Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

download Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

of 11

Transcript of Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    1/13

    Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi`ah Ke Dalam

    Sejarah Islam

    Shaikh Soleh bin Abdullah al-Muhaisin,

    Dekan Fakulti Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah.

    Dipetik dari web:www.darulkautsar.net

    Sesungguhnya segala pujian untuk Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan

    daripada-Nya, meminta keampunan-Nya, meminta petunjuk-Nya dan kami meminta

    perlindungan dengan Allah daripada kejahatan diri kami dan amalan-amalan kami

    yang buruk. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dia terpimpin dan sesiapa

    yang disesatkan Allah maka tiada yang dapat memimpinnya. Saya bersaksi bahawa

    tiada tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi bahawa Nabi

    Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah. Semoga Allah menselawati Baginda,

    kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

    Sesungguhnya sejarah mana-mana umat merupakan gambaran yang jelas bagi

    kehidupan, tradisi, kepercayaan, ilmu dan kebudayaan mereka. Lembaran-lembaran

    sejarah mereka itulah yang mengungkapkan cita-cita dan matlamat mereka.

    Sesungguhnya sejarah Islam adalah manifestasi yang paling jelas tentang apa yang

    kita nyatakan tadi. Sejarah Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa

    sama ada dari sudut kuantiti ataupun kualiti. Dari sudut kuantiti, sejarah Islam lebih

    luas setakat yang diketahui oleh umat manusia sehingga ke hari ini. Ini kerana ia

    memiliki sejarah khalifah-khalifah, gabenor-gabenor, para ilmuwan, kadi-kadi dan

    panglima-panglima. Semua itu dicatit dengan jelas dan amat teliti di samping

    merakamkan penaklukan-penaklukan yang besar yang telah dilakukan oleh orang-

    orang Islam di timur dan barat yang sentiasa maju dan terkehadapan dari semasa ke

    semasa. Selain itu, sejarah Islam meliputi ilmu-ilmu, sirah kehidupan yang terpuji,

    sumbangan-sumbangan mereka yang berjasa dari kalangan umat ini.

    Dari sudut kualiti, sejarah Islam berasaskan kepada periwayatan dan nukilan orang-

    orang yang adil, thiqah lagi dipercayai cerita-cerita mereka sehingga tidak ada ruang

    untuk rekaan dan pendustaan dan faktor ini tidak ada dalam sejarah mana-mana

    umat lain. Sejarah Islam telah memberikan perhatian yang khusus terhadap

    http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=173http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=173http://www.darulkautsar.net/http://www.darulkautsar.net/http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=173http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=173http://www.darulkautsar.net/
  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    2/13

    periwayatan, dokumentasi dan hafalan. Para ulama telah menekuni riwayat sejarah

    dan menganalisa dan mengkritiknya. Mereka saling berlumba-lumba dalam hal ini

    dan menjadikan perpustakaan Islam sarat dengan kitab-kitab sejarah bagi setiap

    zaman dan generasi umat ini.

    Dalam pada itu, musuh-musuh Islam melupakan kekuatan dan kekuasaan Islam serta

    tersebarnya Islam dengan pantas menyebabkan mereka terkejut dan hairan.

    Oleh kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Islam dengan

    pedang secara terbuka, mereka memeilih beberapa cara dan kaedah untuk

    menghapuskan dan menghancurkan Islam. Bid`ah Syi`ah adalah merupakan bid`ah

    pertama yang dibangunkan untuk matlamat ini dan tipu daya pertama yang

    diaturkan di sebalik tabir ini. Inilah fitnah terbesar yang dirancang untuk menentang

    Uthman bin `Affan iaitu khalifah ketiga dan salah seorang sepuluh sahabat yangdijamin syurga.

    Fitnah ini bermula dengan rekaan dan penyebaran berita-berita palsu atau

    diriwayatkan bukan dengan caranya yang sahih supaya dapat menarik dan

    mengumpulkan orang-orang yang jahil dan bodoh. Akibatnya berkesudahan dengan

    kesyahidan Uthman sebagaimana yang disebutkan dengan terperinci di dalam kitab-

    kitab hadis dan sejarah.

    Penjahat yang merancang dan melaksanakan fitnah ini ialah Abdullah bin Saba,

    seorang Yahudi. Kemudian setelah Uthman syahid, golongan Rafidhah mendapat

    peluang yang sesuai untuk menimbulkan kekacauan yang berlaku kemudiannya.

    Perkara ini dibuat untuk mencipta dan menyebarkan riwayat-riwayat palsu tentang

    keburukan sahabat dan perselisihan yang berlaku di kalangan mereka lalu

    menggambarkan mereka dengan cara yang tidak benar.

    Penulis di sini tidak bertujuan untuk mengkritik kekarutan dan kepalsuan yang

    ditaburkan oleh Syi`ah di dalam kitab-kitab sejarah Islam kerana itu adalah natijah

    kebencian dan kejahatan terhadap sahabat yang tersembunyi di dalam hati mereka.

    Begitu juga serangan terhadap pemimpin-pemimpin Islam. Apatah lagi kitab-kitab

    Syi`ah bersepah dengan makian dan celaan terhadap sahabat. Hakikat ini

    sememang terang-terang batil. Tidak halal kepada sesiapapun untuk membaca kitab-

    kitab ini kecuali dengan maksud untuk melihat kebatilan itu dan menyanggahnya

    seterusnya memberi peringatan kepada orang lain.

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    3/13

    Penulis di sini bertujuan untuk mengkaji penularan kejahatan Syi`ah ke dalam kitab-

    kitab sejarah Islam sama melalui perawi yang bermuka-muka dengan menzahirkan

    ketakwaan dan keadilan tetapi menyembunyikan fahaman Rafidhah atau dengan

    cara berfahaman Syi`ah yang sederhana yang periwayatannya itu diterima olehkebanyakan ahli ilmu jika dia tidak taksub dan menyeru kepada bid`ahnya.

    Kadang-kadang ahli sejarah seperti Ibn Jarir meriwayatkan daripada perawi-perawi

    yang terkenal dengan tasyayyu` tetapi beliau menyebutkan sanadnya supaya

    kedudukan perawi-perawi itu diberi perhatian.

    Ini tidaklah menyebabkan Ibn Jarir tercela selagi beliau tetap menukilkan berita-

    berita tersebut dengan sanad-sanadnya dan menyerahkan kepada para pembaca

    yang tajam pemikiran menilai dan menyaringnya. Di muqaddimah tarikhnya itu,[1]Ibn Jarir menulis:

    Hendaklah pembaca kitab kami ini mengetahui sesungguhnya pegangan saya

    bahawa setiap perkara yang saya sebutkan dalam kitab ini adalah mengikut syarat

    yang saya beriltizam dengannya iaitu meriwayatkan berita-berita sebagaimana ia

    telah diriwayatkan dan saya hanya menyebutkannya sahaja.

    Apa yang terkandung dalam kitab ini tentang sebahagian kisah orang yang

    terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa benci

    atau pendengar merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai

    sesuatu yang benar atau sesuatu hakikat. Oleh itu, hendaklah dia mengetahui

    bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripada kami, tetapi ia datang daripada

    orang yang menyampaikannya kepada kami. Dan kami hanya menyampaikan seperti

    yang dibawakan kepada kami.

    Malangnya penulis yang datang selepas Ibn Jarir al-Tabari membuang sanad-sanad

    ini lalu menghimpunkan kesemua riwayat demi untuk meringkaskan. Kemudian

    orang-orang kemudian terutamanya penulis zaman ini menukilkan riwayat-riwayat ini

    dan menyandarkan kepada kitab-kitab sejarah tanpa membezakan anatara yang

    diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah dan perawi-perawi yang berfahaman

    Syi`ah, antara berita-berita yang jelas sahih kerana nukilan perawi-perawi thiqah

    yang saling menyokong dan menguatkan dan berita-berita yang jelas kebatilannya

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    4/13

    seperti keburukan sahabat dan fitnah yang berlaku di kalangan mereka yang

    disepakati oleh ulama hadis tentang kebatilannya.

    Keadaan semakin parah sejak akhir-akhir ini kerana kemunculan Sabaiyyah baru

    dengan rupa lain dan golongan orientalis Yahudi dan Kristian. Mereka ini menemuiriwayat-riwayat Syi`ah yang bertaburan di dalam sejarah sebagai bahan-bahan yang

    segar untuk memburukkan sejarah Islam yang gemilang.

    Mereka mengabui mata orang ramai dengan mendakwa sebagai pengkaji yang teliti

    berasaskan metode ilmiah. Sedangkan sebenarnya mereka adalah pembohong.

    Penyelidikan mereka tidak lebih daripada mengambil beberapa riwayat Syi`ah lalu

    diolah dalam bentuk yang buruk dengan melakukan tambahan dan pengurangan di

    sana sini mengikut matlamat mereka yang keji. Akhirnya mereka akan berkata: Sila

    rujuk Tarikh al-Tabari atau Tarikh Ibn al-Athir.

    Dalam pada itu ramai dari kalangan sejarawan dan professor sejarah hari ini yang

    terpedaya dengan pembohongan dan pendustaan mereka. Sebenarnya adalah satu

    pengkhianatan terhadap agama ini jika sejarah sendiri diambil daripada musuh-

    musuh Islam iaitu Yahudi dan Nasrani yang lebih dikenali sebagai orientalis.

    Dalam hal ini, penulis tidak lupa untuk menyebutkan usaha gigih yang dicurahkan

    oleh ulama bagi membendung riwayat-riwayat batil itu sama ada dengan penulisan

    sejarah yang berasaskan kepada riwayat yang diakui thiqah di samping mengakui

    dan menginsafi kemuliaan dan ketinggian kedudukan para sahabat, atau juga

    penulisan yang khusus dengan riwayat-riwayat tersebut atau kajian yang terselit

    dalam penulisan yang membincangkan topik tertentu.

    Ini boleh didapati dengan banyak, sama ada sudah diterbitkan atau masih lagi dalam

    bentuk manuskrip, dan, inilah yang paling banyak. Antara kitab yang ditulis dengan

    cara pertama dan telah diterbitkan ialah al-Bidayah wa al-Nihayah tulisan Ibn Kathir,

    seorang tokoh yang tampil menentang Syi`ah dengan kajian-kajian beliau yang

    ilmiah dan terperinci . Beliau amat kritis dalam kritikannya. Di samping itu, beliau

    menonjolkan keutamaan dan kelebihan para sahabat walaupun tidak disetujui oleh

    Syi`ah.

    Contoh penulisan dalam bentuk kedua ialah kitab al- Awasim min al-Qawasim

    karangan Abu Bakar Ibn al-`Arabi dan contoh bagi bentuk ketiga seperti perbahasan-

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    5/13

    perbahasan yang berselerakan di dalam kitab-kitab karangan Ibn Taymiyyah, Ibn al-

    Qayyim, al-Zahabi, Ibn Hajar dan lain-lain. Usaha-usaha tersebut walaupun

    mempunyai beberapa pendekatan namun tetap penting dan saling melengkapi.

    Itulah yang telah dilaksanakan oleh ulama salaf dan khalaf dengan baiknya.

    Apa yang tinggal sekarang ialah tugas para ilmuwan dan mereka yang peka kepada

    Islam di zaman ini. Tanggungjawab mereka ialah meneruskan usaha ke arah

    perbersihan dan pemurnian timbunan-timbunan riwayat tersebut. Alim ulama kita

    telah menjelaskan tentang pembohongan dan pendustaan riwayat-riwayat Syi`ah

    dan tidak ada cara lain selain dari menghapuskan kesemuanya itu dari lembaran

    sejarah.

    Sesungguhnya jika orientalis, Yahudi atau Kristian atau anak didik mereka merasa

    senang dan selesa untuk terus menggunakan riwayat-riwayat batil yangmenggelapkan lembaran sejarah Islam maka tidak harus sama sekali bagi orang

    Islam merestui kotoran yang terpalit pada sejarah umat dan agamanya.

    Adalah menjadi kewajipan institusi yang tertentu di dalam dunia Islam untuk

    mewujudkan kuarantin-kuarantin ilmiah yang halus untuk menyingkirkan riwayat-

    riwayat yang ditimpa wabak Syi`ah itu dan mengemukakan kepada sejarah Islam kita

    dengan rupa yang bercahaya dan bersinar setelah membersihkan dan

    menghapuskannya dari virus-virus Syi`ah yang kotor.

    Begitu juga wajib kepada institusi tersebut untuk mengadakan sekatan syara`

    terhadap setiap orang yang bodoh yang lantang bersuara terhadap para sahabat. Ini

    juga merupakan usaha membantu agama Allah dan rasul-Nya dan melaksanakan

    kewajipan terhadap para sahabat sebagai generasi Islam yang terbaik, di dunia dan

    akhirat.

    Serangan Ganas Yang Dilancarkan Syi`ah Ke Atas Sejarah Islam Berkisar Dua

    Perkara:

    Perkara Pertama:

    Mencaci, memalsukan dan mereka-reka cerita yang memburukkan sahabat

    Rasululullah s.a.w. Tujuan mereka ialah menyerang Islam sendiri kerana sahabat

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    6/13

    itulah yang meriwayatkan Islam dan merekalah umat yang terbaik selepas Rasulullah

    s.a.w. bahkan merekalah anak Adam yang paling utama selepas para nabi.

    Setelah mencacatkan kelebihan dan keutamaan para sahabat serta menjatuhkan

    para sahabat bererti menjatuhkan Islam sendiri, Ibn Taymiyyah menulis: Inilahprinsip asas Syi`ah Rafidhah kerana orang yang mencipta fahaman Rafidhah itu

    seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya seorang

    munafik. Dia telah menaburkan kepada orang-orang jahil racun-racun yang

    mengancam asas Islam. Oleh kerana itu, Rafidhah merupakan pintu kemunafikan

    dan zindik yang paling besar.

    Beliau menulis lagi: Serangan terhadap kurun yang terbaik yang mendampingi

    Rasulullah s.a.w. bererti serangan terhadap Baginda sendiri sebagaimana yang

    ditegaskan oleh Imam Malik dan para ulama yang lain.

    Kekarutan Syi`ah Rafidhah lebih tertumpu kepada sahabat yang paling utama iaitu

    Abu Bakar, Umar dan Uthman , dan kemudiannya dengan berani mereka menyerang

    sahabat lain yang terdiri dari kalangan mereka yang awal memeluk Islam dan

    sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Badar, Uhud, Bai`ah Ridwan malah

    mereka yang membela Rasulullah s.a.w. semasa senang dan susah. Rasulullah s.a.w.

    wafat dalam keadaan baginda reda terhadap sahabatnya seperti Talhah, al-Zubair

    dan sahabat-sahabat yang dijamin syurga. Bukan setakat itu sahaja, mereka berani

    mencerca isteri-isteri Rasulullah s.a.w. terutama `Aishah dan Hafshah dan akhirnya

    mereka mengecam keseluruhan Bani Umayyah dengan kutukan dan makian.

    Perkara Kedua

    Melampau dalam menyanjung Ahli Bait dan mereka mengkhususkan Ali, Fatimah dan

    keturunan mereka berdua. Lalu mereka mencipta dan meletakkan riwayat batil yang

    memuji Ahli Bait dan mendewa-dewa mereka sehingga ke tahap menyifatkan mereka

    dengan perkara yang tidak layak dengan mereka serta mengaitkan beberapa

    pendirian dan amalan yang tidak sesuai dengan keutamaan dan ketinggian

    kedudukan mereka.

    Beberapa Contoh Pendustaan Yang Dibawa Masuk Oleh Syi`ah

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    7/13

    Di sini, penulis akan menyebutkan beberapa riwayat yang disebarkan Syi`ah dalam

    sejarah dan penulis akan menyebutkan kebatilannya serta mengemukakan riwayat

    yang sahih yang menyanggahinya.

    Syi ah mendakwa Ali tidak membai`ah Uthman dan sebahagian mereka pula

    mendakwa Ali membai`ah tetapi secara terpaksa. Bagi menyokong dakwaan itu,

    mereka mencipta sebilangan berita yang palsu dan dusta. Sebelum pergi kepada

    riwayat palsu mereka itu dan sebelum menyebut kesimpulan peristiwa bai`ah serta

    syura dengan sanad yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil dan thiqah,

    penulis ingin mengemukakan beberapa perkara:

    Tatkala Umar ditikam, beliau telah menjadikan khilafah selepas beliau sebagai syura

    yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang diredai oleh Rasulullah s.a.w iaitu Ali binAbu Talib, Uthman bin Affan, al-Zubair bin al-`Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Sa`ad

    bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin `Auf. Beliau menyerahkan urusan khilafah

    kepada enam sahabat ini untuk melantik salah seorang mereka sebagai khalifah.

    Urusan tersebut dapat disempurnakan dengan pemilihan Uthman lalu beliau dibai`ah

    oleh ahli Syura yang lain termasuklah Ali serta kesemua Muhajirin dan Ansar tanpa

    bantahan dan teragak-agak. Peristiwa ini adalah sahih melalui beberapa sanad yang

    masyhur di dalam kitab-kitab sejarah yang muktabar dan diriwayatkan di dalam

    Sahih al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-

    Bukhari, di dalam sahihnya[2] daripada Amar bin Maimun dan menyebutkan cerita

    tersebut dengan panjang lebarnya antaranya ialah: Para sahabat berkata: Wahai

    Amirul mukminin, wasiatkanlah siapakah yang akan menggantikan. Umar menjawab:

    Saya tidak dapati orang yang lebih layak dengan urusan ini selain daripada mereka

    yang Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda reda terhadap mereka. Lalu

    Umar menamakan Ali, Uthman, al-Zubair, Talhah, Sa`ad dan Abdul Rahman. Umar

    berkata: Biarlah Abdullah bin Umar menjadi saksi, tetapi dia tidak mempunyai apa-

    apa hak dalam jawatan ini (seolah-olah ucapan takziah kepada anaknya). Kemudian

    Imam al-Bukhari mengemukakan wasiat Umar kepada rakyatnya dan kisah

    pengkebumiannya. Al-Bukhari menyebutkan lagi: Apabila selesai pengkebumian,

    enam orang sahabat tersebut berkumpul. Abdul Rahman berkata: Serahkan urusan

    kamu ini kepada tiga orang sahaja. Al-Zubair berkata: Saya telah menyerahkan hak

    saya kepada Ali. Talhah berkata: Saya telah menyerahkan hak saya kepada

    Uthman. Sa`ad berkata: Saya telah menyerahkan hak saya kepada Abdul Rahman

    bin Auf. Abdul Rahman berkata: Siapa antara kamu berdua yang menarik diri, saya

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    8/13

    akan menyerahkan jawatan ini kepadanya. Allah dan umat Islam menyaksikan kita.

    Demi Allah, Dia akan memerhatikan yang terbaik di antara mereka. Kata-katanya itu

    menyebabkan Ali dan Uthman terdiam. Abdul Rahman berkata: Apakah kamu mahu

    menyerahkan urusan ini kepadaku? Allah menjadi saksi ke atasku bahawa aku tidak

    akan cuai dalam memilih yang terbaik di antara kamu. Ali dan Uthman berkata:Baiklah kalau begitu. Abdul Rahman memegang tangan Ali sambil berkata:

    Engkau mempunyai hubungan kerabat dengan Rasulullah s.a.w. dan telah lama

    memeluk Islam sebagimana kamu maklum. Allah menjadi saksi kepadamu, sekiranya

    aku melantikmu, engkau pasti akan berlaku adil. Kalau aku lantik Uthman, pasti

    engkau mendengar dan mematuhinya. Kemudian Abdul Rahman membawa yang

    seorang lagi (Uthman) ke tempat sunyi lalu berkata seperti yang dikatakan kepada

    yang tadi (Ali). Apabila dia telah berjanji begitu, diapun berkata: Angkat tanganmu

    wahai Uthman. Lalu Abdul Rahman membai`ahkan Uthman dan Ali turut juga

    membai`ahkannya. Setelah itu, orang-orang yang berada di kawasan itu masuk danmemberikan bai`ah kepada Uthman.

    Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari tentang bai`ah Uthman yang

    dilakukan oleh Ali bersama-sama orang-orang Islam yang lain. Inilah berita yang

    sahih dalam kitab-kitab hadis yang muktabar dan disebutkan juga oleh kebanyakan

    ahli sejarah yang dipercayai. Namun begitu, Rafidhah menyebarkan beberapa

    kepalsuan bahawa Ali menangguh-nangguhkan atau dia telah mengeluarkan kata-

    kata kesat terhadap Abdul Rahman bin `Auf. Riwayat ini telah disebutkan di dalam

    kitab-kitab sejarah antaranya ialah riwayat al-Tabari[3] dengan sanadnya daripada

    Umar bin Maimun al-Audi dan beliau menyebutkan apa yang berlaku tentang syura

    dan bai`ah. Antara yang disebutkan dalam riwayat itu ialah: Ali berkata kepada

    Abdul Rahman: Kamu akan merangkak buat selama-lamanya. Ini bukanlah kali

    pertama kamu semua berpakat untuk menentangku

    Sanad yang disebutkan oleh al-Tabari terdapat beberapa `illah (penyakit) dan tidak

    boleh dijadikan hujah di sisi ulama hadis. Antara perawi sanad ini ialah Abu Mihknaf.

    Namanya ialah Lut bin Yahya, seorang Syi`ah. Di dalam Mizan al-I`tidal, al-Zahabi

    menulis[4]:

    Dia seorang tukang cerita yang lemah dan tidak boleh dipercayai.

    Ibn `Adi mengatakan: Dia merupakan Syi ah yang hangus (tulen atau pekat),

    pembawa cerita-cerita mereka (golongan Syi`ah).

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    9/13

    Kemudian al-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada al-Miswar bin

    Makhramah dan menyebutkan tentang syura dan bai`ah Uthman, katanya: Orang

    ramai mula membai`ah Uthman dan Ali bertangguh. Lalu Abdul Rahman

    membacakan ayat: Sesiapa yang melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itumenimpa dirinya. (al-Fath: 10). Ini membuatkan Ali mula membelah barisan orang

    ramai sehingga beliau dapat memberi bai`ah seraya berkata: Tipu daya, memang

    tipu daya.

    Dalam sanad riwayat al-Tabari ini terdapat Abdul Aziz bin Abi Thabit. al-Zahabi

    menulis berhubung dengannya, al-Bukhari berkata: Hadisnya tidak boleh ditulis. Al-

    Nasai dan lain-lain berkata: Dia adalah matruk (ditinggalkan). Uthman bin Sa`id

    berkata: Saya bertanya kepada Yahya: Bagaimana dengan keadaan Abi Thabit

    Abdul Aziz bin `Imran? Jawab Yahya: Dia tidak thiqah. Dia hanya memiliki syairwalaupun berketurunan Abdul Rahman bin Auf.

    Hafiz Ibn Hajar menyebutkan di dalam Tahzib al-Tahzib[5]: al-Husani bin Hibban

    menukilkan daripada Yahya: Saya melihatnya (Abdul Aziz) di Baghdad. Dia sering

    memaki orang ramai dan menuduh-nuduh keturunan mereka. Hadisnya tidak

    mempunyai apa-apa nilai.

    Pada pendapat penulis, Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat daripada Abdul Aziz

    setelah menyebutkan riwayat yang lalu. Mala petaka yang lain ialah beliau

    menafsirkan kata-kata Ali dalam riwayat yang lalu yang menyebutkan: tipu daya,

    tipu daya sebagai penipuan dari pihak Amar bin al-Ash dan menyebutkan bentuk

    penipuan yang kita tidak sanggup untuk menyebutkannya kerana kejelikannya.

    Riwayat-riwayat ini dan yang seumpamanya kebanyakannya ialah penyebaran jahat

    Syi`ah Rafidhah terhadap sejarah. Penulis ingin mengingatkan bahawa kebanyakan

    penulis sejarah pada zaman ini terpedaya lalu menyebutkannya tanpa sebarang

    kajian dan kepastian. Semoga Allah membalas usaha baik Ibn Kathir. Beliau telah

    menyebutkan peristiwa Syura dan bai`ah Uthman di dalam kitabnya, al-Bidayah wa

    al-Nihayah dengan panjang lebar dan beliau tidak mempedulikan riwayat-riwayat

    yang karut itu. Bahkan setelah mengemukakan riwayat-riwayat yang sahih beliau

    mengulas: Berita yang dinukilkan oleh kebanyakan ahli sejarah seperti Ibn Jarir al-

    Tabari dan penulis lain daripada perawi-perawi yang tidak dikenali bahawa Ali

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    10/13

    berkata kepada Abdul Rahman: Kamu telah memperdayakanku. Sesungguhnya

    kamu melantiknya kerana dia adalah mertua kamu dan dia bermesyuarat dengan

    kamu setiap hari tentang urusannya. Dan Ali terlewat memberi bai`ah sehingga

    Abdul Rahman membacakan sepotong ayat al-Quran kepadanya: Sesiapa yang

    melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya. (al-Fath: 10).Dan riwayat-riwayat lain yang menyanggahi riwayat-riwayat yang sabit di dalam

    kitab-kitab sahih. Kesemuanya itu adalah tertolak. Wa Allah A`lam.

    Malangnya ramai di kalangan ahli-ahli sejarah yang menukilkan riwayat-riwayat palsu

    itu tanpa sebarang saringan dan tapisan seperti Ibn Kathir.

    Riwayat-Riwayat Syi`ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.

    Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi ah Rafidhah telah

    menutup sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh

    tutupan yang dibuat oleh mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-

    kitab sejarah anda hanya mendapati makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci

    akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di sini, penulis akan menyebutkan

    fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat yang sahih

    walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh

    dengan barat.

    Hakikat Pertama

    Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair

    dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan

    menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman.

    Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi

    bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk memerangi Ali dan orang-orang

    Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis:

    Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui

    Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan

    menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan.

    Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah.

    Beliau berkata: Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    11/13

    kaki di bumi ini?. `Aishah menjawab: Wahai anakku, untuk mendamaikan antara

    manusia. Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-

    Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: Saya

    telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke

    sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia. Lalu mereka berduamenyatakan: Kamipun dengan tujuan yang sama.

    Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka

    datang hanya untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah

    bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah

    berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh

    Abu Salam al-Dalai: Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya)

    mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman)

    jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab: Ya.Abu Salam bertanya lagi: Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan

    menangguhkannya? Ali menjawab: Ya. Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan

    pegangan Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli

    sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka

    mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja.

    Hakikat Kedua

    Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak

    terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada

    sebarang peperangan. Namun golongan Sabaiyyah yang melakukan pembunuhan

    khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk

    mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.

    Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar

    oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada

    mereka perdamaian. Mereka menjawab: Anda memang benar dan melakukan yang

    terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti anda,

    keadaan akan menjadi baik. Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa

    yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-

    orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap

    membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    12/13

    kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak

    masing-masing gembira. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: Jika

    pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua,

    maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka

    berdua menjawab: Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai. Hati dan jiwa kedua-dua belah

    pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali

    menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar

    Tulaihah al-Sajjad. Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan

    indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi

    mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada

    waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing. Bilangan

    mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan

    mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulanbangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai

    terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah

    mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita.

    Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai

    kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepada orang ramai?

    Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam. Lalu

    semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak

    siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan

    ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.

    [1] Tarikh al-Tabari, jil. 1, hal. 8

    [2] Sahih al-Bukhari, hal. 707 no: 3700

    [3] Tarikh al-Tabari, jil 2 hal. 632

    [4] Mizan al-I`tidal, jil. 6, hal. 632

    [5] Taqrib al-Tahzib, jil. 6 hal. 150

  • 8/14/2019 Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

    13/13

    Diterjemahkan oleh Ust Muhammad Hanief Awang Yahaya untuk

    www.darulkautsar.net

    http://www.darulkautsar.net/http://www.darulkautsar.net/