8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

21
KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________ 1.0 PENGENALAN Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa 1.1 Definisi dan Konsep keguruan Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. . Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri. Di sini maksud Etika membawa maksud : 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________ 1

Transcript of 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

Page 1: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa

1.1 Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa

jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,

masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling

utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu

dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi

semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan

martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke

tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan

Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang

memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam

bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.

‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya)

sebagai guru.

. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa

profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat

dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan

negara bangsa itu sendiri.

Di sini maksud Etika membawa maksud :

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan

(Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)

2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

1

Page 2: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion

terhadap masyarakat.

4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul

berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

1.2 Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,

produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan

memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan

peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta

tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional

1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal

yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan

lain-lain.

2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang

bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

1.3 Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap

masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion

perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku

dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk

dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab

guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih

faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

2

Page 3: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua

amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini

menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. –

Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini

ataupun di negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod

ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat

menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan

dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion

perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat

untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan

menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah

organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara

kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk

tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli

dalam organisasi (INTAN, 1991).

Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib

memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam

membangunkan negara bangsa.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

3

Page 4: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

1.4 Konsep Negara bangsa

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang

berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina

Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat

patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era

globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas

bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai,

budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks

Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung

masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera,

berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati

kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan

keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia

dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Menurut kamus dewan edisi ketiga pembinaan bermaksud

pembangunan, negara bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki

kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan bangsa pula

bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Oleh

itu, pembinaan negara bangsa bermaksud pembangunan sesuatu

masyarakat dalam sesebuah negara. Negara berbilang kaum dan agama

pula bermaksud sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang

terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan. Manakala

perkongsian nilai memberi maksud hidup bersama-sama dalam suatu sifat

ketinggian pemikiran kemasyarakatan. Semangat patriotisme pula

merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.

Keseluruhannya, frasa tersebut bermaksud pembangunan sesebuah

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

4

Page 5: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa, hidup

bersama-sama dalam suatu ketinggian sifat serta perasaan cinta yang

kuat terhadap tanah air bagi memajukan negara Malaysia yang tercinta.

Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa.

Dalam usaha itu, kementerian berhasrat untuk membangunkan

warganegara daripada awal persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan

cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan

kesenian bangsa.

Glokal di sini adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan

lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau

seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.

Masyarakat Glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah Masyarakat

yang berakar nasional dan berakal internasional.

Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha menyemai

dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air.

Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen amat penting dalam

kejayaan negara. Fokus kementerian dalam membina negara bangsa

mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan

sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan

perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap

seni, warisan dan budaya bangsa.

Akhir sekali ialah memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan

Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan. Ternyata

semua tanggungjawab bagi mencapai kejayaan objektif PIPP yang

pertama ini tergalas di bahu seorang guru. Tentunya guru-guru perlu

mempunyai semangat yang luar biasa di samping mempunyai ciri-ciri

dalaman keperibadian yang unggul sebelum mendidik keperibadian anak

murid bagi pembinaan negara bangsa.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

5

Page 6: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun kedua ke arah mencapai

wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi

sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu ingin mencapai

kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan

kebudayaan. Malaysia juga berhasrat menjadi sebuah negara yang

masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,

berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati

kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian

ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai

ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.

Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Malaysia yang keempat (1991), berhasrat menjelang tahun 2020,

Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan

masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-

nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah

masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan

saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya

menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta

mempunyai daya ketahanan.

Justeru, dalam usaha untuk mencapai wawasan membina negara bangsa

semua pihak harus bersatu padu dan bekerjasama. Pendidikan

memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar dengan ciri-

ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

6

Page 7: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

2.0 Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan

etika agama dan nilai.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang

besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah

menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan

guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak

pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali

merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru

semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita

sedia maklum.

FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan

2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi

Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan

atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi

perkara yang ‘ first and foremost’ dalam diri seorang individu yang

bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat

meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini

menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi.

Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik,

teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia

kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina

kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek

yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian

dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan

menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.

Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru

menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan

insan.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

7

Page 8: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

2.1 Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai

Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan

dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang

bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin

sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila

memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita

memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina

keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang

terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Terlalu

banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam

ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya

membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan

pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak

pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam

kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang

dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan

agama dan wahyu.

Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk

dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak

mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan

nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika

guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar

sebagai insan, maka tugas itu akan menjadi mudah dan

memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas

hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.

2.2 Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku

Antara matlamat pendidikan ialah untuk mendidik pelajar supaya memilih

dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita

berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

8

Page 9: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat.

Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal

membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga

mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan,

tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan

hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.

Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan

pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii

pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan

membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali

lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru

merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam

menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Pemantapan akidah teras perubahan dan kemajuan

Fitrah atau tabii manusia sentiasa inginkan perubahan ke arah yang lebih

baik. Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk meningkatkan penguasaan

ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan sikap yang baik dan positif.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kita terlalu bersifat akademik,

mekanistik dan materialistik sehingga kadang kala melahirkan pelajar

yang begitu jauh daripada pencipta. Lama kelamaan akan tiba keadaan

kepercayaan kepada Tuhan semakin luntur. Dengan perkataan lain

akidah hendaklah selari dengan peningkatan pendidikan.

Sebenarnya kita memerlukan pendidikan bersepadu iaitu di

samping peningkatan dalam kecemerlangan pendidikan,pemantapan

akidah perlu berlaku pada masa yang sama. Hasrat ini hanya dapat

dilaksanakan menerusi peranan hakiki guru. Maksudnya etika keguruan

( tugas hakiki guru ) menuntut guru memantapkan akidah pelajar selari

dengan peningkatan pencapaian kecemerlangan akademik.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

9

Page 10: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

2.4 Pembangunan insan asas kualiti hidup

Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia

dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan

diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status

yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini

tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan

dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera

dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian

kualiti hidup yang lebih lengkap.

Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud

kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang

sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah

SWT.

Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup

menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat

menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan

berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yang akan

digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan

terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara

harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah

yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang

mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan

pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah

atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

10

Page 11: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

3.0 Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan

negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional.

Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan

seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) dengan baik tetapi juga pada

kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan

peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi

guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah

melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa

depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa

dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja

manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan

berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana

Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha

membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta

memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat

antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ).

Seorang ahli akademik , Monique Jerome Forget, pernah menulis

dalam artikelnya Investing in Human Capital ( Policy Options ) mengenai

peri pentingnya modal insan sebagai elemen teras pembangunan negara

kerana kegagalan menjana modal insan boleh merencatkan banyak lagi

potensi pertumbuhan yang mampu dicapai sesebuah negara. Dengan

perkataan lain, hidup mati sesebuah negara sememangnya bergantung

kepada modal insannya. Sejauh mana kejayaan kita membina generasi

yang berminda kritis, berjiwa penyelidikan dan pembangunan, berani

mencuba sesuatu yang baru, kreatif dan inovatif serta memiliki kualiti

peribadi yang unggul menjadi faktor penentu sama ada negara mampu

bersaing dengan negara lain atau tidak. Tanpa modal insan yang mantap

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

11

Page 12: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

lagi padu, bukan saja bangsa menjadi mundur, malah sesebuah tamadun

mungkin mengalami kemerosotan daya saing yang total.

Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti

disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh

dan holistik . Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam

bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada

negara dalam jangka panjang.

Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana

utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam

hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam

usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang,

gemilang dan terbilang.

Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited

dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka

perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan

bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang

berkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin

sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep

pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada

semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi

perhatian.

Dalam kata lain, seorang guru itu haruslah memiliki nilai dan etika

keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yang

teguh dalam proses pembinaan negara bangsa . Memandangkan bidang

pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan

harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf

dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri

pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara

bangsa yang cemerlang. Seorang guru juga haruslah mempunyai

ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

12

Page 13: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif,

menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada

amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat (Abd.

Rahim, 2005). Kesemua ciri ini amat penting bagi melayakkan seseorang

menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan bagi

menjayakan proses pembinaan negara bangsa.

3.1 Ciri-ciri kualiti diri seorang guru dalam proses pembinaan

negara bangsa

personal merujuk kepada kualiti diri seperti sahsiah, tingkah laku,

kekemasan, keceriaan, ketrampilan diri, kematangan, kewibawaan guru

dan sebagainya. Guru-guru mestilah sentiasa berpakaian kemas, sopan,

berwajah manis, ceria, mesra, berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah

laku yang baik bukan sahaja di sekolah bahkan di mana sahaja mereka

berada. Mahu atau tidak, guru sentiasa menjadi tatapan dan perhatian

umum dari hujung kaki hingga ke hujung rambutnya. Apa saja yang

dipakai, diperkatakan, dilakukan atau ke mana saja guru pergi, mereka

tetap akan menjadi perhatian masyarakat. Guru juga menjadi role model

kepada murid-murid. Konsep kepimpinan melalui teladan sering dikaitkan

dengan profesion perguruan. Ini bermakna guru-guru perlu menunjukkan

teladan yang baik dan boleh dicontohi serta bebas daripada sifat-sifat

yang tidak baik. Ciri-ciri personal yang ditunjukkan oleh para guru akan

menjadi ikutan yang baik kepada pelajar dan dipandang tinggi oleh

masyarakat.

Selain itu, para guru juga mestilah mempunyai ciri-ciri interpersonal yang

baik. Ciri-ciri interpersonal merujuk kepada kemahiran berhubung,

berkomunikasi, menangani masalah, menyesuaikan diri dan sebagainya.

Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala sehingga pelajar berasa

bosan terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh mementingkan diri

sendiri sehingga tidak mengambil peduli sama ada pengajarannya dapat

diterima atau tidak oleh pelajar dan mengambil sikap endah tidak endah

terhadap tahap kefahaman dan penerimaan mereka. Seorang guru yang

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

13

Page 14: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

baik akan cuba mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajarnya,

sama ada meminta pendapat atau bertanyakan soalan yang berkaitan.

Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Jika ada

yang berangan atau mengantuk, guru perlulah mengajukan soalan atau

meminta pandangan daripada pelajar tersebut. Guru perlu memanggil

nama pelajar dengan baik,mengucapkan terima kasih di atas jawapan dan

pendapat yang diberi. Bukan itu sahaja, para guru juga perlu

menunjukkan sifat prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak

sesekali mengherdik atau menghina pelajar yang dianggap nakal di

hadapan kawan-kawan mereka. Seorang guru memang perlu bersikap

tegas untuk mengawal murid-muridnya, namun janganlah memarahi

pelajar dengan kata-kata kesat atau membebel sehingga berjam-jam

lamanya. Perlu diingat bahawa tenaga yang dikeluarkan daripada kata-

kata yang kesat hanya akan memberikan impak yang lebih negative

berbanding positif, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi (Nur

Faizah,2006).

Ciri yang seterusnya ialah ciri profesional.

Ciri profesionalisme keguruan merangkumi kemahiran mengajar,

kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan

yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlu menunjukkan

kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang

guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah

mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang

rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru

bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap

pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini memerlukan kesabaran,

pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke semasa dan guru

juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi sentiasa

belajar dari kesilapan (Nur Faizah,2006).

Selain itu, guru-guru juga mestilah memiliki ciri intelektual di mana ciri ini

dapat menunjukkan kebolehan akademik, minat terhadap hal-hal

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

14

Page 15: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

intelektual, bijak merancang dan sebagainya. Guru perlu menjadikan suka

membaca sebagai satu amalan dan sentiasa memastikan diri mereka

mempunyai pemikiran yang segar, berkembang dan kesungguhan kendiri

dengan minda yang sihat dan terbuka serta melihat alam dan kehidupan

di dalam ruang lingkup yang menyeluruh (Khairulniza, 2007).

Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh

diperbaiki melalui proses pembacaan. Ia juga dapat mengelakkan guru

kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada murid. Ilmu yang

meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan

pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif.

Seterusnya ialah guru mestilah berkemahiran dalam pengurusan.

Selain daripada mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran

merancang, berorganisasi, pemantauan, pengurusan kualiti dan

sebagainya.

Dalam pengurusan berkualiti, penekanan haruslah ditumpukan

kepada kualiti pengetahuan yang dapat membina dan membentuk pelajar

mengembangkan potensi mereka untuk mencapai perubahan dan

kemajuan. Guru-guru juga perlu menguasai kemahiran dalam pengurusan

murid dan tingkah lakunya. Hal ini kerana banyak tugas yang perlu

dilakukan oleh guru di sekolah nanti seperti mengurus murid, disiplin,

rekod dan profil murid, mengurus bilik darjah, pengetahuan kaunseling,

menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya.

Ciri lain yang perlu ada pada setiap guru ialah kreatif dan

inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan

dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan

menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta

pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan

pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka

sebagai guru yang cemerlang dan disukai pelajar. Guru yang

mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif

dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

15

Page 16: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

kini. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk

mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan

lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung dengan jayanya.

Ciri yang ketujuh ialah menguasai ilmu pedagogi. Ilmu

pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan

mengajar yang lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan

kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan tugas-tugas

pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara, kaedah,

teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika

guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah

tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang

minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd

Izranuddin, 2006).

Ciri yang kelapan ialah mengaplikasikan teori kepada amalan.

Ia menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk mengaplikasikan

pengetahuan teori yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada

guru haruslah digunakan sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan dipelajari

di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam

perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar penyelidikan dan

sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi

sebenar iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin,

2006). Pengetahuan ini juga akan dapat membantu para guru

menyelesaikan masalah pembelajaran dan membentuk seseorang guru

menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka.

Ciri yang terakhir ialah pembelajaran sepanjang hayat.

Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru

memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan

mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang

berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

16

Page 17: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan

menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu.

Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan

sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk

meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta

membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan

memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru

itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil

usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya

setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat

memperbaiki banyak kelemahan dan menambah “resepi” dalam

pengajarannya agar lebih baik dan menarik.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

17

Page 18: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

4.0 KESIMPULAN

Pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan Negara Bangsa

terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal

pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untuk

memperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang

melibatkan pelbagai kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dan

tanggungjawab guru memainkan peranan. Walau bagaimana pun, semua usaha

ke arah membina bangsa perlu perancangan yang teliti dan berterusan.

Kesimpulannya, Pembinaan Negara Bangsa menjadi semakin

penting dalam era globalisasi ini.Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1991) menyatakan

…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa

hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa ini mestilah sejahtera, berintegrasi

wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama

yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah

Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah

bagi terhadap bangsa tersebut.

Dalam era ini, maklumat, modal serta manusia, sistem nilai, budaya dan

kepercayaan dari pelbagai negara mengalir secara bebas dan pantas. Oleh itu,

usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak sangat

diperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai seperti

ucapan Yang Amat Berhomat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (1999)…kita

mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan

negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukkan

minda dalam jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita

capai.

Oleh itu, menyedari hakikat ini sebagai seorang pendidik di sebuah

institusi pendidikan saya juga memainkan peranan yang penting untuk

melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk

menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi. Saya berusaha

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

18

Page 19: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

untuk menghasilkan sumber manusia yang mampu berfikir secara global dan

bertindak secara local untuk kepentingan negara dan bangsa. Justeru, pelajar

dapat menjadikan nilai budaya Malaysia sebagai asas kepada kemajuan negara

dan bangsa, serta dapat berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai, dan

semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa seperti dalam ucapan

Yang Amat berhormat Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam

Perhimpunan Agung UMNO (2005), warga glokal yang kita hasratkan ialah

warga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di samping

kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita

berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga

glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi

baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing

bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Kita semakin

bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai

contoh, menjadi jenama antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk

menjana warga glokal seterusnya.

Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme,

berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dab beradab

serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa perlu difahami dan

diamalkan sepenuhnya. Pendidikan merupakan pemangkin kepada Pembinaan

Negara Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya

pada peringkat awal perkembangan pelajar.

Oleh itu, saya akan sentiasa berusaha bagi memastikan Bahasa Malaysia

digunakan sebagai bahasa pengantar di kalangan pelajar, pelajar dapat bergaul

dengan rakan-rakan yang pelbagai kaum dengan harmoni, sentiasa

menghormati lagu negara ku dan Jalur Gemilang serta sentiasa

mempertahankan negara di samping meningkatkan imej negara, melibatkan diri

dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan, serta mengamalkan nilai-nilai

Islam dalam kehidupan mereka. Diharapkan nilai-nilai yang telah ditanam dan

dipupuk di peringkat sekolah ini akan terus diamalkan oleh pelajar apabila

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

19

Page 20: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

mereka meninggalkan alam persekolahan. Secara tidak langsung wawasan

membina negara bangsa dengan sendirinya akan tercapai.

BIBLIOGRAFI

1. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 edisi pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Dr. Tajul Ariffin Noordin (2008) “Penghayatan komponen paradigma pendidikan bersepadu” Pendidik Bil 44 (Jan 2008 ), .Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor

4. Badrunsham Dahalan (2008) “Guru mesti mampu imbangi kehendak masyarakat, tanggungjawab” Pendidik Bil 51/Ogos 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.

5. MALAYSIA, Buku Rasmi Tahunan 2004, Jabatan Penerangan Malaysia.

6. Merealisasikan Misi Nasional, Temu Bual Eksklusif "Di Sebalik Rancangan Malaysia Ke-9" Bersama Y.A.B Perdana Menteri (2006), Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.

7. Pelan Integrasi National (2006), Institut Integriti Malaysia.

8. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) “Rancangan Malaysia Ke 9 - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 -2010). Putrajaya.

9. Mohd. Fuad Razali (2008) “6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP” Pendidik Bil 44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.

10. Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) “Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara” Utusan Publication & Distribution

Sdn. Bhd.

11. Penyunting: Mohd. Tap b. Salleh (1993). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kuala Lumpur, Malaysia.

http://www.scibd.com/doc/296829/Pn . Salma

www.ppdhl.net/

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

20

Page 21: 8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

www.ppl.upm.edu.my

www.kelab-umno.com/

www.muftiselangor.gov.my/

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

21