatan interaktif dan dinamik.

2. Pelbagai aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) telah dijalankan.

3. Kesungguhan peserta menyiapkan tugasan dengan berkolaborasi secara positif.

4. Bengkel dijalankan dengan penggunaan multimedia, pendekatan interaktif dan dinamik.

5. Wajah ceria peserta yang berjaya menyiapkan tugasan ‘Hands-On Event Organisation’.

Page 24: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

1. Peserta mendapat pendedahan aktiviti keusahawan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri.

2. Pertandingan ‘Young Entrepreneur Explorace’ melibatkan dua aktiviti yang berlainan iaitu sukan dan aktiviti keusahawanan.

3. Program memfokuskan kepada pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan ke arah kebolehpasaran graduan.

PROGRAM CAMPUS LIFE CARNIVAL @ KOLEJ SISWA (CLC@KS) 2015

TANGGAL 12 HINGGA 14 MAC 2015, MAJLIS KOLEJ SISWA TELAH MENGANJURKAN PROGRAM ‘CAMPUS LIFE CARNIVAL’ @ KOLEJ SISWA (CLC@KS) 2015 DENGAN KERJASAMA FELO KOLEJ SISWA DI SEKITAR KOLEJ SISWA DAN KAMPUS UMT. CLC@KS MERUPAKAN SEBUAH PROGRAM YANG JULUNG KALINYA DIADAKAN DI KOLEJ SISWA UMT.

ANTARA OBJEKTIF PROGRAM INI ADALAH UNTUK MENCUNGKIL BAKAT TERPENDAM DI KALANGAN MAHASISWA DENGAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN SERTA MENERAPKAN KREATIVITI DALAM PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN. SELAIN ITU, MAHASISWA JUGA DIDEDAHKAN DENGAN KEMAHIRAN INSANIAH YANG BERGUNA UNTUK KERJAYA DI MASA DEPAN.

Program yang dijalankan selama tiga hari ini melibatkan pelbagai aktiviti antaranya bengkel kebolehpasaran mahasiswa. Bengkel ini lebih menfokuskan kepada cara mengenalpasti

kelemahan dan potensi diri, pembentukan sikap termasuklah pengurusan masa dan diri serta cabaran di tempat belajar. Bagi memberi pendedahan tentang pelbagai ilmu kesenian, pihak penganjur juga telah menjalankan aktiviti berbentuk Seni Persembahan dan ‘Youth Talents’. Penganjuran program sebegini mampu memupuk kreativiti dan kerjasama berkumpulan di samping mengasah bakat mahasiswa. Selain itu, program ini dapat memberi impak yang positif terhadap peserta melalui pendedahan strategi bagi memperolehi kejayaan dalam akademik dan kerohanian.

Page 25: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

FANTASTIC LEGACY OF YOUTH (FLY) 2015PADA 15 HINGGA 17 MAC 2015 YANG LALU, MAJLIS KOLEJ SISWA DENGAN KERJASAMA FELONYA TELAH MENJALANKAN PROGRAM ‘FANTASTIC LEGACY OF YOUTH’ (FLY) 2015. PROGRAM YANG JULUNG KALINYA DIADAKAN INI TELAH MELIBATKAN SEBAHAGIAN WARGA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) DAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU YANG DIJALANKAN DI SEKITAR KOLEJ SISWA DAN KAMPUS UMT.

PROGRAM SEPERTI INI ADALAH UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN FESYEN KEPADA MAHASISWA BAGI MENDALAMI GAYA HIDUP BERAGAMA YANG SEBENAR DAN BERAKHLAK MULIA. SELAIN ITU, TUJUAN PROGRAM INI DIJALANKAN ADALAH UNTUK MENGGALAKKAN MAHASISWA BERTANDING SECARA SIHAT DI SAMPING MENCUNGKIL BAKAT MEREKA MELALUI PROGRAM YANG DIJALANKAN.

Program ini menganjurkan Pertandingan Seni Khat di samping aktiviti menarik Karnival Jualan Kolej Siswa. Majlis Penutup FLY diadakan di Kolej Siswa dan dirasmikan oleh YBhg Pengetua Kolej Siswa, Prof. Dr. Nik Hashim Bin Nik Mustapha. Dengan berlangsungnya program ini, mahasiswa UMT dapat menghayati pelbagai aspek kerohanian dengan menerapkannya ke dalam aspek akademik, keusahawanan dan hiburan. Melalui aktiviti yang dijalankan juga, mahasiswa mendapat ilmu tentang konsep cinta yang sebenar dalam konteks beragama dan adab-adab dalam pergaulan. Misalnya, mahasiswa memperolehi pendedahan dan kefahaman mengenai etika berpakaian sopan serta pengetahuan seni khat yang menjadi seni Islam yang unik.

1. Forum Bicara Cinta yang melibatkan ahli panel yang popular.

2. Kempen ‘Pakai Molek Deh’ yang menarik perhatian pelajar.

3. Bengkel Busana Muslimah mendedahkan panduan berpakaian wanita menurut Islam.

4. Peserta menghayati kemeriahan pertandingan nasyid, hafazan dan tilawah Al-Quran yang dianjurkan.

Page 26: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

CLICK ON CREATIVITY (COC)

MAJLIS KOLEJ SISWA DENGAN KERJASAMA

FELONYA TELAH MENGANJURKAN SATU

PROGRAM ‘CLICK ON CREATIVITY’ (COC) UNTUK

MENGISI MASA LAPANG PENGHUNI KOLEJ SISWA

UMT. PROGRAM INI BERLANGSUNG PADA 14

HINGGA 16 MEI 2015 BERTEMPAT DI KOLEJ SISWA DAN SEKITAR KAMPUS UMT.

OBJEKTIF PROGRAM INI ADALAH UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN MENGENAI KEPENTINGAN KEMAHIRAN MULTIMEDIA BAGI MEMPERKASAKAN LAGI KESEDARAN TERHADAP KEPENTINGAN TEKNOLOGI INTERAKTIF TERHADAP MAHASISWA. SELAIN ITU, PROGRAM INI MERUPAKAN USAHA MURNI KOLEJ SISWA BAGI MENCUNGKIL BAKAT MULTIMEDIA PARA PESERTA DALAM AKTIVITI YANG DIJALANKAN.

Dengan berlangsungnya program ini, mahasiswa UMT telah diterapkan dengan kesedaran etika sebagai pengguna laman sosial. Di samping itu, ia juga dapat memberi pendedahan ilmu seni reka grafik kepada mahasiswa dalam memperkasakan teknik hebahan dalam bentuk grafik.

1. Kehadiran Ikon remaja Diana Amir untuk Diskusi Bahana Laman Sosial memeriahkan lagi program COC.

2. Para peserta dalam sesi Multimedia & Seni Reka Grafik (photoshoP).2. Aktiviti berbentuk riadah turut mendapat sambutan dari peserta.

Page 27: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

PADA 14 HINGGA 16 MEI 2016, FELO KOLEJ SISWA DENGAN KERJASAMA KOLEJ SISWA MENGADAKAN PROGRAM ‘SAFE AND FIT@KOLEJ SISWA”. OBJEKTIF PROGRAM INI MENDEDAHKAN PELAJAR UMT TENTANG KEMAHIRAN KESELAMATAN, PENAMPILAN, KERJAYA DAN SETERUSNYA MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA MEREKA TENTANG NILAI MURNI DAN SAHSIAH. MALAH, KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DITERAPKAN DENGAN MEMBERI PENEKANAN TERHADAP PENGUASAAN PENGETAHUAN SERTA KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI DI LUAR BILIK KULIAH.

PROGRAM SAFE AND FIT @ KOLEJ SISWA DI SAMPING ITU, IA MEWUJUDKAN IKLIM PERPADUAN ANTARA PELAJAR DARIPADA

PELBAGAI UNIVERSITI SELURUH MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM. PROGRAM INI JUGA PENTING BAGI MENYEDARKAN SEMUA PIHAK TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR KOLEJ SISWA TENTANG PENTINGNYA MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN MEREKA.

Pada 16 Mei 2015, Majlis Perasmian Penutup dijalankan di Teflon Kolej Siswa Sheikh Abdul Malek pada 9.00 malam dan dirasmikan oleh Pengurus Kanan Asrama Kolej Siswa, Encik Wan Adzmani Bin Wan Othman. Program tersebut staf dan pelajar Kolej Siswa dan UMT. Ia memberi impak positif berdasarkan kehadiran peserta yang memberangsangkan serta gimik perasmian yang menarik. Di akhir program, maklumbalas positif peserta diperolehi dan Kolej Siswa berhasrat untuk menambahbaikan program pada masa akan datang.

1. Forum Bicara Cinta yang melibatkan ahli panel yang popular.2. Kempen ‘Pakai Molek Deh’ yang menarik perhatian pelajar.3. Bengkel Busana Muslimah mendedahkan panduan berpakaian

wanita menurut Islam.4. Peserta menghayati kemeriahan pertandingan nasyid, hafazan dan

tilawah Al-Quran yang dianjurkan.

Page 28: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

Penganjuran aktiviti sukan dapat menarik minat pelajar mengamalkan gaya hidup sihat.Program ini memfokuskan kepada pembentukan komunikasi positif melalui interaksi sosial.Peserta yang bersemangat cekal mengambil bahagian dalam program KESUAR

KEJOHANAN SUKAN KOLEJ SISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (KESUAR)PROGRAM KEJOHANAN SUKAN ANTARA RUMAH (KESUAR) 2015 MERUPAKAN SEBUAH PROGRAM PERINGKAT UNIVERSITI YANG JULUNG KALINYA DIADAKAN DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. OBJEKTIF PROGRAM KEJOHANAN SUKAN ANTARA RUMAH (KESUAR) 2015 ADALAH UNTUK MELAHIRKAN GENERASI PELAJAR HOLISTIK DARI SEGI MORAL, SPIRITUAL, EMOSI, JASMANI DAN MENTAL.

IA MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA UNTUK BERANI MENCUBA SERTA MENCUNGKIL BAKAT BARU YANG BOLEH DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA.

Program Kejohanan Sukan Antara Rumah (KESUAR) 2015 telah dijalankan di sekitar Kolej Siswa dan Kampus UMT. Secara keseluruhannya, peserta yang terlibat terdiri daripada warga UMT. Antara acara yang dipertandingkan adalah perbarisan, menghias khemah, tarik tali, dodgeball, olahraga, futsal dan bola jaring. Hasilnya program ini berjaya menarik minat pelajar terhadap gaya hidup sihat melalui aktiviti kesukanan yang dianjurkan. Interaksi social di kalangan pelajar juga membentuk komunikasi yang positif dalam hidup dan pembelajaran dalam jangka panjang.

Page 29: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

PADA 14 DAN 15 OGOS 2015, MAJLIS KOLEJ SISWA (MKS) DENGAN KERJASAMA FELONYA TELAH MENGANJURKAN PROGRAM RIANG RIA AIDILFITRI KOLEJ SISWA 2015. SERAMAI 300 ORANG PELAJAR DIPLOMA TELAH MENYERTAI DAN MEMERIAHKAN SERTA MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM.

PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MENYAMBUT KEMERIAHAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SAMPING MENGIMPLIKLASIKAN

PENDIDIKAN SECARA TIDAK FORMAL DI DALAM SEKITARAN KOLEJ SISWA SELAIN MENJADIKAN KOLEJ SISWA SEBAGAI

PUSAT PEMBELAJARAN KEDUA.

Program ini juga bertujuan untuk menyemai sifat bekerjasama dan merapatkan ukhwah di antara staf dan pelajar di sepanjang pelaksanaan program. Antara aktiviti yang

dijalankan sepanjang program tersebut adalah pertandingan menganyam ketupat, pertandingan kad raya kreatif,

pertandingan video ucapan raya dan diakhiri dengan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh YBhg Pengetua

Kolej Siswa, Haji Awang Koding bin Che Tom.

Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana kampus merupakan suatu pengalaman baru kepada pelajar.Pengarah Program menyampaikan cenderamata penghargaan buat pengetua yang sudi merasmikan majlis Riang Ria Aidilfitri.

Riang Ria

Page 30: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

PROGRAM FIESTA KEMERDEKAAN / HARI MALAYSIA ADALAH PROGRAM TAHUNAN YANG TELAH DIJALANKAN DI KOLEJ SISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN JUGA HARI MALAYSIA YANG DISAMBUT PADA 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER SETIAP TAHUN. IA MENDEDAHKAN PARA PELAJAR UMT TERHADAP SEMANGAT PATRIOTIK DAN KEMERDEKAAN.SELAIN ITU, PROGRAM INI DAPAT MENANAMKAN SIKAP PRIHATIN DAN SYUKUR DALAM KALANGAN PELAJAR UMT TERHADAP SEJARAH NEGARA DAN KEBEBASAN YANG DIRASAI. SELAIN ITU, IA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DALAM KALANGAN FELO KOLEJ SISWA (FKS), MAJLIS KOLEJ SISWA (MKS), KELAB-KELAB DAN PELAJAR UMT.

Page 31: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

Ia juga dapat mewujudkan persekitaran Kolej Siswa yang ceria dan bermakna bagi sambutan hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam semangat patriotisme. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah Malam Kesyukuran Malaysia, Santai Seni Merdeka dan Larian Warna Warni MalaysiaKu. Fiesta Kemerdekaan/Hari Malaysia telah dijalankan dengan jayanya di sekitar Kolej Siswa, dan kampus UMT. Para pelajar mengharapkan perlaksanaan program sebegini dapat diteruskan sebagai program tahunan.

• Semangat patriotisme, sikap prihatin dan syukur jelas terbayang di wajah-wajah bangsa Malaysia.

• Pegawai UMT turut mengambil peluang menjayakan program bersama pelajar.

• Acara Larian Warna Warni MalaysiaKu yang mendapat sambutan hangat dari pelajar.

• Kehadiran YBhg. Timbalan Naib Canselor HEPA yang turut mengambil bahagian memeriahkan lagi suasana program.

Page 32: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

PROGRAM INI DIADAKAN UNTUK MERAIKAN DAN MENGHARGAI WARGA KOLEJ SISWA BAGI SESI 2014/2015. MKS MERUPAKAN SATU ORGANISASI YANG DITUBUHKAN UNTUK MEMBANTU PIHAK PENGURUSAN KOLEJ SISWA UMT DARI SEGI PERMASALAHAN PELAJAR. SELAIN ITU, MKS JUGA MELAKSANAKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN KEDUA UNTUK MAHASISWA UMT.

PADA 10 OKTOBER 2015, FELO KOLEJ SISWA DENGAN KERJASAMA KOLEJ SISWA TELAH MENGANJURKAN MALAM JASA BAKTI (MASAKTI) KOLEJ SISWA 2015 BERTEMPAT DI PRIMULA BEACH HOTEL, KUALA TERENGGANU. PROGRAM INI DIRASMIKAN OLEH YBhg. PENGETUA KOLEJ SISWA, HAJI AWANG KODING BIN CHE TOM.

Page 33: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

Program ini turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap ahli MKS dan penganugerahan Putera dan Puteri MASAKTI 2015 yang disampaikan oleh Pengetua Kolej Siswa. Anugerah Putera dirangkul oleh saudara Mohd Fairus Bin Mustafa dan gelaran Puteri disandang oleh Fatin Nadzirah Bt. Zakaria. Program diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama Pengetua Kolej Siswa. Diharap

dengan adanya penganjuran program MASAKTI ini dapat memberi penghargaan kepada semua ahli MKS yang telah banyak memberi khidmat dan sumbangan serta kerjasama yang baik kepada Kolej Siswa UMT.

Sesi bergambar yang ditunggu-tunggu oleh para hadirin.Antara staf yang bertuah terpilih mendapat Anugerah Staf Cemerlang 2015.

Page 34: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

PROGRAM XPDC GUNUNG TAHAN

OBJEKTIF- PROGRAM INI JUGA MELIBATKAN PENDIDIKAN TIDAK FORMAL BAGI MENINGKATKAN KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL SEBAGAI PERSEDIAN KEPADA PELAJAR MENGHADAPI CABARAN.

Selain itu, pengetahuan serta kesedaran mereka tentang kepentingan pemeliharaan alam semulajadi dipertingkatkan. Program XPDC Gunung Tahan ini telah dijalankan pada 16 - 21 Ogos 2015 di Gunung Tahan, Taman Negara Tahan, disertai oleh 12 pelajar UMT, UniSZA, UPM dan Politeknik. Program tersebut sangat bermakna dalam mendedahkan pelajar tentang kemahiran tambahan bagi menghadapi cabaran hidup.

Page 35: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

Page 36: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

18 Mac -13 Mei 2016

Mac - Sept 2016SIRI 1

17 Jun 2016

Page 37: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

21-23 April 2016

Jan 2016

Page 38: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

SEPT 2016

06 Jun - 05 julai 2016

01 Okt 2016

Page 39: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN

BERDEDIKASIbuletin KOLEJ SISWA 2016

SPEAK UP MEI – NOV 2016

1 DJ BATTLE IS ON MEI – NOV 2016

2 TEMASYA RAKYAT TERENGGANU (TERAKTER) 2016 OKT 2016

3 MALAYSIA ART AND CULTURE FESTIVAL 5 – 7 SEPTEMBER 2016

4 HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN 19-21 MAY 2016

5 PENGANTARABANGSAAN PELAJAR DEC 2016

28-30 APRIL 2016

Program-Program yang akan dilaksanakan Ogos – Disember 2016

Page 40: Buletin AURA - Kolej Siswa

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI

buletin KOLEJ SISWA 2016

KOLEJ SISWA UMT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PENERBITAN BULETIN AURA KOLEJ SISWA 2016.

TIDAK LUPA JUGA KEPADA SEMUA UNIT DI KOLEJ SISWA IAITU UNIT DALAM KAMPUS, UNIT LUAR KAMPUS DAN UNIT PEMBELAJARAN KEDUA YANG BANYAK MENYUMBANG DALAM PENERBITAN INI.

KHUSUS BUAT BARISAN FELO KOLEJ SISWA DAN MAJLIS KOLEJ SISWA, TERIMA KASIH DAN TERUSKAN BERBAKTI BERSAMA KOLEJ SISWA.

SEKALUNG PENGHARGAAN

MEMACU MAHASISWA CEMERLANG DAN BERDEDIKASI