8.0 Langkah Menjahit

9
8.0 Langkah-langkah Menjahit LANGKAH 1: Sedia dan jahit belah kelepet sama lebar pada GTH 1) Sediakan lapik dalam lembut yang sesuai dengan lebar kelepet. 2) Menggunakan gunting kertas memotong lapik dalam yang telah diukur 3) Gunakan jarum peniti untuk mencantumkan lapik dalam dengan kelepet. 4) Mengguanakan seterika menekan lapik dalam di SD kelepet. 5) Menggunakan jarum peniti untuk mencantum renda dengan bahagian hadapan blaus pada SL fabrik. 6) Selepas itu, cantum lagi SL kelepet dengan renda. 7) Cantumkan renda dengan bahagian hadapan blaus serta kelepet dengan menggunakan mesin jahit

description

langkah menjahit blaus

Transcript of 8.0 Langkah Menjahit

8.0Langkah-langkah MenjahitLANGKAH 1: Sedia dan jahit belah kelepet sama lebar pada GTH

1) Sediakan lapik dalam lembut yang sesuai dengan lebar kelepet.2) Menggunakan gunting kertas memotong lapik dalam yang telah diukur

3) Gunakan jarum peniti untuk mencantumkan lapik dalam dengan kelepet.4) Mengguanakan seterika menekan lapik dalam di SD kelepet.

5) Menggunakan jarum peniti untuk mencantum renda dengan bahagian hadapan blaus pada SL fabrik. 6) Selepas itu, cantum lagi SL kelepet dengan renda.

7) Cantumkan renda dengan bahagian hadapan blaus serta kelepet dengan menggunakan mesin jahit

8) Lipat kelepet ke dalam pada garisan lipatan dan tekan dengan seterika.9) Ulangkan langkah 1 untuk kelepet yang satu lagi.

LANGKAH 2: Jahit lisu pemadan pada belakang blaus.

1) Temukan sebelah luar fabrik, sematkan jarum peniti di garisan pemadan.

2) Jahit mesin dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus.3) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan mesin.

4) Tekan lisu pemadan yang dijahit sehingga rata.

LANGKAH 3: Cantum kelim bahu dengan kelim belah kangkung.

1) Temukan bahu hadapan dan belakang di garis pemadan.2) Semat dengan peniti dan jelujur.

3) Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.4) Buka belah kelim dan tekan dengan seterika.

LANGKAH 4: Cantum kelim sisi(rusuk) blaus dengan kelim belah kangkung.

1) Temukan sisi baju hadapan dan belakang di garis pemadan menggunakan kelim belah kangkung.2) Semat, jelujur dan jahit mesin pada SD baju.

3) Buka belah kelim dan tekan dengan seterika.

LANGKAH 5: Sedia dan cantum lengan gelembung ke lubang (keruk) lengan.

1) Menjahit jelujur pada bahagian atas lengan dan tarik untuk menghasilkan kedut.2) Sediakan lengan dengan temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan jahit.

3) Menjahit satu bukaan untuk lengan mengikut lakaran yang direka.4) Menjahit dengan mencantumkan satu kepingan fabrik dengan bukaan yang digunting.

5) Menyemat jarum peniti pada kaff dan bahagian bukaan lengan.

6) Mencantumkan kaff dengan bahagian lengan dengan mesin jahit.

7) Lekat lengan kanan ke lubang dengan kanan dengan SL bertemu.8) Temukan garisan pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang.9) Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya.10) Mengubahsuai kedut yang dihasilkan bagi mendapat saiz lengan yang sepadan dengan lubang lengan.11) Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garisan pemadan dari SD lengan.12) Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih atas.

13) Menghias bahagian dengan menjahit renda pada kaff menggunakan jahitan tangan.

LANGKAH 6: Sedia dan jahit kolar lurus pada garis leher.

1) Mencantumkan lapik dalam ke SD bahagian kolar dengan menggunakan seterika.

2) Temukan sebelah luar kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.3) jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat dan balikkan kolar ke sebelah luar fabrik setelah selesai4) menyematkan jarum peniti di sekeliling tepi kolar.5) Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.6) Mencantumkan kolar dengan blaus dengan menggunakan mesin jahit.

7) Tarik kolar keluar dari pakaian dan seterika.

8) Menghias kolar dengan renda pada sekeliling kolar menggunakan jaitan tangan.

LANGKAH 7: Menjahit butang dan lubang butang.

1) Sediakan butang dengan menggunakan covered button kit.2) Mengguntingkan fabrik hitam untuk membuat butang.3) Menekan kedua-dua bahagian butang bagi mengetatkan fabrik pada butang.4) Tanda kedudukan lubang butang di GTH pada sebelah kanan baju.

5) Jahit lubang butang dengan jahit mesin lubang butang.

6) Buka lubang butang dengan menggunakan penetas jahitan dan sniper.

7) Tanda kedudukan butang di GTH pada sebelah kiri baju.8) Jahit butang dengan jahit lilit.

LANGKAH 8: Jahit kelepet pada bawah blaus dan kemas kelepet sama lebar dengan jahitan silang pangkah

1) Lipat fabrik di garisan pemadan2) Semat dengan peniti3) Menjahit kelepet bawah baju dengan menggunakan jahitan silang pangkah

4) Menjahit kelompok jahitan silang pangkah pada kelepet sama lebar.5) Tekan dengan seterika.

LANGKAH 9: Menjahit tali ribbon untuk kegunaan stail pakaian

1) Menggunting fabrik hitam untuk menjahit rtali ribbon.2) Menyemat dengan jarum peniti pada ukuran yang ditanda.3) Jahit pada SD fabrik dengan menggunakan mesin jahit.4) Terbalikan tali ribbon ke SL fabrik.5) Kemas hujung tali ribbon dengan jahitan tangan.