Akulah Cinder Ella PDF

download Akulah Cinder Ella PDF

of 119

Transcript of Akulah Cinder Ella PDF

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    1/119

    Nozi Danisya

    1

    TOMBOI. Itulah gelaran yang

    aku sandang sejak akhir-akhir

    ini. Walaupun aku kasar dan

    berpakaian seperti lelaki, aku tetap mempunyai naluri seorang

    gadis. Jiwaku tetap lembut dan sensiti, seperti perempuan

    biasa. Bila bersedih, aku akan menangis.

    Bezanya aku tidak mempamerkan kesedihanku itu

    untuk tatapan orang lain. Aku lebih suka bersendirian. Biar

    tiada sesiapa yang menyaksikan kelemahanku itu.

    Dahulu aku tidak begini. Aku gadis biasa danberpakaian seperti gadis lain juga. Penghijrahanku bermula

    sejak kehilangan ibu dan ayah, yang pergi untuk selama-

    lamanya akibat satu kemalangan ngeri yang tragis. Ketika itu

    ayah dan ibu baru balik daripada menoreh getah. Mereka

    dirempuh sebuah lori sehingga terperosok di bawah

    kenderaan tersebut. Mayat mereka tidak usah cakaplah. Kalau

    aku bercerita, mahu saja kembang tekak orang yangmendengarnya. Sejak peristiwa itu, bermulalah episod duka

    lara kehidupanku sebagai anak sulung.

    Bab

    1

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    2/119

    Akulah Cinderella

    2

    Aku hidup dalam keadaan serba dai. Semasa arwah

    kedua-dua orang tuaku masih hidup pun, kami sekeluarga

    memang sentiasa dihimpit kemiskinan. Melalui hari-hari

    yang berputar silih berganti, penuh bahagia dan warna-warni

    menghiasi kehidupan yang serba dai itu. Di pinggir kampung

    ini, kami terpencil daripada masyarakat desa yang lain,

    megahnya pondok buruk kami, hasil daripada mawaddah

    seorang ayah.

    Selautan terima kasih dan segunung syukur untukinsan yang berhati mulia Pak Haji Yahya, yang bermurah hati

    memberi sepetak tanah untuk kami berlindung dan

    meneruskan kehidupan ini. Kini, Pak Haji Yahya pun sudah

    tiada lagi. Kami terus tinggal di tanahnya ini selagi tiada

    sesiapa yang menghalaunya.

    Umurku baru sahaja mencecah tujuh belas tahun.

    Nampaknya tahun ini aku tidak dapat menduduki peperiksaan

    besar SPM. Sebab aku sudah pun berhenti sekolah tahun

    lepas, iaitu sejak orang tuaku pergi buat selama-lamanya.

    PMR aku agak bagus juga. Dengan kelulusan itu

    sajalah aku layakkan diri untuk mendapatkan pekerjaan bagi

    menyara lima orang lagi adik-adikku.

    Kini barulah aku tahu bagaimana peritnya menjadiketua keluarga. Betapa susahnya menggalas tanggungjawab

    seorang ayah. Memang sepatutnya kita menghormati orang

    tua kita. Untuk memikul amanah ini bukan calang-calang

    orang yang boleh melakukannya. Dan aku telah terpilih

    untuk menempuh hidup dengan cara begini. Aku telah dipilih

    untuk memikul tanggungjawab yang maha hebat ini.

    Sekarang aku sembunyikan rupa parasku dengan

    cara pemakaian dan sikapku yang agak kasar. Sengaja buat-

    buat kasar sebenarnya. Sejak kematian kedua-dua orang

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    3/119

    Nozi Danisya

    3

    tuaku, aku dan adik-adik sering dibuli oleh budak-budak

    kampung. Aku sendiri hampir diperkosa. Mereka memang

    jahat! Suka mengambil kesempatan terhadap kaum yang

    lemah seperti aku. Kaum yang sepatutnya dilindungi dan

    disayangi. Tidakkah mereka kasihan kepada kami enam

    beradik yang telah menjadi anak yatim piatu ini? Saat itu

    juga aku nekad untuk berubah.

    Dengan duit tabungan, aku mula membeli pakaian

    lelaki. Aku ingin merubah penampilanku. Tetapi bukanmerubah jantina dan naluriku. Itu tidak mungkin aku

    lakukan. Aku tetap perempuan biasa, punya hati dan

    perasaan. Niatku cuma tidak mahu dibuli lagi, itu saja. Aku

    juga tidak mahu adik-adikku menjadi mangsa kebiadaban

    mereka. Aku harus kuat, aku harus tabah. Aku harus jadi

    seperti lelaki kerana akulah sandaran buat adik-adikku.

    Di pundakku ini tergalas satu tanggungjawab yang

    maha hebat, yang ayah dan ibu wariskan. Yang tidak boleh

    tidak, aku harus memikulnya walau seberat mana pun. Bagai

    menggalas sebuah bongkah, sarat dengan kepayahan dan

    kesedihan.

    Kak Syah, termenung apa? Mari makan.

    Alia, adik keduaku sudah menghidangkan sarapanpagi. Pagi ini menunya hanya lempeng dan kopi O sahaja.

    Ringkas dan mengenyangkan. Alia memang pandai masak.

    Jadi, kami berdua putuskan hanya dia saja yang

    memasak, sedangkan aku pula keluar bekerja. Masakannya

    pun sedap. Adik-adik yang lain tidak pernah bersungut.

    Semasa arwah ibu hidup lagi, Alia memang rajin kedapur menolong ibu. Alia masih di tingkatan tiga dan Aida,

    adikku yang ketiga kini di tingkatan satu. Mereka bersekolah

    sesi petang. Jadi, sebelum ke sekolah Alia sudah menyediakan

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    4/119

    Akulah Cinderella

    4

    hidangan tengah hari. Sementara tugas Aida, membasuh kain

    dan menggosok baju.

    Alia bagi tak duit belanja sekolah pada Ain pagi

    tadi? soalku ingin kepastian. Duit belanja sekolah adik-adik

    yang lain telah aku serahkan kepada Alia.

    Ain pula baru darjah enam. Selepas pulang dari

    sekolah, dia akan mengambil alih tugas menjaga Azah yang

    baru darjah tiga dan Aiman satu-satunya adik lelaki yang aku

    ada. Tugas-tugas itu telah aku bahagikan demi tidakmembeban diriku seorang saja. Biar mereka tahu erti

    bekerjasama dan tanggungjawab.

    Dah. Tapi hari ni Lia bagi lebih sikit, sebab Ain

    kata ada kelas tambahan.

    Kelas tambahan? Sampai pukul berapa?

    Sampai pukul tiga aja katanya.

    Habis tu nanti,korang berdua pergi sekolah siapa

    nak jaga Azah dan Aiman?

    Aduh, masalah masalah, macam mana ni?

    Lia dah minta Nek Odah tolong tengok-

    tengokkan.

    Fuh! Lega. Nasib baik ada Nenek Odah. Jiran yang

    paling hampir dengan pondok burukku.

    Aku mengerling jam di pergelangan tangan. Jam ini

    aku beli di pasar malam tahun lepas. Masih cantik dan elok

    berungsi. Aku tidak peduli dengan jenama. Asalkan boleh

    digunakan sudah cukup memadai. Jarum jam sudah

    menunjukkan pukul lapan pagi. Aku harus cepat.Alia tengok adik-adik tau. Kak Syah nak pergi dah

    ni.

    Aku menitip pesan dan Alia hanya mengangguk.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    5/119

    Nozi Danisya

    5

    Aku mengayuh basikalmountain bike yang dibeli arwah ayah

    dulu. Basikal ini basikal kesayanganku. Hadiah daripada ayah

    sempena aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam

    PMR lalu. Itu pun kerana harga getah sedang melambung

    tinggi ketika itu. Dan dengan basikal ini jugalah aku ke hulu

    ke hilir. Jauh juga aku mengayuh basikal untuk ke tempat

    kerja.

    Aku bekerja sebagaioce girlatau lebih tepatoce

    boy saja di pejabat peguam di bandar. Hanya itu sajalah yangmampu dan sesuai dengan kelulusan yang ada. Gaji pun

    bukannya banyak. Cuma lima ratus saja. Kalau nak diikutkan

    bukannya cukup pun. Itu sebablah aku bekerja sambilan pada

    waktu malam di sebuah restoran. Cukuplah aku nak sara

    adik-adikku yang semuanya tengah kuat makan itu. Untuk

    memberi kemewahan mungkin aku tidak berkemampuan.

    Asalkan mereka semua boleh meneruskan persekolahansudah cukup bagus buat aku. Kejayaan mereka yang paling

    aku nantikan.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    6/119

    Akulah Cinderella

    6

    SEBAIK sampai di rumah pukul

    enam petang, aku dikejutkan

    dengan kehadiran sebuah kereta

    Toyota Camry. Jenis yang mana tidaklah aku ari sangat.

    Dari perut kereta keluar seorang lelaki dan seorang wanita

    yang dalam lingkungan lewat tiga puluhan agaknya. Si lelaki

    menghadiahkan senyuman manis dan si wanita pula hanya

    berdiam diri saja tanpa sebarang reaksi. Aku dengan sopan

    membalas senyuman lelaki itu.

    Assalamualaikum.Waalaikumussalam, cari siapa?

    Kamu ni, anak Pak cik Leman ke?

    Ya, tapi... ayah dah tak ada.

    Ya, ya, saya tahu tu. Begini, saya ada hal sikit nak

    cakap.

    Oh, kalau begitu jemputlah masuk.

    Errr... tak apalah, kat sini aja ya, dik.

    Tiba-tiba si wanita itu bersuara bersama memek

    Bab

    2

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    7/119

    Nozi Danisya

    7

    muka yang amat aku mengerti. Dia tidak betah untuk masuk

    ke pondok burukku itu. Geli barangkali.

    Tak apalah kalau begitu, apa halnya?

    Begini dik, errr... adik ni siapa nama? soal lelaki

    itu yang kelihatan serba salah. Seperti ada yang tidak kena

    saja. Hatiku mula panasaran.

    Saya, Syah.

    Salamku hulur tanda hormat. Si lelaki menyambutnyadengan baik tetapi si wanita itu hanya menyambutnya dengan

    hujung jari sahaja. Isy... macam bagus aja perempuan ni.

    Tangan aku ni bersihlah!

    Nama saya Khairil, ni isteri saya, Junaidah.

    Aku mengangguk tanda aham sambil tersenyum

    manis. Aku kira ini adalah senyuman termanis sekali pernah

    aku berikan.

    Begini, saya ni anak arwah Pak Haji Yahya.So, saya

    datang ni nak bagi tahulah yang tanah Syah duduk ni

    sekarang dah jadi milik saya.

    Aku terkedu. Terkebil-kebil aku melihatnya. Apakah

    dia ingin tanah ini kembali?

    Apa yang akan terjadi pada kami adik-beradik? Di

    mana kami nak tinggal kelak?

    Begini ya dik, tanah ni kami nak jual. Pembelinya

    pun dah ada.So, adik boleh keluarlah dari tanah kami ni.

    Dengan selamba Puan Junaidah itu memberi

    arahan. Cukup berterus terang tanpa memikirkan impak

    yang bakal kami terima.Tapi bang... kak, mana kami nak pergi? Tak kesian

    kat kami ke? Kami ni anak yatim piatu.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    8/119

    Akulah Cinderella

    8

    Itu bukan masalah saya. Apa yang saya tahu kamu

    semua mesti pindah keluar.

    Sombong! Kesabaranku makin menipis. Untuk

    sekian kalinya kami dibuli.

    Tapi, tolonglah bang, kak, jangan buat macam ni.

    Aku mencuba sekali lagi.

    Beginilah ya, Syah kami bagi masa sebulan

    untuk kamu semua. Encik Khairil bersuara tenang. Aku

    lihat wajahnya keruh. Mungkin simpati barangkali. Tetapi

    tidak pula pada Puan Junaidah, makin mencuka lagi adalah.

    Hendak saja aku tampar mukanya seratus kali, biar dia

    rasakan. Aku tersenyum kelat.

    Errr... kalau begitu, kami pergi dulu.

    Aku hanya memandang kosong melihat punggung

    kereta itu keluar dari halaman rumah. Perlahan akumenghela naas. Di manalah aku hendak mencari tempat

    berlindung? Kalau kami semua ini lelaki mungkin tiada

    masalah tetapi yang ada hanyalah lima orang anak dara dan

    hanya seorang lelaki itupun masih kecil lagi. Wajarkah

    mereka bertindak sedemikian? Tiada sekelumitkah rasa

    simpati yang singgah di hati mereka? Namun jika difkirkan

    kembali, itu adalah hak mereka. Tanah ini kepunyaan mereka.

    Tempoh sebulan telah diberi. Mungkin mereka tidak semulia

    Pak Haji Yahya, tapi sekurang-kurangnya mereka tidaklah

    terlalu kejam.

    Aku terduduk di tangga. Dugaan apakah ini?

    Kenapa aku diduga sehebat ini? Episod duka yang aku lalui

    tidak pernah surut. Kisah sedih dalam hidupku ini bagaiirama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan.

    Kak Syah? Kenapa duduk sini?

    Lamunanku terhenti di sini. Alia dan Aida

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    9/119

    Nozi Danisya

    9

    tersenyum. Mereka sudah pulang dari sekolah rupa-rupanya.

    Wajah masing-masing terpancar keletihan. Haruskah aku

    khabarkan berita yang diterima sebentar tadi? Jika aku

    rahsiakan, tiada untung di mana-mana. Lambat-laun pasti

    akan sampai ke pengetahuan mereka juga.

    Tadi anak tuan tanah datang.

    Siapa?

    Nama dia Khairil. Datang denganwie dia.

    Dia orang nak apa kak?

    Alia turut sama melabuhkan punggung di

    sebelahku. Manakala Aida sudah naik ke rumah. Tidak mahu

    ikut serta perbualan kakak-kakaknya ini. Kadangkala terbit

    rasa bangga pada adik-adikku yang tidak suka mencuri

    dengar perbualan orang tua. Ah, hasil didikan ayah dan ibu

    memang cukup sempurna. Akan aku pastikan nilai-nilaimurni dalam diri mereka itu berkekalan.

    Dia orang nak tanah ni balik.

    Ha?

    Aku mengangguk lemah. Selemah semangatku

    yang terbang pergi saat dikhabarkan berita ini tadi.

    Habis tu, macam mana dengan kita? Nak tinggal

    kat mana?

    Entahlah. Kak Syah pun pening ni....

    Teruknya dia orang ya, kak.

    Bukan salah dia orang. Salah kita sebab tak punya

    harta. Beginilah adat orang menumpang, Lia. Cukup masa

    akan dihalau pergi.

    Jahat!

    Tak baik cakap macam tu, Lia. Tanah ni hak

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    10/119

    Akulah Cinderella

    10

    mereka. Mereka boleh buat apa saja yang mereka suka. Kita

    ni yang patut sedar diri. Dia bagi masa sebulan untuk kita

    pun dah cukup bagus.

    Sebulan aja?

    Aku mengangguk perlahan.

    Mana nak cari rumah dalam masa sebulan ni, kak.

    Nak sewa rumah teres? Mampu ke? Nak sediakan deposit pun

    belum tentu lagi.

    Aku menghela naas. Kata-kata Alia itu memang

    tepat sekali. Tidak perlu aku menyangkal lagi. Rumah teres

    pasti ada jika dicari. Persoalannya, mampu ataupun tidak?

    Alia mengeluh.

    Kenapa kita diberi ujian begini ya, Kak Syah?

    Lepas satu, satu bala yang datang.

    Isy... kau ni, Lia. Tak baik cakap macam tu.

    Bersangka baiklah pada Allah. Segala apa yang berlaku hari ni

    ada hikmahnya. Cuma kita tak nampak dan tak tahu bila.

    Astagfrullahalazim.

    Aku tersenyum melihat Alia. Wajah manisnya beriak

    penyesalan.

    Dah, jangan nak runsing-runsing. Kalau boleh tak

    payah fkir pasal ni. Tumpukan aja pada pelajaran. Biar Kak

    Syah aja yang uruskan. Ya?

    Dia mengangguk lemah. Simpati pula aku tengok.

    Itu sebablah aku tidak suka cerita apa jua masalah yang

    datang. Pastinya akan terganggu fkiran adik-adikku. Bimbang

    terganggu konsentrasi mereka pada pelajaran. Tetapi akutiada pilihan. Berita ini memang tidak boleh disimpan. Aku

    amat berharap suatu keajaiban akan terjadi. Mungkinkah?

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    11/119

    Nozi Danisya

    11

    AKU mengayuh basikal sambil

    menyanyi. Walaupun suaraku

    tidak sesedap mana, tetapi itu

    hanyalah untuk menghilangkan rasa takutku mengayuh

    basikal malam-malam begini.

    Mak Cik Senah, tauke restoran tempatku bekerja

    memang baik hati. Pukul sepuluh malam saja dia sudah

    suruh aku pulang. Bahaya katanya anak dara pulang dalam

    gelap berseorangan. Katanya walaupun aku tomboi, kudratku

    tetap kudrat seorang perempuan. Tidak sekuat mana pununtuk melawan tenaga seorang lelaki. Katanya lagi, walaupun

    aku ni tomboi, kalau kena rogol tetap juga boleh

    mengandung. Bila difkirkan, benar belaka omongan Mak Cik

    Senah tu. Naik takut pula aku rasakan. Tiba-tiba...

    Ponnn!!!

    Bunyi hon kereta membuat aku terkejut sehingga

    membuatku hilang imbangan, lalu terjatuh di atas rumput di

    tepi selekoh. Nasib baiklah atas rumput, kalau tidak pasti

    cedera.

    Bab

    3

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    12/119

    Akulah Cinderella

    12

    Woi!!! Gila ke? Nak mampus?

    Seorang lelaki menjengahkan kepalanya daritingkap kereta. Aku dapat melihat dengan jelas mukanya. Aku

    mendongak ke atas. Patutlah jelas, rupa-rupanya aku betul-

    betul jatuh di bawah lampu jalan.

    Aku menoleh semula ke arah lelaki itu.

    Kau tu yang gila! Bawa kereta macam pelesit!

    Apa kau cakap? Lelaki itu keluar dari keretanya.Tangannya terus saja menggenggam bajuku. Malah

    penumbuknya juga sudah dikepal.

    Aku cakap kau yang gila! Bawa kereta macam

    pelesit. Pekak!

    Aku mengulang semula ayatku tadi dengan kuat.

    Serentak itu dia melepaskan satu tumbukan padu tepat ke

    pipiku.Aucchh! Perit! Darah tersembur keluar. Pipi bahagian

    dalam sudah luka. Lelaki ini memang gila agaknya. Dia tidak

    nampakkah perbezaan tubuhku dan tubuhnya itu?

    Ketinggianku hanya separas dagunya saja.

    Ha ha ha... padan muka! Apa rasa? Sedap?

    Sedap kepalahotak kau! Sakitlah mangkuk!

    Apa kau cakap? Kau nak kena lagi ke? Kurang ajar

    betul!

    Kau tu yang kurang ajar! Dahlah nak langgar

    orang, tak nak minta maapulak. Lepas tu, sesedap rasa aja

    nak belasah orang!

    Aku mengesat darah yang mengalir di bibirku.

    Teruk juga luka ni. Mahu senget mukaku selepas ini.Siapa yang salah? Kau tu yang nak masuk tak

    tengok kiri kanan tau? Main redah aja.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    13/119

    Nozi Danisya

    13

    Kalau aku yang salah pun, kau tak boleh cakap

    elok-elok ke? Biadap!

    Hei... budak ni, aku bagi sebijik lagi kang. Mulut

    kau ni celupar betul.

    Aku celupar pada orang yang celuparlah, bodoh!

    Bukkk!!!

    Satu lagi tumbukan padu mengenai perutku. Aku

    terduduk senak. Sakitnya! Betul kata Mak Cik Senah,kudratku tetap tidak boleh melawan tenaga seorang lelaki.

    Aku mendongak. Cuba mencari kekuatan untuk

    bangun, namun aku terduduk semula. Rasa seperti hendak

    menangis saja. Tidak! Aku tak boleh menangis depan lelaki

    poyo ini.

    Lain kali, kalau dah tahu diri tu lembik, jangan

    nak kurang ajar!

    Oiii, mangkukayun! Kau ni apa hal? Nak cari

    gaduh ke?

    Oiii, pendek! Kalau aku gaduh dengan kau pun tak

    seronok tau? Lembik!

    Ini sudah lebih. Aku mula rasa tercabar. Aku

    bangun walaupun sakit masih bersisa, aku gagahkan jua.

    Demi tidak dibuli lagi.

    Kau ni mabuk ya? Kau tahu tak arak tu haram,

    hah? Kau pernah dengar tak slogan, dont drink and drive?

    Hah? Dahlah mabuk, menyusahkan orang!

    Pangg!!!

    Kena lagi sedas penampar di pipiku. Aku jatuhtersungkur. Cap yang aku pakai terpelanting sehingga rambut

    panjang yang aku sanggul terurai. Mata lelaki itu membulat.

    Dia terkedu.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    14/119

    Akulah Cinderella

    14

    Kau... kau perempuan?

    Monyet punya jantan! Dia baru sedarkah aku nibukan lawannya? Memang kurang ajar betul! Aku hanya

    menjeling geram. Darah yang meleleh di bibir, aku kesat.

    Pedih sekali. Sabar, sabar. Aku tidak mahu tenggelam dalam

    emosi.

    Tepilah!!!

    Aku menolaknya untuk mengambil basikalku yang

    sudah terbaring di atas rumput. Menyorong basikal dan

    berhenti untuk mengutip cap aku yang agak jauh

    terpelanting dari tempat kejadian. Aku berpaling melihat

    lelaki yangsuperberlagak itu.

    Dia masih merenungku. Wajahnya sedikit kesal dan

    serba salah. Baru tersedar agaknya yang dia belasah tadi

    adalah seorang budak perempuan tidak cukup umur. Akuberlalu meninggalkan lelaki itu yang terkebil-kebil dalam

    kegelapan malam. Habis pecah bibirku ini dikerjakan si

    mangkuk ayun itu. Siap kau kalau aku jumpa lagi. Aku

    dengan ini mengisytiharkan perang kepada lelaki yang

    tidakku kenali itu.

    KAK SYAH! Kenapa ni? Alia bereaksi cemas apabila dia

    membuka pintu untukku.

    Syyy! Cuba slow sikit suara tu. Kang bangun

    budak-budak tu, tau?

    Alia tidak mempedulikan kata-kataku, dia berlalumengambil tuala dan air panas. Aku duduk tersandar di

    kerusi rotan yang sudah meminta nyawa ini. Tunggu masa

    hendak rebah saja.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    15/119

    Nozi Danisya

    15

    Kak Syah bergaduh lagi ya? Kali ni sebab apa

    pulak?

    Alia memang memiliki siat keibuan. Walaupun

    usianya masih muda tetapi dia seperti sudah matang. Dia

    seorang yang penyabar, tidak seperti aku yang panas baran

    ini. Alia mengelap sisa darah pada bibirku.

    Auchh! Sakitlah! Slowlah sikit! bentakku geram.

    Panas hati sebenarnya kerana dibelasah sehingga tidak

    mampu untuk melawan. Sakit hati apabila teringat kata-katatajam yang lahir dari mulut lelaki itu. Penyudahnya, Alia

    menjadi mangsa tempatku melampiaskan ketidakpuasan

    hatiku ini.

    Sorry kak, tak sengaja.

    Hmmm...

    Aku diam. Cuba mengawal emosi. Menggigil satubadan cuba menahan marah dan sakit.

    Kenapa tak tidur lagi?

    Lia studi. Lagipun kalau Lia tidur, macam mana

    Kak Syah nak masuk nanti?

    Aku diam lagi. Memejamkan mata, cuba melepaskan

    lelah.

    Kak Syah, ni.

    Alia menghulurkan sehelai kertas kepadaku. Aku

    berkerut kening memandang muka Alia.

    Ini Ain bagi, nak minta izin pergi rombongan

    sambil belajar.

    Rombongan?

    Aku meneliti butiran yang tertera pada sehelai

    kertas itu. Rombongan ke Melaka.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    16/119

    Akulah Cinderella

    16

    Enam puluh ringgit? Mahalnya. Manalah aku nak

    cekau duit sebanyak tu? Duit di tangan hanya ada seratus

    setengah aja. Itu pun jenuh nak berjimat hingga ke hujung

    bulan ini. Aku memicit dahi. Kasihan pula pada Ain.

    Lia dah larang dia pergi, Lia kata kita tak ada duit.

    Habis tu apa katanya?

    Merajuklah, apa lagi. Budak-budak kak, bukan dia

    aham sangat. Dia tahu ada aja.

    Aku mengeluh berat. Tidak habis-habis dengan

    masalah. Susah juga menjadi ketua keluarga rupa-rupanya.

    Aku meneliti kertas itu lagi. Tarikh tutup sehingga hujung

    bulan ini. Sempat lagi kut aku cari duit.

    Tak apalah, nanti Kak Syah usahakan.

    Alia hanya tersenyum lalu mengangkat punggung

    dan menuju ke dapur. Aku memerhatikan adik-adikku yang

    sudah nyenyak dibuai mimpi. Tidur bergelimpangan di atas

    tilam nipis beramai-ramai. Bilik hanya ada satu saja. Itu pun

    bilik arwah orang tuaku dulu. Bilik kecil itulah tempat kami

    bertukar pakaian dan menyimpan segala bantal dan tilam

    busuk. Jika mahu tidur, bentang saja tilam di ruang tamu

    yang hanya sekangkang kera itu.

    Aku cuba melelapkan mata tetapi tidak boleh.

    Mulutku berdenyut-denyut. Aku cuba bertahan. Perlahan-

    lahan air mataku menitis. Sakitnya bukan kepalang.

    Dibelasah teruk oleh seorang lelaki yang sungguh tidak

    budiman langsung! Bayangkan saja, penumbuknya yang

    besar itu dan hayunan tangannya yang laju menghenyak pipi

    dan perutku. Masih terbayang-bayang senaknya sehinggakini. Nasib baik isi perut tidak terkeluar sekali. Dan lebih

    malang lagi, tangan kasar lelaki itu telah menampar mukaku

    dengan kuat sehingga aku jatuh tersungkur.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    17/119

    Nozi Danisya

    17

    Gila! Memang lelaki itu gila. Mafa agaknya lelaki

    tu.

    Tapi betulkah salahku? Celupar sangatkah mulutku

    ini? Bukankah aku cuba mempertahankan diriku daripada

    dihina dan dibuli? Ah, padan dengan muka aku! Dah tahu

    lelaki itu tengah angin satu badan, yang aku pergi simbah

    minyak lagi kenapa?

    Tapi aku pun tengah angin satu badan juga, mana

    boleh kira dia sorang aja. Tak boleh, tak boleh! Dia memangseorang lelaki yang tak tahu sopan santun. Tak tahu nak

    hormat orang. Bukankah lelaki sepatutnya berlembut dengan

    perempuan? Perempuan itu bukan dicipta daripada tapak

    kaki untuk dipijak, bukan juga dari kepala untuk disanjungi

    tetapi dari rusuk sebelah kiri, dekat dengan tangan untuk

    dilindungi serta hampir dengan hati untuk disayangi.

    Tetapi, mungkin juga bukan salah dia, kan? Lelaki

    itu tidak tahu siapa aku yang sebenarnya. Huh, aku tidak

    akan memaakan perbuatan lelaki itu padaku! Kalau aku

    jumpa lagi, siap dia! Aku akan buat serangan balas.

    Tetapi siapakah lelaki itu? Aku tak pernah tengok

    pun mukanya sebelum ini?

    BENGKAK dan lebam di mukaku sudah surut. Sudah

    seminggu pun, memang patutlah sudah semakin baik. Hari

    ini aku pergi kerja dengan riang dan ceria. Maklumlah hari

    ini gaji masuk. Bolehlah beli KFC untuk adik-adikku. Kasihan

    mereka, sudah lama sangat teringin nak makan KFC. Balik

    kerja nanti aku akan beli.

    Selamat pagi, bos.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    18/119

    Akulah Cinderella

    18

    Aku buat tabik hormat pada bosku yang berbangsa

    Tionghua itu.

    Wah, Aisyah...happy nampak?

    Mestilahhappy bos, hari ni gaji.

    Aku tersengih sambil mengelap-ngelap habuk di

    bilik bosku itu.

    Oh, patutlah you nampak happy saja. Sudah ada

    plan ka?Yes bos. Hari ini I nak beli KFCor my siblings.

    Bosku itu hanya tersenyum sambil mengangguk

    kepala. Dia memang sudah maklum tentang nasib yang

    menimpa diriku ini. Dari A sampailah ke Z, semuanya dia

    tahu. Dia merenungku lama. Aku hanya mengangkat kening

    tanda bertanya.

    Aisyah, angkat ni.

    Dia menghulurkan not seratus kepadaku. Tanpa

    banyak soal, aku mengambilnya.

    Bos nak I beli apa hari ni? Nak itik panggang lagi

    ke? Atau nakorderpiza?

    Bukan, duit tu untuk you. Beli KFC untuk adik-

    adik you. Okey?

    Mataku membulat. Biar betul?

    Tapi, banyak sangat ni bos. Tak naklah!

    Angkat saja, balance you pakailah.

    Tak baik macam ni bos. Nanti sta lain nampak

    lecehlah.Senang saja, you jangan kasi tahu sama

    merekalah.

    Bosku tersenyum manis. Walaupun sudah berumur

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    19/119

    Nozi Danisya

    19

    empat puluhan, namun masih nampak segak dan bergaya

    lagi.

    Betul ni bos? Tak tolak gaji I, kan?

    Dia tergelak besar.

    Nolah, you dont worry. Itu, apa melayu selalu

    cakap? Sedekahka? You angkatlah. Kira I sedekah sama you.

    Thank you, thank you. Bos memang baik.

    Aku tersengih. Saja beli jiwa bosku ini. Akumenyambung kerja semula sambil mindaku mencongak

    tentang duit yang baru aku dapat tadi. Beli KFC lebih kurang

    tiga puluh ringgit, selebihnya bolehlah aku bagi Ain untuk

    pergi rombongan ke Melaka nanti. Syukur alhamdulillah,

    rezeki adik-adikku barangkali.

    AKU menongkat basikal di hadapan restoran KFC. Melangkah

    laju hingga bertembung dengan seorang lelaki.

    Sorry! kataku tanpa melihat siapa gerangan yang

    aku langgar itu.

    Buta ke? sergahnya. Macam pernah aku dengarsuaranya itu, lalu aku mendongak. Bulat mataku melihatnya.

    Dia lagi?

    Kau?

    Jari telunjukku menuding mukanya. Dia hanya

    berkerut kening tidak mengerti.

    Mungkin sedang berfkir agaknya.Aku kenal kau ke?

    Woimangkuk!!! Kau jangan buat-buat tak kenal

    aku ya. Dahlah kau belasah aku malam tu, ingat aku lupa ke?

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    20/119

    Akulah Cinderella

    20

    Woi! Kau dengar sini, sampai kiamat pun aku takkan lupa

    tau?

    Mata lelaki itu membulat. Agaknya baru dapat cam

    siapa aku kut. Eleh, macam bagus aja lakonannya itu. Aku

    tidak akan terpedaya. Jangan harap!

    Jadi kau ni,errr... aku...

    Ek eleh, tergagap-gagap pulak, aku tampar seratus

    kali karang baru tahu.

    Apa? Jangan nak berlakon boleh? Meluatlah!

    Pasal malam tu, aku tak tau. Suaranya mula

    mengendur. Matanya memandang tepat ke mataku.

    Apa tak tau? Kau buta ke? Tak boleh nak bezakan

    lawan kau?

    Suaraku masih bernada yang sama. Keras!Aku, aku...

    Apa aku aku? Kau main kasar tau tak? Kau tengok

    aku ada melawan kau tak masa tu? Hah? Jawablah!!!

    Aku minta maa... ujarnya perlahan.

    Aku terdiam. Dia minta maa? Betul-betul ikhlaskah

    atau berlakon aja?Dahlah, jangan nak pura-pura baik, aku tak akan

    tertipu tau?

    Aku tak tau kau perempuan....

    Oh, kalau aku ni lelaki, bolehlah kau terus belasah

    aku ya? Tanpa belas kasihan, begitu? Agaknya, memang

    perangai kau macam tu, kan? Bila marah, maki hamun orang.Bila tak puas hati, belasah orang. Mak bapak kau ajar macam

    tu ek?

    Mulut kau jaga sikit. Yang melibatkan mak bapak

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    21/119

    Nozi Danisya

    21

    tu kenapa pulak? Ini antara kau dan aku! Suaranya sudah

    meninggi semula.

    Orang yang lalu-lalang sudah merenung ke arah

    kami berdua. Aku tidak peduli!

    Kau ingat kau bagus sangat? Pakai kereta besar,

    boleh berlagak dan pukul orang sesuka hati?

    Kan aku dah minta maa? Apa yang kau tak puas

    hati lagi?

    Memang aku tak puas hati! Senang ya kau

    settlekan masalah? Bila buat salah minta maa, buat aja salah

    minta maa. Apa kau ingat, kau punya maa tu laku ke, hah?

    Habis tu, kau nak aku buat apa? Melutut? Begitu?

    Jangan harap! Aku takkan melutut pada budak pengkid

    macam kau!

    Menyirap darahku mendengar perkataan itu.

    Pengkid? Dia panggil aku pengkid? Kurang asam!

    Oiii setan! Mulut kau tu jaga sikit. Tak reti-reti nak

    hormat orang ke? Suka hati tok nenek kau aja panggil aku

    pengkid.

    Habis tu, tak betul ke? Cerminlah diri kau tu sikit.

    Tak ayu langsung tau!

    Ini sudah lebih. Nampaknya si mangkuk ayun ni

    memang nak kena bom dengan aku. Seenak rasa dia cakap

    aku tidak ayu. Dia belum tengok lagi keayuan aku yang

    sebenarnya. Aku telah menyembunyikan rupa parasku yang

    sebenarnyalah, bodoh!

    Engkau tu, tengok pakai kepala lutut, bukan pakaimata. Aku malas nak berlagak ayu depan kau, kang kau

    tangkap lentokpulak dengan aku!

    Aku menyentuh hidungku laksana samseng-

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    22/119

    Akulah Cinderella

    22

    samseng jalanan. Aku nak tergelak sebenarnya dengan

    tingkahku sendiri.

    Ha ha ha... perasanlah kau! Tak hingin aku! Ayu

    konon, ayu taik kucing!

    Pttuiihh!

    Dia meludah sambil berlalu pergi. Membuat darah

    mudaku sudah menjulang ke tahap maksima. Memang

    kurang ajar! Pengotor! Selekeh!

    Woii, pengotor! Kau ni tak layak duduk di bumi

    tahu tak? Mencemar alam semula jadi tahu tak? Pergi

    berambus ke planet lain. Buat menyemak saja!

    Dia berpaling memandangku dan tersenyum sinis,

    lalu masuk ke dalam perut kereta. Meninggalkan aku yang

    terkebil-kebil pula. Ah, peperangan ini tiada kesudahan lagi!

    Tidak tahu siapa yang menang atau kalah. Cis, aku benci dia!

    Aku berlalu masuk ke dalam KFC. Hasratku sudah

    tertangguh dek kerana pergaduhan yang tercetus sebentar

    tadi. Betul-betul membuang masa.

    AKU sampai di rumah sudah pukul tujuh malam. Alia dan

    Aida pun sudah pulang dari sekolah. Sengaja aku mengayuh

    basikal dengan perlahan. Bimbang jika plastik KFC yang aku

    sangkut padahandle basikal terjatuh.

    Yeaah!!! KFC! KFC!

    Kuat suara sorakan Aiman dan Azah. Tersentuh

    hiba hatiku ini melihat kegirangan mereka berdua. Kasihan,

    nak makan KFC setahun sekali pun payah. Ini yang membuat

    aku terus bersemangat untuk bekerja lebih keras. Demi adik-

    adikku.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    23/119

    Nozi Danisya

    23

    Alia tersenyum sambil menyambut plastik KFC dari

    tanganku.

    Aku melabuhkan punggung dan bersandar pada

    dinding kayu yang sudah pun reput, dimakan dek anai-anai.

    Letih betul rasanya. Bukannya letih bekerja sangat. Letih

    bergaduh dengan lelaki poyo itu tadi. Perangainya yang

    menyebalkan itu membuat hati dan fkiranku letih. Alia dan

    Aida datang menghidangkan KFC yang masih panas. Aku

    hanya menggelengkan kepala apabila melihat tiga orangadikku yang sedang membesar itu, makan dengan lahapnya.

    Tiba-tiba hati dipagut rasa sayu melihat keletah mereka.

    AKU sampai di restoran Mak Cik Senah agak lewat malam ini.

    Orang pun sudah ramai.

    Mak cik,sorry... Syah lambat.

    Tak apalah. Pergi ambil order cepat, ramai dah

    tunggu tu.

    Mak Cik Senah tersenyum manis. Seorang janda

    anak tiga. Umurnya lebih kurang ibuku. Dialah tempat aku

    mengadu jika hatiku ini dilanda resah, dipalu pilu. Betul-betul rasa macam ibu pula. Dia mengusahakan restoran ini

    hasil daripada duit KWSP arwah suaminya.

    Sedang aku tekun membuat kerja, dari jauh aku

    lihat sekumpulan pemuda masuk ke restoran ini. Lebih

    kurang lima orang kesemuanya dan tampan-tampan belaka.

    Aku pergi ke arah meja mereka untuk mengambilpesanan.

    Makan apa bang? soalku dengan senyuman

    manis.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    24/119

    Akulah Cinderella

    24

    Errr, woit!Korang nak makan apa? Salah seorang

    daripada mereka yang berambut terpacak bersuara.

    Aku setia menunggu bersama nota kecil dan

    sebatang pen.

    Mi bandung satu, milo ais satu.

    Si spek mata bersuara. Wajahnya persis pelakon

    Korea saja.

    Kuetiau kungu dan air tembikai, ya, sambungsatu lagi suara. Kali ini si hitam manis pula.

    Aku tekun mencatat.

    Nasi goreng dengan jus epal. Si badan gempal

    pula memesan.

    Aku yang kusyuk menulis, berkerut kening lalu

    memandangnya.Errr, nasi goreng apa, bang? Nasi goreng banyak

    jenis. Aku menyoal kembali. Punyalah banyak jenis nasi

    goreng. Spesifklah sikit.

    Oh, nierrr... nasi goreng daging merah.

    Dia tersenyum memandangku.

    Saya punya bagi charkuetiau aja. Air pula, kopi Oais.Giliran si charming berlesung pipit pula tersenyum.

    Okey, tu aja ke?

    Errr, ada lagi sorang. Wei, Fiq nak makan apa?

    Sispek mata menyoal teman-temannya yang lain.

    Ah, biar diaordersendirilah. Siapa suruh lambat?

    Si gempal menjawab sambil jari-jemarinya mengetukmeja.

    Errr... dik, yang sorang lagi tu nanti ya. Buatkan

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    25/119

    Nozi Danisya

    25

    kami punya dulu. Terima kasih, sambung si spek mata tadi.

    Aku berlalu sambil tersenyum geli hati. Seleramanusia ni memang lain-lain. Tidak sama langsung. Dan

    yang lebih menggelikan hati ialah caraku mengecam setiap

    jejaka itu tadi. Boleh pula aku melabelkan mereka dengan

    gelaran yang entah apa-apa itu.

    Spontan saja terlintas di kotak fkiranku ini

    sebenarnya. Sementara menunggu pesanan disiapkan, aku

    menolong Jaja, salah seorang pekerja Mak Cik Senah,mengelap pinggan.

    Tu, datang sorang lagi.

    Jaja memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah

    lima orang jejaka tadi. Ya, kelihatan teman yang mereka

    tunggu sudah sampai. Dia duduk membelakangkan aku.

    Aku mengangkat punggung dan mencapai notauntuk mengambil pesanannya pula.

    Oit, Syah! Ni air dah siap, bawa sekali, laung

    Abang Man, tukang buat air di restoran Mak Cik Senah ini.

    Okey!

    Pantas saja tanganku mencapai dulang yang penuh

    dengan lima gelas air untuk jejaka-jejaka yang tampan itu.Berhati-hati aku meletak dulang di meja sambil

    mengagihkannya.

    Aku berpaling ke arah kawan mereka yang baru

    sampai tadi. Wajahnya aku tidak nampak, sebab dia memakai

    cap dan tunduk.

    Order, bang?Dia mendongak merenungku. Mata kami

    bertembung. Ah! Si mangkuk ayun ni lagi? Bukan kepalang

    terkejutnya aku. Dia juga menunjukkan reaksi yang sama.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    26/119

    Akulah Cinderella

    26

    Kau???

    Serentak jeritan kuat dari kami berdua sambil jaritelunjuk sudah menuding ke muka masing-masing. Reaksi

    jejaka-jejaka tampan tadi tidak usah dicakaplah. Mereka

    berpandangan sesama sendiri. Sempat pula aku mengerling

    meja-meja di sekeliling. Banyak mata yang memandang.

    Apa kau buat kat sini? Kat mana aku ada, mesti ada

    kau, kan? sergahnya dengan nada keras.

    Aku menahan sabar. Tidak mahu hanyut dengan

    emosi lelaki poyo itu. Bodoh! Tak nampakkah aku sedang

    bekerja?

    Order? Aku memandangnya kosong tanpa ekspresi.

    Tiada senyuman juga di bibirku.

    Tiba-tiba dia bangun dan mula mengorak langkah.

    Oiii, Fiq! Kau nak ke mana pulak ni? soal si

    cermin mata.

    Aku tak ada seleralah nak makan kat sini.

    Dia menjelingku. Aku buat muka selamba. Sabar

    Syah, sabar. Ikutkan hati memang sebakul maki dah aku bagi

    pada lelaki ini. Nasib baiklah kau ini pelanggan restoran Mak

    Cik Senah, sebab Mak Cik Senahlah aku bagi muka pada kautahu?

    Woii, relakslah. Kau ni, dengan budak kecil pun

    nak merajuk ke?

    Si rambut terpacak pula memujuk.

    Hek eleh, macam perempuan, siot! Kalau nak

    berambus tu, cepatlah sikit. Mengada-ada!Dik, bagi air laici satu ya untuk cik abang kita ni.

    Si gempal memandai-mandai order minuman,

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    27/119

    Nozi Danisya

    27

    mewakili si mangkuk ayun itu. Aku mengangguk dan

    mencatatkan dalam notaku, lantas berlalu sambil menjeling.

    Dia membalas jelinganku dengan renungan tajam. Kemudian

    aku lihat dia duduk semula. Si lesung pipit menepuk-nepuk

    bahunya.

    Apa hal tu? soal Abang Man. Agaknya dia nampak

    kejadian sebentar tadi.

    Aku hanya tersenyum.

    Dia orang buli kau ke Syah? Dia orang menggatal

    dengan kau, ya? Nak Abang Man belasah ke?

    Eh, tak payah susah-susah Abang Man, Syah boleh

    handle.

    Betul ni?

    Aku hanya mengangguk sambil menghulurkan

    pesanan si gempal tadi. Abang Man ni sudah berkahwin dan

    memiliki dua orang anak. Siang kerja kilang, malam pula

    buat part time seperti aku. Aku terhutang budi sebenarnya

    dengan Abang Man. Dialah yang menyelamatkan aku semasa

    aku hampir diperkosa oleh Zaidi si penagih dadah di

    kampungku itu. Malah kami sepakat mengheretnya ke balai

    polis. Jika tidak ada Abang Man, tak tahulah apa yang akan

    terjadi padaku sekarang ini.

    Syah! Orderdah siap.

    Lamunanku berkecai. Aku mencapai gelas yang

    berisi air laici dan menghantar ke meja jejaka-jejaka tampan

    tadi dengan berat hati. Malas rasanya hendak berjumpa si

    mangkuk ayun itu. Cepat-cepat aku letakkan gelas minuman

    tersebut dan mengorak langkah.

    Dik! Kejap!

    Langkahku terhenti. Aku menoleh, kelihatan semua

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    28/119

    Akulah Cinderella

    28

    mata memandangku termasuklah si mangkuk ayun itu.

    Malah renungannya lebih tajam menikam. Aku melemparkan

    senyuman manis buat mereka berlima kecuali dia.

    Ya? Nakorderlagi?

    Mereka diam. Mata mereka tekun meratah setiap

    inci wajahku ini. Kemudian memandangku atas bawah.

    Membuat aku tertanya-tanya sendiri apa yang tidak kena?

    Aku pun sama sibuk juga meneliti badan sendiri.

    Okey aja!

    Siapa nama adik? soal si hitam manis.

    Aku mengangkat kening.Aik? Lain macam aja

    soalan dia ni. Nak mengurat aku ke? Tak cukup maco ke aku

    ni, sampai mereka terperasan siapa diriku yang sebenarnya?

    Syah.

    Simangkuk ayun itu tersenyum sinis.

    Dah elok-elok mak bapak bubuh nama perempuan,

    nama lelaki juga yang dipilihnya.

    Eh, membebelpulak mamat ni, getusku dalam hati.

    Aku menjeling geram. Sebut-sebut mak bapak

    pulak. Aku sensiti tau? Aku ini anak yatim piatu. Lagipun,

    memang nama aku Syah apa? Itulah panggilan untukku sejak

    azali lagi. Untuk pengetahuan kau wahai si mangkuk ayun,

    nama penuhku Nur Aisyah binti Sulaiman. Tapi, apa hal

    pulak aku nak bagi tau pada kau, kan? Huh! Sebal.

    Oh, jadi betullah Syah ni perempuan ya?

    Si lesung pipit bertanya lembut. Menghadiahkan

    senyum manis buatku. Mak aii, handsomenya dia. Bisa cairhatiku ini. Tapi aku peliklah mereka ni, takkanlah tak boleh

    cam suara aku? Sah-sah suaraku ini suara seorang

    perempuan. Atau memang suara aku ini garau?

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    29/119

    Nozi Danisya

    29

    Tapi, tak nampak macam perempuanlah, serius!

    Syah memang berjaya menipu kami semua.

    Si rambut terpacak bersuara, mengundang riuh

    tawa teman-temannya. Si mangkuk ayun itu tetap juga

    tersenyum sinis. Menyampah aku! Benci!

    Memanglah tak nampak, nasi lemak dia lima puluh

    sen.

    Kurang asam! Selamba badak simangkuk ayun ini

    mengutuk aku. Ini sudah lebih! Api kemarahan sudah marak

    dalam tubuhku ini, apabila tawa mereka semakin galak. Siap

    ada yang bersiul, ada yang mengenyitkan mata. Memang

    kurang ajar! Memang sama spesies dengan simangkuk ayun

    itu.

    Aku menjeling geram ke arah lelaki itu. Dia tergelak

    besar. Suka sangatlah tu! Geram betul aku dibuatnya. Sesedaprasa aja dia kata nasi lemak aku lima puluh sen! Kau mana

    tahu mangkuk! Aku pakai baju dua lapis dan baju aku ni

    punyalah besar sebab nak coveraset aku. Dan sebab aset aku

    ini besarlah, aku kena covermonyet! Huh! Gatal!

    Aku membuang pandang. Dari dalam restoran

    kelihatan Abang Man sudah berpeluk tubuh memerhatikan

    gelagat mereka dari jauh. Pasti Abang Man fkir mereka

    sedang membuli aku.

    Isy... kenapalah aku asyik kena buli aja ni? Dah

    tukar imej pun boleh kena buli lagi? Memang malang betul

    nasib aku. Ini semua gara-gara si mangkuk ayun itu. Setiap

    kali dia muncul, pasti aku dapat malapetaka.

    Dah puas gelak?

    Aku merenung tajam muka masing-masing. Mereka

    terdiam.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    30/119

    Akulah Cinderella

    30

    Sorry, Syah. Si rambut terpacak cuba membuat

    tabik hormat.

    Aku membuang pandang, cuba sembunyikan

    senyum.

    Kalau tak nakorderapa-apa, aku blah dulu.

    Aku mula mengorak langkah.

    Eh, Syah... kejap!

    Si gempal pula memanggil aku. Apa lagi ni?Umur Syah berapa ya? Nampak macam budak

    sekolah aja?

    Penting ke?

    Ala, janganlah marah... kita orang nak kawan aja

    dengan Syah, boleh?

    Aku lihat si mangkuk ayun sudah tersentak. Diaberpaling ke arah teman-temannya itu.

    Tak apalah, aku tak berminat.

    La, kenapapulak?

    Aku takut nanti teruk aku kena belasah. Pantang

    silap sikit, azab badan aku nanti.

    Mereka berkerut kening. Si mangkuk ayunmenjeling geram ke arahku. Kini giliranku pula tersenyum

    sinis. Rasakan kaumangkuk! Teman-temannya seperti dapat

    meneka dan mata mereka semua tertumpu kepada si

    mangkuk ayun itu pula.

    Dia tunduk dan menarik capnya untuk menutup

    muka. Menutup pekung sebenarnya. Malu jika teman-temannya tahu yang dia pernah membelasah seorang budak

    perempuan.

    Tiada kuasa lagi aku hendak terpacak di situ, lebih

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    31/119

    Nozi Danisya

    31

    baik aku beredar segera. Sebaik aku mengorak langkah,

    terdengar riuh suara mereka bertanya itu ini kepada si

    mangkuk ayun itu.

    Hah! Padan dengan muka kau! Jawablah sendiri.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    32/119

    Akulah Cinderella

    32

    AKU terkebil-kebil di dalam gelap.

    Lebih kurang seminggu lagi

    genaplah tempoh yang diberi

    oleh anak menantu Pak Haji Yahya. Apalah yang harusku

    lakukan? Di manalah hendak aku heret adik-adikku ini? Aku

    tidak mahu membebankan otak mereka.

    Alia dan Ain masing-masing akan menduduki

    peperiksaan tahun ini. Seorang PMR dan seorang lagi UPSR.

    Aku ingin melihat mereka berjaya. Jika tidak, sia-sialah

    pengorbananku berhenti sekolah demi menyara mereka.Ibu, ayah... kenapa secepat ini tinggalkan kami?

    Syah tak boleh nak pikul tugas ayah. Tak tertanggung dek

    badan Syah ni ayah. Syah teringin nak belajar lagi. Syah nak

    ambil SPM. Nak masuk universiti macam yang ibu harapkan.

    Tapi kenapa tinggalkan Syah secepat ini?

    Ayah tau, anak menantu Pak Haji Yahya dah halau

    kami. Mana kami nak pergi ayah? Syah tak mampu nak sewa

    rumah. Nak makan pun kadang-kadang tak cukup. Syah

    sayang pondok buruk kita ni ayah. Ini hasil kerja ayah, kan?

    Bab

    4

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    33/119

    Nozi Danisya

    33

    Walaupun kecil dan sempit, walaupun buruk dan hodoh, ia

    tetap syurga bagi kami ayah.

    Ayah tahu, atap dapur dah bocor. Kalau hujan lebat,

    Alia akan tadah dengan besen. Dinding tepi pintu pun sudah

    reput ayah, dimakan dek anai-anai. Syah tak ada duit nak

    ganti itu semua. Duit gaji Syah hanya cukup untuk tanggung

    persekolahan adik-adik. Baju mereka pun Syah tak mampu

    nak ganti.

    Ibu, ibu tau tak? Syah ada simpan duit sikit. Adalahdalam lima puluh ringgit sebulan. Itu untuk kecemasan. Tapi

    sebenarnya, Syah simpan duit tu untuk tampung

    perbelanjaan Alia nanti. Mana tahu kalau dia dapat masuk

    universiti seperti ibu mahukan. Dapat juga duit itu Syah

    gunakan untuk beli keperluan dia. Kalau ikut perkiraan Syah,

    duit itu tidaklah sebanyak mana kalau disimpan sampai Alia

    habis SPM nanti. Tapi dari tiada, lebih baik ada sikitkan ibu?

    Aduhai, kenapalah nasibku begini. Sedih dan malang.

    Perlahan-lahan air mataku menitis di dalam gelap pekat.

    Hanya ini sajalah yang mampu aku lakukan, menangis

    berseorangan. Melepaskan apa yang terbuku di dada.

    Aku mengeluh perlahan. Cuba memejamkan mata.

    PETANG Sabtu, aku lebih suka melepak di rumah saja. Duit

    bukannya ada kalau hendak ke mana pun! Lebih baik tolong

    Alia bersihkan halaman rumah. Biar dia berehat pula. Biar dia

    menghabiskan masa dengan menelaah buku pelajarannya.

    Sedang aku asyik menyapu daun-daun kering,

    datang sebuah kereta berhenti di halaman rumah. Hatiku

    berdebar-debar. Adakah ini anak menantu Pak Haji Yahya?

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    34/119

    Akulah Cinderella

    34

    Tak mungkin! Tempoh yang diberi masih ada bersisa. Lagipun

    kereta yang dinaiki juga lain.

    Assalamualaikum!

    Tuk Mat, ketua kampung keluar dari perut kereta

    bersama tiga orang manusia yang tidakku kenali. Seorang

    lelaki dan dua orang wanita.

    Waalaikumussalam.

    Aisyah apa khabar?Baik tuk. Apa hal?

    Oh, ada hal sikit ni Aisyah, boleh kami masuk?

    Ya, ya silakan. Masuklah.

    Aku dengan ramahnya menjemput mereka. Penyapu

    lidi aku letakkan di tepi tangga kayu. Melangkah naik, diikuti

    keempat-empat manusia tadi.Duduklah.

    Mereka akur sambil mata meliar memandang

    sekeliling rumahku.

    Begini, Aisyah mereka ni dari Jabatan Kebajikan

    Masyarakat.

    Aku melongo. Otakku cuba mencerna apa yangdimaksudkan oleh Tuk Mat tadi. Mereka dari JKM? Adakah

    mereka ingin mengambil adik-adikku?

    Saya Borhan, ni Puan Jamilah dan itu pula Puan

    Hamidah, terang lelaki separuh umur itu.

    Apa khabar? Saya Aisyah, kataku memperkenalkan

    diri. Aku tersenyum manis tetapi jantungku berdegupkencang. Adik-adikku yang lain juga sudah duduk di

    sebelahku.

    Begini ya, Aisyah... kami diahamkan kamu semua

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    35/119

    Nozi Danisya

    35

    ni tiada penjaga yang sah, bukan? Puan Hamidah bertanya

    lembut. Terserlah siat keibuan wanita itu.

    Aku hanya mengangguk lemah. Telahanku benar

    belaka.

    Dan kamu semua juga masih di bawah umur,

    bukan?

    Aku mengangguk lagi.

    Siapa yang paling tua di sini? Aisyah ya?Encik Borhan pula bersuara.

    Aku hanya tersenyum hambar.

    Berapa umur Aisyah?

    Tahun ni tujuh belas tahun encik.

    Dia menganggukkan kepala lalu memandang rakan

    sekerjanya yang lain.

    Aku mengerling ke arah Tuk Mat.

    Ketua kampung itu hanya tertunduk. Merenung

    tikar getah yang sudah dimamah usia.

    Jadi, Aisyah juga masih di bawah umurlah? soal

    Puan Jamilah pula.

    Aku hanya mengangguk.

    Masih bersekolah?

    Semua masih bersekolah kecuali saya.

    Kamu berhenti sekolah?

    Ya puan. Saya bekerja untuk menyara mereka.

    Mereka semua merenungku dengan pandangansayu. Simpati barangkali.

    Begini ya Aisyah, kami terpaksa membawa kamu

    semua ke rumah anak-anak yatim. Ini semua untuk

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    36/119

    Akulah Cinderella

    36

    keselamatan dan masa depan kamu juga. Biar kami uruskan

    semuanya. Lagipun, Aisyah perlu bersekolah semula.

    Aku tahu, memang aku ingin belajar kembali.

    Tetapi keadaan telah memaksa aku melupakan hasratku itu.

    Mengikut Akta Kanak-Kanak, Wanita Dan

    Keluarga, kami tidak boleh membiarkan remaja yang masih

    di bawah umur seperti kamu keluar bekerja. Ini salah di sisi

    undang-undang, terang Encik Borhan pula.

    Apa yang harusku katakan? Bukannya aku ari

    sangat pasal undang-undang Malaysia ini.

    Tak ada alternati lain ke encik?

    Ada. Jika kamu boleh mencari penjaga yang sah

    dan mereka itu berkelayakan menjaga dan melindungi kamu

    semua, kamu tidak perlu mengikut kami.

    Aisyah ada saudara-mara sebelah ibu atau ayah?

    soal Tuk Mat setelah lama berdiam diri.

    Aku berkira-kira. Sebelah ayah sudah tiada siapa,

    ayah hidup sebatang kara. Ibu pula hanya ada Mak Long

    Salimah. Itu pun dia berada di Jakarta mengikut suaminya ke

    sana.

    Aku hanya mampu tunduk. Air mata mulabergenang di tubir mata. Aku harus bertahan. Aku tidak

    boleh menunjuk kelemahanku. Biar mereka lihat aku seorang

    yang tabah. Aku sendiri boleh menjaga adik-adikku.

    Beginilah Aisyah, kami beri masa seminggu untuk

    kamu berfkir. Jika ada orang yang sanggup menjaga kamu,

    kami akan pertimbangkan.

    Aku hanya mengangguk tanda aham. Senyuman di

    bibir juga sudah tidak semanis mana. Seminggu bukannya

    lama.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    37/119

    Nozi Danisya

    37

    Mereka minta diri untuk pulang. Aku menghantar

    mereka dengan wajah sayu dan fkiran berkecamuk.

    Perlahan-lahan kereta itu merangkak keluar dari

    halaman rumah.

    Aku mengeluh berat. Berpaling dan memandang

    Alia serta adik-adiku yang lain. Jelas sekali di wajah mereka

    keruh dan mendung.

    Macam mana ni, Kak Syah? soal Alia cemas.

    Kak Syah, Aida tak nak duduk rumah anak-anak

    yatim. Aida nak duduk sini.

    Best apa rumah anak yatim, ada ramai kawan,

    sampuk Azah.

    Aku hanya tersenyum kecil. Dia masih belum

    mengerti apa-apa. Aku melabuhkan punggung di atas bendul.

    Kalau arwah ibu nampak, pasti bising mulutnya. Anak dara

    tidak elok duduk atas bendul katanya. Nanti lambat ketemu

    jodoh. Benarkah? Tetapi siapalah yang mahukan aku? Bukannya

    ada kelebihan pun, kekurangan banyaklah.

    Kak Syah, kat mana rumah anak-anak yatim tu?

    Soalan Ain membuat lamunanku terhenti. Sempat

    pula aku bermenung pada saat-saat genting begini.

    Entah, Kak Syah pun tak tau...

    Habis tu macam mana? Kak Syah setuju ke kita

    tinggal kat sana? Aida tak naklah.

    Haah, Kak Syah. Buatnya ada keluarga angkat yang

    nak ambil Azah dan Aiman, macam mana? Kita terpaksa

    berpisah ke?Soalan Alia membuatkan aku tersentak. Tak terfkir

    pula aku. Ya, macam mana kalau itu yang berlaku?

    Sanggupkah aku berpisah dengan mereka semua? Tegakah

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    38/119

    Akulah Cinderella

    38

    aku membiarkan adik-adikku hidup di dalam keluarga yang

    asing? Jika mereka didera macam mana? Dan macam mana

    pula jika kami semua tidak akan bertemu lagi? Tak mahulah

    aku! Aimanlah yang paling kecil di sini. Dia tidak mengerti

    apa-apa. Percaturan hidupnya menjadi tanggungjawab aku.

    Nantilah Kak Syah fkir. Korang jangan risau,

    taulah Kak Syah nanti, okey?

    Aku cuba mententeramkan hati adik-adikku yang

    sudah gundah-gulana. Biarlah masalah ini aku yang tanggungsendiri. Semoga nasib yang baik akan menyebelahi kami

    berenam. Aku akan berusaha mempertahankan nasib mereka.

    Itu memang tugasku.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    39/119

    Nozi Danisya

    39

    HARI minggu begini memang

    bosan kalau hanya duduk di

    rumah. Menonton TV tua yang

    sekejap okey sekejap tidak, bertambah membosankan. Aku

    tidak betah hanya duduk di rumah saja. Aku perlu tenangkan

    ikiranku yang kusut ini.

    Alia! Kak Syah nak keluar kejap. Ada nak pesan

    apa-apa ke?

    Tak ada rasanya. Kak Syah nak pergi mana?

    Saja nak bersendirian kejap. Kau jaga adik-adiktau? Kunci pintu, pesanku tegas.

    Alia hanya mengangguk.

    Aku mengayuh basikal tanpa arah tujuan, sambil

    bernyanyi kecil mencari tempat yang strategik untuk aku

    berfkir. Aku singgah di taman rekreasi. Ramai pula orang,

    terus niatku terbatal. Ini bukan boleh menenangkan fkiran,tetapi menambahkan kusut lagi adalah. Aku meneruskan

    kayuhanku lalu membelok ke kiri dan memintas sebuah

    kereta Mercedes yang berhenti di tepi jalan. Aku memandang

    Bab

    5

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    40/119

    Akulah Cinderella

    40

    sekilas. Kelihatan seorang wanita sedang berkerut kening dan

    memegang dadanya. Apa kena dengan wanita itu agaknya?

    Aku berhenti dan berpusing balik. Berhenti betul-

    betul di tepi cermin keretanya. Kelihatan dia seperti

    tercungap-cungap saja. Aku meninjau-ninjau ke dalam kereta

    yang bercermin gelap itu. Tidak nampak orang lain. Kenapa

    pula mak cik ni? Hah! Dia sakit agaknya.

    Pantas sahaja aku mengetuk cermin keretanya. Dia

    merenungku sambil memegang dada. Wajahnya tidak jelas.Aku cuba membuka pintu keretanya. Berkunci!

    Macam mana ni? Aku lihat wanita itu seperti sedang

    nazak. Ya Allah! Apa yang harus aku lakukan? Aku meninjau-

    ninjau di sekeliling kawasan itu. Sunyi! Aku menggelabah.

    Pondok teleon pun tiada. Sedang aku terpinga-pinga,

    terpandang olehku seketul batu di tepi jalan. Batu itu akuambil lalu cuba untuk memecahkan cermin tingkap belakang

    kereta Mercedes itu.

    Dengan sekali baling cermin kereta itu berlubang,

    tetapi tidak pula bersepai. Agaknya inilah kelebihan kereta

    mewah kut. Lubang itu kecil tetapi cukup untuk tangan

    halusku ini melepasinya. Tanganku terasa perit. Tetapi aku

    tidak mempedulikannya. Dengan pantas aku membuka punatkunci pintu di hadapan.

    Puan? Puan kenapa? Sakit ke?

    Dia merenungku dengan amat payah sekali. Sinar

    matanya menjelaskan bahawa dia sedang terseksa.

    Puan? Puan dengar tak ni? Puan ada ubat?

    Dia masih merenungku dengan sayu. Wajahnya

    sudah pucat lesi. Ya Allah, selamatkanlah wanita ini. Aku

    tidak berfkir panjang lagi, lalu mencapai tas tangannya dan

    menyelongkar untuk mencari ubat. Tak ada! Aku selongkar

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    41/119

    Nozi Danisya

    41

    pula keretanya, tidak ada juga! Aku terpandang teleon bimbit

    miliknya. Aku capai dan sempat berfkir sejenak.

    Macam mana pula nak gunakan teleon ni? Aku

    langsung tak tahu. Seumur hidup aku tidak pernah ada

    teleon bimbit.

    Tiba-tiba menyelinap rasa sayu di sanubariku.

    Terasa diri begitu nai. Aku cuba untuk menghubungi

    ambulans. Terdengar suara di talian. Aku tersenyum senang,

    pandai juga aku ni.

    Aku berpaling semula ke arah wanita tadi. Kaku.

    Aku cemas. Segera aku memeriksa nadinya. Ya Allah, wanita

    ini sudah tidak bernyawa! Badanku menggigil. Apa yang

    harus aku lakukan? Pantas saja aku membuka tali pinggang

    keledar wanita itu dan mengheretnya keluar dari kereta.

    Berat juga! Sepenuh tenaga aku kumpulkan untukmembaringkan wanita ini di atas jalan raya. Aku harus cepat.

    Aku harus buat pertolongan cemas padanya.

    Aku menekan-nekan dadanya, tiada respons! Lantas

    aku mendongakkannya, terpaksalah aku buat pernaasan

    mulut ke mulut. Ya Allah, Kau bantulah aku! Kau mesti

    bantu aku! Berulang kali aku membuat proses yang sama.

    Menekan dadanya dan memberi bantuan pernaasan. Nasibbaiklah aku pernah belajar semasa di tingkatan tiga dahulu.

    Semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah.

    Aku masih tidak putus asa. Kenapalah waktu-waktu

    begini tidak ada sebuah kereta pun yang lalu? Tiba-tiba

    wanita itu terbatuk-batuk.

    Puan? Puan okey ke?Dia membuka matanya sedikit tetapi kemudian

    dipejamkannya semula. Aku kalut. Aku merasa nadinya. Fuh,

    lega! Dia masih hidup rupa-rupanya, tetapi agak lemah.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    42/119

    Akulah Cinderella

    42

    Aku berpaling apabila mendengar bunyi siren

    ambulans.

    AKU masih memegang teleon bimbit wanita itu dan kunci

    keretanya. Tiba-tiba teleon bimbit itu berbunyi sambil

    bergetar. Aku tersentak. Tertera sebuah nama di skrin teleon

    itu. Sarah?Helo.

    Helo... Aku menjawab lambat-lambat.

    Helo? Siapa ni? Mana Datin?

    Datin? Aku tolong seorang Datin rupa-rupanya.

    Saya, Syah. Datin pengsan.

    What? Pengsan? Di mana?

    Sekarang dia ada di hospital.

    Baik. Awak tunggu saya datang.

    Okey.

    Aku mengeluh panjang. Aku memerhati jururawat

    yang manis itu mencuci lukaku. Teruk juga luka di tanganku

    ini, habis calar-balar terkena serpihan kaca yang bergerigi

    tadi. Itu adalah akibat daripada balingan batu ke arah cermin

    tingkap kereta Mercedes wanita itu.

    Sebenarnya aku membayangkan seolah-olah aku ni

    sedang membaling bola baseball, walaupun aku tidak pernah

    bermain permainan itu. Aku tersenyum nipis.

    Setelah selesai, aku keluar semula menuju ke wadtempat wanita itu ditempatkan. Aku ingin melihat keadaan

    dia sebentar sebelum pulang. Pasti Alia risau. Sekarang pun

    sudah pukul empat petang.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    43/119

    Nozi Danisya

    43

    Excuse me!

    Aku berpaling melihat empunya suara. Siapa pulani?

    Awak, Syah?

    Aku tersenyum sambil mengangguk.

    Saya Sarah, pembantu peribadi Datin. Dia

    menghulurkan tangan tanda berjabat denganku. Cantik

    orangnya. Sungguh anggun dan elegan.Hai.

    Huluran salamnya aku sambut dengan hormat dan

    santun sekali.

    So, tell me what happened?

    Lalu aku menceritakan dari awal hingga ke akhir.

    Wajahnya kelihatan mendung. Susah hati barangkali.Terima kasih ya, Syah. Awak memang berhati

    mulia. Akak akan pastikan awak akan mendapat ganjaran

    daripada Datin.

    Eh, tak payah, tak payah! Saya ikhlas dan tak

    harapkan balasan. Kalau berlaku pada orang lain pun, saya

    akan lakukan hal yang sama juga.

    Sarah tersenyum manis. Memang cantik gadis ini.

    Jika aku ini lelaki pasti saja hatiku sudah cair.

    Ini barang-barang Datin. Beg dia masih dalam

    kereta.

    Tak apa, nanti akak suruh orang ambilkan.

    Aku hanya mengangguk.So, awak nak balik dengan apa? Nak akak

    hantarkan?

    Ya tak ya juga. Aku ke sini tadi pun menaiki

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    44/119

    Akulah Cinderella

    44

    ambulans. Macam mana aku nak balik? Bukannya aku ada

    duit nak naik teksi pun. Aku hanya tersengih memandang

    Sarah.

    Jomlah, lagipun akak boleh ambil kereta Datin tu

    sekali. Kita pergi dengan drebar Datin, ya.

    Aku hanya mengangguk saja. Apa nak buat, sudah

    tiada pilihan. Sarah menekan butang di teleon bimbitnya.

    Helo, Encik Shafq. Datin masuk hospital. Teruk

    juga, sampai kena buat CPR.

    Seketika kelihatan pembantu peribadi Datin itu,

    mengangguk-angguk kecil.

    Someone yang berhati mulia, Encik Shafq,

    ucapnya kemudian. Sarah memandangku sambil tersenyum.

    Ada sorang budak lelaki hantar dia tadi.

    Tak taulah... saya tak tengok lagi.

    Ada ni,hold on.

    Sarah menyerahkan teleon bimbitnya kepadaku.

    Aku yang dari tadi hanya mendengar perbualan gadis itu

    dengan majikannya barangkali, terpinga-pinga.

    Encik Shafq anak Datin, nak cakap dengan awak.

    Hah? Nak buat apa? Tak payahlah!

    Jangan begitu. Dia nak ucap terima kasih sebab

    dah selamatkan Datin.

    Aku mencapai teleon itu. Alahai, tak payahlah

    beria-ia sangat. Bukan aku buat apa pun.

    Hello.Hello. Im Shaq, Datins son. Thank you or saved

    my mothers lie.

    Its ok. No big deal.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    45/119

    Nozi Danisya

    45

    So, i you want the rewards just tell me, okay?

    Talian telah dimatikan. Begitu saja? Sombongnya!Lantaklah, bukan aku kenal pun. Aku menyerahkan semula

    teleon bimbit Sarah dengan senyuman kelat. Bagai dapat

    menebak, Sarah tertawa kecil.

    Encik Shafq tu memang macam tu. Sekali lihat

    memang lagaknya sedikit sombong, tapi hatinya baik. Betul

    akak tak tipu. Akak dah lama kenal dia. Itu sebab akak berani

    cakap begitu. Orangnya punhandsome juga.

    Aku tergelak kecil.

    So, akak tak terpikat ke?

    What? Akak? Tak mungkinlah kut. Akak dah

    bertunanglah.

    Aku mengangguk aham.

    So, shall we?

    Errr, saya nak jenguk Datin dulu boleh?

    O course dear, awakkan hero. Jomlah!

    Aku tergelak mendengar celoteh Sarah itu. Hero?

    Macam best aja bunyinya. Barulah maco rasanya.

    Kak Sarah, anak Datin tu tak datang tengok makdia ke?

    Malam nanti sampai. Dia ada kat Sarawak

    sekarang. Tengah uruskan cawangan di sana.So, fight paling

    awal pun pukul tujuh setengah malam ni.

    Aku mengangguk tanda aham. Sibuk sungguh

    dunia orang kaya. Bahagia agaknya mereka ini dengan duit

    yang senantiasa penuh di bank.

    Kami mengatur langkah menuju ke wad Datin.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    46/119

    Akulah Cinderella

    46

    HARI ini aku minta izin daripada

    bosku untuk pulang awal. Dia

    pun tidak kisah. Katanya, dia

    tidak masuk ke pejabat petang ini. Tujuanku ialah untuk

    ke hospital menziarahi Datin yang telah aku selamatkan

    semalam. Sebenarnya aku dipaksa berjanji untuk datang lagi

    oleh Sarah, sebab semalam Datin itu masih tidak sedarkan

    diri.

    Tengah hari tadi, Sarah menghubungi aku melalui

    teleon di pejabat. Itu pun aku terpaksa bagi juga, sebab gadisitu beria-ia sangat meminta nombor teleon untuk

    menghubungi aku. Manalah aku ada teleon bimbit.

    Kata Sarah, Datin sudah sedar. Dia teringin sekali

    berjumpa denganku. Jadi secara paksa rela aku

    menggagahkan diri jua untuk berjumpa dengannya.

    Aku menongkat basikalku di tempat parkir

    motorsikal. Penat juga mengayuh.

    Aku mengatur langkah menuju ke wad Datin.

    Perlahan-lahan pintu bilik kuketuk, lalu menjengahkan

    Bab

    6

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    47/119

    Nozi Danisya

    47

    kepala. Kelihatan Datin sudah boleh duduk dan di sisinya, Si

    Sarah yang tersenyum manis padaku.

    Assalamualaikum.

    Waalaikumussalam.

    Serentak mereka berdua menjawab.

    Aku melangkah ke arah mereka.

    Datin, inilah Syah. Syah, inilah Datin Zulaikha.

    Datin apa khabar? Dah okey ke?

    Alhamdulillah, dah beransur baik pun.

    Dia mengangguk sambil tersenyum.

    Jadi, memang betullah awak orangnya ya? Saya

    memang nampak awak semalam.

    Aku hanya tersenyum.

    Terima kasih, Syah... kerana selamatkan saya. Saya

    memang terhutang budi pada awak. Bukan saja budi, kira dah

    terhutang nyawa ni.

    Mereka berdua tertawa.

    Aku hanya tersenyum saja. Segan pula dipuji-puji

    begitu.

    Sama-sama Datin. Dah tanggungjawab saya, tak

    ada apa sangatlah.

    Mana boleh tak ada apa, Syah. Awak ni merendah

    diri sangat orangnya.

    Aku hanya tertunduk malu. Terasa sedikit

    canggung.

    So, Syah... mintalah apa saja kat Datin ni, dijamin

    mesti dapat punya.

    Sarah mula mengusikku.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    48/119

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    49/119

    Nozi Danisya

    49

    mangkuk ayun itu semula. Sukar untukku percaya. Ibunya,

    punyalah lembut dan santun, tetapi anaknya, macam orang

    tidak pergi sekolah! Agaknya, lelaki itu anak angkat kut.

    Apa tengok-tengok? Ada hutang?

    Memang kau ada hutang dengan aku pun.

    Aku bagai terlupa di mana aku berada kini. Lelaki

    kurang ajar sepertinya, mana boleh aku berdiam diri begitu

    saja.

    Hutang apa?

    Hutang penumbuk dan penampar.

    Air muka si mangkuk ayun ini berubah serta-

    merta. Mengetap bibir dan merenungku tajam.

    Kau buat apa kat sini? Kau tahu tak ini hospital?

    Darahku sudah mendidih. Memang dia sedangmenjentik emosiku nampaknya.

    Sudah! Sudah! Apa ni Fiq?

    Datin Zulaikha sudah bersuara keras. Geram

    dengan tingkah anaknya sendiri barangkali. Baran tidak kena

    pada tempatnya.

    Kamu berdua saling mengenali ya Syah?Tak kenal!

    Pantas saja si mangkuk ayun ini menjawab. Aku

    menjelingnya geram. Dia juga merenungku tajam.

    Kalau tak kenal, takkan boleh bertengkar begini.

    Di hospital pula tu.

    Datin Zulaikha merenung kami silih berganti.Syah,explain to me what happened between both

    o you.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    50/119

    Akulah Cinderella

    50

    Si mangkuk ayun masih merenungku tajam.

    Sekilas kulihat tangannya sudah mengepal penumbuk. Pantas

    saja terbayang peristiwa aku dibelasah teruk olehnya.

    Syah?

    Datin Zulaikha masih menagih jawapan. Aku

    menjeling si mangkuk ayun itu kemudian mataku beralih

    pula kepada Sarah. Gadis itu memberi isyarat supaya aku

    ceritakan apa yang berlaku di antara kami berdua. Aku

    menjadi serba-salah pula.

    Haruskah aku mengaibkan lelaki ini? Nanti teruk

    aku kena belasah lagi. Tapi, mengapa aku harus takut? Bukan

    salah aku pun, si mangkuk ayun ini yang memang kurang

    ajar.

    Tak ada apalah Datin.Small matter.

    Akhirnya aku putuskan untuk merahsiakannya.

    Betul ni?

    Aku mengangguk laju.

    Fiq, ini Syah. Dia yang selamatkan mami

    yesterday.

    Matanya membulat. Wajah yang tegang tadi sudah

    bertukar redup.

    Aku buat muka selamba.

    Kau... kau yang selamatkan mami semalam? Kau

    yang buat CPR pada mami?

    Aku hanya diam tidak bereaksi. Aku lihat Datin

    Zulaikha tersenyum senang. Si mangkuk ayun itu masih

    merenungku dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Yang pastinya tidak setajam tadi. Renungannya bertukar

    redup.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    51/119

    Nozi Danisya

    51

    Ya Encik Shafq. Dialah insan berhati mulia yang

    saya cakapkan dan dialah budak lelaki yang hantar Datin

    semalam, sampuk Sarah mengesahkan apa yang berlaku

    semalam.

    Budak lelaki?

    Simangkuk ayun itu tersenyum sinis.

    Datin Zulaikha dan Sarah saling berpandangan. Aku

    beralih pandang. Merenung tajam lelaki itu. Monyet betul!

    Aku dah simpan rahsia kau, tak akan kau nak bongkar identiti

    aku pulamangkuk?

    Dia ni perempuan mami, budak perempuan.

    Lantas, cekap saja tangannya membuka cap dah

    melepaskan sanggulku. Terurai lepas rambut lurusku yang

    separas pinggang.

    Datin Zulaikha dan Sarah melongo. Mata mereka

    tidak berkedip.

    Si mangkuk ayun tergelak besar. Puas hati

    barangkali dapat mengenakan aku. Mukaku jangan diceritalah,

    membahang laksana gunung berapi yang hendak meletup.

    Nasib baiklah ini hospital.

    Jadi, Syah... youre a girl? Sarah menyoal tidakpercaya.

    Aku tersenyum kelat.

    Cantiknya rambut, manis betul Syah ni ya, kenapa

    sembunyikannya?

    Datin Zulaikha seolah-olah tahu aku sedang

    menanggung malu. Dia menghadiahkan senyuman manisuntukku.

    Si mangkuk ayun itu berhenti ketawa apabila

    ibunya memujiku.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    52/119

    Akulah Cinderella

    52

    Kenapa tak cakap you perempuan Syah?

    Sarah ni macam tak berpuas hati aja? Aku pula,hanya mampu tersengih.

    Dah awak tak tanya?

    Jawapanku itu mengundang riuh tawa mereka. Si

    mangkuk ayun itu pun turut serta. Aku bukan buat lawak

    dengan kaulah bodoh. Sibuk aja!

    So, nama Syah yang sebenarnya apa? soal DatinZulaikha setelah tawanya reda.

    Dia saja pakai nama lelaki mami. Konon-konon

    macolah tu.

    Ada jugak yang nak kena makan penampar aku ini

    karang. Kau boleh diam takmangkuk? Kau Syah ke? Mak kau

    tanya akulah bengong!

    Nama saya Nur Aisyah binti Sulaiman Datin. Dari

    kecil memang orang panggil saya Syah.

    Si mangkuk ayun itu terdiam. Mukanya merona

    merah. Malu barangkali. Itulah suka sangat serkap jarang.

    Macam bagus aja!

    Oh, sedapnya nama. Syah tu short orm daripada

    Aisyahlah ya?

    Pandai pun kau Sarah. Tak macam lelaki poyo, si

    majikan kau itu. Aku hanya tersenyum nipis.

    Datin, errr... saya rasa, saya kena balik dulu, dah

    lewat ni. Sorry sebab semalam saya dah pecahkan cermin

    kereta Datin.

    Tak apa, Syah... cermin kereta boleh diganti.Nyawa yang penting. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak

    sebab selamatkanauntie ya. Kalau Syah tak pecahkan cermin

    tu mungkinauntie dah tak ada lagi.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    53/119

    Nozi Danisya

    53

    So, Syah conrm tak nak apa-apa ni?

    Aku hanya mengangguk bila Sarah ingin kepastian.Dia malulah tu. Tak apalah, Syah balik, fkir dulu...

    nanti claim kemudian ya.

    Beria-ia mereka ini ingin membalas budiku. Aku

    tersenyum lagi.

    Saya balik dulu. Jaga diri baik-baik ya, Datin. Kalau

    boleh jangan drive sorang-sorang lagi.Baiklah, sayang....

    Lembut alunan suara Datin Zulaikha membuat

    hatiku sayu. Tiba-tiba pula teringat pada arwah ibu. Ibuku

    pun selalu cakap begitu.

    Aku merampas cap kepunyaanku yang masih di

    tangan si mangkuk ayun itu, lalu melangkah keluar setelahbersalaman dengan mereka tanpa menoleh sedikit pun

    padanya. Aku menuruni tangga hospital dengan laju. Sudah

    lewat petang. Aku harus cepat. Lepas maghrib nanti nak ke

    restoran Mak Cik Senah pula. Sementara itu, tanganku

    menyanggul semula rambut yang terlepas tadi. Semuanya

    gara-gara simangkuk ayun itu.

    Syah!

    Langkahku terhenti saat terdengar namaku diseru.

    Aku berpaling sambil menyarung semula cap di kepala.

    Berkerut keningku melihat simangkuk ayun terkocoh-kocoh

    mengejarku.

    Aku berpaling semula dan terus menuruni tangga

    dengan laju. Malas untuk bertengkar dengan lelaki poyo itu.Buang masa aja.

    Tiba-tiba lenganku disentap.

    Syah, tunggulah kejap!

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    54/119

    Akulah Cinderella

    54

    Sentapan tenaganya membuat aku terdorong ke

    tepi hingga hampir hilang keseimbangan. Dengan pantas

    tangannya merangkul pinggangku supaya aku tidak jatuh.

    Mata kami bertaut. Aku dapat rasakan ada getaran halus

    menyelinap di hatiku saat ini. Cepat-cepat aku menolak

    dadanya.

    Kau ni kenapa? Nak ambil kesempatan ke?

    Hek eleh... aku dah selamatkan kau daripada jatuh

    tergolek, bukannya nak ucap terima kasih.

    Siapa yang buat aku terjatuh, hah? Bengong!

    Apa kau kata? Bengong? Siapa yang bengong?

    Kaulah yang bengong, pekak! Tarik-tarik aku

    kenapa?

    Dia diam dan merenungku tajam.

    Kau ni, mulut memang tak ada insurans ya?

    Karang bersepai gigi tupulak aku bagi.

    Kau ingat aku takut ke? Kalau berani buatlah

    lagi!

    Kau jangan cabar aku! Aku tak peduli kau siapa,

    tau?

    Tau, tau sangat! Kau memang kaki pukul. Suka

    pukul perempuan. Samseng!

    Dia tersentak lalu membuang pandang. Cuba

    mengatur naas nampaknya.

    Okey, okey, aku tak nak bergaduh dengan kau. Kita

    berdamai nak?

    Berdamai? Semudah itu? Senangnya dia fkir. Aku

    tak akan lupa apa yang sudah dia lakukan padaku.

    Jangan harap!

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    55/119

    Nozi Danisya

    55

    Aku menjeling dan ingin berlalu segera. Alamak,

    dah lambat! Dah lambat!

    Hei, tunggulah dulu! Aku belum habis lagi ni.

    Langkahku terhenti lagi dan berpaling merenungnya

    dengan tajam sekali.

    Kau nak apa lagi? Aku nak cepat ni tau tak?

    Sorry! Aku cuma nak minta maa pada kau pasal

    hari tu dan... Dia terdiam sambil merenung lembut ke wajahku. Aku hanya mengangkat kening sebagai isyarat

    bertanya.

    Dan... terima kasih sebab tak beritahu mami pasal

    tu. Dan, terima kasih juga sebab dah selamatkan mami aku.

    Sama-sama...

    Errr, kau maakan aku tak?Tak! Amboi! Keras kepala juga aku ni. Macam tak

    percaya pula.

    Kenapa?

    Suka hati akulah! Aku meninggalkannya dengan

    cepat. Buang masa aku betul! Tiba-tiba dia menghalang

    jalanku. Aku mengeluh panjang.

    Nak apa lagi? Kau tau tak aku nak cepat ni?

    Suaraku sudah mengendur. Sudah letih rasanya.

    One more thing. Errr.. as I said yesterday, i you

    want the reward just tell me.

    Dia tersenyum memandangku. Kenapa dengan dia

    ini? Kena sampuk ke? Boleh pula ya dia bercakap elok-elok

    dengan aku?

    Thanks, but no thanks. Aku terus meninggalkannya

    termangu-mangu di situ.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    56/119

    Akulah Cinderella

    56

    AKU mengeluh berat sambil

    tanganku meletakkan gagang

    teleon. Apa pula Si Sarah ini

    mahu? Katanya ada hal penting. Apa yang penting sangat?

    Aku rasa sudah tidak ada kena-mengena lagi dengan mereka.

    Nak bagi hadiah ke? Tapi tadi tak pula kata nak bagi

    hadiah. Suaranya pun macam nak cepat aja. Sebenarnya

    sudah dua tiga kali Sarah meneleonku di pejabat untuk ajak

    jumpa. Akhirnya aku terpaksa bersetuju untuk berjumpa

    dengannya malam ini, di restoran Mak Cik Senah.

    MALAM ini orang tidak ramai. Mungkin sebab bukan hujung

    minggu agaknya. Kalau hari biasa memang beginilah rezeki

    di restoran Mak Cik Senah ini. Orang yang datang pun boleh

    dikira. Aku menolong Mak Cik Senah memotong sayur danbawang. Berair hidung dan mataku dek kerana bawang yang

    comel-comel belaka itu.

    Syah, ada customer.

    Bab

    7

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    57/119

    Nozi Danisya

    57

    Jaja menepuk bahuku membuat aku tersentak.

    Leher aku panjangkan untuk menjengah keluar. Aku

    tersenyum apabila melihat Sarah dan... Datin? Tapi tadi Sarah

    tak cakap pun Datin Zulaikha ikut sekali. Aku memerhati

    mereka dan mencari-cari kelibat si mangkuk ayun. Dia pun

    ada sekali ke? Tapi, apa kena dengan aku ni? Sibuk-sibuk

    mencari lelaki itupulak.

    Pergilah cepat!

    Suara Jaja membuat bahuku terangkat.

    Kau ni, aku belum pekak tau? Tak payahlah nak

    pekik kat telinga aku.

    Habis tu siapa suruh kau berangan?

    Mana ada aku berangan. Tak baik tuduh anak

    yatim piatu macam aku tau.

    Aku buat-buat cemberut.

    Hmmm... tu ajalah modal kau. Aku takkan

    terpedayalah.

    Jaja mencebik, membuat aku tergelak halus. Mak

    Cik Senah dan Abang Man hanya tersenyum nipis. Aku

    melangkah keluar menghampiri meja Sarah dan Datin

    Zulaikha. Sarah melambai-lambai ke arahku. Aku jugamengangkat tangan sebagai tanda menyapanya.

    Lama tunggu? soal Sarah sebaik aku datang

    menghampirinya.

    Lama juga, sejak dari restoran ni dibuka lepas

    maghrib tadi. Datin pun ada?

    Sudah gaharu cendana pula. Saja aku bertanyasebagai mukadimah.

    Ya, sayang. Sebenarnya auntie yang suruh Sarah

    buatappointment dengan Syah ni.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    58/119

    Akulah Cinderella

    58

    Oh, ya ke? Patutlah asyik callaja ajak jumpa. Dapat

    arahan rupa-rupanya.

    Sarah dan Datin Zulaikha tergelak.

    Duduklah Syah, kita sembang-sembang.

    Boleh tapi sebelum tu kenaorderdulu.

    Aku mengeluar nota dan pen.

    Mereka terpinga.

    ErrrDatin, saya kerja di sini. Buat part time. So,nakorderapa?

    Oh, ya ke? Rajinnya Syah ni ya.

    Aku hanya tersenyum apabila dipuji begitu.

    Kembangpulak rasanya hidungku ini.

    Setelah mengambil pesanan, aku berlalu ke dalam.

    Meminta izin daripada Mak Cik Senah untuk berbual bersamadua insan itu, tidak mahu dituduh mencuri tulang. Aku

    menarik kerusi dan duduk di sebelah Sarah.

    Dah lama Syah kerja kat sini? soal Datin Zulaikha

    cuba mengorek kisah hidupku.

    Lama jugalah, dekat dua tahun.

    Umur Syah berapa ya?Tujuh belas tahun.

    Oh muda lagi, patutlah comel aja. Sekolah kat

    mana?

    Aku tertunduk. Kalaulah aku ini masih bersekolah,

    dengan bangganya aku akan menyebut tempatku menimba

    ilmu itu.Saya dah berhenti setahun lepas.

    Datin Zulaikha dan Sarah disapa riak terkejut.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    59/119

    Nozi Danisya

    59

    Sayangnya, kenapa?

    Keadaan memaksa Datin. Saya terpaksa bekerjamenyara adik-adik.

    Your parents?

    Mereka dah tak ada.Accident tahun lepas.

    Perlahan suaraku mengundang air jernih di bibir

    mata. Memang terhiris pedih setiap kali terpaksa membuka

    memori lama. Aku kuat menahan.Jadi, Syah ambil keputusan berhenti sekolah dan

    bekerja untuk menyara adik-adik?

    Aku hanya mengangguk.

    Adik-beradik ada berapa orang?

    Lima. Saya anak sulung.

    Oh, saudara-mara tak ada?

    Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Kalau

    ada pun aku tidak mahu menyusahkan mereka.

    Jadi, Syah memang tak ada penjaga yang sahlah?

    Kata-kata Sarah itu mengingatkan aku kepada tiga

    orang manusia dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu. Aku

    mengeluh berat.Itulah masalahnya...

    Mereka saling berpandangan.

    Ada suatu hari tu, orang-orang dari JKM datang.

    Nak bawa kami pergi. Mereka tak benarkan saya jaga adik-

    adik, sebab saya sendiri pun masih di bawah umur. Kecuali

    jika ada orang yang sudi menjadi penjaga kami yang sah.Entahlah... dah jem dah otak saya ni.

    Bila mereka datang nak ambilyou all?

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    60/119

    Akulah Cinderella

    60

    Mereka bagi tempoh seminggu. Nampaknya esok

    lusa expiredlah. Kebetulan tempoh yang diberi oleh tuan

    tanah pun hampir tamatjugak.

    Tuan tanah?

    Ya, Datin. Tuan tanah dah halau kami sebulan yang

    lalu.

    Kasihannya awak...

    Sarah menggosok-gosok belakangku. Aku tersenyumkelat. Berat mata memandang, berat lagi bahuku yang

    memikulnya, wahai Cik Sarah. Entah kenapalah dengan

    mudahnya aku bercerita kepada manusia yang masih asing

    kepadaku ini. Selalunya aku boleh selesaikan sendiri. Agaknya

    memang otakku sudah tepu dan beku sehingga terpaksa

    meluahkannya. Atau kerana mereka ini terlalu ramah, tanpa

    mengenal pangkat dan status masing-masing?Datin Zulaikha menghela naas yang panjang.

    Barangkali turut sama memikirkan masalahku ini. Maakan

    aku Datin, bukan niatku untuk mengheretmu sekali di dalam

    masalahku yang maha hebat ini.

    Aku bangun untuk mengambil pesanan yang

    mereka pesan sebentar tadi bila melihat isyarat dari Mak Cik

    Senah. Berhati-hati aku menghidangkan kepada mereka.

    Jemput minum. Oh ya, apa yang penting sangat

    Kak Sarah nak cakap sampai terpaksa buat appointment

    malam ni?

    Aku duduk semula dan memandang Sarah. Cuba

    untuk mengubah topik. Suasana terlalu serius aku rasakan.

    Bukan akak. Tapi Datin yang nak cakap sesuatu

    dengan awak.

    Mataku beralih pula kepada Datin Zulaikha. Dia

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    61/119

    Nozi Danisya

    61

    tersenyum kepadaku dengan pandangan yang amat redup.

    Pandangan kasih seorang ibu.

    Kebetulan pula ya, Syah... apa yang auntie nak

    cakap ni berkaitan denganproblem Syah.

    Aku berkerut kening. Tak ahamlah aku dengan

    bahasa tersirat Datin Zulaikha ni. Aku resah.

    Sebenarnya, auntie sangat-sangat bersyukur

    kerana diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup. Dan

    auntie terhutang budi sangat-sangat pada orang yang telah

    menyelamatkan nyawaauntie.

    Dia berhenti dan merenungku sayu. Tidak habis-

    habis ke pasal mahu membalas budi ni?

    Jadi, auntie teringin sangat nak balas budi Syah.

    Tapi kalau auntie suruh Syah minta apa-apa, memang Syah

    tak nak, kan? Dan kalau auntie belikan barang idaman Syahpun, tentu Syah tak mahu jugakan, sayang?

    Aku hanya tersenyum. Memang itulah siatku.

    Menolong orang tanpa mengharapkan balasan. Itu adalah

    pesanan yang dititip oleh kedua-dua orang tuaku.

    Jadi apa kata, Syah jadi anak angkatauntie?Auntie

    jadi ibu angkat kepada kamu adik-beradik, nak? Biarauntiesaja menjadi penjaga yang sah buat kamu berenam, boleh?

    Aku melongo. Terkebil-kebil mataku memandang

    Datin Zulaikha. Cuba untuk memproses kata-kata wanita itu.

    Wajahnya jelas mengharapkan persetujuan daripadaku.

    Aku beralih pandang pada Sarah. Ingin mendapat

    kepastian gadis itu pula. Dia tersenyum lebar sambil

    tangannya menggosok-gosok tanganku.

    Tapi...

    Tapi apa, Syah? Terima ajalah tawaran Datin ni.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    62/119

    Akulah Cinderella

    62

    Anggap saja Datin membalas budi Syah, ujar Sarah senang.

    Mudah saja bicara gadis ini. Mana boleh begitu. Ininamanya cuba mengambil kesempatan di atas budi yang aku

    taburkan. Ibu dan ayah tidak pernah ajarku begitu.

    Maa, saya tak boleh terima.

    Syah,please... give me a chance. Ini aja yang boleh

    auntie buat untuk Syah. Duit dan barang Syah tak nak, jadi

    auntie hanya boleh beri kasih sayang auntie sebagai ibu

    kepadayou allberenam. Lagipun rumahauntie sunyi. Shafq

    selalu tak lekat di rumah.

    Shafq? Simangkuk ayun itu? Oh tidak, tidak, aku

    tidak mahu menjadi adik angkatnya. Azab tubuhku nanti.

    Lagipun dia pasti tidak bersetuju langsung. Dia pasti akan

    menuduhku sengaja mengambil kesempatan daripada ibunya.

    Tak mahulah aku dituduh begitu. Aku ada harga diri. Akumasih ada maruah.

    Maa, Datin... saya memang tak boleh.

    But why Syah? You need somebody to protect you

    and your siblings. And Im the right person, am I? I will

    protect all o you. Just give me a chance to prove that. To

    give my love to you.

    Aku tunduk diam. Tidak tahu nak jawab apa. Aku

    perlukan masa untuk berfkir.

    I need more time, Datin.Ill think about it.

    Datin Zulaikha tersenyum dan mengangguk tanda

    setuju.

    Tapi masa dah tak banyak Syah, by tomorrow youmust give the answer, sampuk Sarah pula.

    Saya tau. Tapi ni semua terlalu mendadak. Lagipun

    kita baru aja kenal... tak sampai seminggu pun.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    63/119

    Nozi Danisya

    63

    Jadi awak meragui Datin?

    Bukan begitu, maa kalau Datin tersinggung. Yangsaya utamakan adalah adik-adik saya. Saya tak mahu Datin

    rasa terbeban. Masing-masing punya ragam yang tersendiri

    Datin, Kak Sarah.

    Aku merenung mereka silih berganti.

    Auntie aham, Syah tak nak berpisah dengan

    mereka bukan? Syah jangan bimbang, Syah takkan berpisah

    langsung dengan mereka. Auntie akan angkut semua duduk

    dengan auntie. Rumah auntie besar. Ada sepuluh bilik,

    sayang. Pilihlah bilik mana yang kamu suka. Biar meriah

    rumahauntie.

    Sepuluh bilik? Mak aii, kayanya! Rumahku hanya

    ada satu bilik saja. Itu pun hanya layak dipanggil stor.

    Nantilah saya bincang dengan adik-adik.

    Ha, macam tulah. Tak payah nak pening-pening

    kepala. Fikir masa depan adik-adik awak, Syah. Mereka

    perlukan makanan berkhasiat dan tempat yang selesa untuk

    membesar dan belajar.

    Kalau pasal menyokong, bagilah pada Si Sarah ni.

    And one more thing, Syah you must urtherstudy. Ambil SPM. Its very important, you know that,

    right?

    Aku tersentak. Ambil SPM? Inilah yang aku tunggu-

    tunggu selama ini. Peluang yang baik sekali!

    Tapi, dah terlambat kut, Datin. Sekarang pun dah

    bulan empat, exam bulan sepuluh. Ada enam bulan lagi nakcatch up, saya rasa tak boleh kut.

    O course you can, sweety. Ill send you to private

    school. Yang penting usaha Syah yang tak putus. Okey?

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    64/119

    Akulah Cinderella

    64

    Hendak seribu daya Syah.... Tambah Sarah lagi.

    Sarah senyum meleret. Aku juga membalasnya.Hatiku berlagu riang. Impian untuk belajar kembali akan

    tercapai jika aku menerima tawaran Datin Zulaikha. Tetapi

    dalam masa yang sama, gusar pula dengan reaksi lelaki poyo

    itu nanti. Apalah yang akan difkirkannya? Jika setakat aku

    seorang okey lagi rasanya, ini siap angkut adik-adikku sekali.

    Memang keterlaluan!

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    65/119

    Nozi Danisya

    65

    M

    ACAMMANA? Setuju?

    Aku memandang

    Alia dan Aida.

    Aida ikut aja, mana yang Kak Syah fkir baik, baik

    jugalah bagi Aida.

    Alia?

    Lia rasa, macam tak berapa eloklah Kak Syah. Tak

    menyusahkan Datin tu ke?

    Kita ada pilihan tak?Kalau kita minta Mak Cik Senah jadi penjaga yang

    sah macam mana?

    Alia masih berkira-kira mencari alasan.

    Itu akan menyusahkan Mak Cik Senah. Dia sendiri

    pun janda. Nanti langsung takkan ada orang nak kat dia

    kerana kita.Mereka berdua tergelak.

    Okey, mari kita senaraikan buruk dan baiknya, nak

    tak?

    Bab

    8

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    66/119

    Akulah Cinderella

    66

    Aida mengambil sehelai kertas dan sebatang pen.

    Okey, Kak Syah senaraikan kebaikan, Kak Liasenaraikan keburukan. Aida tukang tulis.

    Aku dan Alia saling berpandangan dan tersenyum

    melihat gelagat Aida.

    Okey, keburukan yang pertama. Dia orang kaya,

    kita ni miskin. Datin tu akan mendapat malu jika membela

    kita yang sangat dai dan nai ni.

    Ya, ada benar juga kata-kata Alia itu. Pasti reputasi

    Datin Zulaikha terjejas kerana kami.

    Okey, kebaikannya pulak, kita akan mendapat

    tempat tinggal yang selesa, makanan berkhasiat, persekitaran

    yang bersih. Sihat untuk badan dan otak. Baru senang nak

    belajar.

    Aku mencedok idea daripada kata-kata Sarah

    semalam.

    Okey, seri satu sama! Aida tersenyum.

    Keburukan yang kedua, kita tak kenal sangat siapa

    dia. Kalau barang berharga dia hilang ke, lepas tu dia marah

    kita atau dia pukul kita macam mana? Pada siapa kita nak

    mengadu?

    Betul juga kata Alia itu. Tapi aku tidak akan

    membenarkan ia berlaku. Selagi aku hidup, tiada siapa pun

    boleh menjentik adik-adik aku. Nak dera, deralah diriku

    sorang saja.

    Okey, lagi satu kebaikan, kita dapat merasai kasih

    sayang seorang ibu. Percayalah cakap Kak Syah, setakat inidia memang baik dan lembut, macam ibu.

    Mereka berdua merenungku. Aku hanya tersenyum

    hambar. Aku tahu mereka amat merindui belaian ibu.

  • 8/3/2019 Akulah Cinder Ella PDF

    67/119

    Nozi Danisya

    67

    Terutama sekali Alia. Dialah anak yang paling rapat sekali

    dengan ibu.

    Kak Syah,sure? Conrm ni?

    Alia inginkan kepastian. Sinar matanya ceria.

    Betullah memang dia sangat merindui ibu.

    Aku hanya mengangguk.

    Okey dua sama.

    Keburukan yang ketiga ialah, macam mana kalaudia dah tak sayang kita? Dia halau kita? Mana kita nak pergi?

    Nak balik sini, rumah dah tak ada.

    Sekali lagi aku menelan kata-kata Alia itu.

    Bagaimana kalau ia benar-benar berlaku? Mereka merenungku

    semula.

    Kak Syah janji itu tak akan berlaku. Kalau betul-betul berlaku pun, kita pergi mengadu kat JKM. Pasti dia

    kena punyalah!

    Jaminan itu sekadar menutup gelisah di hatiku

    sebenarnya. Alia dan Aida tersengih.

    Betul ni, Kak Syah?

    Alia sekali lagi inginkan kepastian. Aku mengangguk

    perlahan.

    Kebaikan lagi satu, kita ada bilik sendiri. Bukan ke

    itu yang k