916 v 513 – Negara Mana Yang Kita Ingin Raikan_ - The Malaysian Insider

download 916 v 513 – Negara Mana Yang Kita Ingin Raikan_ - The Malaysian Insider

of 5

Transcript of 916 v 513 – Negara Mana Yang Kita Ingin Raikan_ - The Malaysian Insider

  • 7/23/2019 916 v 513 Negara Mana Yang Kita Ingin Raikan_ - The Malaysian Insider

    1/5

    9/20/2015 916 v 513 N egar a m ana yang kita ingin r aikan? - T he M alaysian Insider

    http://www.themalaysianinsider.com/opinion/wong-chin-huat/article/916-v-513-negara-mana-yang-kita-ingin-raikan 1/5

    OPINION

    916 v 513 Negara mana yang kita ingin raikan?

    BY WONG CHIN HUAT

    Wong Chin Huat earned his PhD from University of Essex with a thesis on electoral system and party system in the peninsula. A

    fellow at the Penang Institute, he and his colleagues try to answer "the 1946 question" of nation-building and multiculturalism:

    can we be different and equal?

    ublished: 13 September 2015

    Himpunan Maruah Melayu (HMM)

    pada Hari Malaysia mengingatkan

    kita Malaysia masih belum diterima

    oleh semua rakyat sebagai negara

    kita.

    Kita bukan nak halau orang yang tumpang

    rumah kitaKita hanya nak ajar penumpang

    supaya kenal tuan rumah. Jom sertai

    Himpunan Melayu Bersatu 16 September

    2016. Begitu tersuratnya sebuah poster

    popular untuk perhimpunan baju merah itu.

    Jelas sekali bagi pencipta poster itu, negaraini milik orang Melayu dan semua rakyat

    bukan Melayu adalah penumpang di negara

    ini.

    Masa seolah-olah Uberpusing kembali

    kepada 1946 apabila Umno ditubuhkan

    untuk memperjuangkan Tanah Melayu yang

    semua rakyatnya orang Melayu, dan semuaorang bukan Melayu itu orang asing.

    https://googleads.g.doubleclick.net/aclk?sa=L&ai=BTQCZFJz-VefEBMqKogOs967oBozZjrQHAAAAEAEg4IKlFzgAWNTgx6qPAmDLm4KFwBeyARt3d3cudGhlbWFsYXlzaWFuaW5zaWRlci5jb226AQlnZnBfaW1hZ2XIAQLaASNodHRwOi8vd3d3LnRoZW1hbGF5c2lhbmluc2lkZXIuY29tL6kCMC5JJn3gjz7AAgLgAgDqAhQvMjMxNjA3Ni9yZWNfYXJ0aWNsZfgC9dEekAOwCZgDsAmoAwHIA5kE0ASQTuAEAZAGAaAGFNgHAQ&num=0&cid=5Gja24kca_KKXg7svYv1dZGQ&sig=AOD64_0YBw4oootFWhj3O_ti9uBo1jUTTA&client=ca-pub-1018866502670965&adurl=http://media.canon-asia.com/local/my/live/highlight/data/personal/assets/pdf/CANON-EOS-700D-CASHBACK-PROMOTION.pdfhttps://googleads.g.doubleclick.net/aclk?sa=L&ai=BTQCZFJz-VefEBMqKogOs967oBozZjrQHAAAAEAEg4IKlFzgAWNTgx6qPAmDLm4KFwBeyARt3d3cudGhlbWFsYXlzaWFuaW5zaWRlci5jb226AQlnZnBfaW1hZ2XIAQLaASNodHRwOi8vd3d3LnRoZW1hbGF5c2lhbmluc2lkZXIuY29tL6kCMC5JJn3gjz7AAgLgAgDqAhQvMjMxNjA3Ni9yZWNfYXJ0aWNsZfgC9dEekAOwCZgDsAmoAwHIA5kE0ASQTuAEAZAGAaAGFNgHAQ&num=0&cid=5Gja24kca_KKXg7svYv1dZGQ&sig=AOD64_0YBw4oootFWhj3O_ti9uBo1jUTTA&client=ca-pub-1018866502670965&adurl=http://media.canon-asia.com/local/my/live/highlight/data/personal/assets/pdf/CANON-EOS-700D-CASHBACK-PROMOTION.pdfhttps://googleads.g.doubleclick.net/aclk?sa=L&ai=BTQCZFJz-VefEBMqKogOs967oBozZjrQHAAAAEAEg4IKlFzgAWNTgx6qPAmDLm4KFwBeyARt3d3cudGhlbWFsYXlzaWFuaW5zaWRlci5jb226AQlnZnBfaW1hZ2XIAQLaASNodHRwOi8vd3d3LnRoZW1hbGF5c2lhbmluc2lkZXIuY29tL6kCMC5JJn3gjz7AAgLgAgDqAhQvMjMxNjA3Ni9yZWNfYXJ0aWNsZfgC9dEekAOwCZgDsAmoAwHIA5kE0ASQTuAEAZAGAaAGFNgHAQ&num=0&cid=5Gja24kca_KKXg7svYv1dZGQ&sig=AOD64_0YBw4oootFWhj3O_ti9uBo1jUTTA&client=ca-pub-1018866502670965&adurl=http://media.canon-asia.com/local/my/live/highlight/data/personal/assets/pdf/CANON-EOS-700D-CASHBACK-PROMOTION.pdf
  • 7/23/2019 916 v 513 Negara Mana Yang Kita Ingin Raikan_ - The Malaysian Insider

    2/5

    9/20/2015 916 v 513 N egar a m ana yang kita ingin r aikan? - T he M alaysian Insider

    http://www.themalaysianinsider.com/opinion/wong-chin-huat/article/916-v-513-negara-mana-yang-kita-ingin-raikan 2/5

    Penghinaan kepada Sabah dan

    Sarawak

    Pesanan poster ini bukan sahaja

    meminggirkan semua warga rakyat bukan

    Melayu di Semenanjung Malaysia, malah

    langsung sekali menghina Sabah (termasuk

    Labuan) dan Sarawak.

    Kedua-dua negeri ini tidak pernah

    diperintah oleh kuasa Semenanjung

    sekalipun pada zaman kemuncak Kesultanan

    Melaka.

    Kini, di bawah kaca mata kumpulan baju

    merah ini, Sabah dan Sarawak menjadi

    lanjutan Tanah Melayu, dan bukan wilayah

    yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Semenanjung Malaysia.

    Orang Sabah dan Sarawak, tak kira Muslim dan bukan Muslim, selagi mereka tidak memelayukan

    diri mereka, maka merekalah penumpang di negara ini.

    Kalaulah dahulu orang Sabah dan Sarawak merunggut orang Semenanjung lupakan Hari Malaysia,

    maka kumpulan baju merah kini menunjukkan Hari Malaysia tidak dilupakan oleh mereka, tetapi

    mempunyai makna yang bertentangan sekali: Malaysia adalah sebuah negara yang orang Melayu

    menjadi tuan dan semua yang lain menjadi penumpang.

    ni nampaknya menjadi terus-terang pendirian parti pemerintah terbesar, Umno yang mencipta

    naratif ketuanan Melayu sejak 1986 dan kini membenarkan ahlinya menyertai himpunan ini.

    Tepatlah sekali, gabungan NGO-NGO Malaysia yang menjadi penggerak utama HMM diketuai oleh

    Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.

    Bagaimana ahli-ahli politik BN daripada Sabah dan Sarawak boleh terus menyokong Umno yang

    melihat Malaysia sebagai Tanah Melayu dan pada masa yang sama beria-ia nak mengangkat

    semangat Perjanjian Malaysia 1963?

    Tidakkah mereka yang senyap tentang HMM itu rasa segan dengan kemunafikan diri mereka?

    ncaman merusuh dan kejayaan Bersih 4

  • 7/23/2019 916 v 513 Negara Mana Yang Kita Ingin Raikan_ - The Malaysian Insider

    3/5

    9/20/2015 916 v 513 N egar a m ana yang kita ingin r aikan? - T he M alaysian Insider

    http://www.themalaysianinsider.com/opinion/wong-chin-huat/article/916-v-513-negara-mana-yang-kita-ingin-raikan 3/5

    Gambar Kimberley William melalui rojakpot.com.

    Apa yang menarik perhatian saya ialah kaitan himpunan ini dengan maruah Melayu yang kononnya

    ercabar oleh Bersih 4.

    HMM ini dirancang sebagai jawapan kepada perhimpunan aman raksasa Bersih 4 untuk 34 jam

    sebelum Hari Merdeka (Semenanjung dan Sabah).

    Persembahan silat yang cukup berbau ugutan diadakan di depan Sogo untuk menakutkan

    penganjur dan peserta Bersih.

    Pada masa itu pun muncul sebuah poster

    yang menunjukkan seorang Melayu dalam

    pakaian tradisional membunuh seorang Cina

    yang berkemeja kuning Bersih secara IS,

    dengan pesanan yang jelas: Cina TurunBersih,

    Sedialah Bermandi Darah.

    Jelas sekali, HMM yang pada asalnya

    dijadualkan serentak dengan Bersih 4 tetapi

    kemudian ditangguhkan atas nasihat polis

    mengancam pengulangan rusuhan kaum

    erhadap Cina ala Mei 13.

    Daripada segi itu, besar makna kejayaan

    Bersih 4 dalam menghikmatkan hantu Mei

    13.

    Rusuhan 1969 selalu disalahkan pada orang

    Cina dalam parti pembangkang (dan DAP

    yang sentiasa dijadikan sasaran, jarang

    disebut Gerakan) yang berarak meraikan

    kemenangan mereka.

    Sejak itu, orang Cina dan demonstrasi

    menjadi kombinasi yang salah. Kalau orang Cina ingin berdemonstrasi dengan selamat, maka

    mereka harus pastikan penyertaan lebih ramai orang Melayu.

  • 7/23/2019 916 v 513 Negara Mana Yang Kita Ingin Raikan_ - The Malaysian Insider

    4/5

    9/20/2015 916 v 513 N egar a m ana yang kita ingin r aikan? - T he M alaysian Insider

    http://www.themalaysianinsider.com/opinion/wong-chin-huat/article/916-v-513-negara-mana-yang-kita-ingin-raikan 4/5

    roniknya, Bersih 4 yang dengan jelasnya menarik lebih banyak orang Cina daripada orang Melayu

    menunjukkan hakikat yang songsang: Perhimpunan raksasa itu tetap boleh aman, selamat dan

    patriotik sekalipun komposisi pesertanya tidak mencerminkan komposisi rakyat Malaysia.

    Kehangatan HMM yang naik semula selepas Bersih 4 boleh dilihat sebagai strategi pihak tertentu

    untuk menyambungkan riwayat hantu Mei 13.

    Hari ulang tahun 916 seolah-olah diambilalih menjadi hari ulang tahun 513.

    Maksud tersirat Bersih mencabar kuasa politik Melayu

    Jamal menfitnah Bersih 4 sebagai plot orang Cina DAP untuk mencabar kuasa politik Melayu dan

    dengan berarak di Jalan Bukit Bintang, HMM akan memberi pengajaran kepada orang Cina DAP

    yang kurang ajar supaya menghormati bangsa Melayu.

    Persoalannya, bagaimana 5 tuntutan Bersih iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, hak

    membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen, selamatkan ekonomi itu mencabar kuasa

    politik Melayu?

    Apakah ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu mencadangkan kuasa politik Melayu cuma boleh

    dibela dengan pilihan raya kotor, kerajaan kotor, penekanan hak membantah, jejaskan

    demokrasi berparlimen dan biarkan ekonomi tenggelam?

    Kalau kita baca fitnah ini bersama dengan pesanan poster tentang tuan rumah dan penumpang,

    maka maknanya dan kemarahan ultra-nasionalis Melayu terhadap Bersih menjadi lebih jelas.

    Apa yang mereka maksudkan ialah orang Cina khasnya dan orang bukan Melayu amnya tidak harus

    berlagak sebagai warga di negara sendiri.

    Bagi mereka, kerana negara ini Tanah Melayu, maka cuma orang Melayu yang boleh menegur

    pemerintah Melayu dan menuntut perdana menteri Melayu yang korup untuk berundur.

    Bagi orang bukan Melayu termasuklah orang Sabah dan Sarawak untuk menuntut akauntabiliti

    pemerintah dan reformasi institusi, itu kurang ajar kerana mereka sekadar penumpang negara.

    916 atau 513? Malaysia atau Tanah Melayu?

    Sudah tentu, dan Alhamdulillah, Jamal tidak mewakili kebanyakan orang Melayu hari ini.

    Kalau orang Melayu memang rasa maruah mereka tercabar, tidak perlulah RM300 dibayar untuk

    mendapatkan peserta ini cerita daripada rakan saya yang kaum-kerabatnya kuat penyokong

    Umno.

  • 7/23/2019 916 v 513 Negara Mana Yang Kita Ingin Raikan_ - The Malaysian Insider

    5/5

    9/20/2015 916 v 513 N egar a m ana yang kita ingin r aikan? - T he M alaysian Insider

    http://www.themalaysianinsider.com/opinion/wong-chin-huat/article/916-v-513-negara-mana-yang-kita-ingin-raikan 5/5

    https://plus.google.com/116149365819672226451)

    Banyak badan-badan dan individu-individu Melayu tampil ke depan untuk menolak HMM.

    Malah, Otai Reformasi dan Pro-Rakyat mengumumkan rancangan untuk menghantar 2500

    sukarelawan untuk menjaga keselamatan orang Cina di sekitar Jalan Bukit Bintang.

    Muafakat pula akan menganjurkan solat hajat serentak dengan HMM. Pengerusinya, Ishak Surinmenegaskan kumpulan baju merah itu tidak mewakili orang Melayu yang cintakan keamanan dan

    mahu melihat Malaysia selamat daripada sebarang malapetaka.

    Mungkin kerana tekanan masyarakat, HMM yang asalnya seolah-olah ingin memaksakan hartal ke

    atas peniaga-peniaga di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling kini bercadang ingin pindah tempat

    perhimpunan ke Padang Merbok yang lebih jauh daripada zon perniagaan.

    Sudah tentu Najib faham akibat jika mancis api yang dimainkan oleh HMM itu merebak membakar

    padang.

    Kalau berlaku Mei 13 lain, dialah yang jadi Tunku, siapa lagi? Siapa pula yang jadi Razak?

    Namun, saya kira, ada hikmahnya kalau episod HMM ini dapat mengundang kita untuk merenung

    soalan besar ini: Negara mana yang kita ingin raikan?

    Malaysia yang dilahirkan pada 916 (tahun 1963) dan sebuah iktizam untuk membawa kebebasan,

    kemakmuran dan solidariti untuk semua anak watan?

    Ataupun Tanah Melayu yang bagi sesetengah pihak diangkat semula pada 513 (tahun 1969) dan

    menjanjikan ketuanan Melayu termasuklah kuasa dan perlindungan untuk pemimpin Melayu,

    sekalipun mereka rakus, zalim dan mungkar? 13 September, 2015.

    * Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian

    Insider.

    https://plus.google.com/116149365819672226451