Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

10

Click here to load reader

Transcript of Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

Page 1: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 1/10

Aqidah Al-Bada’ Dan Sejarah Kemunculannya

Menurut Syiah

Oleh Muhammad Malullah

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

 

Menurut doktrin agama Yahudi, Allah adalah jahil dan memerlukan kepada tanda-tanda dan

isyarat yang memimpinNya dalam sesetengah perkara. Dia menjadikan makhluk tetapi tidak

mengetahui penciptaanNya itu baik atau buruk melainkan setelah melihatnya dan jelas

kepadaNya beberapa perkara tidak diketahui sebelum ini lalu menyebabkan Dia berasa sedihdan kecewa terhadap makhluk-makhlukNya lalu menghapuskan segala yang ada di muka bumi

ini. Maha Suci dari pembohongan Yahudi !!

Yahudi mendakwa bahawa Allah menyuruh Bani Israil meletakkan tanda di rumah mereka agar 

tidak dibinasakan secara tersilap… dan pelbagai lagi dakwaan karut dan sesat mereka. Aqidah

sesat ini telah menyusup masuk dalam agama Syi ah atau dengan tepat lagi Syi ah telah

meminjamnya dari Yahudi dengan nama Bada’ . Iaitu mengakui sesuatu yang diketahui selepas

tidak mengetahuinya. (Lisan al-`Arab jil. 1, hal. 187)

Di dalam al-Qur’an terdapat kalimah bada’ pada banyak tempat, antaranya:

 ما  ه   ن  ع  ي ر  وو  ا  ما  ه  ل  ي  د  ب     ل   طا     ش   ما ل   ه  ل  س         ف 

 Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada

keduanya apa yang tertutup dari mereka. (Al-A`raf: 20). 

 ب      ت   ح     ك      ل  ا       ل       ه  ل  د    و

Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. ( Al-Zumar:47)

Page 2: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 2/10

 

ب       ا  ئا        ه  ل  د    و

Dan jelaslah bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat ( Al-Zumar:48(

 

   ن   ن   ج        ل   ا و أ ر  ا  د             ه  ل  د      ث 

Kemudian timbul pada fikiran mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa

mereka harus memenjarakannya. (Yusuf: 35(

 

Semuanya adalah sesuatu menjadi jelas setelah tidak diketahui sebelum ini.

 

    ب    أ     ر   دو  ص     خ    ا و     ه      ف  أ     ء  ضا  غ   ب  ل   د    د ق 

Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih

besar lagi.( Aali Imran: 118 (

 

     ل     ك   ب     حا     خ    و أ    ك        أ ف ا  دو   ب    إ و

Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikannya pasti Allah

akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu ( Al-Baqarah: 284(

 

 Al-Ibda’ (menyatakan, menampakkan) di dalam ayat-ayat di atas merupakan lawan bagi al-Ikhfa’ 

(menyembunyikan) dan bada’ itu terhasil selepas tersembunyi.

Dengan itu, al-bada’  adalah jelasnya sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini.  Al-dhalal 

(kesesatan) pula kehilangan sesuatu yang sebelum ini diketahui.

Page 3: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 3/10

 

 نا ع       ل قا      ل  و   ع  د      ت  ن  ا     أ

Di mana (berhala-berhala) yang biasa kamu sembah selain Allah? Orang-orang musyrik itu menjawab: Berhala-berhala itu semuanya lenyap dari kami. ( al-A`raf: 37(

 

 و   ت       ا ا ه   ن  ع      و 

Dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan (Yunus: 30)

 

Sementara al-ghaflah (kelalaian) tidak mengetahui sesuatu yang ada dan terjadi. Manusia

mempunyai ketiga-tiga perkara ini kerana kejahilan melitupi dirinya dari semua sudut. Oleh

kerana Allah s.w.t. mengetahui setiap sesuatu secara ijmali dan tafsili, mengetahui kulli dan juz’i

bagi sesuatu secara mutlak sejak azali hingga selama-lamanya, setiap masa, baik sebelum

penciptaan mahupun selepasnya maka mustahil dan tidak mungkin terjadi al-bada’, al-dhalal dan

al-ghaflah pada ilmu Allah. (Musa Jarullah, al-Wasyi`ah Fi Naqd Aqa’id al-Syi`ah, hal. 110)

 

 Al-bada’ mengikut Syi`ah adalah kelihatan dan jelasnya sesuatu kepada Allah setelah Dia tidak

mengetahuinya. Sesiapa yang jahil atau tidak mengakui aqidah al-bada’  maka dia tidak

mempunyai bahagian langsung dalam pengetahuan. (`Ali al-`Usfur, Syubhat Hawl al-Tasyasyu`,

hal. 52) Kalau begitu, seorang itu tidak akan menjadi berilmu kecuali setelah membohongi atas

nama Allah dan setelah menyifatkanNya sebagai jahil!!

 

Kadang-kadang sesetengah penganut Syi`ah berkeras kepala dengan mengingkari aqidah ini.Bertitik tolak dari amanah dan kajian ilmiah, kami menukilkan dari sumber-sumber yang dipegang

dan dipercayai oleh mereka. Al-Kulaini meriwayatkan di dalam kitabnya al-Usul Min al-Kafi ,

daripada Zurarah: “Allah tidak pernah diibadatkan seperti mana Dia diibadatkan dengan al-

bada’ .” (jil.1, hal. 146)

 

Page 4: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 4/10

Kalau begitu, ibadat Syi`ah adalah ibadat kepada tuhan yang jahil. Bagaimana dapat beribadat

kepada yang jahil dan tidak mengetahui kemaslahatan hamba-hambanya? Seluruh hukumnya

terbit dari yang jahil dan kejahilan? Tidak ada yang beribadat dengan kejahilan kecuali orang

yang jahil!

 

Dalam riwayat Ibn Abi `Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abi Abdillah a.s.: “Allah tidak

dita`zimkan dan diagungkan sepertimana dengan al-bada’ ” (al-Kafi ,jil. 1, hal. 146)

 

Pentahqiq kitab al-Kafi membuat komentar tentang riwayat ini: “ Al-bada’  ialah perbuatan nyata

setelah tersembunyi dengan sebab muncul ilmu tentang kemaslahatan yang sebelum ini

tersembunyi. Pemakaian perkataan ini menjadi umum lalu kami menggunakannya sebagai

perkataan yang memberi maksud kelihatan dan jelasnya sesuatu perbuatan yang sebelum ini

tidak sama dengannya.”

 

Kalau begitu, Allah, menurut Syi`ah, sering terkejut dengan perkara-perkara yang belum pernah

diketahuiNya atau berbeza dengan apa yang diketahuiNya. Maha Suci Allah dari pembohongan

mereka!

 

ا  ذ   إ  ل    إ    ه      ف  أ         خ     ة  م           ب   

 Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak katakan sesuatu 

melainkan dusta.(Al-Kahf:5 ( 

 

Al-Kulaini menyebut di dalam al-Kafi , jil. 1, hal.148:

 

Page 5: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 5/10

“Daripada al-Rayyan bin al-Salt, katanya: Saya mendengar al-Ridha a.s. berkata: Tidak ada

seorangpun nabi yang diutuskan Allah melainkan membawa hukum haramnya arak dan

mengakui al-bada’ kepada Allah.”

 

Ini bermakna Allah s.w.t. mengutus para rasul dengan mensyaratkan pengakuan bahawa Allah

s.w.t. jahil dan mereka wajib menyebarkan dan mengajarkannya kepada manusia!!

 

Juga dalam al-Kafi , jil. 1, hal. 148 daripada Mirzam bin Hakim katanya: Saya mendengar Abu

Ja`far a.s. berkata: “Seorang nabi tidak akan dilantik melainkan setelah mengakui lima perkara:

Bada’ , Masyi’ah (kehendak), sujud, `ubudiyyah dan ketaatan.”

 

Juga dalam al-Kafi, Bab Karahiyah al-Tawqit , jil. 1, hal. 368 daripada Abu Hamzah al-Thamali

katanya: Saya mendengar Abu Ja`far a.s. berkata: “Wahai Thabit, sesungguhnya Allah s.w.t.

telah memberi ruang kepada keadaan ini selama tujuh puluh tahun. Tatkala Husain a.s. dibunuh,

kemarahan Allah s.w.t menjadi sangat kuat terhadap penduduk bumi lalu Dia menangguhkan

kepada seratus empat puluh. Kami menceritakan kepada kamu (perkara ini) lalu kamu

menyebarkannya menyebabkan kamu membuka rahsia dan Allah tidak lagi memberi ruang

kepada kepadanya selepas dari peristiwa itu. Allah menghilangkan dan menetapkan apa yangDia kehendaki dan sisiNyalah terdapat Ummu al-Kitab (lauh mahfuz).”

 

Adakah ada riwayat yang lebih terang daripada riwayat ini? Bagaimana pula Syi`ah menafsirkan

pembohongan dan kesesatan ini?

 

Dalam komentar kepada Tafsir al-Qummi , Tayyib al-Musawi menulis: “Guru kami, al-Tusi menulis

dalam al-`Uddah: Berkenaan dengan aqidah al-bada’ , pada bahasa ialah tampak dan kelihatan

seperti bada laana sur al-madinah, kelihatan kepada kami benteng kota. Kadang-kadang

digunakan pada pengetahuan tentang sesuatu yang sebelum ini tidak ada.” Al-Sayyid al-

Murtadha menyebut: “Boleh juga ditafsirkan dengan makna hakiki bada liLlahi  iaitu suatu

Page 6: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 6/10

perintah kelihatan kepada Allah setelah tidak kelihatan kepadaNya dan suatu larangan kelihatan

kepada Allah setelah tidak jelas kepadaNya.”

 

Kitab-kitab Syi`ah menyebutkan, pegangan dengan al-bada’  bermaksud sanggahan terhadap

Yahudi yang mengatakan: “Allah s.w.t memang telah selesai membuat keputusan.” Kepercayaan

yang berasal daripada Syi`ah ini merupakan helah dan tipu daya untuk melekakan orang yang

  jahil dan mengada-adakan kebatilan atas nama Yahudi. Sebenarnya Syi`ah telah meminjam

aqidah al-bada’ ini dari kitab Taurat dan dakwaan sanggahan dengan menggunakan aqidah al-

bada’ adalah mengkufuri nikmat yang dipinjam.( setelah Syi`ah meminjam dari Yahudi tetapi tidak

berterima kasih)

 

Dengan menyelubungi dengan keindahan, kitab-kitab Syi ah menyebut: al-bada’  ialah

kedudukannya di dalam takwin (penciptaan) seperti kedudukan nasakh di dalam perundangan.

 Al-bada’  ialah nasakh  takwini sebagaimana nasakh adalah bada’’ tasyri`i . Kata-kata ini adalah

satu hiasan kerana tidak ada bada’  di dalam nasakh. Hukum telahpun ditentukan waktunya

dalam ilmu Allah. Tempoh dan berakhirnya hukum ketika bermula tempoh telahpun diketahui

oleh Allah s.w.t. sebelum ditetapkan hukum. Kalau begitu di mana letaknya bada’? Ya, kelihatan

kepada kita dari Allah setelah turun nasikh dan setelah berlaku penghapusan. Dengan itu, bada’ 

berlaku kepada kita berkenaan ilmu kita tetapi tidak untuk Allah. (lihat al-Wasyi`ah Fi Naqd Aqa’id 

al-Syi`ah, hal. 110)

 

Dr. Musa al-Musawi menulis dalam kitabnya, al-Syi`ah wa al-Tashih, (halaman 147 dan

seterusnya): “Bada’  ialah mentafsirkan kesalahan dengan kesalahan lain iaitu berterusan dan

tidak keluar darinya sehingga hari kiamat. Di sini saya suka untuk mengatakan jika sebahagian

ulama kita mempunyai keberanian ilmiah, ketulusan niat, kebersihan fikiran dan kejernihan minda

pasti mereka tidak akan melalui jalan kritikal untuk mentafsirkan kata-kata rekaan, ayat yang

palsu atau pemikiran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip aqidah dan prinsip-prinsip yang

diterima umum. Berpendapat dengan bada’ , terus berpegang dengannya dan mengekalkannya di

dalam kitab-kitab ziarah kubur para imam (manasik al-Masyahid) dan kitab-kitab riwayat

merupakan contoh paling sempurna tentang berterusan merasa hebat dengan dosa. Selagi

keadaan masih begini, jalan untuk melepaskan diri dari waham dan khayalan adalah sukar lagi

rumit. Sedangkan perhatian Allah tidak akan meliputi kaum yang Allah firmankan tentang mereka:

Page 7: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 7/10

 

    ن     تا   و  دى   و      ع        غ         ف ل   جا   س  نا  ل    و 

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu  pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya.( Al-Hajj: 8)

 

Konsep bada’ amat sukar difahami oleh majoriti penganut Syi`ah Imamiyah, bahkan mereka tidak

mengetahui sedikitpun inti kandungannya. Sehinggakan anda bertanya kepada mereka maksud

bada’ pasti mereka tercengang-cengang untuk memberikan jawapan. Walaupun demikian, satu

kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat iaitu keadaan umat ini disebabkan kelebihan

kepimpinan mazhab, terdapat berpuluh ribu malah kalau anda mahu katakan beratus-ratus ribu

penganut Syi`ah mengulang-ulang ayat-ayat berikut: Assalamu alaikuma, salam sejahtera untuk

kamu berdua, wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang kamu berdua. (Mafatih al-Jinan,

hal. 929) ini diucapkan ketika mereka menziarahi kubur dua Imam al-`Askari di Samarra bagi

mengucapkan salam kepada Imam kesepuluh dan imam kesebelas di sisi Syi ah. Syi ah

mengulang-ulang kalimah-kalimah ini setiap kali memasuki makam Imam Ali al-Naqi dan Imam

al-Hasan al- Askari sama ada berseorangan atau berkumpulan sedangkan mereka tidak

mengetahui makna al-bada’ dan memahami maksud ayat:

 

"ا د ل ف كما"

“Wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang keadaan kamu berdua”.

Mereka juga tidak memahami sebab di sebalik ayat tersebut sebagaimana mereka tidak

mengetahui bahaya yang tersembunyi di dalamnya yang mengurangkan kekuasaan, ilmu,

kehendak dan kebijaksaan Allah s.w.t. Tetapi lebih dahsyat lagi sehingga hari ini tidak terjadi

seorang ilmuwan dari kalangan kita tampil untuk memadamkan ayat ini dalam menziarahi kubur 

atau melarang dari membacanya. Kedudukannya seperti beratus-ratus ayat yang memenuhi

kitab ziarah kubur imam-imam, kitab-kitab riwayat dan kesemuanya, sebagaimana kita sering

tegaskan bercanggah dengan asas aqidah dan roh Islam.

Page 8: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 8/10

 

Makna bada’  dan konsep yang terkandung dalam doa ketika menziarahi kubur dua Imam al-

`Askari iaitu imamah mengikut turutan yang ada dalam aqidah Syi`ah Imamiyah berpindah dari

bapa kepada anak sulung tetapi dua imam iaitu al-Hasan dan al-Husain terkecuali dari kaedah

ini. Imamah selepas al-Hasan berpindah kepada al-Husain bukan kepada anak sulung al-Hasan.

Ismail iaitu anak sulung Imam Ja`far al-Sadiq telah meninggal dunia pada masa hayat bapanya

lalu imamah berpindah kepada adik bongsunya Musa bin Ja`far al-Sadiq. Perubahan dalam

perjalanan imamah yang merupakan jawatan yang ditentukan Allah ini dinamakan bada’  yang

berlaku kepadaNya. Dengan itu, Imamah Ilahiyah yang sepatutnya Ismail telah berpindah kepada

Musa dan seterusnya kepada anak keturunannya dengan tidak melalui jalan asal iaitu

perpindahan dari bapa kepada anak sulung.

 

Tetapi di sini timbul satu persoalan yang membingungkan, kenapakah dinamakan perubahan

perjalanan imamah sebagai bada’  dan kenapakah mereka menisbahkan sesuatu seperti ini

kepada Allah untuk menetapkan satu perkara yang tidak perlu kepada mengurangkan kekuasaan

Allah. Jawapannya ialah mungkin dalam keadaan dan suasana yang berlaku pada zaman

pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyasyu`. Apabila imamah itu adalah jawatan ketuhanan yang

tidak tunduk kepada pemilihan langsung dan perjalanannya tidak berubah kerana kematian imam

syar`i , maka pada ketika itu, imamah berpindah mengikut peraturan Ilahi yang tidak beralih dari

bapa kepada anak. Oleh kerana itu, imamah dikatakan sebagai takwiniyah iaitu tidak tunduk

kepada perubahan masa dan tempat, kedudukannya seperti sebab dan akibat yang tidak

terpisah antara satu sama lain. Ini bererti Imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa

untuk menentukan imam yang bakal menggantikannya kerana ia ditentukan mengikut kehendak

Allah.

 

Pertarungan pemikiran ini berlaku di kalangan Syi`ah sendiri sebelum berlanjutan ke ufuk yang

lebih luas sebelum keghaiban besar bagi Imam. Ini berlaku di awal kemunculan Syi`ah Ismailiyah

di persada pemikiran Islam yang mengancam kesatuan Syi`ah dengan perpecahan dalaman.

Syi`ah Ismailiyah berpendapat Imamah Ilahiyah berterusan dalam bentuk yang dikehendaki Allah

sejak azali iaitu pada keturunan Ali dan keturunannya mengikut turutan umur. Ini bermakna,

imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa untuk menentukan imam yang akan

menggantikannya kerana ia ditentukan dengan kehendak Allah. Apabila waris syar`i meninggal

dunia iaitu Ismail, maka bapanya, Ja far al-Sadiq tidak berhak untuk memilih Musa, anak

Page 9: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 9/10

bongsunya bahkan imamah berpindah kepada anak sulung dari keturunan Ismail. Disebabkan

Syi ah membina konsep Imamah Ilahiyah dengan bentuknya tersendiri, jalan keluar dari

kegelinciran ini, mereka mengemukakan konsep bada’  bagi mencampakkan tanggungjawab

perpindahan imamah dari Ismail bin Ja`far kepada Musa bin Ja`far ke atas Allah bukan ke atas

Ja`far al-Sadiq dan bagi menghapuskan aqidah Ismailiyah. Sebagaimana yang diketahui oleh

semua orang, menurut golongan Ismailiyah imamah berterusan sehingga hari ini di kalangan

kalangan mereka. Imam mereka masih lagi hidup dan muncul serta ia dari keturunan Ismail.

Malah mereka tidak pernah berganjak dari ajaran ini walaupun sejengkal!!

 

Kembali kepada konsep bada’ , kemunculan Ismailiyah mencabar Syi`ah dan menghapuskan

kesatuan mereka. Oleh kerana itu, kita tidak dapat menjejaki konsep bada’ sehinggalah pada

abad ketiga hijrah. Imam pertama yang dikaitkan dengan bada’ ialah imam kesepuluh dan imam

kesebelas. Sedangkan, sepatutnya Imam Musa yang dikaitkan dengan bada’ kerana beliaulah

yang menjadi motif dan subjek. Bukan Imam Musa, bukan anaknya, Imam Ali al-Ridha dan bukan

cucunya, Muhammad al-Jawwad yang ditujukan dengan kata-kata yang mengisyaratkan berlaku

bada’ pada mereka. Yang lebih meyakinkan kita, pengalihan kepada mencipta konsep bada’ 

sebenarnya berlaku ketika arus Ismaliyah mula membuka jalan kepada kewujudan dan

kemunculan di awal abad ketiga hijrah iaitu zaman imam kesepuluh dan kesebelas.

 

Sesungguhnya beberapa tokoh Syi ah mengubah haluan kepada bada’  sehingga mereka

menetapkan perjalanan imamah dari Ismail kepada Musa bin Ja`far. Sedangkan imamah dan

perpindahannya dari seorang tokoh kepada tokoh yang lain dan dengan gambaran yang

diciptakan oleh Syi ah sebelum ada pertelingkahan antara Syi ah dan Tasyayyu` tidak

memerlukan kepada adanya konsep bada’ dan perubahan kehendak ketuhanan. Disebabkan

kematian calon imam pertama, imamah berpindah kepada calon kedua mengikut wasiat Imam al-

Sadiq yang menyaksikan kewafatan anaknya yang dicalonkan untuk imamah. Tidak syak lagi

beliau bercakap tentang imam yang mengambil alih urusan fatwa dan fiqh sesudahnya dan

memberi kata putus tentang waris syar`i.

 

Tajuk bada’  menduduki tempat yang penting di dalam kitab-kitab Syi`ah. Sebahagian ulama

Syi`ah menulis kitab berasingan atau risalah khusus yang mempertahankan makna bada’ dan inti

patinya. Polemik dan perdebatannya berakhir dengan perbahasan-perbahasan falsafah dan ilmu

kalam yang memakan banyak juzuk dan kitab-kitab ilmu kalam tentang Iradah Ilahiyah (kehendak

Page 10: Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

8/9/2019 Aqidah Al-Bada` Dan Sejarah Kemunculannya

http://slidepdf.com/reader/full/aqidah-al-bada-dan-sejarah-kemunculannya 10/10

Tuhan), tempoh-tempoh yang pasti dan ditetapkan, taqdir yang dapat dihindari dengan waspada

dan musibah yang dielakkan dengan sedakah serta pelbagai perbahasan yang hanya diketahui

oleh ahli ilmu, sebagaimana sesetengah tokoh-tokoh Syi`ah menemui jalan keluar dari dilema

dan situasi kritikal dengan memperincikan antara nasakh  takwini  dan nasakh tasyri`i  dengan

mengatakan bada’  itulah nasakh takwini . Penulis tidak pasti adakah mereka yang menulis

tentang bada’ menemui penyelesaian bagi kerumitan tersebut jika ia satu kerumitan atau tidak

dalam ayat al-Qur’an ini?:

 

 تا  ك  ل  أ  د عن  و     ب       و ء  شا   ا       ح ل   م   

 Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan di 

sisiNya lah Ummul Kitab (lauh mahfuz).(Al-Ra`d: 39)

 

Biar apapun, sebenarnya mereka yang menulis tentang bada’ tidak menambah apapun

melainkan khayalan atas khayalan dan kekarutan atas kekarutan. Kalaulah mereka menemui

penyelesaian bagi kerumitan itu dalam ayat yang kami kemukakan pasti mereka mempunyai

 jalan keluar yang terbaik dari dilema dan situasi kritikal yang mereka sendiri ciptakan. Malahan

persoalan itu pasti tidak berakhir dengan mengurangkan kekuasaan Allah yang mutlak dengan

mengatakan bahawa Dia menghendaki sesuatu kemudian kelihatan kepadaNya sesuatu yang

lain.”

 

(Terjemahan oleh Ust Mohd Hanif bin Awang Yahya )

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=45