Brunei ASEAN

10
Brunei Negara Brunei Darussalam ن ڬ ا را لام س ل دارا ي ن رو بNegara Brunei Darussalam (Jawi : را ڬا ن لام س ل دارا ي ن رو ب) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo . Brunei di kelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo. Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni . Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8 . Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina . Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting. Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan dikelaskan sebagai negara maju . Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di tempat ke-4 bagi keluaran dalam negara kasar dunia per kapita dalam pariti kuasa beli . Filipina Repúbliká ng̃ Pilipinas Republik Filipina ي ل ب و ڤ ي ر ك ا ن ي ڤ ي ل ن فRepublik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia . Negara ini mempunyai pengaruh keagaaman, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa besar tersebut. Filipina adalah salah satu dari hanya dua negara (satu lagi adalah Timor Leste ) sahaja yang penduduknya majoriti menganuti agama Kristian di benua Asia di mana agama Islam , Hindu atau Buddha lebih popular.

description

ASEAN COMMUNITY

Transcript of Brunei ASEAN

Brunei Negara Brunei Darussalam

Negara Brunei Darussalam (Jawi: ) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei di kelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo.Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan dikelaskan sebagai negara maju. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di tempat ke-4 bagi keluaran dalam negara kasar dunia per kapita dalam pariti kuasa beli.

Filipina Repblik ng PilipinasRepublik Filipina

Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh keagaaman, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa besar tersebut. Filipina adalah salah satu dari hanya dua negara (satu lagi adalah Timor Leste) sahaja yang penduduknya majoriti menganuti agama Kristian di benua Asia di mana agama Islam, Hindu atau Buddha lebih popular.Dahulu, Filipina merupakan antara negara paling maju di rantau Asia Tenggara, namun sekarang telah ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonominya semakin merosot dan masalah penyelewengan yang berleluasa. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi yang sederhana disebabkan peyumbangan tenaga kerja yang banyak di luar negara, pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat, dan tenaga kerja yang murah.Masalah utama yang dihadapi Filipina kini ialah tuntutan puak pemisah Islam di pulau Mindanao di bahagian selatan untuk berpisah dari Filipina, ancaman puak komunis di utara, dan kerosakan habitat dan alam sekitar disebabkan oleh pencemaran dan pembangunan yang tidak dirancang.

IndonesiaRepublik Indonesia

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara)[1] yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 222 juta orang pada 2006[2], ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia, walaupun secara rasminya ia bukanlah sebuah negara Islam. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.

KembojaKerajaan Kemboja

Preh Rachanachkr Kmpchea

Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi.Antara badan air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonl Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut Kemboja. Perlombongan minyak yang bakal bermula pada 2009 dijangka akan menghidupkan semula ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan.

Laos Republik Demokratik Rakyat Laos Sthlanalat Pasthipatai Passon LoRepublik Demokratik Rakyat Lao (Bahasa Lao: Sthlanalat Pasthipatai Passon Lo) ialah satu satunya negara tanpa pantai di Asia Tenggara dan bersempadankan Myanmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di barat.Selepas kemerdekaan daripada Perancis pada 1949, Laos menghadapi perang saudara yang berakhir pada 1975 apabila kumpulan komunis Pathet Lao merampas kuasa.Laos merupakan antara negara yang mempunyai kebebasan ekonomi dan politik paling rendah di dunia.[1]Sejarah Laos boleh dihubungkan dengan kerajaan Lan Xang (Tanah Seribu Gajah), sebuah kerajaan Asia Tenggara yang muncul antara abad ke-14 sehingga abad ke-18.

Malaysia Malaysia

Malaysia (Tulisan Jawi: ) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847kilometer persegi (127,350 batu).[13][14] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[13] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[13] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[15] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[7]Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[16] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[17][18] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster[19], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[13] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[20] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

Myanmar Republik Kesatuan Myanmar

Pyidaunzu Thanmda Myma Nainngandaw

Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaubagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar.Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma" . Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Myanmar".Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai.Sistem politik di Myanmar dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan. Pemerintahan tentera berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam.

Singapura Republik Singapura

Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul[16] dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.[17]Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain, dan ras Caucasus.[18] 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing.[19][20] Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco.[21] A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks Globalisasi.[22]Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat dengan KDNK per kapita sebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu.[23] Selepas merdeka, pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian berasaskan rancangan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi yang baru.[24]Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index".[25] Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.[26][27] Negara ini juga dilengkapi angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya.[28][29]Thailand Kerajaan Negara Thai Ratcha Anachak Thai

Kerajaan Negara Thai atau nama rasminya Pratht Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali sebagai Siam sehinggalah 11 Mei 1949. Perkataan Thai () bermaksud "bebas" dalam bahasa Thai. Nama Siam masih digunakan di kalangan orang Thai terutama sekali minoriti Cina.Thailand merupakan negara yang ke-51 terbesar di dunia di dalam bentuk jumlah keluasan, anggarannya kira-kira sama besar dengan negara Sepanyol, dengan anggaran keluarsan 513,000km2 (198,000 batu per.), dan ke-20 negara di dunia paling banyak penduduk, dengan anggaran 63 juta orang. Lebih kurang 75% daripada populasi adalah dari kaum Thai, 14% daripadany adalah berketurunan Cina, dan 3% daripadanya adalah dari orang Melayu Thai;[1] dan selebihnya adalah daripada kumpulan minoriti termasuklah orang Mon, orang Khmer dan pelbagai kaum orang asli . Bahasa rasmi negara ini adalah bahasa Thai. Leih kurang 95% daripada populasi adalah orang-orang beragama Buddha.

Vietnam Republik Sosialis Vietnam Cng ha X hi Ch ngha Vit Nam

Vietnam /vjetnm, vi:et-, -na:m/ (Bahasa Vietnam: Vit Nam) , secara rasminya Republik Sosialis Vietnam (Bahasa Vietnam: Cng ha X hi Ch ngha Vit Nam), ialah negara paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan. Dengan bilangan penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13 teramai penduduknya di dunia. Negara ini juga tersenarai di kalangan "sebelas ekonomi yang seterusnya"; menurut perangkaan kerajaan, kadar kenaikan KDNK mencatat 8.17% pada tahun 2006, iaitu kadar pertumbuhan KDNK kedua terpantas di kalangan negara-negara Asia Timur dan yang terpantas di Asia Tenggara.Selama beribu-ribu tahun, Vietnam sebagai sebuah negara pernah diberi pelbagai nama: Vn Lang ketika Dinasti Hng Vng, u Lc ketika Dinasti An Dng Vng, Vn Xun ketika Dinasti L Awal, i C Vit ketika Dinasti inh dan Dinasti L Awal. Sejak tahun 1054, Vietnam digelar i Vit (Viet Besar). ketika Dinasti H, Vietnam memakai nama i Ngu tetapi kemudiannya beralih ke i Vit semula. Pada tahun 1804, Raja Gia Long merancang untuk menggunakan nama Nam Vit untuk Vietnam tetapi Dinasti Qing di China tidak setuju, lalu menukarnya kpeada Vit Nam. Dari tahun 1839 hingga 1945, Raja Minh Mng menamakan semula Vit Nam menjadi i Nam.Nama Vit Nam pernah dipakai untuk memanggil negara ini sebelum dijadikan nama rasmi dalam "D a ch" oleh Nguyn Tri pada tahun 1435 dan mungkin juga tahun-tahun sebelumnya. "Vit" ialah naam bagi kelompok etnik terbesar di Vietnam, iaitu Kinh (ngi Kinh), manakala "Nam" bermaksud Selatan yang menekankan kedaulatan Vietnam's daripada negara China (yang biasanya bergelar "negara Utara" oleh orang Vietnam).

Laos Republik Demokratik Rakyat Laos Sthlanalat Pasthipatai Passon Lo

Republik Demokratik Rakyat Lao (Bahasa Lao: Sthlanalat Pasthipatai Passon Lo) ialah satu satunya negara tanpa pantai di Asia Tenggara dan bersempadankan Myanmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di barat.Selepas kemerdekaan daripada Perancis pada 1949, Laos menghadapi perang saudara yang berakhir pada 1975 apabila kumpulan komunis Pathet Lao merampas kuasa.Laos merupakan antara negara yang mempunyai kebebasan ekonomi dan politik paling rendah di dunia.[1]Sejarah Laos boleh dihubungkan dengan kerajaan Lan Xang (Tanah Seribu Gajah), sebuah kerajaan Asia Tenggara yang muncul antara abad ke-14 sehingga abad ke-18.

Persatuan Negara-negara Asia TenggaraASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Prinsip utama ASEANPrinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut: Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coerion) Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman Menolak penggunaan ketenteraan Kerjasama effektif antara anggota.Anggota ASEANKini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Leste dan Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut: Brunei Darussalam Filipina Indonesia Kemboja Laos Malaysia Myanmar Singapura Thailand Vietnam

ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.Timor Leste[sunting | sunting sumber]Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi.Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN. Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.ASEAN dianggarkan merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.

ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Piagam ASEANPiagam ASEAN ialah perlembagaan yang diterima oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Cadangan menggubal perlembagaan ini secara rasminya dikemukakan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 pada Disember 2005 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepuluh pemimpin negara ASEAN, iaitu setiap seorang dari sebuah negara anggota, membentuk ASEAN Eminent Persons Group lalu ditugaskan mengemukakan cadangan untuk penggubalan piagam ini. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu, Filipina, diumumkanlah sebilangan usul asas. Oleh itu, para pemimpin ASEAN telah bersepakat agar mendirikan "pasukan petugas peringkat tinggi untuk penggubalan Piagam ASEAN" yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dari sepuluh negara anggota. Pasukan tersebut kemudiannya mengadakan 13 mesyuarat sepanjang tahun 2007. Antara usul-usul yang dikemukakan termasuk pemansuhan dasar tidak campur tangan yang menjadi penting kepada pertubuhan serantau ini semenjak dibentuk pada tahun 1960-an, dan mendirikan sebuah badan hak asasi manusia.

Piagam ini diterima guna di Sidang Kemuncak ke-13 pada bulan November 2007.[1]

Matlamat ASEANAntara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut: 1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara. 2. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 3. Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan 4. Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan. 5. Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.