Analisis Aku Membaca Lagi

15
AKU MEMBACA LAGI Razali Mohd. Yussof BY ; NUR BATRISYIA BT AFFENDI 4C 2015 MULA

Transcript of Analisis Aku Membaca Lagi

Page 1: Analisis Aku Membaca Lagi

AKU MEMBACA LAGI Razali Mohd. Yussof

BY ; NUR BATRISYIA BT AFFENDI 4C 2015

MULA

Page 2: Analisis Aku Membaca Lagi

Aku mendongak langitmembaca garis dan titikmenaakuli kebesaran-Mudi bawahnya gumpalan megahembasan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alamkicauan burungdesiran ombak dan wajah pelangimewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagimembaca langitdi dalamnya pohon-pohon kayan rapuhdahan dan ranting terkulaidaun-daun berguguranhelai demi helaidi lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langitKutemuibulan dan bintang menangismeratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagimenitis air mata langitmembasahi bahasa Melayukuyang berdarah.

MAKSUD RANGKAP

Page 3: Analisis Aku Membaca Lagi

MAKSUD RANGKAPRangkap pertama

Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Page 4: Analisis Aku Membaca Lagi

MAKSUD RANGKAPRangkap kedua

Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.

Page 5: Analisis Aku Membaca Lagi

MAKSUD RANGKAPRangkap ketiga

Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu.

Page 6: Analisis Aku Membaca Lagi

MAKSUD RANGKAP

Rangkap keempat

Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Page 7: Analisis Aku Membaca Lagi

MAKSUD RANGKAP

Rangkap kelima

Penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.

Page 8: Analisis Aku Membaca Lagi

TEMA PERSOALAN

PENGAJARAN

BENTUK DAN CIRI-CIRI SAJAK

NADAGAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

NILAI

Page 9: Analisis Aku Membaca Lagi

TEMASajak ini bertemakan nasib Bahasa Melayu

yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa

Page 10: Analisis Aku Membaca Lagi

PERSOALAN• Keindahan alam semula jadi ciptaan TuhanContoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

• Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilangContoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

• Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa MelayuContoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Page 11: Analisis Aku Membaca Lagi

BENTUK DAN CIRI-CIRI SAJAK

• Terdiri daripada lima rangkap• Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu

rangkap• Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu

baris• Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris• Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat. Rangkap pertama : abcde Rangkap kedua : abcd Rangkap ketiga : abcdefg Rangkap keempat : abcd Rangkap kelima : abcd

Page 12: Analisis Aku Membaca Lagi

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

SINKOPEContoh : Ku selusuri alam menekuni kebesaran-Mu

PERSONIFIKASIContoh : desiran ombak dan wajah pelangi dahan dan ranting terkulai REPITISIContoh : helai demi helai KATA GANDAContoh : pohon-pohonkian rapuh daun-daunberguguran

Page 13: Analisis Aku Membaca Lagi

NADA

NADA INI BERNADA MELANKOLIK

Page 14: Analisis Aku Membaca Lagi

NILAI Nilai kesyukuranContoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Nilai cinta akan bahasaContoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Nilai cinta akan alam sekitarContoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Page 15: Analisis Aku Membaca Lagi

PENGAJARAN• Kita mestilah bersyukur kepada TuhanContoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

• Kita mestilah cinta akan bahasa.Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

• Kita mestilah cinta akan alam sekitar.Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.