BROSUR SMKEVII 2012-2013 edit 21 feb

2
SEJARAH SMKE VII VISI LENCANA SEKOLAH Sejarah sekolah King Edward VII bermula pada Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat berpunca dari perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting. Bermula dengan 13 orang murid, bilangan tersebut bertambah menjadi 55 orang pada akhir tahun 1884. Pada tahun 1885 sebuah gelanggang Gimnastik dibina di Sekolah Pusat itu sehingga menyebabkan keperluan untuk bangunan baru dan kawasan yang lebih luas. Kawasan yang dipilih ialah tempat terletaknya Sekolah Rendah King Edward (1) sekarang. Bangunan-bangunan baru mula dibina pada 1904 dan siap pada 1905 dan menelan kos RM 93,000. Mr. R.F. Stainer, Guru Besar kedua Sekolah Pusat telah mencadangkan nama Sekolah Pusat ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan King Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901. Warna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh. Sekolah King Edward VII dirasmikan oleh Y.T.M. Sultan Perak pada tahun 1905 di mana jumlah pelajar pada masa itu ialah 434 orang. Dalam bidang permainan, prestasi cemerlang ditunjukkan dalam bidang bola sepak, kriket, gimnastik, dan olahraga. Pasukan kadet Tentera juga telah ditubuhkan pada tahun 1919 dengan Mr. Stainer seiring menjadi Pegawai Pemerintah. Pada tahun 1922 lahir Pasukan Pengakap yang dikenali sebagai 'Second Taiping' di bawah pimpinan En. D.G. Doral dan En. Surjan Singh. Mr. TJ Thomas telah memperkenalkan permainan ragbi di sekolah ini pada tahun 1923. Dalam pertandingan ragbi antara Sekolah-sekolah Melayu kali yang pertama pada tahun 1923, Sekolah King Edward VII dengan mudah menewaskan pasukan Sekolah Penang Free. Pada tahun 1951,di samping makmal sains, terdapat bilik untuk Geografi,Sejarah dan Lukisan. Kelas tingkatan 6 bermula pada tahun 1954 dan ketika itulah pelajar perempuan pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini. Pada tahun 1958, berlaku pemisahan bagi kelas-kelas Rendah dan Menengah kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai. Kelas Rendah dibahagikan kepada dua iaitu 'Primary Satu dan Dua' yang ditempatkan di bangunan induk di Jalan Stesen dan Kelas Menengah di blok Shieffield, 'Former Infant Department,' dan di blok-blok baru yang didirikan di sepanjang Jalan Trunt. 1960 - Kelas Tingkatan Satu pengantar Melayu telah dimulakan. 1965—Buat pertama kali , pelajar pengantar Melayu menduduki peperiksaan SPM. 1969—Kelas Tingkatan 6 Pengantar Melayu dimulakan. Sekolah King Edward VII merupakan satu-satunya sekolah di semenanjung yang mempunyai kedua-dua pengantar Melayu dan Inggeris. Semenjak tahun 1961, permainan ragbi berada di dalam zaman kegemilangan masih dipertahankan sehingga hari ini. Pasukan merentas desa juga tidak pernah tewas sejak 1965, di mana pasukan itu pernah tiga kali menjuarai 'Open Road Relay', anjuran Universiti Malaya. Pasukan kriket juga pernah memenangi 'Piala Dragon', dan menjadi Juara Negeri Perak. 1999 - SMKE telah dipilih sebagai salah sebuah daripada 90 buah sekolah Bestari. Kawasan sekolah adalah seluas 12 ekar manakala keluasan asrama ialah 5.2 ekar. Melahirkan Edwardian yang bercirikan “A SCHOLAR, A GENTLEMAN AND A SPORTSMAN” MISI Untuk mencapai visi ini Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII akan menjalankan usaha-usaha yang berteraskan konsep Pendidikan Bestari bagi: Merangsang pembelajaran berfikrah dan penyekolahan minda Mengguna kaedah pembelajaran bestari secara konvensional dan teknologi maklumat terkini Mengguna tenaga pengajar profesional dalam semua bidang Mempunyai sistem pentadbiran dan pengurusan bestari Mengekal tradisi etos yang telah sekian lama unggul Menjana kecemerlangan pelajar supaya bersedia menghadapi era globalisasi bagi memenuhi visi negara berteraskan falsafah pendidikan negara PIAGAM PELANGGAN SMKE VII Kami warga SMK King Edward VII, Taiping dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab akan memastikan pencapaian kecemerlangan pendidikan dengan memberi kemudahan untuk perkembangan dan penyuburan potensi pelajar ke tahap yang optimum dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sahsiah selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan 2020. Melalui : Suasana pengajaran dan pembelajaran bestari dan terancang. Peluang yang luas untuk memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum. Pembinaan akhlak yang mulia dan berfikiran positif. Pembinaan iklim sekolah yang kondusif dan penyayang. Layanan mesra dan segera kepada semua pihak yang berurusan dengan sekolah. Lambang sekolah mengandungi 3 ciri utama berikut: Seekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan. Ia mempunyai ketinggian semangat dan tidak gentar kepada ancaman. PENTADBIR SEKOLAH Bendera sekolah mengandungi 2 jenis warna, iaitu merah dan hitam: Warna merah melambangkan keberanian dan kecemerlangan Warna hitam melambangkan perpaduan yang utuh dan tidak dapat dipecahbelahkan. Ia juga melambangkan semangat yang kukuh setiap masa. PENGETUA TUAN HAJI ABDUL RAHSIB BIN HUSSAIN PK PENTADBIRAN EN. ZAKARIA B. OTHMAN PK HEM EN. ROSLI B. MOHD ISA PK KOKURIKULUM TUAN HAJI MUHSINON BIN SAARI PK TINGKATAN 6 PN. HJH LATIFAH BT OMAR PK PETANG EN. ZAINI B. ABDUL AZIZ GK BAHASA PN. ENDOK SALWA BT ABDUL WAHAB GK KEMANUSIAAN PN. LATIFAH BT AHMAD GK SAINS & MATE. PN. HJH HALIZA BT ZAINUDDIN GK VOK.TEKNIK CIK NORHAILI BT MOHD KASSIM

Transcript of BROSUR SMKEVII 2012-2013 edit 21 feb

Page 1: BROSUR SMKEVII 2012-2013 edit 21 feb

SEJARAH SMKE VII VISI LENCANA SEKOLAH Sejarah sekolah King Edward VII bermula pada Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat berpunca dari perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting. Bermula dengan 13 orang murid, bilangan tersebut bertambah menjadi 55 orang pada akhir tahun 1884. Pada tahun 1885 sebuah gelanggang Gimnastik dibina di Sekolah Pusat itu sehingga menyebabkan keperluan untuk bangunan baru dan kawasan yang lebih luas. Kawasan yang dipilih ialah tempat terletaknya Sekolah Rendah King Edward (1) sekarang. Bangunan-bangunan baru mula dibina pada 1904 dan siap pada 1905 dan menelan kos RM 93,000.

Mr. R.F. Stainer, Guru Besar kedua Sekolah Pusat telah mencadangkan nama Sekolah Pusat ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan King Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901. Warna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh.

Sekolah King Edward VII dirasmikan oleh Y.T.M. Sultan Perak pada tahun 1905 di mana jumlah pelajar pada masa itu ialah 434 orang. Dalam bidang permainan, prestasi cemerlang ditunjukkan dalam bidang bola sepak, kriket, gimnastik, dan olahraga. Pasukan kadet Tentera juga telah ditubuhkan pada tahun 1919 dengan Mr. Stainer seiring menjadi Pegawai Pemerintah. Pada tahun 1922 lahir Pasukan Pengakap yang dikenali sebagai 'Second Taiping' di bawah pimpinan En. D.G. Doral dan En. Surjan Singh. Mr. TJ Thomas telah memperkenalkan permainan ragbi di sekolah ini pada tahun 1923. Dalam pertandingan ragbi antara Sekolah-sekolah Melayu kali yang pertama pada tahun 1923, Sekolah King Edward VII dengan mudah menewaskan pasukan Sekolah Penang Free.

Pada tahun 1951,di samping makmal sains, terdapat bilik untuk Geografi,Sejarah dan Lukisan. Kelas tingkatan 6 bermula pada tahun 1954 dan ketika itulah pelajar perempuan pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini. Pada tahun 1958, berlaku pemisahan bagi kelas-kelas Rendah dan Menengah kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai. Kelas Rendah dibahagikan kepada dua iaitu 'Primary Satu dan Dua' yang ditempatkan di bangunan induk di Jalan Stesen dan Kelas Menengah di blok Shieffield, 'Former Infant Department,' dan di blok-blok baru yang didirikan di sepanjang Jalan Trunt. 1960 -Kelas Tingkatan Satu pengantar Melayu telah dimulakan. 1965—Buat pertama kali , pelajar pengantar Melayu menduduki peperiksaan SPM. 1969—Kelas Tingkatan 6 Pengantar Melayu dimulakan. Sekolah King Edward VII merupakan satu-satunya sekolah di semenanjung yang mempunyai kedua-dua pengantar Melayu dan Inggeris.

Semenjak tahun 1961, permainan ragbi berada di dalam zaman kegemilangan masih dipertahankan sehingga hari ini. Pasukan merentas desa juga tidak pernah tewas sejak 1965, di mana pasukan itu pernah tiga kali menjuarai 'Open Road Relay', anjuran Universiti Malaya. Pasukan kriket juga pernah memenangi 'Piala Dragon', dan menjadi Juara Negeri Perak.

1999 - SMKE telah dipilih sebagai salah sebuah daripada 90 buah sekolah Bestari.

Kawasan sekolah adalah seluas 12 ekar manakala keluasan asrama ialah 5.2 ekar.

Melahirkan Edwardian yang bercirikan “A SCHOLAR, A GENTLEMAN AND

A SPORTSMAN”

MISI

Untuk mencapai visi ini Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII akan

menjalankan usaha-usaha yang berteraskan konsep Pendidikan Bestari bagi:

• Merangsang pembelajaran berfikrah dan penyekolahan minda

• Mengguna kaedah pembelajaran bestari secara konvensional dan teknologi maklumat terkini

• Mengguna tenaga pengajar profesional dalam semua bidang

• Mempunyai sistem pentadbiran dan pengurusan bestari

• Mengekal tradisi etos yang telah sekian lama unggul • Menjana kecemerlangan pelajar supaya bersedia

menghadapi era globalisasi bagi memenuhi visi negara berteraskan falsafah pendidikan negara

PIAGAM PELANGGAN SMKE VII Kami warga SMK King Edward VII, Taiping dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab akan memastikan pencapaian kecemerlangan pendidikan dengan memberi kemudahan untuk perkembangan dan penyuburan potensi pelajar ke tahap yang optimum dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sahsiah selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan 2020. Melalui : • Suasana pengajaran dan pembelajaran bestari dan terancang. • Peluang yang luas untuk memperkembangkan bakat dan

potensi pelajar dalam bidang kokurikulum.

• Pembinaan akhlak yang mulia dan berfikiran positif. • Pembinaan iklim sekolah yang kondusif dan penyayang. • Layanan mesra dan segera kepada semua pihak yang

berurusan dengan sekolah.

Lambang sekolah mengandungi 3 ciri utama berikut: ► Seekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan. Ia mempunyai ketinggian semangat dan tidak gentar kepada ancaman.

PENTADBIR SEKOLAH

Bendera sekolah mengandungi 2 jenis warna, iaitu merah dan hitam: ► Warna merah melambangkan keberanian dan kecemerlangan ► Warna hitam melambangkan perpaduan yang utuh dan tidak dapat dipecahbelahkan. Ia juga melambangkan semangat yang kukuh setiap masa.

PENGETUA TUAN HAJI ABDUL RAHSIB BIN HUSSAIN

PK PENTADBIRAN EN. ZAKARIA B. OTHMAN

PK HEM EN. ROSLI B. MOHD ISA

PK KOKURIKULUM TUAN HAJI MUHSINON BIN SAARI

PK TINGKATAN 6 PN. HJH LATIFAH BT OMAR

PK PETANG EN. ZAINI B. ABDUL AZIZ

GK BAHASA PN. ENDOK SALWA BT ABDUL WAHAB

GK KEMANUSIAAN PN. LATIFAH BT AHMAD

GK SAINS & MATE. PN. HJH HALIZA BT ZAINUDDIN

GK VOK.TEKNIK CIK NORHAILI BT MOHD KASSIM

Page 2: BROSUR SMKEVII 2012-2013 edit 21 feb

KEISTIMEWAAN SEKOLAH

KEJAYAAN BIDANG KOKURIKULUM

SMK KING EDWARD VII JALAN MUZIUM HULU

34000 TAIPING

KOD SEKOLAH : AEE 6050 TEL : 05‐8073191 FAX : 05‐8060431 

E‐MEL : [email protected] LAMAN WEB : http://www.smkevii.edu.my 

PROGRAM UTAMA PENINGKATAN AKADEMIK

ETOS SEKOLAH

1. Sekolah Premier dan Sekolah Lebih 100 Tahun. 2. Sekolah Bestari. 3. Sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK) 4. Sekolah Tingkatan 6 (14 kelas) 5. Melaksanakan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 6. Memiliki pasukan pancaragam (Brass Band) 7. Berjaya melahirkan pemimpin dan tokoh-tokoh ternama

negara. 8. Berjaya mengekalkan kecemerlangan tinggi kokurikulum,

terutama permainan ragbi dan olahraga sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. 9. Melaksanakan kelas Bahasa Jepun.

TOKOH KEJAYAAN SEKOLAH Tan Sri Asiah bt Abu Samah

Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

1998– Johan Ragbi dan Bola Sepak bagi sekolah-sekolah Premier Negeri Perak.

Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid B Mohd Nordin

Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

2008-Pemenang Maxis Cyber Kids Challenge peringkat Kebangsaan

Tan Sri Dato Seri Abdul Shukor B Abdullah

Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Pengerusi Yayasan Pendidikan Al-Bukhary

KPI— Lima Bintang

Tun Dr Ling Liong Sik Mantan Menteri Pengangkutan

Anugerah MS ISO 9001:2000

Dato Seri Abdul Mutalib B Mohamed Razak

Mantan Pengerusi Media Prima Berhad

Anugerah Guru Penyelaras Bestari Terbaik

Tan Sri Senator Jins Shamsudin Mantan Pengerusi FINAS

2010- Mendapat tempat kedua pertandingan membina ‘Blog’ peringkat Daerah LMS.

BIL AKTIVITI / PROGRAM

1 Melaksanakan Headcount • Status potensi pencapaian individu (C/PC/L/PL/K) • Status pencapaian kelas • Status pencapaian mata pelajaran (kelas/panitia mp,

tingkatan & sekolah)

2 Latih Tubi Terancang

3 Kelas Bimbingan

4 Program Gemilang Elit PMR

5 Program GALUS BM SPM

6 Program Gemilang 100: • Gerak Gempur • Learning To Score (LTS) • SOLAR

7 Program Pembelajaran Bestari/Interaktif-Model Jawapan Bestari

8 Peperiksaan Prapercubaan

9 PPSMI: • Program “Catalyst” • Latih tubi intensif • WAJA

10 Ceramah Motivasi

11 Ceramah/Seminar Kecemerlangan Akademik: a) Teknik Menjawab Soalan b) Teknik Pembelajaran

12 Hari Komunikasi Program Help Desk

PENCAPAIAN PEPERIKSAAN

BIL AKTIVITI / PROGRAM 2011/2012

1 Pingat Emas Olahragawan B-14 International U-14 & U-15 Little Athletics Championship MSSM/WALAA/SSSC 2011

2 Pingat Emas berpasukan 13th, Asian Schools Tenpin Bowling Championship

3 Pingat Gangsa Pancaragam peringkat Antarabangsa

4 Naib Johan Trip to Osaka Jepun peringkat Kebangsaan

5 Pingat Emas Olahraga (4x400M) peringkat MSSM

6 Johan Ragbi Daerah MSSD bawah 18 tahun

7 Johan Kriket Daerah LMS Lelaki 18 tahun

8 Johan Individu Golf Daerah LMS Lelaki 18 tahun

9 Johan Individu Tenis Daerah LMS Lelaki 15 tahun

10 Johan Pertandingan Pantun Daerah LMS 2012

11 Johan Saintis Muda Daerah LMS 2012

12 Johan Memanah Daerah LMS 2012

13 Naib Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah LMS

13

PMR SPM STPM

BIL. SEMUA

A

% LULUS

GPS BIL. SEMUA

A

% LULUS

GPS BIL. SEMUA

A

% LULUS GPS

2007 19 84.3 2.32 0 100.0 5.04 7 94.33 2.29

2008 12 84.0 2.41 2 98.1 5.31 6 100.00 2.37

2009 24 92.3 2.08 4 94.8 5.66 3 95.74 2.30

2010 28 88.0 2.28 1 96.5 5.23 6 95.04 2.40

2011 37 92.98 2.02 6 100.0 4.73 9 92.64 2.46

TAHUN

2012 28 89.45 2.22