6 KT T5 Modul 2.2.pdf

12
 Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5 3 TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit ( 2 waktu ) STANDARD KANDUNGAN 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual. STANDARD PEMBELAJARAN 2.2.1 Membaca dan memahami manual. 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca dan memahami manual. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul. RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid. KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model. 2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Keusahawanan : EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber. Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian. Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan. BAHAN BANTUAN MENGAJAR Kit model, manual, carta, alatan tangan.

Transcript of 6 KT T5 Modul 2.2.pdf

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    3

    TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

    MASA 60 minit ( 2 waktu )

    STANDARD KANDUNGAN

    2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

    elektromekanikal berpandukan manual.

    STANDARD PEMBELAJARAN

    2.2.1 Membaca dan memahami manual. 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca dan memahami manual. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul.

    RINGKASAN

    Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid.

    KEMAHIRAN

    1. Membaca manual kit model. 2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

    ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

    Keusahawanan : EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber. Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian. Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

    BAHAN BANTUAN MENGAJAR

    Kit model, manual, carta, alatan tangan.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    4

    AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini. Langkah 1 1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan. 2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual kit model. Langkah 2 1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul. 2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

    Langkah 3 1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran. Penutup Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

    PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

    PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

    Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1.

    REFLEKSI

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    5

    TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

    MASA 60 minit ( 2 Waktu )

    STANDARD KANDUNGAN

    2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

    elektromekanikal berpandukan manual.

    STANDARD PEMBELAJARAN

    2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model. 2.2.6 Menguji kefungsian kit model. 2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul. 2. mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model. 3. menguji kefungsian kit model. 4. mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan menyimpan kit model.

    RINGKASAN

    Murid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model berpandukan manual dengan bimbingan guru.

    KEMAHIRAN

    1. Membaca manual kit model. 2. Menggunakan alatan tangan dengan betul. 3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan

    betul.

    ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

    Keusahawanan : EK 3 - Merancang sesuatu projek dengan teliti dan melaksanakannya. Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan kualiti tugasan. Nilai murni - Berazam tinggi

    BAHAN BANTUAN MENGAJAR

    Kit model, manual, alatan tangan.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    6

    AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untuk menamakan kit model tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid. Langkah 1 1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap kumpulan. 2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual dalam kumpulan. Langkah 2 1. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model. 2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat pembaikan sekiranya tidak berfungsi. Penutup Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit model.

    PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut kumpulan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

    PENGETAHUAN SEDIA ADA

    Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada pembelajaran yang lalu

    REFLEKSI

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    7

    Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Alatan Tangan

    Alatan Tangan Nama Fungsi

    Pemutar skru Philip

    Untuk mengetatkan dan

    melonggarkan skru kepala

    Philip.

    Pemutar skru rata

    Untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala belah.

    Kunci Allen

    Untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala Allen.

    Playar muncung tirus

    Untuk memegang komponen yang kecil.

    Gandin plastik

    Untuk mengetuk bahagian kit model secara perlahan.

    Sepana hujung terbuka

    Untuk mengetat dan melonggarkan bol dan nat.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    8

    2. Sistem Pergerakan Kit Model Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel. Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut. Motor Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal untuk melakukan sesuatu kerja. Gear Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear bersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada bahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu. Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenali sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kit model.

    Syaf

    Gear dipacu

    Gear Pemacu

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    9

    Takal dan Tali Sawat Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain. Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja. Gegancu dan rantai Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

    Tali sawat

    Takal

    Rantai

    Gegancu

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    10

    3. Pemasangan kit model. Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid-murid mestilah merujuk dan memahami terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model. Contoh pemasangan kit model. a. Keluarkan komponen kit model robot b. Pasangkan suis dan pemegang bateri.

    daripada kotak dan fahami manual pemasangan.

    c. Sambungkan wayar antara suis dengan d. Pasangkan bahagian motor arus terus motor arus terus. dan gear pada bahagian hadapan badan model robot.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    11

    e. Suis dan pemegang beteri dipasang pada f. Pasangkan bahagian tangan dan kaki bahagian belakang badan model robot. model robot dengan menggunakan skru.

    g. Cantumkan bahagian tangan dan kaki h. Kit model robot yang telah siap boleh

    kit model robot pada badannya. diuji dengan memasangkan bateri dan menghidupkan suis. Perhatikan pergerakan robot tersebut.

    4. Pengujian kit model. Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kit model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelah pembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    12

    5. Membuka dan menyimpan kit model. Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka setiap komponen satu persatu. Guru perlu membimbing murid-murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang disediakan. Pemilihan kit model mengikut kreativiti guru berdasarkan kepada Standard Pembelajaran 2.2.3. Kit model boleh diperolehi dengan menggunakan peruntukan PCG.

    Nota guru

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    13

    Lembaran Kerja. A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

    tali sawat

    gear

    Motor

    pemacu

    kuasa

    1. ___________ berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model robot. 2. Rantai berfungsi memindahkan __________ dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan. 3. Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan _____________. 4. ___________ merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. 5. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear ___________ .

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

    14

    B. Labelkan bahagian-bahagian kit model robot di bawah.

    Suis

    Tangan

    Kaki

    Motor

    Gear