Bab 1 Pengenalan Sejarah Perakaunan

download Bab 1 Pengenalan Sejarah Perakaunan

of 19

description

BAB 1 Sejarah Perakaunan

Transcript of Bab 1 Pengenalan Sejarah Perakaunan

  • 1

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    UNIT 1

    PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan sejarah ringkas dan evolusi perakaunan.

    2. Menerangkan perbezaan perakaunan dan simpankira.

    3. Membincangkan pengguna maklumat perakaunan.

    4. Membincangkan bentuk organisasi perniagaan.

    5. Menerangkan prinsip-prinsip perakaunan diterima umum.

    6. Menerangkan badan-badan perakaunan di Malaysia.

    1.1 SEJARAH RINGKAS DAN EVOLUSI PERAKAUNAN

    Perakaunan secara umumnya wujud sejak dahulu lagi, ilmu perakaunan bukanlah satu bidang yang asing

    dalam kehidupan manusia. Sejarah tamadun awal menunjukkan aktiviti ini dijalankan sejak turun-temurun

    khususnya manusia mula berniaga. Manusia mengenali ilmu perakaunan kerana keperluan untuk

    merekodkan semua aktiviti perdagangan harian. Tetapi, pada takat kini tidak ada lagi yang mengetahui

    kaedah atau teknik yang sebenar digunakan pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun kaedah-kaedah itu

    telah mengalami perubahan mengikut peredaran zaman dan ada juga kaedah yang masih dipraktikkan

    sehingga ke hari ini. Di zaman silam segala aktiviti ditulis bukanlah berbentuk angka sebaliknya

    berdasarkan gambar binatang buruan, kegiatan bercucuk tanam dan kegiatan pertukaran barang dengan

    puak lain. Ini menunjukkan catatan perdagangan adalah tidak sistematik berbanding dengan sekarang.

    Penggunaan simbol-simbol dalam urusniaga perdagangan mengalami banyak masalah. Diantaranya sukar

    memindahkan rekod-rekod ke tempat lain dan boleh mengelirukan pihak-pihak yang terlibat. Keadaan

    seperti ini boleh membawa kepada perselisihan faham malah membawa kepada pergaduhan. Penggunaan

    simbol-simbol ini akhirnya bertukar kepada pembentukan huruf-huruf dan angka-angka bagi mewakili nilai

  • 2

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    dan maklumat. Sistem ini dapat dilihat pada zaman silam seperti orang Rom telah banyak mengalami

    perubahan dalam sistem tulisan moden. Manakala orang Islam dan orang Hindu membawa perubahan

    sistem angka.

    Abad ke-15

    Pada abad ke-15 aliran perakaunan telah menjadi lebih mantap lagi. Dalam tahun 1495, Luca Pacioli telah

    menggegarkan bidang penyimpan rekod perniagaan dengan penerbitan buku matematiknya iaitu Summa

    De Aritmatica, giometrica, proportioni atau projotronalika yang diterbitkan di Venice. Terdapat satu

    bahagian di dalam buku ini yang menghuraikan pendekatan catatan bergu sebagai asas menyediakan

    rekod simpankira. Oleh yang demikian Luca Pacioli telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan

    pada masa kini. Hasil sumbangannya dalam bidang perakaunan menyebabkan beliau dikenali sebagai

    Bapa Perakaunan.

    Abad ke-17 dan 18

    Revolusi perindustrian yang berlaku di abad ini telah membawa kepada pendekatan baru terhadap ilmu

    perakaunan. Revolusi yang berlaku menyebabkan banyak industri semakin besar dan memerlukan sistem

    perakaunan yang lebih meluas, sistematik dan efektif. Ini bertujuan untuk perkembangan industri dan

    mengelakkan kekeliruan berlaku. Pada masa yang sama, penyata kewangan dan pelaporan berasaskan

    akaun-akaun telah diperkenalkan.

    Abad ke-19

    Pada abad ini, syarikat perniagaan telah mula ditubuhkan secara besar-besaran. Syarikat perniagaan

    tersebut telah mengubah corak pengurusan dan pentadbiran yang lebih sistematik. Syarikat bukan lagi

    berbentuk milik perseorangan dan perkongsian malah berbentuk syarikat berhad. Pemilik syarikat berhad

    ini memerlukan ahli yang ramai. Ini dapat dilihat di dalam perusahaan kapal, besi dan kereta. Ia

    memerlukan saham atau syer yang dijual kepada orang ramai bagi mendapatkan modal yang lebih banyak.

    Oleh yang demikian bentuk perniagaan menjadi besar dan lebih terancang. Pada masa yang sama, pihak

    kerajaan telah menyediakan undang-undang bagi mengawal dan melindungi hak mereka yang terlibat.

    Abad ke-20

    Dalam abad ini, bidang perakaunan telah mencapai tahap yang lebih profesional. Pencapaian ini dapat

    dilihat dengan tertubuhnya badan-badan profesional perakaunan seperti Jawatankuasa Panduan Piawaian

    Perkaunan, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa, Lembaga Piawai Perakaunan Malaysia,

    Institut Akauntan Malaysia dan Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia.

  • 3

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    Jawatankuasa Panduan Piawai Perakaunan telah ditubuhkan oleh Institute Of Chartered Accountants di

    England dan Wales pada tahun 1969. Badan ini menjadi rujukan dan panduan kepada ahli-ahlinya

    berkaitan dengan format piawai penyata kewangan yang hendak diterbitkan.

    Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawai Perakaunan Antarabangsa (IASC) telah ditubuhkan. Badan ini

    ditubuhkan bagi memastikan penggunaan piawai asas penyediaan akaun dan penyata kewangan.

    Lembaga Piawai Perakaunan Malaysia (MASB) pula telah ditubuhkan pada 1 Julai 1997. MASB

    ditubuhkan bagi menggubal satu rangka perakaunan dan menerbitkan piawai perakaunan yang

    bersesuaian dengan akta pelaporan kewangan 1997. MASB juga berfungsi menyemak dan meminda

    piawai perakaunan sedia ada jika perlu.

    Institut Akauntan Malaysia (MIA) merupakan satu badan profesional akauntan di Malaysia yang

    diperundangkan dalam tahun 1969 di bawah Seksyen 3 Akta Akauntan 1967. Penubuhan badan ini

    bertujuan membangun dan memperkembangkan profesion perakaunan di Malaysia. MIA juga berfungsi

    mengadakan latihan, pendidikan dan peperiksaan kepada mereka yang ingin mengamalkan profesion

    perakaunan di Malaysia.

    Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA) telah ditubuhkan pada tahun 1965 berdasarkan

    kepada Akta Syarikat 1965. Badan ini ditubuhkan bagi membangun dan menggerakkan kemajuan

    profesion perakaunan di Malaysia. Sekarang MACPA telah ditukar kepada MICPA (Institut Akauntan Awam

    Bertauliah Malaysia)

    1.2 PERAKAUNAN DAN SIMPANKIRA

    Definisi Perakaunan

    Perakaunan secara ringkas ialah bahasa perniagaan. Ia menjadi satu alat yang digunakan oleh entiti

    perniagaan untuk mengemukakan laporan kegiatan yang dijalankan. Akan tetapi perakaunan tidak terhad

    kepada perniagaan sahaja malah ia juga digunakan di dalam organisasi bukan perniagaan.

    Frank Wood di dalam bukunya Business Accounting 1, mendefinisikan perakaunan sebagai the

    process of identifying measuring and communicating economic information to permit informed judgements

    and decisions by user of information".

    Alan L. Robb pula mendefinisikan perakaunan sebagai satu disiplin ilmu yang menyediakan maklumat

    bagi bagi melaksanakan aktiviti yang lebih berkesan oleh sebuah organisasi. Di dalam proses itu terdapat

    aktiviti seperti mengumpul, mengira, mengklasifikasi, merumus dan melaporkannya kepada mereka yang

    berkepentingan terhadap maklumat tersebut.

  • 4

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    Andrew Long pula mengatakan perakaunan sebagai satu cara merekod, mengklasifikasi, merumus dan

    melaporkan aktiviti perniagaan dalam suatu tempoh tertentu. Merekod bermakna sesuatu urusniaga

    direkodkan dalam buku perniagaan; mengklasifikasi bermakna pengisian data-data mengikut jujukan

    kategori; merumus bermakna data-data diringkaskan; dan melaporkan bermakna maklumat kewangan

    dianalisa dan laporkan.

    Oleh itu saya mendefinasikan perakaunan sebagai satu proses mengenalpasti, merekod, mengkelas,

    meringkas, melapor dan mentafsirkannya semua urusniaga secara sistematik dalam bentuk nilai

    matawang.

    Definisi Simpankira

    Simpankira adalah proses merekodkan urusniaga secara tepat dan bersistem di dalam buku-buku akaun

    perniagaan. Ia dilakukan bertujuan untuk merekod, mengkelas dan meringkas urusniaga. Selain itu

    simpankira juga menyimpan maklumat aset yang dimiliki dan jumlah yang terhutang kepada orang lain.

    Perbezaan Perakaunan Dan Simpankira

    Perakaunan merupakan satu proses yang luas dan lebih menyeluruh manakala simpankira merupakan

    satu aspek kecil di dalam perakaunan. Simpankira berkaitan proses urusniaga iaitu urusniaga, dokumen,

    buku catatan pertama, lejar, dan imbangan duga sahaja.

    Perakaunan diuruskan oleh akauntan yang melakukan kerja menyediakan penyata kewangan,

    menganalisis maklumat kewangan, menyediakan belanjawan, menjalankan kerja audit dan memberi

    nasihat kepada pihak pengurusan. Sementara simpankira dilakukan oleh kerani kewangan yang hanya

    memerlukan pengetahuan minimum perakaunan.

    1.3 PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN

    Pengguna maklumat perakaunan terbahagi kepada dua iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran.

    Kedua-dua jenis pengguna ini mempunyai kepentingan yang berbeza ke atas maklumat dalam penyata

    kewangan. Pengguna dalaman terdiri daripada pihak pengurusan dan mereka yang bekerja dalam

    organisasi berkenaan. Pengguna luaran pula terdiri daripada individu atau sekumpulan orang luar syarikat

    yang mempunyai kepentingan dengan syarikat tersebut seperti pelabur, bank, pemiutang, Lembaga Hasil

    Dalam Negeri, dan lain-lain. Pengguna luaran memerlukan maklumat perakaunan tersebut bagi

    membolehkan mereka membuat perbandingan prestasi kewangan sesebuah perniagaan.

  • 5

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    Setiap pengguna maklumat mempunyai kepentingan yang tertentu terhadap maklumat perakaunan.

    Kepentingan maklumat perakaunan kepada pengguna adalah seperti berikut:

    PENGGUNA MAKLUMAT KEGUNAAN MAKLUMAT

    Pengguna dalaman

    Pihak pengurusan / kakitangan

    Menilai keputusan pengurusan yang lepas,

    mengawal aktiviti operasi syarikat dan membuat

    keputusan (merancang) untuk masa depan.

    Pengguna luaran

    i. Pelabur sedia ada

    ii. Bakal pelabur / bakal rakan kongsi

    iii. Pihak bank / pemiutang

    iv. Lembaga Hasil Dalam Negeri

    Mengetahui nilai modal yang dilaburkan dan

    jumlah dividen yang yang diterima. Ingin

    mengetahui sumber-sumber kewangan

    perniagaan.

    Melihat perniagaan itu memberikan untung atau

    tidak sebelum membuat keputusan melabur atau

    menjadi rakan kongsi perniagaan.

    Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar

    balik hutang bersama faedah atas pinjaman.

    Menentukan jumlah cukai yang dikenakan atas

    untung perniagaan

    Jadual 1.1 Pengguna dan Kegunaan Maklumat Perakaunan

    1.4 BENTUK ORGANISASI PERNIAGAAN

    1.4.1 Perniagaan Tunggal

    Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki dan diuruskan oleh seorang pemilik sahaja. Pemilik kepada

    perniagaan jenis ini akan berkuasa sepenuhnya terhadap perniagaan mereka. Ia senang diuruskan dan

    bersaiz kecil. Sebagai pemilik kepada jenis perniagaan ini, ia menerima semua hasil dan menanggung

    semua risiko yang dialaminya. Seandainya jenis perniagaan ini mempunyai pembantu, biasanya pembantu

    tersebut terdiri daripada saudara-mara atau rakan taulan pemilik sebagai pekerja biasa sahaja.

  • 6

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    Bincangkan Kebaikan Perniagaan Tunggal

    Bincangkan Keburukan Perniagaan Tunggal

    1.4.2 Perkongsian

    Perniagaan perkongsian ditubuhkan dibawah Akta perkongsian1961. Mengikut akta ini perniagaan dimilki

    diantara dua hingga dua puluh orang dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan atau sebarang

    faedah. Perniagaan perkongsian dikatakan lebih besar daripada milikan tunggal kerana ia mempunyai lebih

    daripada seorang pemilik. Pemilik perkongsian perlu berkongsi untung mengikut kadar tertentu yang

    dipersetujui.

    Perkongsian dikendalikan mengikut persetujuan atau kontrak yang dipanggil perjanjian perkongsian. Di

    antara perkara yang termaktub dalam perjanjian ini adalah nama perkongsian, ahli-ahli yang terlibat dalam

    pengurusan, sumbangan modal setiap pekongsian dan harta-harta perkongsian.

    Perniagaan perkongsian mempunyai ahli-ahli atau rakan kongsi. Rakan kongsi ialah pemilik bersama

    perniagaan. Secara umum jenis rakan kongsi dibahagikan menurut jenis liabiliti yang mereka tanggung

    iaitu rakan kongsi am dan rakan kongsi terhad. Rakan kongsi am ialah rakan kongsi yang berliabiliti tidak

    terhad, manakala rakan kongsi terhad ialah rakan kongsi yang berliabiliti terhad.

    Selain itu rakan kongsi perkongsian boleh diklasifikasikan kepada jenis-jenis.

    Rakan kongsi senyap

    Rakan kongsi rahsia

    Rakan kongsi tidur

    Rakan kongsi namaan

    Kebaikan Perkongsian

    Keburukan Perkongsian

  • 7

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    1.4.3 Syarikat

    Perniagaan berbentuk syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Bentuk perniagaan jenis ini dimiliki

    oleh ramai pemilik melalui pegangan saham. Ia mempunyai liabiliti yang terhad. Syarikat akan

    membahagikan untung, risiko dan tanggungjawab berdasarkan jumlah saham yang dimiliki. Keuntungan

    diagihkan dalam bentuk dividen bagi setiap unit saham. Kepentingan pemegang saham dijaga oleh

    lembaga pengarah syarikat yang merupakan pemegang saham majoriti.

    Bincangkan Kebaikan Syarikat

    Bincangkan Keburukan Syarikat

    1.5 PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN DITERIMA UMUM

    Prinsip ini memberi panduan bagaimana untuk membuat pengukuran, merekod aktiviti ekonomi dan cara

    melaporkannya. Ia merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan perakaunan

    yang bertujuan untuk menyediakan satu rangka rujukan dalam praktis perakaunan. Berpandukan prinsip

    ini, situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilaporkan dengan cara yang sama oleh semua akauntan.

    Prinsip ini perlu supaya maklumat yang dilaporkan adalah lengkap, boleh dipercayai dan boleh difahami.

    Oleh itu perbandingan di antara penyata kewangan tahun semasa dengan penyata kewangan tahun

    sebelumnya dan juga perbandingan dengan syarikat lain bagi tahun yang sama dapat dilakukan.

    Prinsip atau konsep perakaunan adalah seperti berikut :

    1.5.1 Konsep Kos Sejarah

    Urusniaga sesebuah perniagaan melibatkan berbagai-bagai bentuk nilai asal, nilai semasa dan juga nilai

    masa depan. Walaubagaimanapun, setiap akauntan mesti melaporkan butir-butir kewangan yang tepat dan

    objektif. Oleh itu, amat penting kita mengambil asas yang menyatakan bahawa setiap aset mestilah

    daripada nilai asal aset tersebut dibeli dan bukannya berdasarkan nilai pasaran aset tersebut. Konsep ini

    merupakan asas untuk menilai aset kerana nilai kos adalah lebih objektif dan boleh dibuktikan. Aset ini

    tidak direkodkan pada nilai semasa atau nilai pasaran kerana ia adalah subjektif.

    Contoh : Perniagaan Ahmadi membeli sebuah kereta proton saga dengan harga RM25,999 pada 15 Mei

    20X1. Harga pasaran kereta proton saga ini telah meningkat kepada RM34,999 pada tahun 20X2.

    Seorang pelanggan ingin membeli kereta proton saga tersebut dengan harga yang bakal dipersetujui iaitu

    pada harga pasaran. Adakah tindakan yang diambil oleh Ahmadi itu betul? Jika tidak kenapa?

  • 8

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    Penyelesaian : Tindakan yang diambil oleh Ahmadi salah. Ini kerana ianya menyalahi konsep kos sejarah,

    yang bermaksud semua aset perniagaan perlulah direkodkan pada harga belian aset tersebut bukannya

    pada harga pasaran.

    1.5.2 Konsep Pengukuran Wang Stabil

    Peristiwa perakaunan atau urusniaga perakaunan perlu diukur dalam bentuk menggunakan nilai matawang

    negara tersebut misalnya Malaysia menggunakan Ringgit. Oleh yang demikian, hanya urusniaga yang

    boleh diukur dengan wang sahaja yang akan direkodkan dalam perniagaan. Konsep ini turut

    mengandaikan wang mempunyai nilai yang stabil.

    Walaupun demikian, konsep ini mempunyai kelemahan iaitu: skop perakaunan dihadkan, dimana faktor-

    faktor yang memberi kesan ke atas aktiviti dan prospek masa hadapan perniagaan seperti maklumat

    berkaitan kebolehan pengurusan, kekuatan dan kelemahan perniagaan serta maklumat berkaitan kematian

    dan kelemahan presiden syarikat, tidak dapat dilaporkan dalam bentuk nilai wang. Matawang pula tidak

    sentiasa stabil kerana berlaku perubahan dalam nilai matawang di pasaran akibat daripada berlakunya

    inflasi dan deflasi dalam ekonomi.

    Contoh : Suatu urusniaga telah berlaku dalam sebuah perniagaan tetapi nilainya dalam bentuk wang tidak

    dapat dipastikan lagi. Akauntan perniagaan tersebut telah membuat keputusan untuk tidak merekodkan

    urusniaga tersebut sehingga nilai dapat dipastikan. Adakah tindakan akauntan tersebut betul ? Kenapa ?

    Penyelesaian : Tindakan akauntan tersebut betul kerana pelaporan urusniaga perlu dilaporkan dalam

    bentuk nilai wang tepat.

    1.5.3 Konsep Entiti Berasingan

    Konsep ini mengandaikan firma atau perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza tidak kira

    samada perniagaan berbentuk perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat. Perakaunan menganggap

    bahawa setiap entiti perniagaan memiliki aset sendiri dan menanggung hutang dalam perniagaan secara

    berasingan dari pemiliknya. Begitu juga dengan hasil dan belanja. Oleh yang demikian, proses perakaunan

    hanya berkenaan dengan perekodan urusniaga yang dialami oleh firma sahaja. Dengan ini hasil operasi

    dan kedudukan kewangan entiti dapat ditentukan. Bagi perniagaan tunggal dan perkongsian, daripada

    segi perakaunan kedua-dua pemilik perniagaan ini adalah berasingan daripada perniagaannya. Tetapi, dari

    segi undang-undang pula, pengasingan sebegini tidak wujud iaitu pemilik adalah bertangungjawab

    sepenuhnya ke atas perniagaannya. Ini bermakna, jika perniagaan tidak mampu menjelaskan hutangnya,

    pemiliknya akan bertanggunjawab menjelaskan dengan menggunakan aset peribadinya.

    Contoh : Encik Remy membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan

    pembelian ini ke dalam buku perniagaannya. Selain itu, semua perbelanjaan minyak petrol untuk kereta

  • 9

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    berkenaan turut direkodkan dalam buku perniagaan. Adakah tindakan Encik Remy ini menepati mana-

    mana konsep perakaunan?

    Penyelesaian : Encik Remy tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Ini kerana pembelian kereta dan

    perbelanjaan petrol adalah perbenjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Oleh itu, ianya tidak

    boleh dilaporkan dalam buku perniagaan. Sebaliknya ianya perlu dilaporkan sebagai belanja peribadi

    pemilik.

    1.5.4 Konsep Usaha Berterusan

    Konsep ini mengandaikan perniagaan terus beroperasi untuk satu tempoh yang panjang dan tidak dapat

    ditentukan hadnya. Ini bermakna perniagaan akan dapat berniaga dan membuat untung untuk tempoh

    yang lama. Andaian ini penting untuk menilai aset dan melaporkan kedudukan kewangan sesebuah

    perniagaan di mana perekodan dibuat pada nilai kos dan bukannya pada nilai pasaran. Ini adalah kerana

    aset tetap terutamanya diandaikan akan digunakan secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk

    menghasilkan pendapatan. Perubahan dalam harga pasaran tidak akan mempengaruhi kegunaan aset.

    Contoh : Labu Labi Enterprise membeli sebuah kenderaan pada harga kos RM40,000 dengan anggaran

    jangka hayat kenderaan tersebut adalah selama 10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah

    RM44,000. Adalah dicadangkan aset tersebut disusutnilaikan untuk tempoh lima tahun kerana perniagaan

    dijangkakan akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.

    Penyelesaian : Cadangan ini tidak boleh diterima kerana ianya bertentangan dengan konsep usaha

    berterusan. Aset tersebut perlu direkodkan pada nilai RM40,000 dengan susutnilai selama 10 tahun

    kerana perniagaan diandaikan akan beroperasi pada satu jangka masa yang tidak boleh ditentukan.

    1.5.5 Konsep Catatan Bergu

    Konsep ini menekankan yang setiap urusniaga mempunyai dua kesan. Satu "penerima" dan satu lagi

    "pemberi". Oleh itu wujud istilah yang dipanggil "debit" dan "kredit". Konsep ini mempunyai 2 alasan

    penting. Alasan logik menyatakan nilai yang masuk hendaklah didebitkan dan nilai yang keluar hendaklah

    dikreditkan. Manakala alasan prinsip menyatakan jika berlaku pertambahan dalam aset, belanja dan rugi

    hendaklah didebitkan dan sebaliknya jika berlaku pengurangan di dalam item tadi hendaklah dikreditkan.

    Contoh : Ali memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai sebagai modal RM10,000. Ali telah

    merekodkannya di dalam Akaun Modal dan Akaun Ali. Berikan komen anda.

    Penyelesaian: Ali telah tidak mematuhi konsep catatan bergu. Ia sepatutnya debitkan Akaun Tunai dan

    kreditkan Akaun Modal.

  • 10

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    1.5.6 Konsep Ketekalan

    Konsep ini menghendaki firma mengekalkan semua kaedah yang digunakan. Tujuannya ialah untuk

    memudahkan perbandingan antara prestasi masa lepas dan semasa, memudahkan perbandingan antara

    firma, dan supaya pelaporan yang ideal dan saksama dapat dipersembahkan.

    Contoh : Syarikat TESL Berhad menggunakan kaedah garis lurus dalam menilai susutnilai semua aset

    syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian tersebut kepada kaedah baki berkurangan

    untuk semua aset tetap syarikat. Adakah tindakan syarikat ini mematuhi konsep ketekalan? Huraikan.

    Penyelesaian : Syarikat tidak mematuhi konsep ketekalan kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan

    perlu diteruskan penggunaan di tahun-tahun berikutnya.

    1.5.7 Konsep Tempoh Perakaunan

    Penyata kewangan sesebuah perniagaan disediakan untuk satu tempoh yang tertentu, biasanya setiap 12

    bulan (satu tahun). Namun begitu ada perniagaan yang menyediakan penyata kewangan untuk tempoh

    enam bulan, empat bulan dan sebagainya. Konsep ini membolehkan prestasi diukur.

    Contoh : Perniagaan Air Batu telah ditubuhkan pada 1 Januari 20X1. Perniagaan ini menutup akaun

    perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Berikan komen anda berkaitan

    dengan tindakan syarikat ini dengan melihat kepada konsep perakaunan yang berkaitan.

    Penyelesaian : Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ianya memenuhi konsep tempoh

    perakaunan iaitu penyata kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.

    1.5.8 Konsep Materialiti

    Konsep ini adalah berkait dengan prosedur pengkelasan dan persembahan semua maklumat perakaunan

    dan amaunnya. Sesuatu amaun yang dilaporkan itu mestilah signifikan dimana nilai yang tidak material

    seperti nilai sen boleh diabaikan. Penentuan samada sesuatu nilai itu adalah signifikan atau tidak,

    bergantung kepada pertimbangan pihak pengurusan. Penentuan nilai yang signifikan ini adalah dilihat dari

    segi jenis firma, jenis perniagaan atau saiz perniagaan. Tujuan konsep ini supaya persembahan penyata

    kewangan yang lebih kemas dan teratur.

    Contoh : Dua buah peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan RM10,000 masing-masing. Usia guna

    kedu-dua peralatan ini dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan ini disusutnilaikan

    selama 10 tahun. Berikan komen anda terhadap tindakan ini berpandukan kepada konsep perakaunan

    tersebut.

  • 11

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    Penyelesaian : Mengikut konsep materialiti adalah tidak signifikan untuk mengira susutnilai ke atas

    peralatan yang berharga RM10. Oleh itu, peralatan bernilai RM10 lebih baik dilaporkan sebagai belanja

    untuk tahun berkenaan. Sementara RM10,000 adalah material untuk disusutnilaikan selama 10 tahun.

    1.5.9 Konsep Realisasi

    Konsep ini menyatakan hasil hanya akan diambilkira jika ianya benar-benar berlaku atau diperolehi. Untuk

    memastikan bahawa sesuatu hasil itu benar-benar berlaku ianya hendaklah mematuhi kriteria berikut :

    barang atau perkhidmatan diberi (berlaku urusniaga), pembeli sanggup membayar harga barang dan

    perkhidmatan, pembeli pada situasi ini berupaya untuk membayar, dan kestabilan nilai matawang. Oleh

    yang demikian, realisasi tidak berlaku apabila pesanan diterima atau apabila menerima pendahuluan

    daripada atas barang atau perkhidmatan yang belum diberikan.

    Contoh : Encik Sameon adalah seorang pengusaha barang tembikar. Beliau telah menerima tempahan

    untuk membuat 100 buah tembikar daripada seorang pelanggan. Beliau telah merekodkan tempahan

    tersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan tersebut dibuat oleh pelanggan. Berikan komen

    anda dengan berpandukan konsep di atas.

    Penyelesaian : Encik Sameon tidak boleh mengiktiraf tempahan pasu itu sebagai hasil kerana urusniaga

    pertukaran barang belum berlaku. Tindakan beliau ini bercanggah dengan konsep realisasi.

    1.5.10 Konsep Pemadanan

    Konsep ini menghendaki belanja direkodkan dalam tempoh perakaunan dimana ianya telah dilibatkan bagi

    memperolehi sesuatu hasil perniagaan. Tujuannya adalah untuk membolehkan perniagaan mengetahui

    jumlah sebenar hasil dan belanja untuk sesuatu tempoh kewangan. Dengan itu, untung atau rugi untuk

    tempoh tersebut dapat ditentukan.

    Contoh : Pemilik sebuah perniagaan mendapati bahawa perniagaan tersebut akan memperolehi kerugian.

    Untuk itu, beliau telah mengarahkan akauntan syarikatnya mengurangkan pelaporan belanja tahun

    berkenaan dengan mengurangkan pelaporan nilai belanja elektrik dan tidak melaporkan belanja susutnilai.

    Adakah akauntan berkenaan patut mengikut kehendak pemiliknya? Berikan pendapat anda dengan

    berpandukan konsep yang berkaitan.

    Penyelesaian : Akauntan tersebut tidak patut mengikut kehendak pemilik perniagaan berkenaan kerana

    ianya bercanggah dengan konsep pemadanan. Pelaporan belanja seperti belanja elektrik dan susutnilai

    adalah perbelanjaan yang berlaku dalam tahun kewangan tersebut dan ianya berkaitan dengan hasil yang

    diperolehi pada tahun berkenaan. Oleh itu perbelanjaan perlu menunjukkan kedudukan kewangan yang

    sebenar perniagaan tersebut.

  • 12

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    1.5.11 Konsep Konservatisma

    Konsep ini menyatakan bahawa hasil dan untung perniagaan hanya direkodkan apabila ianya benar-benar

    telah berlaku. Di bawah konsep ini, perekodan perlu memastikan, aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak

    terkurang nyata.

    Mengikut konsep ini akauntan mesti memastikan perkara yang selamat untuk dilaporkan supaya tidak

    berlakunya terlebih atau terkurang nyata dalam pelaporannya. Untuk itu akauntan perlu mengambilkira

    perkara berikut : untung tidak terlebih nyata, modal tidak terlebih nyata, rugi mesti direkodkan walaupun

    belum berlaku (dijangka akan berlaku), dan untung dinyatakan bila ianya terjadi. Amnya, konsep ini adalah

    berdasarkan kepada slogan menjangkakan tiada keuntungan dan mengambilkira segala kerugian yang

    mana ianya lebih merupakan konsep berhati-hati dalam pelaporan.

    Contoh : Syarikat Karisma Berhad telah membuat kontrak dengan sebuah syarikat daripada Negara

    Amerika Syarikat. Hasil dari kontrak ini, syarikat dijangkakan akan memperolehi keuntungan RM1 juta.

    Pengarah syarikat berkenaan menghendaki akauntan syarikat melaporkan keuntungan tersebut dalam

    penyata kewangan tempoh berkenaan. Patutkah akauntan syarikat melaporkan kuntungan tersebut?

    Berikan komen anda berdasarkan kepada konsep perakaunan yang berkaitan.

    Penyelesaian : Akauntan syarikat tidak boleh melaporkan keuntungan tersebut kerana ianya belum

    berlaku dan hanya satu jangkaan. Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma yang mana keuntungan

    perniagaan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku.

    1.5.12 Konsep Pendedahan Penuh

    Konsep ini menghendaki penyata kewangan dilaporkan secara jujur dengan mendedahkan semua fakta

    penting yang berkaitan dengan perniagaan. Ini bermakna penyata kewangan yang disediakan perlu

    memuatkan semua maklumat yang diperlukan. Penyata kewangan perlu menunjukkan semua asas

    perakaunan yang digunakan dalam memperolehi nilai item yang dipersembahkan. Jika berlaku sebarang

    perubahan dalam menggunakan polisi perakaunan, ianya perlu dinyatakan dengan jelas dan diberikan

    alasan kepada perubahan tersebut. Ini boleh ditunjukkan sebagai "nota kepada akaun". Tujuan konsep ini

    adalah supaya tidak wujud penyembunyian fakta-fakta penting.

    Contoh : Syarikat IZI Berhad telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian inventori yang digunakan.

    Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan yang

    berkenaan. Adakah tindakan tersebut memenuhi konsep pendedahan penuh? Huraikan.

    Penyelesaian : Tindakan ini tidak memenuhi konsep pendedahan penuh dimana perubahan yang dibuat

    itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah supaya pengguna maklumat tahu akan

    perubahan yang berlaku dalam syarikat berkenaan.

  • 13

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    1.5.13 Konsep Objektiviti

    Konsep ini menekankan kepada keobjektifan sesuatu rekod dan penyata kewangan yang disediakan. Ianya

    bermaksud semua data perakaunan haruslah mempunyai bukti yang sah untuk menyokong urusniaga

    yang berlaku. Bukti-bukti ini boleh terdiri daripada kontrak sah, invois, cek, resit, kad jaminan pekerja dan

    dokumen-dokumen lain.

    Tujuan konsep ini adalah untuk : mengelak daripada akauntan memberikan pendapat berdasarkan kepada

    perkara yang subjektif dan tidak tepat, memastikan semua perekodan dibuat adalah tepat dan sentiasa

    disokong oleh bukti yang sah dan tidak boleh dipertikaikan, dan menyakinkan pengguna bahawa

    perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang disediakan adalah boleh dipercayai, sahih, tepat,

    benar dan saksama.

    Contoh : Syarikat AHA Berhad menjalankan satu dasar dimana hanya urusniaga tunai saja dikeluarkan

    dokumen iaitu resit tetapi jika urusniaga secara kredit berlaku tiada sebarang dokumen perlu dikeluarkan.

    Adakah tindakan syarikat ini boleh diterima? Berikan komen anda.

    Penyelesaian : Syarikat tidak mematuhi konsep keobjektifan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu

    disahkan melalui pengeluaran dokumen tertentu sama ada urusniaga secara tunai atau kredit. Urusniaga

    sepertinya memerlukan dokumen untuk membuktikannya dan juga memudahkan perekodan dibuat.

    1.6.14 konsep Isi Pokok Melewati Bentuk (substance over form)

    Perakaunan tidak mengambarkan hak perundangan sebenar. Jika perniagaan membeli kenderaan secara

    sewabeli, hak kenderaan tersebut belum lagi menjadi milik perniagaan selagi belum habis dibayar, tetapi

    untuk tujuan perakaunan kita terpaksa mengandaikan ia adalah milik perniagaan.

    Contoh : Mesin pengadun roti bernilai RM50,000 telah dibeli dengan membayar wang pendahuluan

    sebanyak RM5,000. Akauntan telah tidak merekodkan urusniagan ini dalam mana-mana akaun, sebaliknya

    hanya merekodkannya di dalam dairi harian pemilik sahaja, dengan alasan mesin tersebut belum selesai

    dibayar. Apakah pendapat anda?

    Penyelesaian : Akauntan telah membuat kesilapan dari segi perakaunan. Ia telah melanggar konsep isi

    pokok melewati bentuk. Kita dibenarkan mengetepikan perundangan hakiki demi untuk tujuan perekodan

    perakaunan. Oleh itu kita dibenarkan menganggap hak milik mesin yang dibeli secara sewabeli adalah

    milik perniagaan.

  • 14

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    1.7 BADAN-BADAN PERAKAUNAN DI MALAYSIA

    1.7.1 Malaysian Accounting Standards Board (MASB)

    MASB adalah satu badan yang ditubuhkan pada 1 Julai 1997. Ianya merupakan singkatan kepada

    Malaysian Accounting Standards Board yang membawa maksud Lembaga Piawaian Perakaunan

    Malaysia. Peranan MASB adalah membangunkan rangka kerja perakaunan yang bersesuaian yang

    dikuatkuasakan di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997. MASB menjadi satu badan teknikal bebas yang

    bertanggungjawab membangunkan piawai pelaporan di negara ini .

    MASB juga menerbitkan piawai perakaunan baru dan menyemak atau mengadaptasikan piawai

    perakaunan yang sedia ada sebagai satu piawai yang diluluskan.

    MASB mempunyai satu badan penasihat yang dikenali sebagai "Financial Reporting Foundation" (FRF).

    Badan ini berperanan sebagai penasihat berkaitan pelaporan kewangan, mengawasi operasi MASB,

    menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan operasi.

    Pada masa akan datang, penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang ditubuhkan di

    Malaysia perlu mengikut undang-undang atau peraturan-peraturan yang ditetapkan melalui pematuhan

    piawai perakaunan yang diluluskan oleh MASB .

    1.7.2 Malaysian Institute Of Accountants (MIA)

    MIA adalah singkatan kepada Malaysian Institute Of Accountants (Institut Akauntan Malaysia). Ianya

    merupakan satu badan profesional akauntan di Malaysia yang diperundangkan dalam tahun 1969 di

    bawah Seksyen 3 Akta Akauntan 1967. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempengaruhi

    perkembangan dan pembangunan profesyen perakaunan di Malaysia.

    Fungsi utama MIA adalah mengadakan latihan, pendidikan dan peperiksaan kepada mereka yang

    mengamalkan profesyen ini. Ahli institut dikenali dengan gelaran akauntan awam (PA), akauntan berdaftar

    (RA) atau akauntan berlesen (LA). Keahlian tersebut diberikan berdasarkan kepada syarat-syarat yang

    telah ditetapkan oleh badan ini.

    1.7.3 Malaysian Association Of Certified Public Accountants (MACPA)

    MACPA adalah singkatan kepada Malaysian Association of Certified Public Accountants (Persatuan

    Akauntan Awam Bertauliah Malaysia). Ia merupakan satu badan profesional perakaunan di Malaysia yang

    ditubuhkan dalam tahun 1965 mengikut Akta Syarikat 1965. Badan ini berfungsi untuk menggerak dan

    memajukan profesyen perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan profesional dalam

    bidang ini.

  • 15

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    SOALAN LATIHAN

    Soalan 1.1

    i. Perakaunan amat penting dalam sistem ekonomi kita. Adakah anda bersetuju? Bincangkan.

    ii. Bezakan antara dua jenis pengguna luaran maklumat perakaunan dan berikan contoh untuk

    kedua-duanya.

    iii. Simpankira dan perakaunan adalah sama. Adakah anda bersetuju? Jelaskan.

    iv. Apakah yang dimaksudkan dengan Prinsip Perakaunan Diterima Umum. Apakah tujuan prinsip ini

    diadakan?

    Soalan 1.2

    i. Kenapa perakaunan dikatakan sebagai bahasa perniagaan? Jelaskan.

    ii. Terangkan perbezaan di antara perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.

    iii. Terangkan apakah kelemahan yang wujud bagi andaian unit ukuran atau andaian unit kewangan.

    iv. Berikut adalah 4 konsep yang anda telah pelajari : konsep tempoh masa, kos sejarah, pendedahan

    penuh, dan konservatisma. Padankan konsep ini dengan amalan perakaunan di bawah. Setiap

    konsep hanya boleh digunakan sekali sahaja.

    a. ___________ merekodkan inventori pada harga kos.

    b. ___________ menggunakan nota dan jadual sokongan dalam penyata

    kewangan.

    c. ___________ menyediakan penyata kewangan mengikut asas satu tahun.

    d. ___________

    menggunakan kaedah terendah antara kos dan pasaran untuk

    menilai inventori

    Soalan 1.3

    i. Bagaimanakah anda boleh mengetahui sesebuah perniagaan tunggal?

    ii. Apakah yang anda faham tentang konsep liabiliti tidak terhad?

    iii. Mengapakah perjanjian perkongsian diperlukan?

    iv. Apakah kelebihan dan kelemahan perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat.

    v. Bezakan peranan utama yang dimainkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia.

    A

  • 16

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    Soalan 1.4

    Encik Osman menjalankan perniagaan sendiri tetapi beliau kurang mahir tentang urusan perakaunan

    perniagaan tersebut. Beliau telah menyediakan sendiri akaun-akaun perniagaannya untuk tahun berakhir

    31 Disember 20X1 dengan mengambilkira perkara-perkara berikut :

    i. Pada 15 Disember 20X1 Encik Osman telah menerima pesanan daripada seorang pelanggan

    untuk membeli barangan berharga RM12,000. Memandangkan barangan yang dipesan tidak ada

    dalam stok, Encik Osman telah berjanji untuk menghantar barangan tersebut kepada

    pelanggannya pada 15 Januari 20X2. Encik Osman telah memasukkan jumlah RM12,000 itu

    sebagai sebahagian daripada jualan tahun semasa.

    ii. En. Osman telah mengambil sejumlah RM500 setiap bulan sepanjang tahun daripada akaun bank

    perniagaan untuk membayar yuran pengajian anaknya di sebuah kolej swasta. Pengeluaran wang

    ini tidak dicatatkan dalam rekod perniagaan kerana pada pendapatnya wang perniagaan adalah

    juga wangnya.

    Dikehendaki :

    Terangkan kepada En. Osman tentang konsep-konsep perakaunan yang tidak dipatuhi bagi setiap perkara

    di atas. Berikan alasan anda.

    Soalan 1.5

    i. Pengguna maklumat perakaunan terbahagi kepada pengguna dalaman dan pengguna luaran.

    a. Huraikan dan berikan contoh tentang kedua-dua pengguna maklumat di atas.

    b. Berdasarkan soalan "a", jelaskan kepentingan maklumat perakaunan kepada mereka.

    ii. Pemilik perniagaan syarikat Amin Enterprise mendapati bahawa perniagaannya akan

    memperolehi kerugian yang besar. Oleh itu dia mengarahkan akauntannya mengurangkan

    pelaporan belanja tahun berkenaan dengan mengurangkan pelaporan belanja elektrik dan

    tidak melaporkan susutnilai. Apakah pendapat anda tentang perkara ini?

    Soalan 1.6

    Berikut diberikan situasi yang berlainan berkaitan dengan penggunaan prinsip perakaunan diterima umum.

    Nyatakan apakah prinsip perakaunan berkaitan.

    i. Syarikat TDE membeli sebidang tanah lima tahun lalu dengan harga RM200,000. Sekarang nilai

    tanah tersebut telah meningkat kepada RM300,000. Pemilik perniagan ini melaporkan nilai tanah

    tersebut pada harga pasaran RM300,000 di dalam kunci kira-kira.

  • 17

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    ii. Kunci kira-kira Perniagaan Jadi melaporkan aset komputer yang berada di rumah pemiliknya,

    walaupun komputer tersebut digunakan untuk urusan peribadi sahaja.

    iii. Syarikat ZTOO membeli sebuah tong sampah yang bernilai RM25 dan dijangkakan akan dapat

    digunakan selama 10 tahun. Pembelian tong sampah ini dilaporkan sebagai belanja di dalam

    penyata pendapatan.

    iv. Agensi Hartanah EXP telah memberi perkhidmatan secara kredit kepada pelanggan berjumlah

    RM1,000 dalam bulan Disember 20X1 dan merekodkan sebagai hasil perkhidmatan dalam bulan

    tersebut walaupun tunai hanya akan diterima pada bulan Januari 20X2.

    v. Syarikat SNA tidak menyediakan nota kepada penyata kewangan mengenai kaedah yang

    digunakan untuk penilaian inventori dan pengiraan susutnilai.

    vi. Syarikat ANS telah membeli pengasah pensil bernilai RM12 yang dijangkakan boleh digunakan

    selama 3 tahun. Syarikat telah melaporkan ia sebagai aset di dalam kunci kira-kira.

    vii. Perniagaan Khidmat Runding Nazif membeli sebatang pen yang berharga RM20 yang

    dianggarkan boleh digunakan dalam masa lima tahun. Akauntan merekodkan pembelian pen ini ke

    dalam akaun aset pen dan diperuntukkan susutnilai di sepanjang hayat pen tersebut.

    viii. Farah, pemilik Pusat Kecantikan Warna, menggunakan akaun bank yang sama untuk urusan

    peribadi dan perniagaan.

    ix. Pemaju Perumahan B menandatangani kontrak untuk membina sepuluh buah rumah teres

    berjumlah RM400,000. Pemaju tersebut merekodkan urusniaga ini sebagai hasil pada masa

    kontrak ditandatangani.

    x. Perniagaan EDFA melaporkan tanah pada harga RM20,000 iaitu harga belian dua tahun yang lalu

    walaupun nilai tanah itu sekarang adalah sebanyak RM50,000.

    xi. En. Tajudin, seorang usahawan tidak merekodkan perbelanjaan cuti keluarganya didalam buku

    perakaunan kedainya.

    xii. Aset-aset kedai Muthu dinilaikan pada harga kos dan bukannya pada harga pasaran.

    xiii. Semua perbelanjaan kedai Ali dibandingkan dengan hasilnya pada tahun yang sama.

  • 18

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    Soalan 1.7

    Apakah konsep atau prinsip yang berkaitan dengan kenyataan berikut:

    i. Perniagaan yang dimulakan oleh Zam akan dijalankan untuk satu tempoh masa yang tidak tetap.

    ii. Bagi sesuatu perniagaan, hanya urusniaga yang boleh dinyatakan dari segi wang sahaja

    direkodkan.

    iii. Hasil dan belanja yang berlaku pada tempoh perakaunan yang sama digunakan untuk

    menentukan keuntungan tempoh itu.

    iv. Urusniaga direkodkan dalam buku mengikut harga asal yang terdapat dalam dokumen punca.

    v. Laporan kewangan boleh dibuat bagi setiap tempoh tertentu kerana hayat ekonomi sesuatu

    perniagaan dibahagikan kepada tempoh perakaunan tertentu.

    vi. Perniagaan adalah berasingan dan berbeza daripada pemilik atau pengurusannya.

    vii. Setiap urusniaga perniagaan melibatkan dua catatan; satu akaun akan didebitkan dan satu akaun

    lagi akan kreditkan.

    Soalan 1.8

    i. Jelaskan tiga (3) bentuk entiti perniagaan dan nyatakan perbezaannya dari segi perundangan.

    ii. Jelaskan tiga (3) kelebihan sistem perakaunan berkomputer berbanding dengan sistem

    perakaunan secara manual yang digunakan dalam era moden kini.

  • 19

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

    RUJUKAN

    Anthony, R.N, Hawkins, D.F. and Merchant, K.A (1999). Accounting: Text and Cases. (Tenth Edition),

    Boston: Irwin/McGraw-Hill.

    Barjoyal Bardai (1997). Perakaunan, (Jilid 1), Fajar Bakti: Kuala Lumpur.

    Belkaoui, A.R. (2000). Accounting Theory. (Fourth Edition), Business Press, Thomson Learning: USA.

    Frank Wood (1996), Perakaunan Perniagaan. (Bahagian 1 & 2), Longman: Malaysia.

    Lembaga Piawai Perakaunan Malaysia (MASB) (2003). Malaysia.

    Hilton, R.W. (1999). Managerial Accounting. (Fourth Edition), Boston: McGraw Hill.

    Hoggett & Edwards (1990). Accounting in Australia (2nd Edition). Singapore: John Wiley.

    Honrgren, C.T., Harrison, W.T. & Bamber, L.S. (1999). Accounting (Fourth Edition), Prentice Hall.

    Khalid Ismail, (2003), Asas Perakaunan, (Cetakan Pertama), Quantum Books, Tg Malim.

    Khalid, Mahadzir (2005). Perakaunan Awalan (Cetakan Kedua), Prentice Hall, Kuala Lumpur

    Khalid, Mohd Diah (2009), Perakaunan Kewangan Pra Universiti & Matrilulasi (Cetakan Kedua),

    Scholar Press, Kuala Lumpur.

    Khalid, Mohd Diah (2007), Perakaunan Pengurusan Pra Universiti & Matrilulasi, (Cetakan Pertama),

    Quantum Book, Tg Malim.

    Khalid, Ibrahim, Baharudin, (2008), Konsep & Model Pengajaran Perakaunan, (Cetakan Kedua),

    Pearson Prentice Hall, K.Lumpur.

    Khalid, Ibrahim, Baharudin, (2009), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Pengajaran &

    Pembelajaran Perakaunan, (Cetakan Ketiga), Pearson Prentice Hall, K.Lumpur.

    Khalid, Ibrahim, Baharudin, (2005), Rancangan Mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, (Cetakan

    Pertama), Pearson Prentice Hall, K.Lumpur.

    Khalid, Ibrahim, Baharudin, (2005), Rancangan Mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 5, (Cetakan

    Pertama), Pearson Prentice Hall, K.Lumpur.

    Wan Maznah, Zaleha (2000), Perakaunan Kewangan Matrikulasi, Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

    Weygandt, Kieso, Kimmel, (2000). Financial Accounting (3rd Edition). John Wiley & Sons, USA.