BAB 4 & 5

39
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian oleh penulis sendiri dalam mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berbantukan komputer dalam meningkatkan penguasaan kata sendi murid-murid tahun 5. Dalam masa yang sama dapatan kajian ini juga adalah bertujuan untuk menjawab semua persoalan kajian yang telah dibentuk. Hasil dapatan penulis telah diterjemahkan dalam bentuk data temu bual dan pemerhatian yang diskrip dalam bentuk teks. Seterusnya, penulis akan membentangkan analisis kajian berdasarkan soalan-soalan kajian. Berikut merupakan huraian dapatan kajian berdasarkan tiga persoalan tersebut: 4.2 Aspek tatabahasa Yang Sering Menjadi Kesalahan Dalam Kalangan Murid Dalam hal ini, penulis ingin mengetengahkan aspek tatabahasa yang sering menjadi masalah kepada murid-murid. Perbincangan umum 49

description

12345

Transcript of BAB 4 & 5

Page 1: BAB 4 & 5

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian oleh penulis sendiri dalam

mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berbantukan komputer

dalam meningkatkan penguasaan kata sendi murid-murid tahun 5. Dalam masa yang sama

dapatan kajian ini juga adalah bertujuan untuk menjawab semua persoalan kajian yang telah

dibentuk. Hasil dapatan penulis telah diterjemahkan dalam bentuk data temu bual dan

pemerhatian yang diskrip dalam bentuk teks.

Seterusnya, penulis akan membentangkan analisis kajian berdasarkan soalan-soalan

kajian. Berikut merupakan huraian dapatan kajian berdasarkan tiga persoalan tersebut:

4.2 Aspek tatabahasa Yang Sering Menjadi Kesalahan Dalam Kalangan Murid

Dalam hal ini, penulis ingin mengetengahkan aspek tatabahasa yang sering menjadi

masalah kepada murid-murid. Perbincangan umum terhadap penguasaan kata sendi dalam dalam

kalangan murid diperdebatkan secara serius oleh guru-guru khususnya guru Bahasa Melayu di

sekolah ini. Ia telah ditafsir sebagai satu ‘penyakit’ yang mana ia menampakkan kesilapan

berulang yang dilakukan oleh murid-murid. Akhir-akhir ini isu ini mula diperbincangkan secara

serius dengan matlamat agar penggunaan Bahasa Melayu lebih tepat dan betul. Kesilapan kata

depan yang berulang dilakukan oleh murid-murid antaranya kesilapan meninggalkan

penggunaan kata sendi nama yang sering, di kesalahan ejaan kata depan serta kesilapan gunakan.

49

Page 2: BAB 4 & 5

Perbincangan tentang penggunaan kata sendi nama atau ada yang menamakannya kata

sendi nama yang menyentuh kesilapan penggunaan kata depan dari, daripada, pada, kepada,

seperti dan untuk. Dalam analisis kesalahan Bahasa Melayu oleh guru cemerlang Bahasa Melayu

SMK Air Kuning Perak, Haji Khaidir Harahap (2009) menulis bahawa terdapat banyak

kesalahan penggunaan kata depan atau kata sendi nama dilakukan oleh para pelajarnya.

Antaranya ialah pengguna kata depan di dan pada. Selain itu, terdapat juga kesalahan kata depan

yang lain seperti penggunaan dari dan daripada. Para pelajar menurut beliau tidak mengetahui

kata dari dan daripada mempunyai fungsi tersendiri. Biarpun telah diterangkan kata dari

menunjukkan masa, arah dan tempat namun para pelajar masih tidak menggunakan kata tersebut

dengan betul. Begitu juga juga penggunaan kata daripada yang digunakan dalam hal-hal yang

lebih umum iaitu untuk orang, perbandingan, abstrak, pertentangan, asal kejadian dan untuk

menyatakan keanggotaan.

Melihat kepada situasi pelajar SK Kampung Teh, ia bertepatan dengan pendapat Awang

Sariyan (1984) dalam kajianya, beliau telah menyatakan kesilapan penggunaan kata sendi nama

disebabkan oleh para pelajar tidak dapat membezakan fungsi kata sendi nama dalam membentuk

ayat. Dalam masa yang sama, pengaruh bahasa ibunda bagi pelajar bukan Melayu misalnya

menyebabkan kesalahan tatabahasa. Pelajar secara lahiriahnya akan menterjemah gaya bahasa

ibunda mereka secara terus ke dalam bahasa Melayu

4.3 Perspektif Murid-murid Tentang Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer

Dalam kajian ini, penulis hanya menemubual lapan orang responden sahaja. Sesi temu

bual ini merupakan satu sesi yang sangat penting dalam mendapatkan maklumat yang sahih

50

Page 3: BAB 4 & 5

dalam kajian ini. Ini bersesuaian dengan pendapat Chuah Kim Hwa (2007) yang telah

menyatakan bahawa, temu bual merupakan satu kaedah yang membolehkan seseorang

penyelidik mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan bersua

muka berlangsung (face-to-face) dengan peserta kajian. Begitu juga dengan hasil kerja murid,

yang mana penulis telah menyemak dan menganalisis sebanyak 8 tugasan atau lembaran kerja

(latihan kata sendi). Tujuan pertama temubual ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti

perspektif murid tentang sejauh mana kesan pengajaran dan pembelajaran guru yang

berbantukan komputer kepada diri murid-murid itu sendiri. Dapatan kajian dibentangkan

berdasarkan lima soalan dengan para responden yang mana penulis dapat pecahkan seperti

berikut:

4.3.1 Murid-murid Menyukai Teknik Pengajaran Guru Yang Menggunakan Komputer

Dalam Menyampaikan Isi Pelajaran

Berikut merupakan antara jawapan-jawapan hasil daripada temu bual dengan beberapa

orang responden setiap kali sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran yang

berbantukan komputer dilaksanakan. Fokus penulis adalah pendapat responden tentang

bagaimana pengajaran berbantukan komputer ini dapat membantu mereka meningkatkan

penguasaan atau kefahaman mereka tentang kata sendi itu sendiri.

“ Teknik yang digunakan oleh cikgu sangat menarik minat saya untuk lebih focus kepada sesi

pembelajaran saya”

Murid 1

51

Page 4: BAB 4 & 5

“ Saya lebih faham dengan tayangan power point yang cikgu buat. Penggunaan kata sendi yang

betul lebih mudah difahami”

Murid 2

“ Power Point yang cikgu hasilkan sangat menarik. Saya sangat menyukainya”

Murid 3

“ Saya bertanyakan rakan sebelah saya dan dia berpendapat teknik yang cikgu gunakan sangat

menarik minat dia dan lebih mudah untuk faham tentang kata sendi itu”

Murid 4

“ Apabila saya memahami apa itu kata sendi ini, saya lebih mudah untuk menulis ayat dalam

sesuatu karangan. Markah karangan saya meningkat dan saya gembira”

Murid 5

Data temu bual di atas jelas menunjukkan kesemua responden menyatakan mereka suka

dan minta dengan teknik yang penulis gunakan. Penguasaan mereka dalam tajuk kata sendi

meningkat sekaligus teknik ini dapat membantu meraka dalam membina ayat atau karangan yang

lebih tepat dan menarik. Objektif saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga mudah

dicapai.

Antara sebab mereka menyukai teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer ini adalah ia sesuai dengan minat murid-murid, iaitu penggunaan komputer. Paparan

power point yang penulis gunakan juga mempunyai gambar hias atau animasi yang sesuai dan

tepat dengan tahap umur mereka. Ini sesuai dengan pendapat Leong Mei (1998), yang

52

Page 5: BAB 4 & 5

menyatakan bahawa kelebihan penggunaan komputer (PowerPoint) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran secara umunnya ialah kerana mempunyai paparan menarik. Ia mempunyai

kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik. Selain itu,

penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan yang

menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.

4.3.2 Murid-murid Seronok Membina Ayat Apabila Menguasai Dengan Baik Tajuk Kata

Sendi

Semua responden menyatakan mereka sangat seronok menulis ayat yang berkait rapat

dengan kata sendi. Mereka telah menyatakan bahawa sebab mereka sangat menyukai teknik yang

digunakan oleh guru adalah kerana mereka telah diberi peluang untuk mengakses sendiri

komputer atau paparan power point itu di hadapan kelas. Selain itu mereka juga menyatakan

tidak bosan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana paparan power point yang

ditunjukkan sangat menarik dan telah berjaya menjadikan mereka lebih fokus dalam

pembelajaran mereka.

“ Saya seronok menulis ayat yang menggunakan kata sendi kerana saya telah pun menguasai

kata sendi dengan baik. Paparan power point yang cikgu sediakan membuatkan saya lebih

faham”

Murid 1

“ Saya sempat berbincang dengan rakan sebelah sebelum ke hadapan untuk ‘klik’ jawapan pada

soalan ogjektif itu. Kami berdua sangat teruja dengan power point yang dipaparkan oleh cikgu”

Murid 2

53

Page 6: BAB 4 & 5

“ Saya seorang murid yang agak lemah dalam bahasa. Dengan paparan yang cikgu gunakan,

lebih mudah untuk saya menguasai kata sendi ini”

Murid 3

“ Saya seorang yang agak lemah dalam penulisan. Kelemahan yang ketara dalam penulisan saya

adalah penggunaan kata sendi yang kurang sesuai dalam ayat. Apa yang cikgu paparkan sangat

membantu saya. Terima kasih cikgu”

Murid 4

“ Saya sering bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan tentang tajuk kata sendi ini. kami

seronok kerana ingin menjawap dengan betul semasa di hadapan kelas nanti. Kami semua

tertunggu-tunggu waktu Bahasa Melayu kerana teruja untuk ‘klik’ pada butang komputer di

hadapan kelas”

Murid 5

Murid-murid ini menyatakan mereka seronok ketika membuat perbincangan. Ketika

paparan power point ditayangkan di hadapan, murid-murid berbincang dalam suasana yang

seronok. Mereka dilihat seolah-olah bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan yang paling

sesuai bagi ayat yang telah diberikan. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih

berpusatkan murid.

Semua responden menyatakan persetujuan bahawa penggunaan komputer dalam

pengajaran penulis amat membantu mereka dalam menguasai kata sendi ini. Ketika penulis

memaparkan power point di hadapan kelas, semua murid dilihat memberikan fokus sepenuhnya.

Bahan paparan yang menarik seperti gambar animasi, peta minda serta teknik ‘hyperlink’ yang

54

Page 7: BAB 4 & 5

digunakan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran penulis lebih interaktif serta berjaya

menarik minat mereka untuk member tumpuan sepenuhya.

4.3.3 Murid-murid Memperoleh Pengetahuan Baru (Aplikasi Power Point)

“ Saya memperoleh pengalaman baru daripada sesi pembelajaran hari ini”

Murid 1

“ Gambar yang cikgu sediakan dalam paparan ini sangat menarik dan ia merupakan perkara baru

bagi penulis terutamanya gambar animasi pada setiap paparan tersebut

Murid 2

“Kawan membantu membetulkan ayat yang saya buat. Paparan yang ada di hadapan kelas sangat

membantu kerana ia jelas dan sangat interaktif”

Murid 3

“Saya ingin mempelajari lebih lanjut tentang aplikasi power point ini. Ia sangat menarik kerana

sebelum ini saya jarang sekali melihat paparan power point”

Murid 4

“Saya banyak berkongsi perkara baru seperti cara-cara mengembangkan isi karangan dengan

bantuan paparan yang cikgu sediakan”

Murid 5

Berdasarkan hasil temu buat yang penulis adakan, didapati responden telah menyatakan

bahawa aplikasi yang dipaparkan oleh guru merupakan pengalaman baru bagi mereka.

55

Page 8: BAB 4 & 5

Responden menyatakan mereka memperoleh pengalaman baru hasil teknik yang penulis

gunakan. Dapatan kajian ini turut mendapati bahawa semua peserta amat berminat dengan teknik

yang penulis gunakan kerana adanya unsur inovasi dalam pengajaran. Hal ini sejajar dengan

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan

menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan

ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita

rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

4.3.4 Perubahan-perubahan Dalam Aspek Penulisan Karangan Murid

Dalam analisis yang penulis jalankan, terdapat lima orang responden yang menyatakan

bahawa mereka dapat menulis karangan dengan baik serta dapat mengembangkan isi karangan

dengan baik setelah beberapa kali melalui sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan BBM

berbantukan komputer ini. Tiga orang respon pula menyatakan mereka tidak ketandusan idea

semasa membuat karangan serta mereka juga dapat memperbaiki ayat yang mengandungi kata

sendi agar lebih sesuai dan relevan dengan konteks setiap ayat.

“ Saya tidak ketandusan idea dan pendapat semasa menulis karangan”

Murid 1

“ Markah karangan saya mulai meningkat semenjak memahami konsep kata sendi dengan baik”

Murid 2

“ Cikgu kata karangan saya lebih mantap sekarang berbanding dahulu”

Murid 3

56

Page 9: BAB 4 & 5

“ Penggunaan kata sendi dalam karangan yang saya buat lebih betul dan tepat:

Murid 4

Berdasarkan temu bual di atas, jelas menunjukkan kesan yang amat positif daripada

proses pengajaran berbantukan komputer ini. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak

ketandusan idea semasa membina karangan. Ukuran secara kualitatif juga jelas apabila ada

seorang responden menyatakan bahawa markah karangannya mulai meningkat sejak cikgu

menggunakan teknik ini dalam pengajara beliau.

4.3.5 Murid-murid Mahu Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Diteruskan

“ Saya suka cara cikgu mengajar kami menggunakan komputer”

Murid 1

“ Kalau boleh cikgu gunakan komputer untuk mengajar kami lepas ini. Sangat untuk memahami

apa yang cikgu ajar”

Murid 2

“ Kami tidak bosan dengan kelas cikgu. Karangan kami juga lebih mantap sekarang. Kami harap

agar cikgu kekalkan cara ini di dalam kelas cikgu”

Murid 3

“ Kelas nampak lebih ceria kerana kami tidak bosan. Paparan yang cikgu gunakan sangat

menarik minat kami di dalam kelas”

57

Page 10: BAB 4 & 5

Murid 4

“ Saya suka berbincang dengan rakan sambil melihat soalan yang terpampang pada skrin di

hadapan kelas. Fokus perbincangan kami hanya kepada soalan tersebut. Tidak ada yang lain”

Mutid 5

Berdasarkan jawapan-jawapan di atas, jelas menunjukkan bahawa teknik pengajaran

berbantukan komputer ini amat sesuai digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran kepada

murid-murid dalam kelas ini. mereka menyatakan bahawa teknik pengajaran seperti ini

menjadikan mereka tidak bosan serta membolehkan mereka membuat perbincangan secara

terbuka dengan rakan-rakan.

4.4 Cara Murid-murid Menjalani Pembelajaran Berbantukan Komputer

Dalam hal ini, penulis telah menjalankan pemerhatian secara berterusan bagi

mendapatkan data yang tepat serta relevan. Semasa pengajaran dan pembelajaran, keadaan

murid-murid yang memberi fokus kepada isi pelajaran yang disampaiakn diperhati secara

menyeluruh. Penulis melaporkan dapatan pemerhatian tersebut berdasarkan tema-tema berikut:

4.4.1 Kesungguhan Memberi Fokus Kepada PdP

Berdasarkan pemerhatian oleh penulis semasa sesi pengajaran tersebut, penulis

mendapati bahawa responden amat berminat dengan pembelajaran mereka. Hal ini demikian

kerana adanya tarikan di hadapan kelas mereka. Antara laporan yang boleh penulis rangkumkan

adalah seperti berikut:

58

Page 11: BAB 4 & 5

Murid-murid kelihatan memberi perhatian sepenuhnya semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Mereka dengan penuh minat membincangkan soalan serta sangat tertarik

dengan paparan yang ditunjukkan oleh guru di hadapan kelas mereka itu. Mereka juga kelihatan

sentiasa bersedia dengan soalan-soalan yang bakal guru mereka ajukan. Aktiviti perbincangan

berbentuk berpasangan sangat aktif kerana masing-masing mereka ingin mendapatkan jawapan

yang paling tepat dan betul. Selepas itu, mereka bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan

yang diberi kerana penulis mendapati peningkatan penguasaan mereka kepada kata sendi

menjadikan mereka lebih seronok untuk membina karangan atau ayat-ayat yang gramatis.

Pemerhatian 1

Murid-murid kelihatan menyukai apa yang guru paparkan. Dengan kata yang lain, murid-murid

kelihatan menyukai teknik yang digunakan, iaitu penggunaan komputer dalam menyampaikan isi

pelajaran. Murid-murid dilihat sangat tertarik dengan animasi serta gambar-gambar yang

disertakan dalam paparan guru itu tadi.

Pemerhatian 2

Responden juga menunjukkan mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran

dengan bersungguh-sungguh. Melalui pemerhatian penulis sendiri, murid-murid sentiasa

bersedia mengikuti setiap peringkat pembelajaran mereka. Semasa paparan power point

ditayangkan, responden dilihat mencatat maklumat sambil berbincang dengan rakan sebelah bagi

menjelaskan lagi pemahaman mereka kepada konsep kata sendi ini.

Murid-murid juga dilihat menunjukkan minat yang mendalam dengan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer ini. Mereka bukan sahaja berminat

59

Page 12: BAB 4 & 5

dengan teknik yang guru gunakan bahkan juga juga bahan yang digunakan oleh guru dalam

paparan power point tersebut. Pada akhir sesi PdP, murid-murid dilihat dapat menyiapkan

tugasan karangan mereka dengan baik dan ayat yang mereka gunakan juga lebih baik dan idea

mereka juga dilihat lebih tersusun.

4.4.2 Penglibatan Aktif Murid-murid

Murid-murid kelihatan lebih aktif ketika perbincangan, juga mengeluarkan pendapat dan

membetulkan jawapan rakan. Tiada murid yang pasif. Murid-murid kelihatan sangat ceria dalam

pembelajaran mereka.

Pemerhatian 3

Murid-murid menyukai paparan yang guru tunjukkan di hadapan kelas mereka. Gambar serta

animasi yang menarik membuatkan mereka teruja serta dapat mengelakkan mereka daripada

mengantuk semasa PdP berlaku.

Pemerhatian 4

Berdasarkan pemerhatian di atas, jelas menunjukkan responden melibatkan diri secara

aktif sepanjang kajian ini dijalankan. Sesi perbincangan dengan rakan sebelah berjalan dengan

lancar serta lebih menyeronokkan. Dalam masa yang sama juga, penulis mendapati ada

perubahan kepada murid yang sebelum ini sangat pasif dan suka menyendiri. Kumpulan yang

dahulunya sangat pasif sudah menunjukkan minat kepada sesi pembelajaran mereka. Penulis

berpendapat perubahan ini berlaku disebabkan peneguhan positif dalam diri mereka. Kumpulan

60

Page 13: BAB 4 & 5

ini dilihat telah tertarik dengan apa yang dipaparkan di hadapan kelas. Ini menjadikan timbulnya

keinginan mereka untuk mencuba sendiri mengakses komputer di hadapan kelas mereka tersebut.

4.4.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dieksploitasi Secara Optimum

Murid-murid merujuk soalan pada paparan power point di hadapan kelas. Murid-murid dilihat

sangat meminati animasi yang dipaparkan. Walaubagaimanapun, fokus sebenar mereka adalah

kepada soalan yang dikemukakan pada paparan tersebut. masing-masing ingin mencuba untuk ke

hadapan kerana mereka berpeluang untuk ke hadapan dan ‘klik’ pada jawapan yang dirasakan

tepat dan betul.

Pemerhatian 5

Murid-murid secara nalurinya akan menyukai objek yang bewarna-warni. Mereka kelihatan

sangat teruja dengan gambar yang penulis paparkan pada setiap halaman power point tersebut.

selain itu, penggunaan peta minda pada halaman power point juga sangat menarik minat mereka.

Pemerhatian 6

Sepanjang kajian ini dijalankan, penulis telah menyediakan beberapa Bahan Bantu

Mengajar (BBM) yang menjurus kepada penggunaan komputer. Ternyata penggunaan komputer

ini sangat membantu penulis melicinkan setiap peringkat pengajaran penulis serta ia sekaligus

dapat membantu penulis dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Selain itu, terdapat juga responden yang memberikan komen selepas pusingan pertama

dijalankan. Responden tersebut menyatakan bahawa setiap paparan yang ditunjukkan oleh guru

sangat membantu mereka dalam membina ayat yang betul. Mereka juga menyatakan bahawa

61

Page 14: BAB 4 & 5

gambar-gambar (yang berkaitan dengan isi karangan) serta animasi yang dipaparkan sangat

membantu serta memudahkan mereka menulis karangan.

4.4.4 Murid Menyukai Ganjaran

Sepanjang kajian ini dijalankan juga, penulis turut menyediakan ganjaran sebagai

motivasi kepada responden. Ini sesuai dengan teori pembelajaran yang sebelum ini telah

diutaraka oleh B.F Skinner (1958) dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam Teori ini

beliau menyatakan tingkah laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau

dendaan. Dengan adanya ganjaran dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat

dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif murid-murid akan diubah. Menurut Skinner,

pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama iaitu, peneguhan, denda, prinsip premack

dan pelupusan.

Peneguhan positif juga ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu

ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Menurut Rahil

Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku

dengan adanya rangsangan tertentu. Sesuatu peneguhan itu boleh merupakan benda, sosial

(seperti pujian) atau token (seperti markah ujian). Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan

kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan disifatkan sebagai peneguhan positif.

Murid-murid kelihatan gembira menerima pensel, pemadam dan coklat. Mereka masing-masing

aktif bercakap, berbincang serta memberikan pendapat kepada rakan-rakan.

Pemerhatian 7

62

Page 15: BAB 4 & 5

Murid-murid terharu dan bangga apabila menerima ganjaran daripada penulis. Mereka sangat

bersemangat untuk mencuba ke hadapan dan sangat bersemangat untuk membuat tugasan yang

diberi.

Pemerhatian 8

Berdasarkan pemerhatian di atas, didapati murid-murid suka dengan ganjaran yang

diberikan. Mereka masing-masing dilihat sangat bersungguh-sungguh dalam membuat tugasan

mahupun menjawab soalan di hadapan kelas kerana ingin mendapat ganjaran seperti pensel,

pemadam dan coklat yang disediakan oleh guru. Ganjaran akan diberikan kepada murid-murid

yang berjaya mendapat markah yang tinggi dalam karangan, kertas objektif serta berjaya

menjawab soalan dengan betul di hadapan kelas.

4.4.5 Prestasi Penulisan Dan Ujian Objektif (Soalan Berkaitan Kata Sendi)

Pencapaian kemahiran menulis murid-murid dalam penulisan dan ujian objektif selepas

pengajaraan berbantukan komputer ini didapati telah meningkat. Pencapaian ini jelas dilihat dari

segi markah semasa mereka melakukan tugasan yang diberi serta markah yang dikutip semasa

ujian objektif dilaksanakan. Markah yang dikutip telah dikira dan dijumlahkan dalam kiraan per

seratus.

MuridMarkah Tugasan Pada setiap Pusingan (%)

Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 4 Pusingan 5

Murid 1 45 45 42 63 64

Murid 2 24 35 40 42 60

Murid 3 45 55 48 60 66

63

Page 16: BAB 4 & 5

Murid 4 45 47 52 60 72

Murid 5 60 70 80 82 88

Murid 6 48 50 55 64 78

Murid 7 60 66 72 80 88

Murid 8 60 72 80 88 92

JADUAL 3: Markah murid-murid dalam lima pusingan PdP

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan tren peningkatan markah bagi murid-murid

tersebut secara keseluruhan. Pada pusingan pertama, markah kesemua murid yang dikaji adalah

sekitar 45 hingga 60 markah sahaja. Murid pertama contohnya, hanya mendapat 45 per seratus.

Markah murid ini telah meningkat pada pusingan yang terakhir walaupun berlaku penurunan

pada satu peringkat pusingan tersebut. perkara yang sama juga berlaku kepada murid 8 yang

mana murid ini merupakan antara murid yang cemerlang dalam kelas ini. Pada pusingan

pertama, markahnya adalah sekitar 60 peratus sahaja. dia telah menunjukkan peningkatan dari

segi pemarkahannya apabila mendapat 72 peratus pada pusingan yang kedua, 80 peratus pada

pusingan yang ketiga, 88 peratus pada pusingan yang keempat seterusnya telah memperoleh 92

peratus pada pusingan yang ke lima.

Prestasi murid-murid ini didapati meningkat pada pusingan ketiga hingga pusingan yang

ke lima, walaupun markah yang diperolehi tidaklah besar (mencapai A) dan tidak ramai yang

mendapat skor cemerlang. Namun, dalam situasi ini, penulis boleh membuktikan bahawa dengan

aplikasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini, dapat meningkatkan

penguasaan mereka dalam aspek tatabahasa terutamannya kata sendi.

64

Page 17: BAB 4 & 5

4.6 Kesimpulan

Bab ini telah membentangkan dapatan kajian tentang kesan aplikasi pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan penguasaan kata sendi dalam

kalangan murid-murid tahun lima dengan menjawab tiga persoalan dan dapatan kajian turut

dihuraikan berdasarkan tema-tema dalam objektif kajian ini.

65

Page 18: BAB 4 & 5

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian, kesimpulan dan mengandungi

cadangan-cadangan penulis berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan oleh penulis sendiri.

Dalam masa yang sama, bab ini juga merumuskan kajian ini secara keseluruhannya.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1 Aspek Tatabahasa Yang Sering Menjadi Masalah Kepada Murid-murid

Dapatan kajian oleh penulis telah mendapati aspek tatabahasa yang selalu menjadi masalah

kepada murid-murid aadalah berkenaan kata sendi atau kata depan. Dalam hal ini, ramai murid

kelas tahun lima telah menyatakan mereka sangat keliru apabila membina ayat menggunaakan

kata sendi ini. Melalui tugasan serta ujian yang diberikan juga, penulis mendapati antara

kesalahan kata sendi yang sering menimbulkan kekeliruan adalah penggunaan kata di. Ini adalah

bersesuai dengan kajian yang dilakukan oleh Izani Hj. Daud (1996) telah mendapati bahawa

terdapat enam kesilapan penggunaan kata sendi di yang sering dilakukan oleh para pelajar. Enam

kesilapan yang dimaksudkan ialah kesalahan penggunaan kata sendi nama di pada kata pasif,

kata sendi nama di ditulis rapat dengan kata yang menunjukkan arah, kata sendi nama di juga

ditulis rapat pada kata nama yang menunjukkan tempat. Kesalahan lain ialah kesalahan

menggunakan kata sendi nama di untuk merujuk ruang abstrak dan bahagian tertentu dan

kesalahan terakhir ialah kesalahan untuk menunjukkan masa atau waktu. Begitu juga dengan

kata sendi nama dari dan daripada. Pengguna keliru untuk membezakan kata sendi nama ini

66

Page 19: BAB 4 & 5

kerana tidak mengetahui fungsi sesuatu kata sendi nama dengan jelas. Oleh itu, kajian ini akan

menumpukan kepada kata sendi nama yang mengelirukan penggunaannya yang boleh

menyebabkan kesalahan dalam ayat secara keseluruhannya.

Selain itu, murid-murid tahun lima sekolah ini juga dilihat tidak memahami fungsi kata sendi

nama yang mana ia menjurus kepada kesalahan dalam membina ayat seterusnya membawa

kepada bayak kesalahan yang berlaku dalam karangan yang mereka bina. Awang Sariyan (1984)

dalam kajianya telah menyatakan kesilapan penggunaan kata sendi nama disebabkan oleh para

pelajar tidak dapat membezakan fungsi kata sendi nama dalam membentuk ayat. Dalam masa

yang sama, pengaruh bahasa ibunda bagi pelajar bukan Melayu misalnya menyebabkan

kesalahan tatabahasa. Pelajar secara lahiriahnya akan menterjemah gaya bahasa ibunda mereka

secara terus ke dalam bahasa Melayu. Ini akan menyebabkan berlakunya kesalahan sendi nama

yang boleh menggangu konteks tatabahasa sesuatu ayat yang dibina itu.

5.2.2 Pandangan Murid Kepada Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer

Dapatan kajian mendapati bahawa murid-murid menyukai teknik yang digunaka oleh

penulis. Semua responden telah menyatakan sebab mereka menyukai teknik yang digunakan ini.

antara sebab utama adalah kerana teknik ini sangat menarik minat mereka untuk lebih

memahami konsep kata sendi serta fungsi kata sendi itu sendiri dalam ayat. Terdapatnya gambar-

gambar serta animasi pada paparan menjadikan mereka seronok. Di samping itu, mereka juga

bersemangat untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan kerana mereka sendiri diberi

peluang untuk ke hadapan seterusnya mencuba sendiri untuk ‘klik’ butang komputer berdasarkan

jawapan yang telah mereka pilih. Dalam sesi temu bual yang telah dijalankan, jelas menunjukkan

67

Page 20: BAB 4 & 5

bahawa teknik yang paling sesuai bagi menerangkan penggunaan kata sendi dalam kalangan

murid tahun lima ini adalah melalui teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

5.2.3 Adakah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Sesuai?

Pada pendapat penulis, teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini

sangat sesuai diamalkan dalam PdP kelas ini. Melalui permerhatian yang dijalankan, jelas

menunjukkan bahawa murid-murid sangat seronok semasa PdP dijalankan. Selain itu, penulis

telah mendapati tren yang meningkat dalam markah responden ini. Dapatan daripada kajian ini

juga mendapati sebab-sebab murid berasa seronok dengan teknik pembelajaran berbantukan

komputer ini adalah kerana teknik ini membolehkan mereka mengakses sendiri komputer di

hadapan kelas untuk mendapatkan jawapan. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Zaceriya

(1995) yang mana beliau menyatakan bahawa kombinasi grafik, bunyi, video, teks dan animasi

dapat menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia mempunyai interaktif yang

tinggi maka ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi guru. Pelajar sekolah

berinteraksi melalui multimedia untuk memperoleh pengetahuan yang berguna dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka.

5.3 Implikasi Kajian

Berdasarkan daripada kajian yang telah dihasilkan oleh penulis ini, dapat penulis

bincangkan kepada dua, iaitu seperti berikut:

5.3.1 Implikasi Kepada Murid

Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer ini jelas menunjukkan aspek kognitif murid itu sendiri banyak

68

Page 21: BAB 4 & 5

memainkan peranan dalam melahirkan penggunaan kata sendi yang baik sekaligus dapat

meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid. Justeru aspek kognitif ini perlu

dititikberatkan oleh guru dalam memastikan agar murid sentiasa bersedia menerima isi pelajaran

yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Dari segi afektif pula, dapatan kajian juga

menunjukkan semua murid mempamerkan perasaan serta situasi yang terkawal ketika

berlakunya PdP dan semasa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kepada mereka.

Secara keseluruhannya, bolehlah penulis rumuskan bahawa teknik pengajaran

inimemberikan implikasi yang positif dalam kestabilan emosi murid. Hal ini member petanda

bahawa apa yang penulis cadangkan ini dapat digunakan untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, khususnya pengajaran tatabahasa pada masa akan datang. Teknik ini juga dilihat

berpotensi untuk melahirkan murid yang celik komputer serta berketrampilan serta berdisiplin

tinggi sekiranya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.

5.3.1 Implikasi Kepada Guru

Dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini, guru berperanan sebagai

fasilitator sahaja. Peranan guru adalah untuk mengaktif atau menggalak aktiviti pembelajaran.

Dalam hal ini guru akan memberikan bantuan atau penerangan kepada murid-murid yang masih

keliru dengan apa yang dipaparkan. Selain itu, guru perlu menunjukkan hubungan yang mesra

kepada murid agar mereka lebih seronok. Ini sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer kerana ia juga seperti teori pengajaran yang lain, yang mana keseronokan

dalam pembelajaran murid amat penting bagi memastikan mereka sentiasa fokus dan bersedia

untuk menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

69

Page 22: BAB 4 & 5

5.4 Rumusan Kajian

Sebagai rumusannya, dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan bahan bantu

mengajar berbantukan komputer untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan kata

sendi yang betul dan tepat. Semua murid-murid yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian

dijadikan sebagai sampel dan responden.

Antara kekuatan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah dapat

mewujudkan situasi pembelajaran aktif serta terkawal di dalam kelas. Murid-murid juga dilihat

belajar dalam keadaan yang sangat seronok dan tidak membosankan. Aktiviti pengajaran ini

membolehkan mereka aktif berbincang bersama rakan. Selain itu, ia juga membolehkan mereka

mengakses sediri komputer untuk mendapatkan penerangan tentang tajuk kata sendi yang

mereka pelajari.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) menjadi elemen penting dalam pengajaran dan

pembelajaran murid. Mereka perlu disediakan dengan kemudahan yang mencukupi agar

pembelajaran mereka lebih bermakna dan tidak membosankan. Justeru pihak Kementerian

Pendidikan itu sendiri seharusnya lebih proaktif dalam menyediakan guru dengan kursus-kursus

profesionalisme terutamanya teknik, strategi serta kursus berkenaan Bahan Bantu Mengajar

(BBM). Ini sangat penting bagi memastikan guru-guru sentiasa bersedia dengan pengajaran yang

baik dan berkualiti untuk murid-murid. Apabila murid-murid belajar dalam keadaan yang

menyeronokkan, akan memudahkan guru mencapai objektif yang diharapkan.

70

Page 23: BAB 4 & 5

BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmood. 1992. Ayat Pasif Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1993). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd.

Allen, H.B. 1964. Reading In Applied English Linguistic. New York: A Merind Publication.

Arbak Othman. 1981. Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Asiah Idris. 1989. Penggunaan Sendi Nama Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj.Omar. 1980. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan pustaka.

Azman Wan Chik. 1986. Mengajar Bahasa. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Awang Mohamad Amin. 1992. Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Malaysia Peringkat

Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan

Publication & Distributors Sdn Bhd.

Adam, G.R dan Schvaneveldt, J.D (1985). Understanding Research Methods. New York :

Longman.

71

Page 24: BAB 4 & 5

Arpan Shahbudin Haji Laip. (1998). Bahasa Melayu : Kesilapan Tatabahasa : Satu Analisis.

Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Awang Sariyan (1981). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia Edisi Permulaan.

Kuala Lumpur: Penerbit Sarjana Enterprise.

Brown, H. D. 1980. Principles Of Language Learning And Teaching. Englewood Cliffs, New

Jersey: Prentice. Inc.

Corder. 1977. “Analisis Kontasis Dan Analisis Kesilapan”. Jurnal Dewan Bahasa. Jil 1 (21)

Okt: 256.

Darwis Harahap. 1991. Persoalan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1982. Laporan Jawatan Kuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Erdogan V. (2005). Contribution of Error Analysis to Foreign Language Teaching. Mersin

University Journal of the Faculty of Education, 1 (2), 261-270.

Farid M. Onn. 1986. Kaedah Mengajar Pengkayaan Bahasa. dlm Azman Wan Chik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

72

Page 25: BAB 4 & 5

George. 1972. Dlm. Izani Hj. Daud (pnyt) “Kesilapan Penggunaan Sendi Nama di- Dalam

Pembelajaran Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes”. Jurnal Dewan Bahasa Jil 21(3)

Jun :418.

Haji Khaidir (2009) Julai. Kajian Analisis Kesalahan Dalam Bahasa Melayu. Diperoleh pada

24 Julai 2013 daripada http://hajikhaidir.blogspot.com/2009/07/analisis-kesalahan-

dalam-bahasa-melayu.html

Izani Hj. Daud. 1996. Kesilapan Penggunaan Sendi Nama ‘di’ Dalam Pemelajaran Bahasa

Melayu satu Kajian Kes. Jurnal Dewan Bahasa 40 (5) hal. 418-427.

Institut Bahasa. 1994. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ismail Dahaman. 1997. Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. 1980. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Jais Sahok 1990. “Tinjauan Kesalahan Bahasa Di Kalangan Pelajar”. Jurnal Dewan Bahasa Jil

2 (34) Mac: 189-200

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofiah Hamid. 1994. Perkaedahan Pengajaran Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. 1994. KBSM Dan Strategi Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lutfi Abas. 1986. “Sendi Nama Dan Arah”. Jurnal Dewan Bahasa Jil 2 (30) Jan: 37-59.

73

Page 26: BAB 4 & 5

Lufti Abas (1986). Kata Sendi Nama dan Arah. Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 30 : 1 Januari hal.

37-59.

Md. Daud Taha. (1992). Masalah Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu

di Tingkatan Menengah Atas di Negara Brunei Darussalam. Serdang : Universiti Putra

Malaysia.

Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohamad Naja Abdullah. 2000. Kesalahan Penggunaan Frasa Sendi Nama ‘di’ Di Kalangan

Pelajar-Pelajar Di Sekolah Menengah Dato’ Haji Hussein, Selama, Perak. Tesis Ijazah

Sarjana Muda: Universiti pendidikan Sultan Idris.

Moghimizadeh R.P (1998). The Study of Syntatic Avoidance on the Written Production of

Persian University Students Majoring in Teaching English as a Foriegn Language.

Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Mohd Shahril Rajain. (1996). Analisis kesalahan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelar

Tingkatan Enam di sekolah menengah: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak

diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Muhammed Salehudin Aman. (1993). Analisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu di

kalangan pelajar sekolah menengah agama atas. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

74

Page 27: BAB 4 & 5

Nadzeri Hj. Isa. (1997). Bahan pengajaran bahasa: Persoalan tentang kesesuaian, ketepatan

dan keberkesanannya sebagai fokus utama dalam pengajaran. Jurnal Bahasa. 41(1).

Jan 1997.

Nik Safiah K, Farid M.O, Hashim M, A.H Mahmood (1993). Tatabahasa Dewan Edisi

Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dn Pustaka.

Nor Asmah Abd. Aziz. (2009). Penggunaan kata hubung bahasa Malaysia dalam kalangan

pelajar sekolah menengah: satu analisis kesilapan. Tesis sarjana yang tidak

diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Richard J.C, Platt J.T, Weber H & Candin C.N (1992). Longman Dictionary of Apllied

Linguistic. Essex : Longman.

Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam. 1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abd. Aziz. 1996. Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Kumpulan Budiman

Sdn.Bhd.

Zainal Abidin Ahmad. 1965. Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

______________________. 1988. Sendi Nama Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

75

Page 28: BAB 4 & 5

____________. 1989a. Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

____________. 1989b. Nahu Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

_____________dan Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

76