Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)
-
Upload
zhayyani-mohd-yazi -
Category
Education
-
view
307 -
download
11
Transcript of Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)
BAHASA MELAYU SASTERA
(KAJIAN NOVEL HEMPASAN OMBAK)
OLEH:KUMPULAN MUNAWWARAH
(KUMPULAN 5)
AHLI KUMPULAN
SITI NUR ZULAIKHA BINTI RAZALINURUL HUSNA BINTI HAMIDONNUR RAUDHAH BINTI RUZAMANSITI HUMAIRAH BINTI MISBAHNURUL KHAIRIAH BINTI ABDUL AZIZSITI NUR MURSYIDAH BINTI
A.RAHIMNURZAKIAH HAYANI BINTI MOHD
YAZI
BAB 14:OMBAK
SINOPSIS BAB (INTIPATI BAB)
Penangkapan Mukhtar atas tuduhan membakar bengkel kepunyaan Farid telah disiarkan dalam akhbar. Mukhtar didakwa telah mengupah tiga orang samseng untuk melakukan perbuatan tersebut. Rayuan Mukhtar untuk diikat jamin telah ditolak oleh hakim. Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein memberitahu bahawa dia juga menerima surat ugutan yang melarang dia membantu perniagaan Farid.
Dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap hujung minggu. Zuraida mencadangkan agar Farid mengambil kesempatan untuk menimba ilmu perniagaan memandangkan terdapat banyak kolej di Kuala Terenggganu.
Kemudian Mokhsein memberitahu khabar gembira kepada Farid mengenai dua buah butik, iaitu di Singapura dan di Ampang Park mahu melanggani batik moden keluaran Farid. Dia berjanji akan membantu Farid supaya menjadi pembekal pakaian siap daripada batik moden.
Zuraida pula menjelaskan bahawa dia telah mengikuti kursus kerana berasa dirinya masih kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan.
Semasa Farid tertidur pada siang hari, dia bermimpi Mahkamah Rendah Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman terhadap Mukhtar. Farid pula berusaha menyelamatkan syarikat milik Mukhtar yang hampir dilelong oleh bank. Kemidian Mukhtar menemui Farid dan meminta maaf kepadanya. Apabila dia terjaga, ibunya memaklumkan bahawa Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan diijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. Selepas itu, Farid dan Zuraida menyertai Mokhsein serta isterinya ke Kuantan untuk menyertai majlis perkahwinan Hartini Noor.
WATAK DAN
PERWATAKAN
Mukhtar Bin Yusuf
Pemilik Syarikat Batik Rajawali Ditahan di Lokap Balai Polis Daerah
Kuala Terengganu Ditangkap polis atas tuduhan
membakar bangunan bengkel batik moden
Telah mengupah tiga orang samseng yang kini masih bebas untuk melakukan perbuatan itu
Haji Mat Shafie Mat Pozi Ismail31 tahun
Merupakan saksi utama pembakaran batik moden Farid
Seorang peraih ikan dari Kampung Losong
Farid Seorang usahawan batik di Losong,Kuala Terengganu Ada hati untuk mencintai Zuraida,buah hatinya Berjaga-jaga dalam bidang perniagaan kerana
bidang perniagaan mempunyai banyak musuh Cekal hati ,sabar,redha dan tabah meghadapi musuh Mempunyai seorang ibu(Hajah Zaoyah) yang
menjanda Kerana kematian ayahnya(Haji Badrul akibat barah
dalam perut Mempunyai 6 adik-beradik termasuk dirinya iaitu
Kakak Latifah,Abang Lotfi,Abang Farhan,Hanisah dan Hasyim
Abang Mokhsien
Diugut kerana menolong Farid Bekas pekerja Syarikat Batik
Nusantara Menjadi rakan kongsi dan panduan
bagi Farid untuk mengetahui selok-belok perniagaan
Memiliki sebuah syarikat Berada di Singapura sewaktu
bengkel Farid di dibakar Mempunyai seorang isteri dan
seorang anak
Zuraida (Nama panggilan Eda)mempunyai perasaan atau jatuh hati
terhadap Farid Mempunyai sebuah kedai milik keluarga berdekatan
dengan stesen bas lama Seorang yang gigih,cekal,tekun,berazam demi menyara
keluarga Mempunyai seorang pak cik yang memiliki Syarikat Batik
Rajawali iaitu adik kandung ayahnya Mempunyai seorang ibu yang menjanda sejak 10 tahun
dahulu kerana ayahnya kahwin lain Mempunyai 5 orang adik-beradik termasuk dirinya(iaitu
Zaki,17 tahun,Zakri,15 tahun Zaharah,14 tahun Zainurin,12 tahun
Diugut oleh pak ciknya dengan membakar kedainya kerana menjual produk Syarikat Batik Nusantara
PERSOALAN
Kebijaksanaan Seseorang Menggunakan Akal Ketika
Menghadapi Saat-Saat Kecemasan
Contohnya,semasa bengkel Farid terbakar,Farid menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kepada pasukan bomba kerana memikirkan terdapat banyak tong gas di dalam bengkel itu.Kakitangan Tenaga Nasional Berhad juga datang untuk memutuskan bekalan elektrik bagi mengelakkan litar terbakar yang boleh mengakibatkan api merebak ke seluruh bangunan.
Sikap manusia yang sanggup membantu orang lain tanpa
mengharapkan balasan
Contohnya,Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul selama lebih 10 tahun.Dia amat terhutang budi dan menyayangi Haji Badrul kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam dunia perniagaan.Oleh hal yang demikian,dia bersikap murah hati dengan membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara dan menasihati Farid agar melaksanakan ‘strategi terkunci’ jika mahu syarikatnya kukuh kembali.
Kasih Sayang Seorang Ibu Terhadap Anak Dan Warisan Keluarga
Contohnya,Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya.Dia terpaksa menyerahkan tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak dapat memikul tugas tersebut.
NILAI
Baik Hati Contohnya, Mokhsein banyak
membantu Farid dari segi idea kepakaran, dan motivasi untuk membangunkan Syarikat Batik Nusantara kembali.
Kebijaksanaan
Contohnya,Zuraida mengambil peluang untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan dan pemasaran dengan mengikuti kursus luar kampus dalam jurusan pentadbiran perniagaan di UITM Dungun
Keberanian Contohnya,Farid berani menanggung
risiko untuk mengembangkan pemasaran syarikat batiknya dengan membina bengkel tambahan baharu yang bermodulkan RM75 ribu
TAMATSEKIAN,
TERIMA KASIH.