5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah

49

Transcript of 5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah

Page 1: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
Page 2: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Mata pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan perkembangan personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan sumbangan pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar.

Page 3: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam pendidikan Sejarah terbahagi kepada 4:

(i) nilai individu, (ii) nilai politik, (iii) nilai sosial dan kemasyarakatan dan (iv) nilai intelek.

Page 4: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Pemahaman dan pengetahuan tentang unsur nilai tersebut mempunyai signifikannya dalam memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

Page 5: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Hal ini akan dapat membantu murid-murid memahami pentingnya mengamalkan nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan yang positif dalam kehidupan mereka seperti keadilan, kekitaan, kemanusiaan dan semangat bermasyarakat dan seterusnya menjadi warganegara yang mempunyai sikap patriotisme/perasaan mendalam terhadap negara.

Page 6: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

1. Nilai Ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.[Kajian sejarah: nilai-nilai utama masyarakat ialah ilmu, kebijaksanaan, keadilan].(Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991)

Page 7: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Jules Henry (1985) mendifinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik

seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan.

Hermin et al.(1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum

terhadap tingkah laku yang memberi arah kehidupan kepada seseorang atau

anggota sesuatu masyarakat.

Page 8: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Mengikut Redfild (1993) nilai ialah satu konsep tersurat atau tersirat bagi individu atau sifat-sifat

suatu kelompok yang dikenendaki yang mempunyai pemilihan ragam,

maksud dan segala tindakan.

Page 9: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Wan Mohd. Zahid (1988), nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama.

Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.

Page 10: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Justeru nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Nilai murni seterusnya ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi.

Page 11: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

2. Patriotisme

Kata patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud bapa dan patris yang bermaksud tanah. Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan, maka akan maksud kecintaan kepada tanah air.

Menurut kamus Webster, patriotism ialah "the devoted love, support and defence of once's country".

Page 12: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Dari segi konsepnya, semangat patriotik didefinisikan sebagai semangat cintakan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta.

Bill Tottan (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara.

Page 13: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Dob (1994) semangat patriotisme berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing.

Page 14: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai seorang warganegara.

Melalui pengetahuan dan pelajaran sejarah serta penghayatan sejarah tanah air dan sejarah luar negara yang berkaitan, pelajar akan memahami keadaan masyarakat dan negara sendiri.

Manakala nilai murni (ilmu, kebijaksanaan & keadilan) merupakan pemangkin kepada penghayatan patrotisme seseorang warganegara.

Page 15: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(a) Bersemangat cinta akan negara dan bangsa

Seseorang yang bersemangat cinta akan negara dan bangsa harus menunjukkan sifat atau amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa.

Page 16: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(b) Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan dan menyanjung perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara, menghormati lambang-lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan, mengamalkan perlakuan yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal dan menghayati warisan budaya tempatan

Page 17: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(c) Bersemangat kekitaan

Rakyat Malaysia perlu bersatu dan harmoni, bersatu, bekerjasama tolong menolong dan bersefahaman dan muafakat mempunyai semangat muhibah dan bersifat kasih sayang.

Page 18: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(d) Berdisiplin

Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang, bertanggungjawab, bertindak secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku adil dan bertimbang rasa.

Page 19: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(e) Berusaha dan produktif

Mereka yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, tekun dan gigih, berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong satu sama lain dengan tujuan menyemaikan semangat cintakan negara secara bersama.

Page 20: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

( f ) Menyertai aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan

-Rujuk bah.aktiviti panitia mp sejarah sr.

Page 21: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(g) Menyediakan Tugasan Mengikut standard Kurikulum

- Sila rujuk tajuk pengurusan panitia mp sejarah SR.

Page 22: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(h) Menghargai jasa Pemimpin- Pejuang kemerdekaan- Hormat kepada pemimpin- Taat setia kepada Agong- Bijak dalam kepimpinan- Berkorban sepenuh hati untuk negara.

Page 23: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(i) Aktiviti yang mencetus kesedaran semangat cintakan negara- Sila rujuk program tahunan panitia mp sejarah SR

Page 24: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(j) Memupuk Kemahiran Belajar Bermaklumat Berfikir aras tinggi Menyelesai masalah Kreatif Pengurusan masa Sosial – interaktif Interpersonal Refleksi berstruktur

Page 25: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(k) Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kepentingannya-Sila rujuk tajuk khas untuk PSH.

Page 26: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.

• Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia, berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.

Page 27: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. (Pembelajaran akan membawa kepada perubahan tingkahlaku seseorang)

• Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. 

Page 28: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.

• Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.

Page 29: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Aliran behavioris berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi.

• Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

Page 30: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Oleh yang demikian pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperoleh dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran.

• Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang sejak kecil hinggalah ke akhir hayat.

Page 31: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai suatu pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. 

Page 32: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Pendidikan tidak formal - merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ia diperolehi menerusi aktiviti harian.

• Contoh - sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun, sistematik yang dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan tertentu.

Page 33: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Pendidikan formal - pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara.

• Seseorang pekerja perlu memahami keseluruhan sistem kerja. Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan alam persekolahan.

Page 34: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi.

Page 35: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

“Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk

meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi untuk memperkayakan

jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan untuk melahirkan generasi (modal insan) yang cemerlang, gemilang dan terbilang”

(Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia)

Page 36: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

4 prinsip pembelajaran sepanjang hayat

-pembelajaran untuk mengetahui,-pembelajaran untuk melakukan, -pembelajaran untuk menjadi apa atau siapa-pembelajaran untuk tinggal bersama.

Page 37: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Empat prinsip tersebut membentuk proses pembelajaran yang sempurna. Tough berpendapat bahawa proses pembelajaran berlaku pada setiap masa kehidupan yang dipengaruhi oleh suasana di mana kita berada sama ada secara terancang mahupun tidak terancang. 

Page 38: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Perubahan di sekeliling kita adalah suasana yang sangat radikal dari sudut transformasi sosial menyebabkan perubahan-perubahan ketara terhadap tabiat kerja dan gaya hidup.

• Perubahan ini menjadi cabaran kepada semua orang dan hanya melalui pembelajaran yang berterusan, cabaran akan dapat diatasi.

Page 39: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Seseorang yang dapat bertahan dengan keadaan yang telah berubah, ilmu yang dimiliki akan menjadikan cabaran tersebut diolah semula sebagai sesuatu yang memberi manfaat dan kesenangan. 

Page 40: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

• Mewujudkan masyarakat demokrasi, persamaan taraf tanpa mengira agama, bangsa dan budaya di samping melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersifat patriotisme.

Page 41: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

(l) Perkaitan dengan Perkembangan Globall.i. Kesedaran kompetensi sivik untuk kesejahteraan masyarakat- sivik bermaksud ilmu tatarakyat, hak,

perasaan bertanggungjawab terhadap seseorang atau masarakatnya.

- Tatarakyat (kehidupan rakyat, kebudayaan, adat resam, peraturan bermasyarakat)

- Kompetensi sivik (kemahiran peradaban sosial)

- Sifat-sifat peribadi yang mulia- Berinteraksi dengan orang lain secara hormat

dan sopan

Page 42: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

l.ii. Kesan industrialisasi dan pembangunan-Membina ketahanan diri murid meliputi ketahanan mental, fizikal dan emosi utk menghadapi cabaran masa depan-Mampu menyuburkan perpaduan dalam

pelbagai masyarakat walaupun telah mengecapi pelbagai kemajuan

-Kemajuan dan pembangunan tidak menghalang untuk memastikan warganegara bertanggungjawab terhadap penghayatan patriotisme

Page 43: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

l.iii. Pembentukan warganegara dunia yang bertanggunjawab

-Mengamalkan budaya ilmu untuk kemajuan diri

-Membina keyakinan dan tanggungjawab mencorak negara pada masa hadapan

-Menghormati orang lain, mempromosikan amalan membenci keganasan, menegak etika kerjasama dan bertoleransi untuk kejayaan bersama

Page 44: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Usaha untuk memperkasa perpaduan dan integrasi kaum melalui kurikulum Sejarah adalah berterusan. Malah Kurikulum Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum.

Sebagai rakyat Malaysia, amat berharap semua kaum menanam sikap kekitaan, toleransi dan saling mempercayai antara satu sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan kesejahteraan negara melebihi kepentingan etnik masing-masing.

Page 45: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Gagasan1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke arah memperkasa perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

Oleh itu, kurikulum Sejarah dilihat sebagai medium yang sangat signifikan dalam merealisasikan hasrat ini.

Page 46: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
Page 47: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Abdul Razak Habib. 1993. Tinjauan Awal tentang Keberkesanan Pendidikan Matematik KBSM. Dlm.Adnan Kamis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum

Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Nan Kamis. 1992. Satu kajian latar belakang sosial dan hubungannya kepada sikap prasangka atau toleransi terhadap integrasi nasional. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Nan Kamis. 1993. Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM: Ke Arah Kemantapan Insan Seimbang. Dlm.Adnan Kamis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Kamis & Chew Fong Peng. 2002. Kemampuan Bahasa Melayu dan sastera kebangsaan dalam mengisi perpaduan nasional. Kertas kerja Seminar Pemikiran Kebangsaan Melayu. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 18-19 Jun.

Page 48: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Ahmad Jaffni Hassan. 1993. Pendidikan Moral dalam KBSM: Satu Arah Memupuk Insan Harmonis. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Halimah Harun. 1993. Melahirkan Masyarakat Berdikari melalui Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu Tingkatan Empat. 2003. Kementerian Pendidikan Malaysia.Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. 2003. Kementerian Pendidikan Malaysia..

Page 49: 5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah

Martin, J.G.. 1966. The Tolerant Personality. Detroit Dyne State University Press.Mohd. Jonit Mohd. Johari & Abdul Rashid Ali. 1993. Unsur Sosiobudaya dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Mohammad Sani Ibrahim. 1999. Perancangan dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru Sekolah Bestari. Prosiding Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.Mohd. Kamal Hassan. 1988. Pendidikan dengan Pembangunan: Satu Perspektif dan Warisan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Musa Daia. 1993. Falsafah Pendidikan Negara dalam Pelaksanaan KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Nor Azizah Salleh & Shamsiah Ahmad. 1993. Pendidikan Sains dalam KBSM: Satu Tinjauan Keberkesanannya dalam Pengajarand an Pembelajaran di Sekolah. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan Bersepadu: Konsep dan Falsafahnya dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Tokijan Abd. Halim & Abdullah Mohd. Noor. 1993. Persepsi Guru Geografi terhadap Pendidikan Sepadu dan Penerapan Nilai Murni. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Yusoff Ismail. 1993. Peranan Pendidikan Jasmani dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia