2.0 Peranan Guru Biasa

download 2.0 Peranan Guru Biasa

of 12

  • date post

    08-Jul-2016
  • Category

    Documents

  • view

    36
  • download

    3

Embed Size (px)

description

peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling

Transcript of 2.0 Peranan Guru Biasa

Bimbingan dan Kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling12

1.0 Bilik Kaunseling dan Bimbingan di Sekolah.

Saya sedang menjalankan praktikum fasa ketiga di SJK( T ) Thiruvalluvar selama 3 bulan.Saya telah mengambil peluang keemasan ini untuk membuat kajian tentang keberkesanan perkhidmatan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Saya telah menyediakan suatu senarai semak ( lampiran 1 )dengan rujukan Sidek Mohd Noah dalam buku Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling. Hasil analisis saya ini terdiri daripada kekuatan dan kelemahanm bilik bimbingan dan kaunseling serta penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan bilik dan perkhidmatan ini kepada murid.

1.1 Kekuatan Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Bilik bimbingan dan kaunseling SJK (T ) Thiruvalluvar telah memenuhi kebanyakkan kriterian yang tertera dalam senarai semak yang disediakan. Dari aspek kesesuaian lokasi, bilik ini sangat kondusif bagi menjalankan sesi kaunseling. Ruang yang disediakan amat bersesuaian dengan kedua-dua jenis kaunseling sama ada individu atau kelompok.Terdapat suatu ruang tamu yang mampu membentuk suatu suasana yang lebih menyenangkan kepada murid.Terdapat beberapa papan kenyataan yang dipenuhi dengan maklumat-maklumat asas berkenaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Dari segi kelengakapan pula, terdapat rak-rak yang disusun rapi dipenuhi dengan sumber rujukan murid yang dikunci rapi. Selain itu, dari aspek keceriaan, bilik bimbingan dan kaunseling ini sangat cantik dipenuhi dengan pelbagai lukisan yang penuh dengan pelbagai maklumat. Bilik tersebut kelihatan bersih dan papan kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai info yang boleh sangat berguna kepada murid.1.2 Kelemahan Bilik Bimbingan dan Kaunseling Walaupun terdapat pelbagai kekuatan namun, ada beberapa kelemahan yang saya dapat kesan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti masalah dari segi pengudaraan. Hal ini adalah disebabkan hanya terdapat satu fan siling yang tidak mampu menyamankan bilik sebesar itu. Selain itu, terdapat kurangan dari segi ketiadaan peti cadangan di dalam bilik bimbingan dan kaunseling. Hal ini akan menyukarkan penerimaan cadangan dan pendapat daripada murid-murid.

1.3 Cadangan Penambahbaikan Pihak sekolah patut menyediakan kemudahan-kemudahan yang penting seperti pengudaraan yang cukup melalui pemasangan peghawa dingin di bilik bimbingan dan kaunseling Hal ini sangat penting bagi membentuk suatu suasana yang kondusif dan menjamin kelancaran sesi kaunseling seperti yang diutarakan oleh Haliza Hamzah ( 2009 ) dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Guru juga harus menyediakan suatu peti cadangan sama ada di luar atau di dalam bilik. Hal ini adalah bagi mendapatkan respon daripada murid berkaitan dengan bilik atau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ataupun membantu dalam hal penambahbaikkan dari segi perkhidmatan yang diberikan.

Lampiran 1Kemudahan-kemudahan di Bilik Bimbingan dan KaunselingKesesuaian dari segi Kelengkapan Bilik Ruang Tamu

Bilik Kaunseling Kelompok

Almari Cermin Berkunci

Set sofa

Kesesuaian dari segi Keceriaan dan KebersihanLukisan yang sesuai

Langsir / Sudut

Mutiara kata / Lukisan

Papan Kenyataan

Carta Organisasi / Sudut

2.0 Bincangkan peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertambah penting sekarang kerana Negara-negara mengalami perubahan pesat.. Menurut Haliza Hamzah dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran manakala, kauseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar.Guru-guru di sekolah berpendapat bahawa hanya guru bimbingan dan kaunseling sahaja harus melaksanakan perkhidmatan tersebut.. Oleh itu seperti yang disebut oleh Tang Chee Yee dalam karyanya Bimbingan dan Kaunseling guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid-murid di bawah jagaanya. Guru menolong murid dalam setiap aspek seperti aspek akademik, persekitaran, sekolah, emosi, social dan lain-lain lagi.Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling adalah memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran bagi masa depan mereka. Guru biasa haruslah membantu murid untuk mengenal dan menyedari potensi diri mereka. Murid-murid yang sedar tentang potensi diri akan dapat menangani cabaran dan masalah dengan lebih berkesan untuk menjadi individu yang berjaya. Untuk berjaya dalam pelajaran, perlulah ada perancangan pelajaran sejak dari peringkat awal pembelajaran. Peranan guru dalam aspek ini adalah memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi sehingga mereka mencapai suatu tahap yang dapat menanamkan sikap suka pada pelajaran. Hal ini akan membawa kearah pencapaian objektif sesuatu pelajaran itu.Selain itu, murid-murid sekolah sentiasa terdedah kepada rangsangan-rangsangan negatif yang mendorong mereka untuk membuat pemilihan yang salah . Gangguan emosi juga akan mendorong seseorang murid untuk mengambil keputusan yang salah dalam kehidupan yang akan memberikan impak yang sangat teruk. Dalam menangani hal ini, guru biasa berperanan dalam membantu murid untuk membina kemahiran dalam pengurusan kendiri agar mereka mampu bertindak rasional. Guru harus mengesan kesulitan atau keadaan-keadaan yang tidak memuaskan dan boleh menganggu dirinya dan sosialnya serta memberi bimbingan dan kauseling mengenainya.Seterusnya, guru haruslah bekerjasama dengan ibu bapa tentang hal-hal perkembangan pelajar, mengenai hal ehwal sekolah, proses pelajaran kurikulum dan kokurikulum. Hal ini sangat membantu guru dalam mengenali diri seseorang murid dengan lebih teliti dan mudah untuk diberi bimbingan yang betul.Guru juga harus merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling dari semasa ke semasa tentang murid-murid yang memerlukan pertolongan professional. Hal ini adalah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam pemberian bimbingan berbantukan pelbagai teori dan kaedah serta strategi yang bersesuaian dengan setiap isu atau murid. Guru juga perlu bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan dan menjalankan program bimbingan dan kaunselinh di sekolah.Guru biasa juga berperanan dalam menolong murid dalam penyesuaian. Guru membantu murid untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi persekitaran dan sebagainya.Hal ini adalah penting bagi menolong murid dalam pelajaran. Murid-murid zaman ini mengalami pelbagai kesulitan dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Guru biasa berperanan dalam memastikan murid-murid sentiasa dibantu dengan penggunaan pelbagai strategi, pendekatan yang akan mengelakkan mereka daripada ketinggalan dalam pelajaran.Tambahan pula, guru biasa sebagai guru pembimbing harus membentuk tabiat kerja murid. Pembentukan tabiat positif ke arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran. Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan ikhtibar dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

3.0 Analisis Ujian Psikometrik Minat Pekerjaan.Menurut Herr dan Crammer ( 1979 ), secara umumnya terdapat dua jenis inventori minat kerjaya iaitu inventori kekunci empirikal dan inventori kekunci bukan empirikal. Dalam kajian saya ini, saya telah menggunakan inventori kekunci bukan empirikal iaitu Self-Directed Search ( SDS ). SDS merupakan alat ukuran yang dibina oleh John L Holland. Saya telah menjalankan kajian saya terhadap 3 orang murid Darjah 6 SJK ( T ) Thiruvalluvar. Mereka terdiri daripada seorang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Saya telah menyerahkan alat ujian ini kepada mereka untuk dijawab dalam masa yang diberikan. Tujuan saya memilih tahun 6 adalah bagi memberikan suatu gambaran jelas kepada mereka tentang minat kerjaya masing-masing sebelum memasuki alam persekolahan menengah. SDS mengandungi beberapa bahagian seperti kesukaan, kecekapan dan pekerjaan. Disebabkan murid tahun 6, saya hanya meminta murid menjawab untuk soalan berkaitan pekerjaaan sahaja.Hasil kajian saya terhadap murid perempuan tahun 6 iaitu murid A menunjukkan minat dalam berinteraksi dengan manusia yang berkaitan dengan selesa dan suka bekerja dalam kalangan pelbagai individu. Murid ini juga berminat dalam memberitahu, melatih dan membuat kebajikan pada orang lain. Matlamat utamanya adalah membuat kebajikan. Sifatnya yang suka bersosial menunjukkan dia lebih cenderung ke arah individu yang sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa kerjaya yang paling bersesuaian dengan minat kerjayanya adalah guru,Kaunselor dan sebagainya. Murid ini akan berjaya jika membentuk depan ke arah matlamat kerjaya tersebut.Murid lelaki pertama adalah murid B yang juga merupakan murid tahun 6. Hasil analisis ujian SDS menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang investigatif. Dia merupakan individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Dia juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintif dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Keminatannya cenderung ke arah kerja-kerja yang memerlukan penelitian dan kesempurnaan. Dia juga menunjukkan keminatan dalam aspek rasa ingin tahu dan mencari idea serta sangat berfikiran teoritikal. Oleh itu, saya mencadangakan beberapa kerjaya yang amat bersesuaian dengan minat kerjaya murid ini iaitu Ahli Kaji Cuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Fizik, Penyelidik Sains dan lain-lain lagi.Selain itu, murid lelaki yang seterusnya iaitu murid C telah berjaya menjawab ujian pengukuran ini. Hasil analisis ujian men